Jump to content
kimiey

Kedai Komputer Melayu

Recommended Posts

pada aku..bangsa lain leh dpt duit banyak kerana mereka mencari duit dgn menggunakan pelbagai tektik..kotor,bersih..dan macam2..

kalo kita terikat kepada pegangan agama..

dan satu lagi masalahnya dealler melayu nie,mudah dengki,santau,membusukkan nama dealer bangsa sendiri kerana syaitan menghasut dlm hati mereka..

kerana org yg beragama islam akan sentiasa di ganggu oleh syaitan..walaupun mereka cuba untuk membantu,akan tetapi setelah dihasut dlm hati sanubari mereka,mereka telah bertindak tak tentu pasal..

Ini yg aku masih tak bersetuju sampai sekarang mad.gif ..masalahnya ilaah dealer melayu dapat harga yg lebih mahal dari bangsa lain..mmg hakikat..akan tetapi bangsa mereka akan diberi harga yg amat rendah..adik sedara aku kerja dgn kompeni bangsa asing..satu mamat melayu beli dgn harga mahal..satu lagi mamat bangsa lain beli..harga terlalu murah..bila adik sedara aku tanya,esoknya dia kena berhenti kerana mempertikaikan benda tersebut..so kesimpulannya,mmg bangsa melayu,dia akan tekan harga cukup2 sampai cekik darah..sebab itu dealer melayu beli dgn harga mahal..

Kalo kita tak buat sesuatu,percayala 40 thn akan dtg,ekonomi malaysia akan dipegang oleh bangsa ce alif nun ya.. sad.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Itu sebab meniaga tu nak kena ikhlas..maksudnya kalau kurang elok..kita bagi tau kat customer benda ni ada masalah..

kalau second hand ...bagi tau second hand...walaupun nampak baru..

Secara jujur aku katakan..kebanyakkan pelanggan aku kebanyakkannya cina..kalau besi scrap india..kalau kedai h/p dgn call shop- indonesia dan bangla....

Lagi pun sekarang ni org melayu nak meniaga apa??

Komputer dan handphone ...kena bersaing dgn cina.(modal besar)

Kedai runcit bersaing dengan indonesia dan mamak.

Kedai makan bersaing dengan mamak, thailand dan indonesia.

Namun ada juga orang melayu kita yang berjaya..sebab mereka itu ikhlas dan sanggup bekerja keras . Cuba dan terus mencuba walaupun gagal. Bagi mereka gagal adalah satu pelajaran yang terbaik sebelum mereka berjaya.( kalau 10 kali gagal mereka tahu 10 benda yang tak patut mereka buat )..

Kita boleh berjaya...insyallah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku pu setuju dengan pendapat myclickers. Scenario ni bukan untuk barangan ICT jer..bahkan untuk semua barangan termasuk barangan kegunaan harian. Masalah utama kerana kita tak ada vendor/supplier yang 100% melayu yang betul-betul berkaliber dalam membekal product terutama ICT kepada peniaga melayu. Nak salahkan peniaga adalah tak adil sebab diorang pun beli dengan harga yang tinggi. Ini tak termasuk kos sewa kedai yang memang tinggi kalau disewa dari kaum lain misalnya. Sebenarnya peniaga barangan ICT melayu memang dalam dilema ..kalau letak harga setara dengan peniaga bukan melayu mereka tak boleh survive even kalau "turn over" nya tinggi. Sebab margin terlalu kecil. Kalau letak harga yang lebih sedikit (walapun tak terlalu tinggi) diorang susah mendapat pelanggan sebab pelanggan akan lari ke peniaga yang jual lebih murah. So in the long run samada letak harga tinggi atau rendah pun agak sukar untuk survive melainkan kalau kita ada beberapa vendor/supplier dari kalangan bangsa sendiri yang dapat menawarkan harga yang setara atau kompetitif kepada peniaga melayu. Nak harapkan vendor bangsa lain bagi harga murah kepada bangsa melayu aku rasa amat sukar..melainkan kita dah beri "sesuatu" terlebih dahulu pada mereka. Aku persaingan perlu wujud bukan pada end seller tetapi perlu wujud dari peringkat paling utama iaitu Vendor/supplier. Kalaulah ada beberpa vendor yang besar dipegang oleh kaum kita aku rasa peniaga melayu pun boleh bersaing dari segi harga....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pendapat aku.Bangsa melayu tu sendiri yang tak reti mengunakan peluang yang sedia ada.gomen dah banyak tolong kita tapi kita tak tau nak menghargai ..macam perniagaan ali-baba dan lain-lain.

