Jump to content
nocturnal

Israel Serbu Kapal Bantuan Ke Gaza

Recommended Posts

First of all, aku heran nape xde orang bukak topik pasal ni kat putera.com ni.


[quote]BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila tentera Israel menyerbu kapal yang membawa aktivis pro-Palestin yang dalam misi bantuan ke Gaza, lapor stesen TV10 Israel.

[/quote]



mari kita tengok apa tindakan susulan dunia terhadap isu ni :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Mungkin ada negara2 hantar surat bantahan kekerasan israel , pastu bising dalam sebulan .. lepas tu senyap . Liga arab/negara2 arab hanya bising2 sekejap je tapi tindakan yang lebih takda. Malaysia hanya boleh keluar kenyataan mengutuk kekejaman israel.


Israel ni macam lanun somalia pulak , dah la dia gi serbu kapal tu kat perairan antarabangsa. UN pun takleh nak buat apa2 .. nak buat je kena veto dengan US . habis gitu je.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Berita ni baru, aku pun baru dapat tau tengahari tadi.

[url="http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20100531/tts-gaza-malaysians-993ba14.html"]http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20100531/tts-gaza-malaysians-993ba14.html[/url]

Setakat ni tak tau apa cerita dengan dua orang wartawan kita tu. Tengah keep update dengan perkembangan ni.

Announcement dari PGPO
[quote]Press Release

Perdana Global Peace Organisation Delegation Safe

Kuala Lumpur, May 31 2010 – The Perdana Global Peace Organisation (PGPO) delegation on board the Rachel Corrie comprising Member of Parliament, Nizar Zakaria, PGPO members Shamsul Akmar, Matthias Chang and Ahmad Faizal Azumu as well as Halim Mohamed and Jufri Junid, two press members from TV3 are safe and are currently 1000 miles of the coast of Gaza.

The delegation has been informed of the brutal attacks on the Turkish vessel by the Israeli navy this morning where 10 people have been reported dead. The delegation will continue to proceed on their voyage and have given assurances that they will return to Cyprus if there are warnings by the Israeli navy to do so.

The Rachel Corrie which is carrying much needed humanitarian aid for Gaza also has on board Nobel Prize Laureate Mairead Maguire, former UN Assistant Secretary General Denis Halliday and documentary film maker Fiona Thompson. Two Free Gaza Movement representatives Derek Graham and Jenny Graham are also on board. [/quote] Edited by Sir Pyan

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku baru tengok kat ntv7 tadi ... malangnye memang pape tindakan akan di veto US, tapi buleh ke un-veto? :D

liga arab buat sidang tergempar ...

Share this post


Link to post
Share on other sites
macam biasa, israel di'kecuali'kan dari undang2 antarabangsa...pasal dia bukan sebuah negara berdaulat sebenarnya...cuma kawasan penempatan haram yang mempunyai 'kerajaan'...

//aku hairan sikit...pasal apa kurang misi bantuan dari negara Islam?...banyak aktivis dari negara2 bukan Islam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='betik' date='31 May 2010 - 07:42 PM' timestamp='1275306141' post='1034141']
macam biasa, israel di'kecuali'kan dari undang2 antarabangsa...pasal dia bukan sebuah negara berdaulat sebenarnya...cuma kawasan penempatan haram yang mempunyai 'kerajaan'...

//aku hairan sikit...pasal apa kurang misi bantuan dari negara Islam?...banyak aktivis dari negara2 bukan Islam...
[/quote]
sebab diorang ada banyak kepentingan dengan Amerika dan Israel.

EU dah kutuk, baru liga arab nak bersidang. :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites
pak arab semua biasa lah...

dah kalau jiran sebelah sendiri bersekongkol dgn negara yahudi tuh utk jahanamkan palastin nak harap dia org bertindak apa lagi...

dulu dia org tuduh nazi kejam bunuh dia org... laa ni dia org buat apa yg nazi dulu buat...

nak harap negara2 arab buat sesuatu mmg mimpi ler...

setakat kutuk jer takde makna... tindakan susulan perlu ada...

to unexistance : boleh kot negara lain yg ada veto kene cakap "saya veto us dari menggunakan vetonya utk mengveto usul ini..." hahahhaa :lol: Edited by Gunso

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' date='31 May 2010 - 09:17 PM' timestamp='1275311871' post='1034167']
pak arab semua biasa lah...

dah kalau jiran sebelah sendiri bersekongkol dgn negara yahudi tuh utk jahanamkan palastin nak harap dia org bertindak apa lagi...

dulu dia org tuduh nazi kejam bunuh dia org... laa ni dia org buat apa yg nazi dulu buat...

nak harap negara2 arab buat sesuatu mmg mimpi ler...

setakat kutuk jer takde makna... tindakan susulan perlu ada...

to unexistance : boleh kot negara lain yg ada veto kene cakap "saya veto us dari menggunakan vetonya utk mengveto usul ini..." hahahhaa :lol:
[/quote]
Tak boleh. Kalau tak kompem kita perang dunia ketiga.

