Jump to content
TOYSЯUS

Lesen Judi Piala Dunia

Recommended Posts

[size="3"][color="#ff0000"][b][url="http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26818:semua-pbt-tidak-benarkan-terus-operasi-judi&catid=1:utama&Itemid=50"]Semua PBT tidak benarkan terus operasi judi[/url]

[/b][/color][/size]

[quote][b]SUBANG, 28 Mei:[/b] Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan tidak membenarkan premis-premis miliknya terus digunakan untuk aktiviti perjudian setelah lesen premis berkenaan tamat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata, mesyuarat Exco telah membuat keputusan tersebut.

Katanya, premis milik kerajaan negeri di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan dikembangkan untuk aktiviti perjudian apabila lesennya tamat.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita bahawa tiga PBT di negeri ini tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport, anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp.

[img]http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/2-8apr/riben.jpg[/img]“(Mesyuarat) Exco buat keputusan tak benarkan premis-premis kita yang tamat lesen kembangkan aktiviti judi,” ujarnya kepada Harakahdaily selepas berkhutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, petang ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan Karnival Perdagangan dan Produk Islam di pekarangan masjid berkenaan yang berakhir Ahad ini. [b](Gambar)[/b]

Dr Hasan menjelaskan bahawa seluruh PBT di negeri ini tidak lagi mengizinkan premis judi beroperasi apabila tempoh lesennya tamat.

Mengenai karnival itu, beliau berkata, kerajaan negeri memberi galakan kepada pihak masjid menganjurkannya bagi memberi peluang kepada para peniaga berbagai peringkat menyertainya.

Selaku Exco Agama, beliau mahukan pihak surau, masjid atau institusi agama memikirkan agar dapat mengadakan aktiviti bagi mengimarahkan tempat ibadat berkenaan.

Ini, katanya selaras dengan konsep masjid wahana pembangunan umat yang diperkenalkannya dalam konteks membangunkan masyarakat.

Menurutnya, karnival yang diadakan itu adalah percubaan mana-mana masjid dan berharap mendapat kerjasama daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan agar penglibatannya lebih meluas.

“Kita buka ruang yang seluas-luasnya penyertaan dalam program ini,” ujarnya.

[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
heheh , kurang2 ada pihak yang menyokong dan membangkang , ada jugak benda elok yang keluar macam khairul anwar tu post... kalaunya tak keluar isu judi ni ? ntah ada ke tak tindakan tu. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#ff00ff"][b]Judi: Pemuda PAS cabar PERKASA berdebat[/b][/color][/size]
[/center]
Dewan Pemuda PAS pusat hari ini mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berdepan dalam satu debat perdana mengenai kemungkaran judi.
[img]http://media1.malaysiakini.com/262/ed8f82f7118b8711a74cab4fcda058c3.gif[/img]Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata, pihaknya bersedia berdebat dengan PERKASA pada bila-bila masa, kecuali sewaktu muktamar parti itu bulan depan.Muktamar PAS akan berlangsung di Kota Bharu dari 9 hingga 13 Jun depan.

Dalam SMSnya kepada[i] Malaysiakini [/i]hari ini, Nasrudin mencadangkan debat perdana itu dengan tajuk "kemungkaran judi bercambah dalam negara: tanggungjawab siapa".
Pemberian lesen judi bola sepak itu mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.

Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.

[url="http://www.malaysiakini.com/news/132689"]http://www.malaysiak...com/news/132689[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]
[url="http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaanSelangorlarangjudibolasepak/Article"][b]Kerajaan Selangor larang judi bola sepak[/b][/url][b]


2010/05/30[/b]

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan mana-mana premis di negeri ini menjalankan operasi aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak, kata Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Walaupun lesen perjudian bola sepak itu telah dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak yang beroperasi di negeri ini, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilapor berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk
menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Abdul Khalid berkata: "Ini kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak." - Bernama [/quote] TERIMA KASIH MB Selangor yang BERANI menentang keputusan kerajaan tak macam MB-MB yang tak berani.

Share this post


Link to post
Share on other sites
KM penang pun mengharamkan judi dibawah semua PBT mereka :)

http://www.malaysiakini.com/news/132986

Share this post


Link to post
Share on other sites
haha... so negeri2 yg lain apa citer... :lol:

taknak ikut serta ker ban judi...

Share this post


Link to post
Share on other sites
alah, nak tunjuk riak kononnya banteras judi.

Aku baru lepak2 semalam minum2 kejap ade je mahjong main kat sebelah aku.

Haramkan je tak gune. Buat penguatkuasaan sekali kalau betul la ikhlas banteras judi ni.

Tangan menghulur, hati riak.

Astaghfirullah.

:(

Share this post


Link to post
Share on other sites
najib sebagai menteri kewangan pertama menberi amaran keras tindakan akan diambil kepada negeri yang mengharamkan judi.

