Jump to content
nocturnal

Israel Serbu Kapal Bantuan Ke Gaza

Recommended Posts

[center][img]http://www.themalaysianinsider.com/images/sized/images/uploads/slideshows/0601slidejewry-358x268.5.jpg[/img]
Orthodox Jewish demonstrators protest against the government of Israel outside the Israeli mission to the United Nations, in New York, May 31, 2010. — Reuters pic
[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Semalam aku tengok berita, siap boleh tengok lagi gambaran situasi sebenar yang berlaku kat atas kapal Mavi Marmara. Diorang guna kamera ape ntah sampai boleh nampak manusia bergerak2 dalam kapal tu..

Ada enam rakyat Malaysia lagi yang menaiki kapal utama Rachel Corrie berada dalam keadaan selamat dan kini dilaporkan sudah bertolak dari Malta menuju ke perairan Gaza.

Harap-harap kapal ni selamat sampai ke perairan Gaza.

http://en.wikipedia.org/wiki/Gaza_flotilla_raid

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hairulfadly' date='02 June 2010 - 07:05 AM' timestamp='1275433549' post='1034438']
Semalam aku tengok berita, siap boleh tengok lagi gambaran kat atas kapal. Diorang guna kamera ape ntah sampai boleh nampak manusia bergerak2 dalam kapal tu..


[/quote]kamera night vision zionis...

Share this post


Link to post
Share on other sites
skang dah canggih bukan night vision ajer ,siap plus termal detector(suhu bdn )....memang laknat punya israel :angry:..

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

hime rase sedih yg amat dgn berita nih..
hingga tak mampu utk membendung airmata.. :(
sungguh kejam tentera israel..
moga Allah melindungi umat Islam dan moga tentera israel
mendapat balasan yg setimpal dgn perbuatan mereka yg zalim itu..


marilah bersama2 kta menunaikan solat hajat utk keselamatan
mereka di sana..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Boleh juga kita membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap solat lima waktu bermula sekarang

[url="http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3718"]Panduan Qunut Nazilah[/url] Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#0000ff"][b]'Merangkak di kawasan berlumuran darah'[/b]
[/color][/size][/center]
[center][img]http://media1.malaysiakini.com/264/670bb42451d22d4cb84c313d9a71cf17.jpg[/img]
[/center]

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail nyaris terkena tembakan komando Israel yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, pagi Isnin lalu.

Menceritakan insiden itu melalui telefon setelah dihubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, selepas dibebaskan tentera Israel pagi tadi, Ashwad berkata aktivis Turki di kiri dan kanannya terkena tembakan komando Israel ketika serangan itu

Katanya, tentera Israel mula mengepung kapal misi mereka pada jam 11 malam dan menghampiri kapal mereka pada jam 2 pagi sebelum menyerang pada jam 4.30 pagi dengan sokongan bot dan kapal perang serta helikopter penggempur Apache.

Kami diserang bertubi-tubi dan Alhamdulillah saya dan jurukamera, Shamsul (Kamal Abdul Latip), terselamat daripada tembakan di mana peluru hidup digunakan.

"Dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya.

Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku.

"Saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," katanya dalam lintas langsung dari sempadan Jordan semasa berita Awani tengah hari ini

Ashwad dan Shamsul adalah antara 12 sukarelawan negara yang ditawan bersama ratusan sukarelawan antarabangsa oleh tentera Israel kelmarin selepas kapal mereka diserang.

Sambil menyatakan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak, khususnya kerajaan Malaysia, yang berusaha membebaskan mereka, Ashwad berkata pengalaman 28 jam ditahan tentera rejim Zionis itu amat memeritkan.

Katanya, keperitan yang dialami dalam tempoh singkat itu sudah cukup untuk beliau menyelami kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin akibat kezaliman rejim Zionis selama enam dekad konflik Palestin-Israel itu.

"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita," katanya.

Ditanya bagaimana layanan tentera Israel terhadap mereka, Ashwad enggan menjawabnya dan hanya mahu seluruh penonton memahami kezaliman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin selama enam dekad.

"Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik enam dekad Palestin-Israel bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam.

