Jump to content
ChloeAgnew3

Amalan Menilik Tanpa Niat Membalas

Recommended Posts

Assalamualaikum,

saya mau bertanya sikit, apakah amalan menilik ini dibenarkan dalam Islam? contoh... sakit akibat terkena perbuatan orang then untuk mengetahui siapakah orang itu kita berjumpa bomoh walaupun dengan tanpa niat mau balas sihir orang tersebut?

tapi saya ada pandangan saya sendiri, pada saya ini pun sudah salah kerana bomoh itu tidak mempunyai kuasa apa pun untuk mengetahui siapakah orang yang buat itu, katakanlah bomoh tersebut menyebut orang itu A, tapi jika benar A tidak membuat apa-apa maka akan terjadilah fitnah terhadap A itu, fitnah adalah 1 dosa besar kan? kalau pun benar ramalan bomoh itu maka pandai lah itu bomoh semua dia tahu. saya takut dengan berbuat begini akan jatuh syirik terhadap Allah SWT.

tapi ada orang cakap tidak salah berbuat demikian kerana niat kita bukan mahu membalas sihir tersebut hanya mahu mengetahui siapakah yang orang itu sahaja dengan alasan Nabi sendiri pernah terkena sihir, betulkah ini?

terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Waalaikumsalam.

Saya tak arif dalam hal ni tapi saya nak lontarkan pendapat.

Pada pendapat saya, dalam hal perubatan cara Islam ni, ia bukan satu amalan tilik.
Biasanya ustaz / ustazah yang merawat akan bersoal jawab dengan makhluk yang berada dalam badan pesakit, tentang siapa tuannya,
siapa yang suruh ia ganggu pesakit, dan sebagainya.
Dari situlah jawapan siapa empunya angkara didapatkan.
Dan biasanya juga, ustaz / ustazah tersebut akan merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan pesakit atau ahli keluarga pesakit walaupun
dia ditanya oleh mereka.
Pernah saya ikut ahli keluarga terdekat yang terkena sihir pergi berubat.
Pastu bila ditanya kepada ustaz berkenaan tentang siapa yang hantar sihir ni,
ustaz tu refuse utk beritahu siapa orangnya.

Tapi ada juga bomoh2 yang menggunakan cara yang tidak betul, yang memang bertentangan dengan Islam sama sekali,
seperti menggunakan khidmat jin dan bacaan-bacaan yang dicampur aduk kan.

Maaf kalau pendapat saya ni kurang tepat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
saya tau ada juga perubatan islam tapi saya tak suka sakit apa pun semuanya orang yang buat. saya tak tau macam mana mau cakap tapi jangan sakit sikit saja orang yang buat. percaya kepada sihir bukankah salah? Edited by ChloeAgnew3

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bukan begitu.
Ada penyakit yang boleh diubat secara sains. Ada yang tidak.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, jika kita sakit jumpa lah doktor dulu.
Jika doktor pun tak tau apa penyakit kita, baru lah kita cuba perubatan Islam.
Atau jika kita dah abis makan ubat tapi masih tidak sembuh2 pun, baru lah kita cuba perubatan Islam.
(sebenarnya terbalik, sepatutnya cuba perubatan Islam dulu baru perubatan Sains,
tapi memandangkan kita telah dibesarkan dengan perubatan sains dulu maka go for science punya dulu lah gitu baru kita puas hati)

Berbalik kepada sihir,
Melakukan sihir tu adalah salah dan berdosa besar.
Tetapi adakah mangsa sihir itu bersalah dan berdosa besar seperti pengamal sihir tersebut sedangkan dia adalah mangsa (orang yang disihir).

Percaya kepada sihir adalah berdosa jika percaya (terdorong) untuk melakukan sihir.
Percaya bahawa sihir itu wujud adalah wajib (perkara ghaib).
Percaya bahawa kita terkena sihir tanpa usul periksa lalu menuduh si polan itu menyihir kita, adalah fitnah jika tidak benar.
Percaya bahawa kita terkena sihir selepas usul periksa iaitu telah bertanya kepada pengamal perubatan Islam, ustaz2 dan ustazah2 yang bertauliah
dan disahkan oleh mereka bahawa kita disihir, adakah kita yang menanggung dosa sihir tersebut?

