Jump to content
mk_gunnerz

Nape Xmau Tutup Aurat

Recommended Posts

hermmm, Irma tak tau nak cakap apa, tapi orang yang tak tutup aurat tu 20% daripadanya menyumbang maksiat. tapi kekadang orang yang tutup aurat ni pun tak leh pakai gak...dia yang menyumbangkan diriunya ke arah kemaksiatan

diantara agama dgn fesyen mana lagi penting?tnya diri sendiri....tepuk dada tanda selera.....ar.....kalau org tue islam tapi tak mematuhi amalan dlm islam(berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad)...tue lagi hipokrit.... :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites

x pakai tudung erk..ape kate kite doakan supaya allah berikan hidayah kepada mereka2..kita x leh condemn dorg..kita x tau..mungkin satu hari,lepas mereka berubah..mereka lebih baik dari kita..tengok skang da ramai artis pakai tudung..biar la dowg buat benda tu ngan ikhlas..tapi klo yg da tua tuu..cam bini2 menteri/menteri tu..x tau la kan..bla nak dapat hidayah..hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

memakai tudung ini bukanlah satu pilihan tetapi suatu kewajipan sebagai umat Islam.

Memang tak semua yang pakai tudung tu baik tetapi kita jangan melihat Islam itu dari segi umatnya tapi melihat Islam itu dari segi ajarannya.. Islam itu indah, penghayatan kena ada..

Bahawasanya setiap sesuatu yang diperintahkan Allah SWT itu ada sebab dan hikmatnya. Islam tidak pernah menyusahkan umatnya, melainkan mereka sendiri yang menyusahkan diri mereka.

hehe jangan marah haa.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

memakai tudung ini bukanlah satu pilihan tetapi suatu kewajipan sebagai umat Islam.

Memang tak semua yang pakai tudung tu baik tetapi kita jangan melihat Islam itu dari segi umatnya tapi melihat Islam itu dari segi ajarannya.. Islam itu indah, penghayatan kena ada..

Bahawasanya setiap sesuatu yang diperintahkan Allah SWT itu ada sebab dan hikmatnya. Islam tidak pernah menyusahkan umatnya, melainkan mereka sendiri yang menyusahkan diri mereka.

hehe jangan marah haa.. :D

btul tue aku sokong kau.........wah bgs gak hujah tue.....ape kata kita paggl yang expert bagi hujah..hehe..ajak ustaz Aqil tue ker main kat PUTERA nie :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

btul tue aku sokong kau.........wah bgs gak hujah tue.....ape kata kita paggl yang expert bagi hujah..hehe..ajak ustaz Aqil tue ker main kat PUTERA nie :lol:

ajak Ustaz Akhill Hayy kat sini??ada sesiapa yg ada YM dia tu,ajak lah dia gi sini.hu6 :lol:

Benarkah Wanita Yahudi Bertudung?

KEDUDUKAN wanita dari hari ke hari semakin bertambah baik. Dari aspek sosial, politik, pendidikan, pekerjaan, hak asasi dan sebagainya, wanita telah mencapai apa yang sepatutnya dimiliki, iaitu kebebasan dalam menjalani kehidupan.

Atas nama kebebasan dan kesamarataan hak dalam semua aspek, wanita semakin berjaya dan berani menempuh kehidupan dan berani bersuara demi menuntut hak masing-masing. Tahukah wanita, bahawa di sebalik kebebasan dan kenikmatan hidup yang dirasai, siapakah yang harus menerima ucapan terima kasih? Sebelum Islam berkembang, golongan penyembah berhala Arab mewarisi sikap mengabaikan dan menindas wanita sepertimana juga golongan Yahudi dan Kristian. Kelahiran bayi perempuan dianggap pembawa bencana dan amat memalukan bagi keluarga sehingga mereka sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup. Nabi Muhammad s.a.w melalui ajaran Islam yang dibawanya telah menentang dan seterusnya menghapuskan amalan buruk ini. Nabi Muhammad berusaha untuk menyelamatkan kehidupan wanita dan seterusnya mengajar kaum lelaki untuk menghormati dan menghargai anak-anak perempuan, isteri dan juga ibu mereka. Daripada Abu Said Al-Khudri, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Jika seseorang membesarkan tiga orang anak perempuan, mendidik mereka, mengahwinkan mereka dan berbuat baik terhadap mereka, dia akan masuk syurga.â€

