Jump to content
TonikCapGajah2013

Emel 1 Malaysia

Recommended Posts

Nak minta pandangan dan pendapat korang semua.
Berbaloi ker adakan emel 1malaysia nie.

Dipetik dari TV3
"[i]Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri: "Ia pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat perniagaan untuk membina pengisian."

Projek emel 1Malaysia akan dibangunkan Tricubes Berhad dengan nilai pelaburan RM50 juta.

Projek ini dijangka menjana pendapatan negara kasar RM39 juta menjelang 2015[/i]."

Labur RM50 juta - jana pendapatan RM39 juta!!!

Tak masuk akal langsung dan aku 100% tak sokong.

Siapa CEO syarikat Tricubes Berhad ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
jana pendapatan tu maksudnye dari pengiklanan kot. semua orang bukak emel, dapat iklan, so setiap iklan tu komisen kepada negara

walaupun aku tak setuju emel free kerajaan ni dibuat, membazirkan duit rakyat je, tapi kalau dah dilaksanakan aku nak sebijik :D sapa nak sedekah sampai 50 juta? singgit pun payah. nak sponsor buat emel tu, tanpa sebarang suntikan dari kerajaan? macam mustahil.

email yahoo, google masih free, inbox pun bergiga-giga jugak. tuntutan kepada kerajaan untuk buat email tu tak tinggi. melainkan kalau email free lain dah takdak, kerajaan buat lah emel free untuk rakyat. masa tu baru sesuai

Share this post


Link to post
Share on other sites
50m tu aku rasa modal utk develop device biomatriks tu.. pengguna email @myemail.my kena ada device tu utk tujuan pengecaman identiti.. huhuhu..

satu lagi, setiap email yg dihantar (tak pasti apply utk gomen sahaja atau semua pengguna) akan dicaj RM0.50.. ce kira.. ce kira.. ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites
erk..ada cas ke? sapa yang bayar?

kalau pengguna kena bayar baik takyah. boikot.
kalau kerajaan kena bayar pun baik takyah. BOIKOT supaya jimat duit cukai rakyat.

aku guna emel yahoo, gmail, puteramail, takde kena bayar pun. stem pun tak perlu. penerima pun tak kena bayar apa-apa.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aritu heboh gak pasal RM0.50 per email nih.. dalam mailing list byk la dibincangkan.. :)

[url="http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pemandu-government-agencies-to-pay-for-1-malaysia-email-database/"]http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pemandu-government-agencies-to-pay-for-1-malaysia-email-database/[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
kerja boodoh.
serius kerja bodoh.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' timestamp='1304520353' post='1067978']
Cas 50sen tu dikenakan kepada jabatan kerajaan sahaja.
[/quote]
yes bro. tak mengganggu rakyat pun

but!

duit kerajaan tu merupakan duit cukai yang rakyat bayar. kalau nak buat email free, bagi lah free. ni tak, wajib bayar pulak lepas tu

#########
tambahan

perkataan "free" adalah satu strategi untuk meramaikan peserta.
dan perniagaan cara begini paling mudah kaya cepat. suruh kerajaan bayar. suruh kerajaan wajib beli. mudah kan? hanya perlu orang dalam untuk luluskan dan perintahkan agensi kerajaan bayar mereka.

semudah itu. bagi saya itu satu penipuan.

mengapa tidak idea itu datang dari kerajaan, dengan tender terbuka, lebih telus.

mengapa tidak semua produk keluaran rakyat diberikan status yang sama?
ko buat apa? bendang? ok, ko edar beras kat penduduk kampung, nanti kerajaan tolong bayarkan.
ko buat apa? jual komputer? ko edar kat rumah anak yatim, nanti kerajaan bayarkan.

kenapa emel sahaja? Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
Perlu ke buat benda ni? Tak boleh ke kalau guna yang free je? Kenapa nak kena bayar pulak RM0.50 setiap kali send email? Banyak pulak persoalan dalam kepala ku ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites
najib makin lama makin mengarut. kalau takda pekdah email baru ni, baik pakai yahoo nor gmail takpon pakai sampul surat then masukkan dkt kotak merah tepi jalan jea haha

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Null' timestamp='1304714164' post='1068090']
Teringat aku projek waumail.com dulu..
[/quote]

