Jump to content
gcloud

Video Editing - V.2

Recommended Posts

Artikel: DVD Video Camera.

Saya tertarik untuk menulis artikel setelah melihat satu iklan di dalam akhbar tempatan mengenai DVD video cam. Di dalam iklan tersebut menggambarkan betapa mudahnya video dapat dirakan terus ke cakera DVD dan terus boleh dimainkan di DVD palyer tanpa perlu melalui proses convertion ke format DVD seperti kebiasaan dilakukan oleh kebanyakkam mereka yang mempunyai video kamera yang berasaskan pita seperti vhs, hi8, 8mm mahupun MiniDV/Digital8.

Saya tidak mempunyai DVD cam tetapi oleh kerana ingin tahu tentang DVD cam ini telah membawa saya pergi ke kedai barangan eletrik yang menjual DVD cam. Di kedai ini saya meminta jurujual membuat demo tentang DVD cam ini. Tanpa membuang masa jurujual memasukkan DVD-RW dan mula mengambil gambar suasana di dalam kedai tersebut dan memainkan cakera DVD terus ke pemain DVD. Dalam pemerhatian saya saya dapati image yang dirakam memang cantik, jelas dan kualiti audio begitu mengkagumkan. Selepas itu jurujual seperti biasa mula memujuk saya untuk membeli kamera DVD ini. Beliau berpendapat DVD cam ini sangat convenience, mudah, quality video/audio yang baik. Kata beliau lagi tak perlu guna komputer untuk convert ke DVD atau hantar ke kedai atau kepada mereka yang membuat perkhidmatan video conversion.

Kemudian terlintas difikiran saya..kalau nak edit macam mana...Jurujual tersebut terdiam sekejap. Kemduain dia memberi cadangan kepada saya just copy file dari dalam dvd tersebut dan edit. Saya memberi tahu kepada jurujual kalau dia mahu saya beli DVD cam biar saya bawa balik (pinjam) DVD disk yang dirakamkan dan jika saya rasa concveniece untuk edit saya akan fikirkan untuk beli. Pada mulanya memang jurual keberatan tetapi setelah dipujuk dan saya yakinkan yang DVD disk itu akan dipulang barulah dia memberi kebenaran.

Di rumah saya pertama saya masukkan DVD disk tersebut ke dalam pemain DVD JVC. Pada pandangan saya tiada masalah, kualiti Video/audio pun ok. Sekarang saya nak cuba edit DVD tersebut. Apa yang saya ketahui DVD tidak seperti VCD yang mana kita boleh direct copy video file (.dat) terus ke PC dan edit di dalam perisian video editor. Pertama yang saya lakukan buka Video_TS foleder dan dari situ terdapat beberapa file seperti.BUP,IFO, dan VOB.

Dengan menggunakan TSunami Mpeg Editor saya demux (De-multiplexing)kan fail vob ke mpeg 2 dan. Ini kerana majority video editor yang ada di dalam pasaran sekarang terutama untuk consumer level tidak dapat mengedit video dalam .vob. Cara ini tidak menjejaskan quality video asal. Dengan menggunakan perisian GSpot http://www.headbands.com/gspot/ saya loadkan mpeg2 file tadi untuk mengetahui spec mpeg2 yang dirakamkan oleh DVD cam.:

Di video editor Ulead Media Studio Pro 7. Saya setkan project setting sama seperti apa yang terkandung di dalam file tersebut seperti Fail type, resolution, PAL/Nts, Bitrate,field order (bottom/upper) dan audio setting. Kemudian saya loadkan video mpeg2 tadi. Tujuan saya buat sedemikian supaya encoder di dalam video editor tidak reencode balik fail mpeg 2 ke default DVD project dan ini mengelakkan quality mpeg 2 terjejas. Di sini saya membuat simple editing dan memasukkan beberapa transition ke dalam video tersebut. Selepas itu saya save/outputkan video tersebut sama seperti spec file video asal. Encoder di video editor hanya re-encode mana-mana bahagian yang ada perubahan sahaja seperti transition. Bahagian yang lain tidak di reencode. Jadi kuality tetap sama. Dengan menggunakan file yang sudah diedit saya burnkan kembali ke DVD format di dalam DVD disc. Selesai.

Cuma timbul difikiran saya beberapa kemungkinan yang mungkin berlaku jika seseorang itu mungkin tidak biasa dalam dunia video editing.

1. Bagaimana cara nak edit? Jika miniDV kita boleh tranfer menggunakan firewire dan terus membuat edit.

2. Mpeg DVD mempunyai pelbagai variasi seperti resolution, bitrate, field order. Jika hanya menggunakan templete DVD yang ada di dalam Video editor atau tersilap setting, ia akan re-encode semula video file tadi dan ini sudah tentu menjejaskan quality video.

