gcloud 0 Report post Posted October 7, 2004 (edited) Assalamualaikum....CODEC, nak tanya sikit..saya ada beli "dazzle digital creator 80" dan menggunakan videocam jenis 'JVC s-vhs tape" software pula studio 9.... tapi bila dah siap editing dan bila burn dalam vcd dia macam begoyang-goyang gambar dia kenapa ha??? komputer yang saya gunakan jenis cpu amd athlon 1.8mhz,ram 1gb dan display card nvidia tnt2 400 128mb...... apa sebab hasil dia macam tu tak macam vcd biasa????anyway terima kasih!!←Saya rasa soalan anda sangat bagus dan jarang dibincangkan. Sebenarnya ia tiada kena mengena dengan sistem PC anda atau camera atau capture device anda. Sebenarnya ia berlaku disebabkan format VCD itu sendiri.Sebelum saya saya menerangkan sebabnya saya rasa elok saya terangkan sejarah VCD itu sendiri untuk kita kongsi bersama kerana ia ada kena mengena dengan soalan di atas. VCD sebenarnya telah dibangunkan oleh Sony dan Philips untuk memasukan Audio video kedalam CD pada sekitar awal 90an. Ia dicipta dicipta untuk tujuan dimainkan dikomputer bukan untuk di TV. Pada masa itu komputer tidaklah sehebat kuasa seperti sekarang. Jadi mereka mencipta satu format yang berdasarkan format Mpeg (motion picture expert group) iaitu mpeg 1 untuk digunakan menghasilkan VCD. Format ini tidak memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi sesuai dengan kebanyakkan PC pada masa itu. Ini disebabkan ia telah dimampatkan (compress) sebanyak 50 kali (1/50) jika dibuat perbandingan dengan sumber asal seperti format DV. Dari segi quality VCD dipanggil "half resolution video" kerana ia bukan sahaja mengecilkan dari segi saiz fail tetapi juga mengecilkan separuh resolusi video tersebut sebagai contoh saiz asal video tersebut (cth DV) adalah 720x576(PAL) maka ia telah dikecilkan kepada 352x288 (PAL). Disamping itu kadar bit (bitrate juga telah dikurang kepada1150 bps. Jika kita membuat perbandingan dengan video tape (VHS) Kualiti VCD dikatakan dibawah VHS kerana. Dari segi resolusi VHS adalah 352 x 576 bermakna garis melintang (horizontal line) 2 kali lebih dari VCD. Dari segi bitrate VHS biasanya antara 2000 bps ke 2500 bps lebih dari VCD. Garis lintang ini sebenarnnya mempunyai kaitan dengan soalan di atas.Berbalik pada pada VCD jika kita imbas kembali ia dicipta untuk komputer dan kita kita ketahui kebanyakan Screen komputer bersifat "progressive" yang mana ia mempaparkan imej secara keseluruhan frame pada satu-satu masa. Ia sama seperti filem yang ditayangkan di layar di pawagam. Berbanding TV dan kebanyakkan kamera video image yang dirakamkan secara "interlace" yang mana dua frame disatukan menjadi satu frame yang dipanggil "field". Maksudnya dua frame akan dipecah-pecahkan (berganti-ganti) dan disatukan dalam satu frame. TV akan mengimbas field ini secara berganti (dari atas kebawah atau sebaliknya) Tujuan teknik interlace ini dicipta untuk menghasilkan pergerakan yang "smooth" terhadap image yang dirakam. Untuk menghasilkan pergerakan yang menyerupai pergerakkan semula jadi imej mestilah dimainkan sebanyak 50 frame persecond. Pada peringkat awal penciptaan TV, ia tidak mampu mengimbas atau mempaparkan imej sebanyak 50 framesecond dan hanya mampu mengimbas 25 frame persecond (Sistem PAL). Jadi untuk menghasilkan ilusi 50 frame persecond maka interlace ini dicipta dan diteruskan sehingga sekarang. Untuk menghasilkan kesan interlaced ini garis lintang mestilah 576 (PAL) dan 480 (NTSC) yang mana 288 untuk field 1 dan 288 untuk field 2. Bagi VCD garis lintang telah ditetapkan (whitebook) hanya 288(PAL) dan 240 (NTSC) jadi ia tidak mampu menghasilkan kesan interlace tadi. Jadi secara umumnya VCD tidak dapat menghasilkan pergerakan semualajadi kerana telah kehilangan ilusi 50 frame tadi. Jadi di skrin TV ia seolah-olah hanya mempaparkan 25 frame persecond. Jadi untuk mengatasi masalah ini maka Super VCD (SVCD) telah dicipta yang mana garis lintang ditambah kepada 576 (480x576)Berkenaan dengan