tasek16 82 Report post Posted June 19, 2005 Ok ni giliran aku plak nak try buat maproute. Actually aku buat based on tutorial brother gcloud macam mana nak combine flash ngan movie. So mula-mula create animated route guna flash then aku combine dengan image yang disupply oleh bro gloud dalam ulead media studio pro 7. pasal flying camera tu masih kantoi so sila-sila la komen aku punya map routeMaproutetasek wmv 200kB zip Quote Share this post Link to post Share on other sites
gcloud 0 Report post Posted June 19, 2005 wah..topik maproute ramai jugak peminat.. komen clip isfann:Bagus..kerana mencari alternative lain untuk buat maproute. kalau tak salah saya saudara menggunakan perisian Pure Motion..memang ada option untuk buat maproute. Teruskan usaha anda.Komen klip tasek.Pun bagus kerana menggunakan kaedah flash untuk buat animated route. Dalam video editing kadang-kadang satu teknik boleh digunakan dalam pelbagai video effect yang kita inginkan.Jadi congrats..teruskan usaha anda. Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 19, 2005 Ok ni giliran aku plak nak try buat maproute. Actually aku buat based on tutorial brother gcloud macam mana nak combine flash ngan movie. So mula-mula create animated route guna flash then aku combine dengan image yang disupply oleh bro gloud dalam ulead media studio pro 7. pasal flying camera tu masih kantoi so sila-sila la komen aku punya map routeMaproutetasek wmv 200kB zip←sempoi gak ko punya maproute tu.... hehehheaku tgh tak sabar nak carik cara camner nak buat animated cam canopus imaginate punya style.... sesaper ader idea.. meh la kongsi Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 19, 2005 . kalau tak salah saya saudara menggunakan perisian Pure Motion..memang ada option untuk buat maproute. .←yer bro gcloud... sayer menggunakan perisian pure motion hehe Quote Share this post Link to post Share on other sites
tempe_goreng 0 Report post Posted June 19, 2005 komen clip isfann:Bagus..kerana mencari alternative lain untuk buat maproute. kalau tak salah saya saudara menggunakan perisian Pure Motion..memang ada option untuk buat maproute. Teruskan usaha anda.Komen klip tasek.Pun bagus kerana menggunakan kaedah flash untuk buat animated route. Dalam video editing kadang-kadang satu teknik boleh digunakan dalam pelbagai video effect yang kita inginkanWahh... ada komen dari juri tetap utk persembahan dari para pelajar....macam AF lak nih... aku nak tunjuk aku punyer maproute pun segan nih... hehehe...oo isfann dari N9 ker... ko beli software selalu kat maner Terminal tingkat atas tu ker.....kalau ada maser boleh la jumper belajar ngan ko nih...p/s seremban tang mano tu jang...??? Quote Share this post Link to post Share on other sites
tasek16 82 Report post Posted June 19, 2005 Afundi jangan tak afundi hehehheee Quote Share this post Link to post Share on other sites
anum75 0 Report post Posted June 19, 2005 Askum.. tima kasih abg2 sbb yg beri support tntg dunia video editing nih. Tapi buat masa skrg Anum masih d jalan buntu. Taktau mana nak cari nota asas video editing nih. Ari tu p finas, ingatkan buley pinjam nota, rupanya mrk bagi list of courses yg mrk offer je. Benda ni tak le urgent mcm antara hidup ngan mati, cuma niat di hati tu nak up datekan soalan dgn perkembangan semasa. Tapi since Anum sendiri pun dah lama tak mengikuti, nampaknya Anum godek2 aje la soalan zaman tok kaduk dulu... Yg kelakarnya dalam nota yg ada pada Anum ni masih ada nota tentang mesin wayang.. kahkahkah... species mana lah yg masih pakai mesin wayang.. (Gelak guling2 ataih pc). Suka tak suka, kena suka jugak la.. kalu tak, kerja tak siap...Ok abg2. Thank u beri much. Level topik perbincangan u all kat di sini mmg advance! Keep up d good work. Ada masa Anum singgah lagi. Boleh, kan? Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 19, 2005 (edited) Askum.. tima kasih abg2 sbb yg beri support tntg dunia video editing nih. Tapi buat masa skrg Anum masih d jalan buntu. Taktau mana nak cari nota asas video editing nih. Ari tu p finas, ingatkan buley pinjam nota, rupanya mrk bagi list of courses yg mrk offer je. Benda ni tak le urgent mcm antara hidup ngan mati, cuma niat di hati tu nak up datekan soalan dgn perkembangan semasa. Tapi since Anum sendiri pun dah lama tak mengikuti, nampaknya Anum godek2 aje la soalan zaman tok kaduk dulu... Yg kelakarnya dalam nota yg ada pada Anum ni masih ada nota tentang mesin wayang.. kahkahkah... species mana lah yg masih pakai mesin wayang.. (Gelak guling2 ataih pc). Suka tak suka, kena suka jugak la.. kalu tak, kerja tak siap...Ok abg2. Thank u beri much. Level topik perbincangan u all kat di sini mmg advance! Keep up d good work. Ada masa Anum singgah lagi. Boleh, kan?←cik anum ni... nak belajar video ke?... cik anum kalo nak tanya = tanya je le....soalan tuh kasik specific sikit yer cik anum...... cth:.. camner ank convert handycam ke vcd ke apa ke.. baruleh senang abg2 kat sini nak jawab.....lagi satu cam aku = takder pakai2 nota pun...(kalo cik anum ni nak mintak nota la...) Edited June 19, 2005 by isfann Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 19, 2005 (edited) ko beli software selalu kat maner Terminal tingkat atas tu ker.....kalau ada maser boleh la jumper belajar ngan ko nih...p/s seremban tang mano tu jang...???←yerp... aku selalu beri sfwares kat tingkat 1 (bukan atas sekali)... sebb kat situ cina tuh jual kat aku = rm 4 sekeping......nak belajr dgn aku ke?... aku bukannyer terror pun.. hjeheehn9 aku port kat jelebu... Edited June 19, 2005 by isfann Quote Share this post Link to post Share on other sites
gcloud 0 Report post Posted June 19, 2005 (edited) Kepada yang berminat mengenai video editing di sini saya senaraikan laman yang saya rasa sesuai untuk bahan rujukan:Bagi saya teori penting tetapi kalau sekadar teori tanpa praktikal ia tidak membawa apa-apa makna.:Senarai websitehttp://www.mediacollege.com/home/sitemap/video.htmlhttp://www.digitalfaq.comhttp://www.digitalvideoclub.com/http://desktopvideo.about.com/http://www.videohelp.comhttp://www.techtutorials.info/adpremier.html (adobe premiere)google search http://www.google.com/search?hl=en&lr=&q=v...ist&btnG=Searchdan yang ini saya hasilkan http://tutorial.gcloud.com InsyaAlah saya akan tambah kandungan dari masa ke semasa.Semoga dapat membantu Edited June 19, 2005 by gcloud Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 19, 2005 tq bro.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
gcloud 0 Report post Posted June 19, 2005 Seperti dijanjikan saya telah meyiapkan tutorial mengenai Canopus Imaginate. Jadi saya harap ini dapat membantu anda semua. Jika terdapat sebarang kesilapan pada tutorial ini saya harap anda semua memberi tahu saya untuk perbetulkan.http://tutorial.gcloud.comSemoga dapat membantu Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 19, 2005 dah baca dah... saya akan cuba pulak teknik flying cam ni...... Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 19, 2005 salam bro Gcloud...nak tanya la... kalo buleh nak mintak bro tolon ajaor nak buat montage (yang bro buat guna after effect tu.. tapi nak guna perisian yang mudah)terima kasih... Quote Share this post Link to post Share on other sites
tempe_goreng 0 Report post Posted June 20, 2005 Assalamualaikum..Yer.. saya amat menyokong cadangan saudara Isfann tersebut...saya juga meminta jasa baik Bro Gcloud untuk tunjuk cara nak buat Motion Title Bar . juga dengan perisian yang mudah dan mesra alam...harap permintaan ini tidak membebankan...Jasa mu dikenang.... Quote Share this post Link to post Share on other sites
gcloud 0 Report post Posted June 20, 2005 Quick Tips and Tutorial:Alternative to Time Lapse / Time Interval Shooting:Anda sudah tentu biasa melihat satu clip video di mana awan bergerak dengan pantas, bunga mula berkembang di waktu pagi, matahari mula bergerak turun di ufuk barat pada waktu senja. Jadi anda juga mungkin ingin membuat video clip seperti ini.Selalunya untuk membuat teknik ini kamera yang digunakan mestilah mempunyai fungsi untuk merakam image secara besiri secara otomatik. Maksudnya kamera akan merakam 1 frame image untuk setiap satu jankamasa yang ditetapkan. Sebagai contoh 1 frame image akan dirakamkan untuk setiap 1 minit, atau 2 minit atau setiap jangkamasa yang anda tetapkan. Jadi bila video yang telah dirakam di mainkan pada kelajuan normal ia akan bergerak sangat laju. Jika anda merakam bunga yang sedang berkembang diwaktu pagi dengan menggunakan