3. Tidak ramai yang mengetahui bahawa fail vob didalam DVD perlu di demuxkan dahulu ke mpeg 2 supaya perisian editor boleh membaca file video tersebut.

4. Kamera DVD seperti Sony terutamanya merakan audio di dalam format Dolby Digital dan bukan format audio mpeg2. Jadi jika perisian video editor tidak menyokong dolby digital kemungkinan besar video tersebut tidak mengeluarkan bunyi. Untuk convert dari Dolby digital ke mpeg2 audio perisian demux atau video editor mesti mempunyai plugin untuk dolby digital.

5. Jika anda biasa edit di dalam format mpeg sudah anda biasa mengalami video tidak dapat discrub dengan lancar di Timeline. Jadi untuk tujuan precise cutting agak lambat. Ini kerana proses encoding untuk mpeg2 file agak berbeza dengan format DV..Jadi ini membuatkan edit di dalam dv avi lebih lancar jika dibandingkan dengan mpeg2.

6. Jika anda menggunakan Adobe premiere sebagainya. Saya pasti masalah besar akan berlaku kerana Premiere works best only for Avi format. Jika anda edit menggunakan mpeg 2..video akan tersekat-sekat dan kemungkinan akan hang. Anda boleh mengedit mpeg2 di dalam premiere tapi anda perlu install third party plugin seperti MainConcept Mpeg Pro supaya editing untuk mpeg menjadi lancar di Premiere. Cara kedua, anda convertkan mpeg 2 tadi ke format avi DV. NAmun cara ini sudah tentu memakan masa dan video anda akan melalaui multiple conversion dan ini akan menjejaskan quality video.

Jika kita imbas kembali apa yang saya nyatakan tadi, anda terpaksa melalui pelbagi proses jika anda ingin membuat edit.

Jadi pandangan saya jika video yang dirakamkan tidak untuk tujuan editing dan ingin terus menontonnya ke DVD player saya rasa tak salah jika anda menggunakan DVD cam. Cuma jika anda seorang yang suka membuat editing dan ingin belajar tentang tentang video editing Camera miniDV adalah pilihan terbaik.

Semoga dapat membantu

Share this post


Link to post
Share on other sites

salamz,

Nak tanya..apa spec pc yg ok untuk video editing..

Pastu..video cam ni ok tak? Panasonic GS35

user posted image

Spec dia :

30x Optical Zoom

800,000 Pixel CCD

Built in LED Light

Colour Viewfinder

Colour Nightview mode

SD Card Slot

2.5" LCD Monitor

1.3 sec. Quickstart

Remote Control

USB 2.0 Interface

DV In & Out

Lebih detail kat http://panasonic.com.my/products/personal_...dvc/NV_GS35.htm

Akoo pilih yang ni sebab optikal zoom dia paling besar yang akoo jumpa..apa pendapat korang??

Edited by marlboro20

Share this post


Link to post
Share on other sites

Camera tu ok..nice..zoom optical dia power . Pasal pc spec tu aku boleh cakap..P4 1.6 ke atas ram at least 512MB separate h/disk satu untuk os/program satu lagi untuk video at least 80 gig(ntfs) OS pakai XP...firewire untuk dv cam..capturecard untuk analog source. gc AGP 64 ke atas.. Kalau nak edit yang power-power tu aku rasa kena P42.8 ke atas ram 1 gig.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Camera tu ok..nice..zoom optical dia power . Pasal pc spec tu aku boleh cakap..P4 1.6 ke atas ram at least 512MB separate h/disk satu untuk os/program satu lagi untuk video at least 80 gig(ntfs) OS pakai XP...firewire untuk dv cam..capturecard untuk analog source. gc AGP 64 ke atas.. Kalau nak edit yang power-power tu aku rasa kena P42.8 ke atas ram 1 gig.

Bro leh kasi specific..sikit tak..

pentium 4 2.8

ram 1 gig

hd 20g + 80g (kenapa ntfs?)

dvd writer jenis yang mana?

floppy

firewire

grafik card apa yg elok?

apa lagi yang perlu?? agak-agak dalam 3 ribu cukup tak?

Kalau boleh korang bagi spec 3 peringkat..

1. Power..

2. ala-ala..

3. slow..

tq

Edited by marlboro20

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bro leh kasi specific..sikit tak..

pentium 4 2.8

ram 1 gig

hd 20g + 80g (kenapa ntfs?)

Spec ko dah ok aku rasa.

kenapa NTFS...sebab FAT 32 hanya support kurang dari 4 gig untuk satu-satu file..ntfs support unlimited saiz..formatkan sajer h/disk untuk video ke NTFS. DV avi dari dv cam sejam=13 gig

dvd writer jenis yang mana?

yang support semua format DVD..dvd +/-rw DVD ram aku rasa tak perlu. Tapi kalau ada dual layer...ok gak untuk burn lebih dari 4.7g

firewire

grafik card apa yg elok?

