Jump to content
gcloud

Video Editing - V.2

Recommended Posts

@jeep

Edit----->Preferences, ----->General,------> General ------> Default scale to frame size.

Depend pada aspect ratio still pic kalau normal pic dari point shoot digital cam tak ada masalah sebab dalam 4:3 tapi kalau dari DSLR aspect ratio dalam 3:2 dia ada squeeze sikit pada gambar tu.

Note: Actually tak berapa galakkan cara ni sebab most digital pic lebih dari 1 MB jadi bila kita buat editing kemungkinan slow sikit performance dia.

alternative:

Buat batch crop/resizing dalam mana-mana photoediting software macam photoshop..etc pada aspect ratio 4:3 pada reslution 720x576. Ini cara yang selalu saya buat...

Semoga dapat membantu.

Edited by gcloud

Share this post


Link to post
Share on other sites

oooo maknanya kena resiza blk laa dlm photoshop balik satu2..lps tu baru masuk dlm editing gitu..?

Bukan macam tu, dalam photoshop kita boleh setkan action yang mana kita boleh resize/crop multiple images serentak. Jadi tak perlu buat satu-satu. Lepas resize kita masukkan dalam premiere.

cuba tengok macam mana nak resize image secara batch dalam photoshop kat sini:

http://www.sitepoint.com/forums/showthread.php?t=252128

Edited by gcloud

Share this post


Link to post
Share on other sites

elo tanya sket..

mcm mana kita nak capture video dgn data code sekali (date,time)'

tq.

video yg aku capture dari Dv cam.. guna window movie maker.. tak kuar date n time... tq

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak boleh bukak? boleh..

ok pasal visual dv timestamp ni saya terus terang tak pernah cuba tapi konsep ni extract timestamp dari avi dv kemudian di burn in kan pada video.

Most dv cam , selain data untuk audio dan video avi juga record timecode dan date, time. But kebanyakkan software editing hanya extract audio/video dan timecode..jadi timestamp (date, time) tak diextractkan sekali. masa kita main dari dv cam ke TV ..kamera dv tersebut akan extract sekali time stamp.

Ok macam visual timestamp dia akan extract timestamp dan diburn ke video image..but dia akn create file avi dv yang baru..kalau tak salah saya bukan masa dicapture..kalau nak capture guna mana-mana editing software macam premiere , ulead ..etc or even wondows movie maker...selepas cature guna visual timestamp untuk extract timestamp dan di burn in kan pada video...visual timestamp harga dalam us20.00 lebih kurang RM70.00...jadi try dulu trial version dulu ..kalau kita rasa useful then boleh beli yang full version

Share this post


Link to post
Share on other sites

Edit Video dari DVD CAM

Tak lama dulu saya ada menulis article mengenai DVD cam.. bagaimana nak edit dan sebagainya. Dalam artikel tersebut saya ada menyebut gunakan Tsunami mpeg editor untuk convert ac3 ke mpeg2 audio format supaya bila kita edit suara akan keluar bersama video. Salah satu masalah yang sering saya terima dari pengguna DVD cam ialah bila edit suara tak keluar. Ini kerana DVD cam menggunakan ac3 (dolby digital) format untuk audio. Jika kita edit dalam video editing software kemungkinan hanya gambar sahaja yang keluar tetapi audio tidak dapat didengar. Ini berpunca sesetengah editing software tidak support ac3 format masa editing. Kedua pc kita tak ada ac3 codec jadi audio dari dvd cam tidak dapat di decode.

Jadi kali ini saya cuba terangkan bagaimana nak edit video dari DVD cam menggunakan keadah yang paling senang dan lebih user friendly dari apa yang pernah saya terang dulu. Ini kerana dua tahun yang lepas DVD cam masih baru tak banyak software yang support ac3..Jadi untuk edit video dalam editing software memang masalah. Tetapi sekarang saya dapati ada beberapa software yang boleh edit .vob file dari dvd cam terus dari dalam editing software.

Perkara yang anda harus lakukan sebelum edit video dari video cam.

