Jump to content
gcloud

Video Editing - V.2

Recommended Posts

aku dah tgk la... smile.gif... sempoi.... citer la sikit camner ko buat...

ko gi je kat tutorial Gcloud faham betul betul

lepas tu ambik tripod letak camera kat atas tu ko shoot 2 kali satu duduk kat sebelah kiri satu ko duduk kat sebelah kanan . lepas ko ikut macaman ko buat picture in picture kat dalam map route ko tu .baca pip tutorial kat dalam Gcloud .

apasal aku punya file share ha? pelik lah contoh kat bawah

from : us.share.geocities.com

ade sape sudi memebantu tak ?

Share this post

Link to post
Share on other sites

@hamlaww..saya tak dapat nak download semua video yang dibuat...cuba kecilkan saiz video..260KB-500KB sebab geocities mungkin limitkan untuk sesuatu file dan pastikan URL yang betul

@Isfann..pasl masking tu ok cuma cuba resizekan video di dalam PiP supaya dapat memenuhi ruangan pada kawasan transparent

...glowing text..nice

...Chromakey..di sini saya ingin memberi sedkit tip untuk membuat chromakey:

Pastikan cahaya yang mencukupi dan seragam terutama pada skrin hijau atau Biru. Jika tidak mempunyai lampu atau video light..cuba shot diluar rumah..pada waktu siang. Semasa editing pastikan pada resolution video sekurang-kurangnya 720 X576. Paling baik buat chromakey di dalam uncompressed avi atau avi DV.

Untuk screen paling murah dan senang cari wrapping paper warna hijau / biru yang banyak terdapat di kedai stationaries. Tetapi untuk screen yang lebih besar kain yang berwarna hijau/biru adalah lebih praktikal

Perisian yang dicadangkan:

Walaupun hampir semua video editor samada untuk consumer dan advanced mempunyai tool untuk chromakey tetapi tidak semua dapat menghasilkan chromakey dengan baik. Bagi saya Maxtrox chromakey adalah yang terbaik untuk kategory hardware based..tetapi untuk non hardware..Canopus edius adalah terbaik kerana dapat menghasilkan chromakey dengan baik, smooth, clean dan dapat preview secara realtime. Terdapat beberapa setting di dalam canopus edius untuk fine tuning chromakey superimposed yang kita buat..

Edited by gcloud

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku dah tgk la... smile.gif... sempoi.... citer la sikit camner ko buat...

Ralat ! aku pakai adobe after effect untuk clone sorry ler . pasal upload tu tak semua files aku ade masaalah contoh interval ok pulak direct dari geocities.com manakala yang lain masih lagi ade masaalah dengan us.share.geocities bagi masa kat aku study masaalah ini munkin ade salah masa encode ataupun masa zipkan files ataupun files aku besar sangat . aku akan terus berusaha !!!!

aku teringat cam na kalau aku combine clone aku tu dengan chromokey tecnic tuh mesti cair !!! smile.gifsmile.gif

Edited by hamlaww

Share this post

Link to post
Share on other sites

@hamlaww..saya tak dapat nak download semua video yang dibuat...cuba kecilkan saiz video..260KB-500KB sebab geocities mungkin limitkan untuk sesuatu file dan pastikan URL yang betul

Rasa dah ok sekarang lepas adjust resolution dengan birate camana yang saudara syorkan tu ! dah tak ade share problem lega rasanya . So lepas ni boleh try upload lagi . TERIMA KASIH Bro Gcloud smile.gifsmile.gifsmile.gif

klik kat sini untuk tengok interval shoot

klik kat sini untuk tengok clone

Edited by hamlaww

Share this post

Link to post
Share on other sites

Sample chromakey.

user posted image

Notes:

Talent: Anak saya:

Tarikh: Lebih kurang setahun yang lalu. Video clip ini diambil semasa anak saya tiba-tiba muncul dan meminta saya merakam gambarnya

Editing Notes:

Video klip ini asal dalam format avi Dv (4:2:0). tetapi untuk tujuan chromakey saya upsamplekan video ini ke uncompressed avi (4:4:4) untuk memberi kesan yang lebih baik semasa proses keying.

