Jump to content

Shanai

Admin
  • Content Count

    621
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

31 Baik

About Shanai

  • Rank
    Founder
  • Birthday 11/21/1971

Contact Methods

  • ICQ
    0
  • Yahoo
    hasani

Profile Information

  • Gender
    Male
  • Location
    Meja Makan

Recent Profile Visitors

15479 profile views
  1. Shanai

    Test tapatalk

    Testing tapatalk Sent from my SM-A300F using Tapatalk
  2. Uji ingatan, kepintaran dan minat anda pada dunia robot dan sains fiksyen dengan mengenal pasti nama-nama robot ini, serta rancangan televisyen atau filem yang berkaitan dengannya. Kongsi juga cerita dan memori anda tentang robot-robot ini :)     Gunakan panduan nombor-nombor robot seperti di bawah:  
  3. Assalamualaikum. Memandangkan suasana tegang dan kontroversi sudah semakin reda dan orang ramai sudah pun sedar hakikat program-program skim cepat kaya yang berleluasa sebelum ini, maka saya rasa sudah tiba masanya kita membuka semula forum ini kepada semua ahli termasuk ahli baru (learning). Kalau lepas ni ada lagi ahli baru yang kurang faham atau "tertinggal keretapi", harap yang lain tolonglah saling tegur menegur. Dengan harapan bahawa posting-posting yang lebih berkualiti akan muncul lebih banyak dan kurang posting merepek, maka kiraan point untuk posting di forum ini juga telah diambil kira kembali. Saya juga telah menamakan semula forum ini kepada e-income, dengan harapan para pengguna forum akan lebih faham dengan objektif forum ini. Saya menyeru kepada semua agar sentiasa berhemah apabila menggunakan forum ini. Gunakanlah untuk kebaikan semua dan bukan kepentingan peribadi. terima kasih - admin @ shanai
  4. Assalamualaikum. Saya dapati ada kekeliruan yang masih berterusan di kalangan ahli dan juga pengguna Internet di Malaysia umumnya berkenaan E-Gold. E-Gold adalah boleh diibarat sebagai sejenis matawang, sama seperti Euro, Dollar, Ringgit dan Rupiah. Lebih tepat, ia adalah matawang emas digital. E-Gold bukan sejenis skim cepat kaya. E-Gold adalah sejenis matawang online yg sah dan boleh digunakan dalam banyak transaksi di Internet. E-Gold mirip macam PayPal, cuma bezanya PayPal lebih berbentuk seperti pindahan wang melalui kad kredit, tetapi E-Gold seperti pemindahan wang secara cash. Transaksi E-Gold juga adalah sehala, sebab itu ada sesetengah peniaga seperti eBay tidak membenarkan E-Gold. E-dinar adalah equivalent kepada e-gold dan dicadang diguna untuk negara-negara Islam. Ia dipelopori pada tahun 2000 oleh Zeno Dahinden dari Switzerland, Dato Abdul Rahman Shariff dari Malaysia dan Fernando Vadillo dari Sepanyol. Ia diperbadankan di Labuan dan di Dubai. Pada awal penubuhan, e-dinar menjalinkan kerjasama dengan E-Gold dan setiap unit e-Gold adalah sama dengan e-Dinar. Walau bagaimanapun, E-Gold banyak mendapat imej buruk kerana banyak skim cepat kaya di Internet yang menggunakan E-Gold sebagai matawang kerana ia mudah untuk dikendalikan. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal E-Gold dan E-Dinar, anda boleh buat kajian sendiri melalui WikiPedia. Nota: Epoint atau e-point tak ada kena mengena dengan e-gold atau e-dinar, dan saya rasa ia adalah objek yg diragui nilainya (mungkin tak ada nilai) yang direka-reka oleh sesetengah pihak untuk tujuan yg mungkin berunsur penipuan. Harap maklum.
  5. Assalamualaikum, Saya sememangnya sangat menyokong usaha2 membangunkan game. Sehubungan itu saya bercadang untuk mewujudkan satu subdomain khas untuk kelab ini dalam putera.com, contohnya "kelabgame.putera.com". Jadi saya perlukan cadangan balas dan pandangan anda semua tentang perkara ini. sama ada sesuai atau tidak, jika sesuai, bincangkan isu-isu yg terlibat, apa yg boleh dimuatkan di subdomain itu dan apa yg perlu kekal dalam putera.com (contohnya forum perlu kekal di sini, dsb..) Saya menginginkan satu kelab yg proper, development team yg tersusun dan ada visi! so, silakanlah. ini adalah sokongan saya terhadap usaha anda semua. p/s saya ada buat game congkak 2D, kira-kira 17 tahun lalu... haha.. sampai skrg tak siap sbb malas nak fikir dia punya AI.
