Jump to content
antivirus

Lebih Baik Berpecah Daripada Derhaka Kepada Allah

Recommended Posts

Lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah
Harakahdaily

TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.

“Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno,” katanya.

“Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara,” kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

“PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

“Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

“Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS,” tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

“Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.

“Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju,” katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala sosial yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau.

(Dipetik dari HARAKAHDAILY)

Share this post


Link to post
Share on other sites
haha

aku suke PAS tolak perpaduan ngan UMNO


sebab apa nak bersatu atas dasar selain tauhid???

kaum melayu? buat aku tergelak ade la -_-

Share this post


Link to post
Share on other sites
bersatu atas sesuatu nama untuk bermaksiat atau bertujuankan maksiat = assobiyah

bersatu atas sesuatu nama untuk taatkan Allah atau bertujuan taat = jamaah/bersatu padu


bersatu untuk menyemarakkan api perkauman bangsa = assobiyah
bersatu untuk menghalalkan yang haram = assobiyah
bersatu untuk menindas rakyat yang miskin dan lemah = assobiyah
bersatu untuk mengekalkan kuasa untuk melindungi jenayah yang telah dilakukan (pkfz, penyalahgunaan kuasa, rasuah, dll) = assobiyah

bersatu untuk menjadikan Undang2 Allah yang paling tinggi = taat
bersatu untuk membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum dan ugama = taat
bersatu untuk menentang penjenayah = taat

bersatu dengan kaum bukan Islam? dibenarkan
dalam Islam dibenarkan sehinggakan diwujudkan divisyen tentera bukan Islam, berjuang bersama-sama tentera Islam.

bersatu atas nama kaum, hanya kaum tertentu
jika bersatu atas nama MELAYU, bagaimana nasib JAWA? IBAN? Bumiputera dan Orang Asal? bagaimana nasib kaum cina dan yg berugama budha? kaum india dan yg berugama hindu?

jika bersatu atas nama ISLAM, Islam sangat terbuka.
buktinya, Nabi SAW tiba di madinah tidak menghalau penduduk bukan Islam bahkan diwujudkan perjanjian persefahaman supaya mereka juga menyertai proses pembangunan negara Madinah (sebelumnya bernama yathrib)

Islam tak membezakan warna kulit mahupun ugama dalam menyalurkan kebajikan. semuanya sama dan mendapat hak serta pembelaan yang sama.

tidak timbul isu bersatu dengan bukan Islam sebenarnya, dan dalam Islam ada istilah Tahaluf Siyasi.
jika UMNO mengkritik PAS bersatu dengan DAP, UMNO sendiri perlu gugurkan hubungan dengan MCA dan MIC.

[b][u]Allahu a'lam.[/u][/b]


[b]+++[/b]
PAS sangat terbuka sebenarnya.

PAS boleh bersatu dengan UMNO jika UMNO mengubah dasarnya dari sekular/sosialis/kapitalis kepada dasar Islam.

PAS sanggup dibubarkan jika UMNO menerima Islam sepenuhnya sebagai dasar dan undang2 tertinggi.

boleh nak berpadu-padu tetapi UMNO perlu terima ISLAM secara menyeluruh.



[b]persoalan[/b]: bagaimana pula dengan PAKATAN RAKYAT, adakah DAP dan PKR menerima ISLAM secara menyeluruh?

tak menyeluruh, tetapi mereka menghormati PAS dan pakatan tersebut tak menjejaskan kedudukan ISLAM yang diperjuangkan PAS.

jika pakatan rakyat suatu masa nanti (jika) menyekat ISLAM yang hendak dibawa PAS, aku yakin PAS akan keluar dari pakatan rakyat dan terus berjuang sehingga tertegaknya matlamat itu. itu keyakinan aku ^_^



[b]persoalan[/b]: jika dengan Pakatan Rakyat PAS boleh bersama, kenapa dengan UMNO pas tak mahu berunding?

kerana sejarah telah menunjukkan bahawa UMNO takkan berikan ruang PAS tegakkan Islam yang hendak dibawa. PAS pernah ditendang UMNO maka PAS takkan bersatu dengan umno melainkan dengan syarat yang ketat supaya sejarah tak berulang lagi.