Untuk clip ini saya menggunakan dua software iaitu photoshop dan Canopus Edius. Background image pada asalnya adalah image batu dan dalam grayscale color, tetapi saya colorizekan ke warna tanah untuk mewujudkan suasana di dalam lubang gua - (atas permintaan anak saya smile.gif ) Kemudian image ini di touch-up dengan memasukan lighting effects supaya sama dengan arah cahaya seperti di dalam video clip. dan akhir sekali saya menggunakan blur effect (lens blur) untuk memberi kesan depth of field di antara object dihadapan dengan background image.

Di Edius proces pertama adalah membuat key-out terhadap warna hijau. Di sini process di lakukan agak teliti juga bagi memastikan tiada kesan hijau yang masih tertinggal. Ini termasuk melakukan fine tuning seperti dengan menggunakan spill Suppressor tool supaya warna hijau terutama di pinggir object dihapuskan dan memasukkan sedikit kesan blur edge semasa proses keying.

Untuk memberi kesan yang lebih cinematic saya memasukkan effect anti-flicker supaya video ini di de-interlaced (progressive) bagi membuat mimic seperti di rakam menggunakan kamera filem. Seterusnya saya membuat colour matching di antara backround image dan foreground subjeck supaya ia kelihatan sama dari segi tone warna. Dan terkahir sekali saya memasukkan kesan film-grain dan scratch ke atas clip sebelum saya cropkan image (black bar) untuk memwujudkan kesan widescreen (cinemascope) ke atas video.

klik di sini untuk melihat video: chromakey2

Edited by gcloud

Share this post

Link to post
Share on other sites

dah 4 hari aku tak masuk forum ni.... (aku kena gi kursus kat sri msia bagan lalang, 28 - 1 jun 05)....

byk dah aku tinggal ni... hehehhe.////

Emmm cool.gifcool.gif menarik gak teknik ni boleh digabungkan dengan teknik PIP . Rasionalnya saya nak buat clone yang lebih advance dari yang sebelum ni dimana saya nak masuk kan lebih ramai lagi clone kat scene tersebut dengan mengadakan clone yang berada didepan, di belakang dan dikiri dan kanan mahu pun berjalan dihadapan clone - clone yang lain , dengan teknik choromakey ni munkin idea ini dapat terhasil. Saya ade melihat teknik green screen backgroung yang untuk menghasilkan clone yang berade depan dan dibelakang clone - clone yang lain didalam tv sebelum ini . Didalam chromakey Bro Gcloud untuk background saudara mengunakan imej batu dan saya terfikir untuk project terbaru saya ini saya akan mengantikan imej dibelakang dengan imej clone saya amacam boleh pakai tak idea ini. dry.gifdry.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Saya ade mencuba teknik map route dengan menggunakan Imaginate . Nampaknya hasilnya memuaskan . Susah sangat tak lah juga cuma nak kena kreatif aje . caranya

1. pakai photoshop buat dua imej

a. imej with green road

b. imej with red road

2. resize dan save as jpeg

3. open imaginate setting ler ape yang patut

4. load kan imej ( imej with green road ) kat dlm project

5. lepas ko setting ler pergerakan camera tu

6. dah puas hati save ler pakai nama layer 1 (wmv)

7. lepas ko tukar imej yng sebelum ni ke ( imej with red road )

8. ingat ko tak payah usik lagi setting pergerakan camera tu pakai setting yg asal

9. save ler juga pakai nama layer 2

10. lepas tu ko buka adobe premeir ko susun layer 1 kat video 1 dan layer 2 kat video 2 cam biasa !

11. Pakai wipe transition (nak kena adjust dia punya movement (dari atas ke bawah ) atau mana yang sewaktu dengannya

12. adjust sampai dapat pergerakan yang dikehendaki

13 . last sekali masuk kan lagu MASTER OF PUPPET mettalica.

