Jump to content
antivirus

Lebih Baik Berpecah Daripada Derhaka Kepada Allah

Recommended Posts

[quote name='™ю‽№∞' date='12 August 2010 - 08:42 PM' timestamp='1281616920' post='1044698']
"Lebih Baik Berpecah Daripada Derhaka Kepada Allah" berdasarkan tajuk .. siapakah yang lebih ego..... hehehehe siapa yang taknak bersatu.. siapa yang tolak bulat-bulat.. siapa.. siapa dan siapa hehehehe

Di katakan parti tu Um** mengamalkan sekular, Tapi parti yang satu lagi tu pun sama juga.. sistem UNDI diperkenalkan oleh siapa..... kena nak ikut... Kenapa ada presiden, naib presiden, ahli dalam parti kalau da tahu itu sistem sekular...... bila dah join sistem sekular.. sama je la... misti ada punya mau rebut jawatan...
matlamat bukan berlandaskan agama lagi... sangggup bersedongkol dengan parti yang benar-benar tolak Islam.. siapa lagi kalau bukan Da*

So mana lebih baik.. berkawan dengan parti yang ahlinya ada memeluk Islam(Allah sahaja mengetahui hal ini) atau berkawan dengan parti yang terang-terang menolak Islam......
maksud aku disini parti yang Ahlinya Islam adalah golongan dalam parti itu ada ahli beragama Islam.. (Allah sahaja mengetahui) tapi tidak mampu untuk melaksanakan hukum Islam.. Di sini dikatakan tidak mampu/tidak berupaya. Nak melaksanakan tapi tidak berupaya sejak merdeka. Kena tahu, negara kita ada pelbagai kaum, kita sendiri sudah ikut sistem sekular termasuk parti Pa* kalau tak, takde la dibuat parti, takde la presiden Pa* , naib presiden dan ahli. Agama Islam adalah agama.... Agama diulang sekali lagi agama... bukan parti. Nanti ada orang salah anggap agama Islam tu parti. Parti ini sistem sekular yang diperkenalkan oleh british dalam sistem pemerintahan mereka. Kenapa mau ikut dibuat parti...... kalau mau memperjuangkan Islam dengan cara beparti, ni la jadinya.. bersedongkol dengan DA* yang terang-terang menolak Islam..... Diajak berbaik-baik dengan UMn* tapi tolak secara bulat-bulat.. siapa yang lebih ego. Orang Umn* juga bersolat (Allah sahaja maha mengetahui samada solat mereka diterima atau tidak), berpuasa, menunaikan zakat, pergi haji ke mekah (semua perbuatan itu hanya allah yang menentukan samada diterima atau tidak bukan parti lain) kenapa tidak mahu bersatu...................... sesama Islam.

Kadang-kadang aku sendiri tidak mengerti.. samada yang dibenci tu pada parti Umn*, atau ahli-ahli yang berugama islam dalam Umn* atau kedua-duanya sekali... walhal tujuan pernubuhan UMn* waktu dulu kalau dilihat dari sejarah adalah untuk memerdeka kan negara kita...

Bila kita sendiri sudah mengamalkan sistem sekular yang dalam negara kita ada bermacam-macam parti iaitu UMn*, Pa*, Da*, MI* MC*, PK* dan lain-lain... yang ingin menentukan undang-undang adalah majoriti dalm parlimen. Jika UMn* dan PA* bersatu bagi menjalankan undang-undang di negara ini mengikut undang-undang Islam.. bagai mana dengan parti-parti lain.. yang majoritinya lebih besar dari dua parti ni.....

Kalau zaman pemerintahan sultan-sultan melayu boleh... kerana bukan sistem pemerintahan berpalimen... Sultan kuasa mutlak.. boleh buat undang-undang mengikut ISlam... Sekarang bagaimana/... kita dalam masyarakat majmuk.... kita tidak mampu..... Jadi jangan dijadikan agama politik.... kita cuba sedaya upaya untuk menegakkan Islam dengan menubuhkan masjid, dapat bersembahyang dengan sempurna, menunaikan zakat, berpuasa, mengerjakan haji bagi yang mampu.. tidak ada halangan pun... cuma beberapa lagi kita tidak mampu untuk melaksanakannya.. kita tidak berupaya. Jika kita buat , apa kata penganut agama budha, hindu, cristian... mereka juga mahu ada mahkamah mengikut agama mereka.... rakyat akan berpecah belah....

Jika dilihat dari sejarah.... parti Pa* dan PK* dan semangat 4* adalah dari pecahan parti UMn*..

tu je... Sebenarnya kita perlu mengajak golongan bukan Islam memeluk Islam seperti agama kristian.. bukan nya memburukkan/mengumpat mencari kesalahan orang Islam yang lain yang lain.. sebaliknya menegur. bukan membuat sidang akhbar memburukkannya.. menjatuhkan martabat orang islam yang lain. Apabila kita mengajak orang bukan Islam memeluk Islam barulah kita boleh menjalankan undang-undang Islam sepenuhnya... kita bukan macam negara Arab saudi.. majoriti semua nya Islam jadi senang.. so kita kena mengIslamkan dahulu semua yang bukan Islam atau menerangkan kebaikan menjalankan hukum-hukum Islam ke atas sesebuah negara. Sesunggugnya undang-undang Allah amat sempurna dari undang-undang/hukum hamba-hambanya.

