Jump to content
kimiey

Kedai Komputer Melayu

Recommended Posts

ala..penyanyi tu..lepas dia grad terus keje besh2..hehe..tp tu sbb tu syarikat bapak dia..muahahah.. ph34r.gif

--------------------------------------

tapi ade satu kedai kat Alam Sentral shah alam ade satu kedai cine tu (caewangan dari loyat) tempat tu jual barang mahal lah jugak !!

aku baru beli network kad yg biasa tak sampai rm20 tu leh jd rm30!! aku terpaksa beli la sbb kalu pg kl kene tambang bas+makan+penat lak..so aku beli jek la..kat kedai tu ddr ram pon mahal dalam kalu ddr 400 256mb dlmn rm100 lebih gak!! tp kat situ paling byk jual bahan antik pc lame tu yg best...

Edited by BraDeRz

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko ni ckp mcm ko bukan melayu.

sume org mule dari bawah la.

xde nye terus² maju.

yes

dan buat persatuan bila ko start dari bawah memang mengundang nahas je.

katekan ade 100 bisnes melayu komputer yang baru nak start. pastu buat persatuan. adakah dengan bilangan 100 tu terus jadi gerenti yang diorang akan sama taraf dengan peniaga cina?

NO!

pasal peniaga cina, kalau bukan dalam persatuan yang ade beratus2 orang, diorang ada leader yang dah memang kaya gile, dah takde bende yang die tak accomplish lagi dalam dunia, so die jadi leader untuk tolong persatuan/bangsa dia dengan menggunakan nama dia untuk dapat leverage dalam bisnes. paham konsep silent shareholder tak? shareholder atau director yang hanya ada nama untuk dapatkan bisnes. macam kenape petronas panggil Tun Mahathir untuk jadi penasihat. He's not a businessman, but with his contacts/kroni2 (pilih mane satu yang ko suke) membuatkan yang bisnes berjalan lancar dan cepat untuk petronas.

ko pernah apply tender ke? kalo pernah, then leh cerita betapa "senangnye" untuk ko contact pihak atasan untuk explain dan propose deal ko kepada dia? unless ko kenal orang dalam, the most yang ko leh buat adalah present kepada orang bawah, dan orang bawah akan pick beberapa proposal yang orait untuk di present kepada orang atasan.

so katakan persatuan ni boleh dapat leverage dengan govt sector, dapat tender untuk provide 100 pc kepada satu department. kalo persatuan ni dapat, kepada kompeni mana yang akan persatuan ni bagi? nak rebut2 ke? the fact that matter is, nobody akan jadi baik sangat sampai boleh pass business kepada orang lain, unless die dapat something in return. itulah masalah orang melayu - pikir nak gabung je keje, tapi tanak pikir buruk gabung2 ni bila masing2 ade agenda sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

...itulah masalah orang melayu - pikir nak gabung je keje, tapi tanak pikir buruk gabung2 ni bila masing2 ade agenda sendiri.

Fuhh, this is a VERY GOOD CONCLUSION! Kalau nak bergabung semua pihak perlu untuk menumpukan objektif kepada satu arah sahaja. Tidak boleh memikirkan kepentingan objektif sendiri. Barulah persatuan dapat mencapai objektif penubuhannya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ader terbaca pasal. Kemajuan .

kalau tengok kan orang putih nye kerja. Diorang tak pentingkan diri sendiri. Tapi diorang bersaing kuat . Bersaing sihat la.

contoh nye la Billgates yang terer tentang Software application . Dia nih dari CEO sanggup jadi. Software Arkitek.. sebab. dia mahu majukan 1 arah saja. dah dia bergabung ngan orang lain contoh nye IBM yang pembekal Computer dalam IBM ader plak saingan nye mana.... ader orang yang fokus pada pembuatan CPU sahaja Ram dah sebagai nye. ph34r.gif

konkusen nye. ..

