Jump to content
Sign in to follow this  
hamlaww

Credit Card Holder !

Recommended Posts

Aku harap aku tak perlu ulang. Takrif kecemasan dalam komentar tu, merujuk kepada kecemasan yang sangat berlainan dengan kecemasan yang aku alami ketika tu.

Aku harap kau tak butakan mata kau, ketika aku beritahu yg aku ada simpanan dalam bank, tapi tak boleh dikeluarkan semasa aku mengalami kemalangan tersebut. Beritahu saja la, ASB segala. Kalau ASB hujung tahun pun, ada freezing period juga kan? Kalau kau nak keluarkan point perlu bawa cash lebih, sekali lagi aku perlu beritahu, kalaulah bil hospital tu RM2010 tapi cash yg ko ada RM2000, masih kekurangan lagi RM10. Di sini, kad kredit adalah alternatif.

Tak guna ada wang simpanan, kalau tak boleh dikeluarkan. Ini posting terakhir aku di sini. Aku beritahu lapan juta kali tapi kalau kau buat buat tutup mata dengan segala point aku dan tidak memandang dari semua segi, tak berguna juga.

Well mengenai simpati tu, tak perlulah. Bukan boleh beli ubat luka pun. Walaupun insurans aku masih tak bayar sampai sekarang, 4 bulan dah pun, Alhamdulillah OK je financial aku. Tak ada pun minta derma dari semua orang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku harap kau tak butakan mata kau, ketika aku beritahu yg aku ada simpanan dalam bank, tapi tak boleh dikeluarkan semasa aku mengalami kemalangan tersebut.

For reccord : Selain dari waktu kemalangan dan freezing period ! asb juga tak dapat dijalankan pada hari cuti am , cuti umum dan juga selepas waktu pejabat .

Rangcanglah pengurusan kewangan anda dengan bijak dan berhemat . smile.gif

Ini posting terakhir aku di sini. 

terima kasih kerana sudi singgah sebentar di thread ini . Sehingga kita bertemu lagi di thread2 yang lain dan andai kata ade terkasar bahasa mohon maafku pinta . Akhir kata rangcanglah Kewangan anda dengan bijak dan berhemat .

Assalamualikum !!!! smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

skarang ni aku dengar kat oversea ade "debit card " terus tolak duit dlm bank ..mungkin cara tu bole ajar org tuk menyimpan duit and guna card tu tuk kecemasan jer ..tapi kalo kene rompak ..mmg sakit la ... kat malaysia ade ke debit card?? tengok2

dah ade debit card datang pulak penyakit boros .... laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

debit kad kalo boros, die sampai ke satu tahap dimana ko takkan hutang.

at least takkan hutang sampai beratus.

Di sini, kad kredit adalah alternatif.

EHEM*insuran*ehem

really, kredit kad MAY BE elok, tapi cuma untuk SEGELINTIR. bukan untuk KEBANYAKKAN. macam mlm, macam ponzi, macam skim piramid, macam autosurf. haram lain cite aa.

Share this post


Link to post
Share on other sites

eon bank ada debit card. gunanya macam jugak prepaid, masukkan duit kat dalam akaun tu baru boleh guna.. kalo x silap, pakej tu dinamakan 'kasih'

terima kasih diatas info ko yg berguna ini . Alternatif yg sihat . smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

lama dah aku tau pasal benda nie (masa aku tengah buat perbandingan bank mana bagi better service for credit card).. cuma aku tak cakap sebab topik yg dibincangkan ialah kredit card, bukan debit card. bila ada prang dah tanya, aku pun terfikir nak letak info tu kat sini. my mistake, bukan'kasih' tetapi 'impian'. cuma pakai jenis nie, korang xdapat bonus point sepert credit card biasa. untuk info lebih, sila rujuk http://www.eonbank.com.my/Individual_Banki..._mastercard.htm

Edited by dzulcarnine

Share this post


Link to post
Share on other sites

MMM... tak abis2 lagi ke...