Cuma pendapat sahaja.. tiada apa-apa selain pendapat yang diberikan, jika ada yang tersalah tolong perbetulkan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari hambanya.
[/quote]
tuan penulis...jika Islam tolong mengucap...takut betul aku baca ni...

Islam tak lengkap kat mana? tunjuk sikit.

"Agama Islam adalah agama.... Agama diulang sekali lagi agama... bukan parti"
apa itu agama? cara hidup yang meliputi segala tindak tanduk kita sedar mahupun tidak semuanya dalam ruang lingkup ugama.

orang yang sedar, ambil wudhuk, solat, sah diterima solatnya.
orang yang tak sedar, dia ambil wudhuk, solat jugak, tapi solat dia tak diterima.
semua perbuatan kita sedar atau tak, sengaja atau tak semuanya berkaitan dengan ugama.

ugama yang menentukan sah atau tidak, boleh atau tidak.

perubatan moden yang ada di hospital2 sekarang diketahui umum ianya bermula dan dipopularkan oleh dinasti yunani dan greek. semasa perkembangan keilmuan Islam, ilmu perubatan Yunani dan Greek diMURNIkan dengan cahaya Islam, dengan kaedah dan cara yang dibenarkan Islam.

begitu jugak segala sistem yang ada di dunia ini, telah banyak yang diterima dan dimurnikan dengan ruh Islam.

ya, demokrasi berparlimen adalah tinggalan penjajah, yang diambil dari konsep pemikiran "dari rakyat untuk rakyat" yang dipopularkan oleh yunani jugak kalau saya tak silap. tetapi konsep demokrasi yang benar dan diterima ISLAM telah digariskan oleh ulamak2 memandangkan konsep demokrasi ini telah diterima masyarakat dunia. tinggalan penjajah itu telah digubah dan dimurnikan dengan konsep2 ISLAM sehingga boleh diamalkan sekarang.

bagaimana politik dan demokrasi yang digariskan ISLAM? yang tidak mengamalkan rasuah, yang menjaga keadilan semua pihak tanpa mengira warna kulit, bangsa serta agama, yang berkhidmat untuk rakyat dan negara, dan lain2 lagi.

kita lihat politik Malaysia, rasuahnya agak tinggi dibandingkan dengan negara2 lain. keadilan kepada semua tidak dijaga, sehinggakan ada yang masih kebulur dan ada yang masih sangat miskin dan susah. bangsa melayu sendiri tak terbela oleh pemimpin melayu, hanya kroni yang dapat pembelaan bukan mereka yang berhak. dimainkan sentimen membenci bangsa lain, ugama lain. khidmat untuk rakyat dan negara? enjin jet hilang menunjukkan khidmat dan cintakan negara?

ada kawan aku sebut, dikatakan bahawa mufti mesir pernah sebut fatwa oleh seorang ulamak hebat dahulu, lebih kurangnya "bersatu dengan orang kafir yang adil lebih baik dari bersatu dengan muslim yang zolim" dan mufti mesir berpendapat bahawa fatwa ulamak tersebut adalah sesuai diamalkan di zaman sekarang. perlu diteliti balik betul ke mufti mesir yang sebut, betul ke ada fatwa ulamak tu.

[quote]"kita dalam masyarakat majmuk.... kita tidak mampu..... Jadi jangan dijadikan agama politik.... kita cuba sedaya upaya untuk menegakkan Islam dengan menubuhkan masjid, dapat bersembahyang dengan sempurna, menunaikan zakat, berpuasa, mengerjakan haji bagi yang mampu.. tidak ada halangan pun... cuma beberapa lagi kita tidak mampu untuk melaksanakannya.. kita tidak berupaya. Jika kita buat , apa kata penganut agama budha, hindu, cristian... mereka juga mahu ada mahkamah mengikut agama mereka.... rakyat akan berpecah belah...."[/quote]
zaman nabi pun majmuk, yahudi menguasai pasar madinah tapi umat Islam terbela tanpa riba. hujjah masyarakat majmuk memang tak boleh pakai sebab Islam boleh diterima semua kerana sangat adil.

ugama lain takde undang2 setahu saya. hanya Islam ada undang2 khas. kalau diorang nak boleh kekalkan undang2 civil untuk diorang. dalam Islam dibolehkan orang kafir pilih undang2 yang mahu dia diadili. contohnya zaman nabi SAW dulu, nabi bagi peluang kepada yahudi untuk memilih dihakimi menggunakan undang2 Islam atau dihakimi menggunakan undang2 yang ada dalam kitab taurat. so, hujjah tertolak.

puasa solat zakat haji memang secara zohirnya tak ditegah dan tak dihalang, bebas dilakukan. tapi itu hanya TIANG. rumah bukan terdiri dari tiang tanpa lantai dan bumbung serta dinding. dah ada tiang, lantai, bumbung dan dinding tak boleh masuk sebab takdak pintu, panas sebab takdak tingkap, buruk sebab takdak cat dan perabot, tak lengkap jugak.

ya, kita laksanakan semampu yang boleh sepertimana hadis mafhumnya "...apa yang aku suruh -kata nabi SAW- laksanakan semampu kamu" tapi jangan lupa bahagian depan hadis tu mafhumnya "apa yang aku larang tinggalkan..." .

