Jump to content
TOYSЯUS

Lesen Judi Piala Dunia

Recommended Posts

[quote name='khairul anwar' date='06 June 2010 - 07:26 AM' timestamp='1275780369' post='1035141']
"Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?" kata Tan sambil berkata, beliau [b]tidak faham[/b] mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.
[/quote]
Huh, susah nak bagi paham orang jenis hati gelap gelita tak paham bahasa tak ada agama. Memang la tak boleh dihalang, tapi mengambil bahagian pun tak patut jugak. Adakah kerana pusat disko haram tak boleh dihalang maka kita perlu buat lebih banyak pusat disko? Adakah kerana aktiviti pelacuran tidak boleh dihalang maka kita perlu buat lebih banyak pusat pelacuran? Adakah kerana aktiviti hisap dadah tidak boleh dihalang maka kita perlu buat pusat khas menghisap dadah supaya boleh kita pantau berapa banyak dadah kita hisap. Itulah dasar bodoh yang aku pernah kata dulu, "If you can't beat them, join them," walaupun apa yang mereka buat itu benda salah. Cakap je lah ko nak duit tu.

Pastu tak abis-abis balik balik salahkan pembangkang. Hoi, aku ni dah berpuluh tahun TAK PERNAH sekali pun aku pangkah pembangkang <---(pengakuan terbuka :lol: ), aku pun tau judi tu benda tak elok. Nak salahkan pembangkang pulak. Dah banyak kali dah, orang mempolitikkan isu semata-mata untuk diversion atau melarikan diri, taktik basi tu dah tak berkesan atas orang yang waras.

Share this post


Link to post
Share on other sites
hah... dia bg RM525 juta tapi pastuh dia akan dapat sampai 10 kali ganda dari amount tuh...

apa pon terus kan negeri yg dah ban tuh... jgn terpengaruh dgn janji dia org... hanya beberapa negeri tuh lah harapan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
hah nampak,belum muktamadkan?maksudnya kerajaan dan dengar pendapat kita semua...sape yang kata hari tu dah dilaksanakan?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Beri syor terbaik atasi judi haram

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pelbagai pihak terutama mereka yang mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara bola sepak diminta tampil memberi cadangan mengenai langkah mencegah kegiatan perjudian haram.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak-pihak tersebut diminta berbuat demikian bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan dalam membanteras kegiatan ekonomi hitam itu.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan kementerian dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Tahanan Arbitrari di bangunan Parlimen hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan bola sepak dengan alasan ia menggalakkan kegiatan perjudian.

Beliau berkata, langkah memberi lesen perjudian bola sepak itu dilaksanakan bagi membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia.

Awal tahun ini, kerajaan mengeluarkan lesen kepada Ascort Sports Sdn. Bhd untuk mengendalikan pertaruhan orang ramai ketika acara sukan berlangsung.

Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin bagi memantau kegiatan perjudian haram ketika berlangsungnya Piala Dunia.

"Kita harap pihak yang berkenaan juga dapat memberi pandangan bagi membantu kementerian menyelesaikan isu perjudian haram ini,'' katanya.

sumber - utusan 8/6/2010[/quote]

huhu mcm nak lepas tgn jer...

haha... nih gov dah open nak mintak tlg bg dia org idea cara nak bantras kegiatan judi haram...

leh bg kat sini mana tau dia org ade terbaca dan boleh pakai... juga kalau ada sesiapa nanti yg boleh sampaikan... Edited by Gunso

Share this post


Link to post
Share on other sites
ala... untuk bantras kejahatan nih takyah ler mintak upah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [size="4"][color="#ff0000"][b]Judi: Siapa berbohong - Najib atau BERJAYA?[/b][/color][/size] [/center]

[img]http://media1.malaysiakini.com/265/104a103aa62e887eecad4da76c025175.gif[/img] [img]http://media1.malaysiakini.com/265/a91de6da357589956e34477da4c0db1e.gif[/img]


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong

Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'
Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.


[url="http://www.malaysiakini.com/news/133935"]http://www.malaysiak...com/news/133935[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Beri syor terbaik atasi judi haram[/quote]

Ooo hang nak idea ya dato? Meh sini aku bagi sikit.

1. Kalau boleh bukan setakat judi bola, aktiviti perjudian lain yang dah lama bernanah bertapak di Malaysia sepatutnya dihapuskan terus. Kalau boleh, kalau boleh lah (3X aku cakap kalau boleh, sebab benda ni nak laksana kena berperingkat)

2. Tapi kalau tak boleh jugak, kalau tak boleh lah, kalau payah sangat, teruskan dan pergiatkan aktiviti membanteras, menyerbu, menyita etc premis perjudian haram ni, ini kerja pihak berkuasa, dan maklumat boleh dibantu oleh orang awam. Buat jugak sistem reward informer seperti juga dalam serbuan penyeludupan di mana informer reliable akan dapat sedikit reward.

