Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

Siri Muhasabah/motivasi Diri

Recommended Posts

[quote name='khairul anwar' date='09 November 2010 - 03:17 AM' timestamp='1289243828' post='1052745']
sebuah penulisan yang baik dari ustaz Pahrol

so, agak2 korang, ape pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah di atas nie?? :D
[/quote]
kesilapan meletakkan KEUTAMAAN sering terjadi dalam masyarakat.
mesti buat ni, sunnah...yang wajib diabaikan dilengahkan.
mesti buat ni, sunnah...yang lebih utama sunnahnya ditinggalkan.

utamakan kewajipan, fardhu ain, kemudian sunnah yang dituntut, kemudian sunnah umum.

itu turutan yang betul..

ya, kadang2, macam saya, dah berjanggut, takkan nak cukur benda yang dah ada ni? teruskanlah simpan dan dalam masa yang sama banyakkan sunnah2 lain. jangan terlalu berkeras dalam sesetengah perkara yang boleh berlembut padanya tetapi terlalu longgar dalam aspek yang perlu ditegaskan.

dah ada serban jubah, pakai je, xde masalah tapi jangan berkeras mesti pakai pakaian sunnah (kononnya) tapi bab lain, bab pertuturan mencaci maki, bab [erhubungan tak elok sesama muslim, kasar dan sebagainya.

kaedah fekah kata : menolak kemungkaran lebih utama dari mengerjakan perkara ketaatan (yakni yang sunat - sebab yang wajib mesti dilaksanakan dulu). daripada memakai sunnah tapi buat maksiat eloknya hentikan maksiat dan hentikan amalan sunnah . atau hentikan maksiat dan teruskan amalan sunah serta perbanyakkan.

dan pengajaran lagi: bersandarkan mafhum hadis : syurga itu dilingkari perkara2 yang azab, neraka itu dilingkari perkara2 yang menggembirakan. nak dapat redha Allah susah, tiada jalan singkat.

bak kata naruto : there are no shortcut to be a Hokage, This Is My Ninja Way!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#8b0000"][b]Banyak pahala ibadat tapi muflis di akhirat[/b]
[/color][/size][/center]
SABDA Rasulullah SAW: "Orang yang [size="3"][b]muflis[/b][/size] dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi ketika di dunia, mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim.

"Jika pahala amalnya habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya ketika di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)


Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa ada golongan yang menjadi muflis di akhirat dan mereka sebenarnya orang yang memiliki pahala, seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Namun, semua pahala ibadat mereka habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati atau dizalimi, selain dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi.

Alangkah ruginya golongan muflis ini kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadat dan bermacam kebaikan, akhirnya menjadi kosong kerana diambil oleh orang lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap orang lain atau kezaliman yang dilakukan.
Sebagai seorang yang mengaku Islam, kita harus bijak melayarkan kehidupan berdasarkan petunjuk dan panduan hadis serta al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Infitaar, ayat 10 dan 11 yang bermaksud: "Padahal sesungguhnya, ada malaikat- malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu)."

Bagaimanapun, persoalannya pada hari ini, ada di kalangan kita yang kaya di dunia tetapi tidak bersedia untuk menghindari muflis di akhirat.


Mereka menikmati pelbagai kemewahan kurniaan Allah SWT di dunia tetapi tidak bersyukur dan mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan mengkhianati amanah sesama manusia.

Dalam mengejar kemewahan, mereka lupa solat, zakat, menunaikan haji dan sebagainya kerana sibuk dengan pelbagai urusan duniawi.

Selain itu, mereka tidak prihatin kepada hak sesama manusia, hak golongan fakir, miskin dan anak yatim.

Malah ada di kalangan kita menzalimi sesama manusia dan ketahuilah bahawa gaya hidup sedemikian akan menjadikan mereka muflis di akhirat.

Dalam kehidupan sehari- hari kita perlu berhati-hati supaya tidak melakukan dosa, terutama dosa sesama manusia.

Perlu difahami bahawa kehidupan di akhirat lebih perlu diutamakan kerana ia kehidupan yang kekal abadi. Kesejahteraan di akhirat memerlukan persiapan dan usaha yang lebih terancang dan konsisten.