Generic firewirecard + cable pun ok aku macam aku pakai sekarang,,tak ada masalah. most moden gc sekarang ok

apa lagi yang perlu??

aku rasa itu jer kot...opps software untuk editing..macam pinnacle ke..ulead ke...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku menggunakan DVD Vcam cuma versi yg bawah 1 step dari yg kat Iklan di TV tuh..

memang memula tu.. ingat boleh terus edit guna software biasa... bila dah siap bunyi/suara takder.... so terpaksa gunakan software yang dibekalkan sekali untuk cantumkan semua scene.. baru edit menggunakan software yang biasa.

tapi yang aku suka pasal DVD Cam nih... ialah boleh delete scene yg tersilap atau rasa tak cun terus dari camera tu.. plus kalau malas nak edit tapi nak transition antara scene pun boleh gak buat terus dalam Vcam nih..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku menggunakan DVD Vcam bunyi/suara takder.... so terpaksa gunakan software yang dibekalkan sekali untuk cantumkan semua scene.. baru edit menggunakan software yang biasa

yang nih tak sama heehhee

tapi yang aku suka pasal DVD Cam nih... ialah boleh delete scene yg tersilap atau rasa tak cun terus dari camera tu.. plus kalau malas nak edit tapi nak transition antara scene pun boleh gak buat terus dalam Vcam nih..

yang ni sama la kita......

Edited by isfann

Share this post


Link to post
Share on other sites

sesaper bule tak ajor aku camner nak crop sesuatu image dlm potochop supaya aku leh crop image tu kepada size 720x576...

* aku tak baper reti sgt guna potochop ni....

Share this post


Link to post
Share on other sites

sesaper bule tak ajor aku camner nak crop sesuatu image dlm potochop supaya aku leh crop image tu kepada size 720x576...

* aku tak baper reti sgt guna potochop ni....

Hah aku pun ade masaalah yang sama cam nak setting 720 x 576 nak tekan butang ape kat photoshop tu ! satu lagi aku nak mintak tolong kat ko la isfan mcam mana nak link kan aku movie kat dalam giocities kedalam forum ni hah ? dia ade mintak url dengan tajuk aku tak reti sangat lah ajar aku ! smile.gifsad.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

satu lagi aku nak mintak tolong kat ko la isfan mcam mana nak link kan aku movie kat dalam giocities  kedalam forum ni hah ? dia ade mintak url dengan tajuk aku tak reti sangat lah ajar aku ! smile.gif  sad.gif

tajuk tu ko taip = klik sini...

url tuh pulak = ko copy n paste jer url file ko dari geocities tu..

*nak senang.... ko copy n paste url file ko tu ke dlm ruang fast reply ni ha....

cth:

kalo ko copy n paste url ko dia jadik camni = http://www.geocities.com/isfan4putera/maskingoutput.zip

kalo ko masuk tajuk lak di jadik camni.... :-

KLIK SINI.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

GLOWING TITLES...

aku ader buat 1 xperiment dgn glowing title ni...

buleh donwload kat sini....

video 1

http://www.geocities.com/isfan4putera/glowingout.zip

file type : window media

duration : 23 seconds

file size : 1.39 mb

tools : pinnacle studio plus

video 2

http://www.geocities.com/isfan4putera/glowingout2.zip

file type : window media

duration : 17 seconds

file size : 1.33 mb

tools : pinnacle studio plus

silalah komen.... smile.gif

Edited by isfann

Share this post


Link to post
Share on other sites

KO kena tambahkan cahaya biar terang betul betul...jika kurang pencahayaan maka sebab itulah imej yang ko buat tu tak smooth...

aku guna ulead media studio..

but nice try

oh..ya ko pakai ampu jenis ape....?

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rasa ko zipkan dulu file ko tu... ader masalah nak download file ko ...

ia ke nak kena zip tahu lak nanti aku zip kan ! aku dah tengok ko punya chromokey ko pakai green screen ke kat belakang awek tu ape software ko pakai hah ? so aku ade buat satu lagi iras - iras cam ko punya gak nati bila aku dah zip aku upload ok !.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko uplod kat geocities share = susah giler la aku nak donload... sampai 70 % = sangkut,,, server internal error...

apa kata ko upload kat geocities bebetul...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak tanya la.. apa hubungkait IMAGINATE dengan clone yang ko buat tu?.. * aku blurr la....

Sorry ler clone cam PIP gak aku saje letak nama clone. pasal upload tu cam na nak upload elok elok aku dah ikut semua dia punya jalan . bagi idea kat aku susah gak benda ni .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...