3. Kalau premis judi sedia ada dikekalkan pun, paksa pihak pengurusan syarikat judi tu supaya ambil berat sikit untuk menguatkuasakan sendiri undang-undang halang umat Islam dari berjudi. Contohnya macam taik judi dikehendaki menyertakan salinan IC kalau nak beli nombor ekor dan sebagainya. Yang jadi masalah selalunya syarikat ni tak nak bagi kerjasama, depa biar orang Islam pi beli nombor kat kedai depa, kata depa lantaklah dioranglah, yang penting duit aku dapat. Kalau kasino Genting boleh kuatkuasa benda ni, kenapa yang lain tak boleh? Kalau pakai proksi untuk beli ekor tu mungkin tak dapat nak halang, tapi at least ada inisiatif.

4. Last but not least, adakan kempen perangi judi macam kempen perangi rokok. Rokok nak perang habis-habisan, tapi judi buat bodoh je tak guna jugak, padahal benda tu sumber penyakit masyarakat. Sekurang-kurangnya ada juga peranan membangkit kesedaran moral tentang benda ni, bila dah ada, ia boleh tuju kat semua golongan tak kira agama, sebab judi tu sendiri membawa keburukan. Kalau rokok boleh, kenapa judi tak boleh.

Memang kita tak boleh nak banteras secara 100%. Tapi tak dapat banteras 100% bukan alasan untuk kita membenarkan pula aktiviti perjudian, apatah lagi menambah option yang ada. Bila dah bagi lesen, orang berniaga ni pandai, kejap lagi berkembang biak sistem diorang, daripada nak mengawal kejap lagi bercambah-cambah pulak. Sama macam orang bukak gerai haram tepi jalan, dibiarkan beberapa lama takde tindakan, lama-lama bisnes dia makin maju, kedai makin besar pelanggan makin ramai, pastu bila nak ambil tindakan dah susah.

Itu antara cadangan aku. Diharap dapat cuba laksanakan kalau boleh. keh keh keh. :D Edited by Sir Pyan

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tak kisah la siapa duk berdolak-alih , asal akhirnya rakyat untung pasal judi bola tu dapat dibatalkan jadi la . Ni bila kerajaan kata belum kasi bukan nak support kata "bagus2 cancelkan terus" , "cantek" , "sokong2" ke .. ni gi hentam/tak menunjukkan sokongan terhadap adanya peluang untuk batal/tak teruskan judi bola .

Ni nak cancel-kan judi bola ke ada agenda lain pembangkang ni ? Ni la masalah pembangkang malaysia, bukan nak sokong bila dah ada peningkatan dalam satu isu tu , dia gi hentam lagi... macam mana nak jadi pembangkang yang bersama-sama majukan malaysia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='14 May 2010 - 11:08 AM' timestamp='1273806538' post='1030686']
Pernah sangat-sangat.
Ada kaum cina yang tak berjudi
Ada kaum cina yang tak minum arak
Ada kaum cina yang tak makan babi
Kaum cina yang kuat agama (agama mereka)

Tolong jangan sempitkan fikiran, jauh berjalan luas pandangan
makin lama kita hidup makin luaslah pengalaman kita.
[/quote]

klu pemikiran telah sempit susah nak lapangkan :P
maklumlah dah lama dijajah

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='09 June 2010 - 07:56 AM' timestamp='1276041403' post='1035781']
Tak kisah la siapa duk berdolak-alih , asal akhirnya rakyat untung pasal judi bola tu dapat dibatalkan jadi la . Ni bila kerajaan kata belum kasi bukan nak support kata "bagus2 cancelkan terus" , "cantek" , "sokong2" ke .. ni gi hentam/tak menunjukkan sokongan terhadap adanya peluang untuk batal/tak teruskan judi bola .

Ni nak cancel-kan judi bola ke ada agenda lain pembangkang ni ? Ni la masalah pembangkang malaysia, bukan nak sokong bila dah ada peningkatan dalam satu isu tu , dia gi hentam lagi... macam mana nak jadi pembangkang yang bersama-sama majukan malaysia.
[/quote]
yang tang pembangkang perangai macam tu, memang bukan benda pelik dah...asal nampak rakyat akan cool down dengan satu isu, dia akan api2 kan balik...
tapi sebenarnya dua2 sama je, kerajaan pun macam tu...cuma bezanya, kerajaan api2 dengan cara lebih bertamadun so nampak la tak sekemper fundumus sangat :D...dah memang ahli politik macam tu, mana2 pun sama, bukan malaysia saja...

berbalik pada topik:
sebenarnya, "bagi menghapuskan judi haram" hanyalah salah satu dari sebab kenapa kerajaan nak beri satu lesen kepada satu syarikat...

sebab lain contohnya, kerana malaysia tidak ada satu syarikat sendiri yang menjalankan judi ni, ramai penjudi2 akan menjudi melalui syarikat2 asing(kebanyakannya melalui online) walaupun terpaksa membayar dengan harga mahal(kerana nilai ringgit murah berbanding matawang negara syarikat tersebut)...jadi, pengaliran matawang keluar secara banyak(ya, world cup punya judi memang havoc) dalam waktu singkat bukan elok sangat untuk ekonomi negara yang tengah tak berapa nak betul ni...disamping, duit cukai dari syarikat judi tu diorang bajet nak tampung keuntungan negara yang bertahun2 defisit...dan beberapa lagi sebab lain...

