Jump to content
NeoLogy

Dinar, Mata Wang Emas

Recommended Posts

Negeri Kelantan telah melancarkan dinar emas dan perak yang pertama seumpamanya di Malaysia, Ia merupakan salah satu alternatif untuk menabung kerana dikatakan nilai emas lebih stabil berbanding nilai matawang.
Ini diakui sendiri oleh Awang Adek Husin, Timbalan Menteri Kewangan beberapa tahun dahulu..Berikut adalah kenyataan beliau satu ketika dulu

[quote]"This is an important first step. We have talked about Dinar for a long time in this country, and this is one way to concretise it," said the chairman of T...he Royal Mint Exchange Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Royal Mint Exchange Sdn Bhd chairman Datuk Dr Awang Adek Hussin said [b]purchasing the Dinar was an effective mode of savings as the value of gold was much more stable compared to currencies[/b].

He said the i[b]ntroduction of Dinar provided an alternative mode of investment for the public who would normally place savings in banks or purchase property or land[/b]. - END[/quote]

Dan yang terkini, ini pula kenyataan beliau

[quote]
BACHOK: Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran tempatan dan antarabangsa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Ini kerana Dinar, mata wang emas, hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara sendirian dan tidak boleh diterima oleh undang-undang kewangan negara, ujar beliau.

"Ia sekadar boleh disimpan sama seperti membeli barang-barang kemas di kedai emas," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian wang zakat kepada 25 fakir miskin di Mukim Pak Pura, Beris Kubur Besar di sini semalam.

Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah.
Awang Adek mengulas pelancaran pada Rabu lepas mata wang Dinar oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai konsep tabungan kepada rakyat Kelantan.

Awang Adek yang juga anggota Parlimen Bachok berkata sudah menjadi tabiat orang Kelantan suka menyimpan barang-barang emas yang direka daripada pelbagai bentuk dan mudah dibawa ke mana-mana.

Bagaimanapun, katanya, mereka boleh mengalami kerugian besar apabila nilainya jatuh atau terpaksa menjualnya apabila memerlukan wang segera yang harganya akan ditentukan sesuka hati oleh pekedai emas.

Beliau yakin sebilangan kecil saja rakyat Kelantan yang terpengaruh kerana mereka sudah menyedari ia tidak lebih daripada "satu gimik politik[/quote]

So, yang mane satu betul ni?Bagus ke tak bagus?

[quote]Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah.[/quote]
Dari segi kuantiti memang tidak pernah berkurang, tetapi nilainya jugak berhadapan dengan risiko naik turun..seperti matawang Rupiah Indonesia yang susut nilainya dengan teruk..walaupun memiliki 'berjuta-juta' rupiah..tapi mampukah dgn wang itu membeli sebuah rumah?

Relatifnya, jika kita bandingkan 10sen 30 tahun dulu dengan 10sen sekarang, nak beli gula-gula pun kadang-kadang tak cukup.. Tapi nilai emas tetap sama walaupun ada turun naik..tapi dalam jumlah yang kecil dan tidak ketara..sebab itu ia dikatakan stabil. Lagi satu, emas laku di seluruh dunia..

So, ape pendapat korang?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah.[/quote]
giler tipu...
sori tok ADEK...kenyataan menipu nak mampos.

nilai wang kertas sangat tak terjamin, dan sering berlaku perubahan (naik turun) dengan perbezaan yang besar.

kita ambil contoh, dahulu dalam tahun 60-an dan 70-an , 100 pound mesir boleh mendapatkan lebih kurang 700 USD, tapi sekarang? 100 usd lebih kurangnya 500 pound mesir.

apa yang tak berubah? nilai wang mesir tak pernah diturunkan? gila jauh punya beza dia..

