Jump to content
gcloud

Video Editing - V.2

Recommended Posts

Dengan muka tak malunya aku letakkan link youtube menunjukkan anakku sedang membiasakan diri dengan steadicam buatan sendiri.. :rolleyes: video menunjukkan pertama kali anak aku mencuba steadicam tersebut!... masih tak seimbang.. aku cadang nak kena buat penambah baikkan... mungkin aku akan cari solid pvc. buat sementara aku gunakan flexible table mic stand saja.. :rolleyes: :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Welcome to the club Arbanji & Tahniah....

We have for quite some time now changed to glidecam from standard dolly

but i can assure you ... memang berbaloi :) Jangan ketagih dah la.

Walaupun i sendiri tak handle glidecam ni (im not a dp / cam op sbb tak larat), tp

memang berat gcpro ni even pd org lelaki. Akan ambil masa sikit lah untuk adjust

pada berat dia. Tp kalau tgk pengalaman u, sebulan penggunaan yg constant

pun u dah boleh handle. Maybe lg cepat.

Be careful dgn gimbal dia sbb agak mudah offset (kalau pakai kasar je la kut).

By the way, kalau u ada dolly suit pun boleh alter sikit untuk pakai

sekali dengan gc ni supaya berat dia distributed pada upper body u (imitating dolliness)

Mungkin u boleh combine 40-45fps dgn glidecam ni untuk music video

u yg akan datang.

Memang aku rasa ambil masa juga nak biasakan dengan glidecam ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dengan muka tak malunya aku letakkan link youtube menunjukkan anakku sedang membiasakan diri dengan steadicam buatan sendiri.. :rolleyes: video menunjukkan pertama kali anak aku mencuba steadicam tersebut!... masih tak seimbang.. aku cadang nak kena buat penambah baikkan... mungkin aku akan cari solid pvc. buat sementara aku gunakan flexible table mic stand saja.. :rolleyes: :rolleyes:

Bravo bro arbanji .....

compare glidecam dengan homemade steadicam...aku rasa glidecam lagi smooth...

memang benda ni kena practice....

good luck..tak sabar nak tengok clip yang lain guna glidecam

Edited by tasek16

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bravo bro arbanji .....

compare glidecam dengan homemade steadicam...aku rasa glidecam lagi smooth...

memang benda ni kena practice....

good luck..tak sabar nak tengok clip yang lain guna glidecam

Arbanji Home Studio

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahh nice home studio....and nice camera movement..but very limited space laa bro arbanji...kalau boleh nak tengok outdoor punya shooting

ahh satu lagi bro arbanji dvx102 ada OIS kalau enablekan function ni lagi cun and smooth movement...kalau shoot guna glidecam + ois kalau lari pun image stable and smooth...

btw very nice bro arbanji......please to see more clips

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahh nice home studio....and nice camera movement..but very limited space laa bro arbanji...kalau boleh nak tengok outdoor punya shooting

ahh satu lagi bro arbanji dvx102 ada OIS kalau enablekan function ni lagi cun and smooth movement...kalau shoot guna glidecam + ois kalau lari pun image stable and smooth...

Bula puasa, tak sempat nak buat rakaman outdoor.. :rolleyes: nanti lepas raya nak buat video klip baru penyanyi Syaifaana.. nak cuba adengan berlari tepi tasik!... kalau boleh nak cuba adukan dengan teknik yang cukup mencabar iaitu teknik dolly

Share this post


Link to post
Share on other sites

heh aku tgk glidecam ni pun teringin jugak nak sambar sebijik ni..geram lak tgknya haa..

arbanji ko beli glide tu RM berapa? ader dekat RM1000?

Share this post


Link to post
Share on other sites

heh aku tgk glidecam ni pun teringin jugak nak sambar sebijik ni..geram lak tgknya haa..

arbanji ko beli glide tu RM berapa? ader dekat RM1000?

