Jump to content
Sign in to follow this  
hamlaww

Credit Card Holder !

Recommended Posts

Hidup MuhammadNasron Hidup MuhammadNasron yeaaa..!! Aku Sokong kau!!

tuh la pasla binarycode dia tuh asik pikir negative pasla CC je..dia xmo amik yg positif..semua benda kat dunia ada baik & buruk la..terpulang pada diri nak pilih yg baik atau yg buruk..panggil Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz kasi debat ngan dia kut!! smile.gif

No Offense biggrin.gif

kesimpulannye ...kite hidup dgn cara kite, xde yg same ..so jgn paksa org ikut cara kite sbb tu akan membuatkan kite makin keseorangan....

Aku Sokong!! kata2 ko nih..

Edited by HeaVen X

Share this post

Link to post
Share on other sites

minda die dah tertutup kot ..akibat kisah silam ....HOHOHO..tu yg die bengkeng sgt tu....

just my opinion ...

muahahahaha......tongue.gif

kesimpulannye ...kite hidup dgn cara kite, xde yg same ..so jgn paksa org ikut cara kite sbb tu akan membuatkan kite makin keseorangan....

aku suka baca ayat benkeng tuh klasik !! laugh.gif terima kasih atas ramalan2 ko tuh ! tak kena cuba lagi !!

Share this post

Link to post
Share on other sites

hohoh ..kalo camtu kalo kwn2 kita yg x reti manage duit ni kita kene nasihat sblum

dorang masuk dlm statistik org hutang besar ni .. kekadang ni aku tgk kwn aku kuar ptptn je dah shopping sakan ..belum ade cc lagi ... tapi baik utang ngan syarikat cc & bank dari utang ngan along ...silap aribulan kene hentam dan lain2 lak...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Aku tak faham kenapa ko anti dan fobia sangat dengan CC ni?? Ada sejarah buruk ke berlaku kat ko??

Ko tak habis2 cite pasal financial management.. Nape tak prepare duit simpanan lah..

Tapi aku rasa financial management nie tak patut dikaitkan dengan card credit (dari segi faedah penggunaan card credit)..

Sebabnya kalo orang tue lack in financial management kalo dia tak pakai kad kredit pon dia akan menanggung bebanan hutang.. <- betul tak fakta aku nie? Jadi relevan ke kenyataan ko tanpa card credit hidup lebih sihat dan tenang??

Jadi jangan salahkan card credit atau apa2 yang seumpama dengannya kalo ditimpa masalah kewangan tapi salahkan diri sendiri sebab financial intellegent kureng.. Tak reti nak kawal kewangan sendiri..

Aku rasa ko hanya pandang dari satu sudut pandangan jer iaitu penggunaan cc boleh memerangkap diri ko dalam bebanan hutang.. Cuba ko pandang dari sudut lain lak misalan kata apa kebaikan kalo guna kad kredit?? Kenapa orang hadapi masalah kewangan adakah disebabkan kad kredit atau tak reti urus kewangan? Macamana kad kredit ini mula2 wujud dan apakah tujuan ianya diwujudkan? Adakah kad kredit ni membantu dalam membuat urusniaga secara online? Kasi open sikit minda tue..

Aku tak faham kenapa ko anti dan fobia sangat dengan CC ni?? Ada sejarah buruk ke berlaku kat ko??

Alhamduillah belum lagi !! mukin ko lupa ade sejarah buruk berlaku kepada rakyat malaysia pada 1998 !!

Seperti ulasan aku yg lepas2 Cc nih ialah finance tool !! kalau ko tak mahir handle personal finance ko maka tak payah ler nak explain aku yg korang boleh handle karenah Cc nih .

Jadi jangan salahkan card credit atau apa2 yang seumpama dengannya kalo ditimpa masalah kewangan tapi salahkan diri sendiri sebab financial intellegent kureng.. Tak reti nak kawal kewangan sendiri..

well !! financial intellegent kureng. !! aku pinjam ayat ko nih !!!! disebab kurang kemahiran nih ler wajar korang menghindari pengunaan Cc nih !

Adakah kad kredit ni membantu dalam membuat urusniaga secara online? Kasi open sikit minda tue..

Ade berapa option yg boleh diterima pakai dlm membuat urus niaga berdasarkan online .Itu ko usah khuatirkan sila semak laman web e - niaga

akhir sekali penekanan dan tindakan hendaklah lebih ditumpukan kepada usaha2 meningkat kesedaran pengurusan keewangan yg cekap dan efisen dalam menghadapi hari yang mendatang . smile.gif

wassalam !!