(Riwayat Abu Daud)

Berterima kasihlah pada Nabi Muhammad s.a.w dengan kesungguhan baginda menyebar ajaran Islam dan menghapuskan amalan pembunuhan bayi perempuan. Tahukah wanita terutama yang beragama Islam bahawa kedudukan wanita dan lelaki banyak bezanya pada fahaman Kristian. Walaupun pada zaman serba moden ini Barat telah mengiktiraf kesamarataan kedudukan dan hak wanita dengan lelaki, hakikatnya sentimen dan persepsi mereka terhadap wanita amat rendah. Ini jelas terkandung dalam kitab Bible melalui Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama yang menyatakan bahawa kedudukan wanita adalah lebih rendah daripada lelaki. Malah wanita dianggap seperti pembawa dan penyebab dosa rentetan daripada peristiwa Adam dan Hawa yang tertipu oleh hasutan syaitan sehingga terbuang dari syurga.

Islam, melalui al-Quran telah menjelaskan bahawa hak-hak wanita sama seimbang dengan hak-hak lelaki. Malah, Allah s.w.t tidak memandang tinggi mana-mana gender kecuali orang yang bertakwa.

“ Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berpegang dan yang dibunuh, pastilah akan Kuhapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.â€

(Ali Imran: 195)

Berterima kasihlah kepada Islam kerana tidak pernah memandang darjat seseorang melalui gender, kekayaan mahupun keturunan. Islam lebih menitikberatkan soal ketakwaan dan keimanan kepada Yang Maha Esa. Tahukah wanita Islam, bahawa di Barat, tudung atau hijab dianggap sebagai simbol penindasan dan merendahkan martabat wanita? Wanita Islam dilihat sebagai tertindas dan tidak bebas dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat. Tetapi, Barat tidak tahu bahawa Islam tidak pernah menindas mana-mana gender, baik lelaki mahupun wanita. Wanita Islam sebenarnya tidak ditindas oleh agama dan masyarakat Islam tetapi tertindas dan dipinggirkan oleh masyarakat Barat sendiri.

Kenyataan ini jelas menerusi beberapa peristiwa penindasan terhadap wanita Islam yang menetap di kelompok minoriti Islam. Fikirkan, apakah alasan di sebalik saranan Menteri Pendidikan Perancis yang telah mengarahkan agar pelajar-pelajar perempuan yang memakai hijab dibuang sekolah? Persoalan hijab, selendang atau tudung bukan punca yang menyebabkan wanita Islam tertindas, tetapi Barat dan Kristian sememangnya sentiasa memusuhi Islam dan sedaya upaya menyingkirkan elemen Islam di sekeliling kehidupan mereka. Tidak mustahil mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk merendah-rendahkan Islam. Dalam hal ini tidak timbul alasan wanita Islam tidak mahu bertudung demi mengelakkan diskriminasi agama dan gender apabila berurusan di negara-negara asing yang majoriti bukan beragama Islam. Jika hijab menjadi punca diskriminasi agama di antara Islam dan penganut agama lain, tahukah mereka bahawa wanita Yahudi lama menutup kepala dan kadangkala seluruh wajah apabila ingin keluar dari rumah? (Dr. Menachem M. Brayer: The Jewish Women in Rabbinic Literature).

Mereka juga menganggap bahawa kepala wanita yang terdedah dianggap ‘bogel’. Dr. Brayer juga menegaskan bahawa tudung wanita Yahudi tidak hanya dianggap sebagai lambang kesopanan tetapi juga lambang maruah dan martabat kebangsawanan serta kesucian seorang wanita yang hanya dimiliki oleh suaminya. Walau bagaimanapun, tradisi Yahudi lama itu akhirnya terhakis oleh kedatangan era Eropah dan persekitaran budaya sekular pada abad ke-19. Begitu juga dengan tradisi Kristian yang menganggap tudung sebagai autoriti kepada kaum lelaki dan “menudung kepala adalah simbol penyerahan wanita kepada kaum lelaki dan kepada tuhanâ€. Menurut St. Tertulian di dalam karyanya yang terkenal, iaitu ‘On the Veiling or Virgins’ menulis,“wahai gadis-gadis, kamu memakai tudungmu di jalanan, maka pakailah tudungmu bila berada di dalam gereja, dan pakailah apabila kamu berada di kalangan orang asing, dan pakailah ketika kamu bersama saudara lelakimu...â€