Kita jangan la tamak sampai nak pandai sumer bab. Beri la kerjasama sket baru la dapat maju

No Offense

rolleyes.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Beri la kerjasama sket baru la dapat maju

aku setuju tu...

entah mengapa ya, bangsa aku ni diberi nama "me+layu"

mungkin orang yang panggil bangsa ni dah tahu kot karektornya...

aku rasa semangat yang ditunjukkan untuk memajukan bangsa me+layu ni sungguh berkobar-kobar (dalam thread ni), tapi realitinya tengok je le dalam keseluruhan forum ni, ada segelintir manusia yang merasakan dirinya dah pakar (kononnya dah melebihi orang lain)(walaupun golongan ni tak ramai, tapi effectnya cukup besar), bila ada saje soalan-soalan yang mungkin tersalah tanya atau tersalah konsep, macam-macam sindiran keluar.

Bersikap berlapang dada le wahai sahabat, jadilah orang yang pemaaf, apa salahnya betulkan sedara kita tu dengan cara yang lembut. Dia juga manusia, sering saja melakukan kesalahan.

mungkin orang yang jadi mangsa tu... itulah hari terakhir dia menjengukkan diri kat forum ni, selebihnya dia beranggapan forum ni tidak membantu. Dan kita dah rugi seorang sahabat yang mungkin mempunyai kepakaran dalam bidang lain, yang bukan bidang kita.

kalau tengok orang cina (contoh bangsa yang berjaya kat malaysia), dia sanggup didik pekerjanya sehingga berjaya, setidak-tidaknya jadi tauke macam dirinya, tak ada sifat hasad dengki macam orang melayu, sebab tu dia boleh berjaya.

Tapi orang kita bila dah pandai sikit, dah berjaya sikit, sombongnya bukan main. Baginya orang lain semua tak ada kelas. Dialah kasta kasta paling tinggi.

Selagi orang melayu tak ubah sikap, tak payah le nak berangan untuk maju.

p/s. sekadar dipinggiran...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cakap C-Fu tu betul.. Kalo nak buat persatuan kenelah bernaung di bawah orang yang mempunyai pengaruh dan kuat yang boleh guide dan tolong persatuan..

Kalo korang selidik mana2 syarikat yang director dia misalan kata ada dua director melayu dan seorang director cina/india sebenarnya yang buat bisnes ialah director yang cina/india itu bukan yang melayu.. Yang melayu tu hanya untuk guna pengaruh dia atau mungkin boleh dikatakan dipergunakan untuk dapatkan kontrak/tender/geran.. Seperti yang disebut C-Fu silent shareholder..

Kalo nak buat persatuan dan orang diatas tidak kuat dari segi pengaruh, bisnes, leadership dan sebagainya aku rasa persatuan itu tidak akan ke mana2.. Carilah seseorang yang boleh lead persatuan.. Bapak C-Fu ker.. biggrin.gif Boleh C-Fu??

Share this post


Link to post
Share on other sites

konsep mcm persatuan sukan mcm bola sepak laa..tgk selangor sape presiden nye? khir toyo...dia bukan pemain bola kan? tp nape pilih dia? sbb nak tarik penaja lerrr.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

bapak ako benci persatuan2 ni. no tangible benefit untuk jadi persatuan, kecuali pihak2 atasan.

ada segelintir manusia yang merasakan dirinya dah pakar (kononnya dah melebihi orang lain)(walaupun golongan ni tak ramai, tapi effectnya cukup besar), bila ada saje soalan-soalan yang mungkin tersalah tanya atau tersalah konsep, macam-macam sindiran keluar.

ako take it ayat ni ditujukan buat ako, so meh ako jawab.

ade sesape yang berani kondem persatuan yang takde arah ni,siap explain macam2? none.

ade sesape yang berani komen dari sudut feasibility of bisnes? none.

ade sesape kat sini yang berani tunjukkan tuan2 yang bersemangat tapi otak takde tu pasal realiti? none.

REALITINYA ADALAH, takde satu pon bisnes/persatuan yang dibuat dari dalam forum. ko carik la memane persatuan yang berjaya kat dunia ni. because kat forum sume orang leh main bantai cakap "oooh kite buat ni buat tu" or "sokong sokong".