:)

Share this post


Link to post
Share on other sites
apa sahaja jin tu cakap, bohong.

ada hadis yang mengatakan bahawa jin sangat banyak bohongnya. dia kata dia sakit, jangan percaya, teruskan mengazab.

dia kata dia takkan ganggu lagi, maybe dia akan kembali lagi.

dia kata dia dah keluar, kadang2 masih ada dalam badan tapi berlakon macam dah sembuh. biasanya perawat akan test suruh mengucap dan baca ayat kursi. kalau gagal baca dengan betul dan lancar maknanya masih ada jin dalam badan.

nak tahu, ada cara nak tahu, tapi seeloknya jangan tahu.

saya boleh bagi satu cara, iaitu solat hajat. buatlah 7 hari berturut2, mohon pada Allah berikan petunjuk kepada si pembuat sihir atau yg mengupah bomoh. kalau tak dapat maknanya Allah tak mahu izinkan kamu tahu. kalau dapat petunjuk siapa, maka jangan balas dendam kepada mereka.




meyakini sihir, satu perbuatan salah. meyakini ubat panadol boleh menyembuhkan juga boleh bawa kepada syirik.

sekarang, penyakit yang berkaitan jin boleh dikesan dengan petanda2 yang dialami si pesakit. banyak tanda-tandanya nati saya carikan dan paste di sini. sekarang tengah malam, tak sempat nk rujuk.

dan boleh jugak dikesan dengan membaca ayat2 tertentu dari al-Quran. jika semasa/selepas baca ada petanda yang digariskan maka sakit itu gangguan jin. kaedah ini dalam kaedah perubata kami (PISANG) dinamakan scanning atau Jin Screening.

kalau xde tanda, maka itu bukan gangguan jin.

jangan berlakon kena rasuk sebab kami boleh kesan tipu atau tidak rasukan tu... ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin

1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal. [b]-biasanya santau-[/b]
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam. [b]-insomnia, kerap berlaku-[/b]
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling. [b]-atau seperti dikuetuk2 atau seperti kanak2 berlari. tetapi siapa nak duduk di siling. kaedah ini tak boleh digunakan jika tiggal di rumah flat dan ada rumah berpenghuni di atas anda, tambahan pula rumah atas ada anak kecil yang suka main guli :D -[/b]
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk/selalu lupa.
21) Panas baran -cepat sangat-.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) [b]Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran[/b].
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari. -istihadhah-
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur. -sleep paralysis?-
33) Kuat berangan. :lol:
34) Terlalu rasa rendah diri dan [b]tidak berkeyakinan[/b].
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus. [b]kerana anda diganggu atau anda seorang tukang sihir. bukanlah suatu kelebihan dapat melihat jin.[/b]
41) Sakit mental atau gila.
42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
47) Timbul rasa takut tanpa sebab.
48) Sering pengsan tanpa sebab.
49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.

semua tanda2 ini JIKA KERAP BERLAKU. kalau hanya sekali dalam setahun atau sekali dalam sebulan berlaku satu dari semua ini, maka tiada apa2. namun ada di antara tanda di atas yang walaupun sekali berlaku menunjukkan ada gangguan, seperti panas dan sakit apabila dengar al-Quran dibaca.

point 29 mugkin ramai selalu rasa tetapi buat biasa2 je sebab anggap hanya mainan tidur. akhirnya penyakit semakin serius dan sukar diubati. sakit buatan jin boleh sehingga mengorbankan nyawa ye, dan boleh juga sehingga murtad. hati2 ye.

point no 10, biasanya berlaku kepada wanita, jika pernah bermimpi menyusukan bayi atau mendukung kanak2 dan dalam mimpi tersebut mengasihi kanak-2 itu dan menyayangi mereka, cek lah diri anda.

pernah ada kes, seorang wanita yang membiarkan mimpi seperti itu, yang mulanya hanya bermimpi, menyayangi bayi, kemudiannya setelah bayi dalam mimpinya besar (beberapa tahun kemudian) dia boleh nampak kanak2 itu di dalam rumahnya. jodoh datang lambat, banyak gangguan lain, dan terasa mahu minum darah. terpaksalah dia bancuhkan sirap untuk menenangkan hatinya yang mahukan darah.