kita tengok graf tukaran matawang asing, harga belian dan jualan tak pernah berubah? tak pernah TURUN langsung? penipu besar! kengkadang harga wang kertas USD lebih murah dari biasa menandakan nilai matawang kita meningkat dan kengkadang nilai wang kertas kita turun menyebabkan harga wang kertas usd melonjak naik. tapi tak pernah kurang dari 3 ringgit untuk satu usd.

kenapa tak disamakan aje semua matawang?

jika guna dinar emas dan dirham perak, nilai akan ditentukan berdasarkan GRAM beratnya. hakikatnya dinar itu adalah nilai timbangan menurut Islam. satu dinar adalah 4.25 gram (+/-). jika dibaca dalam kitab2 fekah lama, ada disebutkan tentang wudhuk dengan beberapa dinar air sahaja, atau dalam bab jual beli dengan timbangan berat nilaian dinar.

di mana sahaja satu dinar adalah 4.25 gram emas (tulen atau campuran untuk kuatkan dengan nilaian standard antarabangsa) maka nilai matawang akan sama dan setanding di mana-mana negara sahaja.

flight aku aritu transit di KUWAIT yang matawangnya menggunakan nama DINAR KUWAIT walaupun wang kertas biasa, tetapi nilainya bapak ah tinggi giler.
satu euro adalah bersamaan 30 sen dinar kuwait. kan mudah jika menggunakan dinar emas, semua sama...

yang berbeza hanya harga barang, maybe di malaysia paling tinggi kerana asyik BarangNaik :P

barang naik nih gurau jer..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebenarnya nilai emas nie sentiasa naik walaupun fluctuate sekali sekala.... sebab tu semua matawang disandarkan pada nilai emas. Kalau nak jadi jutawan dengan emas nie pun boleh jugak... sila ke laman web Jutawan Emas untuk maklumat lanjut (aku bukan promote arr.. just info jer). Ada beberapa cara boleh digunakan untuk mendapat keuntungan dari urus niaga emas nie... cuma dari segi liquidity tu kurang sikit la berbanding dengan duit kertas anda tu.

Malahan ada bank2 seperti Public Bank dan Maybank ada akaun untuk jual beli emas nie. Malahan maybank sendiri ada Syiling Kijang Emas yang mana nilainya ikut turun naik harga semasa dan boleh dipajakkan. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dinar Emas sebenarnya telah dicadangkan pada zaman Tun Mahathir lagi,masa tu semua negara arab masa OIC bersidang setuju,tapi takde sorang pun yang praktikkan kecuali Malaysia.nik aziz cume laksanakan apa yang Tun Mahathir lakukan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Errmmm.. benda nih dah lama jugak aku rasa... cuma ada sebilangan kecik jer yang pandai dengan urusan ih... aku sokong pi jenguk2 kat site jutawan emas.. aku pun ada baca beberapa ebook pasal dinar emas nih... mengikut apa yang aku baca harga emas sentiasa naik... tapi tak mustahil jugak akan turun cuma kebarangkalian untuk turun terlalu sedikit... aku pun baru jer berjinak-jinak dengan benda alah nih.. aku rasa ada sorang ahli putera yang aktif berdinar emas... untung banyak katanya... sapa yek aritu yang ym aku... confius sudah... aku rasa myra kot... kalau tak silap...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='17 August 2010 - 10:12 AM' timestamp='1282011150' post='1045091']
Dinar Emas sebenarnya telah dicadangkan pada zaman Tun Mahathir lagi,masa tu semua negara arab masa OIC bersidang setuju,tapi takde sorang pun yang praktikkan kecuali Malaysia.nik aziz cume laksanakan apa yang Tun Mahathir lakukan.
[/quote]
Itula bagusnya tok guru, yg baik dia amik. bkn tolak bulat2 sbb berlainan parti. hahaha.

