Jump to content
nocturnal

Israel Serbu Kapal Bantuan Ke Gaza

Recommended Posts

zionis memang jahat. Tapi hosni murtabak lagi jahat. kalau sempadan mesir/gaza dibuka kisah ini tidak akan berlaku.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='dvd' date='03 June 2010 - 10:14 PM' timestamp='1275574440' post='1034739']
zionis memang jahat. Tapi hosni murtabak lagi jahat. kalau sempadan mesir/gaza dibuka kisah ini tidak akan berlaku.
[/quote]

murtabak :lol:
jom kita mencekik dia...

mesir dari dulu lagi dikuasai oleh yahudi dari dalam..
kerajaan sekular mereka sanggup bunuh ulamak2 yang lantang menentang yahudi nie
sebagai mana Assyahid Hasan Al- banna dibunuh

sebab tu la yahudi2 nie menguasai negara sekeliling palestine dulu sebelum mereka benar2 menunjukkan belang mereka

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='03 June 2010 - 11:24 PM' timestamp='1275578660' post='1034761']
sebab tu la yahudi2 nie menguasai negara sekeliling palestine dulu sebelum mereka benar2 menunjukkan belang mereka
[/quote]
[img]http://img180.imageshack.us/img180/9245/grtisr.jpg[/img]
Masanya mungkin lebih cepat dari yang kita jangka.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ya betul
mase perang dunia pertama lagi perlaksanan pelan mereka tu

[quote name='Sir Pyan' date='03 June 2010 - 11:41 PM' timestamp='1275579693' post='1034765']
[img]http://img180.imageshack.us/img180/9245/grtisr.jpg[/img]
Masanya mungkin lebih cepat dari yang kita jangka.
[/quote]

penjelasan lanjut mengenai gambar nie?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='03 June 2010 - 11:50 PM' timestamp='1275580209' post='1034772']
penjelasan lanjut mengenai gambar nie?[/quote]
Pernah terbaca tak blog Free Our Mind oleh Efairy yang skang ni dah tutup, dengar cerita dah kena "bom" oleh "tangan-tangan ghaib". Ataupun pernah tengok tak keseluruhan episod The Arrivals kat youtube. Kat situ ada serba sedikit gambaran pasal gambar tu, tapi info dia agak panjang jugak. Kalau nak pendekkan cerita, gambar tu menunjukkan kemungkinan rancangan penaklukan yang lebih besar pada masa depan, bukan setakat yang sekarang ni seperti di Gaza dan Tebing Barat, tetapi juga meliputi kawasan seperti yang ditunjukkan. Dan kalau diikutkan dengan attitude sesetengah negara arab yang seperti diperkudakan mereka, gambar itu seperti tak mustahil kebenarannya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Sir Pyan' date='03 June 2010 - 11:55 PM' timestamp='1275580500' post='1034774']
Pernah terbaca tak blog Free Our Mind oleh Efairy yang skang ni dah tutup, dengar cerita dah kena "bom" oleh "tangan-tangan ghaib". Ataupun pernah tengok tak keseluruhan episod The Arrivals kat youtube. Kat situ ada serba sedikit gambaran pasal gambar tu, tapi info dia agak panjang jugak. Kalau nak pendekkan cerita, gambar tu menunjukkan kemungkinan rancangan penaklukan yang lebih besar pada masa depan, bukan setakat yang sekarang ni seperti di Gaza dan Tebing Barat, tetapi juga meliputi kawasan seperti yang ditunjukkan. Dan kalau diikutkan dengan attitude sesetengah negara arab yang seperti diperkudakan mereka, gambar itu seperti tak mustahil kebenarannya.
[/quote]

FREE OUR MIND hermm ade gak penah bace info mereka,..
the Arrival pun ade gak

Arab Saudi dan Mesir la yang nampak sangat dikuasai dari dalam oleh yahudi,
moga rancangan laknat mereka akan dihancurkan

[spoiler]"Allah adalah sebaik2 perancang/pengatur"[/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="5"][color="#ff0000"][b][u]Siri demo besar anti-Israel esok
[/u][/b][/color][/size]
Sekurang-kurangnya dua demonstrasi besar akan diadakan di ibu negara esok oleh pelbagai pihak bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin.