Daripada bukti-bukti di atas jelas bahawa pemakaian tudung bukan tertakluk kepada Islam sahaja. Malah tudung bukan simbol penindasan kepada wanita. Walaupun dari segi rasionalnya, pemakaian tudung melambangkan nilai kemuliaan dan kehormatan, Islam memandang dan meletakkan nilai tudung lebih daripada yang disarankan oleh agama lain. Ini kerana tudung dalam konteks Islam telah terkandung di dalam al-Quran dan pemakaiannya bukan sekadar sebagai hiasan kepala. Bukan juga sebagai lambang kekuasaan lelaki ke atas wanita seperti di dalam tradisi Kristian. Bukan juga sebagai lambang kemewahan dan kebangsawanan sesuatu golongan seperti di dalam tradisi Yahudi. Tudung atau hijab di dalam konteks Islam adalah sebagai lambang kehormatan yang bertujuan untuk melindungi wanita daripada ancaman-ancaman yang tidak terduga. Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan, bukankah ada juga kes-kes yang melibatkan wanita bertudung diperkosa, wanita bertudung melakukan maksiat dan wanita bertudung juga tiada beza sifat dan sikapnya dengan wanita yang mendedahkan aurat. Mengapa hal ini boleh berlaku? Jawapannya hanya satu. Masyarakat Islam tidak lagi berpegang pada al-Quran dan tidak menjadikannya sebagai panduan utama dalam menjalani kehidupan. Mereka percaya kepada Allah. Mereka tahu rukun Iman dan rukun Islam tetapi tidak menghayatinya. Oleh sebab itulah penganut agama lain tidak berminat mendekati Islam dan menganggap Islam tiada bezanya dengan agama-agama lain. Sedangkan dalam Islam dan khususnya dalam al-Quran telah lengkap segala-galanya berkaitan dengan kehidupan manusia. al-Quran juga telah menjelaskan dengan panjang lebar dan lengkap akan hal yang berkaitan dengan hal ehwal wanita tanpa perlu dipertikaikan lagi. Betapa mudah dan bebasnya wanita Islam di Malaysia mengamalkan agama dan suruhan Allah.

Bagaimanapun, sukar benar memberi kesedaran kepada wanita Islam supaya bertudung dan memakai pakaian yang sopan. Malah di Malaysia yang merupakan negara Islam sendiri pun, penghayatan pemakaian tudung diperemehkan oleh pihak-pihak tertentu. Malah terdapat juga unsur-unsur penindasan dan peminggiran terhadap wanita yang memakai tudung. Fikirkan rentetan peristiwa seorang guru di sebuah sekolah agama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang di Pahang yang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka (Utusan Malaysia, 25 Februari 2006). Begitu juga nasib seorang wanita, Habsah Jaafar yang telah dibuang kerja oleh majikannya, Hotel Renaissance. Alasannya kerana wanita itu tidak dibenarkan bertudung semasa bekerja (Utusan Malaysia 27 Februari 2006). Tahukah wanita Islam bahawa kaum mereka yang seagama dengan mereka begitu tertindas dan didiskriminasikan di Barat?. Contohnya, peristiwa penindasan wanita yang berhijab di Turki pada pertengahan tahun 90-an dahulu? Pada waktu itu, pergolakan antara kerajaan Turki dengan penganut Islam amat menyedihkan. Wanita yang berhijab tidak dibenarkan masuk ke bangunan-bangunan rasmi seperti pejabat-pejabat kerajaan, universiti, sekolah dan sebagainya. Malah terdapat umat Islam yang dibuang kerakyatan dan dipenjarakan kerana mempertahankan wanita yang bertudung. Pelajar-pelajar universiti yang membuat demonstrasi di Beyazit, Istanbul ditegah daripada memasuki universiti untuk menduduki peperiksaan semester terakhir. Mereka yang kebanyakannya pelajar tahun akhir bidang perubatan diberi pilihan oleh kerajaan Turki sama ada memilih untuk menyambung pengajian ataupun menanggalkan hijab mereka.