14. Sedia untuk dihidangkan biggrin.gifbiggrin.gif

15. standby Tutorial Bro Gcloud kat sebelah kalau takut ajaran ni tersesat . biggrin.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Aku dah planning nak buat 1 project yang berasaskan chomakey tuhh !! aku bagi nama superclone . Mencurah - curah Idea aku bila tengok movie BroGcloud. Sape ade buat clone yng cangih upload ler kat sini boleh aku dapat idea baru .

Hai tidur lambat lagi ler aku malam ni ! ( malam tadi tidur pukut 4.00 am )

rolleyes.gifrolleyes.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Hi dah jadi macam "Attack of The Clone" hehhehe. BTW teruskan usaha anda semua...aku tak sabar tengok movie korang. smile.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

dah 4 hari aku tak masuk forum ni.... (aku kena gi kursus kat sri msia bagan lalang, 28 - 1 jun 05)....

byk dah aku tinggal ni... hehehhe.////

Aku tahu tempat tu lebih kurang 10 tahun dulu ade kapal sangkut kat benteng pasir cantik ler permandangan . tapi sekarang dah tak ade kosong aje kalau tengok ke laut tu .

boring ler !!

Teringat semasa dulu . smile.gifsmile.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku pun nak buat gak clone.. tapi aku bz sikit skrg ni.... tgk la nanti camner...

err hamlaww... teknik ko yang wipe tu = lebih kurang cam teknik wipe kat pinnacle jer?..

aku skrg ni tgh pikir camner nak buat 3d angle map tu (guna imaginate) dan gabungkan dgn pinacle... (blurr lagila...)

sebb aku tak mahir guna premiere...

Share this post

Link to post
Share on other sites

err hamlaww... teknik ko yang wipe tu = lebih kurang cam teknik wipe kat pinnacle jer?..

yep caranya sama cam pakai kat pinnacle tuh yg bezanya aku buat flying camera dulu pakai imaginate lepas tu edit pakai adobe premeire .kat final output ni tak lah susah sangat , yang kritikal masa kat imaginate .

em smile.gif upload ler ko punya clone tu bila dah siap bubuh ramai sikit 8 org ke 40 org ke lagi ramai lagi meriah clone ko tu ( cam kenduri !)

klik kat sini untuk map route with flying camera

Share this post

Link to post
Share on other sites

err hamlaww... teknik ko yang wipe tu = lebih kurang cam teknik wipe kat pinnacle jer?..

yep caranya sama cam pakai kat pinnacle tuh yg bezanya aku buat flying camera dulu pakai imaginate lepas tu edit pakai adobe premeire .kat final output ni tak lah susah sangat , yang kritikal masa kat imaginate .

em smile.gif upload ler ko punya clone tu bila dah siap bubuh ramai sikit 8 org ke 40 org ke lagi ramai lagi meriah clone ko tu ( cam kenduri !)

klik kat sini untuk map route with flying camera

Share this post

Link to post
Share on other sites

Sample chromakey.

user posted image

Notes:

Talent: Anak saya:

Tarikh: Lebih kurang setahun yang lalu. Video clip ini diambil semasa anak saya tiba-tiba muncul dan meminta saya merakam gambarnya

Editing Notes:

Video klip ini asal dalam format avi Dv (4:2:0). tetapi untuk tujuan chromakey saya upsamplekan video ini ke uncompressed avi (4:4:4) untuk memberi kesan yang lebih baik semasa proses keying.

Untuk clip ini saya menggunakan dua software iaitu photoshop dan Canopus Edius. Background image pada asalnya adalah image batu dan dalam grayscale color, tetapi saya colorizekan ke warna tanah untuk mewujudkan suasana di dalam lubang gua - (atas permintaan anak saya smile.gif ) Kemudian image ini di touch-up dengan memasukan lighting effects supaya sama dengan arah cahaya seperti di dalam video clip. dan akhir sekali saya menggunakan blur effect (lens blur) untuk memberi kesan depth of field di antara object dihadapan dengan background image.