gambar yang kelihatan bergoyang pada VCD adalah berpunca dari kesan di atas yang mana VCD tidak mampu memngasilkan kesan interlace tadi dan hanya mengasilkan kesan "progressive" (25fps) Sekali kuat bergoyangnya dalam sumber asal bermakna 2 kali kuatnya kesan goyangannya dalam VCD. Mengenai mengapa kebanyakkan VCD yang kita hasilkan tidak seperti VCD biasa kita dapati di pasaran (Cth telemovie), sebenarnya banyak faktor. Pertama kamera yang digunakan. Kebanyakan prduction house menggunakan kamera Betacam, DVCPro, High Defination camera (HD cam) atau "high end" DV Cam sperti Canon Dv XL1 (3ccd) yang mana qualitynya jauh lebih baik dari camera untuk pengguna biasa. Selain itu mereka juga menggunakan kamera filem (16mm atau 35mm) untuk filem cereka dan melalui proses "telecine" sebelum convert ke VCD / DVD / VHS. Secara umumnya resolusi filem jauh lebih baik dari video dan itu sebabnya apabila di pindah ke VCD gambar boleh dikatakan baik. 90 peratus kamera yang digunakan diletak di atas tripod . Jadi gambar lebih stabil dan " smooth". Ini tidak termasuk penataan cahaya yang secukupnya semasa penggambaran. Poces memindahan (convertion) adakalanya menggunakan peralatan yang mahal (software / hardware) yang mana mungkin tidak termampu oleh pengguna biasa.Secara umumnya pita video (VHS) jauh lebih baik dari segi quqliti gambar jika dibandingkandengan VCD walaupun VCD itu telah diencode dengan software / hardware yang terbaik. Inilah realiti VCD.Tips jika anda ingin merakamkan video ke VCD1. Pakai tripod atau pegang dengan tetap (tidak bergoyang) pada kamera anda kesan goyangan dalam VCD dua kali lebih dari sumber asal (cth VHS,S-VHS, DV atau Beta)2. Kurangkan zooming kerana gambarnya yang di zoom mudah menghasilkan kesan goyangan. Kalau hendak zoom pakai tripod.3. Jika perlu gunakan video light kerana gambar VCD agak gelap sedikit.Saya harap penjelasan saya dapat membantu anda mengenai kenapa masalah yang anda nyatakan terjadi. Jika ada yang kurang pasti sila hubungi saya di [email protected] Edited October 8, 2004 by gcloud Quote Share this post Link to post Share on other sites
dzulcarnine 2 Report post Posted October 7, 2004 erm.. bagaimana plak dengan masalah gambar pecah setelah convert ke vcd? is it disebabkan komputer yg dihunakan kurang power? gcloud nampaknya berpengalaman dalam bidang nie... software mana yg paling mudah digunakan untuk beginner? maksud aku... software yg mudah dikendalikan dan interface yg mudah... tetapi memberikan kualiti yg bagus? Quote Share this post Link to post Share on other sites
Djurie 0 Report post Posted October 10, 2004 Terima kasih yang teramat sangat kerana sudi menerangkan dengan panjang lebar....hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda....Assalamualaikum... Quote Share this post Link to post Share on other sites
mamatkipps 0 Report post Posted October 11, 2004 to goloud............info anda amat berguna bagi para putranians....thanks for that info.......pengetahuan anda ibaratkan lombongemas bagi kami semua.........tahniah......... Quote Share this post Link to post Share on other sites
mohdfadly 24 Report post Posted October 11, 2004 yes.. terima kasih gcloud. Quote Share this post Link to post Share on other sites
kiasu 0 Report post Posted October 12, 2004 a'kum..codec saya baru nak berjinak dlm bidang editing nie...sy pernahlah nak buat editing video ditempat keje saya..dari tape video cam ke cd so saya gunakan software winDVD creator utk transfer tape video cam ke hardisk dan kemudian sy gunakan adobe primere pro utk cut scence ...tapi bila nak burn ke cd dia jadi hang bila sampai beberapa peratus..so nak tanye ade ke software yg mudah utk sy gunakan untuk edit video...kalu ade link lagi bagus Quote Share this post Link to post Share on other sites
Navigator® 6 Report post Posted October 13, 2004 ~Cool~ Quote Share this post Link to post Share on other sites
