Jump to content
Shanai

Al-fatihah

Recommended Posts

Inna lillahi wa inna ilahi roji'un..

Kebelakangan ini, aku agak jarang mengunjungi Putera.com. Nasib baik bro puteranetwork beritahu mengikut PM.

Secara peribadi, memang aku tidak mengenali beliau tetapi posting beliau tetap aku ikuti (ketika aku aktif di sini). Seperti yang dikatakan oleh beberapa orang di sini, arwah adalah seorang yang jujur. Kebolehannya adalah satu dalam sejuta. Disiplin ilmu yang hebat. Tidak perlu menggunakan Internet setiap masa. Hanya mengunjungi kafe siber sekali dalam seminggu untuk membuat rujukan dan lain-lain.

Posting-posting beliau juga kelihatan seperti seorang yang sudah matang. Baru hari ni aku tahu umur beliau cuma berusia 26 tahun. Beza setahun sahaja dengan aku.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tambah-tambah lagi di bulan puasa yang mulia ini.

Al-Fatihah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Al fatihah.......aku ucapkan takziah pada keluarga Ancient One.......

Alhamdullilah.......meninggalkan dunia pada hari yg mulia..........moga roh dicucuri rahmat...................

**Dia meninggal pasal apa?.......xcident atau meninggal dalam tido?.....

Selamat Hari Raya. Jangan membazir makanan.. ingat kat orang yg susah takde makan..

link:>>Ucapan RAYA tahun lepas............ :(

puasa bukan setakat berlapar jer ye.... tangan kena jaga.. jangan taip benda mengarut kat sini..

SELAMAT BERPUASA.. SEMOGA MAKIN MURAH REZEKI KORANG SEMUA.

Ucapan kali terakhir utk org yg berpuasa..................oleh Ancient ONe

Edited by [email protected]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un..

da berkurang lagi ilmuan kita kat malaysia nih..

beruntungnya dapat pergi dalam bulan puasa..

Al-fatihah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Inna lillahi wa inna ilahi roji'un...

Al-Fatihah...

p/s:byk peristiwa berlaku dlm Ramadhan ini...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un. :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dengan tulus hati & hiba Bedah ucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Ancient_One.

Walaupun Bedah tak pernah mengenali Allahyarham secara peribadi, Allahyarham sudi mengirimkan email email artikel dan tunjuk ajar Assembly pada Bedah. Ikhlas sekali tiap teguran dan cadangan Allahyarham. Hancur badan dikandung tanah, budi mulia Bedah kenang sampai bila bila.

Dipohon kepada yang mengenali Allahyarham, sebutkanlah nama sebenarnya untuk Bedah kerana kesal dan malu sekali rasanya langsung tidak mengetahui nama sebenar Allahyarham yang banyak berjasa.

Al-Fatihah.

Dengan tulus ikhlas,

Abedah MatUsin

Edited by abedahmatusin

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un.

AL-Fatihah... untuk Allahyarham... betul² menaikkan bulu roma.

Rasanya baru jer lagi... klu xsilap log in yg lepas tgk Mr Bean punya avatar tu... Xsangka yang "tuannya" dah meninggal dunia.

Moga Allahyarham ditempatkan bersama-sama golongan yang soleh. Moga pengajaran berguna Allahyarham kat dlm dunia Putera ni akan terus berkekalan sebagai pahala beliau Ameen

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya juga mahu mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham, banyakkan besabar dan sentiasa meadoakan pemergian tersebut hanya sebagai ujian takdir, AL-FATIHAH.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un.

Ya-Allah, engkau lebih menyanyginya... aku tak sangka dia meninggal.. dia adalah salah sorang rujukan aku pasal programing.. aku banyak terhutang budi pada diaa..... Ya-Allah.. letakkan lah rohnya ditempat orang² yang beriman... isyaAllah..

p/s: memang bebtul menaikan bulu roma bila terbaca jer pasl nie.. tak sangka plk aku menangis dalam lab ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites

takziah kepada keluarga. bile ancient one nih last online kt putera? sebelum ni saya tk penah dengar pon tentang die

Share this post


Link to post
Share on other sites
"Apabila mati seorang anak Adam itu, terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara;
1- Ilmu Yang Bermanfaat
2- Harta Yang Diwakafkan
3- Doa Anak Yang Soleh" [muttafaqun 'alaih]


Aku terasa seperti kehilangan seorang rakan karib w/pun aku tak pernah bersembang dgn beliau...
Kita yang masih hidup ni, bukan sekadar boleh menyedekahkan Al-Faatihah kepada beliau, tetapi kita masih boleh menyumbangkan pahala dan meneruskan amalan beliau dgn menyebarkan segala ilmu yg beliau curahkan di sini...semoga berkekalan ilmu dan pahalanya... Amin Ya Allah!

Share this post


Link to post
Share on other sites

setiap manusia, pasti akan mati, tidak ada lewat ataupun awal walaupun sesaat..

cuma masa dan keadaan yg menentukan...

terkedu sekejap mendengar berita nie...

walaupun sy x pernah mengenali allahyarham secara peibadi, tetapi rasa sebak di dada bila mengetahui berita ni...

takziah utk keluarga allahyarham dan juga kepada sepupu allahyarham (Armv11),

al-fatihah, semoga roh allahyarham dicucui rahmat oleh Ilahi.. Amin.

Edited by dukun

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un.

Terkejut dan sebak aku biler dapat tau berita nie.. Pemergian arwah betul2 satu kehilangan bagi aku.. Aku cukup kagumi kebolehan beliau dan peribadi beliau.. Aku pernah tanam semangat dalam diri aku untuk capai tahap seperti Ancient_One..

Semoga ilmu2 dan pesanan2 beliau dapat diteruskan oleh kita..

Al-Fatihah

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...