Oleh itu, sebelum menjadi [b]'muflis' [/b]di akhirat, sama-sama kita menghitung diri kita, adakah sudah berada dalam gaya hidup yang diredai Allah atau gaya hidup yang dimurkai Allah.

Andainya kita dalam keredaan-Nya, kita pertingkat dan gandakan lagi supaya ia lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.

Andainya kita menderhaka kepada Allah, segeralah bertaubat dan kembali ke jalan Allah, mudah-mudahan kita diampuni Allah dan dilimpahi kehidupan akhirat yang penuh dengan nikmat sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 133 yang bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu, dan Syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang [i][size="3"]bertakwa[/size][/i]."

[spoiler]http://www.hmetro.com.my/articles/Pedoman_Banyakpahalaibadattapimuflisdiakhirat/Article[/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][font=Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif][b][size="5"][color="#808080"]Orang beriman hanya makan untuk hidup[/color][/size][/b][/font][/center][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
CARI makan - demikian rutin kehidupan manusia, tidak kira makan waktu pagi, petang, siang, malam ataupun tengah malam.

Apabila hidup nak makan, sesetengah kita tidak peduli lagi sama ada makanan itu halal atau haram.

Orang beriman makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan. Jawapan mengenai hidup untuk makan atau makan untuk hidup berkait rapat dengan keimanan dan kepercayaan seseorang.

Adakah dunia ini satu-satunya kehidupan? Atau di sana, selepas kematian pasti ada alam lain yang kekal abadi? Mereka yang kufur hidup untuk makan.

Ini diterangkan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan orang yang kafir makan dan minum serta berseronok sebagaimana berseronoknya binatang dan nerakalah tempat kembali mereka".[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
Realitinya, tanpa kita sedari kebanyakan manusia hidup untuk makan. Bukan lagi makan untuk hidup!

Malah, ada manusia sanggup membunuh demi mendapatkan sesuap makanan untuk mengisi perut yang lapar.

Manusia tidak lagi memikirkan dosa membunuh yang pasti akan diterima selepas mati. Manusia sanggup menipu, menindas, mencuri, meragut, merompak dan menyamun kerana mahu makan asalkan dapat makan.

Sepanjang masa manusia 'berperang' untuk mendapatkan tanah yang subur yang boleh membekalkan mereka bahan makanan harian.

Allah memerintahkan manusia untuk mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang-orang beriman, makanlah makanan halal yang kami kurniakan kepada kamu". (Surah al-Baqarah ayat 172)

Perintah yang sama juga ditujukan kepada Rasul menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Wahai sekalian Rasul, makanlah daripada makanan yang baik (halal) dan lakukanlah amalan solihin". (Surah al-Mukminin ayat 51)

Halal dan haram itu adalah ketetapan Allah yang mencipta manusia bagi menguji sejauh mana ketaatan mereka kepada Pencipta.

Mereka yang merentasi ujian itu, pasti berjaya. Sementara itu, bagi mereka yang gagal pasti ke neraka menjadi makanan api yang tersedia marak membara.

Justeru, ada kalanya manusia diuji dengan sedikit ketakutan dan kelaparan.

Allah berfirman yang bermaksud: "...Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar". (Surah al-Baqarah ayat 155)

Orang yang bersabar ialah orang meyakini wujudnya hari pembalasan.

Justeru, Allah menjelaskan dalam ayat seterusnya bermaksud: "Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka menyatakan; Kita milik Allah dan kepada kita pasti kembali". (Surah al-Baqarah ayat 156)

Orang yang tidak sabar pasti gagal dalam ujian. Berapa ramaikah manusia yang mampu bersabar menghadapi ujian ini? Perut lapar yang perlu diisi menjadikan manusia lupa bahawa dia akan mati.

Dia lupa bahawa segala perlakuannya akan dihitung serta dipertanggungjawabkan. Malah, dia lupa pada seksaan Allah iaitu pohon Zakkum yang berduri sebagai makanan dan air panas menggelegak sebagai minuman orang yang berdosa.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya pohon Zakkum adalah makanan orang yang berdosa seperti air panas yang menggelegak di dalam perut".