Tahukah wanita Islam di Malaysia bahawa mereka tidak perlu menyinsing lengan, berpatah arang berkerat rotan mempertaruhkan nyawa untuk mengamalkan suruhan Allah pada zaman ini? Mereka juga tidak perlu mengorbankan nyawa seperti Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah demi mempertahankan keimanan terhadap agama Islam, kerana di Malaysia atau di mana-mana jua Islam telah bertapak dan mereka bebas mengamalkannya tanpa halangan dan ugutan bunuh dari mana-mana pihak. Apatah lagi dalam aspek bertudung. Bagaimanapun, penghayatan pemakaian tudung mengikut syarak oleh wanita Islam di Malaysia amat kurang. Dalam memanifestasikan kesedaran bertudung, ramai pihak yang telah tersalah anggap dan tidak memahami bahawa bertudung adalah mengikut hukum syarak dan bukannya suatu konsep etika berpakaian. Ini bermakna bertudung bukanlah pilihan tetapi kewajipan. Teliti dan hayati suruhan Allah dalam surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

“....dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada..â€

Tahukah wanita bahawa kelebihan wanita Islam yang bertudung lebih banyak daripada yang tidak bertudung? Pernahkah wanita Islam yang tidak bertudung membuat perkiraan perbelanjaan bulanan untuk mendandan rambut dan memastikan rambut sentiasa terjaga, cantik dan ‘trendy’? Pernahkah mereka terfikir tentang kerosakan rambut dan kesan bahan kimia ke atas diri mereka apabila menggunakan alatan, bahan atau teknik-teknik tertentu hanya untuk mencantikkan diri dan mengundang dosa? Apabila berbicara soal rambut, tahukah wanita Islam bahawa anda terpaksa menggunakan banyak masa, tenaga dan wang ringgit demi menjaga ‘mahkota’ anda itu. Ini kerana tanpa penjagaan yang rapi, rambut sering dibelenggu masalah seperti kekeringan, keguguran mahupun bercabang. Kesan luaran seperti matahari dan udara, pengering rambut, panas, habuk dan cara menyikat yang salah boleh menyumbang kepada gejala rambut tidak sihat. Apa yang lebih penting adalah kesan daripada penggunaan bahan kimia yang terdapat pada pewarna, peluntur, dan pengerinting rambut. Masalah ini bukan sahaja membuatkan anda tidak selesa malah boleh merosakkan imej dan melunturkan keyakinan diri. Tahukah wanita yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini fesyen dan penjagaan rambut bahawa barangan penjagaan rambut mengandungi sejumlah bahan kimia yang jika tidak digunakan dengan baik akan menyebabkan kemusnahan rambut dan kesan pada kesihatan badan. Barangan penjagaan rambut yang harus digunakan oleh wanita untuk mencantikkan dan memelihara rambut termasuklah peluntur rambut, pengerintingan, pelurus, pewarna, penyembur, krim pembilas, pelembab dan sebagainya. Antara bahan kimia yang sering diadun ke dalam barangan penjagaan rambut itu adalah sulfit, bromat, tioglikolat, hidrogen peroksida, natrium hidroksida dan alkohol dan beberapa bahan kimia campuran yang lain.

(http://www.prn.usm.my/mainsite/bulletin/racun)

Bayangkan, betapa sukarnya untuk memelihara rambut yang sering terdedah kepada sinaran ultra lembayung (UV) dan udara yang kotor di sekeliling kita. Ditambah lagi dengan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam barangan jagaan rambut. Dengan pemakaian topi, skaf dan tudung, anda boleh memelihara rambut daripada sinaran cahaya matahari dan udara yang kotor. Bagi wanita Islam pula, anda bukan sahaja dapat memelihara rambut tetapi juga mendapat pahala kerana menutup aurat.

Terima kasih Islam kerana telah menyelamatkan masa, wang dan juga keselamatan diri wanita dengan kewajipan bertudung.

Diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=643

Edited by Athrun Zala 02

Share this post


Link to post
Share on other sites

alhamdulillah...

weh tapi nape erk ramey gaks la kan umat islam yg da brape kali dah khatam quran tapi still tak mengamalkan cara idup islam??

adakah ini yang dikatakan just baca jerk??

tp x paham pon ape isi kandungan quran 2??

itulah pentingnya blaja bhsa arab..

asas pon blaja la sket2..

ada jugak girls/women yang khatam da berkali-kali tapi still x pke tudung.... :blush: :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku tak baca semua pendapat, kalau tersama pendapat mintak maap ler. Bagi aku ler hukum Allah tetap hukum jangan dipertikaikan dan dipermainkan. Tutup aurat tu wajib tak lebih dan tak kurang. jangan nak pandai-pandai kata orang bertudung @ tak bertudung tu jahat @ baik. Itu bergantung pada iman ler. Kalau bertudung tapi masih busuk hati, kaitannya iman. Kalau tak bertudung tapi tak busuk hati, itu pun berkaitan ngan iman gak.

Walau apa jawapan @ ada orang nak pertikaikan jawapan aku dia tetap salah sebab ni melibatkan hukum Allah. huh dosa tetap dosa. Dosa tak tutup aurat, dosa hati busuk lain-lain tapi nama juga dosa.

Baik memang baik, jahat memang jahat yang dilihat dari cara berpakaian tu boleh diberi hanya pada heroin drama latin, korea, indon je yang jelita, seksi, sangat baik giler tak masuk akal baiknya, huhu mestilah tak ada tudung atas kepala diaorang tu dan selalu dianiaya. Dikasihani. B) Baik dari segi kerajaan diaorang jer kot, bukan dalam kerajaan Allah.

Biasanya nak tgk pasangan perempuan tu camner, tengok cara perempuan tu berpakaian. Kalau perempuan tu pakai tudung labuh mesti suami dia orang baik-baik.

Skang ikutlah kerajaan mana-mana. Tapi akhirat nanti hanya ada kerajaan Allah.Pemimpin sekarang pun ... erm bercakap tentang islam tapi rambut isteri mengerbang cam pon.. pon.. hehe sori terkutuk lak.

p/s: aku sedang mengumpul tudung berlerang 60". Tunggu gak ni orang suruh pakai tudung labuh. Huhu kalau suruh buat bukan2 ko kena pahamlah kenapa aku nyah dari ko. Susah nak cari laki yang betul2 nak bentuk wanita ni jadi manusia.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nape tak mau tutup aurat ?

Jawapan biasa aku dengar...

"Sebab dah biasalah pakai macam ni, tak per asal hati baik" jawapan kebanyakan member aku...hahaha...

"Ko ni apsal nyibuk hal orang, kubur masing-masinglah" jawapan orang yang bukan kawan aku..l"antak ko"...

"alah, sekarang jer aku pakai macam ni, nanti aku kahwin/tua aku tutuplah" jawapan kawan perempuan aku...

"Orang lain tu boleh jer pakai macam ni" jawapan adik aku...dengan biasa jer tangan aku melempang mukanya sambil aku balas "Orang lain tak ada abang gila macam aku"...Sejak hari itu, dengan selamba dia bagitau kawan-kawan dia ..."ah, korang macam tak tahu, abang aku tu kolot sikit" ...uih pedih hati aku, takperlah asal ko bahagia...

Banyak lagi kata-kata yang pedih aku dengar, tapi malas dah aku nak tulis...Bagi aku,masyarakat terlalu jahil tentang hukum, berpaksi ke arah barat, tiada pendirian, terikut-ikut dengan budaya lain, dijajah, ditipu, diperdaya...

Perjalanan masih jauh...perjuangan perlu diteruskan...Moga korang bahagia di sana.......

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nape tak mau tutup aurat ?

Jawapan biasa aku dengar...

"Sebab dah biasalah pakai macam ni, tak per asal hati baik" jawapan kebanyakan member aku...hahaha...

"Ko ni apsal nyibuk hal orang, kubur masing-masinglah" jawapan orang yang bukan kawan aku..l"antak ko"...