maksiat dalam pemerintahan negara banyak sangat, tak mahu ditinggalkan. tinggalkan maksiat nabi tak suruh ikut kemampuan, kena tinggal terus. kalau rokok tu maksiat kena tinggal terus bukan kurangkan sikit2. rasuah dan politik wang, dalam UMNO satu hal, dalam pemerintahan negara lagi. kezaliman dan penindasan khususnya kepada rakyat masih berlaku.

untuk yang mendakwa kononnya dalam PAS jugak ada rasuah, sila buktikan kepada pemimpin PAS, akan dipecat terus individu tersebut. bentuk pemberian 'seumpama' rasuah pun dilarang dikalangan ahli PAS. lobi melobi, fitnah memfitnah, caci maki semua tu kesalahan individu yang tak memahami konsep politik ISLAM yang sebenar.

back to basic, tengok dasar dan undang2. DASAR parti A tapi ahli parti A tak ikut parti tetap dengan dasar.

dasar parti B ahli ikut dasar, ahli dan parti seiring. so, back to basic..

Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='13 August 2010 - 09:40 AM' timestamp='1281663643' post='1044735']
tuan penulis...jika Islam tolong mengucap...takut betul aku baca ni...

Islam tak lengkap kat mana? tunjuk sikit.

"Agama Islam adalah agama.... Agama diulang sekali lagi agama... bukan parti"
apa itu agama? cara hidup yang meliputi segala tindak tanduk kita sedar mahupun tidak semuanya dalam ruang lingkup ugama.

orang yang sedar, ambil wudhuk, solat, sah diterima solatnya.
orang yang tak sedar, dia ambil wudhuk, solat jugak, tapi solat dia tak diterima.
semua perbuatan kita sedar atau tak, sengaja atau tak semuanya berkaitan dengan ugama.

ugama yang menentukan sah atau tidak, boleh atau tidak.

perubatan moden yang ada di hospital2 sekarang diketahui umum ianya bermula dan dipopularkan oleh dinasti yunani dan greek. semasa perkembangan keilmuan Islam, ilmu perubatan Yunani dan Greek diMURNIkan dengan cahaya Islam, dengan kaedah dan cara yang dibenarkan Islam.

begitu jugak segala sistem yang ada di dunia ini, telah banyak yang diterima dan dimurnikan dengan ruh Islam.

ya, demokrasi berparlimen adalah tinggalan penjajah, yang diambil dari konsep pemikiran "dari rakyat untuk rakyat" yang dipopularkan oleh yunani jugak kalau saya tak silap. tetapi konsep demokrasi yang benar dan diterima ISLAM telah digariskan oleh ulamak2 memandangkan konsep demokrasi ini telah diterima masyarakat dunia. tinggalan penjajah itu telah digubah dan dimurnikan dengan konsep2 ISLAM sehingga boleh diamalkan sekarang.

bagaimana politik dan demokrasi yang digariskan ISLAM? yang tidak mengamalkan rasuah, yang menjaga keadilan semua pihak tanpa mengira warna kulit, bangsa serta agama, yang berkhidmat untuk rakyat dan negara, dan lain2 lagi.

kita lihat politik Malaysia, rasuahnya agak tinggi dibandingkan dengan negara2 lain. keadilan kepada semua tidak dijaga, sehinggakan ada yang masih kebulur dan ada yang masih sangat miskin dan susah. bangsa melayu sendiri tak terbela oleh pemimpin melayu, hanya kroni yang dapat pembelaan bukan mereka yang berhak. dimainkan sentimen membenci bangsa lain, ugama lain. khidmat untuk rakyat dan negara? enjin jet hilang menunjukkan khidmat dan cintakan negara?

ada kawan aku sebut, dikatakan bahawa mufti mesir pernah sebut fatwa oleh seorang ulamak hebat dahulu, lebih kurangnya "bersatu dengan orang kafir yang adil lebih baik dari bersatu dengan muslim yang zolim" dan mufti mesir berpendapat bahawa fatwa ulamak tersebut adalah sesuai diamalkan di zaman sekarang. perlu diteliti balik betul ke mufti mesir yang sebut, betul ke ada fatwa ulamak tu.


zaman nabi pun majmuk, yahudi menguasai pasar madinah tapi umat Islam terbela tanpa riba. hujjah masyarakat majmuk memang tak boleh pakai sebab Islam boleh diterima semua kerana sangat adil.

ugama lain takde undang2 setahu saya. hanya Islam ada undang2 khas. kalau diorang nak boleh kekalkan undang2 civil untuk diorang. dalam Islam dibolehkan orang kafir pilih undang2 yang mahu dia diadili. contohnya zaman nabi SAW dulu, nabi bagi peluang kepada yahudi untuk memilih dihakimi menggunakan undang2 Islam atau dihakimi menggunakan undang2 yang ada dalam kitab taurat. so, hujjah tertolak.

puasa solat zakat haji memang secara zohirnya tak ditegah dan tak dihalang, bebas dilakukan. tapi itu hanya TIANG. rumah bukan terdiri dari tiang tanpa lantai dan bumbung serta dinding. dah ada tiang, lantai, bumbung dan dinding tak boleh masuk sebab takdak pintu, panas sebab takdak tingkap, buruk sebab takdak cat dan perabot, tak lengkap jugak.