"Saya harap penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu, Tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya," katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="4"][color="#ff0000"][b]Semua 12 rakyat Malaysia bebas, kini ke Amman[/b][/color][/size]

Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26 yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi."Alhamdulillah, kini kami selamat," katanya.

Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.

"Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.

"Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan," katanya ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel.


Menurut Ashwad, dia dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip, 43, kini berada di Jordan selepas dibebaskan daripada tahanan Israel dan menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.

Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.

"Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra," kata seorang pembantu beliau.

Sementara itu menurut laporan [i]AP[/i], seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.

Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.

Pegawaitentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.

Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.



[u][b]Rakyat Malaysia sehelai sepinggang[/b][/u]

Sementara itu, [i]Bernama[/i] melaporkan seramai 12 sukarelawan Malaysia itu yang kini selamat dan sedang dalam perjalanan melalui darat ke Amman, Jordan.

Rombongan itu diiringi Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz dan pegawai kedutaan yang lain. Sebelum itu, rakyat Malaysia telah melepasi sempadan Jordan.

"Kesemua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik," kata duta itu apabila dihubungi dari Dubai. Katanya semua sukarelawan hanya sehelai sepinggang dan tidak mempunyai pasport.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijangka tiba di Amman hari ini.Abdul Malek berkata Kementerian Luar Malaysia dan pihak kedutaan akan menyediakan semua persiapan bagi memudahkan sukarelawan itu pulang ke Malaysia.



[u][b]Pengalaman ngeri[/b][/u]

Salah seorang daripada mereka, Noor Azman Muhamad Samsuddin, memberitahu Bernama melalui telefon, serangan yang dilakukan pada awal pagi oleh tentera komando Israel adalah pengalaman yang mengerikan
Katanya sebahagian besar penumpang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, yang telah disekat Israel sepanjang tiga tahun yang lalu, tidak menyangka akan menerima tentangan dari tentera Israel sewaktu insiden maut tersebut.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam serangan itu, menyebabkan Israel dikutuk di seluruh dunia, termasuk Malaysia.Menurut Noor Azman, dua sukarelawan Indonesia juga tercedera dalam serangan tersebut.

[img]http://media1.malaysiakini.com/264/191bd92f04da34626a05eea072b36509.gif[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/264/5d0be8dfd1fd23410b254306e517f742.jpg[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/162/b859b355d55f82f307aeee1180402e34.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Katanya ada 2 orang warga indonesia antara yang terkorban .

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku lagi sedih bila mengetahui bahawa anasir dan jarum-jarum Zionist sudah bertapak di Malaysia. Apa yang aku maksudkan bukan setakat propaganda atau perkara tersirat, tapi terdapat individu-individu tersendiri yang menyokong Israel dan Zionist. Padahal negara kita sikit punya jauh dari Israel tapi boleh ada manusia-manusia laknat macam ni. Aku post benda ni dari FB. Aku tak tau apa motif orang-orang macam ni. Kalau sekalipun dia hanya berlawak, tapi berlawak pun tak kena tempat. Korang baca lah sendiri.

[quote]
I ♥ SEREMBAN Hello fellas.. to all Serembans, change your profile picture now to support palestine and the activist that attacked by israel's commando.. make ur profile picture as black or palestine flag or anything to show ur protest with ur own creativity.. make it until the end of june or longer.. show that all serembans support... the protest against israel.. change it now guys.. PEACE!!

MayReen Wong June 3 at 5:22am Report
there's not only me, most of the american,british n european likes n support israel,only muslim ppl wil support palestine,ok!!!!!!!!!!!!!!!!!!! so dun b crazy,buzz off!