  6. Assalamualaikum/Salam sejahtera Ramai user yang musykil apabila melihat "warning bar" di bawah nama mereka di dalam forum Tanya@Putera. Saya ingin meyakinkan semua bahawa selagi "warning bar" itu berada pada tahap 0% maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh anda. "Warning bar" tersebut hanya dapat dilihat oleh anda sendiri dan moderator sahaja. Anda juga tidak akan melihat sebarang "warning bar" pada ahli lain. Semua orang ada "warning bar" dan semuanya 0% kecuali mereka yg telah diberi amaran oleh moderator sekiranya melanggar peraturan-peraturan forum. Saya berharap anda semua tidak perlu terasa bersalah kerana moderator sendiri pun ada "warning bar" masing-masing dan semuanya 0%. Anda hanya perlu risau jika warning bar anda tidak 0%, yang bermakna anda ada buat silap kat mana-mana. Biasanya moderator akan beritahu apa kesilapan anda. Jika anda di-suspend, mungkin akan memakan masa beberapa jam atau hari sahaja. Tetapi jika anda di-ban, maka kemungkinan anda tidak boleh akses sampai bila-bila selagi saya tidak mengampunkannya. Sistem ini dipasang untuk memudahkan moderator memberi amaran dan teguran kepada ahli-ahli yang tidak mematuhi peraturan dan etika Internet. Saya terpaksa melaksanakan sistem ini memandangkan semakin ramai ahli yang tidak menghormati peraturan dan etika di Putera.com. sekian, harap maklum.
  7. Sila buat pemilihan anda. Jika terdapat calon baru yang ramai cadangkan, kita boleh buat pengundian semula.
  8. Buat pilihan anda, dan berikan komen jika perlu.
  9. Satu lagi ruangan baru dalam percubaan adalah ruangan "Tutorial". Ruangan ini adalah untuk membolehkan ahli-ahli yang rajin buat tutorial mengenai sesuatu subjek dan poskan ke situ untuk dikongsi oleh semua umat. Tutorial ni boleh jadi tutorial programming ke, grafik ke, atau lain-lain yang seumpama dengannya.
  10. Assalamualaikum, PUTERA.com kini dalam proses menyediakan ruangan "Download". Jika anda perasan, pada link di atas kanan laman, dan di dalam menu sebelah kiri (skin putera 3.0), telahpun ada menu untuk Download. Sehubungan itu, saya ingin meminta para pengguna semua agar dapat memberikan cadangan mengenai kategori dan sub kategori yang sesuai untuk ruangan download ini. Sekian terima kasih.
  11. Assalamualaikum, Para pengguna yang baru mendaftar dan menghadapi masalah untuk mengesahkan pendaftaran, sila ambil perhatian. Apabila anda mendaftar, satu e-mel pengesahan akan dikirimkan kepada anda melalui e-mel yang anda guna di dalam borang pendaftaran. E-mel ini biasanya akan tiba dalam mailbox anda dalam beberapa saat atau beberapa minit. E-mel ini juga berkemungkinan akan masuk ke folder "Junk Mail" atau "Spam", oleh yang demikian sila periksa e-mel di dalam folder itu juga. Jika anda hendak kami kirimkan semula e-mel pengesahan pendaftaran (validation e-mail), sila klik pada link ini: http://forum.putera.com/tanya/index.php?act=Reg&CODE=reval Jika ada masalah lain, sila maklumkan kepada kami. Terima kasih - admin
  12. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kepada sesiapa yang telah mendaftar sebagai ahli di PUTERA.com tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel pengesahan (validation) menerusi e-mel anda diminta menghubungi pihak admin melalui Posting ini atau e-mel admin @ putera.com Sekiranya anda tidak ingin mendaftar (ingin batalkan username yang tidak jadi nak daftar), anda boleh maklumkan juga kepada pihak kami. Sekiranya kami tidak mendapat sebarang maklum balas, kami akan menganggap anda tidak ingin mendaftar menggunakan e-mel yang dinyatakan. - Admin
×
×
  • Create New...