Jump to content
NeoLogy

Mendoakan Kesejahteraan Bukan Muslim

Recommended Posts

Baru-baru ni, mufti negeri Perak telah mengeluarkan fatwa bahawa haram mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Persoalan aku sekarang, adakah berdosa sekiranya kita mengucapkan Salam sejahtera atau selamat sejahtera kepada non muslim? Aku peratikan, dalam banyak majlis yang dihadiri pelbagai kaum dan agama, pengerusi majlis akan memberi salam kepada hadirin..Maka, adakah berdosa bagi kita mengucapkan salam sejahtera kepada non muslim?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Entah lah, setahu aku masa sekolah dulu, memang diajar "Bangun semua.... Selamat Sejahtera cikgu!" kpd cikgu yang bukan Islam.
Sekarang dah jadi berdosa kot. Huh.
Mungkin lepas ni budak2 sekolah akan disuruh ucap "Bangun semua... Yo check it out check it out cikgu!" pulak kot. [img]http://illiweb.com/fa/i/smiles/icon_scratch.png[/img]

By the way, aku rasa tak salah kot nak ucap salam sejahtera kpd non Muslim.
Lain la kalau mendoakan supaya dosa-dosa si non Muslim tu diampunkan, or kita bagi ucapan Assalamualaikum dulu ke..
Yang tu setahu aku baru la tak boleh.. Unless dia start bagi salam, baru kita jawab Waalaik.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Masa aku sekolah dulu pun sama juga "Bangun semua... Selamat Sejahtera Cikgu" kt yg bukan Islam nih
Ntah la, tapi klu dah mufti kluarkan fatwa haram ada la sbbnye tu..
Takkan saje2 mufti nk fatwa kn haram jika takde sbb kukuh.
Nampaknya kena tukar 'tagline' lain la pulak kot huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ntah la..selain doakan kesejahteraan non muslim, kalo baca yassin dan buat sembahyang hajat utk non muslim tu dikira haram ke..harus ke..sunat ke..wajib?musykil lak..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum kpd sahabat2.

Bagaimana pula kalau ada seorang non muslim ini baik suka tolong sesama manusia,bersedekah,hormat org,minat dengan islam dan lain2 lalu kita mendoakn supaya Allah memberi hidayah kpdnya untuk memeluk islam?

Atau

Bagaimana pula kalau ada seorang muslim ini jahat,kurang ajar,dengki,dan lain2 lalu kita mendoakan juga supaya Allah memberi hidayah kpdnya untuk berubah seterusnya tegerak hatinya untuk memeluk islam?

Adakah salah untuk mendoakn orang mcm ini?

P/s Minta maaf banyak2 kepada pemula topik jika soalan saya ada menganggu thread saudara. Edited by Mr_Iz

Share this post


Link to post
Share on other sites
yang pasal kat P.Pinang tu Majlis Agama kata boleh mendoakan kesejahteraan untuk yang bukan Islam dalam konteks supaya Allah berikan dia taufik dah hidayah untuk memeluk Islam.. ni dibolehkan, cuma dalam majlis solat jumaat mungkin kurang sesuai. boleh baca komen [url="http://drmaza.com/home/?p=1217"]Dr.Asri[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color="#FF0000"]Kalau berkaitan dengan khutbah solat Jumaat di Pulau Pinang.

Rasulullah SAW pernah berdoa agar Islam dikuatkan oleh salah satu dari dua Umar.
Dan akhirnya Umar bin Al-Khattab masuk Islam.

Harus pula seseorang itu berdoa supaya orang bukan Islam itu beroleh hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Ini berdasarkan hadith:[/color]
[color="#0000FF"]
"Thufail bin 'Amr datang kepada Rasulullah s.a.w lantas berkata:"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar ditimpakan keburukan ke atas mereka." Orang-orang menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda bersabda: "Ya Allah! Berikanlah hidayat kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam." (Hr Bukhari)[/color]

Moga2 rakyat Malaysia makin faham tentang Islam.
Khususnya sahabat2 kita yang bukan Islam. Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NeoLogy' date='26 August 2010 - 06:52 AM' timestamp='1282776731' post='1046060']
Kalau kes kat Hulu Selangor aper citer lak?