Demonstrasi tersebut bagaimanapun dilangsungkan secara berasingan - satu di Masjid Kampung Baru anjuran Pemuda PAS manakala satu lagi di Masjid Negara oleh Pemuda Umno, selepas solat Jumaat.

Beberapa NGO dijangka turut menyertai demonstrasi tersebut antaranya Jemaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Di Masjid Kampung Baru kumpulan penyokong pembangkang merancang berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang bagi menyatakan menyatakan bantahan mereka kepada negara sekutu Israel itu.

Ia dijadual disertai semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dan diketuai ketua umum PKR sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad berkata satu memorandum akan diserahkan kepada kedutaan Amerika oleh pimpinan utama Pakatan.

Katanya, kira-kira 200 anggota unit amal PAS akan ditugaskan mengawal perhimpunan dan perarakan esok.

Kamaruzzaman juga berkata pihaknya turut menjemput BN untuk turut sertai dalam perhimpunan dan perarakan tersebut, tetapi mereka memilih untuk mengadakan perhimpunan sendiri.

Katanya, jemputan tersebut dibuat kepada setiausaha Pemuda Umno, Megat Firdaus Megat Junid.

Kamaruzzaman juga menafikan ura-ura yang mengatakan perhimpunan esok akan diadakan di Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji.

Sebaliknya, tambah beliau, perhimpunan akan diadakan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat sebelum berarak ke Kedutaan Amerika.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata kumpulan di Masjid Negara akan diketuai oleh Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

Katanya, semua exco pergerakan tersebut diminta menghadiri perhimpunan tersebut.


[img]http://media1.malaysiakini.com/265/4d7567577c1261a2d8fd3b13e64dbcc0.gif[/img]


[url="http://www.malaysiakini.com/news/133500"]http://www.malaysiak...com/news/133500[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
10,000 hadir perhimpunan lepas solat Jumaat tadi.

Masjid Negara...200 jer.
Sebab KJ & UMNO yang anjurkan.

Ekekeke...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][img]http://media1.malaysiakini.com/265/0183ad4525a5d0c47b5c09f0cee9bc44.jpg[/img]
[left]

Kira-kira 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini.

Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.

Tampil dalam pakaian putih, mereka bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin"

Selain itu juga, peserta yang terlibat membawa kain rentang yang bertulis seperti [i]"justice for Gaza"[/i] (keadilan untuk Gaza) dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang".

Perhimpunan aman membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam.

Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.

Bagaimanapun, tidak kelihatan kelibat pemimpin parti komponen BN yang lain seperti MIC dan MCA.

[/left][/center]Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut menyatakan tidak puas hati terhadap kekejaman tentera Israel.

[size="3"][color="#0000ff"][b]Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.
[/b][/color][/size]
Seorang aktivis NGO Islam daripada Turki turut hadir menyatakan sokongan mereka.
Seyfuddin Seyif dalam ucapannya mendesak semua pihak memboikot barangan Israel seperti McDonald, Coca-cola dan Levi's.
"Katanya tidak kepada Israel," katanya. Sebelum itu beberapa aktivis NGO yang hadir mengedarkan risalah boikot barangan Israel di masjid berkenaan.

[center][img]http://media1.malaysiakini.com/265/85c0fc40412c91d11c7b112ed58d3ef7.jpg[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/265/56828b489cb27fe6d239e7d109aa9b19.jpg[/img]



http://www.malaysiakini.com/news/133634

[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[url="http://news.yahoo.com/s/ap/20100604/ap_on_re_eu/eu_turkey_israel"][b][size="5"]New aid ship heads to Gaza, Israel vows to stop it[/size][/b][/url]

Bersedialah, Insya Allah kalau takde aral besok tengahari ke petang sampai.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="4"][color="#2e8b57"][u][b]Demo anti-Israel: 10,000 berarak ke kedutaan AS
[/b][/u][/color][/size]

