Jump to content

hairulfadly

Moderator
  • Content Count

    3306
  • Joined

  • Last visited

  • Days Won

    1

hairulfadly last won the day on November 5 2023

hairulfadly had the most liked content!

Community Reputation

27 Baik

About hairulfadly

  • Rank
    Ahli Sangat Rajin
  • Birthday 09/09/1983

Contact Methods

  • AIM
    Lari ada orang tgk profile kita
  • MSN
    Identiti dirahsiakan
  • ICQ
    1234567890
  • Yahoo
    hairul13

Profile Information

  • Gender
    Male
  • Location
    Batu Berendam, Putarjaya
  • Interests
    Mendengar lagu, menghadap PC, suka kucing ..:)

Recent Profile Visitors

60085 profile views
  1. wasalam..wujud..domain masih hidup ni..hehe..
  2. Hari tu thumbdrive aku kena virus yang menjadikan fail word aku jadi macam ni. File word tu jadi hidden. Aku kena pergi ke tool options > show hidden file Baru Nampak file word yang telah dihiddenkan virus tu.. Macam mana nak unhidden file word tu. Sebab untick untuk Hidden tu telah disable oleh virus tu.. So macam mana yer?
  3. Panduan Asas Membaiki Komputer Peribadi 1. Kenalpasti masalah pada sistem. Periksa sama ada masalah berlaku berkaitan dengan perkakasan atau sistem pengoperasian ( virus, spyware ) atau perisian dalam komputer. 2. Bersihkan habuk yang terdapat pada perkakasan komputer pengguna (kipas, kad grafik, motherboard, hardisk, CD drives, dsb). 3. Cuba betulkan fail sistem pada sistem pengoperasian (regedit). Jika tidak boleh dibetulkan atau repair, maka format bagi sistem dilakukan. 4. Salinan pendua (backup) bagi data pengguna dilakukan terlebih dahulu sebelum aktiviti format dijalankan. Data pengguna boleh dipindahkan dan disimpan di dalam DVD-ROM atau External Hardisk. 5. Format PC dilakukan, bina partition sekiranya perlu dan kemudiannya install sistem pengoperasian yang baru. 6. Install driver motherboard, kad grafik, modem, mouse, monitor dan sebagainya. 7. Install perisian Aplikasi, Utility dan Antivirus. Scan keseluruhan komputer dilakukan. 8. Melakukan SCANDISK(menyemak bad sector), MSCONFIG (melarikan program yang perlu sahaja) dan DEFRAGMENTATION(untuk menyusun kandungan fail). 9. Install perisian yang biasa pengguna guna. Perisian Biasa -Microsoft Office 2003@2007 / Open Office -Adobe Acrobat Reader 7 / Foxit Reader -Winrar / Winzip / 7zip -Klite Mega Codec 134 / KLite Codec Pack -ACD See 3.0 / Picasa -PrimoPDF (convert fail kepada pdf) -Antivirus (Kerpesky / PAV 1.6 Beta) -Yahoo Messenger / Skype / Pidgin -Nero 7 -FLV Players -save2pc (Perisian percuma untuk memuat turun video dari Youtube atau Google dan menyimpannya dalam format .avi / .mpeg / .flv ke dalam komputer anda) -CCleaner 2.00 Perisian Advance -Adobe Photoshop 7.0 / CS -3D Max -Sketchup -Autocad -Macromedia -Lime Wire / Bitcomet -Google Earth -HijackThis 2.0.2 Perisian yang portable (boleh dimuatkan dalam thumbdrive) boleh dapatkan di : http://portableapps.com/apps Berikut adalah antara simptom komputer yang dijangkiti virus : 1. Komputer Menjadi Perlahan. Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer. Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya. 2. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka. Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda. Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda, mengubah polisi dan sebagainya. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan. 3. Folder Option Hilang. Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail. Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option. 4. Proses Start Up Menjadi Perlahan. Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan. Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda. Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up. 5. Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang. Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru. Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus. 6.Tidak Boleh Mencetak Dokumen. Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak. Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen. 7. Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah. Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki. 8. Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus. Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda. Link tambahan/Tutorial : 1. Tips Keselamatan Perkomputeran oleh Johnburn 2. Malware dan Langkah Menaganinya oleh Johnburn 3. http://www.pchell.com/support/smitremtutorial.shtml 4. http://siri.geekstogo.com/SmitfraudFix.php 5. Panduan, shortcut dan tips oleh PowerootTongkatAli 6. Tutorial langkah demi langkah cara Remove Malware guna Malwarebytes Anti-Malware oleh F18 HORNET Kalau ada kesalahan dan pertambahan harap beritahu.
  4. Aku dah tgk versi kartun... Tapi memang best la Spiderman 3 ni p/s : Nasib baik ade loceng .. tong tong tong
  5. hairulfadly