Di Edius proces pertama adalah membuat key-out terhadap warna hijau. Di sini process di lakukan agak teliti juga bagi memastikan tiada kesan hijau yang masih tertinggal. Ini termasuk melakukan fine tuning seperti dengan menggunakan spill Suppressor tool supaya warna hijau terutama di pinggir object dihapuskan dan memasukkan sedikit kesan blur edge semasa proses keying.

Untuk memberi kesan yang lebih cinematic saya memasukkan effect anti-flicker supaya video ini di de-interlaced (progressive) bagi membuat mimic seperti di rakam menggunakan kamera filem. Seterusnya saya membuat colour matching di antara backround image dan foreground subjeck supaya ia kelihatan sama dari segi tone warna. Dan terkahir sekali saya memasukkan kesan film-grain dan scratch ke atas clip sebelum saya cropkan image (black bar) untuk memwujudkan kesan widescreen (cinemascope) ke atas video.

klik di sini untuk melihat video: chromakey2

Bro Gcloud boleh buat tutorial tak untuk Choroma key .Tak dapat idea ler huh.gifhuh.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Chromakey: Part 1

Chromakey, keying atau blue/green screenadalah satu process di mana mengasingkan latar belakang supaya subjek di hadapan dapat digabungkan bersama dengan scene atau latar belakang yang lain. Teknik ini sebenarnya telah lama digunakan sejak zaman era filem hitam putih lagi. Ia selalunya digunakan untuk superimpose text untuk dibuat title dimana teks atau title akan ditulis/dibuat di atas board berwarna hitam dan dirakam ke kamera filem. Kemudian filem ini akan di gabungkan dengan scene lain yang mana akhirnya kawasan hitam akan ditukar dan mengekalkan hanya teks. Teknik superimpose menggunakan filem sangat complicated dan memakan masa. Di zaman digital majority teknik superimpose/keying/chromakey dibuat secara elekronik atau secara digital. Walaupun kebanyakkan movie hollywood sekarang masih menggunakan kamera filem untuk membuat shoot terhadap blue/green skrin tetapi filem tadi discan untuk dijadikan format digital dan segala proses keying/chromakey dilakukan di komputer kemudian ditranfer kembali ke filem.

Chromakey secara elektronik dan secara digital

Jika chroamkey filem pada pringkat awal dibuat secara optikal di mana filem akan di double exposed, untuk telesvison ia dibuat secara elektronik dimana satu kamera akan merakamkan subjek dihadapan skrin biru atau hijau dan satu lagi video imput samada dari kamera kedua atau sumber video lain. Kedua-dua input video ini akan melalui ke satu alat yang di panggil key switcher dimana di sini video operator akan setkan warna yang mana patut dihilangkan. Teknik ini masih digunakan sekarang terutama stesen television untuk membuat chromakey secara live seperti Berita dan sebagainya. Alat ini sangat mahal dan saya rasa memang tidak sesuai untuk kebanyakkan dari kita.

Pada pringkat awal chromakey secara digital hanya production house yang besar sahaja yang mampu menggunakannya. Ini kerana pada masa lalu computer yang canggih sangat mahal. Tetapi pada masa ini terus terang saya katakan teknik chromakey dapat dibuat oleh orang biasa seperti kita kerana komputer yang ada sekarang sudah cukup mampu dan boleh menghasilkan chromkey secara digital dengan baik jika menggunakan persian/perkakasan yang sesuai serta teknik chromakey yang betul. Malahan jika dibuat dengan betul chromakey yang kita hasilkan lebih baik dari apa yang pernah di lakukan oleh stesen television sekitar tahun 70 atau 80 an.

Pada masa ini digital chromakey memnajdi pilihan semada pembuat filem atau production house. Ini kerana ia dapat dilakukan dengan lebih mudah, lebih baik dan hasil dapat di lihat secara realtime. Di samping itu mereka dapat membuat fine tuning dan color matching supaya filem/video yang dihasilkan begitu meyakinkan. Kalau kita tengok fiem terbaru Star Wars 100% peratus dirakam secara digital dan 90% live action dibuat di hadapan skrin biru/hijau. Tapi bagi kita sebagai orang biasa tidak perlu untuk memiliki atau menggunakan peralatan digital seperti yang digunakan oleh George Lucas.