ya, kita laksanakan semampu yang boleh sepertimana hadis mafhumnya "...apa yang aku suruh -kata nabi SAW- laksanakan semampu kamu" tapi jangan lupa bahagian depan hadis tu mafhumnya "apa yang aku larang tinggalkan..." .

maksiat dalam pemerintahan negara banyak sangat, tak mahu ditinggalkan. tinggalkan maksiat nabi tak suruh ikut kemampuan, kena tinggal terus. kalau rokok tu maksiat kena tinggal terus bukan kurangkan sikit2. rasuah dan politik wang, dalam UMNO satu hal, dalam pemerintahan negara lagi. kezaliman dan penindasan khususnya kepada rakyat masih berlaku.

untuk yang mendakwa kononnya dalam PAS jugak ada rasuah, sila buktikan kepada pemimpin PAS, akan dipecat terus individu tersebut. bentuk pemberian 'seumpama' rasuah pun dilarang dikalangan ahli PAS. lobi melobi, fitnah memfitnah, caci maki semua tu kesalahan individu yang tak memahami konsep politik ISLAM yang sebenar.

back to basic, tengok dasar dan undang2. DASAR parti A tapi ahli parti A tak ikut parti tetap dengan dasar.

dasar parti B ahli ikut dasar, ahli dan parti seiring. so, back to basic..

Allahu a'lam.
[/quote]

saya tidak mengatakan Islam tidak lengkap. cuma saya takut orang salah tafsir Islam adalah agama dengan parti. Agama Islam adalah cara hidup yang perlu diamalkan dalam kehidupan demi beribadat kepada Allah ... maksud saya dalam agama Islam ada cara memerintah sesuatu , sesebuah negara, cara bekerja harian, tidak menipu walaupun sesaat. Amanah dalam melakukan kerja dan tanggungjawab.Tidak menerima rasuah. tidak menerima hadiah bagi melakukan sesuatu kerja Parti Islam saya tidak tahu. sebab jika agama dijadikan parti secara tidak langsung kita juga mengamalkan sistem sekular sama seperti UMN* so itu saya cakap 2 x 5 = 10, 5 x 2 = 10...... ada presidan, ada naib presiden, ada sistem undi... bila sudah jadi begini.. maka secara tidak langsung wujud la perebutan kuasa. Seorang cakap nak bersatu, seorang lagi cakap lain.

Sama la contoh dengan Islam Hadhar*.... Islam sudah Islam kenapa Nak diletak Hadahr*.... begitu la maksud saya Islam ialah Islam kenapa dimasuk dibuat parti. Agama Islam di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dari dahulu sampai sekarang adalah agama Islam... tidak perlu di buat parti, di tambah nama menjadikan Hadhr* atau apa sahaja.. Ajaran yang dibawa oleh Rasullullah yang dipeturunkan oleh Allah sudah lengkap untuk kita semua mengikutinya dalam semua aspek. Kita perjuangkan Islam bukan Islam hadhaR* atau parti Islam. Kita mengikuti Islam bukan Islam Hadhr* atau menjadi ahli parti Islam. Kita memeluk Islam kerana ajaran rasullullah agama yang diturunkan oleh Allah bukan parti Islam yang ditubuhkan oleh saya juga tidak tahu siapa founder Pa*. Ini yang saya cuba terangkan.

Sebab itu saya lebih suka tabligh, tidak campur kan dengan politik. Pergi dari rumah ke rumah mengajak orang membuat kebaikan. Tidak mengumpat atau mencari kesalahan orang lain membawa berita keburukan orang lain. tiada jawatan presiden. tiada jawatan naib presiden , tiada ahli tabligh tiada logo tiada bendera tiada motto.. hanya mengajak orang membuat kebaikan mengikut Islam. bila semua orang sudah peluk Islam.... dengan mudah Terbentuknya negara Islam dengan sendirinya. Tabligh juga tidak mengira hang tu ka UMn*, Pa* atau PK*... dia tetap pergi kerumah kamu mengajak kamu membuat kebaikan.. pergi menunaikan solat berjemaah... dia tidak kira samada dia tu rasuah, korupsi tukang tipu kaki fitnah, tidak bersolat, ... tabligh pergi kerumah orang itu dan mengajak melakukan kebaikan mengikut Islam... Ini yang di ajar oleh rasullullah. Tabligh tidak peduli surau tu kepunyaan Pa* atau Umn*..... tabligh tidak kira pembaca kutbah tu Pa* ke atau Umn* .... dia hadir ke masjid untuk sembahyang jumaat.

Kalau pendapat saya salah, saya minta ampun dari Allah. minta kawan-kawan perbetulkan.