dan ada satu kes yang pernah saya handle, jin sihir mahu membuat anak dengan pesakit. masih belum sembuh sepenuhnya sihir tersebut tetapi nampak berlaku pengurangan kesakitan. insyaAllah semakin sembuh.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TOYSЯUS' date='15 July 2010 - 02:02 AM' timestamp='1279130574' post='1041954']
Bukan begitu.
Ada penyakit yang boleh diubat secara sains. Ada yang tidak.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, jika kita sakit jumpa lah doktor dulu.
Jika doktor pun tak tau apa penyakit kita, baru lah kita cuba perubatan Islam.
Atau jika kita dah abis makan ubat tapi masih tidak sembuh2 pun, baru lah kita cuba perubatan Islam.
(sebenarnya terbalik, sepatutnya cuba perubatan Islam dulu baru perubatan Sains,
tapi memandangkan kita telah dibesarkan dengan perubatan sains dulu maka go for science punya dulu lah gitu baru kita puas hati)

Berbalik kepada sihir,
Melakukan sihir tu adalah salah dan berdosa besar.
Tetapi adakah mangsa sihir itu bersalah dan berdosa besar seperti pengamal sihir tersebut sedangkan dia adalah mangsa (orang yang disihir).

Percaya kepada sihir adalah berdosa jika percaya (terdorong) untuk melakukan sihir.
Percaya bahawa sihir itu wujud adalah wajib (perkara ghaib).
Percaya bahawa kita terkena sihir tanpa usul periksa lalu menuduh si polan itu menyihir kita, adalah fitnah jika tidak benar.
Percaya bahawa kita terkena sihir selepas usul periksa iaitu telah bertanya kepada pengamal perubatan Islam, ustaz2 dan ustazah2 yang bertauliah
dan disahkan oleh mereka bahawa kita disihir, adakah kita yang menanggung dosa sihir tersebut?

:)
[/quote]
kalau tak silap saya, jika di darussyifa' mereka menggalakkan pesakit ke hospital dan diagnos sakit apa terlebih dahulu. penyakit seperti barah dan ketumbuhan amat disarankan untuk berubat di darussyifa' atau perubatan Islam yang lain yang diiktiraf.

mangsa sihir tak berdosa, bahkan diharapkan dipadam dosa-dosanya sebelum itu dan diberikan pahala berkat kesabarannya menanggung sakit itu.

menuduh tanpa bukti, berdosa. boleh menjadi fitnah. dan perbuatan sihir sangat sukar dibuktikan.

katanya sidang Dun selangor akan bahaskan untuk menetapkan enakmen jenayah sihir. yang telah dipelopori idea ini pada hujung 2009 atau awal tahun 2010 dengan diskusi anjuran bersama PISANG, Darussyifa' dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

sihir wujud, jin juga wujud, hantu tu jelmaan jin sahaja, semuanya perkara ghaib yang perlu kita imani wujudnya.

tilik nasib, ramalan2, kita hanya boleh mendengarnya tetapi tak boleh mempercayainya. termasuklah ramalan cuaca. sesiapa yang meyakini dengan berita ramalan cuaca maka telah syirik. dengar dan berhati2 maka tiada masalah, bukan meyakini 100% ramalan akan berlaku.

haram melakukan sihir dan menggunakan khidmat jin sepertimana dalam surah al-Jin di 10 ayat awal surah (mafhumnya: dan adapun di kalangan manusia yang meminta bantuan dari kalangan jin maka Allah sesatkan lagi mereka)
dan seperti dalam ayat (wattaba3u ma tatlusy-syayatiinu 3ala mulki sulayman) dalam surah baqarah -tak hafal nombor ayat-

Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='15 July 2010 - 07:39 AM' timestamp='1279150753' post='1041962']
tilik nasib, ramalan2, kita hanya boleh mendengarnya tetapi tak boleh mempercayainya. termasuklah ramalan cuaca. sesiapa yang meyakini dengan berita ramalan cuaca maka telah syirik. dengar dan berhati2 maka tiada masalah, bukan meyakini 100% ramalan akan berlaku.