1. Finalizekan DVD anda. Finalize bermaksud dvd disk tersebut dijadikan dvd-video disk yang mana boleh dimainkan dimana-mana dvd player. Finalize juga diperlukan jika anda ingin akses video tersebut di pc. Ramai yang hairan kenapa dvd disk bila dibuka tidak ada file..ini berpunca dari dvd tersebut masih belum difinalize.

terdapat dua jenis finalize dalam DVD cam

i. Finalize dalam VR mode -dalam mode ini dvd tersebut tidak boleh dimainkan di dvd player biasa. Ada juga dvdplayer yang support dvd disk yang difinalizekan dalam VR mode, jadi dvd-disk dalam mode ini boleh dimainkan di player tersebut. VR mode juga bertujuan untuk kita akses video file dari dvd-disk tersebut jika tak difinalize kita akan dapati dvd disk tersebut kosong tiada sebarang file.

ii.Finalize kan DVD-video mode. Dalam mode ini dvd-disk tadi akan di jadikan DVD-video compliance disk. Jadi dvd-disk dalam mode ni boleh dimainkan di semua dvd player dan di pc dan kita boleh akses dan lihat sebarang file yang ada di dalam dvd-disk tersebut. Cuma masalahnya dalam dalam mode ini Kita jadi keliru yang mana saya file yang nak dipilih. Ini kerana bila di finalizekan di dalam DVD-video mode terdapat dua folder pertama AUDIO_TS dan kedua VIDEO_TS. Di dalam Video_TS terdapat beberapa file seperti. BUP , IFO dan .VOB. Jadi pengguna keliru yang mana satu video file. Dan yang menjadi masalah juga di dalan dvd video jika file video tersebut melebhi 1 gig cth 3 gig ia kan dipecahkan ke tiga bahagian cth : vts_01_01.vob, vts_01_02.vob dan vts_01_03.vob. Ini mengeliru pengguna. Sebenarnya ketiga-tiga file ini adalah mpeg2 file iaitu video file cuma ia dipercahkan menjadi beberapa bahagian sekiranya file tersebut lebih dari 1 gig.

Jadi di antara dua mode ini saya sangat menggalakkan guna VR mode semasa finalize. Ada beberapa advantage menggunakan mode ini. Pertama kita boleh tengok thumbnail video semasa kita open dvd-disk tersebut di pc. Setiap thumbnail displit berdasarkan bila kita tekan record da pause button pada dvd cam. Ini memudahkan kita memilih masa satu clip yang ingin diedit atau bila kita edit tak perlu kita splitkan video tersebut di dalam video editing software. Tidak seperti dalam DVD-video mode ia telah menjadi satu file.

Transfer video ke pc.

Note: Cara ini berdasarkan dvd cam jenis Sony yang ada pada saya. Jadi saya tak dapat nak pastikan cara jika anda menggunakan camera dvd cam dari jenama yang lain. Tetapi saya rasa lebih kurang sama.

Steps

1. Finalizekan dvd anda dalam VR mode di camera dvd cam anda.

2. Masukkan dvd-disk ke dvd-drive. DVD cam menggunakan 8mm diameter dvd disk atau lebih dikenali sebagai mini DVD disk. Letak dvd tadi diruangan yang sesuai di tray dvd drive anda. JIka dvd disk tersebut di finalizekan dalam VR mode. kita boleh tengok ada beberapa Thumbnail video clip. Buat satu folder dan tranferkan semua clip ke pc dengan dragkan ke folder yang kita telah buat tadi. Saya sangat menggalakan kita copy video clip tadi ke pc kerana kalau direct access dari dvd disk slow teruma bila kita buat buat fast forward semasa editing. Kadang-kadang pc boleh hang kerana DVD drive akan ambil masa untuk akses ke sesetengah bahagian di dalam dvd-disk.. jadi copy semua clip tersebut ke dalam pc sebelum buat editing.