[u][b]Allahu a'lam.[/b][/u] Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
itu pandangan peribadi beliau,aku tak heran kata2 orang yang mcm ni,sebab mereka bersatu untuk kebaikan,mana yang rosak diperbetulkan,itu adalah pandangan cetek dan kenyataan yang disamping mencari populariti didalam parti PAS itu sendiri...

P.S PAS sendiri dah lari dari perjuangan sebenar,dan bukan Islam sangat pun...bukan parti yang suci lagi pada aku,banyak dah tersasar...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='25 July 2010 - 10:19 AM' timestamp='1280024360' post='1042966']P.S PAS sendiri dah lari dari perjuangan sebenar,dan bukan Islam sangat pun...bukan parti yang suci lagi pada aku,banyak dah tersasar...
[/quote]
sebab ko tengok dari luar...aku tengok dari dalam...
lain spek yang ko pakai dari aku, so aku tak hairan ko cakap gitu.

memang banyak gerakerja politik PAS yang nampak tersasar...tapi dasar dan matlamat masih kekal.

gerakerja dan politik PAS digerakkan oleh orang yg tak memahami erti sebenar Islam. dan disebabkan pengaruh mereka menonjol dan akhirnya tindakan mereka seolah menggambarkan tindakan DASAR.

tok guru aku kat M'sia pesan sebelum datang mengaji di luar negara nih, ngaji betul2, balik ganti mereka2 yang ada sekarang yang bertopengkan Islam tapi hati masih jinak dengan sekular.

dan baru2 nih tok guru aku kat sini pulak pesan, megajilah dengan kaedah dan jalan yg ditunjukkan oleh ulamak terdahulu, laluinya dengan tekun dan bersungguh2, supaya apa yang kamu (kami yg mendengarlah maksudnya) berfikir dengan cara pemikiran Islam yg sebenar, dan bertutur serta bertindak selaras dengan kehendak ISLAM.

bukan sepertimana yang ada ramai pada hari ini ada ijazah dan sijil PHD tentang ISLAM tetapi ucapannya bersimpang siur dan tak jejak pada ISLAM yang sebenar.

[b]Allahu a'lam.[/b]

[quote name='loy_azloy' date='25 July 2010 - 10:19 AM' timestamp='1280024360' post='1042966']
itu pandangan peribadi beliau,aku tak heran kata2 orang yang mcm ni,sebab mereka bersatu untuk kebaikan,mana yang rosak diperbetulkan,itu adalah pandangan cetek dan kenyataan yang disamping mencari populariti didalam parti PAS itu sendiri...
[/quote]
sebenarnya ayat "berpecah dalam mentaati perintah Allah lebih baik daripada berpadu dalam mendurhakai Allah" adalah satu konsep dalam Islam.

iaitu tiada ketaatan kepada makhluk dalam keadaan memaksiatkan pencipta.

untuk apa kita bersatu dalam memaksiatkan kepada Allah? lebih baik berpecah tak beratu asalkan Allah terima kita. Allah tak terima orang yang bermaksiat,

sepertimana dalam hadis ada disebutkan mafhumnya "seorang lelaki yg berbuat perkara2 yg menyebabkan doa makbul seperti musafir dsb, kemudian berdoa gini gini, sedangkan makanannya haram, dsbgnya dari maksiat, maka bagaimanalah Allah terima doanya?"

dan hadis lain dalam kitab hadis 40 imam nawawi jugak rasanya, mafhumnya "sesungguhnya Allah itu toyyib (bagus, indah, sempurna) dan takkan terima melainkan yang baik2 sahaja"

bersatu dalam keadaan taat Allah terima
berpecah dalam keadaan taat Allah terima

bersatu dalam keadaan maksiat Allah buang..nauzubillah.

[b]Allahu a'lam.[/b] Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='antivirus' date='25 July 2010 - 03:30 AM' timestamp='1279999804' post='1042954']
“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala sosial yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau.