haram melakukan sihir dan menggunakan khidmat jin sepertimana dalam surah al-Jin di 10 ayat awal surah (mafhumnya: dan adapun di kalangan manusia yang meminta bantuan dari kalangan jin maka Allah sesatkan lagi mereka)
dan seperti dalam ayat (wattaba3u ma tatlusy-syayatiinu 3ala mulki sulayman) dalam surah baqarah -tak hafal nombor ayat-

Allahu a'lam.
[/quote]
Berkenaan tilik nasib, ingin saya menyentuh tentang isu hangat FIFA WC sekarang iaitu seekor sotong bernama Paul yang konon-kononnya telah meramal dengan tepat
juara perlawanan bola sepak dunia itu dan beberapa perlawanan sebelumnya.
Ini jelas satu perkara tilik yang dipropagandakan supaya jatuhnya akidah umat Islam sekarang tanpa disedari.
Sedih melihat ramai di antara kita yang sanggup mempermainkan isu ini.
Tahukah mereka boleh jatuh akidah sekiranya meyakini apa yang di"ramal" oleh sotong tersebut sebelum, semasa atau sesudah perlawanan sekalipun.
Tahukah mereka bahawa dengan sekadar berkata "Fuiyo Paul hebat gile!" atau "Paul the great octopus" dan sebagainya mampu menjatuhkan akidah walaupun kita main-main.

Tapi saya kurang setuju tentang Ramalan Kaji Cuaca yang jika ia dikatakan salah satu "tilikan".
Kerana bagi saya, Ramalan Kaji Cuaca tu cumalah satu penjangkaan bukan tilikan, di mana satu kajian terhadap jenis awan, kelajuan angin dan arah angin yang membawa awan itu sebelum penjangkaan dikeluarkan kepada umum.
Sebagai contoh, dengan alat-alat khas, kita mampu menjangkakan cuaca pada petang ini jika kita mengesan terdapat awan [url="http://en.wikipedia.org/wiki/Cumulonimbus_cloud"]Cumulonimbus[/url] 300km dari tempat kita, dan awan itu bergerak (ditolak angin) selaju 30km/j dan arah anginnya menuju ke tempat kita.

Jadi, pada saya, ia tidak dikira sebagai ramalan (tilik), sebaliknya cuma ramalan (jangka).

Sama juga dengan jika ada tetamu yang ingin bertandang ke rumah kita.
Jika kita tahu tetamu kita tu berada 300km di utara, beliau memandu dengan kelajuan 100km/j, maka kita sudah boleh
melakukan ramalan (jangka) pada pukul berapa tetamu itu akan sampai ke rumah kita.
Begitu lah dengan ramalan kaji cuaca, cuma "tetamu" tersebut adalah awan Cumulonimbus.

Tapi, ramalan (jangkaan) kita tersebut tetap boleh berubah-ubah.
Contoh kepada Weather Forecast, jangkaan boleh berubah jika tiba2 arah angin yang membawa awan hujan tersebut berubah hala.
Contoh kepada kedatangan tetamu tu pula, jangkaan boleh berubah jika tiba2 tetamu tu singgah di mana2, atau tak jadi datang etc.
:)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam, satu topik yang baik untuk dibincangkan.
semoga kita semua mendapat keberkatan dan hidayah dari Allah ketika kita membicarakannya.

Bukan semua tilikan dan ramalan itu salah dan boleh mendatangkan syirik. kerana didalam pengajian ilmu, dalam Islam pun memang terdapat ilmu ilmu ramalan yang diamalkan seperti kajian bintang, gerakan pokok, aktiviti haiwan dan berbagai lagi.
Cuma apa yang penting kepercayaan kepada sesuatu perkara itu melebihi kepercayaan kita kepada kekuasaan dan ketentuan Allah itu lah yang salah dan akan menyebabkan kita jatuh syirik.