3. Klik salah satu clip yang kita tranferkan kan ke pc. Jika kita boleh lihat video terebut bermakna tak ada masalah untuk kita edit video tersebut di dalam perisian video editing. Saya juga menggalakan install software seperti Cyberlink power DVD atau mana-mana dvd player software. Ini membolehkan video dalam format mpeg2 dimainkan sebab bila install dvd player software codec untuk mpeg2 diinstall sekali. Windows XP secara default tidak ada mpeg2 dvd codec.

Edit video

Ok ini penting.

Saya menggalakan guna tiga perisian ini untuk edit video dari dvd cam

1.Ulead Video Studio 11 - Software ini boleh direct edit video dalam DVD-video mode atau akses video dalam format .vob dan juga boleh terima video jika kita finalize dalam VR mode. Kedua software ini juga support ac3 (Dolby digital). Jadi masalah gambar sahaja yang keluar dan suara tidak keluar tidak berlaku lagi. Ketiga very user friendly dan banyak effects yang boleh mencantikkan lagi video anda..Ke empat kita boleh terus burn ke DVD sebagai dvd video dan create menu tanpa menggunakan mana-mana authoring software secara berasingan. Dan juga boleh terus burn ke VCD jika mahu. Software ini juga support format AVCHD yang terdapat pada sestengah dvd cam atau hardisk cam. Jadi saya sangat galakan gunakan software ini.

2. Womble Video Wizard DVD. - Juga support .vob file dan mpeg dvd file dan support ac3 (dolby digital) audio format. Ia juga boleh burn ke DVD disk dan create dvd menu. Cuma tidak sebanyak function seperti Ulead. Cuma kelebihan software ini edit didalam mpeg samada mpeg1 atau mpeg2 sangat cepat dan kita boleh srubbing video di timeline dengan smooth.

3. Cyberlink power director

Jadi jika anda ada masalah untuk edit video dari dvd cam, cuba ikut cara saya terangkan di atas. Perlu diingatkan edit dalam mpeg dvd file mungkin slow sedikit jika dibanding kalau edit dalam format avi dv yang digunakan di dalam miniDV cam.. Tapi cara ini adalah yang paling mudah dan paling sesuai untuk mereka yang tak mahu memikirkan dari segi technical dan sebagainya.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu.

Edited by gcloud

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok..

dah bole buka.. hm nanti saya try dulu.. kalau tak ok.. tak perlu data code tu..

gcloud nak tanya lagi.. sory la.. byk benda tak tau lagi ni..

kalau aku dah capture avi dv from mini dv cam... then nak burn to DVD..

perlukah encode dulu atau terus authoring.

adakah encoding software boleh buat authoring?

atau authoring software boleh buat encoding?

atau kena buat encoding & authoring menggunakan 2 software berbeza??

tq.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau aku dah capture avi dv from mini dv cam... then nak burn to DVD..

perlukah encode dulu atau terus authoring.

Bagi saya saya encode dulu kemudian authoring. Sebab saya bebas guna mana-mana dvd authoring software

adakah encoding software boleh buat authoring?

Ada tapi tak semua...kalau ada pun just simple authoring..Tapi kebanyakan sofware editing sekarang macam ulead Video Studio 11 boleh edit, encode dan author dalam satu package..tapi untuk buat complex dvd authoring lebih baik pakai standalone dvd authoring macam DVDlab pro atau Ulead DVD workshop 2

atau authoring software boleh buat encoding?

Ada juga yang boleh encode cth DVD workshop 2 dan DVDlab Pro (but mesti ada Tsunami Mpeg encoder diinstall di pc)

atau kena buat encoding & authoring menggunakan 2 software berbeza??