    Java Compiler

    1. Aku nak tanya sikit.. compiler apa yang digunakan oleh java? Kalau dalam bentuk T-Diagram macam mana. Daripada HLL ---> compiler--->Bahasa mesin 2. Apa yang akan berlaku sekiranya kita compile code program dalam Dynamic Memory Allocation ?
  6. untuk anda yang mahukan perisian kamus boleh cuba download perisian ni... http://www.mykamus.com/ Mykamus® merupakan antara kamus elektronik yang paling lengkap pada masa kini. Sehingga artikel ini di tulis. Sebanyak 81,015 istilah termuat sebagai entri dalam perisian komputer ini. Secara statistik terdapat 2,056,645 perkataan dan 12 ,017,635 huruf termuat dalam perisian komputer ini. Jumlah ini akan bertambah dari semasa ke semasa dengan bantuan komuniti mykamus®. aku dah try dan beli RM10 je... memang berbaloi kalau nak translate bahasa dengan cepat ....tak yah guna kamus buku ...
  7. MIMOS Berhad (MIMOS) baru-baru ini mengumumkan empat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkini berasaskan keupayaan sistem teknologi maklumat (ICT) sebagai kemudahan kepada pengguna daripada pelbagai peringkat sasaran. R&D tersebut yang dinamakan Pengkomputeran Pervasif (Pervasive Computing) terdiri daripada empat kategori iaitu Kejuruteraan Bahasa, teknologi maklumat berasaskan telekomunikasi (Pengkomputeran mudah alih), teknologi e-pembelajaran dan Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) atau OSS. Naib Presiden Bahagian Pengkomputeran Pervasif MIMOS, Raja Noor Ainin Raja Zainal Abidin berkata, R&D yang dijalankan itu adalah hasil kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan, universiti dan industri. ``Tujuan utama R&D dalam bidang Pengkomputeran Pervasif ini adalah untuk menggalakkan masyarakat terutamanya mereka yang di luar bandar memperkasakan keadaan sosioekonomi dan kehidupan mereka melalui penggunaan teknologi maklumat,'' katanya ketika memperkenalkan bidang penyelidikan itu di MIMOS Berhad, dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu ialah penyelidik bagi setiap bahagian iaitu Norlidza Mohd. Yassin, Kow Weng Onn, Afrezal Tahrin dan Rohani Ismail. Menurut Raja Noor Ainin, di bawah R&D Kejuruteraan Bahasa, MIMOS telah berjaya membangunkan dua penyelidikan iaitu membangunkan laman web alih bahasa (MLT) daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu serta perisian antara muka pengucapan dalam Bahasa Melayu (Fasih). Kedua-dua penyelidikan itu tambah beliau, dibangunkan bertujuan mendekatkan jurang digital di kalangan pengguna komputer di negara ini yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris memandangkan kebanyakan laman web dibangunkan dengan bahasa tersebut. MLT Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu katanya, merupakan penyelidikan yang memakan masa kira-kira 10 tahun dengan keupayaannya menterjemah laman web, ayat dan perkataan Bahasa Inggeris mencapai sehingga 60 peratus keberkesanan. ``Fasih pula dibangunkan dalam bentuk perisian yang mana komputer boleh membacakan sebarang ayat dalam Bahasa Melayu sama ada secara baku atau sebaliknya dan ia amat sesuai untuk tujuan pembelajaran kepada golongan cacat penglihatan,'' katanya. Raja Noor Ainin menambah, di bawah R&D Pengkomputeran Mudah Alih (Mobile Computing) pula, MIMOS dengan kerjasama Jabatan Pertanian telah membangunkan satu direktori berpusat sebagai kemudahan dari segi maklumat dan pemasaran kepada petani-petani di negara ini. Laman web yang dinamakan AgriBazaar itu katanya, dilancarkan pada bulan Jun tahun lalu dan sehingga kini ia telah berjaya menarik lebih 500 orang individu dan syarikat yang terlibat dalam sektor pertanian untuk berurus niaga secara atas talian. AgriBazaar juga tambahnya, dibangunkan dengan tujuh direktori utama sebagai kemudahan kepada pengguna mengatur strategi perniagaan mereka secara online iaitu e-BuySell, e-Stok, e-Logistik, e-Plan, e-Make, e-Support dan e-Payment. Rangkaian perniagaan ``Melalui laman web AgriBazaar ini juga, petani di negara ini dapat memperluaskan rangkaian perniagaan mereka memandangkan ia turut dilayari oleh pengguna dari luar negara termasuk dari China, Kanada dan Thailand,'' katanya. Raja Noor Ainin menambah, di bawah R&D teknologi e-pembelajaran pula, MIMOS memberikan tumpuan terhadap dua penyelidikan iaitu membangunkan laman web Malaysia Grid for Learning (MyGfL) dan Titian Digital. Katanya, melalui kedua-dua direktori itu, pengguna boleh mendapatkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan dan ekonomi dan ia dirangkaikan dengan laman web berkaitan termasuk Pusat Sains Negara, Perpustakaan Negara dan KEMAS. Sementara itu tambah beliau, R&D OSS pula memberikan tumpuan terhadap pembangunan perisian untuk aplikasi Open Office yang ditingkatkan kelebihannya untuk kegunaan komuniti luar bandar yang lebih selesa menggunakan Bahasa Melayu. ``Antara penambahbaikan tersebut ialah aplikasi pembetulan ejaan dan tatakata dalam Bahasa Melayu,'' katanya. Menurutnya lagi, MIMOS juga bertindak sebagai pusat kerjasama penyelidikan dan pertukaran maklumat dengan pelbagai pihak dari seluruh dunia dalam menjalankan penyelidikan yang serupa. Penyelidikan yang dibangunkan itu boleh dicapai secara percuma dan antaranya melalui laman web www.terjemah.net.my, www.agriba azar.com.my, www.mygfl.net.my dan www. titian-digital.net.my.
  8. Aku nak tanya sikit apakah cpu mempunyai jangka hayat hidup yang tersendiri. Kalau cpu AMD ni berapa lama ia boleh tahan ? Kalau tak OC la...
×
×
  • Create New...