Share this post


Link to post
Share on other sites
memang simpan emas ni jadi pelaburan orang yang berduit lebih lagipun harga emas ni jarang susut banyak, makin steady naik adalah... Masalah buat investment pakai emas ni pada aku, tahap keselamatan tempat simpanan emas kita tu . kalau rumah kena rompak ke apa .. Nak sewa safe deposit box (ada kot kat malaysia)@peti besi yang tersorok kat rumah, kena bayar jugak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' date='17 August 2010 - 02:05 PM' timestamp='1282025107' post='1045112']
aku rasa tok guru tuh dia relevan skit.... sebab tuh ramai orang sayang dia....
[/quote]
tak jugak hahaha!!! :3:

Share this post


Link to post
Share on other sites
sumber =
http://www.dinarkelantan.com.my/
http://www.nubex.com.my/v2/index.php?manufacturers_id=10


1/2 Dinar :: RM 296
1 Dinar :: RM 592
2 Dinar :: RM 1184
5 Dinar :: RM 2960
8 Dinar :: RM 4736

1 Dirham:: RM 13
2 Dirham:: RM 26
5 Dirham:: RM 65
10 Dirham:: RM 130
20 Dirham:: RM 260

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku dapat dalam email..
[quote]
[url="http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28211:di-sini-dinar-dan-dirham-di-sana-dengki-dan-dendam&catid=114:mursyidul-am&Itemid=116"]Di sini, Dinar dan Dirham: Di sana, dengki dan dendam[/url]



Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.

Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.

Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di ([url="http://www.bnm.gov.my/"]http://www.bnm.gov.my/[/url]). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
setuju dengan tulisan TG Nik Aziz itu, kata-kata beliau ada benarnya...aku jugak berasa hairan dengan kenyataan timbalan menteri tersebut..bagaimana emas boleh susut nilainya sedangkan ia sentiasa bertambah nilainya..selepas 9 tahun, nilainya naik 400%, bayangkan sedekad dua lagi, mungkin akan mencecah hingga RM8K++/auns..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Penjelasan tentang wang Dinar dan Dirham oleh Husam Musa

http://www.youtube.com/watch?v=fC0TUoGPS14&feature=player_embedded

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dinar emas kelantan.. bukan sesuatu bende yang baru pon. Public Bank, CIMB pon ada gold account. Cuma bila cetak macam coin, adalah wording 'dinar' tuh. Dinar emas pon dah lama wujud kat malaysia. Tak caya gi google. Tapi emas nih dikeluarkan syarikat swasta yang mempresskan emas nih dalam bentuk coin dan diberi nama 'dinar'.

Dinar emas kelantan ker, dinar emas swasta ke, jongkong emas ke, back to the basic semua tuh emas.

Bila sebut pasal pelaburan, pelaburan nih sebenarnya kita pegang sesuatu yang wujud. Contoh rumah, emas dan saham dsb.

Saham senang naik senang turun sebab dia tak banyak macam emas. Rumah kat KL senang fluctuate sebab permintaan tinggi. Emas pulak banyak tapi permintaan berterusan sebab manusia sukakan kecantikan.

Sebab emas ada sifat2 nih lah Islam sarankan jadi matawang.

Pada pandangan aku duit kertas tuh penting tapi mesti disandarkan pada emas dan diregulate kerajaan.

Sebab contoh korang nak fotostat 1 keping kertas. 1 Dirham:: RM 13. So camner nak bayar?

Berdasarkan email dari Panglima Khalid, jelas apa tok guru nak sampaikan ialah pelburan dalam emas. Contoh2 diberikan pon berkisar pelaburan.