[email protected] <- email aku tahun 1999.. hahahahaha.. sejarah2.. email pertama aku gunakan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tricubes Berhad adalah salah satu anak syarikat Nazim Razak..CEO CIMB dan adik Najib...so..xheran la kalo Najib nak sangat email 1malaysia ni..financial record company ni pun teruk..hampir2 bankrap..

sape la yang bermurah hati nak labur 50 juta utk rakyat Malaysia ni tanpa dapat apa2 faedah..ni syarikat swasta cik adik..cik abang..cik kakak oi..diorang nak cari untung je..sape buat bisness utk rugi?

aku langsung xsetuju..rakyat bukan nak email..lagipun..bukan semua rakyat ada akses ke internet..rakyat nak kebajikan daripada kerajaan..nak harga barangan yang rendah..harga minyak yang rendah..bukan email..kalau ade email ke..xde ke..dapur tetap kena berasap..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bukankah kerajaan yg memerintah sekarang rakyat juga yang pilih ?
BN menang Raykat senang.
Tradisi membela rakyat.
Rakyat diutamakan ....

Share this post


Link to post
Share on other sites
apa yang dibangga sangat dengan @myemail.my... nama email yang sangat generic.. kalau @1malaysia.my tu ok laa juga... tak salah aku diorang guna platform microsoft sama macam live.com, hotmail.com.. so maknanya re-branded jer...cth kalau kita ada domain sendiri..kita boleh buat up to 500 email akaun bawah domain kita sendiri for free guna microsoft platform ni...kalau nak lebih 500 request lagi..also for free..let say myemail.my ni kemungkinan user lebih 500 so microsoft akan kenakan extra charge but tak sampai 50 juta RM...sebab email platform tu di maintain oleh microsoft..infrastructure pun under microsoft.. bukan nya Tricubes Berhad yang kena bina email server, datacenter etc untuk email ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites
itulah...sapa ada domain sendiri, yang unlimited email account boleh jual email lah lepas nih.

takyah guna platform microsoft pun takpe, guna free yang dia bagi macam webmail horde tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' timestamp='1305987300' post='1068833']
yang aku musykilkan ialah...takkan mahal sangat nak ujudkan email 1M nie.
kalau 1juta pun dah lebih dari cukup.
[/quote]
hehe...ce baca post [url="http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/89172-emel-1-malaysia/page__view__findpost__p__1068806"]#21[/url] semula...

mahal wooo, microsoft platform... :153:

mail putera guna gmail platform kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites
emel 1malaysia ni memang membazir...aku tak nak pertikaikan pasal kos(sebab bagi aku ia memang relevan...RM50j adalah kos dalam masa 10tahun...kos awal cuma RM5.3j) ataupun caj RM0.50(sebab sebelum ni pon, KWSP memang bayar kos pos RM0.50 untuk setiap penyata yang kita dapat...so, kalau kita dapat penyata berbentuk surat atau emel 1mlaysia, KWSP tetap keluar RM0.50; tidak termasuk kos printing dan kertas)...dan diroang guna microsoft punya cloud-computing infrastructure, bukan teknology hotmail/live dari microsoft...

yang aku paling tak setuju, keselamatan(dan beberapa benda berkaitan MAMPU dalam penglibatan email 1malaysia ni)...
untuk akaun free(yang kebanyakan orang akan guna), ia tidak termasuk "The myemail.my account has an authentication service which includes a MyKad-based authentication service layer."...keselamatan dia mencurigakan dengan dia punya orang besar hanya mampu cakap diorang pakai SSL layer(hoi!..that's not enough for those kind of information going through that your so-called secured layer!)...

secara ringkas, kita tak perlukan email untuk urusan2 tu...sebaliknya, kalau nak buat macam portal, baru aku 70% setuju...sebab kos dia memang tahap dewa...
dan MAMPU yang tukang nilai Tricubes...aku sangat curiga dengan kemampuan MAMPU berdasarkan rekod trek dia...
Tricubes juga terlibat dengan system MyKad kita guna sekarang, which is almost FAILED bagi aku...so, (kemungkinan) tricubes ialah yang paling power kat malaysia dengan benda2 camni, tapi dah lama berkecimpung tapi tahap macam tu jugak, ada eloknya postpone dulu(kalau nak buat jugak)...

apa kerajaan pikir dengan email 1malaysia ni?...1 projek yang bijak?...
bagi aku, ia projek mengarut...tidak kena pada masa, kepakaran dan keperluan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
singapura tu lagi maju lagi kiasu, internet lagi laju. tak ada pula dengar cerita email 1singapore.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...