Share this post

Link to post
Share on other sites

Dan aku menyokong hamlaww, baguih pasal buka thread ni. Kenapa nak guna CC untuk emergency? Dan kenapa tanak pikir solution lain sebelum menggunakan CC?

Sebenarnya, CC ni bagi aku bagus kerana ia membolehkankan kita mengurangkan saiz dompet kita, dan kontranya takut kita berbelanja terlebih had (bukan had limit CC). So aku nak tanya kat user kat thread nih, berbaloikah memakai CC? Adakah anda terdiri dari seorang yang shopping sakan? Dan satu lagi aku nak tambah, bangkerup bukanlah dinilai dari tahap tertentu, tapi dikira dengan alasan korang bleh bayar ke tidak hutang tu. Walaupun kita menggunakan RM 2.00 tetapi kita enggan (tak boleh/tak mampu/tak suka) membayarnya maka kita boleh diisytiharkan bangkerup (Tapi tak kan RM 2.00 pun tak leh bayar...). Itu baru RM 2.00, kalau puluh/ratus/ribu ringgit?

Dan orang nak merompak kita bukan pasal kita bawak duit banyak, pasal sekarang ni teknik merompak pun dan memacam seperti pakai santau la, pakai pukau la untuk "membengongkan" mangsa buat sementara waktu kemudian mendesak mangsa memdedahkan pin/password CC atau kad debt. Kemedian dia rompak ler kat ATM duit kita. Jadi apa relatifnya kalau bawak cash? Biasa saja aku tgk.

Dan satu lagi kenapa suka berbelanja kepada benda yang kurang priority? Maksud aku kat sini adalah penggunaan CC (hutang ler) untuk membeli benda2 remeh-temeh. Hutang beli rumah (Good Debt) tak sama dengan hutang beli baju (Bad Debt) kerana rumah bertahan 10 - 20 tahun, baju? Berapa lama bleh tahan? Sampai bila nak pakai? Kalau nak beli benda remeh-temeh bawa cash lagi senang.

Dan bila pakai CC nih korang terdedah kepada bangkerup. Mmg betul penggunaan CC ni ikut jer orang tu camner penggunaannyer. Tapi sedar ke korang, korang hutang beli guna CC ni bila korang bayar balik korang akan membayar sekali ribanya (bunga yang dikenakan) kepada pihak pemberi pinjam? Dan bunga tu sentiasa bertambah dari tahun ke tahun (kalau bayar lambat ler). Dan aku nak tanya korang, apa bentuk emergency yang korang rasa CC ni bleh tolong? Aku rasa kad debt lagi banyak baik dari CC nih. So banyakkan simpanan korang.

Sebab apa aku cakap melalut kat atas? Simple, ELAKKAN BERHUTANG. Kerana hutang bleh "membotakkan kepala seseorang". Sebab apa botak? Pikir lerr..... Dan satu lagi lain ler korang ni kerje bergaji banyak, so hutang melalui CC dibayar setiap bulan, maka berbaloi ler penggunaan CC.

P/S::Teguran ni untuk orang yang dah la susah cam aku, tapi berlagak nak pakai CC....

Edited by ahmades

Share this post

Link to post
Share on other sites

P/S::Teguran ni untuk orang yang dah la susah cam aku, tapi berlagak nak pakai CC....

aku terima teguran ni dengan hati yg ikhlas terbuka. smile.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

selain dari sensitif !! ko pun cepat tegang iye !!?? harap maklum !!  smile.gif  laugh.gif  aku harap ko dapat baca ulasan2 topik kat sini  dengan tenang dan bersahaja !  smile.gif

bukan cepat tegang, cuma aku menghayati pembacaan aku. bila tengok kat ayat tu ada '!', aku akan menekankan pembacaan. jadi, setiap kali baca ayat ko, aku akan rasa seolah2 ko cuba menimbulkan situasi pergaduhan. ko rasa senang dan bersahaja sebab orang lain tak buat ayat yang mengandungi '!' banyak sangat. cuba ko bandingkan ayat ko dengan ayat orang lain. aku rasa nisbah penggunaan '!' adalah 1 =20. aku rasa user lain pun rasa kurabf selesa bukan sebab ayat ko membidas penggunaan kad kredit, tetapi kerana ayat ko menimbulkan suasana pergaduhan. anyway, back to the topic, aku tak nak komen lagi pasal benda nie sebab tuan punya topik berfikiran tertutup. kata buat perbincangan, tetapi tak terima even 1% pun komen membina pasal penggunaan kad kredit nie. orang yang macam nie, kalo jadi pengarah syarikat, alamatnya ramai yang akan berhenti kerja. ramai yang akan cari kerja lain. kalo tak pun, staff dia akan jadi seorang yang talam 2 muka kerana kutuk bos kat belakang

