Jump to content
Shanai

Al-fatihah

Recommended Posts

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya menerima satu PM ringkas yang menyebabkan bulu roma saya meremang dan terasa bagai hendak menitiskan air mata. Berikut adalah PM tersebut:

Assalamualaikum...

saya cuma ingin memaklumkan yang salah seorang ahli putera.com anda (Ancient One) telah kembali ke rahmahtullah tepat bulan 10 yang lepas pada umur 26 tahun (dia adalah sepupu saya yang paling rapat).

Ancient One adalah salah seorang ahli yang aktif dan banyak membantu ahli-ahli lain. Beliau aktif dalam forum pengaturcaraan, dan pernah dicalonkan sebagai moderator di situ. Semoga ilmu-ilmu yang pernah dicurahkannya menjadi sedekah jariahnya kepada kita yang masih hidup.

Al-fatihah untuk beliau.

Share this post


Link to post
Share on other sites

al-fatihah...semoga roh allahyarham dirahmati dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. amin.

Share this post


Link to post
Share on other sites

:o Ancient One???!!!

Semoga roh dia dirahmati Allah.

Bulan yang mulia ni juga dia dipanggil illahi.

Bro Shanai, tau ke sebab kematian dia?

Edited by abixpert

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un.

Ancient One merupakan salah seorang otai yang banyak membantu dalam pengatucaraan C dan C++ ... semoga Allah SWT merahmati rohnya.

Amin ya rabbal'a'lamin

Share this post


Link to post
Share on other sites

OMG. Ancient One?

Innalillah. Hilang sorang coder dan sorang yg banyak tolong dan bagi tutorial berkaitan programming, bukan sikit...panjang lebar dan lengkap. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan segala amalnya di putera.com menjadi sedekah jariah selagi ada mata yang membaca, ada tangan yang mengamalnya... dan selagi ada yang menyambung usaha Allahyarham membantu ahli yang lain dengan ilmu yang dicurahkan arwah.

Al-Fatihah.

p/s: ingat lagi post arwah pernah cakap dia mampu buat .NET programming and manage database guna assembly language. Suatu post yg pernah membuat aku tersenyum lebar....rupanya ada "geek" hebat macam ni di malaysia.

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pernah sembang beberapa kali dengan dia melalui YM sebelum ni kalau tak silap. dan aku pernah reply post dia, dan dia pernah reply post aku.

al-fatihah.

tambahan: minta jasa baik nickname Armv11 untuk reply topik ini dan menjelaskan keadaan sebenar. dan minta kepada sesapa yang pernah terasa, berdendam dengan arwah supaya memaafkannya. kita tak lari dari membuat silap. jika anda mendapat manfaat dari benda yang dikongsi selama berada di dalam forum, sila amalkan dengan cara terbaik, semoga beliau mendapat ganjaran baik hasil dari ilmu yang dikongsi. terima kasih

Edited by azuan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya menerima satu PM ringkas yang menyebabkan bulu roma saya meremang dan terasa bagai hendak menitiskan air mata. Berikut adalah PM tersebut:

Ancient One adalah salah seorang ahli yang aktif dan banyak membantu ahli-ahli lain. Beliau aktif dalam forum pengaturcaraan, dan pernah dicalonkan sebagai moderator di situ. Semoga ilmu-ilmu yang pernah dicurahkannya menjadi sedekah jariahnya kepada kita yang masih hidup.

Al-fatihah untuk beliau.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya menerima satu PM ringkas yang menyebabkan bulu roma saya meremang dan terasa bagai hendak menitiskan air mata. Berikut adalah PM tersebut:

Ancient One adalah salah seorang ahli yang aktif dan banyak membantu ahli-ahli lain. Beliau aktif dalam forum pengaturcaraan, dan pernah dicalonkan sebagai moderator di situ. Semoga ilmu-ilmu yang pernah dicurahkannya menjadi sedekah jariahnya kepada kita yang masih hidup.

Al-fatihah untuk beliau.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak silap ako arwah la dulu yang start intro pasal Assembly Language penerangan dari awal..

// baru nak mengikuti..tapi..Inna'lillah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un.