(Dipetik dari HARAKAHDAILY)
[/quote]
dari harakah memanglah nampak kerajaan buruk,dah memang akhbar anti kerajaan,perkara yang menjadi isu2 ni sebagai pembangkang apa yang dia faham?tau nak cari negatif aje (isu penyerahan blok L,M kepada brunei.kita ni tamak ke nak semua sedangkan ade perjanjian dimana lain2 blok brune=i serah pada Malaysia),kalau takde sanggup fitnah (isu Felda, dia tu org Felda ke nak kutuk2?),gejala sosial (kat negeri pimpinan dia pun ramai je kes rogol,datuk rogol cucu,kes buang anak)

pada aku eloklah sedangkan pemimpin2 pemuda PAS pun dah membuka pemikiran dari pemikiran sempit tok guru mereka.mereka perlukan perubahan,bukan menjadi boneka bagi parti yang terlalu racist...

jangan bersahabat dengan UMNO sebab mereka kafir
bersahabatlah dengan DAP sebab mereka bukan Islam
aiyark cakap lidah berbelit...tok guru kata semua betul...kan??? hahaha!!! :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
dan juga kalau dari pemandangan akhbar arus perdana semua yg PAS dan juga pembangkang yg lain semua nya buat salah... tak betul...

sama jugak semua kasi putar belit...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='25 July 2010 - 01:33 PM' timestamp='1280036014' post='1042981']
jangan bersahabat dengan UMNO sebab mereka kafir
bersahabatlah dengan DAP sebab mereka bukan Islam
aiyark cakap lidah berbelit...tok guru kata semua betul...kan??? hahaha!!! :lol:
[/quote]
umno memang parti kapir sebab bertunjangkan akar sekular.

tapi orang dalam tu atau dalam mana2 parti selagi mengucap kalimah syahadah kita takleh kata kapir. kena hati2. tuduh orang Islam sebagai kapir masalah besar tu...tak kisah lah penyokong pembangkang atau mana2 pihak. ayat ini untuk semua.

hadis kata "sapa yg sebut لا إله إلا الله masuk syurga" dan yg masuk syurga cuma orang Islam. buat maksiat tak buat maksiat selagi Islam, dengan Izin serta kasih sayang Allah boleh masuk syurga.


bersahabat dengan DAP boleh sebab depa terima dasar kita (PAS) dan bersetuju bersama2 dalam satu pakatan.
sejarah depa khianati PAS takde lagi...
tak boleh bersahabat dengan umno sebab umno tak terima dasar yang kita (PAS) bawak. dan dah ada sejarah hitam umno buang PAS yang menjadi Biro Ugama dalam Umno suatu masa dulu.

jika umno boleh terima dasar PAS, bila2 masa PAS sedia bekerjasama dengan umno.

yg disebut sekarang "PAS menutup pintu rundingan dengan umno" kerana umno masih kekal seperti dulu, tak berubah...


memang tok guru cakap selalunya betul, tapi maybe bukan semua sebab dia manusia boleh buat silap. tapi biasa lah, orang terer bab komputer cakap pasal komputer, kita yang tak tahu apa tercengang2 lah dengar, siap komplen lagi dia cakap salah padahal betul, sebab kita tak tahu sebenarnya pasal komputer.
macamtu jugak tok2 guru, ulamak2, diorang cakap atas kapasiti diorang pada bidang diorang, kita dengar tercengang2, pastu macam tak sesuai dengan kefahaman kita kita kata dia salah sedangkan kita tak tahu bagaimana cara dia fikirkan dan dari mana diambil sumber percakapan tu... ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
bukan nak lari topik tapi nak share maklumat dengan user yang gunakan tajuk lain tapi tujuannya nak citer pasal topik lain (sila lihat komen beliau kat post no.2 tu)

sila baca dengan teliti blok L dan M sebenarnya memang milik brunei dari dulu...
kepada encik yang selalu dengan "saya setuju dengan komen org tu,org ni" buat kajian dulu,jangan asik post Quote dari org lain tapi tak komen ape2,pastu tunggu org lain yang bijak komen dan quote komen org bijak tu dengan "saya setuju bla3..."