ibnuhussin 0 Report post Posted May 10, 2005 Pinnacle tak bagus ke???CD jenama apa yang terbaik????Kemera DV yang terbaik dan murah??????? Quote Share this post Link to post Share on other sites
tasek16 82 Report post Posted May 10, 2005 Pinnacle ok tapi kurang stable skit selalu hang. Generally most CD ok tapi kalau nak baik lagi beli yang branded macam sony, Verbatim, TDK, Fuji. Kalau nak ok lagi beli Taiyo Yuden tapi brand ni susah skit nak cari kat malaysia ni but this is the best. Tapi apa-apa pun tengok CD/DVD writer gak and macam mana kita burn CD tu. Kamera tu aku suggest canon MiniDV yang ada 3 CCD tapi yang 1 CCD pun ok gak murah skit. Quote Share this post Link to post Share on other sites
dzulcarnine 2 Report post Posted May 27, 2005 erm... nak tanya sikit la.... software pinacle yang ori nyer berapa RM? dan kat mana nak beli tu? kat tpt aku susah la nak carik software ori macam tu.. kalo windows, office & AV ori senang la nak cari Quote Share this post Link to post Share on other sites
tasek16 82 Report post Posted May 27, 2005 erm... nak tanya sikit la.... software pinacle yang ori nyer berapa RM? dan kat mana nak beli tu? kat tpt aku susah la nak carik software ori macam tu.. kalo windows, office & AV ori senang la nak cari←http://www.edushop.com.my/index.php?cPath=4AddressMices Technology Sdn Bhd96 Mezz Floor. Lebuh Turi.Taman Chi Liung. 41200.Klang. Selangor.Malaysia.Location MapBusiness HourMon - Fri : 9am - 6pmSat : 9am - 1pmContactsTel: 03-33747433Fax: 03-33747431E-mailsSales Team : [email protected]Support Team: [email protected]Bank AccountBank: Public Bank BerhadAccount Name: Mices Technology Sdn BhdCompany Reg. No: 562158-TAccount No.: 3115448536 Quote Share this post Link to post Share on other sites
TonikCapGajah2013 175 Report post Posted May 27, 2005 Aku nak tanya gak.Berapakah saiz fail MPEG yang sepatutnya untuk run VCD dalam masa 1 minit... dimana kualiti gambar dan audio 'best'. Quote Share this post Link to post Share on other sites
gcloud 0 Report post Posted May 27, 2005 Bitrate VCD tetap pada 1150 kbps Constant Bitrate (CBR). 1 minit mpeg 1 VCD saiz adalah 9.95 MB atau lebih kurang 10MB. Setting pada VCD adalah tetap contoh bitrate pada 1150kbps audio pada 44.1hz 16 bit pada bitrate 224kbps. Jadi soal the best quality hanya bergantung pada mana encoder yang kita pakai. Setiap encoder mempunyai algorithm tersendiri contoh Canopus Procoder dan TMPGEnc 3.0 XPress menghasilkan quality terbaik bagi VCD tetapi saiz VCD mpeg1 yang dihasilkan oleh Canopus Procoder lebih kecil sedikit berbanding TMPGEnc 3.0 XPress. Namun perbezaan sekitar 300 - 500 KB sahaja. Tidak seperti DVD (MPEG2 )ia adalah viarable Bitrate (VBR) lagi tinggi bitrate lagi tinggi quality dan lagi besar saiz yang dihasilkan. Quote Share this post Link to post Share on other sites
TonikCapGajah2013 175 Report post Posted May 27, 2005 ooo..gitu . jadi tak semestinya saiz 1 minit mpeg 30MB lebih baik dari 10MB. Bergantung pada encoder lah nie.. ok thanx Quote Share this post Link to post Share on other sites
sham6574 0 Report post Posted June 7, 2005 Nak tanya korang terutama yang tau pasal video editing dan codec.Apa hardware dipasaran yang sesuai untuk capture dan editing.Hardware yang saya gunakan:1.Snazzi - Untuk capture2. Ulead Video - Untuk video editingHasil nya tidak memuaskan dimana kurang terang atau pecah. Quote Share this post Link to post Share on other sites
gcloud 0 Report post Posted June 7, 2005 (edited) Nak tanya korang terutama yang tau pasal video editing dan codec.Apa hardware dipasaran yang sesuai untuk capture dan editing.Bergantung pada harga lebih mahal...lebih baik... jika menggunkan DV cam lebih guna firewire untuk tranfer ke PC.http://www.videohelp.com/captureHardware yang saya gunakan:1.Snazzi - Untuk capture:Capture dalam DVD format pada 8000kbps (720 x 576)2. Ulead Video - Untuk video editingedit dlam format DVD di dalam ulead setkan project setting seperti berikut mpeg 2 DVD - PAL- VBR (varible bit rate ) @8000...guna Field order B (upper field) dan load video anda dan mulakan editing. savekan kembali ke format DVD seperti yang ada setkan dalam project setting.Guna TMPgenc Xpress 3..0 Atau Mainconcept Mpeg Encoder untuk convert ke VCD..Hasil nya tidak memuaskan dimana kurang terang atau pecah.Elakan direct coversion ke VCD menggunakan Snazzi...quality memang tak memuaskan. Edited June 7, 2005 by gcloud Quote Share this post Link to post Share on other sites