[img]http://www.freeimagehosting.net/uploads/e174d070d8.jpg[/img]
[/quote]
kena tanya Mufti S.S Tan Sri Harussani Zakaria :12:

Share this post


Link to post
Share on other sites
mufti perak nie pun satu.
kalau BN buat senyap jer,
kalau BA buat, mula la dia keluar fatwa itu ini.

Pada aku ini semua gimik politik.

Hukum dia ada Haram dan ada Harus bergantung kepada isi kandungan doa.

Kalau orang kafir tu sangat baik, pemurah, suka tolong orang Islam
tak salah kalau kita doakan supaya Allah beri hidayah supaya dia
memeluk Islam.

Yang salah/haram ialah mendoakan supaya Allah ampunkan dosa orang kafir itu. Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]HUKUM MENDOAKAN YANG BUKAN MUSLIM[/b]

[spoiler]Kita sebagai umat muslim haruslah membezakan antara mu'amalah dengan ibadah mahdhoh. Hubungan sesama yang bukan muslim adalah bentuk daripada salah satu cabang muamalah. Inilah yang perlu kita perhatikandan mengambil berat:
[b]
PERTAMA: BERTAKZIAH KAPADA ORANG YANG BUKAN MUSLIM[/b]

Para ulama telah menyepakati bahawa bertakziah kepada orang yang bukan muslim hukumnya boleh (harus). Termasuk berbuat baik, bermu'amalah, berjiran tetangga, saling bertukar hadiah dan seterusnya. Sama dengan halnya menziarahi kawan-kawan, jiran yang bukan muslim ketika sakit.

Perilaku ini dibenarkan berdasarkan teladan Nabi SAW di masa lalu, dimana beliau pernah mengunjungi jenazah orang kafir. Dan Syara' tidak melarang kita untuk melakukan hal ini, kerana tidak ada nash yang melarangnya. Termasuk juga yang dibolehkan adalah mengucapkan bela sungkawa (takziah) kepada keluarga atau kerabatnya.

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusirkamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (QS Al-Mumtahanah: 8)

Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW menjenguk seorang Yahudi yang dahulu pernah melayaninya dan akhirnya Yahudi itu masuk Islam. Hal itu diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Al-adab Al-Mufrad, juga disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Al-Matalib Al-Aliyah.

Inti patinya ialah bermuamalah itu dibolehkan selama mana dalam koridor atau lingkungan syariah. Tokoh Hadith yang terkenal Imam Sufian At-Tsauri pernah berkata bahwa seorang muslim dibolehkan untuk bertakziah kepada orang bukan Islam yang mati, dan kepadanya disunnahkan untuk mengucap (lillahis-sultanwal azhamah), kekuasaan dan keagungan hanyalah milik Allah.

Al-Hasan berkata bila kamu bertakziah kepada orang kafir maka ucapkanlah, "Tidaklah menimpamu kecuali kebaikan."

Abu Ubdullah bin Baththah berkata,
"Yang diucapkan pada saat bertakziah kepada orang kafir adalah: Semoga Allah memberikan kepada atas musibah ini sesuatu yang lebih baik dari apa yang Allah berikan kepada siapapun dari orang yang memeluk agamamu."

Seorang muslim boleh memilih lafaz manapun yang lebih disukainya dari lafaz-lafaz di atas.

[b]KEDUA: MENDOAKAN ORANG KAFIR[/b]

Hukum mendoakan orang kafir itu tergantung dari kandungan doanya dan pada saat atau ketika bila doa itu dipanjatkan. Berdoa kepada Allah SWT untuk orang kafir yang dibenarkan adalah mendoakannya agar mendapatkan hidayah agar masuk Islam. Sebagaimana dahulu Rasulullah SAW pernah berdoa agar Islam dikuatkan oleh salah satu dari dua Umar. Dan akhirnya Umar bin Al-Khattab masuk Islam.
[b]
Selain itu, doa yang dibolehkan adalah memintakan ampunan untuk orang kafir KETIKA MASIH HIDUP[/b].