REALITINYA ADALAH, thread ni ako tengok dari tahun lepas lagi, tapi ape progress?

and pulak tu ade yang berani nak marah2 orang suruh bagi sokongan? boleh blah la wei.

ako tanye soalan simple je: persatuan ni persatuan NGO ke ape? siapa boleh jawab? NONE. pasal takde sekor pon yang kononnye mintak simpati atau bising2 ni pernah nak pikir pasal benda ni.

and ako baru je habis sekolah tau tak!! kalo yang patut frust dengan user2 kat forum ni, patutnye ako la!

ade nak buat meeting? ade nak jumpa2 kepada si semangat dan si penyokong? tarak.

pada taraf ni, nak jadi kelab pon tak lepas. gamers club contohnye, dulu bising2 bile ako kondem sana kondem sini. pastu bising2 kate nak organise tu la ni la. ape jadi skarang? dalam bisnes tiada maaf tau tak, kalo orang macam ako pon takleh nak tahan, elok pegi curik udang dari kontena jatuh la.

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites

BETUL TU...tp duit pnye pasal..abis... smile.gif

Penang dh jadi cm singapore.......... 

Ketua Menteri penang pon cina...melayu jadi timbalan je....

pelik kn..sekali pon Melayu x pernh jadi Ketua Menteri penang...ni le realitinye.....

so Pak Lah..ape tindakan UMNO...tk kn nk buet bute je.. laugh.gif

x kn cme nk majukn kepala batas tu je.... rolleyes.gif

Sebenarnyer UMNO dah ada Gentlement Aggreement dengan Gerakan sejak zaman Tun Razak/ Tun Hussein ONN lagi. Pulau Pinang akan jadi MILIK GERAKAN sampai bila2. Tapi MCA x suka!!!!

Itu pasal kalo ada Isu yg melibatkan Pulau Pinang , MCA akan bantai GERAKAN giler2.

Berapa ramai YB Gerakan join MCA, dan berapa ramai YB MCA masuk gerakan.

Tapi yg rugi nya orang Melayu.

Sebenarnya ADUN UMNO adalah majoriti di Pulau Pinang sejak dulu lagi. Tapi x mampu nak jadi Ketua Menteri.. kalo setakat jadi Timbalan KM buat apa...

Pun begitu, UMNO Pulau Pinang tak bermaya, pengecut, bodoh, tamak, rasuah, bacul dan khianat kepada bangsa sendiri.

Ini bukan aku cakap aaa.. Dr Mahathir pernah merungut katanya " keadaan orang Melayu di Pulau Pinang seperti zaman Jepun/ sebelum Merdeka"

Apa yg ada pada orang Melayu di Pulau Pinang. ?? Nothing...!!!

Pulau Pinang = S`pore YESS betul..

Orang Melayu di sana tiada kuasa membeli. Yer la !! Sapa nak beli rumah sampai RM 300K- RM 1.5Juta!!!

Itulah cara mereka halau kita.

Ada satu penyelesaian..

UMNO kena ambil balik semua DUN/Parliment yg majority adalah orang Melayu/Islam.

Kalo korang nak tengok kesan kelemahan org melayu di Parliment M`sia, korang tengoklah nanti kalo ada orang usulkan isu Mahkamah Syariah dan Civil.

Wahai kengkawan, we are loosing sooooo much my freinds...

We are not afford to loose more.

Edited by pakeeza

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebenarnyer UMNO dah ada Gentlement Aggreement dengan Gerakan sejak zaman Tun Razak/ Tun Hussein ONN lagi. Pulau Pinang akan jadi MILIK GERAKAN sampai bila2. Tapi MCA x suka!!!!

Itu pasal kalo ada Isu yg melibatkan Pulau Pinang , MCA akan bantai GERAKAN giler2.

Berapa ramai YB Gerakan join MCA, dan berapa ramai YB MCA masuk gerakan.

Tapi yg rugi nya orang Melayu.

Sebenarnya ADUN UMNO adalah majoriti di Pulau Pinang sejak dulu lagi. Tapi x mampu nak jadi Ketua Menteri.. kalo setakat jadi Timbalan KM buat apa...

Pun begitu, UMNO Pulau Pinang tak bermaya, pengecut, bodoh, tamak, rasuah, bacul dan khianat kepada bangsa sendiri.