shahrizal 0 Report post Posted August 28, 2005 (edited) aku bru nak beli DVcamhak yang aku dak riki, panasonic yang ada 3ccd harga dalam RM2800.mintak sifu bagi cadagan tentang DVcam yang baik serta puas hati harga bawah 3k. Edited August 28, 2005 by shahrizal Quote Share this post Link to post Share on other sites
hamlaww 7 Report post Posted August 29, 2005 aku bru nak beli DVcamhak yang aku dak riki, panasonic yang ada 3ccd harga dalam RM2800.mintak sifu bagi cadagan tentang DVcam yang baik serta puas hati harga bawah 3k. ←ok ler ko boleh try camera yang aku syor kan ni Canon XL2Harga tak mahal sangat !!! boleh ler 1.camera Canon XL2 (3CCD)2. Pinnacle LIquid edition (external capture card )3. Double prosesor P44.1MB memorry5.80gb hardisk Quote Share this post Link to post Share on other sites
tasek16 82 Report post Posted August 29, 2005 Canggih laa kamera ni..ko punyer ke???? aku rasa aku tak mampu pakai...Aku pakai kamera DV yang biasa punya jer.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
shahrizal 0 Report post Posted September 4, 2005 memang la dv kau bagus tapi aku mana mampu nak beli cam tu kau lain la cari makan dengan benda tu...aku seseronok je............ aku natkya putranian la dv tape pun main peranan ke masa kita record video ... kekadang aku beli yang murah je rm 20 kat low yat. ada ke beza kualiti gambar tentang dv tape ni Quote Share this post Link to post Share on other sites
hamlaww 7 Report post Posted September 5, 2005 Canon XL2 tu milik sepenuhnya oleh company aku !!! aku pakai sony 460E jer !!!. teringin nak pakai yang ade 3ccd ade sape boleh rekemen tak ??Pasal Dv tape tuh aku tak de Idea !! biasa pakai sony punya tape HI8 jer !!! Quote Share this post Link to post Share on other sites
tasek16 82 Report post Posted September 5, 2005 ada dua miniDV tape yang aku rekemen Sony (yang black) dan JVC..Tapi sestengah orang cakap kalau ko start pakai Sony..guna terus sony...atau kalau guna JVC contohnya stick pada satu brand.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
narmiabj4 0 Report post Posted September 20, 2005 Salamzz....Saya CODEC ingin memberikan bantuan kepaa sesiapa yang memerlukan.Saya berpengalam dalam pemasangan PC lebih kurang 15 tahun dan Video Editing 4 tahun.Saya juga mampu menggunakan hampir semua software Video Editing yang berada dipasaran sekarang.Saya juga mengendalikan beberapa software Sound Editing.pernah bekerja sebagai Linear Editing/Non Linear Editing di firma yang terkenal dan sekarang bekerja sendiri.Diharap bantuan saya ini dapat meningkatkan mutu kerja anda.Saya juga ada menganjurkan kursus insentif untuk yang berminat,dengan bayaran yang berpatutan.Saya menyediakan program APPRENTICE/JOINT VENTURE kepada semua yang berminat.P/S:Ilmu yang saya ada ini bukan milik saya,tapi milik yang Maha Berkuasa,jadi gunakanlah ianya untuk jalan kebaikan.Sekian,Terima Kasih← Quote Share this post Link to post Share on other sites
narmiabj4 0 Report post Posted September 20, 2005 Bagaimana nak Sertai Kursus. Berapa bayaran yang dikenakan, tempat dan jangka masa kursus. Terima Kasih kerana sudi membantu. Quote Share this post Link to post Share on other sites
StudioD'Artisan 0 Report post Posted September 25, 2005 hai samekom... tumpang lalu nak tanya sket bleh knape saya capture video dari mini dv guna firewire gambar jadik jurk jurk(sangkut2) cam ner arr. knape jadik cam tuh... Quote Share this post Link to post Share on other sites