[img]http://media1.malaysiakini.com/265/c5aec54e3ce769f9566ce4a83b071be5.jpg[/img][img]http://media1.malaysiakini.com/265/3d927a882a393db51b6dd9c59f969ff1.jpg[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/265/0b749f74be8e3e46f5ddeb2f7128aa91.jpg[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/265/bcd29885960c4dd160f105910851ab81.jpg[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/265/bd0dd178227db7f4c68b71b57b85cf6a.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[img]http://lh6.ggpht.com/_9CgGAvcVGdM/TAi7exL2MzI/AAAAAAAAHBI/C6oxFyRQGS8/0059.jpg[/img] [img]http://lh4.ggpht.com/_9CgGAvcVGdM/TAi7eZBKQWI/AAAAAAAAHBE/mu2osJHRlEE/0058.jpg[/img]
[img]http://lh4.ggpht.com/_9CgGAvcVGdM/TAjRbBt7VnI/AAAAAAAAHDM/-vtjZlutmH8/0079.jpg[/img] [img]http://lh5.ggpht.com/_9CgGAvcVGdM/TAjRa__VopI/AAAAAAAAHDI/T-wlhga4pw0/0078.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
fuhh..jem gile ptg td on the way nak amik mak aku..jalan dpn tabung haji dr 3 lane tinggal 1 lane je dedue side..mmg ramai gile la..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]KOTA BHARU, 4 Jun[/b]: Ribuan rakyat Kelantan menunaikan solat hajat yang diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai membantah keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di Palestin.

[img]http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/2-8apr/yahudi_3.jpg[/img]
Solat hajat diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV pagi tadi turut disertai wakil Palestin, Abdul Hadi HJ Junaidi. Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Dr Mohamad Fadzli Hassan serta wakil-wakil rakyat. Biar pun cahaya matahari panas memancar di atas kepala, orang ramai tidak menghiraukan dan tetap berdiri menunaikan solat bagi memohon kepada Allah Taala melindungi umat Islam yang sedang ditindas di Gaza.

Sebelum itu ribuan yang hadir sejak jam 8.30 pagi mendengar kuliah khas mengenai Palestin yang disampaikan Mohd Amar.

Kehadiran penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang Dataran Stadium kerana simpati terhadap konvoi kemanusiaan pelbagai negara yang diserang tentera Israel ketika membawa bekalan makanan ke Gaza Isnin lalu.

Ekoran serangan itu sembilan rakyat Turki yang menaiki kapal Mavi Marmara milik negara terbabit menjadi korban.

Seramai 12 rakyat Malaysia turut bersama misi kemanusiaan tersebut yang datang daripada 40 negara.
Berikutan tindakan tersebut kerajaan Turki di bawah Tayyed Erdogan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

Kerajaan Turki memberi beberapa syarat untuk memulih semula hubungan diplomatik iaitu membayar sejumlah pampasan kepada keluarga sukarelawan yang terbunuh, Israel perlu memohon maaf kepada dunia.

Selain itu mereka yang terbabit dengan jenayah hendaklah dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa.
Perkara itu didedahkan Abdul Hadi ketika berucap di ribuan rakyat Kelantan.

Menteri Besar berkata, kaum Yahudi tidak ada belas kasihan kepada kaum lain kerana menganggap kononnya mereka sebagai anak Tuhan.

"Pegangan yang salah itu menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja terhadap orang lain.
"Namun hairannya [b]kezaliman yang serupa juga pernah berlaku di negara ini apabila Ustaz Ibrahim Libya bersama beberapa pengikut ditembak mati di Memali[/b].

"Begitu juga tindakan kerajaan menangkap ulama dengan mengurungkan mereka dalam bilik gelap di Kem Tahanan di Batu Gajah. Ini adalah sebahagian tindakan tidak berperikemanusiaan yang turut berlaku di negara ini," katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Pada ucapan itu beliau juga menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang mendakwa tidak ada parti Islam pada zaman Rasulullah saw.

Pelbagai sepanduk mengutuk serangan ganas Yahudi dijulang anak-anak muda yang membantah keganasan Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin. Tabung Cakna Palestin juga dibuka bagi sumbangan orang ramai. Program itu berakhir kira-kira jam 10.45 pagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b][size="4"][color="#ff0000"]Sukarelawan Gaza rakyat Malaysia berlepas pulang[/color][/size][/b]


AMMAN, 4 Jun — Sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan kerajaan Israel Rabu lepas ekoran insiden rampasan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal minggu ini, hari ini telah meninggalkan Amman untuk ke Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Mereka diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kementerian yang lain menaiki pesawat Royal Jordanian (RJ).