time lapse shot, Dengan kelajuan noraml bunga seolah-seolah berkembang dengan serta merta. Namun masalahnya bukan semua kamera video mempunyai fungsi Time lapse shooting. Jadi di ini saya cuba membincangkan kaedah lain yang boleh digunakan termasuk kebaikan dan keburukannya.:Pertama: Speeding up video timeCara ini memang pernah saya cuba dan hasilnya sangat mengkagumkan. Sekarang kita mulakan:1.Letakkan kamera anda diatas tripod dan fokuskan kepada subjek yang ingin anda rakamkan (contoh bunga). Sebelum itu pastikan bateri kamera anda di "fully charged" atau sambungkan kamera anda ke sumber elektrik dan video tape anda di set pada permulaan. Setkan kamera anda pada manual focus. Ini mengelakkan kamera di fokus pada objek yang mungkin tiba-tiba berada di sepanjang masa shooting.2.Setelah semuanya ok tekan button record dengan menggunakan remote control dan biarkan sehingga 30 minit hingga 1 jam bergantung kepada perubahan objek yang ingin dirakamkan. Pastikan tiada gangguan pada kamera/tripod semasa proses ini. 3. Selepas tamat masa shooting capture/transferkan video anda itu ke PC. Perhatian jika video anda itu memakan masa 1 jam anda harus tranferkan video itu selama satu jam juga. Kebanyakkan video editor seperti Premiere, Vegas, ulead Media Pro 7 dan sebagainya mempunyai option untuk melajukan video anda. Gunakan fungsi ini dengan melajukan kelajuan asal ke 500%. 1000% atau sebagainya bergantung bagaimana anda ingin video itu dihasilkan. Untuk memberi kesan yang lebih dramatik masukkan video effect seperti "motion blur" (jika ada). Play atau exportkan video anda ke format yang anda inginkan. Itu sahaja. Sekarang anda boleh melihat clip video bunga sedang berkembang atau awan sedang bergerak laju dan sebagainya.Kebaikkanhampir semua kamera video boleh menggunkan teknik niAnda boleh menentukan kelajuan video dengan lebih fleksibel semasa editingKeburukkan:Terhad kepada jangkama sesuatu pita rakamanAnda harus tranfer keseluruhan masa rakaman video.Selamat mencuba2. Rakaman Time Lapse secara terus ke Hardisk melalui Adobe Premiere.Untuk pengetahuan semua Adobe Premiere juga mempunyai option untuk anda rakan secara terus ke hardisk melalui firewire secara interval. Anda boleh setkan masa untuk setiap frame yang akan dicapture/rakam. Untuk teknik ini saya tidak dapat menerangkannya secara detail. Anda boleh baca di Help File di dalam perisian ini.3. Kaedah TransitionKaedah ini sangat mudah dan tidak memerlukan ruang harddisk yang besar semasa transfer ke pc. Teknik ini amat sesuai jika anda ingin membuat satu clip dimana suasana mala bertukar menjadi siang atau sebaliknya.:Caranya: sama seperti diatas letakkan kemera pada tripod:Masa yang sesuai jika anda ingin membuat clip malam ke siang adalah dari pukul 6.00 pagi untuk scene malam dan pukul 8 atau 9 pagi untuk scene siang.Jika anda sudah bersedia tekan rekod button menggunakan remote control dan rakam scene malam anda itu selamat 30 saat ke 1 minit dan tekan stop. Semasa anda ingin menunggu waktu siang/cerah sudah tentu anda ingin offkan kamera anda. Jadi pastikan semasa anda off kemera kamera tidak bergoyang begitu juga semasa anda on kan kamera anda.Sekarang untuk scene waktu siang/cerah gunakan cara yang sama seperti shoot untuk scene malam. Selepas itu transferkan video anda ke PC. Buka mana-mana perisian video editing. Terlebih dahulu pastikan scene malam dan siang diasingkan samaada secara cut atau melalui scene detection. Sekarang ada dua clip. satu malam dan satu siang. Gunakan transition effects seperti "Dissolve' atau sebagainya diantara kedua-dua klip ini. Setkan jangkamasa transition untuk berapa lama sesuatu transition mengikut apa yang anda inginkan. Play atau preview clip video anda. Sekarang anda dapati perubahan malam ke siang terhasil dengan begitu dramatik.Kebaikkan:Mudah, hampir semua perisian dapat melakukannya:Tidak memerlukan ruang hardisk yang besarBoleh memasukkan pelbagai jenis transition mengikut kesesuaianKeburukkan:Tidak beberapa sesuai untuk merakam subjek yang setiasa berubah seperti awan, bunga dan sebagainya. kalau boleh postkan video anda diruangan ini untuk sama-sama kita tonton. Selamat mencuba.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