[quote]Sementara itu, Chor Chee Heung dalam kenyataan kepada media semalam memberikan amaran kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tindakan mereka bertentangan dengan perlembagaan dan tindakan boleh diambil ke atas mereka.

Oleh kerana judi bola sepak telah dihalalkan (legalise) oleh kerajaan persekutuan, tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menyekat dari berjalan di negeri berkenaan satu tindakan yang tidak betul dan bertentangan dengan undang-undang, kata Chor kepada media.

"Kerajaan negeri Pakatan, khasnya Pulau Pinang kena faham bahawa judi bola sepak tidak lagi kegiatan haram (di Malaysia)," kata Chor sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina.[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Nezict' date='31 May 2010 - 08:42 PM' timestamp='1275306163' post='1034142']
alah, nak tunjuk riak kononnya banteras judi.

Aku baru lepak2 semalam minum2 kejap ade je mahjong main kat sebelah aku.

Haramkan je tak gune. Buat penguatkuasaan sekali kalau betul la ikhlas banteras judi ni.

Tangan menghulur, hati riak.

Astaghfirullah.

:(
[/quote]
Riak ker nak buat amar makruf nahi mungkar?
Ko tu sapa nak kata orang tu riak?
Mulut bacul.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kurang2 beberapa negeri tuh buat sesuatu dari berdiam diri dan menerima apa ajer yg disuruh walau pon terang2 menyalahi syarak...

hah.. dulu di cabarnya negeri2 yg di kuasai pembangkang tuh utk sekat judi...

bila dah buat dia katanya riak pulak... haih... manusia~~ manusia~~

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='31 May 2010 - 08:51 PM' timestamp='1275310299' post='1034159']
kalau nak kenal itu lah ciri2 orang munafik.
[/quote]
Apa kriteria encik nak melabel saya sebagai munafik?

Ni dah kira out topic dan berunsur flaming ya amat.

Kalau encik betul berani, pegi la RWI sana. Sini orang sikit, banyak pro-pembangkang, Melayu ramai boleh la cakap itu ini.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Oit.
Jgn gadoh. Aku hammer kang.

Tapi takpe, aku hammer topik ni kejap..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="5"][color="#483d8b"][b][url="http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26950:rakyat-diseru-sertai-kempen-memansuhkan-judi-esok&catid=1:utama&Itemid=50"]!!Rakyat diseru sertai Kempen Memansuhkan Judi esok!![/url][/b][/color]
[/size][/center]
[b]KUALA LUMPUR, 4 Jun:[/b] Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyeru seluruh rakyat turun ke pelancaran Kempen Memansuhkan Judi esok, 5 Jun sebagai sokongan kepada bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 bermula bulan ini.

[img]http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/15-21mac/suhaizan.jpg[/img]Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat [b](gambar)[/b] memberitahu, pimpinan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan ulama akan berhimpun di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara jam 2 petang esok.

Menurutnya, GMJ yang baru ditubuhkan 1 Jun Lalu mengadakan kempen berkenaan bertujuan mendesak kerajaan menarik balik lesen judi yang telah diluluskan.

Selepas pelancaran kempen ini, GMJ akan memulakan kempen mereka dimulakan dengan penyerahan memorandum kepada ahli-ahli Parlimen pada Isnin, 7 Jun ini sempena persidangan Dewan Rakyat.

Pada 23 Jun pula, GMJ akan menyerahkan memorandum sama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Manakala [i]road show[/i] ke serata negeri berjalan sepanjang masa dan akan bermula 15 Jun ini sehingga hari kemuncak bantahan 3 Julai ini.

Ianya bermula di Wilayah Persekutuan, Selangor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun).

"Kemuncak kepada kempen ini adalah Himpunan 100 Ribu Rakyat Malaysia Membantah Judi Sukan pada Sabtu 3 Julai depan jam 2 petang di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, Suhaizan sekali lagi menyeru seluruh rakyat yang prihatin dalam isu ini akan bersama-sama memberikan sokongan terhadap kempen tersebut.

Ini kerana, ujarnya kelulusan lesen judi akan mendatangkan impak negatif kepada rakyat, bukan mendatangkan kebaikan kepada negara seperti yang dicangankan kerajaan.

Kesannya termasuklah keruntuhkan mutu sukan negara, mendorong rakyat bergantung kepada nasib, menurunkan produktiviti negara, meruntuhkan institusi keluarga, meningkatkan gejala sosial, meningkatkan kadar jenayah, meningkatkan beban hutang rakyat, meruntuhkan ekonomi negara dan menyalahi dasar-dasar semua agama.



http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26950:rakyat-diseru-sertai-kempen-memansuhkan-judi-esok&catid=1:utama&Itemid=50

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Nezict' date='01 June 2010 - 12:29 AM' timestamp='1275319775' post='1034196']
Apa kriteria encik nak melabel saya sebagai munafik?