Cuma pendapat saya sahaja.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='™ю‽№∞' date='13 August 2010 - 10:53 AM' timestamp='1281668008' post='1044747']
Sama la contoh dengan Islam Hadhar*.... Islam sudah Islam kenapa Nak diletak Hadahr*.... begitu la maksud saya Islam ialah Islam kenapa dimasuk dibuat parti. Agama Islam di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dari dahulu sampai sekarang adalah agama Islam... tidak perlu di buat parti, di tambah nama menjadikan Hadhr* atau apa sahaja.. Ajaran yang dibawa oleh Rasullullah yang dipeturunkan oleh Allah sudah lengkap untuk kita semua mengikutinya dalam semua aspek. Kita perjuangkan Islam bukan Islam hadhaR* atau parti Islam. Kita mengikuti Islam bukan Islam Hadhr* atau menjadi ahli parti Islam. Kita memeluk Islam kerana ajaran rasullullah agama yang diturunkan oleh Allah bukan parti Islam yang ditubuhkan oleh saya juga tidak tahu siapa founder Pa*. Ini yang saya cuba terangkan.
[/quote]
asalnya HIZBUL MUSLIMIN tapi diharamkan oleh penjajah.

didaftarkan baru sebagai PAS. dasar masih sama, matlamat dulu mungkin lebih kepada kemerdekaan sebab tu PAS dulu sanggup bergabung dengan umno untuk kemerdekaan.

tapi matlamat sekarang lebih ke arah mendaulatkan SYIAR dan menegakkan Keadilan Islam. sebabtu sekarang taknak bergabung dengan umno yang pas tuduh zolim. tambahan pulak umno dulu pernah buang PAS yang pernah bergabung dengannya dulu.

tu lah..haramkan hizbul muslimin dulu, kan dah tertubuh PAS. :153:


[quote name='™ю‽№∞' date='13 August 2010 - 10:53 AM' timestamp='1281668008' post='1044747']
sebab jika agama dijadikan parti secara tidak langsung kita juga mengamalkan sistem sekular sama seperti UMN* so itu saya cakap 2 x 5 = 10, 5 x 2 = 10...... ada presidan, ada naib presiden, ada sistem undi... bila sudah jadi begini.. maka secara tidak langsung wujud la perebutan kuasa. Seorang cakap nak bersatu, seorang lagi cakap lain.

........hanya mengajak orang membuat kebaikan mengikut Islam. bila semua orang sudah peluk Islam.... dengan mudah Terbentuknya negara Islam dengan sendirinya. Tabligh juga tidak mengira hang tu ka UMn*, Pa* atau PK*... dia tetap pergi kerumah kamu mengajak kamu membuat kebaikan.. pergi menunaikan solat berjemaah... dia tidak kira samada dia tu rasuah, korupsi tukang tipu kaki fitnah, tidak bersolat, ... tabligh pergi kerumah orang itu dan mengajak melakukan kebaikan mengikut Islam... Ini yang di ajar oleh rasullullah. Tabligh tidak peduli surau tu kepunyaan Pa* atau Umn*..... tabligh tidak kira pembaca kutbah tu Pa* ke atau Umn* .... dia hadir ke masjid untuk sembahyang jumaat.[/quote]
sistem sekular yang dimurnikan Islam : dengan sistem sekular yang tertolak masih kamu tak dapat bezakan.

secara umumnya, sistem demokrasi di dunia ini telah diterima dalam Islam kerana kaedahnya yang tak bercanggah dengan Islam. titik. tidak lagi timbul isu sistem sekular.

orang kafir pun tolak korupsi, tolak rasuah, atas pemikiran akal yang waras walaupun mereka tidak menerima Islam sebagai ajaran hidup. secara automatik dalam sistem demokrasi di negara mereka tidak ada rasuah/korupsi. jika terbukti berlaku akan dibicarakan di mahkamah yang telus. ini sepertimana dikehendaki Islam juga kan? ada bercanggah dengan syariat? titik. tidak lagi timbul isu sistem sekular.

semua orang memeluk Islam belum tertegak negara Islam. mana pemimpin? mana sistem pentadbiran?

nabi SAW sendiri pesan, mafhumnya "HIKMAH itu barang yang tercicir dari kalangan umat Islam, jika sesiapa menjumpainya maka dia berhak atasnya" ...sistem pentadbiran yang diamalkan di dunia sekarang tak jauh beza dengan yang diamalkan zaman Nabi SAW dan khalifah dulu. ada menterinya, ada presiden atau ketua negara atau boleh diiktiraf sebagai sultan (tapi konsep sultan -sejak zaman selepas khilafah sahabat nabi- dibuat sebagai milik keluarga, hampes betul buat hak milik keluarga diorang pulak, tak pernah diajar nabi)... jangan ingat zaman nabi tu takde sistem ye. orang barat ambil nabi SAW dan khalifah2 jadi model sistem pentadbiran.

cuma beza dulu perlantikan berdasarkan lantikan oleh majlis syura, majlis syura akan pilih dari senarai orang yang paling layak. sekarang yang pilih bukan majlis syura tapi orang ramai dari list senarai yang bertanding. pilih lah yang terbaik! :3:

masalahnya zaman kita ni pilihanraya pilih parti bukan pilih kredibiliti. asalkan parti sekian, calon bukan Islam pun dipilih sedangkan kawasan tu ramai orang Islam bukan orang bukan Islam. situasi ni pernah terjadi di Cangkat Jering, Taiping.

----------------------

dalam Islam ada Amar Makruf Nahi Mungkar. suruh kebaikan cegah kemungkaran. dalam tabligh hanya seru makruf bukan suruh makruf. cegah kemungkaran tiada kerana mengharapkan menyeru makruf itu automatiknya mencegah kemungkaran. suruh makruf cegah mungkar hanya akan berlaku dengan kuasa dan pemerintahan. sesama kawan kita hanya kita mampu seru makruf bukan suruh. dengan anak dan isteri (lelaki) kita boleh suruh makruf.

cegah mungkar semua wajib. lebih2lagi orang yang ada kuasa, akan dipersoalkan amanah yang diabaikan tersebut.

