Jump to content

ahmades

Members
  • Content Count

    1978
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

2 Normal

About ahmades

  • Rank
    Ahli Rajin
  • Birthday 05/09/1986

Contact Methods

  • MSN
    ahmades86i
  • Website URL
    http://ahmades.blogspot.com
  • ICQ
    0
  • Yahoo
    ahmades86i

Profile Information

  • Gender
    Male
  • Location
    Semananjung Malaysia
  • Interests
    Modding Computer, Overclocking, Programming C++, JAVA dan VB.

Previous Fields

  • Nama lain
    The Filosofphy
  1. Assalamualaikum semua. Setelah lama aku berkecimpung dengan dunia business secara fizikal, aku rasa inilah masanya untuk aku menceburi dunia perniagaan secara Internet. AMF Online Stores adalah bahagian baru dari syarikat aku yang menawarkan jualan barangan komputer serta networking pada harga yang lebih rendah dari harga SRP (Standard Retailer Prices). Laman web ehsan osCommerce digunakan sebagai platform untuk jualan kepada pengguna akhir. Bahagian ini menwarkan semua barangan komputer dan networking A sehingga Z (senarai mungkin berubah dari masa ke semasa bergantung kepada kesediaan barang). Barangan yang dibeli dari bahagian AMF Online Stores akan diproses 7 hari maksimum selepas bayaran diterima. Cara pembayaran, sementara waktu ini aku menggunakan kaedah bank-in. Maklumat bank dan akaun akan dipaparkan setelah pembeli checkout dari laman web ini. Buat sementara ini, hanya akan ada beberapa barangan sahaja yang dimasukkan ke dalam Online Stores, barangan lain akan dimasukka kemudian. Ohh ya, sila gunakan features RSS yang ada kat laman web ini untuk mengetahui barangan terbaru yang dijual di Online Mall ini. Soalan dan Jawapan: Soalan : Kenapa barang diproses sehingga 7 hari maksimum sedangkan ada syarikat Online Mall lain hanya mengambil masa 2 hari sahaja untuk memproses barangan selepas bayaran diterima? Jawapan : 7 hari adalah jumlah masa maksimum bagi AMF Online Stores memproses barangan anda. Selepas 7 hari sekiranya kami gagal memproses barangan anda selepas bayaran yang anda buat, kami akan memulangkan wang kepada anda kembali. Soalan : Betulkah barangan yang anda jual sememangnya rendah dari harga SRP? Jawapan : Ya, kami menjamin bahawa barangan kami sememangnya rendah dari harga SRP Soalan : Bagaimana dengan kerosakkan, bagaimana hendak menghubungi kami? Jawapan : Sila hubungi kami di SINI untuk pertanyaan dan masalah mengenai barangan yang telah dibeli. Kami aku membalas email anda tidak kurang dari 48 jam. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bagi mereka yang menggunakan laman Contact Us, sila pastikan yang anda menyertakan sekali alamat email yang betul beserta nama anda. Kami sememangnya akan membalas semua pertanyaan anda kepada email anda kembali.
  2. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Firstly, tahniah kepada ne7za sebab dah jadi moderator a.k.a anti-spammer kat sini Okehlah, sesuai dengan tajuk thread diatas maka kat sini aku akan memberi tips dan tricky bagaimana untuk menjaga hardisk (HDD) korang sehingga melebihi lifespan HDD berkenaan. Aku mengambil masa sehingga 7 tahun memahami camna cara untuk menjaga HDD aku start dari HDD Seagate 20GB (2000), Seagate 40GB (2002) dan yang terbaru, Western Digital 200GB (2005). Dan HDD berkenaan masih sihat sehingga kini tanpa sebarang masalah major (bad sector, HD burn dsb). Sementara aku duk relax sahaja malam nih boleh gak aku tulis sumething yang membawa manfaat kepada ahli putera yang lain. Pengenalan Baiklah, apakah dia HDD? HDD dalam term yang aku tulis kat sini bukannya High Definition tetapi Hard-Disk Drive. Dalam struktur storan, HDD dikategorikan sebagai stroan sekunder yang mana data disimpan didalamnya adalah kekal. Oleh sebab itu, HDD perlulah dijaga dan ditatang dengan sebaik mungkin supaya lifespan HDD berkenaan melebihi jangkauannya. Lifespan Untuk pengetahuan korang, setiap HDD yang dikeluarkan oleh pihak pengilang mempunya lifespan-nya yang sendiri. Lifespan bagi HD bukannya merujuk kepada berapa lama (tahun) untuk HDD tu berfungsi tetapi merujuk kepada berapa anggaran banyak pusingan cakera yang dilakukan oleh HD berkenaan sewaktu berfungsi. Bagaimana untuk mengetahui jumlah pusingan semasa HDD anda? Dengan menggunakan formula berikut anda dapat mengetahui berapa banyak pusingan yang telah dilakukan oleh HDD anda :- Kelajuan pusingan HDD : 7200rpm (Revolutions per Minute*) Dah berapa tahun HDD anda : 5 tahun Maka banyaknya pusingan yang telah dibuat oleh HDD anda ialah : 5 Tahun = 5 tahun x 360 hari x 24 jam x 60 minit 5 Tahun = 2592000 minit Jumlah pusingan = 2592000 minit x 7200rpm Jumlah pusingan = 18662400000 pusingan Waaahhhh, 18662400000 pusingan dah. Walau bagaimanapun itu masih lagi anggaran sebab kita tak ambil kira tahun lompat dan tahun tak lompat, jumlah masa komputer kita di"on"kan dan lain-lain lagi faktor masa. Untuk memberikan kita kiraan yang tepat maka gunakan perisian utilities seperti Active SMART tools atau pelbagai lagi jenis variasi perisian yang terdapat di pasaran, untuk menyemak status putaran HDD kita. Masalah-Masalah HDD HDD, ia akan sampai satu tahap dimana dia akan out-of-service sekiranya penjagaan yang sepatutnya diberikan pada HDD dilalaikan oleh pengguna PC. Berikut adalah major problem (masalah utama) yang sering menyerang HDD sekiranya tidak dijaga dengan betul :- Bad-SectorBad Sector merupakan masalah yang PALING SELALU muncul pada HDD. Biasanya ia terjadi disebabkan oleh penggunaan yang tak betul seperti tetiba meng"off"kan PC (tekan RESET), Sewaktu transfer fail/folder ter"off" PC, dsb. Dalam erti kata lain, sekiranya proses transfer data pada HDD berkenaan di"ganggu" oleh perbuatan luar biasa yang memutuskan bekalan elektrik pada HDD, kemungkinan besar bad-sector akan berlakuHDD BurnIni adalah masalah yang jarang dihadapi. HDD burn merupakan masalah fizikal HDD berkenaan yang rosak akibat over-heating, terlebih elektrik dsb. Masalah berikut disebakan oleh cara pemasangan pengguna yang tak betul atau pemasangan yang tak mengikut spesifikasi pemasangan yang sepatutnyaSemua masalah berikut merupakan PUNCA-PUNCA yang menyebabkan HDD rosak. Baiklah, takat ini dahulu. Aku memohon kerjasama dari korang semua jangan cuba-cuba SPAM thread nih selagi aku tak habis dengan apa yang aku nak katakan.
×
×
  • Create New...