Ini bukan aku cakap aaa.. Dr Mahathir pernah merungut katanya " keadaan orang Melayu di Pulau Pinang seperti zaman Jepun/ sebelum Merdeka"

Apa yg ada pada orang Melayu di Pulau Pinang. ?? Nothing...!!!

Pulau Pinang = S`pore  YESS betul..

Orang Melayu di sana tiada kuasa membeli.  Yer la !! Sapa nak beli rumah sampai RM 300K- RM 1.5Juta!!!

Itulah cara mereka halau kita.

Ada satu penyelesaian..

UMNO kena ambil balik semua DUN/Parliment yg majority adalah orang Melayu/Islam.

Kalo korang nak tengok kesan kelemahan org melayu di Parliment M`sia, korang tengoklah nanti kalo ada orang usulkan isu Mahkamah Syariah dan Civil.

Wahai kengkawan, we are loosing sooooo much my freinds...

We are not afford to loose more.

honestly and personally aku dah xde harapan dah kat umno yg ader skrg ni tongue.gif cume harap sesape yg akan gantikan diorg ni bleh buat pembaharuan..huhu

anyway...makin terpesong jer dr topic asal laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

satu perkara yang menarik untuk renungan,

bincang nak cari penaung orang-orang berpengaruh ke? Idea tu memang le bagus, cepat kaya, dan memang dah terbuktipun. Tapi akhirnya anak bangsa aku yang tergadai,

cerita pasal komputer?

tengok makmal komputer sekolah, apa dah jadi, semua orang tahu, itu semua kerja siapa, berapa punya sub... akhirnya runtuh, terbengkalai sana-sini...

pasal komputer lagi?

lambakkan komputer riba kat sekolah, habis saja hantar, dapat duit, terus lesap, servis lintang pukang.

pasal komputer lagi?

dah tengok Komnas punyer komputer, pernah dengar ke? Dah bankrap kot.

Adakah itu cara orang Melayu buat bisness,

kenyang perut sendiri saja. Tak payah pergi jauh le, mangsa tsunami (orang Melayu juga), apa jadi, kita punye le simpati, derma dengan seikhlas hati, akhirnya hilang tengah jalan. Kerja siapa semua ini...

cuba senaraikan orang Melayu yang boleh menjadi payung kepada orang-orang Melayu yang lain untuk buat bisness. Ade ke?

Kalau ade berapa orang?

Kenapa orang cina boleh maju sangat, sebab orang Melayu juga le, cuba tengok kat jabatan kerajaan bangsa mana yang paling ramai, dan bangsa ini juga le yang meluluskan itu dan ini, asalkan ada duit kopi semua boleh jadi sah (sebahagian kecil), orang cina duit no problem, yang penting dia dapat apa dia nak.

Kalaulah orang Melayu macam ni yang menjadi harapan kita semua, tak tahu le apa nak cakap.

Sebab tu le aku cakap (kat atas), selagi orang Melayu tak ubah sikap dan paradigmanya, jangan le bermimpi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

melayu ni kuat mkn rasuah...

cth: polis...smpai pak lah suruh tmpal ' saya anti rasuah' kt baju ... laugh.gif

dlm2.. dok anti tu pon...ade yg 'makn' gk... biggrin.gif

Edited by vampire

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rase persatuaan nie ada baik buruknye..

Yg baiknye....

1. orang malayu boleh sepakat utk perkukuhkan perniagaan...maybe next time bole lawan lowyat...lepas nie ader nama HighMat (org melayu pny).

2. bile ader persatuan, harga akan dapat dikawal...so persaingan harga lebih sengit. harga lowyat lawan harga highmat..(huhuhhu)

3. ahli persatuaan tak boleh bersaing sesama sendiri (dibenarkan persaingan yg sihat saja. tikam-tikan tak bole la)

4. kalau ada org melayu jual pc, mesti byk org melayu akan pilih penjual melayu gak.

Yg buruknye...

1. melayu nie bila berpersatuan jer dah masuk unsur2 politik. Ini akan menjahanamkan.

2. ada org akan akan cube jadi otai plak...nak tunjuk dia hebat konon.

3. ader plak org yg tau nak daftar jadi ahli jer, tapi taknak terbabit aktiviti yg dijalankan. Masalahnye, bile untung dia nak lebih, bile rugi dia taknak tanggung.