aku terima teguran ko dengan ikhlas dan hati yg terbuka smile.gif yg lain2 tuh aku tak dapat komen sebab out of topic !! tapi aku hargai usaha ko untuk menarik aku mengikut rentak irama yg ko alun kan itu ! smile.gif tidak berjaya ! jangan berhenti mencuba saudaraku ! cuba lagi !!

Edited by hamlaww

Share this post

Link to post
Share on other sites

ade satu komentar yg menarik untuk dikongsi bersama !

Tajuk utama

From: Azmi Yusof

Subject:Kad kredit & Hutang

Assalammualaikum,

Saya ingin memberikan pendapat saya mengenai isu Kad Kredit ini. Tujuan utama penggunaan Kad Kredit ialah membeli barangan secara berhutang. Bagi saya, berhutang harus dielakkan dalam perancangan kewangan. Saya sendiri sebenarnya tidak memiliki sebarang Kad Kredit, baik yang Islamik mahupun yang melibatkan muamalah Riba'.

Ramai yang menganggap Kad Kredit amat diperlukan apabila berlaku KECEMASAN. Seorang yang merancang kewangannya dengan betul tidak akan memerlukan Kad Kredit semasa kecemasan. Apa yang perlu dilakukan ialah seseorang itu perlu menyediakan Simpanan untuk kecemasan. Jumlah simpanan kecemasan bagi setiap orang adalah berbeza mengikut latarbelakang mereka namun jumlah 2 bulan pendapatan adalah lebih dari mencukupi. Simpanan kecemasan ini harus diasingkan dari akaun perbelanjaan harian/bulanan tetapi mudah dikeluarkan apabila diperlukan semasa kecemasan.

Ada juga yang berpendapat bahawa Kad Kredit adalah penting untuk merancang kewangan kerana pengguna dapat mengambil kesempatan untuk menggunakan 'interest free period'. Walaupun idea ini sememangnya bagus tetapi sebagai manusia, kebanyakan kita sebenarnya selalu kalah kepada nafsu. Tidak hairanlah, mengikut statistik, setiap empat orang yang diistiharkan Muflis, seorang akan melibatkan hutang Kad Kredit.

Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Hutang juga akan menyusahkan waris-waris jika siberhutang itu meninggal dunia. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Semua dosa orang yang mati shahid akan terhapus kecuali hutangnya." (HR Muslim). Mengenakan kadar keuntungan yang tinggi adalah satu cara supaya umat Islam tidak berhutang.

Apa yang lebih penting ialah pengguna sedar bahawa mereka sememangnya dikenakan kadar keuntungan yang tinggi jika berhutang. Ini adalah lebih baik dari menggalakkan umat Islam berhutang dengan kadar faedah yang nampak rendah dan pada masa yang sama mengamalkan muamalah Riba'.

Mengenai hukum Kad Kredit Islamik, saya berpendapat tentu terdapat sebab-sebab tertentu yang membuatkan ulama' membenarkannya. Saya tidak mengetahui sebabnya kerana saya sendiri tidak menggunakannya atau memasarkannya. Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan Riba'. Jual-beli dengan bertukar barangan untuk mendapatkan keuntungan (lebihan) adalah dibenarkan dalam Islam. Dari itu, sudah tentu ada caranya Riba' dapat dielakkan dalam Kad Kredit Islamik ini.

Namun begitu, saya tidak nampak satu sebab yang amat munasabah untuk sesorang itu menggunakan Kad Kredit. Menjauhi hutang seperti Kad Kredit adalah lebih baik lebih-lebih lagi jika ia melibatkan muamalah Riba' yang haram.

Sekian & Wassalam.