Aku cuak je ni pasal korea. China kompem backup korea utara. US backup korea selatan.

Samada Perang Dingin Kedua atau lagi teruk, Perang Dunia Ketiga.

Share this post


Link to post
Share on other sites
tindakan susulan bukan takat kekerasan yg nak diutamakan...

banyak lagi spt propaganda, ekonomi, penglibatan lebih banyak aktivis...

kalau dapat pengaruh negara2 arab tuh utk boikot yahudi tuh mesti ada kesan punya...

masalahnya negara lain kat luar sana tuh beria nak tolong... tapi ketua2 negara arab tuh buat dek jer apa yg berlaku...

nampaknya negara eropah yg lebih beria2 dari jiran2 palastin tuh sendiri...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa boleh buat kebanyakkan yang jadi pemimpin negara arab kat sekeliling tu sayang lagi kuasa yang dorang ada . karang kalau cakap lebih2 ada yang mati eksiden la , kapal terbang terhempas la , boat karam la gara2 kena dengan mossad. Paling tak pun nanti kena la ugut pasal rahsia apa2 ke.

Share this post


Link to post
Share on other sites
EU plak kutuk dulu, and sebok2 nak hantar bantuan berbanding Liga Arab

btw, meeting tergempar liga arab esok kan. tengok outcome dulu.

and ni twitter movement free gaza :)

aku ikut update kat sini

http://twitter.com/freegazaorg

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Sir Pyan' date='31 May 2010 - 11:54 PM' timestamp='1275321269' post='1034207']
Setakat ni belum ada cerita tentang 2 orang wartawan kita tu?
[/quote]
nampak gaya macam masuk jel kat israel je.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="5"][color="#8b0000"][b][u]12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel[/u][/b][/color][/size] [/center]
[img]http://media1.malaysiakini.com/264/e95c330ddf863a764737c1724733d828.jpg[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/158/6975723b920ccb56ea4318358a9f0c5d.jpg[/img]

[img]http://media1.malaysiakini.com/264/02d423d02df8bf1660bc3bd422435e19.gif[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/157/eed85884410d231d8e00a43ed9e5c9ff.jpg[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/158/ad3db0d356bd36f73488f4bca320036c.jpg[/img]


Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan [i]Lifeline4Gaza[/i], yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai [i]Lifeline[/i] bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap [i]Lifeline4Gaza[/i], Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada [i]Malaysiakini[/i] juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan [i]Astro Awani [/i]itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha [i]Malaysiakini [/i]menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman [i]Twitter[/i]-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.
"[i]Mavi Marmara on alert[/i]. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut [i]AFP[/i] yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

entera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.


[quote][url="http://www.malaysiakini.com/news/133181"]http://www.malaysiak...com/news/133181[/url][/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][b][u]
Hamas isytihar 'intifada'[/u][/b][/size]
[/center][u][b]

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'[/b][/u]

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh [i]Reuters[/i].

Sementara itu, [i]AFP[/i] pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

"Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia," kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.
Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

[img]http://media1.malaysiakini.com/158/a1d1bd34c9b1adb3bc75be132e03c491.jpg[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/160/b7e4b0b3455a5603c345c183afb7d50f.jpg[/img]

[quote]
[url="http://www.malaysiakini.com/news/133236"]http://www.malaysiak...com/news/133236[/url][/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
sambil2 kita bersedih dengan kes sebegini
mari kita doakan tuk mereka dengan doa dari alafasy

http://www.youtube.com/watch?v=q1j-z68Z9kw&feature=player_embedded

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='nocturnal' date='31 May 2010 - 04:55 PM' timestamp='1275296130' post='1034116']
First of all, aku heran nape xde orang bukak topik pasal ni kat putera.com ni.






[/quote]
kalau aku tak sibuk dan ade line internet kat rumah dah lama aku buka topik ni... <_<

abaikan perasaan heran ko,sila fokus pada topik.
sudah sampai masanya kita warga putera bertindak bukan?
apekata kita tubuhkan tabung untuk bantuan ke gaza selepas ini.
kita boikot lebih kerap barangan mereka.
gunakan facebook untuk sebarkan kekejaman israel pada rakan2 anda yang bukan beragama islam.
sedangkan negara China sudah mula terpengaruh propaganda israel sehingga mengiktiraf bahawa Masjidil Al Aqsa adalah bandar dan kepunyaan Israel.

[quote name='OngBok' date='31 May 2010 - 10:45 PM' timestamp='1275317144' post='1034190']
Aku sokong Perang Dunia Ke-III
[/quote]
perang tiada apa2 makna,walaupun kita mcm suka tengok Israel kena bedil namun Amerika tidak sekali2 membenarkan ianya berlaku.