4. dll

TQ

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau le ade mana-mana mamat (melayu) yang buka kedai komputer kat sebelah kedai kita, rasanya berbakul maki hamun kat mamat tu...

sedangkan mamat tu pula berhasrat untuk menarik lebih ramai tumpuan orang ke situ.

he, he,... cam na nak berpersatuan... PhD banyak le.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe.. hasad dengki ye tak?

Masalahnya sekarang jumlah percentage orang melayu yg berniaga tak ramai. Itu yg bila ada corruption kita dah nampak 'oh rasuah la tu!!'. Bagi aku biar kita galakkan orang-orang melayu berbisnes, nanti bila dah jumlahnya ramai, mungkin kalau ada yg buat kotor tu takda la teruk sangat.

Sapa kata bangsa lain takde corruption. adeerrr..!! sapa kata takde! sebab takde tu pasal jumlah businessman dari bangsa ni ramai jadi bila sorang buat taik takde la tercalit kat orang lain.

berbalik ke pangkal.. Buka minda anak-anak bangsa kita untuk berbisnes, kita galakkan.

Jangan risau la kengkawan. Kita boleh berjaya satu hari nanti. Cuma yang penting kesabaran tu kena ada!

Bagi yg rasa bisnes dia teruk, aku suggest buat check and balance balik. Tengok apa-apa yg tak kena, tapi jangan mudah salahkan orang lain sebab bisnes kita teruk. Kita kena berusaha utk tarik seberapa ramai pelanggan. Buat yg terbaik. Servis tip top!

Malaysia boleh! LAH!

Share this post


Link to post
Share on other sites

cuba senaraikan orang Melayu yang boleh menjadi payung kepada orang-orang Melayu yang lain untuk buat bisness. Ade ke?

nampak sangat tak penah bace The Edge or visit theedgedaily. ako bukak paper harini ade belambak je orang melayu. atau diorang name melayu je kot.

Share this post


Link to post
Share on other sites

sedutan wawancara oleh Mohd Izranuddin Jelani dengan Timbalan Setiausaha Agung, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk David Chua dalam Dewan Masyarakat, Januari 2006, "Orang Melayu Perlu Berani Menongkah Arus":

Pertama, kebanyakan orang Cina berpandangan jauh. Maknanya sesuatu perkara yang hendak dibuat ada sasarannya, kemudian diteliti dengan halus dan setelah keputusan dibuat, mereka akan menumpukan sepenuh perhatian. Kebiasaannya mereka berpendapan sesuatu yang hendak dilakukan tidak akan dapat disempurnakan dalam masa yang singkat.

Berpandangan jauh, merancang secara teliti, berusaha, dan suka melalui proses dalam jangka masa panjang sememangnya menuntut kekuatan mental dan fizikal. Kebanyakan orang Cina sudah bersedia dengan kekuatan ini.

Keduanya, biasanya orang cina suka berbincang sesama mereka berkenaan perniagaan. Semua ini merupakan input penting kepada peniaga baharu untuk memahami risiko perniagaan. Jika mahu menceburi sesuatu bidang, seseorang itu mesti mempunyai pengetahuan mendalam tentang bidang tersebut.

Ketiga, orang Cina mengetahui takrifan sebenar erti "berjaya" dalam perniagaan. Berjaya dalam perniagaan maknanya seseorang itu dapat mencapai matlamat perniagaan seperti yang digariskan, dapat memperkembangkan perniagaannya, selain mencari keuntungan.

p/s: rencana utama Dewan Masyarakat, Januari 2006, KEJAYAAN USAHAWAN CINA, KISAH SUKA DUKA USAHAWAN MELAYU.

Share this post


Link to post
Share on other sites

berapa % patut dapat untung?

kalau banyak % untung, maka barang jadi mahal....

tu tak tolak ngn minyak, tol lagi dll...

emmm....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku bukan peniaga komputer, cuma nak bagi pendapat je abixpert...