Baru je beberape hari lepas aku pm die nak mintak ym id die nak chatting sesama.

Al-Fatihah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un.

Meremang bulu roma bila mendengar cerita kematian sebegini. Meninggal dalam usia muda. Aku doakan moga roh nya di cucuri rahmat hendaknya - Amin-

Al- Fatihah

Edited by ikan_semilang

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un.

Abang sham masih ingat beliau pernah menghadiri beberapa gathering kita...Semoga Allah azawajalla menempatkan roh beliau dikalangan orang-orang yang dijanjikan syurga...

tiada kata..lidah kelu..air mata mengalir...abang sham anggap semua puteranian mcm adik-adik abang sham..walaupun ada kalanya kita tak sehaluan dan berbeza pendapat..yang penting kita semua mempunyai satu niat..mencurahkan ilmu...itulah yang dilakukan oleh Allahyarham 'Ancient One'

kepada keluarga beliau, abang sham bagi pihak diri sendiri dan semua warga putera.com memohon ampun dan maaf sekiranya kami pernah menyakiti hati beliau...dan semoga semua tabah menghadapi dugaan..

Al-Fatihah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

al-fatihah

yupp, aku selalu nengok forum tempat beliau aktif, dia mmg berkebolehan dlm programming.. -.-

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un.

Al-Fatihah

takde org yg tau sebab musababnye ke??

Chow.

Edited by bata

Share this post


Link to post
Share on other sites

walaupun tak aktif dalam programming tapi nama Ancient One mmg tak asing dalam diari aku sebagai warga Putera... Semoga dia berada di sisi orang-orang yang beriman... Amin!

Share this post


Link to post
Share on other sites

takziah kepada keluarga Ancient One,dan semoga ilmu yg dicurahkan di Putera.com ini akan terus disebarkan dan digunakan oleh warga putera ini....

semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH

Al-Fatihah

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ancient_One?

Rasa macam nak menitiskan air mata. Memang susah nak terima sebab arwah memang aktif dalam forum pengaturcaraan.

Untuk pengetahuan, Ancient_One adalah pakar dalam bidang Reverse Engineering. Arwah memang tak kedekut ilmu, banyak artikel-artikel yg ditulis sampai pernah aku cadangkan admin utk createkan special sub-forum ASM khas untuk beliau.

Walaupun aku tak pernah bertemu dengan Ancient_One, secara peribadi apa yang aku boleh katakan tentang Ancient_One, he's a very sincere person. Bila tengok sesuatu tu tak bagus dia akan tetap kata "tak bagus". Satu lagi yang menarik tentang Ancient_One, tak kedekut ilmu. Korang boleh search semua posting Ancient_One kat dalam database putera.com). Tapi malangnya takde sapa yang nak hargai ilmu yang ada pada arwah walaupun mungkin bagi sesetengah orang mengganggap ilmu RCE adalah satu bidang yg tidak menguntungkan.

Kenangan paling manis bersama Ancient_One, bila beliau banyak bantu aku buat improvement pada software PC Security:

http://forum.putera.com/tanya/index.php?show...;hl=pc+security

Kenangan yang tak dapat dilupakan. Belum sempat lagi PC Security release Ancient_One dah pun meninggalkan dunia.

Al-Fatihah.

Edited by puteranetwork

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ya Allah, mmg mengejutkan. Baru je sebut2 nama dia dlm post yg lepas..

InnalilLah wa inna ilaihi raji'un. Al-fatihah utk arwah. Moga dia ditempatkan dgn org2 saleh. InsyaAllah, ilmu2 yg byk dia curahkan kat sini akan jadi sedekah jariah dan memberi pahala berpanjangan...

Ini profile beliau:

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showuser=857

Laman web beliau, byk article kat sini:

http://www26.brinkster.com/paipx/

Share this post


Link to post
Share on other sites

Innalillah wa ina'ilaihi rajiu'un.

aku xmengenali dia secara dekat..aku x aktif kat bahagian pengaturcaraan. tapi insya allah org mcm dia aku xlupa sampai bila2. al fatihah

Share this post


Link to post
Share on other sites

al fatihah...

member kite pergi di builan yg mulia nie....semoge di cucuri rahmat....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...