Subtotal of Items: $299.95 (USD)

Shipping & Handling: $82.95

------

Total for this Order: $382.90

Order melalui Amazon.com

Edited by arbanji

Share this post


Link to post
Share on other sites
Video Clip terbaru dari aku
Syaifaana - Aku Dia Dan Lagu
Sempena Kursus Pengambaran dan Editing Video yang telah berlangsung pada 14 - 16 November 2008 yang lalu di Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Pengambaran Video ini dibuat oleh peserta-peserta kursus pada 15 November 2008 (hari Sabtu). Aku sebagai tenaga pengajar menjemput penyanyi Syaifaana untuk menggayakan sebuah lagu (Aku Dia Dan Lagu) untuk video clip tersebut dimana sebelumnya rakaman audio telahpun dibuat di Studio aku 'Arbanji Home Studio'.

Aku hanya editkan semula hasil rakaman dari aku sendiri serta dari hasil rakaman peserta-peserta kursus tersebut.

Untuk melihat behind the scenes sila klik link di bawah
Behind the scenes - Syaifaana - Aku Dia Dan Lagu Edited by arbanji

Share this post


Link to post
Share on other sites
Wahhh sifoo arbanji hebat sekarang smile.gif

Nice....aku suka tengok "behind the scene"

Keep up !!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku pun baru angkat DVX102BEN ni . Cuma konpius dengan 24p ngan 25p ni. Apa perbezaan nya? 24p nampaknya dalam setting ni ada tapi gambar sama jer apa beza film look tu tak faham-faham lagi?

Bro arbanji glidecam tu datang skali ngan vest dia ke? Edited by pablo

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(pablo @ Nov 26 2008, 04:25 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Aku pun baru angkat DVX102BEN ni . Cuma konpius dengan 24p ngan 25p ni. Apa perbezaan nya? 24p nampaknya dalam setting ni ada tapi gambar sama jer apa beza film look tu tak faham-faham lagi?

Bro arbanji glidecam tu datang skali ngan vest dia ke?

aku beli glidecam saja, kemudian baru aku belikan 'Glidecam Forearm (Support Brace Accessory for the 2000 & 4000 Stabilizers)'.
vest @ Glidecam Body Pod (Body Mounted Stabilization Support Accessory) belum lagi.
Tapi boleh order pakej semua sekali.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(pablo @ Nov 26 2008, 04:25 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Aku pun baru angkat DVX102BEN ni . Cuma konpius dengan 24p ngan 25p ni. Apa perbezaan nya? 24p nampaknya dalam setting ni ada tapi gambar sama jer apa beza film look tu tak faham-faham lagi?

dari segi pandangan mata kasar memang tak ada beza 24p ngan 25p . Dua-dua shoot dalam progessive instead of interlace dalam normal video cam. Normally 25p untuk TV PAL but 24p ada beza sikit:

1. untuk NTSC system (US, Japan. etc).. Since NTSC system dia punya framerate 29.97 . Untuk show video dalam progressive tak boleh guna 24p pada system NTSC sebab frame rate pada system ntsc 29.97 jadi apa yang diorang buat shot pada 24P then diorang buat "pull down - 2/3 ) then baru video tu boleh appear dengan sepatutnya.

2. Blow up to film - Since film dalam 24 fps jadi kalau nak convert ke film (cth 16mm misalnya) tak susah sebab frame rate yang sama. manakalah 25p kalau nak convert ke film terpaksa slowdownkan speed sebanyak 1 frame.

Pasal film look ni..actually 24P atau 25P akan mimic macam film sebab film 24fps sedangkan video berasaskan interlace atau 50i (dua field dalam setiap 1 dari 25 frame - untuk pal)... jadi bila dalam interlace video terlalu "fluid" atau smooth ..cth kalau kita tengok drama atau live programme macam bola etc . So nak create film look kena shoot pada 24p atau 25p...satu lagi untuk create film bukan setakat 24p/25p banyak perkara yang perlu diambil kira cth dari segi gamma setting, toning/color grading, pengcahayaan dan sebagainya. Begitu juga dengan penggunaan lens.. most video cam tak cukup untuk create swallow depth of field macam film atau dalam istilah photograhy dipanggil bokeh. Itu sebab kalau shoot dalam 24p pun masih kelihatan macam video look

BTW tak salah kalau nak try guna 24 atau 25 p try buat experimet then try play kat TV (jangan play kat pc sebab pc dalam progessive) jadi kita boleh bezakan progessive ngan interlace. Edited by tasek16

Share this post


Link to post
Share on other sites
Owhh tq tasek baru nampak sket apa bezanya dua-dua ni.