[color="#000080"]PUTRAJAYA 8 Mei - Rakyat tidak perlu bimbang dengan isu kedudukan Limbang yang dijamin akan selesai dengan sendirinya setelah lima perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan dan Brunei antara 1920 hingga 1939 diakhiri dengan kerjakerja mengukur sempadan.



Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil membuat penjelasan itu ekoran 'kontroversi' penyerahan dua kawasan blok minyak, blok L dan M kepada Brunei baru-baru ini kerana terlibat secara langsung selaku Menteri Luar pada Mac 2009 bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam rundingan dan proses diplomasi dengan kerajaan Brunei.

Malah, kata beliau, persefahaman yang dicapai hasil Pertukaran Surat yang ditandatangani kerajaan dengan Brunei pada Mac 2009 sebenarnya turut menyebabkan Brunei kehilangan 5,165 kilometer persegi kawasan maritim zon ekonomi eksklusifnya. Kawasan maritim negara kesultanan itu menguncup berbanding sebelum 1984.

''Saya dengar (dibangkitkan di Sibu dan diungkit pelbagai pihak termasuk akhbar pembangkang) seolah-olah Malaysia bodoh serahkan seluruh hak wilayah kita sedangkan ia (blok L dan blok M) tidak pernah menjadi milik kita.

''Silapnya pada tahun 1979, pemeta kita sekadar memasukkan tanggapan itu padahal ia terletak dalam Pelantar Benua Brunei dan diiktiraf Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

''Begitupun Pertukaran Surat ini ada imbasannya (kaitan) pada Limbang. Apabila lima perjanjian berkenaan diselesaikan kehendak pengukurannya, soal Limbang tidak timbul lagi dan berhasil bagi Malaysia," kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini. Lima perjanjian berkenaan ialah:

i. Perjanjian Mengenai Sungai Pandaruan dan daerahnya pada 4 Februari 1920.
ii. Perjanjian Sempadan Sungai Belait dan Sungai Baram 25 Ogos 1931.
iii. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Trusan dan Temburong.
iv. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Sempadan Limbang dan Brunei dari Pantai ke Bukit Gadong 24 Februari 1933.
v. Perjanjian 4 November 1939 antara kedua-dua pihak.

Kelima-lima perjanjian inilah meletakkan Limbang dan dipersetujui bahawa terusan-terusan Pagalayan hingga ke Bukit Traja ditentukan oleh perjanjian tersebut. Rais yang kini menyandang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, dakyah kononnya Malaysia kehilangan wilayahnya telah dibangkitkan menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini dan justeru beliau terpanggil untuk menerangkan beberapa aspek justifikasi demi kenegaraan dan hubungan diplomasi dengan Brunei.

"Brunei dengan rela hati bersetuju bahawa kawasan maritimnya menguncup selepas Pertukaran Surat 2009. Ini keikhlasan tidak ternilai dan Malaysia tahu jika dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (di The Hague, Belanda) kemungkinan kita beroleh hasil lebih positif lebih jauh kes Batuan Tengah di Batu Putih," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini perairan di blok L dan M dikenali CA1 dan CA2 mengeluarkan hasil minyak dan hidrokarbon digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencari nafkah dan berniaga.

Namun secara tiba-tiba Petronas menganggap ia perairan negara dan mewujudkan kerjasama carigali dengan Murphy Oil di Sabah.

"Bagaimanapun Brunei dalam perbincangannya bersetuju untuk berusahasama dalam kedua-dua petak komersial tadi termasuk minyak di bawah tajuk Perolehan Kerajaan untuk Malaysia bagi tempoh 40 tahun bermula dari tarikh Production Sharing Contract (PSC).

"Juga dipersetujui oleh Brunei tentang hak laluan kekal bagi rakyat Malaysia dan Sarawak melintas dan menggunakan perairan itu untuk mendarat atau pergi ke kawasan sempadan Sarawak dan Brunei. Pendek kata, ia tidak boleh ditarik balik...berterusan," kata beliau.