Hal itulah berdasarkan dari hadits berikut ini:
Dari Abi Abdirrahman Abdillah ibni Mas'ud r.a. berkata, "Seolah aku masih melihat Rasulullah SAW tengah menceritakan seorang nabi di antara para nabishalawatuhu wa salamuhu alaihim yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah. Nabiitu lalu menyeka darah dari wajahnya seraya berdoa,"Ya Allah, ampunilahkaumku, karena mereka tidak tahu"." (HR Muttafaqun 'alaihi)
[b]
Namun memintakan ampunan bagi orang kafir yang SUDAH MENINGGAL DUNIA hukumnya haram[/b].
Dalilnya adalah ketikaRasulullah SAW meminta izin kepada Allah SWT untuk meminta ampunan dari Allah atas ibunya, permintaan itu ditolak Allah SWT. Dalil lainnya adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Al-Quran kisah meninggalnya Abu Thalib, di mana saat itu Rasulullah SAW ingin memintakan ampunan kepada Allah SWT atas dosa-dosa Abu Thalib. Saat itu turunlah ayat berikut ini:

"Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapaknya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun." (QSAt-Taubah: 113 - 114)

"Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di majlis Rasulullah s.a.w dengan tujuan supaya Baginda bersabda dan mendoakan mereka dengan mendapat rahmat Allah – sebagaimana doa bagi orang-orang Islam apabila mereka bersin – Maka Baginda bersabda (kepada orang-orang Yahudi ketika mereka bersin) semoga Allah memberi hidayat kepada kamu dan membetulkan hal ehwal kamu."(HR Tirmizi)[b]

Harus pula seseorang itu berdoa supaya orang bukan Islam itu beroleh hidayah dan petunjuk dari Allah SWT[/b].

Ini berdasarkan hadith:

"Thufail bin 'Amr datang kepada Rasulullah s.a.w lantas berkata:"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar ditimpakan keburukan ke atas mereka." Orang-orang menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda bersabda: "Ya Allah! Berikanlah hidayat kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam." (Hr Bukhari)

Kesimpulan yang boleh saya buat di sini adalah, jika dipandukan daripada dalil atau nash yang ada di atas adalah tidak menjadi keharusan malah ianya menjadi haram ke atas seseorang muslim tersebut mendoakan supaya bebas dari azab dunia & akhirat, keampunan dari ALLAH SWT dan Rahmat (kesejahteraan) kepada ORANG KAFIR YANG TELAH MATI kerana ianya ditegah sama sekali oleh ALLAH SWT.

Tetapi lain pula halnya andai seorang muslim mendoakan ORANG KAFIR YANG MASIH HIDUP ke arah keampunan dan rahmat (selamat) serta diberikan hidayah atau petunjuk supaya dibukakan mata hati seseorang kafir untuk lebih mendekati dan mengamalkan nilai-nilai Islam tidak kira dia adalah pemimpin atau pun tidak maka hukumnya adalah dibolehkan (harus). Malah ianya adalah sunnah Rasulullah SAW.
Wallahua'lam.. [/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
mungkin silap dari pihak khatib tu sendiri yang tersalah waktu, buat masa solat jumaat pula.. Alhamdulillah la dah berbincang dengan majlis agama dan masing2 setuju. kepada yang melapor tu pon bagus juga, orang lain yang tak sedar/jahil pasal isu ni pon dapat manfaat jgak.

khuatir pihak lain memanipulasi/provok isu ni je.. :121:

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tengok berita TV semalam pengerusi perhubungan Umno P.pinang (zahid hamidi-datuk ke pangkat die?) kata nak bawak ke majlis mufti-mufti memandangkan Majlis Ugama Penang (ust elias Zakaria) tak mahu ambil tindakan kepada Tn Guru Zakaria Ahmad bahkan bersetuju benda tu boleh dan hanya nasihat supaya jangan ulang lagi supaya tidak mengganggu sensitiviti umat Islam.

majlis ugama penang kata tak salah, mufti penang abang kandung Tn Guru Zakaria Ahmad mungkin kata yang sama (boleh), mufti perak sahaja kata tak boleh tapi mufti2 lain mungkin akan kata boleh (mungkin).