This the best way sebab kita boleh guna mana encoder terbaik dan guna dvd authoring yang terbaik secara secara berasingan. Jadi hasil dvd akan jadi yang terbaik :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebenarnya mana-mana burning software boleh kita guna asalkan boleh burn dvd folder atau dvd image kalau nak burn dvd. Tak semesti Nero. Cuma ramai yang guna nero sebab kalau kita beli dvd-drive selalunya diberi sekali Nero:

Boleh check burning software yang lain di sini

http://www.videohelp.com/tools/sections/burn

Ok ini memang saya nak tekankan mana satu Nero yang patut diguna. Saya cadangkan guna Nero Burning Rom 6 atau Nero Burning Rom 7. Elakkan guna Nero xpress sebab nama lagi express..sebab dia simplifykan proses burning. Jadi certain setting tak ada atau kalau ada pun di hidden . Satu lagi kalau guna nero xpress kalau kita nak burn vcd terutamanya secara default tak ada option PAL atau NTSC. Jadi kemungkinan untuk kita silap pilih format video menyebabkan Nero encode semula...jadi hasil jadi lebih buruk...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Maaf azazral ..sebab lambat reply...internet problem dalam dua hari ni....

ok2.. thanks..

hm gcloud .. ada tutorial utk create dvd with menu tak?? menu simple je.. backgroud n button2 utk play je..

thanks.

InsyaAllah kalau ada kesempatan

gcloud..

apa speed sesuai utk burn dvd???

tq

Selalunya saya guna kurang dari separuh dari speed yang di tulis pada cd/dvd media.. kalau VCD saya selalu guna 8 - 16x kalau dvd -video dalam 4x walupun max boleh sampai 16 x untuk dvd...ini untuk mengelakkan "coaster" semasa writing...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pasal speed burning dia ada perbezaan antara CD dan DVD

1 X dvd = 8X CD speed. Jadi untuk burn dvd kita tak boleh ikut rule sama dengan CD ..Untuk CD writing speed pada 16 x mungkin ok tetapi untuk dvd mungkin tak ok sebab 16x dvd = 128x CD.

Walau bagaimana pun untuk burn dvd terutama dvd video cuba burn pada separuh dari max.. sebab kita kena faham quality pada dvd-r antara satu brand ke satu brand tak sama begitu juga quality pada dvd-burner pun tak sama ada yang boleh burn at highest speed tanpa masalah ada yang problem kalau buat highest speed. Jadi untuk selamat burn pada separuh pada speed yang ditulis pada dvd-r...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pasal speed burning dia ada perbezaan antara CD dan DVD

1 X dvd = 8X CD speed. Jadi untuk burn dvd kita tak boleh ikut rule sama dengan CD ..Untuk CD writing speed pada 16 x mungkin ok tetapi untuk dvd mungkin tak ok sebab 16x dvd = 128x CD.

Walau bagaimana pun untuk burn dvd terutama dvd video cuba burn pada separuh dari max.. sebab kita kena faham quality pada dvd-r antara satu brand ke satu brand tak sama begitu juga quality pada dvd-burner pun tak sama ada yang boleh burn at highest speed tanpa masalah ada yang problem kalau buat highest speed. Jadi untuk selamat burn pada separuh pada speed yang ditulis pada dvd-r...

masalah speed semasa nak burn CD/DVD.. semenjak aku guna Burner Asus DVD, tidak lagi menjadi masalah sbb kadar speed yang sesuai akan ditentukan sebelum proses burn. Jika nak burn CD dipilih 32 speed, tapi CDR yang dimasukkan tidak mampu menerima bebanan data dalam speed yang dipilih, maka Asus secara auto akan menukar kepada speed paling selamat... dan hasilnya OK...

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam semua,

bro gcload ader tutorial yg terbaru tak?

cara2 nk buat frame movie ala2 cam komik ker..cth camna haa aku nk cite..emmm

camni emm cth dlm satu monitor tu ader banyak frame ader 3 segi 4 segi ..alaa kalu biasa tgk komik2 siperman ker superman ker ader frame tu..bebaru ni aku ader tgk cite apa haa..siperman ker hulk..ader frame camtu..

gempak gak..rase2 macam nak test jer buat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku skang tgh buat projek short movie yg baru nk mula... movie clip dalam 10 - 30 minit tgk la .. pakai hdd cam .. kategori sci-fi seram lucu

Software terlibat :

Adobe after effect.