[quote]tidak mengira hang tu ka UMn*, Pa* atau PK*... dia tetap pergi kerumah kamu mengajak kamu membuat kebaikan.. pergi menunaikan solat berjemaah[/quote]
memang ini sepatutnya dan sedang PAS buat. yang menjadi masalahnya bila program PAS untuk umum disekat, dihalang, ditarik permit, dan macam2. sebab tu PAS galakkan ditubuhkan NGO dari kalangan ahli PAS, supaya matlamat menyampaikan manfaat kepada umum sampai, seperti pembelaan rakyat, seperti majlis ilmu, seperti pusat khidmat masyarakat dan klinik percuma, sekalipun platform terpaksa ditukar dari platform PAS kepada NGO. bila matlamat politik akan tetap gunakan PAS kerana NGO bukan politik. berbeza dengan UMNO, larang berpolitik kat sekolah tapi dia sendiri berpolitik di sekolah. terang2 banner logo umno/BN :lol: Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='13 August 2010 - 11:22 AM' timestamp='1281669748' post='1044748']
asalnya HIZBUL MUSLIMIN tapi diharamkan oleh penjajah.

didaftarkan baru sebagai PAS. dasar masih sama, matlamat dulu mungkin lebih kepada kemerdekaan sebab tu PAS dulu sanggup bergabung dengan umno untuk kemerdekaan.

tapi matlamat sekarang lebih ke arah mendaulatkan SYIAR dan menegakkan Keadilan Islam. sebabtu sekarang taknak bergabung dengan umno yang pas tuduh zolim. tambahan pulak umno dulu pernah buang PAS yang pernah bergabung dengannya dulu.

tu lah..haramkan hizbul muslimin dulu, kan dah tertubuh PAS. :153:



sistem sekular yang dimurnikan Islam : dengan sistem sekular yang tertolak masih kamu tak dapat bezakan.

secara umumnya, sistem demokrasi di dunia ini telah diterima dalam Islam kerana kaedahnya yang tak bercanggah dengan Islam. titik. tidak lagi timbul isu sistem sekular.

orang kafir pun tolak korupsi, tolak rasuah, atas pemikiran akal yang waras walaupun mereka tidak menerima Islam sebagai ajaran hidup. secara automatik dalam sistem demokrasi di negara mereka tidak ada rasuah/korupsi. jika terbukti berlaku akan dibicarakan di mahkamah yang telus. ini sepertimana dikehendaki Islam juga kan? ada bercanggah dengan syariat? titik. tidak lagi timbul isu sistem sekular.

semua orang memeluk Islam belum tertegak negara Islam. mana pemimpin? mana sistem pentadbiran?

dalam Islam ada Amar Makruf Nahi Mungkar. suruh kebaikan cegah kemungkaran. dalam tabligh hanya seru makruf bukan suruh makruf. cegah kemungkaran tiada kerana mengharapkan menyeru makruf itu automatiknya mencegah kemungkaran. suruh makruf cegah mungkar hanya akan berlaku dengan kuasa dan pemerintahan. sesama kawan kita hanya kita mampu seru makruf bukan suruh. dengan anak dan isteri (lelaki) kita boleh suruh makruf.

cegah mungkar semua wajib. lebih2lagi orang yang ada kuasa, akan dipersoalkan amanah yang diabaikan tersebut.
[/quote]

saya sudah perjelaskan agama Islam dengan parti Islam ... seperti diatas.. sebab tu pada pandangan pertama saya... pasal kerja.... Jika orang itu mai kerja pun lewat, suruh orang punchkan.. dan kebanyakan nya.. saya sebut kebanyakkannya di tempat kerja saya adalah ahli Pa*... bila terjadi mende-mende begini.. siapa yang bakal dimalukan... selepas dijadikan parti Islam.... Sudah tentu agama Islam.... siapa yang menjatuhkan sendiri martabat Islam... Orang kafir yang ada sekarang.... hehehe bukan.... yang menjatuhkan agama kita adalah kita sendiri.. bila dijadikan parti Islam... Ahli parti Islam hanya mengikut perjuangan parti.. tidak mengikut ajaran Islam Kalau ikut ajaran Islam takkan nak mai keja lewat... takkan nak pakai windows pirat e.. takkan nak buat sesuatu yang bercanggah dengan Islam kan.... almaklumla parti Islam. dari pendapat saya yang sebelum nya.. iaitu Islam adalah agama bukan parti Islam.. Islam adalah cara hidup yang dipeturunkan oleh Rasullulah. Bukan Parti Islam yang ditubuhkan di Malaysia.. bila jadi begini bila ahli parti Islam membuat sesuatu kesilapan... siapa yang mendapat nama yang buruk...... Agama Islam kan.....


Pernah saya dengar " masuk Pa* masuk syurga.. " kalau orang kafir masuk jadi ahli Pa* dia leh masuk syurga ke. sebab saya dengar Pa* nak buka keahlian kepada yang bukan Islam. Tapi semua ditentukan oleh Allah kemasukkan syurga dan neraka ni bukan parti Islam.. Allah sahaja maha mengetahui.. Tapi tu la parti Islam.. Bila jadi begini siapa yang menjatuhkan Islam bila salah satu ahli-ahli Pa* menunjukkan kelakuan yang tidak elok.. Orang akan cakap tu dia Islam...... atau Islam macam tu ka.....