Nor Azmi bin Mohd Yusof

"Memartabatkan Muamalah Islam Dalam Perancangan Kewangan"

Aku amat tertarik dengan unkapan perancangan kewangan yg betul tidak akan memerlukan Cc ketika kecemasan !!

aku dah nampak jelas !! cuma sayang masih ade lagi kat luar sane yg terkial - kial mencari alasan untuk menyedap hati dan perasaan meraka berhubung dengan perihal Cc nih , munkin supaya tidak dikategorikan dalam kumpulan yang suka berhutang ataupun supaya tidak rasa menyesal dan bersalah pada diri sendiri !! walaupun untuk seketika waktu sahaja.

fikir - fikirkanlah !! rolleyes.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

ces..bincang ape mcm ni...hamlaww tanya pasal A, org jawap la A tu..pas tu lari pulak dari topik A carik pulak pasal B,wei kalu mcm ni bile nak habes..tutup persoalan asal(dah dijawap pon) pastu cetus kekecohan (yeke kecoh)

salah sendiri tanak ngaku..pastu carik pulak point lain..sebelum ni ko tak bising pun ade 6 bijik ka,7 bijik ka..dulu bising pasal debt,bile org dah jwp pasal bende tu,ko lak carik isu lain..bile nak abes wei...??

tgk la, ko bagi yg komentar tu, kalau aku ada 10 komentar pasal kebaikan kad kredit nie,mesti ko masih bising2 jugak..pastu ko carik pulak point lain?

kan? kan? kan?

Edited by BraDeRz

Share this post

Link to post
Share on other sites

biasa la mesti la kena belek buku ker belek tenet cari point nak lawan..x pun gi Bank tanya pasal Cc tuh..

apsal c-fu x mo kasi panas ini thread hehehehe? smile.gif

the watcher xde ker ko x mo panaskan thread nih c-pu? hehehe

Share this post

Link to post
Share on other sites

dia dah malu tu kot...sbb tak reti quote..

laugh.gif

C-Fu saje je buat2 tak reti quote... Tul tak C-Fu?? Ke TIPU??

hamlaww.. Aku ada satu bende untuk tontonan ko.. Harap membantu.. smile.gif

Klik Sini

Untuk tontonan aku dan tontonan semua orang gak.. (hehe tapi kene pakai broadband lah eh)

Sorry lari tajuk..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Weh jangan tuang minyak atas api weh. Kang hamlaww tak kena korang yang kena tongue.gif

Sebenarnya aku meneliti thread ni untuk mencari skop yang sesuai yang aku rasa hamlaww nak sampaikan kepada kita. Dan aku dapat buat kesimpulan bahawa :-

1:: Elakkan berhutang benda yang remeh-temeh (penggunaan Cc untuk bershopping sakan)

2:: Rancang struktur kewangan untuk masa hadapan kerana kita tak tau waktu kecemasan tu nak mai bila.

3:: Ingatlah membayar riba kepada si pemberi hutang adalah haram disisi Islam (kecuali kalau keadaan kita berhutang SANGAT TERDESAK seperti membeli rumah ka, bayar pinjaman PTPTN ka dan selainnya)

4:: Dan satu lagi, jangan kurangkan rambut kita, sebab berhutang menyebabkan rambut makin kurang laugh.gif

Heheheh.......elakkan hutang untuk kesejahteraan kihidupan kita... "peace"

Share this post

Link to post
Share on other sites

ces..bincang ape mcm ni...hamlaww tanya pasal A, org jawap la A tu..pas tu lari pulak dari topik A carik pulak pasal B,wei kalu mcm ni bile nak habes..tutup persoalan asal(dah dijawap pon) pastu cetus kekecohan (yeke kecoh)

salah sendiri tanak ngaku..pastu carik pulak point lain..sebelum ni ko tak bising pun ade 6 bijik ka,7 bijik ka..dulu bising pasal debt,bile org dah jwp pasal bende tu,ko lak carik isu lain..bile nak abes wei...??

tgk la, ko bagi yg komentar tu, kalau aku ada 10 komentar pasal kebaikan kad kredit nie,mesti ko masih bising2 jugak..pastu ko carik pulak point lain?

kan? kan? kan?

well !! ko kena besarkan skop pandangan ko. smile.gif

terima kasih !

Share this post

Link to post
Share on other sites

2:: Rancang struktur kewangan untuk masa hadapan kerana kita tak tau waktu kecemasan tu nak mai bila.

