Jump to content

DarkWan

Moderator
  • Content Count

    1513
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

3 Normal

About DarkWan

  • Rank
    Ahli Rajin

Profile Information

  • Gender
    Male

Recent Profile Visitors

6054 profile views
  1. Bosan dengan kehidupan di depan monitor? Letih dengan idea gathering yg x pernah jadi? Utk ahli-ahli Lembah Kelang yang ADA masa utk jumpa, nak memperbaiki ketrampilan diri, xmo jadi nerd lagi, boleh lepak sini dan rancangkan aktiviti bersama. AMARAN!! Thread ini bukan untuk anda jika anda "cakap banyak bayar kurang" (sembang kat forum je berapi tapi ajak gathering x pernah sampai). Bukan orang Lembah Kelang tapi kadangkala boleh turun ke Lembah Kelang xde hal punya sebab membe punya pasal? Dipersilakan join. Tidak duduk di Lembah Kelang, tapi nak cadangkan agenda bernas? Dipersilakan pos di sini. Takde keberanian nak menyertai aktiviti tapi suka buat cadangan bangang menyusahkan orang macam kanak-kanak belum berkhatan? Heheh. Datang x dijemput, pergi x berhalau. Boleh pos tempat lain x? Heheheheh. Antara aktiviti yang boleh dilakukan: - Teh Tarik aka TT (paling murah, paling senang, paling janggal kalau semua pun x bercakap) - Tengok movie (mampu juga la, paling senang sebab x payah borak) - Steamboat (sederhana mahal, paling sedap .. sebab makanan mesti la sedap keke) - Karaoke (sederhana mahal, paling malu kalau suara katak) - Futsal (sederhana mahal, paling malu kalau kaki bangku .. er .. mcm ramai je kikiki) - Paintball/Go-cart/Rock Climbing (paling mahal, paling puas) Jadi .. sekiranya anda boleh meluangkan masa hujung minggu bersama kawan-kawan tanpa mengabaikan tanggungjawab keluarga atau barangkali boleh meluangkan masa hari bekerja dengan kawan-kawan juga tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara, maka sila daftar nama anda sekarang! "Majulah Putera.com Untuk Negara" Ikhlas, DarkWan
  2. Siapa di sini minat main Paintball ya. Boleh kongsi-kongsi cerita. Kalau belum pernah main tapi minat nak main, singgah-singgah la sini ok. Gambar masa aku main di Putrajaya (cuba tengok logo kat baju aku hehehe) Gambar team aku ketika main sama dengan budak forum lain di Gombak.
  3. DarkWan

    Kerjaya Di Hp

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku nak berkongsi peluang pekerjaan di HP Malaysia. Kalau berminat, boleh pohon di laman Jobs at HP. Keterangan lanjut pun boleh didapati di situ. http://h10055.www1.hp.com/jobsathp/content...=AP&area=MY Buat masa sekarang, kekosongan adalah seperti di bawah. Satu cara lagi, kalau malas nak isi borang di situ, boleh juga hantar kepada alamat email di bawah; ridzuan (AT) hp (DOT) com Terima kasih.
  4. Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Dengan rasa rendah diri, aku minta pandangan dari moderator Linux/*nix - bro trunasuci & sharuzzaman utk membantu Projek Dokumentasi UX @ Putera.com menjadi kenyataan. Juga, kepada forumer-forumer semua boleh menyumbang dalam thread ini, dan bantuan diperlukan dari mod Linux/*nix untuk meneliti posting supaya proses penukaran posting kepada artikel di Tanya @ Putera.com lebih mudah. Disebabkan sifat Putera.com sendiri berbanding forum-forum tempatan lain yang lebih teknikal, cadangan dokumentasi projek ini adalah mengikut skop seperti berikut; - Untuk orang baru - Dalam Bahasa Kebangsaan Skop/Halatuju - Penggunaan command-line dititik-beratkan - Distribusi major (RH/Slackware/Debian/Solaris) Bayangkan "Linux for Dummies" - dokumentasi ini lebih bertujuan untuk mendidik pengguna kepada bagaimana dari menjadi pengguna biasa Linux&Unix kepada pentadbir sistem. Aku harap, kenyataan ini tidak menyinggung mana-mana pihak, terutamanya mereka yang lebih berpengalaman daripada aku. Kebanyakan dari kita, mengenali Sistem Operasi daripada OS Windows. Jadi, bagaimana semasa mula-mula mengenali Windows, sebegitu juga pendekatan dokumentasi yang aku cadangkan ini. Ia boleh jadi bermula dari.. - Cara untuk log in kepada sistem - Mengenali fail & direktori - Manipulasi fail (buka/sunting/hapus) - Carian fail/direktori di dalam sistem - Membuka fail dalam floppy/usb/cd-rom - Memasang perisian - Bersambung ke Internet Selepas dari itu, kita boleh beranjak ke perkara yang lebih sukar seperti; - Pengurusan akaun/kumpulan - Pengurusan cakera - Perkongsian Samba - Rangkaian - Sistem pelayan - Dinding api - NIS .. dan lain-lain lagi Diharapkan dengan dokumentasi ini, lebih ramai pengguna menggunakan Linux/*nix sebagai Sistem Operasi utama mereka. Juga, Portal Putera.com menjadi tempat rujukan utama pengguna-pengguna baru untuk mendalami dan mempelajari Linux/*nix. Sila beri cadangan dan komen. Terima kasih.
×
×
  • Create New...