Katakan aku shoot dalam 24p, untuk post aku pakai liquid so masa nak digitize kita kena set apa apa ke before digitize?

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(pablo @ Nov 27 2008, 09:06 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Katakan aku shoot dalam 24p, untuk post aku pakai liquid so masa nak digitize kita kena set apa apa ke before digitize?

Ok dalam kes ni..aku suggestkan kat ko shot pada 25P instead of 24P...why???? sebab aku rasa ko nak mainkan kat TV..system TV kat malaysia 25fps (PAL) unless kalau ko nakk blow to film atau nak mainkan kat TV NTSC

OK pasal liquid tu aku tak pasti sebab aku tak guna software ni. BUT dalam premiere atau edius ada option 25P.. capture macam biasa guna firewire ke pc then masa nak edit setkan project setting pada 25P.. Edited by tasek16

Share this post


Link to post
Share on other sites
he he... thank you tasek16.. akupun kurang arif dengan masalah ni... sebab tak biasa buat proses telecine ni... penjelasan yang sangat berguna..

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam bro ...

saya orang baru dalam selok belok komputer ... jadi harap dapat membantu saya ...

saya nak tanya macam ner nak menghasilkan video dari komputer kepada vcd atau dvd? ... bole cerita tak?

dan macam ner pulak nak menghasilkan video dari vcd atau dvd kepada komputer? .. bole cerita tak?

per software software dan cara cara yg diperlukan untuk menghasilkan nya ? ... bole cerita tak? ..

saya sekarang pakai nero jer .. laptop aspire 4720Z ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam bro ...

saya orang baru dalam selok belok komputer ... jadi harap dapat membantu saya ...saya nak tanya macam ner nak menghasilkan video dari komputer kepada vcd atau dvd? ... bole cerita tak?

kalau nak "cerita" cara manual memang panjang but untuk permulaan aku suggest gunal all in one software...all in one maksudnya dari edit video ke convert dan akhir sekali burn ke VCD atau dvd.. in this case aku strongly suggest corel videostudio 12. Why??? interface yang mudah..boleh terima banyak jenis video format...boleh convert ke banyak jenis format video dan ada burning engine untuk burn ke vcd atau dvd TANPA GUNA NERO

pasal "nak hasilkan video" dari dvd/vcd aku "cerita" kemudian..step by step bro don't jump to all at once..

good luck

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam bro...

aku nk tanya ni..pasal sound..apsal kalu aku buat recording kalu guna kemera handycam ni suara dia pecah2 maksud aku tak sedap sgt laaa..ader tak cara2 dia nk kasi sound tu sedap telinga mendengar..ker ader nk kena tambah bass ker masa buat editing tu..?

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(jeep @ Dec 1 2008, 08:42 AM) <{POST_SNAPBACK}>
salam bro...

aku nk tanya ni..pasal sound..apsal kalu aku buat recording kalu guna kemera handycam ni suara dia pecah2 maksud aku tak sedap sgt laaa..ader tak cara2 dia nk kasi sound tu sedap telinga mendengar..ker ader nk kena tambah bass ker masa buat editing tu..?

depend pada kamera....tak semua kamera macam tu ...pengalaman aku menggunakan banyak jenis kamera sound level is quite good. But some cameras dia punya mic condenser terlalu sensitive...kalau benda ni berlaku

1. Jika camera tersebut ada mic level input (normally prosumer/pro camera) adjust sound level sebelum recording..pastikan tak melebih 0dB..level should dalam lingkung max -3dB..maksudnya jangan sampai level merah
2, kalau kamera tu tak ada mic level input cover mic tu dengan sponge or etc untuk "tapis" sound yang masuk..yes it's worked
3. masa editing reducekan sound level untuk video below 0dB (range diantara -3dB - -6dB)

optional: edit audio from camera guna sound editor macam adobe audition or sound forge..etc..guna function
limiter/compressor..

Share this post


Link to post
Share on other sites
saound... semasa pengambaran, kita harus peka pada bunyi apa yang hendak dirakamkan..

Jika menggunakan mic internal camcorder biasanya boleh rakam stereo malah surround.. tapi mic jenis ini (condenser) sangat sensitif dan tangkap keliling, jadi pastikan apakah semua bunyi yang didengar dikehendaki dalam rakaman video..