Bagaimana pula dengan kita? Adakah bersedia untuk ke neraka?

Penutup tazkirah pada kali ini penulis ingin sentuh sedikit berkenaan fenomena hidup orang kita yang sudah tidak peduli lagi di mana mereka makan.

Bagaimana keadaannya jika ada segelintir kita yang pergi menikmati makanan di restoran bukan Islam? Mereka tidak kira kerana yang penting ia sedap dinikmati.

Adakah kita sanggup memperjudikan keimanan kita? Adakah kita fikir orang bukan Islam itu sanggup menjaga prinsip agama kita yang berbeza sungguh dengan agama mereka?

Adakah kita mahu mereka tolong jaga agama kita? Adakah mereka sanggup susah atas alasan mahu memastikan kita makan makanan halal?

Apalah sangat selera yang didorong oleh nafsu sehingga kita mengambil mudah semua ini? Rasanya soal makan kita masih belum sampai ke tahap darurat.

[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Oleh: ustaz Zawawi Yusoh[/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
kawan2... meh kita amek mase 11minit tuk dengar/tengok video ni... :D

[media]http://www.youtube.com/watch?v=ei1a203c2mM&feature=player_embedded#at=222[/media]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum,

Renungan 1
Kekadang masnusia selalu mengeluh apa yang diusahakan atau apa yang dihajati tidak dapat. Malahan ada yang lebih mengeluh apabila hajat tidak kesampaian setelah berdoa dan bermunajat kepada Allah. S.w.t. . Sebenarnya dalam hal ini Allah s.w.t lebih mengetahui. apa yang baik apa yang tidak baik.. Andainya apa yang kita idamkan kita dapat pada masa ini, mungkin itu mendatangkan keburukkan pada kita.. atau sekiranya kita tidak dapat apa yang kita idamkan kerana Allah akan memberikan lebih baik pada masa akan datang dari apa yang kita idamkan dan hajati pada masa ini. Pada masa itu baru kita sedar (kalau kita sedar) kenapa Allah tidak memberikan pada waktu sebelum ini.

Apa yang penting kita hendaklah sentiasa berdoa untuk apa yang kita hajati..dan yakin ianya akan dimakbulkan ..samada lambat atau cepat..dimakbulkan atau tidak ianya hak Allah s.w.t..kerana Dia lebih mengetahui apa yang baik atau tidak untuk kita... Allah amat mengasihi kepada hambaNya..cuma manusia tak sedar.

Renungan 2
Tidak kira apa kelakuan buruk atau sifat tak baik ibu bapa kita..mereka tetap ibu bapa kita...jika mereka bersifat tidak baik..itu antara mereka dengan Allah. diandaikan juga mereka tidak bersifat terhadap anak-anak mereka, itu juga urusan mereka dengan Allah kerana anak-anak adalah amanah Allah. Sebagai seorang anak kalau kita tidak mampu menegur cara berhemah..berdoalah kepada Allah supaya mereka dirahmati serta diberi petunjuk dan diberi keampunan. Perbuatan yang tidak baik kita lakukan kepada ibu bapa nescaya akan turut dibuat sama oleh anak kita pada kita suatu hari nanti.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[img]https://lh5.googleusercontent.com/-e-xTMZe6HTQ/TYeFybxgxGI/AAAAAAAAESM/fHFaavOMflc/s640/34613_143406552341510_112994038716095_435003_8280647_n.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
19 hadis tentang wanita
1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

Hargailah Sifat Maha Pemurah Allah SWT yang telah mempermudahkan wanita untuk memasuki Syurga Allah SWT.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Mat D0n' timestamp='1301849833' post='1066250']
19 hadis tentang wanita

[/quote]

Assalamualaikum...
Mat Don aku minta izin untuk kongsikan rencana ini ke FB aku...

Semoga ko diberkati dan dirahmati Allah..
Amin.

Wassalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
TANDA HATI KITA MATI

mnurut Syeikh Ibrahim Adham,antara sbab2 @tanda2 hati mati ialah:

-Mngaku kenal Allah swt,ttpi x mnunaikan hak2Nya

-Mngaku cinta Rasulullah saw,ttpi mngabaikan sunnah baginda

-Mmbaca Al-Quran,ttpi x beramal dgn hukum2 d dlmnya

-Mmakan NIkmat2 Allah swt,ttpi x mncyukuri atas pemberianNya

-Mngaku syaitan 2 musuh,ttpi x berjuang mnentangnya

-Mngaku adanya nkmat Syuga,ttpi x beramal utk mndptkannya

-Mngaku adanya siksa neraka,ttpi x brusaha utk mnjauhinya

-Mngaku kematian pesti tiba bg setiap jiwa,ttpi masih x bersedia untuknya

-Mnyibukkan diri mmbuka keaiban orng lain,ttpi lupa akan keaiban diri sendiri

-Mnghantar dan mnguburkan jenazah/mayit(mayat)saudara se-Islam,ttpi x mngambil pngajaran daripadanya

hati mati kerana tidak berfungsi mngikut perintah Allah iaitu tidak mngambil iktibar dan pngajaran drpd didikan dan ujian Allah.Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati,ia bukan saja akan sakit dan buta,malah akan mati akhirnya.

santapan rohani ialah zikrullah dan muhasabah diri.Oleh itu,jaga dan peliharalah hati dgn sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor,hitam,keras ,sakit,buta dan mati.Gilap dan bersihkannya dgn cara byak mningati Allah swt (berzikir)....^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
40 FAKTA MENARIK TENTANG AGAMA ISLAM
1. Nama "Muhammad" adalah nama yang paling popular di seluruh dunia (walaupun salah Mohamed .. mohammed .. dll) dan menduduki tempat nombor dua di negara Inggeris untuk nama bayi laki-laki (urutan pertama ditempati oleh nama 'Jack')
2. Albania ... merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab: Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan 'Alcohol' juga berasal dari Bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti bubuk
4. Beberapa ayat di dalam Al-Quran menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata "Lelaki" dan "Wanita" di dalam Al-Qur'an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Ka'bah
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, diperkirakan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030
7. Umat ​​Hindu percaya bahawa di dalam Ka'Bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama 'Shiva Lingam'
8. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya 2 kali dalam hidupnya
9. Jikalau sekarang Al-Qur'an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur'an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur'an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat .
10. Nama original dari kota suci Madinah adalah "Yasthrib"
11. pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% pada tahun.
12. Berdasarkan data dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.Dari 1,4 juta prajurit di militer Amerika, diperkirakan ada sekitar 3,700 yang beragama Islam (Muslim).
13. islam tersebar ke bumi nusantara ketika Nabi Muhammad masi hidup
14. Sebanyak 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9 / 11
15. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, tetapi kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
16. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, Baru dijumpaioleh arkeolog Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir
17. Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal berjuta-juta manusia (Hafiz / penghafal Al-Quran) sehingga keaslian / kesuciannya selalu terjaga.
18. Jika agama lain bisa punya lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeza satu dengan yang lain, maka Al-Quran hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:
19. Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), radiasi tersebut menembusi planet mars dan masih berterusan. penyelidik mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.Spoiler for sumber:_http: / / www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html
20. Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air.
21. Sembahyang yang pertama dilakukan oleh Rasulullah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
22. IBRAHIM adalah "Bapak" dari tiga agama besar, yakni "Judaisme", "Nasrani", dan "Islam".
23. Malaikat tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahuinya.
24. Islam, bermaksud "submisi" atau "menyerah" kepada satu Tuhan, Allah. "Islam" juga berasal dari kata "salam", "keselamatan" dan yang kedua dalam erti "berserah diri".demikian, arti dari "Islam" adalah "kedamaian yang sempurna yang datang bila kita hidup berserah diri kepada Allah".
25. Rasulullah pernah membelah bulan menjadi 2 bahagian, dengan hanya menunjuk bulan dengan jarinya. diabadikan Allah dalam al-Quran surah Al-Qamar ayat 1: "Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah."
26. sebelum Nabi Ibrahim menginjakkan kakinya ke tanah Makkah sudah ada bangunan Kaabah yang telah dibina oleh malaikat dan generasisebelum Nabi Ibrahim as. Hal itu dapat difahami dari kata "Yarfa'u" meninggikan bererti meninggikan bangunan yang sudah ada.sumber: _http: / / www.acehforum.or.id/sejarah-p...ah-t17975.html
27. Aliran sesat di Indonesia dalam tempoh masa selama 6 tahun saja (2001 - 2006) telah mencapai angka 250 aliran.
28. Rasulullah menyebutkan ada 73 golongan dalam islam, dan hanya 1 yang akan masuk jannah iaitu "Al Jama'ah".
29. Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat cerdas.
30. kata2 terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah "Ummatii ... ummatii ... ummatii" yang mengungkapkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
31. Selama 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum Muslimin, yakni, perang uhud
32. Musa AS adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Quran, sedangkan maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
33. Al-Quran adalah buku terlaris di benua Eropah.
34. Semua kanak-kanak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal lebih kurang pada usia 2 tahun.Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi Rasul yang baru.
35. Imam Ali bin Abi Talib adalah satu-satunya orang yang pernah lahir di dalam Ka'bah.
36. Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
37. Al Khowarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (perubatan), Ar-Razi (perubatan), Al-Biruni (fisika), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
38. Hijir Ismail ini dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail, disitulah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya.
39. Maqom Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Maqom Ibrahim adalah batu pijakan pada saat Nabi Ibrahim membina Kaabah.
40. pasukan Salib datang ke Timur ketika Khalifah Bani Abbas berada dalam masa kemunduran. Tak diduga, banyak anggota pasukan Salib tertarik kepada Islam dan kemudian menggabungkan diri dengan pasukan Salib yang lain. Thomas Arnold, dalam Al Da'wah ila Al Islam, menyebutkan bahawa mereka masuk Islam setelah melihat kepahlawanan Salahuddin sebagai cerminan ajaran Islam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[center][b][size="4"][color="#8b0000"]Luangkan masa renung hubungan dengan Pencipta[/color][/size][/b][/center][center]
[/center][/font][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]MANUSIA sebenarnya sentiasa berfikir. Setiap hari sewaktu bekerja kita berfikir mengenai pekerjaan dan bagaimana cara untuk meningkatkan prestasi kerja.
Kita juga berfikir mengenai cara mengatasi masalah yang dihadapi. Akhirnya kita akan berfikir mengenai cara menghasilkan prestasi terbaik.

Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti daripada berfikir. Bagaimanapun, kita akan berfikir dengan lebih serius apabila berhadapan dengan masalah, misalnya ketika ditimpa musibah, kesempitan wang, sakit atau menghadapi kegagalan.

Kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih berat masalah yang kita hadapi, lebih besar usaha berfikir yang dilakukan. Dalam banyak waktu kita habiskan untuk berfikir pernahkah ada dalam fikiran kita mengenai hubungan kita dengan Pencipta?

Bagaimana prestasi iman kita? Bagaimana jalan hidup yang sudah dan sedang serta yang akan kita lalui, adakah mengikut kehendak kita atau kehendak Pencipta?

Pernahkah kita berfikir untuk `menyemak' semula batin kita? Adakah di dalamnya jernih laksana titisan embun atau lakaran hitam yang kelabu dan berdebu dengan dosa?

Bagaimana solat kita, puasa, anak-anak, suami atau isteri kita sudahkah jelas kefahaman mereka sebagai hamba Allah? Sudahkah matlamat kita selari dengan kehendak Pencipta?

Sudah layakkah kita �memegang gelaran 'khalifah Allah' yang mempunyai tugas besar sebagai ejen perubahan dalam masyarakat? Kata orang kalau banyak sangat tanya dikatakan banyak 'songeh'.

Semua soalan yang dilontarkan sebenarnya saya hendak kongsi mengenai kepentingan berfikir. Dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun."