Penerbangan RJ165 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia).

Hadir sama di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu ialah Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

Mereka dijadual berlepas dari Istanbul pada petang Sabtu dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 5.50 pagi Ahad ini.

Seorang pegawai di kementerian itu memberitahu Bernama di sini bahawa ketibaan rombongan berkenaan akan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka dan keluarga masing-masing kemudiannya akan dibawa menaiki tiga bas menuju ke kediaman persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kesemua 12 rakyat Malaysia itu, termasuk dua pekerja stesen televisyen Astro Awani, berada di atas Kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel di perairan antarabangsa Isnin lepas, sehingga mengorbankan beberapa nyawa.

Kapal yang turut dinaiki aktivis proPalestin dari negara lain, sedang dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, yang semakin sengsara akibat kepungan Israel sejak tiga tahun lalu. — Bernama

Share this post


Link to post
Share on other sites
i post dekat bawah ni, but kat sini pun ok juga..

http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/85151-siri-muhasabahmotivasi-diri/page__pid__1034988__st__0&#entry1034988

[quote name=]
Selepas musibah biasanya adalah rahmat. kadang-kadang cepat, diberi 'didunia', kadang-kadang lambat, diberi 'diakhirat'.

Sejarah gaza tidak akan berhenti, kerana 'kota' itu merupakan tempat yang 'telah' ditakdirkan sesuatu.

Please jangan terkejut dengan 'impact' yang terus menerus dihidangkan melalui media.

[spoiler]Benda ini semua 'mind programming' [/spoiler]

Usaha atas iman dan amal.
Bantuan Dis (swt) akan tiba bila iman mencapai tahap tertentu.
Benda ini akan berlaku apabila amal yang betul dilakukan.

Amal akan betul apabila hati betul.
Hati betul apabila percakapan / perbualan / bicara seharian mengenai iman dan amal.

Saling memperingati sesama ikhwan. Tentang iman dan amal.
Mereka yang dapat 'melihat' sejarah 'kota' hanya mereka yang dibuka mata-hatinya.

Biasanya mereka yang betul percakapan / perbualan / bicara seharian mengenai iman dan amal.
Serta mereka yang sujud pada 1/3 malam yang terakhir secara berterusan.

Mereka lebih takut amal mereka tidak diterima.
Mereka sangat-sangat 'mengharap' amal mereka diterima.

Pesanan ku buat ummah yang lain.
Perbaiki amalan kalian, Dengan perbaiki hati kalian dengan perbaiki percakapan kalian.

Insan yang berseorangan lebih mudah dibaham oleh serigala.

Pada zaman awal, kurun yang 'terbaik' segalanya bermula dari masjid.
Kurun selepasnya dan selepasnya juga segalanya bermula dari masjid.

Pada ketika ini, 'sepatutnya' juga bermula dari masjid.
Siapa yang mengetahui gelombang/wave/electron/vibrate pasti mengakui ilham yang datang dari dalam masjid jauh lebih berkesan.

Cukuplah Dia (swt) sebagai Pemilik ku, dan cukuplah aku sebagai hamba Dia (swt).

Doakan keberkatan buat mereka yang berjuang...........
Nescaya kita menerima saham dari amal ini.
Tidak tertolak doa yang ikhlas, doa yang tertindas..

Salam...
[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku tertarik nak petik sikit kata-kata KJ masa demo kat masjid negara semalam. Jangan salah paham, I'm not a huge fan of him, :D tapi tak perlulah kita tengok sapa yang kata, tapi kita ambil apa yang diperkatakan, ada kebenarannya jugak, lebih kurang gini. "mungkin Israel dapat tahan beberapa buah kapal bantuan, tapi kita akan teruskan lepas ni, kalau dapat hantar 100, beratus kapal, tak mungkin Israel dapat tahan semuanya."