Pada masa sama Malaysia diberi 10 peratus faedah melalui kontraktor yang dipilih sendiri (iaitu Petronas) dalam hak dan obligasi yang sama. Seterusnya Malaysia juga akan beroleh melalui Petronas 75 peratus dari hal dan obligasi[/color]

komen aku
brunei itu negara Islam dan sebangsa dengan kita
walaupun ia sebuah negara merdeka tetapi ia sentiasa berhubung baik dengan Malaysia terutama Sultan Hasanal Borkiah yang mempunyai perhubungan rapat dengan sultan di sini. Janganlah isu ini dipanjangkan lagi dengan mengeruhkan suasana perhubungan baik. Tuhan itu maha adil kita rugi sedikit, mungkin satu hari nanti kita untung banyak, Insyallah. Jagalah hati jiran kita yang sentiasa berbuat baik kepada kita.

Share this post


Link to post
Share on other sites
jadi bagai mana pula dgn perkara nih...

[quote]Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.
[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
kita tengok apa jadi. semoga berjaya. Dalam pada itu, kawasan2 bawah PR masih sama macam kawasan BN dulu. Mungkin PM dari PR nak umum terus polisi2 PAS sekali harung nanti.

Share this post


Link to post
Share on other sites
APCO tu lebih kurang servis dan produk la pada pemahamam aku . So, apa kata buang semua benda yang ada tangan yahudi dalam servis dan produk kita pakai. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='25 July 2010 - 02:11 PM' timestamp='1280038289' post='1042992']
APCO tu lebih kurang servis dan produk la pada pemahamam aku . So, apa kata buang semua benda yang ada tangan yahudi dalam servis dan produk kita pakai. :D
[/quote]
kita buang facebook,email,forum2,barangan komputer...bla2....

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Gunso' date='25 July 2010 - 02:03 PM' timestamp='1280037793' post='1042985']
jadi bagai mana pula dgn perkara nih...
[/quote]
gunso,ko anime ko rajin download,pasal ni ko google la cari maklumat,bukan cari tuduhan tanpa bukti.

pasal rakyat miskin tu,mana janji nak turunkan cukai pintu 20%?

Share this post


Link to post
Share on other sites
yer lah~ yer lah~ aku berbincang dgn pakcik google jer pas nih...

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku nak jawab, tapi nanti aku jawab ngan 1 topik baru.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ISU PERPADUAN UMNO-PAS ni adalah helah atau perkara yang sengaja dibangkitkan untuk membuatkan rakyat lupa tentang 5 barangan pengguna yang naik harganya baru-baru ni..Tengok, berapa ramai dah yang '[b]terleka[/b]' dengan isu ini sehingga isu harga naik ini tenggelam..syabas diucapkan kepada pihak yang berkenaan sehingga taktik ini berjaya!! :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='25 July 2010 - 01:56 PM' timestamp='1280037401' post='1042984']
bukan nak lari topik tapi nak share maklumat dengan user yang gunakan tajuk lain tapi tujuannya nak citer pasal topik lain (sila lihat komen beliau kat post no.2 tu)

sila baca dengan teliti blok L dan M sebenarnya memang milik brunei dari dulu...
kepada encik yang selalu dengan "saya setuju dengan komen org tu,org ni" buat kajian dulu,jangan asik post Quote dari org lain tapi tak komen ape2,pastu tunggu org lain yang bijak komen dan quote komen org bijak tu dengan "saya setuju bla3..."

....diringkaskan....

komen aku
brunei itu negara Islam dan sebangsa dengan kita
walaupun ia sebuah negara merdeka tetapi ia sentiasa berhubung baik dengan Malaysia terutama Sultan Hasanal Borkiah yang mempunyai perhubungan rapat dengan sultan di sini. Janganlah isu ini dipanjangkan lagi dengan mengeruhkan suasana perhubungan baik. Tuhan itu maha adil kita rugi sedikit, mungkin satu hari nanti kita untung banyak, Insyallah. Jagalah hati jiran kita yang sentiasa berbuat baik kepada kita.
[/quote]
dalam kaedah fekah dan usul fekah, salah satu konsep yang digunapakai adalah "tidak menuntut daripada terbatalnya dalil kepada terbatalnya hukum"

maksudnya, apabila dikaji dalam fekah, sandaran hukum (contohnya-yg aku tetiba ingat dlm kepala) tempoh period haid perempuan yg paling lama adalah 15 hari di sisi ulamak mazhab syafie, hadis yang dijumpai mengatakan demikian adalah hadis palsu (hadis berbunyi lebih kurangnya "tempoh haid yang paling panjang adalah separuh bulan")...