"alah, sekarang jer aku pakai macam ni, nanti aku kahwin/tua aku tutuplah" jawapan kawan perempuan aku...

"Orang lain tu boleh jer pakai macam ni" jawapan adik aku...dengan biasa jer tangan aku melempang mukanya sambil aku balas "Orang lain tak ada abang gila macam aku"...Sejak hari itu, dengan selamba dia bagitau kawan-kawan dia ..."ah, korang macam tak tahu, abang aku tu kolot sikit" ...uih pedih hati aku, takperlah asal ko bahagia...

Banyak lagi kata-kata yang pedih aku dengar, tapi malas dah aku nak tulis...Bagi aku,masyarakat terlalu jahil tentang hukum, berpaksi ke arah barat, tiada pendirian, terikut-ikut dengan budaya lain, dijajah, ditipu, diperdaya...

Perjalanan masih jauh...perjuangan perlu diteruskan...Moga korang bahagia di sana.......

btul jugk.pengaruh barat...terlalu kuat....didlm minda perempuan skrg.....banggakan budaya barat....ape nie.......kita islam...kene ikut cara islam....sbb kitaorg kesian ar kitaorg nasihat supaya tutup aurat.....sbb bile kau tak tutup aurat...byk menyusahkan org lain...contohnye..bile kau tak pakai tudung....org lelaki tgk rambut kau yg cntik tue...lelaki tue berdosa gak....pakai baju seksi...lelaki terghairah....salah sape...?aduh penat aku...hati dah terlalu tersembam dlm gelap...bwk2 la ker NUR(cahaya) semula... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

btul jugk.pengaruh barat...terlalu kuat....didlm minda perempuan skrg.....banggakan budaya barat....ape nie.......kita islam...kene ikut cara islam....sbb kitaorg kesian ar kitaorg nasihat supaya tutup aurat.....sbb bile kau tak tutup aurat...byk menyusahkan org lain...contohnye..bile kau tak pakai tudung....org lelaki tgk rambut kau yg cntik tue...lelaki tue berdosa gak....pakai baju seksi...lelaki terghairah....salah sape...?aduh penat aku...hati dah terlalu tersembam dlm gelap...bwk2 la ker NUR(cahaya) semula... :lol:

eh hello not all k...

tp 2 larrrr,,

ddkan agama agak goyah...

n pengaruh media+barat+everything...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Baik bogel terus, jimat lagi penggunaan kain...

Wakakaka... :D :D :D

tak blh gak...nanti kain byk2 nk buat aper?kain kapan ker? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak blh gak...nanti kain byk2 nk buat aper?kain kapan ker? :lol:

ade ker korg cakap macam 2...

myb that gurl lum ready lg..

one day pasti dia kan berubah :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ade ker korg cakap macam 2...

myb that gurl lum ready lg..

one day pasti dia kan berubah :blush:

bile nk berubah?bile nampak Hilary Duff or Rihana pakai tudung ker?huhu.pyh gak nie......

slalu bg alasan blum dapat hidayah ar aper ar.......ntah2 ape2 ntah.kitakan islam........islam pada nama jer hipokrit name nyer :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

bile nk berubah?bile nampak Hilary Duff or Rihana pakai tudung ker?huhu.pyh gak nie......

slalu bg alasan blum dapat hidayah ar aper ar.......ntah2 ape2 ntah.kitakan islam........islam pada nama jer hipokrit name nyer :ph34r:

tulah,kalau nyawa masih panjang lagi.kalau x sempat,mcmana tu???

Share this post


Link to post
Share on other sites

ade ker korg cakap macam 2...

myb that gurl lum ready lg..

one day pasti dia kan berubah :blush:

alasan akibat kejahilan sebagai penganut agama islam. Tak tau la kut baru satu hari masuk islam. :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

YANG xmau tutup aurat tu kena perlu BALAS DENDAM dg kejayanan godaan budaya BARAT..

sbb yang tu BAKAL masuk dlm suasana GELAP yg paling MENAKUTKAN di hari akhirat nanti..