Saya masih teringat diawal tahun 80'an sewaktu menonton dokumnetari "The Making of Return Of the Jedi" saya begitu ingin membuat teknik chromakey dengan menggunkan kamera video VHS kepunyaan bapa saya. Tapi saya hampa teknologi yang ada pada consumer pada masa itu belum ada atau belum cukup untuk menhasilkan chromakey, Tetapi sekarang ia dapat dilakukan dengan mudah dan lebih baik.

Kenapa Biru/Hijau..

Secara asasnya sebarang warna yang solid boleh digunakan untuk membuat chromakey tetapi biru/hijau menjadi pilihan kerana ia tidak mempunyai warna yang sama terutama pada tubuh manusia seperti kulit rambut dan sebagainya. Jika subjet mempunyai warna hijau selalunya warna biru akan digunakan begitu juga sebaliknya. Selalunya sebelum membuat chromakey kita akan pastikan tiada warna yang sama pada object dengan skrin latar belakang. Jika ada warna hijau/biru pada objek akan turut dihilangkan semasa process key out. Jadi sebelum membuat shooting pastikan tiada warna yang sama dengan warna latar belakang. Skrin boleh dihasilkan dengan menggunakan kertas, fabrik (kain), cat (matte bukan gloss). Kalau boleh jangan biru/hijau yang terlalu terang atau terlalu gelap.

Pencahayaan.(lighting)

Merupakan salah satu perkara utama dalam membuat chromakey. Jika kita lihat di dalam kebanyakkan penghasilan chromakey cahaya yang sampai ke skrin mestilah seragam dan mempunyai keterangan cahaya yang secukupnya. Jika terdapat ketidak seragaman cahaya pada skrin proses key out menjadi sukar dan hasilnya tidak memuaskan. Untuk subjek ia juga memerlukan penchayaan yang betul. Kalau boleh elakkan sumber cahaya berada di hadapan subjek, Ini mengelakkan bayang akan terbentuk pada skrin dan ini menyukarkan process key out dan hasilnya tidak begitu membuaskan. Cara yang paling praktikal (seperti yang saya lakukan) tinggikan paras cahaya lebih dari objek dan pancarkan sedikit condong kebawah. Di samping itu gunakan plastik berwarna putih dan diletakkan di hadapan spotlight (jangan terlalu rapat). Ini bagi mengasilkan kesan cahaya yang seragam dan mengurangkan kesan bayangan dan jika perlu jarakkan sedkit antara subkek dan skrin. Atau anda juga boleh menggunakan polisterin board sebagai reflector di mana cahaya dari lampu di pancarkan ke polisterin dan dari polisterin dipantulkan balik ke subjek. Jika anda mampu dan serius belilah video light yang mempunyai "softbox" untuk menhasilkan cahaya yang seragam. Jika anda tidak mempunyai videolight/spotlight. Chromakey boleh juga dibuat dengan menggunakan beberapa lampu kalimatang (fluorescent lamp) yang di letakkan di tempat sesuai samada untuk skrin mahupun subjek. Atau ada boleh membuat shooting diluar rumah di waktu siang hari. Cuma pastikan pada waktu yang sesuai. Bagi pengalaman saya waktu yang sesuai adalah dari pukul 9.00 ke 10.00 di waktu pagi dan dari pukul 3.00 ke pukul 5.00 diwaktu petang. Kerana waktu ini cahaya agak lembut.

Kamera.

Saya mecadangkan menggunakan DV cam dan jika anda mempunyai 3ccd DV cam adalah lebih baik.

Software:

Sebarang software yang mempunyai fungsi chromakey. Tetapi untuk software based (tanpa hardware) gunakan Canopus Edius. Untuk bantuan hardware saya cadangkan Premiere bersama Matrox ... Tetapi untuk tutorial yang saya akan buat saya akan terangkan teknik chromakey menggunakan Canopus Edius.

http://www.google.com/search?hl=en&lr=&saf...ues&btnG=Search

Bersambung...