3:: Ingatlah membayar riba kepada si pemberi hutang adalah haram disisi Islam (kecuali kalau keadaan kita berhutang SANGAT TERDESAK seperti membeli rumah ka, bayar pinjaman PTPTN ka dan selainnya)

Hmm.. ada gak eh pengecualian.. Mane perginya struktur kewangan, perancangan kewangan, slogan free from debt dalam pengecualian ini?? Kewangan kukuh pon kene berhutang ker?? rolleyes.gif

Bende dia simple jer sebenarnya, macamana kita menggunakan sesuatu bende tue.. Semua bende boleh mendatangkan kemudahan dan kebaikan kalo digunakan dengan betul.. Dan akan mendatang kemudaratan jika tidak digunakan dengan betul..

Contoh mudah pisau lah.. Pisau boleh membunuh.. Tapi perlukah penggunaan pisau diharamkan sebab ia boleh membunuh dan mendatangkan kecederaan?? Pisau tu kalo digunakan dengan cara yang baik dan betul akan memberi kemudahan kepada kita..

Dari segi kebergantungan memang betullah kita tak boleh bergantung penuh pada sesuatu benda jer.. Dalam kes ni kita tak boleh bergantung penuh pada kad kredit untuk kegunaan saat kecemasan dan kita juga tidak boleh bergantung penuh pada simpanan duit kecemasan.. Kene sediakan pelbagai option untuk hadapi sesuatu masalah.. Kalo kita bergantung 100% pada sesuatu tue sebenarnya kita mengundang masalah..

Misalan kita bergantung pada kad kredit.. Apa akan jadi kalo tempat tu tak sediakan perkhidmatan kad kredit seperti di kawasan2 pedalaman dan kita tak ada pilihan lain?? Sudah semestinya kita terperangkap dalam masalah tue.. Ataupon misalan kata ada masalah pada mesin swap kad kredit...

Dan kalo kita bergantung penuh pada duit simpanan.. Kadang2 kita tak boleh ramalkan masalah yang bakal berlaku.. Kita tak boleh terlalu yakin duit simpanan kita mencukupi untuk hadapai pelbagai masalah sebab kita tak dapat meramal masalah yang boleh timbul.. Kalo pada masa tue kita tak cukup duit dan bayaran kene buat hari tu gak.. Apa yang kita nak buat?? Merayu?? Ataupon buku cek kita dah habis, mesin atm terdekat tak boleh pakai, kita kejar masa ada meeting penting.. Jadi nak buat ape?? Terkejar sana sini cari atm atau bank terdekat?? Kene pulak jalan jem..

Cuma satu jelah.. Kalo nak pakai kad kredit kita kene gunakannye dengan cara yang berhemat.. Guna bedasarkan kemampuan dan jangan longgok hutang.. Macam pandu kereta, kereta tue boleh jadi kemudahan kepada kita tapi kalo kita gunakan dengan cara yang tidak berhemat maka kita mengundang maut..

Sebelum terlupa, jangan salah anggap kita beli rumah untuk kita diami sebagai pelaburan ke ruang aset dari segi kewangan.. Lagi besar rumah tu lagi tinggi expenses kita.. Dari rumah tu lebih banyak aliran duit keluar dari masuk..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Hmm.. ada gak eh pengecualian.. Mane perginya struktur kewangan, perancangan kewangan, slogan free from debt dalam pengecualian ini?? Kewangan kukuh pon kene berhutang ker??  rolleyes.gif

Haaa...meh aku terangkan kat ko apasal aku buat pengecualian kat situ. Yang sebenarnya aku ni tak beberapa mengalakkan kita semua kat sini berbelanja benda yang remeh didalam corak kehidupan kita seharian dengan menggunakan kad hutang (Card credit leerr) kerana, kenapa berhutang untuk shopping semata-mata?

Dan satu lagi, pengecualian tu untuk ko berhutang benda-benda penting dan sangat penting cam beli rumah ka, Pasal beli rumah dan memiliki rumah adalah perkara asas dalam kehidupan kita. Berhutang untuk benda perlu tak pa sebernarnyer, tapi kalau buat backup kewangan sebelum berhutang tu lagi bagus dari berhutang kemediannya kita plak bersusah-susah nak membayarnyer. Dah la tu termasuk bunga plak.

Bende dia simple jer sebenarnya, macamana kita menggunakan sesuatu bende tue.. Semua bende boleh mendatangkan kemudahan dan kebaikan kalo digunakan dengan betul.. Dan akan mendatang kemudaratan jika tidak digunakan dengan betul..

Memang betul simple, so teguran aku untuk orang yang tak simple dan menggunakan Cc tanpa berfikir.