MayReen Wong
im not offence,but sorry i support isreal,i dun think is ur business Syaiful,its up 2 me!!
do u think u r so stupid? u posted out d conversation 4 wat? who cares who support isreal or palestine??? every1 has their own choice plz,childish!!! asshole is ur mom,damn u r so retarded!!!!
[/quote]

Profile dia, korang tengok ler sendiri
[spoiler][quote]http://www.facebook.com/profile.php?id=616867795[/quote][/spoiler] Edited by Sir Pyan

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ramai je yang sokong israel cuma tak khabarkan secara terbuka sampai nak ada counter-bantahan/tunjuk perasaan. Tambah pulak kalau duk baca dari sumber2 pro-israel je. Yang melawak tu kekadang dorang saja nak cover la konon.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='03 June 2010 - 08:05 AM' timestamp='1275523530' post='1034605']
Ramai je yang sokong israel cuma tak khabarkan secara terbuka sampai nak ada counter-bantahan/tunjuk perasaan. Tambah pulak kalau duk baca dari sumber2 pro-israel je. Yang melawak tu kekadang dorang saja nak cover la konon.
[/quote]
Itu yang aku pelik tu. Tapi kalau benda tu kat barat sana benda tu memang tak pelik, cuma kalau kat Malaysia ni sendiri, memang pelik. Tak tahu ler kalau diorang yang sokong Zionist ni buta sejarah ke apa. Ataupun ada sebab lain diorang sokong Zionist. Aku syak ada kemungkinan ungkapan, [i]"the enemy of my enemy is my friend."[/i] Adakah disebabkan rasa benci atau meluat dengan masyarakat Islam menyebabkannya membuat keputusan menyokong musuh Islam? Aku rasa ni sebabnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Sir Pyan' date='03 June 2010 - 07:12 AM' timestamp='1275520345' post='1034602']



Profile dia, korang tengok ler sendiri
[spoiler][/spoiler]
[/quote]
the page that you request was not found... <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites
ada baiknya Adolf Hilter dah bunuh juta2 orang Yahudi dulu.. tapi yang pasti penaklukan Baitulmaqdis akan hampirnya hari kiamat

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='03 June 2010 - 09:25 AM' timestamp='1275528301' post='1034620']
the page that you request was not found... <_<
[/quote]
Aku bukak ok, kena ada login FB kot.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Sir Pyan' date='03 June 2010 - 08:30 AM' timestamp='1275525056' post='1034611']
Itu yang aku pelik tu. Tapi kalau benda tu kat barat sana benda tu memang tak pelik, cuma kalau kat Malaysia ni sendiri, memang pelik. Tak tahu ler kalau diorang yang sokong Zionist ni buta sejarah ke apa. Ataupun ada sebab lain diorang sokong Zionist. Aku syak ada kemungkinan ungkapan, [i]"the enemy of my enemy is my friend."[/i] Adakah disebabkan rasa benci atau meluat dengan masyarakat Islam menyebabkannya membuat keputusan menyokong musuh Islam? Aku rasa ni sebabnya.
[/quote]

kenape mereka musuh ngan islam??

Al Baqarah 120 : [i]"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".[/i]

[quote name='FryShadow' date='03 June 2010 - 09:32 AM' timestamp='1275528760' post='1034622']
ada baiknya Adolf Hilter dah bunuh juta2 orang Yahudi dulu.. tapi yang pasti penaklukan Baitulmaqdis akan hampirnya hari kiamat
[/quote]

hhehe, ramai yang pertikai kan sejarah sebenar kisah ni..

wa

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='03 June 2010 - 09:46 AM' timestamp='1275529619' post='1034630']
kenape mereka musuh ngan islam??

Al Baqarah 120 : [i]"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".[/i]
[/quote]
Berkenaan dengan Yahudi seperti yang tertera tu aku tau. Tapi maksud aku bukan kepada Yahudi tu sendiri, tapi kepada mereka yang "sepatutnya" (dijangkakan) bukan Yahudi, tetapi menyokong Zionist. Mereka ni sepatutnya tiada kepentingan apa-apa kepada negara Israel, tetapi menyokong negara haram tu. Kalau orang Caucassian kat barat aku tak pelik, sebab mereka dah diperkudakan sekian lama, tapi yang aku cuba sentuh adalah individual dan pihak tertentu di Malaysia ni sendiri, itu yang aku pelik. Walhal secara "umumnya" di negara ini "sepatutnya" tiada orang Zionis (yang nyata), tetapi mereka ini menyokong Zionis walaupun tidak ada kepentingan pada mereka.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kristian = sesat (kafir)

merekakan memusuhi islam
so tak heran pun kat malaysia hatta orang kafir tu duduk dalam negara islam pun mereka tak suka kan islam..
banyak ayat2 Al-Quran dan hadis menceritakan kesah2 golongan sebegini..