Kalau kita nilai balik, dan kaitkan dengan sejarah, ini adalah rancangan terbaik. Singkap balik bagaimana gabungan negara-negara Arab yang angkatan perangnya jauh lebih besar dan kuat boleh ditewaskan oleh Israel yang lebih kecil dalam Perang 6 Hari pada 1967. Tun Dr. M. pernah simpulkan dalam blognya yang Israel tak boleh ditewaskan dengan kekerasan, Perang 6 Hari adalah bukti nyata. Tapi kita boleh tewaskan mereka dari segi bantuan kemanusiaan. Kita akan terus-menerus membantu Palestin secara konsisten dan meningkat-ningkat. Dan sekiranya Israel melakukan tindakan bodoh seperti yang ditunjukkan baru-baru ini dalam serangan kapal bantuan Mavi Marmara, itu hanya menonjolkan pekung sebenar mereka di mata dunia. Kalau kita banding keadaan sekarang dengan 50 tahun dulu amat berbeza, sekarang sudah semakin ramai individu dan kelompok masyarakat yang sudah sedar pekung Israel, kalau dulu perjuangan ini hanya melibatkan saudara seagama, sekarang mereka yang bukan seagama pun sudah ramai yang nampak pekung Israel.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#0000ff"][b][u]Israel rampas Rachel Corrie pula[/u][/b][/color][/size]
[/center]

Tentera Israel hari ini merampas sebuah lagi flotila bantuan kemanusiaan ke Palestin Rachel Corrie yang turut memuatkan aktivis daripada Malaysia.
Dua kapal perang Israel terlibat dalam rampasan itu, lapor [i]The Star.[/i]
[url="http://www.malaysiakini.com/news/133681"]http://www.malaysiak...com/news/133681[/url]

[center][img]http://media1.malaysiakini.com/265/3d1cbcff2e031f4e3c8fcca5cd080ab6.jpg[/img]
[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]"mungkin Israel dapat tahan beberapa buah kapal bantuan, tapi kita akan teruskan lepas ni, kalau dapat hantar 100, beratus kapal, tak mungkin Israel dapat tahan semuanya."[/quote]

Aku tak setuju.
kalau israel nak tahan, siapa boleh menghalang.
dan sapa nak pergi dalam beratus2 buah kapal.
'kalau' tidak ada maknanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='05 June 2010 - 12:02 PM' timestamp='1275710571' post='1035026']
Aku tak setuju. kalau israel nak tahan, siapa boleh menghalang. dan sapa nak pergi dalam beratus2 buah kapal. 'kalau' tidak ada maknanya.
[/quote]
Memang takde sapa akan halang kalau Israel tahan, tapi effort tu yang penting. Keadaan jadi lebih sukar kalau lebih banyak kapal dihantar, dalam beratus kapal pasti akan ada yang terlepas. Kalau Israel terpaksa guna kekerasan macam yang depa buat baru ni, benda tu cuma akan lebih memburukkan reputasi mereka yang dah sedia buruk. Kalau saiz kapal yang dihantar seperti saiz Rachel Corrie, tiada masalah nak hantar banyak kerana ia tak memuatkan beratus penumpang seperti Mavi Marmara. In the end, kemenangan di pihak kita juga.

Apa pun, kita balik kepada matlamat asal. Sekiranya sekatan ke atas Gaza ditamatkan maka perjuangan menghantar kapal-kapal ni tak sia-sia dan boleh dikatakan berjaya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
hantar bantuan pakai udara tak ok ke?

drop kan je bantuan2 tu ke gaza..

tapi takut kene roket antii aircraft lak

=====================================



[quote]GAZA, 5 Jun — Tentera Israel menahan satu lagi kapal misi kemanusiaan — kali ini Rachel Corrie yang sedang menuju Gaza dengan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Ia ditahan kira-kira 55km dari Mediterranean, demikian menurut seorang jurucakap kumpulan yang menyokong misi kemanusiaan hari ini.

Rombongan rakyat Malaysia juga dikatakan berada dalam kapal itu.

Bagaimanapun tiada maklumat sama ada ia diserang ataupun sebaliknya.

[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='05 June 2010 - 12:20 PM' timestamp='1275711615' post='1035029']
hantar bantuan pakai udara tak ok ke?

drop kan je bantuan2 tu ke gaza..

tapi takut kene roket antii aircraft lak

=====================================
[/quote]
Udara kos tinggi sangat, lagipun takde beza sebab Israel masih boleh intercept. Dan dijamin negara jiran arab pun takkan benarkan untuk guna airstrip diorang untuk berlepas. So, aku rasa jalan laut lebih kos efektif.