Sepanyol,Denmark,Sweden dan Greece dah mula memanggil pulang duta mereka disana.

kita kena gesa amerika barulah mereka merasakan tekanan bagi menghukum Israel.dakwaan bahawa pasukan aktivis mempunyai senjata dan objek tajam adalah ^*&^*^*^!!!

sedangkan di Cyprus dan Turki mereka dah diperiksa oleh askar2 mereka sendiri.

Turki mula menghentikan latihan ketenteraan bersama Israel,Arab Saudi pula membisu.Iran pula tunggu peluang nak serang menggunakan senjata rahsianya ke Israel.

apa kita boleh buat?kita ada teknologi dlm menyebarkan maklumat dan kebenaran,mari kita gunakan sebaik2nya Edited by zer0Nehza

Share this post


Link to post
Share on other sites
astagfirulhalazimmm...laknat punya israel...tu terkejut gak tgk news smlm...agak2 la hantaq makanan pun kena bunuh..lepas tu...perairan antarabangsa pulak tu:angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='01 June 2010 - 08:33 AM' timestamp='1275352397' post='1034238']
sudah sampai masanya kita warga putera bertindak bukan?
apekata kita tubuhkan tabung untuk bantuan ke gaza selepas ini.
kita boikot lebih kerap barangan mereka.
gunakan facebook untuk sebarkan kekejaman israel pada rakan2 anda yang bukan beragama islam.
sedangkan negara China sudah mula terpengaruh propaganda israel sehingga mengiktiraf bahawa Masjidil Al Aqsa adalah bandar dan kepunyaan Israel
[/quote]
Tabung bantuan, idea yang bagus.

Boikot, dah lama aku & family buat, sampai sekarang. Dah bertahun berenti pakai jenama berkaitan, mana yang boleh tukar kita tukar, dah amalkan pakai jenama terutama keluaran PKS tempatan, takde masalah pun. Harap kita semua dapat buat sama-sama.

China dah iktiraf Al Aqsa kepunyaan Israel? Biar betul. Kalau betul ler, memang ni lagi satu mangkuk punya China.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='01 June 2010 - 08:33 AM' timestamp='1275352397' post='1034238']
sedangkan negara China sudah mula terpengaruh propaganda israel sehingga mengiktiraf bahawa Masjidil Al Aqsa adalah bandar dan kepunyaan Israel.
[/quote]

we demand valid source for this.


[quote name='loy_azloy' date='01 June 2010 - 08:33 AM' timestamp='1275352397' post='1034238']
kita kena gesa amerika barulah mereka merasakan tekanan bagi menghukum Israel.dakwaan bahawa pasukan aktivis mempunyai senjata dan objek tajam adalah (*&*(&*(&!!!
[/quote]


mind your language, mr. moderator :excl:



btw, White House said "sorry to hear people died." Edited by zer0Nehza

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='nocturnal' date='01 June 2010 - 09:13 AM' timestamp='1275354820' post='1034251']
we demand valid source for this.





mind your language, mr. moderator :excl:



btw, White House said "sorry to hear people died."
[/quote]
want a demand?lihat kembali tv3 pagi tadi perbincangan Wardina dengan Nor Moosman(kalau tak salah aku) ahli yang menyokong PGPO, dia punya title same mcm DR chandra Muzaffar.
my languange against Zionist?come onlah bro fokus pada topik jangan nak berbalah pula dengan user lain.tak guna...nak aku perli?boleh aje.(nak buka topik pun siap persoalkan kenapa kami semua tak buka topik ini terlebih dahulu)
tapi apa gunanya?baik ko persoalkan kenapa Israel serang aktivis2 pro Palestin.
dengan ini aku nak minta pandangan kalau kita tubuhkan tabung bantuan putera.com pastu kita cuba tonjolkan forum ini yang mengutuk keras tindakan Israel melalui sumbangan...

[quote name='Sir Pyan' date='01 June 2010 - 08:43 AM' timestamp='1275353005' post='1034245']


China dah iktiraf Al Aqsa kepunyaan Israel? Biar betul. Kalau betul ler, memang ni lagi satu mangkuk punya China.
[/quote]
bukan salah china ini kerana mereka dah terpengaruh dengan propaganda media2 dari barat.sedangkan di Asia Tenggara pun kurang melaporkan kekejaman Israel...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[IMG]http://img710.imageshack.us/img710/8099/zionist.jpg[/IMG]
satu lagi penipuan Yahudi...!!!

http://www.abc.net.au/news/stories/2010/06/01/2914856.htm?section=justin

videonya klik kat sini.
http://www.smh.com.au/world/fury-follows-israels-deadly-attack-on-aid-flotilla-20100601-wsz8.html

Share this post


Link to post
Share on other sites
perghhh hebat korang mengecam israel..memang patut pun kita menhina diorg...dan boikot barangan mereka dan aku sokong wujudkan tabung kebajikan tu(klu leh anto senjata pun ok.elekek..mcm lastik pusaka aku )... :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...