Adakah dengan kita pergi berjuma bomoh itu akan jatuh syirik? sama lah juga jika kita pergi berjumpa dengan doktor, adakah itu juga syirik? sedangkan kedua dua nya adalah untuk mengesan punca penyakit kita.
cuma ilmu pengesanan sahaja yang berlain, dan keputusan nya juga akan berlain, tetapi INGAT: walaupun ilmu yang berlainan sekali pun jika puncanya adalah sama maka, keputusannya pun akan sama.

Wasalam..

Share this post


Link to post
Share on other sites
memang dua perkara berbeza antara ramalan yang berasaskan kajian dan penemuan terdahulu dengan tilikan tanpa asas.
^_^
tapi saya mahu cetus isu keyakinan terhadap ramalan, sehingga ada orag (maybe bukan di sini) caci maki dan marah takdir hanya kerana kesilapan ramalan cuaca.

ya, ada hadis melarang kita pergi kepada tukang tilik dan membenarkan kata-katanya (meyakini). pergi sahaja sudah berlaku khilaf ulamak terhadap hukumnya. mempercayai dan meyakini, dah memang sepakat mengikut nas hadis.


dan, yang lebih penting yang saya mahu highlight:
kepercayaan serta keyakinan penuh terhadap ramalan dan tilikan. melainkan kalam yang maksum (al-Quran dan Hadis yg soheh) seperti meramalkan peristiwa di akhir zaman, maka itu wajib diyakini. jangan silap letakkan kepercayaan kita.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='15 July 2010 - 01:31 PM' timestamp='1279171909' post='1041995']
memang dua perkara berbeza antara ramalan yang berasaskan kajian dan penemuan terdahulu dengan tilikan tanpa asas.
^_^
tapi saya mahu cetus isu keyakinan terhadap ramalan, sehingga ada orag (maybe bukan di sini) caci maki dan marah takdir hanya kerana kesilapan ramalan cuaca.

ya, ada hadis melarang kita pergi kepada tukang tilik dan membenarkan kata-katanya (meyakini). pergi sahaja sudah berlaku khilaf ulamak terhadap hukumnya. mempercayai dan meyakini, dah memang sepakat mengikut nas hadis.


dan, yang lebih penting yang saya mahu highlight:
[b][u]kepercayaan serta keyakinan penuh terhadap ramalan dan tilikan. melainkan kalam yang maksum (al-Quran dan Hadis yg soheh) seperti meramalkan peristiwa di akhir zaman, maka itu wajib diyakini. jangan silap letakkan kepercayaan kita.[/u][/b]
[/quote]

Ya aku setuju tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="2"][color="#000000"][quote]"Orang yang datang kepada ahli nujum dan bertanya kepadanya sesuatu, tidak akan diterima solatnya selama 40 hari"
(Muslim)[/quote]

[/color][quote] "Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya".
(HR Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).[/quote]



[/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='16 July 2010 - 10:53 AM' timestamp='1279248815' post='1042112']
"Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya".
(HR Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
[/quote]
TQ! Maksudnya seperti horoscope la kan? Yang Sagittarius etc etc tu.
Kalau begitu, zaman sekarang ni memang banyak lah percubaan2 menyebarkan ilmu sihir ni.
Contoh tengok kat TV, banyak iklan2 utk melanggan horoscope. :(

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TOYSЯUS' date='16 July 2010 - 05:50 PM' timestamp='1279273812' post='1042174']
[quote name='khairul anwar' date='16 July 2010 - 10:53 AM' timestamp='1279248815' post='1042112']"Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya".
(HR Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).[/quote]
TQ! Maksudnya seperti horoscope la kan? Yang Sagittarius etc etc tu.
Kalau begitu, zaman sekarang ni memang banyak lah percubaan2 menyebarkan ilmu sihir ni.
Contoh tengok kat TV, banyak iklan2 utk melanggan horoscope. :( [/quote]
aku kurang setuju.

ahli nujum = ahli sihir
disebut sebagai ahli nujum kerana menggunakan bintang untuk meramal masa depan. ini salah kerana kita tak tahu apa akan jadi sebentar lagi. masa hadapan adalah perkara ghaib.

sejenis dengan ahli nujum adalah tukang tilik menggunakan burung, tukang tilik tapak tangan, tukang tilik raut wajah, tukang tilik aura warna dan sebagainya.