Ni dah kira out topic dan berunsur flaming ya amat.

Kalau encik betul berani, pegi la RWI sana. Sini orang sikit, banyak pro-pembangkang, Melayu ramai boleh la cakap itu ini.
[/quote]

nko ni kaki judi ker kuat sgt membela lesen judi nie...ih..ih..ih..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='kembara' date='06 June 2010 - 12:03 AM' timestamp='1275753814' post='1035111']
nko ni kaki judi ker kuat sgt membela lesen judi nie...ih..ih..ih..
[/quote]
Please, constructive replies.

Bukan nak bashing orang.

Ini bukan blog pembangkang mahupun kerajaan.

FYI, last time aku main judi ialah tikam telur mase kecik2 sekolah rendah dan aku tak tau pon masa tu bende tu judi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
sudah2lah tu korang ni,aku tgk lebih kurang same aje...

:blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Nezict' date='06 June 2010 - 01:34 AM' timestamp='1275755687' post='1035112']
Please, constructive replies.

Bukan nak bashing orang.

Ini bukan blog pembangkang mahupun kerajaan.

FYI, last time aku main judi ialah tikam telur mase kecik2 sekolah rendah dan aku tak tau pon masa tu bende tu judi.
[/quote]

mase kecik2,nko xtau pasal judi xperla.skang ni nko dh besar,kene bertanggungjawabla sket.

Dlm Islam kena ader amar makruf(menyuruh org berbuat kebaikan),nahi mungkar(mencegah org drpd membuat kemungkaran)macam mane pendapat nko tentang perkara tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#ff0000"][b]Judi sukan: Vincent Tan rayu Pakatan jangan berkeras[/b][/color][/size][/center]
Oleh Neville Spykerman June 05, 2010 [center] [img]http://www.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/06/05/vincent-tan-june5.jpg[/img][/center]

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

"Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan.

Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata.

Tan [b](gambar)[/b] juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak [b]RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan[/b] itu.

"Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini," kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Malah, beliau juga menolak tanggapan bahawa pulangan daripada jualan itu akan pergi kepada faedah parti pemerintah kerajaan persekutuan.

"Ini tuduhan tidak masuk akal sama sekali," kata Tan yang mengecam blogger Raja Petra Kamarudin tanpa menamakan beliau, yang menimbulkan isu berkenaan.

Malah perkara itu turut ditekankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

"Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan [b]Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas[/b].

"Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka.

Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi "pertaruhan telefon."

"Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?" kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

"Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.

Akibat pertaruhan haram itu katanya, [b]kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion[/b].

Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.

"Ini yang menyebabkan orang ramai berhadapan dengan masalah," kata Tan yang bermula sebagai ejen insurans dan kemudian meluaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan makanan segera McDonald's.

Berjaya Corporation juga terlibat dalam perniagaan hartanah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]
[/b]

[center][size="5"][color="#000080"][b][url="http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26978:vincent-tan-cuba-perjudi-kemarahan-rakyat&catid=1:utama&Itemid=50"]Vincent Tan cuba perjudi kemarahan rakyat[/url][/b][/color][/size][/center]

[b]KUALA LUMPUR, 6 Jun:[/b] Tindakan Tan Sri Vincent Tan yang mahu mendermakan RM525 juta hasil penjualan kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd kepada Better Malaysia Foundation dilihat cubaan memperjudikan perasaan dan kemarahan rakyat.

Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.

"[b]Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara[/b] ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini.

"Beliau juga seolah-olah [b]cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan[/b] melalui bayaran ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman damai dalam negara ini sementara sukan judi yang lesennya diluluskan oleh kerajaan kononnya sebuah negara Islam bernama Malaysia boleh merosakkan minda rakyat.

Tambahnya, rakyat akan merasa malas bekerja, suka bergantung pada nasib, hutang akan bertambah, hidup akan melarat dan akhirnya terjerumus dalam lubuk jenayah.

Menurutnya lagi, judi sukan boleh membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya rakyat yang tidak bersalah menerima mangsa.

"Apakah Tan Sri Vincent Tan sanggup melihat rakyat Malaysia [b]melarat akibat judi sukan[/b]?" tanya beliau.

Tan juga diingatkan tidak [b]mementingkan diri sendiri untuk hidup kaya raya di negara ini hasil kemusnahan hidup rakyat Malaysia[/b].

"Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525 juta yang ditabur atas nama kebajikan," tambahnya lagi.

GMJ, tegasnya akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen itu ditarik balik.

"Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barang kali mereka memerlukan," katanya.

Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu mendapat kritikan hebat khususnya dari Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Tan semalam merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...