So pada isu nih
1. Aku tak kesah Dinar emas kelantan nih. Tapi aku prefer gold bank account sebab aku takut nak simpan emas kat rumah. :P
2. Nih gimik politik jer. Dah lama dah dinar emas keluar dari syarikat swasta dan bank. Bila syarikat swasta dan bank keluarkan dinar emas, dia takde plak isu ini dsb. Tapi bila dinar emas kelantan tubik, mulalah....

sesiapa yang tahu
1. value emas dan
2. concept duit
3. concept pelaburan
confirm tak heran dengan dinar emas kelantan dan dah lama beli emas kat swasta ke bank ke habib jewels ker..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[img]http://http://www.jorymon.com/images/2009/december/nokia6700gold.jpg[/img]

Tengok gambar kat atas.Handphone.From Gold.harga dia? tahu-tahu la.semua orang tahu handphone ni pakai tak lama.berubah-rubah.tapi kenapa manufacture buat from gold? agak2 kalau dia guna perak ke gangsa ke boleh ke bende tu harga sedemikian?

ni lagi best.tandas.
[img]http://2.bp.blogspot.com/_fseHZVwmags/So1fOBESnNI/AAAAAAAAGaw/NREUoXfSSbg/s320/Gold_Toilet.jpg[/img]
rasa aku masuk nak tengok pun kena bayar tau.semua 100% gold.rumah setan kena bayar.tak ke pelik?

sebenarnya wang kertas yang kita guna tu takde nilai.ia hanya sehelai kertas.bila koyak/lusuh.maka ianya tidak boleh digunakan.tapi sebenarnya emas tu kerajaan kelantan kena pecahkan lagi menjadi kecil.jadi orang tak mampu masih ada emas tapi jenis@model yang sedikit.

emas diukur atas apa? karat? how about belian atau permata?

Share this post


Link to post
Share on other sites
memang tak dinafikan emas ni memang banyak kebaikannya
cuma kalau nak dijadikan sebagai matawang, boleh, cuma susah sket.
sebabnya pakar2 dah buat kajian pasal emas yang benda ni memang boleh dijadikan matawang, cuma tak praktikal.
yang pertama, nilai emas tak stabil sebab turun naik atas permintaan, walaupun nilainya sentiasa meningkat tahun demi tahun.
yang kedua, nilai emas tu terlalu tinggi dan ada tahap2 nya.
sebagai contoh, kalau kita nak beli buku teks, yang harganya rm20, mcm mana nak guna emas?
nak gores sikit2 sampai sama berat nilai dengan rm20?
huhuhu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
tp skrg mesir dlm kemelut politik rasenya cam mata wang dinar emas akan jatuh

Share this post


Link to post
Share on other sites
erm, yang itu aku tak berapa pasti la pulak.
aku masih kekurangan sumber pasal harga pasaran emas nih.

tapi apa yang aku faham dari sumber yang aku dapat,
harga emas sekarang tgh tak stabil sebab pembukaan lombong baru emas di China.
dan tak silap aku, harga pasaran emas banyak bergantung pada pasaran China.

apa-apa pun, benda nih bgi aku masih kurang jelas lagi.
kena banyakkan membaca lagi :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam. Kijang emas hanya di keluarkan oleh Maybank kan wakil BNM? Jadi kalau nak jual balik dengan harga yang tinggi pun boleh jual balik dengan Maybank. Kalau Dinar Emas Kelantan ni macam mana pulak? Ada badan khas wakil kerajaan kelatan ke? Saja baru nak kenal2 dengan Dinar Emas Kelantan ni, kena la tanya banyak sikit. Kalau nak beli Kijang Emas harga dia memang mahal sebab saiz besart. Kalau Dinar Emas Kelantan ni kecik sikit, boleh la beli. ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku ada buat kajian mengenai emas ini. Apa yang berani kata, emas mampu membantu kita dalam menangani masalah ekonomi kerana ianya bersifat antiinflasi.