isu ini dipolitikkan. mari kita nilai sesuatu isu dengan ilmu!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebenarnya ini satu usaha utk membangkitkan kemarahan orang melayu dan orang islam terhadap org cina dan bukan islam..walhal ni benda kecik je..org yang dipengaruhi emosi dan racism memang akan cepat melenting tanpa memikirkan pandangan ILMU..dan budaya mengharamkan sesuatu dengan tergesa-gesa dikalangan mufti rasmi dan tidak rasmi ni sudah mula bertunas..sesuatu isu dengan mudahnya dikeluarkan fatwa tanpa berbincang dengan teliti oleh para ilmuwan...

janganlah kita mengharam sesuatu yang halal atau menghalalkan sesuatu yang haram semata-mata tidak memenuhi matlamat kita..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kita patut doakan supaya karpal singh mendapat hidayah dan memeluk islam. bila karpal sudah islam maka beliau akan sokong hudud dilaksanakan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
org cina khususnya rajin bekerja dan kaya..sekiranya mereka ini bersama-sama dgn islam, insyaallah akan bertambah kukuh lah umat Islam seperti mana masuknya Umar al-Khattab ke dalam agama Islam sehingga Umat Islam bertambah kukuh dan dikagumi..jika Nabi s.a.w pernah berdoa,

“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

maka, memohon supaya hidayah diberikan kepada pemimpin2 hebat yang bukan muslim adalah wajar dan tidak sepatutnya dipersoalkan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
mari tgk pendapat dari Dr Asri

[url="http://www.malaysiakini.com/columns/140964"]http://www.malaysiakini.com/columns/140964[/url]

dan ape kate ustaz uzar pulak?

http://www.zaharuddin.net/content/view/950/72/

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku dah baca komen Dr Asri memang benar, tapi beliau tak komen habis,orang bukan islam didalam masjid atau ibadah dengan aurat yang terbuka.
ustaz zaharudin tu aku klik tak boleh keluar sebab ade problem kat link tu.

[quote name='Jom Cyber' date='27 August 2010 - 06:14 PM' timestamp='1282904051' post='1046234']
kita patut doakan supaya karpal singh mendapat hidayah dan memeluk islam. bila karpal sudah islam maka beliau akan sokong hudud dilaksanakan.
[/quote]
pendeknya akal...takpelah aku doakan ko matang pasni,namun aku persoalkan kenapa tak doakan pemimpin kerajaan yang Islam agar dibukakan hati agar lebih menjurus kepada agama Islam?bukankah lebih baik?
pertahankan apa yang ada,bukan bermimpi benda yang sikar digapai,umpama pepatah melayu yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau nanti ada khatib doa "Ya Allah, Kau bukalah pintu hati PM kami, Najib Abdul Razak agar dapat menerima Islam dan melaksanakan syariat Islam. Kau berilah kekuatan kepada beliau untuk menasihati isterinya supaya menutup aurat dan menjadi contoh kepada seluruh isteri pemimpin2 kami di Malaysia"

agak2 ape reaksi penyokong UMNO khususnya?

adakah kita perlu pertahankan apa yang ada,bukan bermimpi benda yang sukar digapai,(rosmah menutup aurat)..
jika ko anggap benda ni (rosmah menutup aurat) tak mustahil, jadi apa alasan ko utk mengatakan karpal singh tidak akan menerima hidayah?Rahmat Allah sangat luas..Dia boleh beri hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya..rasanya penyokong2 kuat Najib sudah cukup banyak mendoakan kebaikkan dan hidayah utk najib..tapi tak ramai yang mendoakan supaya diberi hidayah kepada karpal singh ni..so, tiada salahnya memohon diberi hidayah kepada karpal..ko rela melihat karpal terus menentang Islam daripada melihat dia memeluk islam?tak luak pun islam ko jika ko mendoakan hidayah kepada karpal singh ni..5 kali ko solat sehari..seminggu 35 kali solat..xkan sekali (time khutbah jumaat) ko doakan hidayah utk karpal singh dah hilang 34 doa ko utk pemimpin Islam?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...