Jangan MARAH aku..sbb ini adalah KENYATAAN....peace :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

x bukak x moden......x-aku cakap....so ramai laki dpt tgk wayang free ler....

klau tudung pakai...tengah senteng....nie pon...aku masih x paham gak...aku gak..nie pakai tudung pon

sbb mak ayah suruh jek

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi aku,tak ada pun tak tutup pun x moden nak katakan..

bagi aku,tutup aurat cukup moden di sisi-Nya bukan la member2 or kwan2 or sapa2 kesayangan korang..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salah pememerintah,kalau pemerintah tak jaga agama,atau bukan dari ahlinya tunggu saja saat kehancuran,dan berpihak pada kaum lain..sekarang ni dosa dah biasa..bagi aku orang yang berkuasa mentabir perlu bertanggungjawab!..malaysia bukan negara islam,sekular yang tulen

Share this post


Link to post
Share on other sites

nie pakai tudung pon

sbb mak ayah suruh jek

suruh kerana tanggungjawab. sebab menjadi tanggungjawab ketua keluarga untuk menyelamatkan ahlinya daripada ke arah neraka. sorang perempuan masuk neraka, dia akan heret empat orang lelaki masuk sama. Kena ingatlah!

Share this post


Link to post
Share on other sites

x bukak x moden......x-aku cakap....so ramai laki dpt tgk wayang free ler....

klau tudung pakai...tengah senteng....nie pon...aku masih x paham gak...aku gak..nie pakai tudung pon

sbb mak ayah suruh jek

wayang free apernye...kene byr...byr dgn DOSA....tolak PAHALA lagi....mak ayah suruh..nk didik kau..kalau dah besar(dah tua ar 20thn ke atas)...nanti kau mempertikaikan plak....nanti kau ckp "mak ayah tak ajar pakai tudung pun dulu nape skrg nk suruh plak"....dah ajar DOSA tak pakai tudung....kau tmbah lagi DOSA kau lawan mak ayah...bertambah byk DOSA kau tue...lu pikir ar sendiri :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

bro2 dan sis2 sekalian...

sy ni ske membace al-quran bersame-same tafsirnya skali,

tetapi sy tidak pula menafsirnye sendiri,

takut2 terlanjur akidah saye,

walhal sye pun bukannye seorg islam yg sempurna,

tapi sye selalu belajar untuk ke arah itu

doakan saye selalu...

surah An-Nahl,ayat 93 bermaksud:

dan jika ALLAH mengkehendaki,tentulah DIA menjadikan kamu satu umat,akan tetapi ALLAH menyesatkan sesiapa yg dikehendakinya dan memberi petunjuk kpd sesiapa yg dikehendakinya (sesuai dgn sunnahnya iaitu sesiapa yg berusaha mendapatkn petunjuk,akan memperolehinya dan sesiapa yg mengingkari,akan sesat)Dan sesungguhnya kamu akan disoal tntg pekerjaan kamu.

kenapa sy bold tulisan itu kerana,

kite selalu mendgr insan2 berkata:

"dah tua nanti aku bertaubat lah"

sedangkan tuhan akan memberikan petunjukNya kpd yg berusaha,

dan lupakah kite di akhirat nanti ALLAH akan menimbang dosa dan pahala,

jika pahalanya lbh byk maka akan masuklah kita ke dlm syurga,

dan bagaimana pula kita nak mencari pahala yg bnyk, sedangkan kita sdh terlalu tua untk melakukan ibadah2 kpd ALLAH dan kononnya kite bersedekah dgn duit yg byk,tetapi yg ALLAH hitung bukanlah jumlah duit itu tetapi berapa ikhlasnye kite

umur kite tidak boleh mencapai ratusan tahun kerna kite umat nabi muhammad s.a.w

sdgkn umat nabi adam mencapai seribu tahun,

dan umat nabi nuh pula mencapai 950 tahun,

oleh kerana itu ALLAH memberikan kita ruang utk beribadah pada buln ramadhan

malam lailatul qadar lbh baik dari seribu bulan

tetapi bagaimana kita nak melipatkali gandakan ibadah kite jika kita terlalu tua utk itu?????

dan bagaimana kite nak menyamai ibadah kite dgn umat nabi adam dan nabi nuh yg mencapai ratusan tahun???

jadi usia muda ini jgnlah kita mensia-siakannya

jika ada kesilapn tolong dibetulkan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...