Jika sebelum inflasi, perbelanjaan dapur sebulan bagi rumah anda adalah RM600, maka, apabila berlaku hyperinflasi, (katakan kadar inflasi meningkat sebanyak 200% pada tahun hadapan), maka, anda perlu membayar RM1800 untuk barang yang sama. Tetapi jika sekarang anda menukarkan wang anda itu kepada emas, dimana, RM600 adalah bersamaan 1 dinar emas. Pada tahun hadapan, apabila berlaku hyperinflasi, (Dimana nilai emas tetap naik, dan selalunya melebihi kadar inflasi . Kemungkinan, harga 1 dinar emas pada waktu itu, mungkin sudah menjadi RM2,000 )

Ini bermaksud, anda masih tetap membayar 1 dinar emas juga untuk perbelanjaan barangbarang dapur rumah anda walaupun negara pada masa itu, sedang mengalami hyperinflasi. Ops! Jangan terkeliru, anda tidak akan membayar penjual itu dengan dinar emas tersebut, tetapi, anda perlu tukarkan 1 dinar anda itu kepada wang kertas terlebih dahulu. Apabila anda jual 1 dinar anda itu, anda akan dapat RM2,000 , selepas itu, barulah anda pergi membeli-belah di pasaraya.

Kesimpulan keseluruhan;
Sebab itulah kita mahukan golongan Ulama' yang memimpin negara. Golongan Ulama' diletakkan teratas sekali, insyaAllah, negeri tersebut akan makmur dan aman sentosa kerana Ulama sangat tahu dalam hukum selok belok agama dalam semua perkara bahkan meraka sangat faham mengapa hukum tersebut ditetapkan oleh Allah. Subhanallah, Allh SWT sentiasa memuliakan mana-mana manusia yang berusaha belajar ilmu asas agama Allah dan mengamalkannya.... Allahu Allah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='suadrif' timestamp='1296878003' post='1061149']
yang kedua, nilai emas tu terlalu tinggi dan ada tahap2 nya.
sebagai contoh, kalau kita nak beli buku teks, yang harganya rm20, mcm mana nak guna emas?
nak gores sikit2 sampai sama berat nilai dengan rm20?
huhuhu.
[/quote]
hehe...

matawang Islam, ada emas dan perak (dalam bahasa kitab disebut naqdayn atau nuqud)
dan ada fals (atau sering disebut fulus)

dalam hadis nabi, ada kisah nabi tanya sahabat, siapa yang muflis? sahabat jawab yang tiada emas dan perak. nabi kemudian membalas, yang muflis adalah yang datang di hari akhirat bawak amalan, tapi dia menzalimi ini, mengumpat mengata itu, diambil pahala amalannya diserahkan kepada yang dizalimi, sehingga habis amalannya namun masih ada lagi yang dizalimi belum tertunai hak mereka, maka diambil dosa mereka dipindahkan kepadanya. itu mafhum hadis yang popular.

dari hadis tu saja, kita boleh nampak, matawang utama, yang menunjukkan seseorang itu kaya adalah emas dan perak. yang tiada emas dan perak, yakni perantaraan jual belinya hanya menggunakan fulus semata-mata adalah orang yang muflis. nilainya terlalu kecil.

apa itu fulus? seumpama duit kita sekarang. duit kertas, syiling. itulah fals/fulus.

untuk jual beli yang kecil-kecil, emas dan perak ditukarkan dengan fals/fulus.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Penerangan yang mantap.

Sepatutnya Putera.com ni serta seangkatan dengannya perlu mengadakan satu program Seminar Ekonomi Islam yang dipandu dan dibimbing oleh Panglima Khalid.

:13:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairuddin_25' timestamp='1306458089' post='1069133']
Penerangan yang mantap.

Sepatutnya Putera.com ni serta seangkatan dengannya perlu mengadakan satu program Seminar Ekonomi Islam yang dipandu dan dibimbing oleh Panglima Khalid.

:13:
[/quote]
erk..bro...tu jauh sangat melalut tu. off topic namanya.

tambahan dari post [url="http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/86185-dinar-mata-wang-emas/page__view__findpost__p__1069127"]#23[/url] di atas:-
maka simpan-simpan lah emas, barang seketul, sedirham, kerana mereka yang hanya ada fulus, secara maknanya adalah orang muflis.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...