Jump to content
NeoLogy

Iklan Raya Aidilfitri Macam Krismas?

Recommended Posts

TV3 telah mengeluarkan iklan raya mereka..
anda boleh menontonnya di http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y&feature=player_embedded

Iklan raya tahun ini seolah-olah sambutan krismas..dimana 'beca' dalam iklan tersebut seakan2 'kereta rusa terbang'..kemudian bunga yang ada dalam iklan tersebut menjadi simbol/lambang kepada agama buddha..

mohon pendapat forumer skalian..takut2 iklan ni bersifat 'khurafat' dan mungkin mengugat akidah umat Islam terutamanya kanak-kanak..

Share this post


Link to post
Share on other sites
http://hardyw3b.wordpress.com/2010/09/03/pakcik-berbasikal-roda-tiga-terbang-umpama-santa-claus/


utk makluman, iklan terserbut telah ditarik balik. alhamdulillah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
nk buat konon2nya masyarakat majmuk,tp berpada-pada la jgk..sape la director dia.. bgusla da di tarik blk..mendatang mcm2 persoalan...sikit kebaikan,byk kelemahan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum.

tak paham saya konsep iklan nie.takda makna langsung iklan nie.memang bagus ditarik balik.Kalau ye pun konsep 1 malaysia takkan simbolik perayaan agama kita nak samakan dengan agama lain.kita sambut hari raya pasal meraikan kemenangan kita dalam menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
santa melayu berkopiah....bwk anak2 mkn angin mlm raya.... <----christmas
ada bunga teratai..... <---deepavali
ADA KENA MNGENA KE NGN HARI RAYA AIDILFITRI???!! :77: :83: <---sorry..tercaps plak.. :155:

Share this post


Link to post
Share on other sites
ayyooo!!! 1malaysia tuh 1malaysia lah jugak...

jgn ler buat 1agama... semua combine... apa daaa!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku tengok sambil tepuk dahi. Sekejap rasa kelakar sekejap rasa sedih. Bagus la kena tarik balik.

Share this post


Link to post
Share on other sites
yang klakar tu bile pakcik berkopiah tu ajak bebudak naik tricycle dia tu..hehehe..sape la creative director iklan ni..xleh bezakan budaya dan agama..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa yang dibimbangkan, fahaman liberalisme menyerap masuk ke dalam agama Islam. Dan boleh jadi, ianya adalah cubaan untuk mempengaruhi orang Islam dengan fahaman Liberalisme.... Na'udzubillahi minzalik

Share this post


Link to post
Share on other sites
Huhu aku ingatkan aku salah tengok iklan kat tv aritu.
At first aku tengok, terdetik dlm hati, apekejadah iklan krismas kluar time org nak raya puasa.
(ye la mana tau iklan krismas guna org2 Melayu sbg watak).
Pastu tengok lama skit, la iklan raya puasa rupanya.
Ntahpape.
Kepala otak dah kena brainwash kot.

Bagus dah kena tarik balik.
Tapi betul ke dah kena tarik balik?
Aku cari2 tak jumpe lak pengumumannya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='MenCaRi' date='04 September 2010 - 11:01 PM' timestamp='1283612463' post='1047148']
sorry to said, mmg bangang iklan ni
semua tak setuju
tv3 post iklan ni kat facebook.com/tv3malaysia..pastu orang komen maki lagi

camna sesuatu iklan tu boleh diluluskan?

eh petronas tak kuar ka iklan raya?

bagus dah tarik balik
[/quote]

Petronas tak kuarkan iklan lagi kot sebab Yasmin Ahmad dah meninggal..Kalau dilihat iklan hari Raya Petronas 2 nampak jugak mesejnya daripada iklan tv3 nie yang ntah ape2. Kononnya nak berkonsepkan 1 malaysia tapi lain pulak jadinya. 1 agama kot! :83:

Share this post


Link to post
Share on other sites
susulan akibat kritikan org ramai...

[quote]
[b]Iklan Raya: TV3 mohon maaf[/b]
Oleh MUZLINA ABU BAKAR
[email protected]
utusan 6 sept 2010

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

"Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.

''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.

"Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.

Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.

"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.

Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.

Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia.[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
hurmmm...kafir lahanat yg wat keje....no wonder la pun.... :140:
nak lahirkan melayu millenium konon...kepala ***** ko!
rm200k utk 5kali siaran JERRR...kahkahkahhhhh!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalammualaikum....

ni yang dikatakan konsep satu malaysia ni? pikir lah sama sensitifiti orang Islam...lagipun media prima sendiri pun ramai orang ISLAM dalam tu yang menerajuinya...sekarang idea sapa?tak fikir habis2san ke? dah mati akai? hishh... termoody pula..maaf semua..bukan apa..geram jer... :140:

Share this post


Link to post
Share on other sites
mmg patut pon tarik... tak mcm iklan raya pon...

gambar yg di utamakan beca ajaib (si santa) dgn bunga teratai (budha)...

gambo masjid nun di hujung sana... sekali sekala jer tunjuk...

yg tukang lulus pon tah apa tah perasaan dia time tgk iklan mcm tuh siap boleh bg lepas...

cerdik sgt lah tuh... melayu melineum konon... ini bab agama lah... agak2 lah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
yang buat iklan tentang orang Islamn adalah orang kafir, so apa nak dihairankan? dia tak faham tentang Islam but cuba menggambarkan Islam...