Partical Illusion

FXHome Effect labs

Sony Vegas movie studio

Adobe Photoshop.

tgh mula so siap dalam 2 atau 3 minggu dari skang ni :)

..

aku akan serta tutorial dari segi graphic effect dan video editing .. :) yg seperti dalam movie aku buat.. insyallah just produksi murahan je ehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam semua,

bro gcload ader tutorial yg terbaru tak?

cara2 nk buat frame movie ala2 cam komik ker..cth camna haa aku nk cite..emmm

camni emm cth dlm satu monitor tu ader banyak frame ader 3 segi 4 segi ..alaa kalu biasa tgk komik2 siperman ker superman ker ader frame tu..bebaru ni aku ader tgk cite apa haa..siperman ker hulk..ader frame camtu..

gempak gak..rase2 macam nak test jer buat..

Sebenarnya tak berapa susah untuk create comic style video. Apa yang perlu software graphic cth photoshop untuk buat comic layout dan composite software cth after effects.

Di photoshop create satu image lebih kurang saiz A4.. buat layout (block) untuk memudahkan kita placing video semasa buat composite. Setiap block pastikan dalam keadaan transparent. savekan dalam format png atau tiff supaya bila kita save transparent masih kekal.

Di After effect masukkan comic layout image dibahagian paling atas layer . Layer dibawah seterusnya masukkan beberapa video untuk di placing diblock comic tadi. Resize/crop video supaya bersesuaian dengan saiz block pada comic layout..

Penting di dalam after effects disetiap layer ada option Parent.. untuk semua video (kecuali comic layout image) pastikan kita set parent video tadi ke layout image. Tujuan setkan parent ke comic layout image untuk memastikan semua video kekal pada layout image semasa kita animate comic layout...

Cth simple comic style video:

Comic style video (righ click save as../ save file as..)

Share this post


Link to post
Share on other sites

nk bertanyakan kepada gcloud .. kalau nk export video tu yg mana bagus utk hd version ? format file .. mkv ke avi ke mov ? dan codec seswai xvid ? divx ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

.. kalau nk export video tu yg mana bagus utk hd version ? format file .. mkv ke avi ke mov ? dan codec seswai xvid ? divx ?

Bergantung di mana format di mainkan. Kalau untuk tujuan broadcasting format HD yang diterima pakai cth HDCAM, HDCAM-SR, DVCPRO-HD, D5-HD, XDCAM-HD, HDV and AVCHD.

kalau untuk tujuan internet distribution selalunya:

mov (h.264)

Avi (divx. xvid)

Wmv - HD (window media video -HD)

Pendapat aku kalau untuk tujuan internet distribution bettter guna .mov (h.264) sebab:

1. Kebanyakkan pc ada install quicktime player jadi tak ada masalah untuk memainkan format .mov. Berbanding divx, xvid walaupun popular sekarang tetapi utuk memainkan format ini codec mesti dinstall di dalam pc

2. quality lebih baik tetapi kalau kita pasal size file better guna xvid

elok limitkan kepada 720 sebab lagi besar vertical resolution lagi besar file dan lagi banyak menggunakan cpu dan gpu power..bukan semua ada highend pc yang boleh mainkan 1080 hd video. Jadi apa yang perlu sekarang fikirkan format resolution yang boleh diguna pakai oleh majority.

Kalau untuk didistribute dalam optical media format dvd sudah mencukupi.

Edited by tasek16

Share this post


Link to post
Share on other sites

Di After effect masukkan comic layout image dibahagian paling atas layer . Layer dibawah seterusnya masukkan beberapa video untuk di placing diblock comic tadi. Resize/crop video supaya bersesuaian dengan saiz block pada comic layout..

Penting di dalam after effects disetiap layer ada option Parent.. untuk semua video (kecuali comic layout image) pastikan kita set parent video tadi ke layout image. Tujuan setkan parent ke comic layout image untuk memastikan semua video kekal pada layout image semasa kita animate comic layout...

bro...kalu mcm tu kena buat dlm after effect jer ker...dlm preimire tak leh ker?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...