Share this post


Link to post
Share on other sites
haha,

pengangkutan dari laut disekat

pengangkutan dari darat disekat (menutup sempadan/pintu masuk)

pengangkutan udara di sekat juga


lorong tikus pun disekat...

hebat kan sekatan2 tersebut
tapi sikit pun tak luntur semangat pejuang2 Allah disana


teringat satu hadis nie

[quote]Sabda Rasulullah s.a.w :
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. [b]Mereka akan tetap sedemikian[/b].
Sahabat bertanya "Di mana mereka itu?"Baginda menjawab "Mereka berada di [b]Baitul Maqdis[/b] dan di kawasan sekitarnya" [/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kutuk Mesir habis2an.
Selesai isu mesir dulu.
baru mudah sikit nak hantar bantuan ikut darat.

Kalau dah tau benda nie bahaya dan boleh mengancam nyawa,
padahal Tuhan suruh kita jaga nyawa kita.
"Janganlah kamu terjerumus kelembah kebinasaan"

Nsk tolong orang pun kena tengok jugak adakah ia dilandasan yang betul. Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='05 June 2010 - 12:44 PM' timestamp='1275713043' post='1035034']
Kutuk Mesir habis2an.
Selesai isu mesir dulu.
baru mudah sikit nak hantar bantuan ikut darat.

Kalau dah tau benda nie bahaya dan boleh mengancam nyawa,
padahal Tuhan suruh kita jaga nyawa kita.
"Janganlah kamu terjerumus kelembah kebinasaan"

Nsk tolong orang pun kena tengok jugak adakah ia dilandasan yang betul.
[/quote]
Tekanan atas Mesir memang sepatutnya kita buat. Selain dari itu, perkara lain yang boleh menyumbang kepada kebajikan penduduk Gaza pun kena ada juga. Bantuan laut bertindak sebagai serampang dua mata, kalau ia berjaya penduduk Gaza akan dapat bantuan, ia juga menunjukkan betapa egonya sikap Mesir kerana sekatan tersebut. Kalau bantuan laut disekat sekali pun, ia juga menunjukkan kelemahan Mesir. In the end, bantuan laut juga secara tidak langsung merupakan satu tekanan moral kepada Mesir atas perbuatan mereka terhadap saudara seagama.

Tentang bahaya dan mengancam nyawa, setiap perjuangan Fisabilillah ada risikonya. Kalau kerana takutkan keselamatan diri, tidak mungkin umat Islam zaman Rasulullah akan menyertai peperangan Badar, Uhud dan sebagainya. Sedangkan apa yang kita lakukan dengan menghantar bantuan laut, bukannya kita pergi berperang, tapi kita pergi hantar bantuan. Itu pun betapa jauh bezanya pengorbanan umat dahulu dengan umat sekarang. Lainlah kalau lilit bom kat badan pastu letupkan diri, sudah tentu terang-terangan ia bercanggah. Dan lagi, maksud Surah Al-Baqarah ayat 195 tu perlu kita huraikan dengan maksud yang lebih luas, dalam dan lengkap. Sebab keseluruhan ayat itu merujuk kepada membelanjakan harta ke jalan Allah, menuju kebinasaan itu lebih merujuk kepada sikap mementingkan harta dengan tidak mahu membelanjakan ke jalan Allah ataupun pergi berjuang disebabkan sayangkan harta. Mengikut riwayat Abu Daud & Tirmizi ayat tersebut turun untuk menyedarkan umat Islam ketika itu yang mula menyayangi harta mereka hingga tidak mahu berjuang pada jalan Allah.

Jadi, menghantar bantuan melalui jalan laut masih tidak bercanggah dengan kehendak agama. Cara tersebut masih lagi cara lembut, apa yang kita masih mampu buat secara fizikal dan langsung, di kala orang Gaza masih memerlukan bantuan. Selain itu, sebarang langkah lain pun kena buat juga, sekarang ni aku setuju sangat kita start condemn kerajaan Mesir dengan secara langsung seperti kita condemn di kedutaan Amerika.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...