[s]sapa yang dok bekerjasama dengan kafir ni ntah? orang PAS kot yg bukak TV3 nih...[/s] :ph34r:


itulah, di mana sensitivity kita? kenapa dalam isu sesetengah pihak kita terlalu cepat menghukum, menghina dan "murka" tetapi kepada sesetengah pihak yang lain senyap aje...?

mana pihak2 yang kata nak jaga kemuliaan Islam tu? benda yang harus (orang kafir masuk masjid sekalipun di dewan solat utama) diharamkan, tetapi yang haram dibiarkan sepertinya adalah halal.


tak patut dibuat double standard. orang itu buat betul pun salah, orang ini buat salah pun betul.


tapi alhamdulillah, tv3 dah tarik balik iklan tersebut dan berjanji akan mengelak perkara yg sama berulang.
semoga benar seperti yang dikatakan.

kos pembikinan iklan seminit=200k
dasat!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='06 September 2010 - 11:27 AM' timestamp='1283743635' post='1047298']
yang buat iklan tentang orang Islamn adalah orang kafir, so apa nak dihairankan? dia tak faham tentang Islam but cuba menggambarkan Islam...

[s]sapa yang dok bekerjasama dengan kafir ni ntah? orang PAS kot yg bukak TV3 nih...[/s] :ph34r:


itulah, di mana sensitivity kita? kenapa dalam isu sesetengah pihak kita terlalu cepat menghukum, menghina dan "murka" tetapi kepada sesetengah pihak yang lain senyap aje...?

mana pihak2 yang kata nak jaga kemuliaan Islam tu? benda yang harus (orang kafir masuk masjid sekalipun di dewan solat utama) diharamkan, tetapi yang haram dibiarkan sepertinya adalah halal.


tak patut dibuat double standard. orang itu buat betul pun salah, orang ini buat salah pun betul.


tapi alhamdulillah, tv3 dah tarik balik iklan tersebut dan berjanji akan mengelak perkara yg sama berulang.
semoga benar seperti yang dikatakan.

kos pembikinan iklan seminit=200k
dasat!
[/quote]

makn politik minum politik even reply pun politik ke? bodoh

ikhlas dari saya

Share this post


Link to post
Share on other sites
perkataan tidak disengajakan dalam kenyataan Datuk TV3 tuh.. rasa nya relevan ke tak..??? kalau kita sekali pandang jer iklan tuh leh nampak cam sambutan Xmas.. nape dia tgk tak nampak camtu pung... tuh yang aku muskil kan tuh... tahap mana agak nya kretiviti Datuk TV3 nih...

yang si kafir buat iklan tuh aku tak salah kan sangat arr sebab dia kafir kan bukan tau apa pun... tapi takkan dia buat iklan sorang2 dia takder team ker..?? pastu team dia semua pun kafir gamak nya... takder yang leh komen2 kot... whatever...

dah tarik balik ok laa tuh...

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku dah lama tinggal tv3 so mmg tak tgk la iklan tu :lol:
tapi yg bagus nya penonton alert jgk anasir yg pelik2 mcm tu... alhamdulillah

Share this post


Link to post
Share on other sites
org2 yg berlakon dlm tu pon satu hal gak..pkcik tua tu sronok sgt kot naik beca ajaib..
yg plg bes kacau dodol dlm bunga teratai tu..erm rasa cam penah ckp..ape2 la janji dah tarik balik.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TV3tarikbalikiklanAidilfitri/Article/

Share this post


Link to post
Share on other sites
PEnerbit iklan dah sah2 KAFIR <----phmla kalo bengap psl Islam pun..
PElakon??? PE'lulus' iklan??? n lain2 PE lg yg terlibat sebelom nak lepas iklan tuh on air?? <---- hati KAFIR ke???
hahhaha sindri mau igt arrr..

Share this post


Link to post
Share on other sites
LOL?

Kalau nak buat iklan "zaman millenium" tak payah nak bunga2 lotus, beca2 ajaib merapu bagai.
Nak gambarkan zaman millenium senang je, letak objek laptop, letak e-kad raya, pastu gayakan dengan anak2 Melayu tu sedang guna laptop tu utk bertukar2
e-kad raya. Logik pun logik, berpijak la di bumi nyata.
Bukan angan-angan beca terbang sampai ke bulan mcm angan2 org Kristian tentang Santa Claus.
Non-Muslim penerbit? Patut lah tulis jawi pun terbalik.
Tak mungkin iklan ni tak disengajakan. RM200,000 utk buat iklan secara tak sengaja? Apa kes?
Senang2 mintak maaf. Ingat org senang nak maafkan ker pasal soal akidah ni?
Selagi kita senang2 maafkan orang macam ni, selagi tu mereka akan senang2 mintak maaf lepas sengaja buat salah lagi nanti.

p/s: Teringat plak aku kat iklan kopi Super Power.
Pun satu, mintak tolong kat Jin untuk mendapatkan kopi power.
Syirik.
Dah iklan mintak tolong kat jin sbb tu anak2 muda skarang ni perangai macam jin, beranak pastu buang.
Tapi iklan ni tak ramai yg perasan. nape ek?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Tapi iklan ni tak ramai yg perasan. nape ek? [/quote]
sebab tak ramai nak tengok TV. buat apa hari2 dengar propaganda BN?
internet kan ada..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...