walaupun hadis tu palsu, tertolak dari sudut hujjah, tetapi batalnya dalil tu tak membawa erti batalnya hukum "tempoh haid paling lama bagi wanita adalah 15 hari 15 malam".

kenapa jadi begitu? sebab sandaran hukum bukan [s]semata2 satu dalil tersebut[/s][b]**[/b]. hukum tempoh haid paling lama adalah ditetapkan berdasarkan kajian ke atas perempuan2 yang hidup di zaman Imam syafie di tempat yg dia pernah pergi (mesir, iraq, madinah, dll), justeru terbatalnya dalil hadis palsu itu tak membatalkan hukum tempoh haid paling lama 15 hari 15 malam.

[b]**[/b][i]pembetulan: hadis tu tak jdi hujjah pun dalam mazhab syafie sebenarnya, tetapi kebetulan sama. harap maklum[/i][b]**[/b]


balik pada topic, terbatalnya bukti penyelewengan dan salah guna kuasa dalam masalah perjanjian antara Malaysia-Brunei tak menjejaskan tuduhan ke atas UMNO sebagai parti yang perlu ditolak.

itu pun jika benar seperti yang direkodkan dalam akhbar.
sejarahnya, isu tuntutan royalti kelantan atas blok usahasama tu pun diselewengkan dan dilaporkan dengan tidak bertanggungjawab, bagaimana kami nak percaya laporan akhbar berkenaan isu brunei ini? :lol:

[b]Allahu a'lam..[/b]


[quote name='NeoLogy' date='25 July 2010 - 06:54 PM' timestamp='1280055266' post='1043020']
ISU PERPADUAN UMNO-PAS ni adalah helah atau perkara yang sengaja dibangkitkan untuk membuatkan rakyat lupa tentang 5 barangan pengguna yang naik harganya baru-baru ni..Tengok, berapa ramai dah yang '[b]terleka[/b]' dengan isu ini sehingga isu harga naik ini tenggelam..syabas diucapkan kepada pihak yang berkenaan sehingga taktik ini berjaya!! :)
[/quote]
sangat setuju.

dalam blog [url="http://tukartiub.blogspot.com/"]tukartiub[/url] ada sebut teknik nih...teknik olahan berita...buat isu supaya isu yg lebih besar dilupakan.

tukar tiub selalu bukak isu dan meramal tindakan umno/bn...huhu

best...walaupun ayatnya kadang2 agak *biru* :ph34r: Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku ada satu soalan yang inginkan jawapan...Masa BN menang besar PRU11 (2004) dulu..soal perpaduan UMNO-PAS xwujud pun..Tapi bila kalah teruk pada PRU12 (2008) dulu..baru la isu ni timbul..adakah sebab BN/UMNO rasa tergugat dengan kuasa yang semakin kurang...atau betul2 nak kan perpaduan? Kenapa masa kuat dulu..masa [b]menang besar[/b] dulu xajak PAS join UMNO? and [b]kalo betul niat ikhlas nak kan perpaduan[/b], kenapa xbubarkan UMNO dan join PAS?Kenapa perlu bubar PAS and join UMNO?or kenapa tidak dibubarkan kedua2 parti tu dan bentuk parti baru?

soalan-soalan ni berlegar di kepala otak aku...yg aku nampak..UMNO bila tersepit baru nak cari PAS..time berkuasa/senang..habis PAS kena kutuk..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kesian...sampai boleh terleka yer orang malaysia dari isu sebenar pasal keluar isu perpaduan umno-pas ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...