Why are most Malays not taking advantage of the government's expressed intention to help them to do better and excel other races which receive neither special rights nor priviledges?

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak tambah skit..

bukan pendapat, cerita

minggu lepas aku g usha la laptop kat satu kedai kat jalan air jernih KT .. PETABYTE mesti tau nih.. dah la masuk tak de org layan.. pastu plak.. bile aku tanye ada tak pamplet laptop ? ada lah sorang mamat nih.. datang.. tapi dengan muka yang malas nak kerja.. jawap pun dalam tekak jerk..

tanya sepatah , jawap pun sepatah..

aku amik pamplet dan blah cam tu jerk..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kehkeh ape korang cite nie?? Bagi aku dan dari pengamatan aku takde kaitan dengan bangsa pon.. Bergantung pada individu tue sendiri..

Sape kata melayu jer jual mahal?? Aku pernah keje kat kedai komputer cine berdekatan kl tp bukan kat lowyat.. Dia jual mahal giler berbanding lowyat.. Kenapa??

Lagi aku ada borak2 dengan tokey kedai komp kat seremban.. So ape yang aku dpt tau??

Dia kata kat lowyat tue diorang pusing modal jer.. Tak amik untung sbb tue murah.. Dan faham2 lah akan kewujudan barang illegal biggrin.gif

Tapi yang bagusnye cine ni dia banyak buat dari cakap.. So ape kata putranians semua berbincang apa nak buat, ape solution, bincang sesuatu yang boleh menghasilkan sesuatu yang berguna.. Bukankah itu lebih baik dari blame sana blame sini??

Tapi bisnes ni tak semudah yang disangka.. santau, curi, dengki, pecah amanah, bribe, guna orang dalam selongkar tender company lain dan banyak lg rintangan yang kita kene hadapi.. Hanya orang yang betul2 kuat semangat jer boleh berjaya..

So cadangan??

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tak tgk bangse tapi service...

kat tempat aku ade3 cc..kebetulan cc melayu,cina india...

mane pilihan aku? dari 2001 sampai 2004 aku pelanggan tetap c melayu tu..

tapi pastu aku perasan, selama 3 tahun tu tak pernah sekali pon org kat kedai tu cakap terima kaish lepas aku bayar...

nak di jadikan cerita, satu hari cc melayu tu penoh, so aku pg cc india..very friend uncle india owner cc tu...and then sampai skang aku just lepak cc india nie...

aku tak tau mane pg syarikat komputer local macam Komputr Pintar..kat depan umah aku ade tp just sign board nyer aje..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku banyak bergaul dengan businessman, dengan golongan professional dengan amatur dan golongan bawahan ( aku la tu ) mereka sendiri akui Cina lebih hebat dari melayu .. sebabnya dah jadi pemikiran orang kita cina hebat dalam banyak segi ( walaupun pada aku tak semua cina hebat belaka. ) Megapa cina hebat .. sebab sejarah dah membuktikan cina lebih hebat dari dulu lagi .. Sanggup belayar jauh merentasi benua untuk berniaga .. apa jadi dengan melayu .. masih mengail ikan tepi sungai untuk makan tengah hari. Secara tak langsung perkara yang hebat hebat belaka jawapannya cina .. yang hampeh hampeh melayu.

Secara tak langsung Cina hebat .. so nak cari apa apa cari cina .. jangan cari melayu ... kalau beli kat cina dengan bangganya jawap "aku beli kat AH SENG .. dia bagi morahhh ooo" .. ( walaupun barang tu hampeh ) tapi kalau beli kat melayu pulak .. eeemm padan la hang beli kat melayu ... patut teruk .. padan la melayuuuu ... sebut melayu pun layuuuuu ja .. ( apa penilaian teruk aku pun tak tau ). Salahkah aku kata kalau bangsaku sendiri mengagongkan bangsa lain . Kalau salah minta maaf laa ..

Kalau beli barang kat ah seng ka .. kalau rosak dia tak beli dah kat ah seng .. dia beli pulak kat ah beng ... tapi kalau beli kat Mohamad Zainol (nama rekaan) terkena barang hampeh .. lepas ni dia tak beli dah kat melayu .. Moralnya Ah seng tipu tapi ah beng tak tipu kot .. Kalau Mohamad Zainol tipu habis semua melayu tipu .. adil ke bangsaku menganggap sedemikian rupa. Siapakah yang jadi mangsa .. bangsaku sendiri.