Betapa mahalnya nilai berfikir dan kesan yang diperoleh jika betul cara berfikir kita, berbanding ibadat begitu saja. Berfikir sebenarnya adalah proses menyimpan, mengingat, menganalisis dan menyimpulkan berbagai-bagai maklumat yang ada di dalam dan luar diri kita sehingga menjadi idea dan akhirnya mendorong kita untuk bertindak.

Fikiranlah yang mengarahkan ke mana kita akan pergi dan bagaimana kita akan buat kerana dalam fikiran itu, seluruh keputusan, perencanaan serta konsep hidup ditentukan.

Malah, dengan pemikiran jugalah menjadi penentu dekatnya kita dengan Allah. Satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah wahai Anas sesungguhnya orang yang bodoh itu lebih banyak tertimpa musibah kerana kebodohannya daripada orang jahat yang berakal.

Sesungguhnya amat mudah seorang hamba mendekati Tuhannya dengan akalnya. Kata Napolean Hill: "If a man is right, his world will be right."

[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]Jadi, dalam kesibukan kita mencari kebahagiaan dunia, jangan lupa memberikan waktu untuk berfikir. Bahagikan masa kita kepada empat waktu iaitu:
[list][*]Waktu untuk bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah.[*]Waktu untuk bermuhasabah mengenai dirinya.[*]Waktu untuk berfikir mengenai ciptaan Allah.[*]Waktu untuk menumpukan kepada keperluan seperti mencari makanan dan minum.[/list][/font][url="http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LuangkanmasarenunghubungandenganPencipta/Article/index_html"]http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LuangkanmasarenunghubungandenganPencipta/Article/index_html[/url]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]


[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
cmne nk bersihkn hati yg telah gelap ni? ak hanyut dlm keduniaan ni aduh :unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='mon678' timestamp='1308480053' post='1070421']
cmne nk bersihkn hati yg telah gelap ni? ak hanyut dlm keduniaan ni aduh :unsure:
[/quote]
istighfar dan selawat perbanyakkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
selepas ak frust sbb aweks tu reject ak, ak seakan hanyut dgn diri sndiri yg hnya memikirkn hiburan utk hiburkn hati sndiri lalu trlupe laluan jln yg lurus tu... cm mne nk kembali k jln asl? adakah allah mengampun kn dosa2 ak meninggalkn perintahnye? :unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]6 Perkara Yang Wajib Kita Sibukkan Diri[/b]


[i]1. Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk menyempurnakan sebaik-baik amal.

2. Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.

3. Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.

4. Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.

5. Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.

6. Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.[/i]

[b]Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 849.[/b]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]6 Perkara Yang ALLAH Sembunyikan.[/b]

[i]1. Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2. Allah menyembunyikan kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia, sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3. Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hamba-Nya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain. Oleh itu Allah menghendaki hamba-Nya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4. Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5. Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6. Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisi-Nya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat. Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegap-megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.[/i]

[b]Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.[/b]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]3 Kelebihan Masjid Dan Fadhilatnya[/b]

[b]Hadis :[/b]

[i]“ Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi S.A.W. sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut) : Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid RasulullahS.A.W. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin) ” (Bukhari).[/i]

[b]Huraian :[/b]

1. Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.

2. Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah :

Masjidil Haram di Mekah
Masjid Nabi di Madinah
Masjidil al-Aqsa di Palestin.

3. Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah :

i. Kelebihan Masjidil Haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari)
sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
ii. Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi S.A.W. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
iii. Kelebihan Masjid Al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan
Mikrajnya Nabi S.A.W.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Edited by carnine9

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]10 Mayat Tidak Akan Reput.[/b]