Contoh mudah pisau lah.. Pisau boleh membunuh.. Tapi perlukah penggunaan pisau diharamkan sebab ia boleh membunuh dan mendatangkan kecederaan?? Pisau tu kalo digunakan dengan cara yang baik dan betul akan memberi kemudahan kepada kita..

Jangan kata pisau, chainsaw, gergaji, paku dan peralatan lain pun berbahaya gak. Tapi persoalannya pisau kita tau benda tu tajam, boleh melukakan dan boleh mencederakan. Dan kesan cedera tu nampak depan mata. Dan yang penting kesan cedera tu bleh hilang bila sapu ubat. Dan kalau kena tikam ngan pisau pun kita berkemungkinan bleh mati. Tapi Cc kat sini bukan macam pisau, dia adalah sejenis kad yang bleh membunuh kita "senyap2". Menyeksa kewangan kita, membebankan kita. Menjadikan kita botak dan sebagainya.

Dari segi kebergantungan memang betullah kita tak boleh bergantung penuh pada sesuatu benda jer.. Dalam kes ni kita tak boleh bergantung penuh pada kad kredit untuk kegunaan saat kecemasan dan kita juga tidak boleh bergantung penuh pada simpanan duit kecemasan.. Kene sediakan pelbagai option untuk hadapi sesuatu masalah.. Kalo kita bergantung 100% pada sesuatu tue sebenarnya kita mengundang masalah..

Ya betul-betul......"peace"

Misalan kita bergantung pada kad kredit.. Apa akan jadi kalo tempat tu tak sediakan perkhidmatan kad kredit seperti di kawasan2 pedalaman dan kita tak ada pilihan lain?? Sudah semestinya kita terperangkap dalam masalah tue.. Ataupon misalan kata ada masalah pada mesin swap kad kredit...

Betul jugak..... "peace"

Dan kalo kita bergantung penuh pada duit simpanan.. Kadang2 kita tak boleh ramalkan masalah yang bakal berlaku.. Kita tak boleh terlalu yakin duit simpanan kita mencukupi untuk hadapai pelbagai masalah sebab kita tak dapat meramal masalah yang boleh timbul.. Kalo pada masa tue kita tak cukup duit dan bayaran kene buat hari tu gak.. Apa yang kita nak buat?? Merayu?? Ataupon buku cek kita dah habis, mesin atm terdekat tak boleh pakai, kita kejar masa ada meeting penting.. Jadi nak buat ape?? Terkejar sana sini cari atm atau bank terdekat?? Kene pulak jalan jem..

Betul-betul. Tapi maksud yang aku nak sampaikan kat sini adalah simpanan persendirian untuk masa hadapan. Bukan simpanan untuk masalah syarikat ka... Sebab tu kan US, kerajaannyer mewajibkan setiap rakyat ada insurans peribadi sebab tau rakyatnya ni gagal untuk menguruskan simpanan. So dengan insurans selesai la skit masalah peribadi mereka tu (kesihatan/kewangan/kehidupan dan lain-lain)

Cuma satu jelah.. Kalo nak pakai kad kredit kita kene gunakannye dengan cara yang berhemat.. Guna bedasarkan kemampuan dan jangan longgok hutang.. Macam pandu kereta, kereta tue boleh jadi kemudahan kepada kita tapi kalo kita gunakan dengan cara yang tidak berhemat maka kita mengundang maut..

YAAA.....Betull....hamlaww yang ni betul nih

Sebelum terlupa, jangan salah anggap kita beli rumah untuk kita diami sebagai pelaburan ke ruang aset dari segi kewangan.. Lagi besar rumah tu lagi tinggi expenses kita.. Dari rumah tu lebih banyak aliran duit keluar dari masuk..

Dan kalau rumah tu kita jadikan rumah sewa...tak ke banyak duit masuk dari keluar heheheehe tongue.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Sebelum terlupa, jangan salah anggap kita beli rumah untuk kita diami sebagai pelaburan ke ruang aset dari segi kewangan.. Lagi besar rumah tu lagi tinggi expenses kita.. Dari rumah tu lebih banyak aliran duit keluar dari masuk..

ko silap disini !! ko silap ! sad.gif takpe belajar lagi ! bersama2 aku

Hmm.. ada gak eh pengecualian.. Mane perginya struktur kewangan, perancangan kewangan, slogan free from debt dalam pengecualian ini?? Kewangan kukuh pon kene berhutang ker??  rolleyes.gif

investment in real estet apakah defininyer !! ko study nih dulu !! smile.gif

ade baiknyer ko rujuk mana journal , komentar atau berhenti sejenak untuk berfikir sebelum ko memlontarkan sesuatu pandangan !! InsyaAllah hasilnyer lebih bernas dan terpancar tahap intelek ko didalam perkara yg berbangkit . Sesunguhnya orang menilai kita dari penulisan kita .