anum75 0 Report post Posted June 20, 2005 Askum semua. Pe kabar?Anum nak ucapkan tima kasih kpd gcloud. Website yg gcloud suggest tu mmg useful. Tak payah pegi ke semua laman web, mediacollege tu je dah ada so much input. User friendly plak tu. dan yg best sekali ada part for beginners. Huhuhuh... Maaf ya ahli2 yg rajin, mmg soalan Anum b4 ni x spesifik. Org takde ilmu video la katakan. Tapi disebabkan arahan bos, terpaksa jua. Kta bagitau yg kita tak tau pun dia buat tak reti jer... Dia suruh jugaks buat soalan. Apa mau buat. Makan loti, lo. Yeah... lepas ni soalan yg kuar pasti canggih2, mcm org pandai video editing gamaknya. Seronotnya........ Tima kasih ya abg2. Quote Share this post Link to post Share on other sites
tempe_goreng 0 Report post Posted June 20, 2005 Tima kasih ya abg2aduuhhhh cair tergolek akuuu......saya dah mencuba hikmat kamera terbang tu... setakat kat Imaginate tu alhamdulillah ok siap macma 3d tu.... errr cuma macamana nak gabung dengan peta yang ada merah bergerak tu, maksud saya dia follow pergerakan merah tu (takut ada terlepas pandang tutorial ) to Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 20, 2005 aku pun cair gak la Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 20, 2005 rujuk kepada tutorial "BAGAIMANA MENGHASILKAN TITLE CIPTAAN SENDIRI" = http://planet.time.net.my/Sepang/gcloud/tu...al/custitle.htm1. latar belakang video yang bro gcloud gunakan lebih kurang sama dgn dgn motion title yang selalunya terdapat pada dvd,...soalan:a. bagaimanakan bro gloud hasilkannya.. apakah perisian yang yang bro gunakan....sekian terima kasih Quote Share this post Link to post Share on other sites
gcloud 0 Report post Posted June 20, 2005 rujuk kepada tutorial "BAGAIMANA MENGHASILKAN TITLE CIPTAAN SENDIRI" = http://planet.time.net.my/Sepang/gcloud/tu...al/custitle.htm1. latar belakang video yang bro gcloud gunakan lebih kurang sama dgn dgn motion title yang selalunya terdapat pada dvd,...soalan:a. bagaimanakan bro gloud hasilkannya.. apakah perisian yang yang bro gunakan....sekian terima kasih ← Motion graphic saya hasil dengan menggunkan Particle Illusion http://www.wondertouch.com/default.asp kemudian saya mix dengan video di dalam premiere. Quote Share this post Link to post Share on other sites
gcloud 0 Report post Posted June 20, 2005 (edited) New tutorial: Masking TechniquePenerangan: Bagaimana menghasilkan video supaya berada dibelakang sesuatu image di masa yang sama anda boleh melihat video atau beberapa clip video di sesetengah bahagian di atas image tersebut. http://tutorial.gcloud.comSelamat mencuba:Semoga dapat membantu Edited June 20, 2005 by gcloud Quote Share this post Link to post Share on other sites
hamlaww 7 Report post Posted June 21, 2005 Saya telah pun mencuba mengunakan Adobe Premiere Pro software untukmerakam pergerakan matahari di waktu petang Allhamdullilah ianya berjaya ! .Saya menggunakan setting interval iaitu 1/30 ( 1= shooting time iaitu 1 saat dan 30 = untuk interval time iaitu waktumenunggu atau lebih senang lagi camera akan shoot gambar selama 1 saat danshoot kembali setiap selepas 30 saat ) .Untuk speed pula saya lajukan ke850% dari kelajuan asal , ini adalah salah satu kelebihan Adobe PremierePro yang tidak terdapat di pinnacle studio 9 .Terima kasih diatas tipstersebut dan kalau nak detail lagi sila rujuk Tutorial kt Bro Gcloud sediakan cuma saya lebih selesa gunakan setting interval kt camera dan jangan lupa macam Bro Gcloud nasihatkan manualkan auto focus anda kalau tak nanti gambar akan kabur apabila objek berada di angle yang terakhir.Cuba teknik ini anda akan tertarik dengan teknik ini .Bagi camera yang tak ade interval boleh gunakan kaedah yang lain seprti mana yang terdapat didalam Tuturial Bro Gcloud ( terima kasih kepada Bro Gcloud ) . Quote Share this post Link to post Share on other sites
isfann 0 Report post Posted June 21, 2005 upload la... aku nak download tgk camner....aku lom ader kesempatan nak cuba teknik ni lagi... Quote Share this post Link to post Share on other sites
hamlaww 7 Report post Posted June 22, 2005 upload la... aku nak download tgk camner....aku lom ader kesempatan nak cuba teknik ni lagi...←Tunggu!!!!!!!!!!!!!! Quote Share this post Link to post Share on other sites