ilmu horoskop adalah satu bentuk ilmu kajian berdasarkan jumlah sekian-sekian manusia...sama seperti meramal peribadi berdasarkan tarikh lahir atau hari lahir atau waktu lahir atau bulan lahir. kerana berdasarkan 1000 orang yang lahir pada tempoh waktu tertentu, ada sejumlah karakter yang dominan pada semua orang...

tak tahu lah jika ada bentuk horoskop yang lain.

bagi aku, horoskop sama macam ramalan cuaca, telah melalui proses sains (kajian dan tajrubah) cumanya aku nasihatkan, bukan boleh diyakini semua tu. aku pun baca jugak horoskop, kalau betul dengan aku macam sikap2 buruk so aku berubah lah...

kalau belum terbukti, maka belum tahu macam contohnya ada yang kata akan jadi begini dan begini selepas kahwin maka aku tak kahwin lagi aku tak tahu. jika ramalan itu sesuatu yg buruk aku cuba elakkan macam ramalan cuaca kita diberitahu esok hujan sediakan payung siap2 dalam kereta.

itu pandangan aku. so bagi aku, ahli bintang/ahli nujum dalam hadis tu adalah ahli sihir atau tukang tilik yang diharamkan. Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
Perbuatan tilik menilik dan bertenung nasib adalah dilarang keras dalam Islam. Kategori dosa besar. Sila jauhkan dari amalan ini kalau nak selamat dunia dan akhirat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ade pendapat ulamak melarang membaca horoskop nie

dan aku amat setuju dengan pendapat dia


sebab kalo kita bace
sebenarnye dia membuka pintu kesyirikan, macam mane tu?? ok macam nie

kita bace horoskop untuk hari ini, mengatakan yang nak kuar jangan pakai selipar nasib malang dan pakai kasut untuk nasib bertuah

so kita pun wat endah tak endah, tak percaya konon2

tapi bila kita nak keluar ke kedai jap kita g pakai kasut, walau hati kate tidak tapi berbuatan kita terikut dengan bahan bacaan yang kita baca tadi
secara tidak langsung

===================

berlainan kes ngan kajian sifat manusia, sifat2 dalam diri seseorang tu mungkin ade persamaan tapi ade gak ulamak2 sekarang mempertikaikan kajian nie kerana sumber2 utama mereka tu ade kaitan numerology yang jelas syirik nya

WA..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='17 July 2010 - 12:34 AM' timestamp='1279298080' post='1042212']
ok macam nie

kita bace horoskop untuk hari ini, mengatakan yang nak kuar jangan pakai selipar nasib malang dan pakai kasut untuk nasib bertuah

so kita pun wat endah tak endah, tak percaya konon2

tapi bila kita nak keluar ke kedai jap kita g pakai kasut, walau hati kate tidak tapi berbuatan kita terikut dengan bahan bacaan yang kita baca tadi
secara tidak langsung
[/quote]
kalau begini maksudnya horoskop, tilikan nih...
maknanya bentuk horoskop yg aku faham tu silap lah...sorry...

dan dalam budaya arab sejak jahiliyah (melayu pun ada sebenarnya) yang dinamakan tiyarah-arab atau mafhum mudah fahamnya tilik guna burung. kalau keluar rumah nampak burung terbang ke arah kiri maknanya nasib malang so jangan keluar lagi, tunggu jap pastu boleh kuar...dan nabi larang begini...

mafhum hadis nabi "tiada tiyarah (tilik burung) yang lebih baik darinya adalah fa'lu (pemikiran/kata2 positif)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ChloeAgnew3' date='14 July 2010 - 10:32 PM' timestamp='1279117935' post='1041927']
Assalamualaikum,

saya mau bertanya sikit, apakah amalan menilik ini dibenarkan dalam Islam? contoh... sakit akibat terkena perbuatan orang then untuk mengetahui siapakah orang itu kita berjumpa bomoh walaupun dengan tanpa niat mau balas sihir orang tersebut?
[/quote]
itu bukan menilik...menilik ialah sesuatu yang diramal.sesuatu yang tidak pasti.dan ianya rahsia.cth meramal masa depan.dan menentukan kekayaan seseorang.berdasarkan tahi lalat di muka.itu salah.tapi macam kes diatas ianya tiada apa-apa.jika tidak tahu siapa yang mengenakan kita adakah orang yang mengenakan kita itu akan berhenti?.tapi janganlah berdendam.cuma nak sedarkan orang yang meracun dan menyihir kita itu supaya insaf dan takut pada Allah..tak puas hati macam mana pun jangan buat sesuka hati...ikut peraturan.