tapi, oleh kerana pembangkang kat malaysia ni bukannya membangkang secara ikhlas dan berlandaskan kepentingan rakyat(moral, bangsa, agama, etc), diroang fokuskan kepada satu je(i.e: nak kurangkan judi haram) sebab benda ni yang paling sesuai untuk dibuat modal dan mampu untuk membakar hati masyarakat(yup, untuk kelangsungan politik mereka)...

jadi kenapa tak nak bangkang alasan yang macam logik sikit seperti 'supaya tak menambahkan lagi keterukan ekonomi'(at least untuk orang bukan Islam yang tak berjudi)?...adakah alasan kerajaan supaya dapat mengutip cukai untuk ekonomi negara adalah sukar nak perlekehkan(sila la tanya 'ulama' PAS, halal/harus ke hasil kutipan cukai dari sumber haram seperti arak, judi, etc digunakan untuk kepentingan negara)?...korang ingat senang2 je ke DAP saja2 taknak bagi syarikat judi beroperasi di wilayah mereka kalau bukan kerana keuntungan judi banyak2 tu akan menyebabkan kerajaan sengih sekejap pasal ada duit sikit nak masuk kantung negara?...jawapan dia, tidak...

jadi, sebagai ahlul-politik wal-seranah, elok la guna alasan kerajaan yang macam budak2 tu sebagai senjata...

dan dalam isu ni, walaupun kerajaan ada niat murni, tapi masih tak elok untuk kita sebenarnya...dan aku salah seorang yang bangkang...bukan sebab aku ikut cakap pembangkang yang bagi aku adalah badut2 hidup(alah, takdelah kasar sangat carutan yang aku guna tu banding dengan carutan2 yang mereka guna...kan kan kan?.. eh, mencarutkan takpe :D...)

aku setuju dengan sir pyan cakap tu...bila dia dah bertapak, memang susah nak buang dah...strategi jangka pendek akan membakar diri nanti...
so, kerajaan elok tarik balik benda ni...pronto...habiskan isu ni cepat2 pastu setelkan isu nak buang subsidi negara yang memang hampeh...apa punya solution la dia bagi...kerajaan takde akai ka?...itu je ke satunya2 jalan untuk mengelakkan bengkrap?...haa..kan dah keluar topik pasal topik dah kena kunci :D...nak maki kerajaan pulak dalam tu tak boleh...

//best jugak maki2 ni ye?...patut la ramai addict :D...

Share this post


Link to post
Share on other sites
asal la malang sangat negara MALAYSIA yg negara islam nie dpt pemimpin yg xde asas agama.kan dah susah.halal haram pon x tau.adehhh.baik ak undi PAS ade gak pekdahnye. Edited by antivirus

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='antivirus' date='09 June 2010 - 02:50 PM' timestamp='1276066251' post='1035903']
asal la malang sangat negara MALAYSIA yg negara islan nie dpt pemimpin yg xde asas agama.kan dah susah.halal haram pon x tau.adehhh.baik ak undi PAS ade gak pekdahnye.
[/quote]

sokong! sokong! :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="4"][color="#000080"][b]Sidang akhbar jelas isu lesen judi sukan dibatalkan

[/b][/color][/size]Satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir.

Malaysiakini difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Kira-kira 40 orang petugas media menuggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam pagi ini untuk sidang media berkenaan

"Perdana menteri sendiri akan buat penjelasan tersebut," menurut sumber

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan membuat penjelasan tersebut hari ini

Beliau hadir hari ini bagi menghadiri upacara perasmian masjid ini, yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.


http://www.malaysiakini.com/news/134252

Share this post


Link to post
Share on other sites
[s]Alhamdulillah (jika benar ia dibatalkan).
Tak sia-sia diskusyen kita walaupun diorang tak baca. Huhu.

[i]p/s: Saya akan kunci lirik topik ni selepas pengumuman pembatalan lesen dilakukan secara rasmi. ;p[/i]


[/s]Sekali silap baca daaaaaaaaaaa!![s]
[/s] Edited by TOYSЯUS

Share this post


Link to post
Share on other sites
[s] Nak kunci ler sebab diskusyen dah selesai (iaitu selepas pembatalan lesen judi diumumkan oleh PM).. :D[/s]

Silappppp. :( :( :(

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='11 June 2010 - 11:04 PM' timestamp='1276268641' post='1036411']
kunci...kunci...kunci... :lol:
[/quote]

saya [s] pem[/s]bangkang :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
Laaa HAI!!
Aku salah baca laa tadi..!

Aku ingatkan lesen judi tu dibatalkan saat akhir, rupanya sidang media tu yg dibatalkan saat akhir yerk?
Haha tipah tertipu bang!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...