Belajar rajin rajin nak .. nanti besar boleh kerja besar .. GAJI besar , kereta besar .. ucapan dari seorang bapak melayu kepada anaknya. Kalau cina pulak .. lu nanti aa mengaji pun tarak pandai aa .. mau niaga pun orang tipu semua habis harta. Moral .. melayu makan gaji pas tu dapat gaji pergi beli barang yang ratanya bukan dari kalangan bangsanya sendiri.

Tapi aku kini zaman juga semakin berubah .. ramai anak melayu sudah mula berniaga walaupun kecil kecilan .. jauh lagi perjalanan bangsaku. Walaupun banyak cobaan yang melanda tapi kini sudah mula berubah. banyak aku tengok puteranian pun berniaga walaupun supplyer dari Bangsa Bukan Melayu. Tapi itu permulaan .. tunggu dan lihatlah penghabisannya ..

Rujukan :-

Pengalaman aku Sendiri

Sembang kedai kopi ( dok sembang kedai kopi saja bila nak maju)

Apa yang aku nampak dan aku rasa

Nota : Saya tak bermaksud untuk bercakap pada orang tertentu cuma hanyalah luahan apa yang terbuku. Kalau salah dan silap itu hanyalah pendapat peribadi pada masa dan saat ini .. mungkin pendapat aku akan berubah mengikut peredaran masa.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Satu yang aku nak puji sikap semua yang ada kat sini ialah berkata benar walaupun pahit....mudah-mudahan peniaga ciput macam aku ni akan ambik iktibar dan memperbaiki cara atau sikap...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Humm.. kedai kom melayu ek?

den manak kata... cuma diorang jual mahal sangat la.... kalo cc lak x reti nak jaga! ye la! ader ker patut sampai password admin pon bleh di tukar oleh clint! but.. aper pun diorang akan maju gak nanti! korang tunggu la beberapa tahun lagii...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kenapa kita sebagai owner tanah melayu tak bleh buat persatuan membeli secara borong seperti low yatt, imbi dan memacam lagi, tak bleh kerr kita kumpulkan 40 ker 100 peniaga melayu membeli secara pukal terus dari kilang, dari situ kita akan terus melihat melayu terus akan lebih maju dan saingan harga pasti lebih hebat, aku tahu sekarang nih sudah ramai melayu yang lebih bersikap terbuka dan sanggup beli komputer dgn melayu walaupun harga tinggi skit, janji tolong bangsa melayu...

ok sapa nak start ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Oklah, aku cerita ikut pengalaman..

Aku tolong abang aku buat bisnes kontraktor,

Diorang kata Melayu tak pandai rebut peluang...Gomen dah sedia macam-macam diorang ali babakan...(aku dalam bidang ni, mengali babakan segala kontrak yang ada)...

Fikir nak untung sajer, ceh, korang tak duk kat situ bolehlah cakap macam-macam...

Ok, aku bagi contoh sikit, dapatlah satu projek buat paip, harga dalam 1 juta. Aku kena cari machineries, tak kiralah jcb ker excavator ker, semua kena sewa. Beli barang-barang semua harga MELAYU, tau-tau jerlah mesti mahal dari biasa. Gaji pekerja dan orang yang saja cari kerja. Ni aku cerita kos yang zahirnya sajer, belum lagi kos orang dalam yang duk makan persen jer tu..

Sekarang nak buat macam mana, aku jual jerlah lump sump kat cha ya nun...

Tu cerita kontraktor, ni cerita sayur, ayam, ikan yang majoritinya orang melayu yang berniaga, tetapi kenapa harganya tetap dalam kawalan orang cina. Tak percaya pergilah kompleks perikanan korang, pergilah pasar borong...

Tak yah ceritalah pasal jual barang pc dan elektronik yang majoritinya memang orang cha ya nun.

Ni bukan cerita angan-angan, ni cerita orang Melayu yang semakin terdesak, kalau tak kerana terdesak, orang melayu tak jadi begini. Jadi makin lama, kita makin menuju ke arah kehancuran. Orang atasan sibuk ngan politiknya, tekanan negara luarlah, ibubapa..sibuk cari duit, "alasan biasa yang kita dengar" orang muda...heh..he..mestilah sibuk dengan segala macam jenis hiburan..kiralah idola ker diva ker...

Kita jadi boneka, hamba di negara sendiri, tolong cha ya nun tipu bangsa sendiri, sakit hati...santau jer..mana pergi agama korang!!!