Sembahyang mencegah dari melakukan perkara mungkar.. Tapi kawan ni... sembahyang tungging tebalik, jadi ahli PA*.. Mai keja pun lewat... saya bukan mencari keburukan orang lain.. Dan allah sahaja mengetaui amalan solat nya.. cuma saya nak terangan jika kita ahli parti Islam membuat perkara tidak elok.... kita lebik memburukkan lagi agama kita... sepatutnya kita menjadi contoh baik kepada yang lain.. Orang kafir mentertawakan kita.. mempermainkan kita... Sebab Islam adalah agama yang perfect sempurna... tapi ahli parti Islam... dia ikut ajaran Islam atau parti Islam... Allah sahaja maha mengetahui..

saya tak sebut parti Umn* atau PK* atau MC* atau MI* atau PB5 sebab ahli-ahli parti Islam sendiri sudah maklum dengan mereka.. maksud saya ahli-ahli parti Islam boleh terang secara terperinci apa yang dilakukan oleh parti lain... itu salah ini salah... cuma yang saya terangkan di sini kalau kita parti Islam.. melakukan kesilapan atau sesuatu yang tidak baik.. kita semakin menjatuhkan lagi agama kita.. sebab bila menjadi ahli parti Islam seolah -olah dialah lebih baguih dok ada dari orang lain.... Edited by ™ю‽№∞

Share this post


Link to post
Share on other sites
bila bercerita bab agama mmg tdk akan menemui titik noktah...fahaman manusia mengenai agama adalah berbeza kebnykakannya....hanya segelintir atau sejumlah yg kecil memahami agama tanpa sbrg perbezaan (pemikiran sama dan bersependapat)tp itu adlh lumrah dan sbbnya adlh kerana kita MANUSIA...manusia tdk pernah lari daripada melakukan kesilapan sekaligus dsini boleh dinyatakan bahawa setiap manusia akan melakukan kesilapan...bezanya hanyalah kecil atau besar...selagi namanya kita adlh manusia kita bukanlah makhluk yg sempurna sbb satu2nya yg pasti adalah sempurna ialah pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T. oleh kerana itu tidak mustahil utk setiap manusia mmpunyai pendapat yg berbeza dlm segala perkara...begitu juga dlm soal politik...selagi namanya manusia mengamalkan POLITIK, akan sentiasa wujudnya sengketa, ketidakfahaman, peperangan, hasad dengki dan sbgnya...apa yg pasti kita selaku manusia yg lahir sbg umat islam ada satu perkara yg kita wajib utk melakukan bersama2 tanpa sbrg perbezaan iaitu melakukan segala ajaran dan mempelajari segala ilmu yang diturunkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kpd umatnya utk mendalami islam dan menjalani ibadah serta menjauhi semua kemungkaran...ok berbalik semula kpd topik politik berdasarkan kpd penyataan aku sbntr td, [b]adkh kita setiap manusia yg beragama ISLAM dpt bersama2 menjalankan perkara yg wajib ini?[/b] pada pendapat aku selagi manusia kebanyakkannya hanya 'bertopengkan ISLAM' (beerti tidak menjadi seorg umat ISLAM sejati) selagi itulah tidak akn wujudnya persefahaman di antara umat ISLAM. Sekaligus apapun perkara yg kita jalani tidak kira politik, kerjaya dan sbgnya, kita sbg umat ISLAM amat susah utk bersatu dalam segala perkara yang dilakukan...selagi perkara yg satu ini kita tdk dpt selesaikan mungkin politik di MALAYSIA misalnya tidak akan menemui jln penyelesaian dlm membntuk kerajaan ISLAM yang betul2 berlandaskan syariah ISLAM itu sendiri...tidak kiralah parti UMN* mahupun PA* (Yg Ketuanya adlh islam termasuk dlm senarai)jd permasalahan politik ini tidak selesai selagi umat ISLAM tidak bersatu hati dalam mendalami apa itu ISLAM sendiri....Wallahualam..(Ini hanya skdr pendapat daripada aku...sekian...) Edited by haziqnet

Share this post


Link to post
Share on other sites
semua ni bermula dari pemimpin negara tu sendiri, tak kira la dalam negara tu ada banyak parti PAS ke UMNO yang memperjuangkan Islam yang syumul. Kalau pemimpin negara tu molek dan ikut cara Islam, betul nak tegakkan agama Islam (bukan hanya mempertahankan Islam sebagai agama rasmi), nak ubah undang2 sekular kepada undang2 Islam dan macam2 lagi .. maka orang2 bawah (rakyat jelata) pasti ikut dan aman sentosa. tak perlu kerjasama dan perpaduan sebab pemimpim negara dah terang2 memperjuangkan Islam yang syumul dan satu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='FryShadow' date='14 August 2010 - 07:15 AM' timestamp='1281741357' post='1044811']
semua ni bermula dari pemimpin negara tu sendiri, tak kira la dalam negara tu ada banyak parti PAS ke UMNO yang memperjuangkan Islam yang syumul. Kalau pemimpin negara tu molek dan ikut cara Islam, betul nak tegakkan agama Islam (bukan hanya mempertahankan Islam sebagai agama rasmi), nak ubah undang2 sekular kepada undang2 Islam dan macam2 lagi .. maka orang2 bawah (rakyat jelata) pasti ikut dan aman sentosa. tak perlu kerjasama dan perpaduan sebab pemimpim negara dah terang2 memperjuangkan Islam yang syumul dan satu..
[/quote]