Jika mahu menemuramah seseorang atau merakam cakapan atau bualan seseorang penceramah, eloklah digunakan external mic jenis 'dynamic vocal microphone' dan aku sendiri gunakan jenama Shure model SM58. Mic tersebut (yang bersambung dengan camcorder melalui wayar) hendaklah berada dekat dengan mulut pengucapnya. Melalui pengalaman aku, kita sebagai jurukamera kalau bercakap atau memberi sebarang arahan, suara kita tidak langsung ditangkap oleh rakaman yang dibuat. Bunyi sekeliling pun tidak kedengaran.. hanya percakapan orang yang meletakkan mic tersebut berdekatan dengan mulutnya saja yang kedengaran.

Share this post


Link to post
Share on other sites
emmmm bro arbanji/tasek..kalu kite shoot mcm conferce ker ..elok kite pakai mic yg kat camera kite tu ker..atau elok kite cucuk kat mixer jer..kalu kat cemera nk kena adjust tak?

lg satu saje jer nk tanya..bro arbanji punya hasil keje aku dah tegk dah..bro tasek bila lagi nk tunjuk..aku nk tgk ni skill2 korang buat shooting ni..tak kisah laa..cth mcm arbanji buat video klip tu kan..? tasek takde buat video klip ker..nk gak tgk..otai2 punya hasil kerje nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(jeep @ Dec 2 2008, 08:50 AM) <{POST_SNAPBACK}>
emmmm bro arbanji/tasek..kalu kite shoot mcm conferce ker ..elok kite pakai mic yg kat camera kite tu ker..atau elok kite cucuk kat mixer jer..kalu kat cemera nk kena adjust tak?

Kalau ada mixer atau amp lagi bagus... but kamera tu mesti ada line/mic in..so from there kita boleh adjust sound level..

QUOTE(jeep @ Dec 2 2008, 08:50 AM) <{POST_SNAPBACK}>
lg satu saje jer nk tanya..bro arbanji punya hasil keje aku dah tegk dah..bro tasek bila lagi nk tunjuk..aku nk tgk ni skill2 korang buat shooting ni..tak kisah laa..cth mcm arbanji buat video klip tu kan..? tasek takde buat video klip ker..nk gak tgk..otai2 punya hasil kerje nih.

Tak salah aku dah banyak aku "showcase"kan video aku kat putera ni.... smile.gif btw insyaAllah nanti aku uploadkan yang lain smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(jeep @ Dec 2 2008, 08:50 AM) <{POST_SNAPBACK}>
emmmm bro arbanji/tasek..kalu kite shoot mcm conferce ker ..elok kite pakai mic yg kat camera kite tu ker..atau elok kite cucuk kat mixer jer..kalu kat cemera nk kena adjust tak?

lg satu saje jer nk tanya..bro arbanji punya hasil keje aku dah tegk dah..bro tasek bila lagi nk tunjuk..aku nk tgk ni skill2 korang buat shooting ni..tak kisah laa..cth mcm arbanji buat video klip tu kan..? tasek takde buat video klip ker..nk gak tgk..otai2 punya hasil kerje nih.


1. Kalau ambil gambar video persembahan pentas, aku selalu sambungkan terus dari mixer line out/AUX OUT/atau preamp out, untuk mendapat sound audio yang selesa. Maksud aku mixer yang digunakan oleh pihak yang mengendalikan persembahan, kita tumpang line out saja. Semuanya disambungkan kepada satu camcorder utama yang menggunakan tripot. Sementara camcoder kedua adalah bebas guna secara mobile tanpa tripot. Hasil dari 2 atau 3 comcoder aku gabungkan sekali untuk mendapat multi-engle.

2. Tasek16 dan gcloud adalah guru aku dalam videografi ini. Aku mula menapak dan merangkak dalam dunia video ini adalah hasil dari tunjukajar dari mereka berdua di sini. Aku amat menyanjung mereka berdua. Rakan-rakan aku bertanya dari manakah aku mempelajari kaedah video digital ini, aku katakan aku berguru melalui internet, Tasek16 dan gcloud merupakan pihak yang paling banyak aku mendapat ilmu di samping beberapa website lain termasuk dari youtube sendiri. Tutorial dari mereka berdua aku baca berkali-kali... dah banyak kali khatam!... tapi masih tidak jemu aku mengulangi membacanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...