Wallahuallam !

Share this post

Link to post
Share on other sites

dia x citer pasal umah dijadikan umah sewa... dia citer pasal umah untuk kita diami....

"jangan salah anggap kita beli rumah untuk kita diami sebagai pelaburan ke ruang aset dari segi kewangan"

Share this post

Link to post
Share on other sites

Contoh mudah pisau lah.. Pisau boleh membunuh.. Tapi perlukah penggunaan pisau diharamkan sebab ia boleh membunuh dan mendatangkan kecederaan?? Pisau tu kalo digunakan dengan cara yang baik dan betul akan memberi kemudahan kepada kita..

..

ade baik ko buka satu thread pasal pisau nih !! Pm kat aku biler dah ade ! maafkan aku tidak berkemampuan untuk menjawabnya buat masa terdekat !!

dia x citer pasal umah dijadikan umah sewa... dia citer pasal umah untuk kita diami....

"jangan salah anggap kita beli rumah untuk kita diami sebagai pelaburan ke ruang aset dari segi kewangan"

well ko kena besarkan skop pandangan ko !! aku tahu ko mampu melakukannya kalau tidak masakkan ko ade 6 kad plastik tuh !! sudah tentu ko berpandangan jauh tidak bergitu ? smile.gif

haaa.. gaduh2.. terusla bertengkar.. Hehehe..

psl kad kredit pun nak gaduh2 ke? Bapak aku ade byk kad kredit dlm 2-3. Xde ape2 pun.. Dia bayar balik guna maybank2u.com.. yela.. guna kad kredit utk minyak keta dll..

kita akan berbicara perihal bapak ko diwaktu dan masa yg lain ! maafkan aku

mak bapak dgn abg aku pakai credit card HAPPY jek....

kita juga akan berbicara pasal mak bapak ko dan abang ko diwaktu dan masa yg sesuai !! maafkan aku smile.gif

aku cadangkan korang buka satu thread yg lain dalam membincangkan perihal yg berbangkit seperti diatas .

Yang Berusaha :

Hamlaww rolleyes.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

nampak sgt hamlaww nih nak buat org bergado dlm nih..ckp nak discuss tapi mcm nak bergado..yg aku tgk org yg betul2 discuss kat sini si ahmades menerima pandangan org lain dgn terbuka..si hamlaww nak suruh org ikut kepala dia..mcm pandangan dia semua betul no comment anymore..sampai bile ntah nak abis..tunggu sampai thread yg lagi panas dari nih kut dtg!! smile.gif

No Offense Peace No War!!

Share this post

Link to post
Share on other sites

hahahaha ... kesian orang KAYA nak guna cc xleh pakai klau ramai kondem pasal cc ... org yg cukup2 makan2 xyah pakai cc ... kesimpulannya, org makan gaji setakat seribu 2 ribu, xyah pakai cc ... enjoy sana sini xda duit nak bayar ...

org kaya raya jer leh pakai ...

siaran ulangan ... ekekeke tongue.gif

aku yg kaya raya nie, kira tak patut pakai kredit kad jugak ker??? huhuhu tongue.gif

siaran ulangan kali kedua ...

ko xnak komen ker aku nyer ker? ekekeke .. ke ko tak paham ? cool.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

nampak sgt hamlaww nih nak buat org bergado dlm nih..ckp nak discuss tapi mcm nak bergado..yg aku tgk org yg betul2 discuss kat sini si ahmades menerima pandangan org lain dgn terbuka..si hamlaww nak suruh org ikut kepala dia..mcm pandangan dia semua betul no comment anymore..sampai bile ntah nak abis..tunggu sampai thread yg lagi panas dari nih kut dtg!! smile.gif

No Offense Peace No War!!

Nasihat yang sama juga dapat aku berikan ! aku harap ko dapat membaca ulasan2 ditopik ini dalam keadan tenang dan bersahaja jika ade terkasar bahasa maafkan aku smile.gif bukan niatku bergitu.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...