Sebenarnya bomoh itu menggunakan Khadaam.atau orang suruhan dipanggil `JIN`.Jin inilah yang memberitahu bomoh berkenaan apa yang berlaku dan sedang berlaku...nak tahu bomoh ni sesat atau tidak amat senang:

1)Menggunakan Mentera dan ayat pelik selain daripada AL-Quran

2)menggunakan Asap kemenyan dan bilik berbau kemenyan

3)Bomoh ini selalu bercakap seorang diri. :lol: (nampak tak betul)

4)Ada kuasa ghaib.kebal.takut bende tertentu.selalu berpakaian hitam dan ada kain kuning.


Jin ada terdiri daripada Jin Islam dan Jin Kafir.Tiap-tiap Manusia dimuka bumi ini ada Jin bernama Qarin.Qarin ini akan sentiasa ada dengan Manusia. Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='15 July 2010 - 07:21 AM' timestamp='1279149710' post='1041961']
Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin


6) Sukar tidur malam. [b]-insomnia, kerap berlaku-[/b]

[/quote]

Aku kena ni,..
Ramai puteranians kena ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='King ultimatezezs-SE' date='18 July 2010 - 06:03 AM' timestamp='1279404239' post='1042324']
Aku kena ni,..
Ramai puteranians kena ni.
[/quote]
satu je dari banyak2 tu kena, xde mende lah sangat..

kalau ada pakej 3 sekali ke, atau semua ke, boleh dipertimbangkan untuk dikatakan ko ada gangguan. itu pun setelah di-semak menggunakan pengimbas jin (ayat2 al-Quran tertentu).

kalau rajin, gi lah cek kat darussyifa'...tak rugi pun dengar bacaan ayat al-Quran. dapat pahala lagi dengar saja pun...


+maklumat tambahan.
gangguan jin tak semestinya sihir. ada jugak gangguan jin kerana jin menumpang pada badan sebab kita berbuat kurang hajar pada dia, atau saja2 dia nak menumpang (ni biasanya kena pada perempuan yang cun cantik) kononnya minat kat perempuan tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ada orang pandai rukiah kata aku ada jin numpang masa tengah marah.. Kalau takmarah jin tu takda. Entahlah, tak tau percaya ke tak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='King ultimatezezs-SE' date='18 July 2010 - 06:52 AM' timestamp='1279407172' post='1042332']
Ada orang pandai rukiah kata aku ada jin numpang masa tengah marah.. Kalau takmarah jin tu takda. Entahlah, tak tau percaya ke tak.
[/quote]
:lol:
semua orang ada potensi dimasuki jin jika perasaannya "tersangat"....

tersangat marah pun boleh kena jin, tersangat seronok pun boleh kena jin, tersangat bernafsu pun boleh. tersangat bernafsu bersama isteri yg sememangnya halal pun boleh kena jin.

jin kalau dia nak tumpang dia tak tumpang time marah je, dia tumpang lama, sebab dia degil, dan sebab sifat dia menumpang macam api bukannya berdiri atas diri sendiri, dan sebab dia dapat banyak makanan time dalam badan manusia, dan dia nak masuk tu bukannya mudah, so alang2 boleh masuk biar lama terus.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau malam2 tidur dalam bilik pastu kena tindih..tu jin jugak ke?baca ayat kursi baru lega sikit.kekadang nampak makhluk berkapan dalam rumah.cam hantu pocong..

rumah aku dekat dnegan spital.pastu kat spital tu ada rumah mayat. :ph34r: Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
sape ada tengok Al Kuliyyah semalam,tajuk pembakar Syaitan...memang best...dia tunjuk live 3 org yang dirasuk jin dikeluarkan oleh pengamal agama...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...