Kalau nak ambik untung kita tak boleh ambik untung yang berlipat kali ganda. Kalau kedai A jual nasi-lemak harga RM1.00, kita pun kena jual sama jugak RM1.00. Kalau nak jual RM1.20, itu terpulang tapi nasi ko tambah lebih sikit atau tambah barang lain macam kacang ke? apa-apa je lah. Itu benda yang boleh dimakan. Tapi kalau barang yang tangible macam hardware komputer ni ko takleh la pandai-pandai lawan market. Harga kena ikut pasaran. Dalam erti kata lain, harga yg munasabah. smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sapa kata bangsa lain takde corruption. adeerrr..!! sapa kata takde! sebab takde tu pasal jumlah businessman dari bangsa ni ramai jadi bila sorang buat taik takde la tercalit kat orang lain.

wahai sahabat2 dan saudara2ku,

Persoalan rasuah, bukan persoalan baru, dah lama dah. Cuma satu perkara yang perlu kita sedar dan renungkan ialah rasuah dikalangan orang Melayu.

Rasuah orang India kat negara India tak sama dengan rasuah orang Melayu, rasuah orang Cina kat negara China juga tak sama dengan rasuah orang Melayu, rasuah orang Jepun kat negara Jepun juga tak sama dengan rasuah orang Melayu kat Malaysia. Kita ni hidup dalam masyarakat berbilang kaum yang nisbahnya hampir sama antara satu sama lain.

Bangsa Melayu kat Malaysia ni sedang menghadapi jurang ekonomi yang semakin besar dengan bangsa ???...., jadi, orang Melayu kat Malaysia ni tak boleh terlalu banyak buat mistake, tak boleh terlalu banyak buat silap mata untuk sekurang-kurangnya berada dalam satu level yang sama dengan bangsa lain kat negara ni, dari sudut ekonominya. Tetapi kalaulah amalan rasuah ni masih lagi sebati dengan orang Melayu, tak tahulah apa akan jadi pada orang Melayu, mungkin akan terpinggir di tanah air sendiri (macam orang Melayu Pulau Pinang).

Hanya satu sahaja istilah kepada pengkhianat bangsa ni, BANGSA+TTT!!!

Sahabatku,

Sabda Nabi (mafhumnya), "9/10 dari punca rezeki tu adalah datangnya dari perniagaan". Dan Nabi Muhammad sendiri adalah seorang ahli perniagaan. So, berniaga ni kira sunnah nabi le juga. Itulah yang jadi pegangan kepada sebahagian ahli perniagaan. Syabas dan tahniah kepada anda. Akupun dulu pernah juga terlibat dengan perniagaan ni secara tak langsung, tapi separuh jalan saja, tak sanggup.

Bukan apa, terlalu banyak ruang-ruang untuk berlakunya penyelewangan. Walaupun ianya punca rezeki yang banyak, tapi cabaran dan dugaan juga bukan sedikit. Silap langkah perkara yang sunat akan bertukar jadi haram. Tengok saja le sekarang ni, nak dapatkan projek terpaksa jolok sana, jolok sini, baru dapat projek. Pastu bila dah dapat projek kena pula bagi komisyen pada orang-orang tertentu.

Member aku, nak jual mee (pengedar) kat pasaran, kurang dapat sambutan, sebabnya tak ada sijil halal. Apa sebab, dia tak nak jolok orang yang bekerja kat bahagian tu, kau bayangkan. Tapi member aku ni masih boleh bertahan le, dia kata nak ikut cara yang betul, biar untung sikit, tak mengapa. Macam mana pula yang kelabu asap, "alah sikit je, kita sogok ni tujuan baik", Tuhan tak marah punye.

Ingat, nak dapatkan benda yang halal, mesti guna cara yang halal, tak boleh guna cara yang haram. Kalau jadi ahli perniagaan, jadilah ahli perniagaan yang beriman, biar untung kecil tetapi berkat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

berapa % patut dapat untung?

kalau banyak % untung, maka barang jadi mahal....

tu tak tolak ngn minyak, tol lagi dll...

emmm....

typically kene dapat 40% untung kalo nak progress secara bagus tahun demi tahun. so bila buat "sale" ko actually still dapat untung, cuma kurang tapi inventori boleh dikurangkan dengan cepat.

justify la dengan bagi good service, susun elok2, SENYUM, bagi nampak premium sket, cukup la.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...