Tapi macam biasa abang aku cakap, Nasib baik ada Tuhan....Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pelindung. Alhamdulillah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ceritakan pengalaman aku..

aku nak beli fiber..aku tanya harga..ader sumber org dlm cha ya nun alip ckp kat aku...harga untuk kaum depa rm3.50 semeter..tapi harga untuk kaum melayu di 2 kali gandakan malahan ada yg lebih lagi... mad.gif

so faham2..sebab tue kita tersepit.. sad.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

memang betul pon masa sekolah dulu nak beli calculator pon suruh member cha nun alip yee belikan sebab kalau dia beli dapat murah... tuh la barang pc nih memang susah sikit sebab bukan org kita yg buat... kalau mcm barang makanan, sayur, ayam, ikan tuh boleh lagi di usahakan... jual sendiri kat pasar tani jangan jual kat pemborong... atau carik pemborong org kita sendirik... tapi brg pc dan seangkatan dgnnya memang payah... tengok lah kilang saper pegang... tapi tu aku rasa sikap segelintir org kita sendiri... aku pernah saksi 2 keadaan 1 stesen minyak - jatuh kat tangan dia org sebab kalah bertaruh, business dia yg lain pon lingkup gak terpaksa jual semua lori... 2. kompany bas - jatuh kat tangan dia org jugak sebab menipu kuat, epf tak bayar tapi tolak, gaji lambat, tah aku dengar sebab kalah judi gak... kalau ade yg bersikap mcm ni tak dapat den nak menolongnya... tapi kalau brg pc ni tak boleh ke kalau terus deal dgn kilang tuh terus... ker sama je hasilnya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kita semua ni dah macam ahli parlimen pulak yaaa....baguslah...

depa kat parlimen tu tak dak masa nak perjuangkan bangsa kita..

asyik sibuk dgn hal org negeri china kena telanjang jer, minggu lepas...

mudah-mudahan salah sorang dari kita nanti ada yang jadi ahli parlimen nanti....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kita semua ni dah macam ahli parlimen pulak yaaa....baguslah...

depa kat parlimen tu tak dak masa nak perjuangkan bangsa kita..

asyik sibuk dgn hal org negeri china kena telanjang jer, minggu lepas...

mudah-mudahan salah sorang dari kita nanti ada yang jadi ahli parlimen nanti....

Betul,mereka sibuk membincangkan perkara yang temeh-remeh tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg ramai melayu dah start niaga..

tapi aku tgk maybe dia org lack pengalaman, pastu tak leh bertahan..mcm bisnes berger,bisnes tu masyuk aku tgk tapi ape sekadar bukak kejap jek? pastu ntah pg mane? same gak dgn bbrp cc yg aku sll pegi..le kate2 hari2 penuh tapi lame2 bangkrap!! tak buat simpanan ler nie...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Huhuhuhu...isu panas nih..... aku nyer pendapat la sebagai peniaga..... Masa berniaga layan sumer kastemer sebagai satu bangsa kastemer (Bangsa Melayu+India+cina+alien+etc=Bangsa kastemer). So letak satu rega.. suka bleh beli....tak suka takper....rezeki Allah yg tentukan... Kalo kastemer kluar ayat ni "Ingat nak tolong melayu...bla bla bla" aku terus sound... aku bukan jual bangsa melayu...aku jual product berkualiti aku... dan aku tak berminat nak berurusan ngan ko lagi....maaf bebanyak. Sebab aku tahu sumer rakyat mesia dah well educated skang nih dan tahu camner nak menilai kualiti v/s harga... pastu kedai pon banyak... Naper nak pertikaikan rega sesuatu kedai tu sedangkan kastemer tu tau kedai yg mana murah... ??? Kalo peniaga tu tak reti meniaga cepatlah tutup kedai dia(lingkup).. camner plak kalo kedai tu jual mahal gila babeng tapi sampai 10 tahun masih steady jek... ?? Jadilah pengguna yg bijak....

P/S : Kalo ada kedai Melayu yg jual memahal...pastu kita tak suka.... doakan la supaya dia peniaga tu berjaya.... jgn kondem... bagi aku laa..apa yg orang islam lafaz adalah satu doa....

Share this post


Link to post
Share on other sites

good thing never cheap (pinjam ayat smile4me)

barang yang baru itu tak semestinya kualitinya terjamin, kekadang ada juga barang murah tetapi kualitinya sama seperti barang mahal itu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...