sbnrnya PADA PENDAPAT AKU, UMNO dh ok dh utk menegakkan hukum hudud tp UMNO xbuat atas sbb tertentu (katanya sbb negara ni berbilang kaum,x praktikal) . PAS pulak berjanji akan tegakkan hukum hudud tp masih tidak jelas PADA AKU secara terperinci caranya (kalau siapa2 dari PAS boleh jelaskan?). Ini kerana nak tegakkan undang2 Islam dalam undang2 sekular (bukan perkara yang mudah) ataupun nak hapuskan undang2 sedia ada utk undang2 baru adakah praktikal?. kalau kedua2 belah pihak boleh transparentkan isu ini yang bermaksud UMNO terangkan dgn jelas kenapa x boleh tegakkan hukum hudud dan PAS terangkan dgn jelas cara mcm mana nk tegakkan hukum hudud, perkara ini boleh diselesaikan.sbb kalau ada cara yang PRAKTIKAL utk tegakkan hukum hudud rasanya tiada sbb utk UMNO menolak cadangan itu.

kedua, UMNO ni dari BYK KHABAR2 yg didengar melakukan corruption dan kronism. ada pepatah Melayu kata "Tiada angin masakan pokok bergoyang" tapi mungkin juga perkara ini fitnah. jadi perkara ini dapat diselesaikan kalau siasatan BEBAS dpt dijalankan. Dan kalau benarlah corruption ini berlaku, corruption adalah perkara yg mmg x disukai samada org Islam atau org bukan Islam yang baik maka x lama lagi UMNO akan terima AKIBATnya.The best way for UMNO to survive now is to be TRANSPARENT. Edited by ahmad87

Share this post


Link to post
Share on other sites
Elok kita ke masjid,surau or tempat kuliyah agama pasti kita akan dapat jawapan sebenar..
pada aku kita tak boleh asingkan agama dan politik.
jika asingkan tu la sebab jadi isu roboh masjid la...

Masjid buruk macam mana sekalipun,jika masih kukuh n tak bahayakan kepada org,haram dirobohkan..
lain la kalau stakat nk cat ke,tukar karpet ke...

lagi pun beza byk mana pahala jika kita solat kt masjid baru or masjid lama?
dari bazirkan duit buat masjid baru n robohkan masjid lama yg masih boleh pkai
ada baik sedekah pada fakir miskin

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku lebih suka kalau PAS tolak perpaduan dengan UMNO.. tapi dalam masa yang sama tolak juga perpaduan dengan DAP tu.

Buat solo sudah. Memang konfirm jamin x kan menang (melainkan Allah swt tentukan sebaliknya)... tapi kedudukan tinggi dan kemenangan syurga di sisi Allah swt insya'allah sudah terjamin. Setidak-tidaknya kita nak tegakkan hudud dan juga undang-undang Allah swt di dunia ini.

UMNO sah2 tolak hudud. DAP kalau naik aku x dapat bayangkan apa yang diorang akan buat pada perlembagaan dan keistimewaan Islam di Malaysia ni. Silap haribulan jadi secondary "Kiasu-Land".

PAS should stick with their idealogy dan bergerak je solo kerana Allah swt. Bila tiba masanya Allah swt akan menangkan jugak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Kassim Selamat' date='15 August 2010 - 01:08 AM' timestamp='1281805692' post='1044894']
Aku lebih suka kalau PAS tolak perpaduan dengan UMNO.. tapi dalam masa yang sama tolak juga perpaduan dengan DAP tu.

Buat solo sudah. Memang konfirm jamin x kan menang (melainkan Allah swt tentukan sebaliknya)... tapi kedudukan tinggi dan kemenangan syurga di sisi Allah swt insya'allah sudah terjamin. Setidak-tidaknya kita nak tegakkan hudud dan juga undang-undang Allah swt di dunia ini.

UMNO sah2 tolak hudud. DAP kalau naik aku x dapat bayangkan apa yang diorang akan buat pada perlembagaan dan keistimewaan Islam di Malaysia ni. Silap haribulan jadi secondary "Kiasu-Land".

PAS should stick with their idealogy dan bergerak je solo kerana Allah swt. Bila tiba masanya Allah swt akan menangkan jugak.
[/quote]

Betul jugak tu...

Setakat ni PAS satu-satunya parti perjuangkan Islam. sebelum ni AMNO hebat pada aku coz negara kita ada macam² kemajuan
tapi bila fikir betul² hala tuju, UMNO parti yg memperjuangkan Melayu.
Siapa yg tak nak kemajuan?
tapi apalah makna kemajuan jika kita tolak Islam tanpa menyedarinya.

Apabila kesemua makhluk yang hidup mati pada khiamat
Pertanyaan pertama Allah swt kemanakah segala kerajaan² dahulu?

Apapun sesebuah kerajaan tidak akan kekal lama melainkan kerajaan Allah swt..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...