Semoga dapat membantu...

Edited by gcloud

Share this post

Link to post
Share on other sites

Choroma key teknik dah saya cuba tapi saya hasilnya masih tidak memuaskan kesan hijau di sekitar object adalah masaalah utama yang saya hadapi munkin saya harus mencuba suppressor tool untuk menghilangkan kesan tersebut

berikut adalah masaalah yang saya hadapi ketika membuat chorma key

1. Kesan hijau sekitar object

2. perbezaan lighting diantara foreground dan background object

munkin kesan lens blur dapat membantu matching diantara imej foreground dan background cool.gifcool.gifhuh.gifhuh.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Gcloud, salam perkenalan dari saya Arbanji. Terima kasih di atas bantuan kepakaran saudara memberi pertunjuk @ petua @ fatwa dalam kerja editing video. Boleh tolong tunjukkan tutorial teknik 'Chromakey' menggunakan adobe premiere pro 1.5. smile.gif

IsyaAllah...saya akan buat

ARBANJI ni salah satu nama besar dalam music...sesiapa yang minat music sudah tentu kenal dengan nama ARBANJI especially kalau selalu download MIDI melayu di internet...welcome to Putera.com..Sapa-sapa nak tanya pasal music this is the right person...

Bro gcloud apakah yang di maksudkan dengan uncompressed avi ? Adakah ianya sama dengan filmstrip ? saya sedang membuat choromakey dengan menggunakan teknik filmstrip ! saya touch up latar belakang back ground saya dengan colour green ini adalah kerana latar belakang untuk project terbaru saya agak besar . sila beri pendapat. Untuk saudara ARBANJI selamat datang ke forum ini ! smile.gifsmile.gif ade link untuk soundtrack forest gump tak ???

Share this post

Link to post
Share on other sites

Bro gcloud apakah yang di maksudkan dengan uncompressed avi ? Adakah ianya sama dengan filmstrip ? saya sedang membuat choromakey dengan menggunakan teknik filmstrip ! saya touch up latar belakang back ground saya dengan colour green ini adalah kerana latar belakang untuk project terbaru saya agak besar . sila beri pendapat. Untuk saudara ARBANJI selamat datang ke forum ini ! smile.gif  smile.gif ade link untuk soundtrack forest gump tak ???

uncompresses yang saya maksudkan adalah avi Dv saya uncompressedkan ke normal "uncompressed Avi" yang ada di dalam system windows. Dari permerhatian saya hasil "chromakey" yang dibuat dari uncompressed Avi lebih baik dari normal Dv avi. Walaubagaimana uncompressed avi saiz dia 5 kali besar dari saiz avi dv..Contohnya file avi dv yang saya transfer/capture dari dv cam saya akan savekan semula ke uncompressed Avi lepas tu baru saya buat "chromakey".

Saya rasa saudara tak perlu buat editing / chromakey dalam filmstrip kecuali jika saudara nak buat rotoscoping, frame by frame adjustment dan sebagainya.

Apa yang saya maksudkan touchup adalah satu file image seperti jpg, bmp. tiff. png. pds. ditouch-up diphotoshop sebelum digabungkan ke dalam video di dalam perisian video editor. Untuk green/blue screen saudara hanya perlu membuat shot secara terus dari camera. Letak kamera di atas tripod, pastikan cahaya pada screen cukup dan seragam.. setkan kamera pada manual fokus. jika perlu laraskan shutter speed atau aperture pada kamera untuk memberi keterangan image pada tahap yang sesuai. ...letak subjek di hadapan screen dan shoot. Setelah berpuas hati tranferkan ke PC dan edit di dalam video editor seperti Edius, Pinnacle, Premiere atau sebagainya.

Mengenail chromakey tutorial saya masih dalam proses penyedian. Kalau boleh saya nak buat tutorial ini supaya dapat dihasilkan oleh semua..dengan menggunakan apa yang ada disekeliling anda. smile.gif

Edited by gcloud

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...