wa

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Sir Pyan' date='03 June 2010 - 09:56 AM' timestamp='1275530181' post='1034633']
Berkenaan dengan Yahudi seperti yang tertera tu aku tau. Tapi maksud aku bukan kepada Yahudi tu sendiri, tapi kepada mereka yang "sepatutnya" (dijangkakan) bukan Yahudi, tetapi menyokong Zionist. Mereka ni sepatutnya tiada kepentingan apa-apa kepada negara Israel, tetapi menyokong negara haram tu. Kalau orang Caucassian kat barat aku tak pelik, sebab mereka dah diperkudakan sekian lama, tapi yang aku cuba sentuh adalah individual dan pihak tertentu di Malaysia ni sendiri, itu yang aku pelik. Walhal secara "umumnya" di negara ini "sepatutnya" tiada orang Zionis (yang nyata), tetapi mereka ini menyokong Zionis walaupun tidak ada kepentingan pada mereka.
[/quote]
Ni semua agenda diaorg untuk menjatuhkan Islam itu sendiri.. tak kira depa ada kepentingan ataupun tidak, even benda ni memang pelik tapi itulah kenyataan.. Selagi tak dapat hidayah dari Allah tentang nur Islam maka akan sesatlah sampai bila2.. doa sahaja agar terbuka hati untuk mereka menerima bahawa tiada agama selain Islam :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bibit-bibit penentangan secara terbuka dah pun menunjukkan kesan secara langsung di Malaysia. Individu yang membenci Islam semakin berani menyuarakan pendapat mereka secara terbuka. Namun yang dikesalkan, sedangkan ramai wakil-wakil dari luar negara YANG BUKAN ISLAM membantu dalam misi kemanusiaan ke Gaza dan mengecam Zionis, ada pulak yang pandai-pandai tak tahu pucuk pangkal sejarah dunia, tak paham apa-apa pasal sejarah agama, menyokong Zionis secara terbuka juga, walhal takde bawa apa-apa faedah kepada mereka. Takpalah, Allah Maha Kuasa.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='03 June 2010 - 10:27 AM' timestamp='1275532075' post='1034646']
Kita patut kutuk rejim israel yang bertindak zalim
[/quote]
kutuk dah abis kutuk dah...keji maki hamun mcm2 dah buat...(ustaz aku dan adik dia sanggup jual tanah pusaka hantar duit ke palestin....sapa sanggup buat camtu ekkekeke)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='din77' date='03 June 2010 - 04:49 PM' timestamp='1275554952' post='1034686']
kutuk dah abis kutuk dah...keji maki hamun mcm2 dah buat...(ustaz aku dan adik dia sanggup jual tanah pusaka hantar duit ke palestin....sapa sanggup buat camtu ekkekeke)
[/quote]
First time dengar macam ni. Besar betul pengorbanan, semoga diberi ganjaran melimpah ruah oleh Allah SWT.

Share this post


Link to post
Share on other sites
lagi nasib penduduk gaza...

[spoiler]Thanks and assalamualaikum wbt

Allahummansuril islam wal muslimin,
Allahummansuril Mujahidin fi Palestine
Allahummansuril Mujahidin fi kullimakan wafi kullizaman
Wa azilla assyirkawal mushrikin
Wa dammir a’daa aka a’daa addin
Hasbunallah wa nikmal wakil
Allahhu akhbar X3




Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel .
(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)
Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam

http://i45.photobucket.com/albums/f73/The_Beaststalker/Untitled1.jpg
http://i45.photobucket.com/albums/f73/The_Beaststalker/Untitled3.jpg
http://i45.photobucket.com/albums/f73/The_Beaststalker/Untitled4.jpg
http://i45.photobucket.com/albums/f73/The_Beaststalker/Untitled10-1.jpg
http://i45.photobucket.com/albums/f73/The_Beaststalker/Untitled11.jpg
http://i45.photobucket.com/albums/f73/The_Beaststalker/Untitled12.jpg
http://i45.photobucket.com/albums/f73/The_Beaststalker/Untitled13-1.jpg

Wasalam.

The above photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!
( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE ) [/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...