takpe la.. korang renung2kan la entry aku #89 tu.. wat penat je nak hujah itu ini lagi.. sume nye sudah terjawap... ni dok ungkit pasal bende2 remeh lagi..

sendiri ada otak, sendiri leh pikir

Share this post


Link to post
Share on other sites

kenapa bila emergency jer ko ingat kad hutang ( credit card )takde benda lain ke ??? ini adelah metos bagi aku !!

mana pegi saving korang ?? ASB , SAVING ACCOUNT or another investmnet vehicles korang yg lain2 ?? jangan ckp korang takde benda nih !!! korang mesti dah ade platform sebelum korang ambik credit card !!!

well aku keep aleast rm500.00 kat dlm atm card aku untuk emergency case !!!

that  why ko kena ade saving !!! sama ade dlm saving account ataupun atm card ko tuh !!!

panjanglah kaurang punya hujah-hujah ni..tak abis lagi aku membacanya.

ini pengalaman aku menggunakan kad kredit masa student dulu.

1-biasanya aku guna kad kredit untuk membeli buku buku secara online. sebenarnya boleh guna money order tapi leceh sikit, jadi guna kad kredit. sebelum aku ada kad kredit sendiri aku guna kad kredit kawan. bila sampai bil aku bayar balik berapa aku pakai.

2-pernah suatu ketika, aku tak bawak wang tunai yang cukup ketika keluar dari rumah untuk suatu perjalanan yang jauh. bercadang untuk keluarkan wang di stesen keretapi sebelum berlepas. tapi bila sampai di stesen keretapi mesin atm/pihak bank pula buat hal. walhal tiket perlu dibeli tapi tiada wang tunai yang cukup. alhamdulillah, kad kredit ada di dalam wallet dan dapatlah digunakan.

3-ada juga pelajar pelajar yang aku lihat menggunakan kad kredit ketika tiada tunai yang cukup untuk membayar coklat/snek yang dibeli di koperasi.

sekarang aku tak pakai kad kredit. sebenarnya ada, bukan aku apply tapi maybank bagi . tak reti macam mana nak activate dan tak sempat nak ke bank untuk hapuskannya.

terdapat pelbagai jenis manusia di dunia ini, dan aturcara hidup juga berlainan. ada yang banyak berjalan, ada yang banyak berkereta, dan ada juga yang banyak berkapal terbang.

ada yang tidak pernah menginap di hotel, ada yang sebulan beberapa kali ke hotel. ada yang tidak pernah ke luar negeri dan ada pula yang sering out station ke luar daerah , negeri dan negara.

dengan mengukur tahap keperluan dan tahap kemampuan diri sendiri, marilah kita merancang aliran tunai dan aliran hutang kita dengan baik dan berhemah.

ps: masalah hutang tidak semestinya ditimbulkan oleh kad kredit.

user posted image

Edited by ninjamerah

Share this post


Link to post
Share on other sites

Membaca ulasan yang ditulis oleh saudara ninjamerah , membuat aku terasa seperti sedang menyelak salah satu helaian muka surat novel bertajuk aku tidak minta hasil karya Abdullah Husain . Ada pengertian .

Meskipun ade persoalan yg dibangkitkan itu aku fikirkan bisa terjadi kepada semua umat manusia tanpa ada batas ukuran tinggi rendah ketika berdirinya dia diatas bumi ini .Namun ada juga yang aku lihat , ada rasionalnya.

Kebergantungan sepenuhnya keatas Kad plastik ini dalam menentukan hala tuju kewangan sesorang individu sangat tidak dapat aku terima.

Namun kita hanyalah merancang , sebaik manapun pilhan yang ada dan sebanyak manapun pilihan yang kita ada kalau itu bukan pilihanNya maka itu juga bukan jalan penyelesaian terakhir bagi kita.

Ade masa - masanya kita perlu bernafas untuk hidup dan ade masanya tidak . :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...