10 Mayat Tetap Segar Bersemadi.

[i]Disebutkan oleh Hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :[/i][list=1]
[*][i] Para Nabi-Nabi.[/i]
[*][i] Para Ahli Jihad Fi Sabilillah.[/i]
[*][i] Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.[/i]
[*][i] Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.[/i]
[*][i] Para Penghafal Al-Quran dan Beramal dengan Al-Quran.[/i]
[*][i] Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.[/i]
[*][i] Tukang Azan yang tidak meminta habuan.[/i]
[*][i] Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.[/i]
[*][i] Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.[/i]
[*][i] Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.[/i]
[/list]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]21 Kejayaan Dunia Dan Akhirat[/b].
[list=1]
[*]Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan
[*]Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
[*]Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
[*]Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
[*]Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
[*]Kunci Kejayaan adalah Kesabaran.
[*]Kunci Kemanjuan/kelebihan adalah bersyukur.
[*]Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
[*]Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
[*]Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
[*]Kunci Segala kemaqbulan adalah berdoa.
[*]Kunci Kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
[*]Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadaNya.
[*]Kunci Bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
[*]Kunci Menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
[*]Kunci Mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
[*]Kunci Rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
[*]Kunci Kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
[*]Kunci Kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
[*]Kunci Segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
[*]Kunci Segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.
[/list]

* Semoga kita semua memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah Amin.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color=#ff0000][b]Menangis Kerana Takut Kepada ALLAH .[/b][/color]

[img]http://nine.gapuranetwork.net/wp-content/uploads/2011/11/Takut-Kepada-Allah.png[/img]

[b]Rasulullah S.A.W telah bersabda :[/b] [i]“ Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”[/i]

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata : [i]“ Wahai Tuhanku, Rasul Engkau [b]Nabi Muhammad S.A.W [/b]telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada[b] Allah S.W.T[/b], maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”[/i]

Akhirnya[b] Allah S.W.T[/b] mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada [b]Allah S.W.T.[/b] Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan
bin Fulan sebab sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, [i]Bidayatul-Hidayah[/i], diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut
kerana kesusahan menghadapinya.

[b]Allah S.W.T[/b] berfirman yang bermaksud : “[i] Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan. ” (Surah al-Jatsiyah ayat 28).[/i]

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

[b]Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-Nabi dengan ucapan, “ Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “ Umatku, umatku.”[/b]

Beliau ialah junjungan besar kita [b]Nabi Muhammad S.A.W[/b]. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat[b] Nabi Muhammad S.A.W[/b] berusaha menghalanginya dengan berkata : [i]“ Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”[/i]

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu [i]Malaikat Jibril[/i] berkata, “ Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada [b]umat Muhammad S.A.W[/b] ”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. [i]“ Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.”[/i]

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu[b] Rasulullah S.A.W[/b] pun bertanya kepada[b] Jibril A.S[/b]. [i]“ Wahai Jibril, Apakah air itu ?”[/i] Maka Jibril berkata,
[i]“Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada[b] Allah S.W.T[/b]. Sekarang aku[/i]
[i]diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.”[/i] Maka padamlah api itu dengan izin [b]Allah S.W.T[/b].

Telah bersabda [b]Rasulullah S.A.W[/b], [i]“ Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”[/i]

Wallahhu’alam. Edited by carnine9

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Kualiti Iman Seorang Muslim[/b]

Hadis :

[i]Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.” Baihaqi[/i]

Huraian :

Pengajaran Hadis:

i.[i]Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap[/i]
[i]individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan[/i]
[i]kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim[/i]
[i]yang sebenar.[/i]

ii.[i] Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila[/i]
[i]mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan[/i]
[i]sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi[/i]
[i]orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas[/i]
[i]apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk[/i]
[i]berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada[/i]
[i]Allah.[/i]

iii.[i] Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala[/i]
[i]senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada[/i]
[i]Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,[/i]
[i]jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya[/i]
[i]mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya[/i]
[i]akan didapati kosong, kecewa dan hampa.[/i]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]10 Perkara Membina Akhlak Mulia[/b]

Ali R.A. telah berkata - Akhlak mulia terdapat pada 10 perkara :[list=1]
[*][i]Memiliki akal yang sempurna.[/i]
[*][i]Taat dalam menjalankan ajaran Allah SWT.[/i]
[*][i]Memiliki Ilmu.[/i]
[*][i]Memiliki sifat himi ( santun ).[/i]
[*][i]Memiliki sifat pemurah.[/i]
[*][i]Memiliki manfaat.[/i]
[*][i]Suka berbuat baik.[/i]
[*][i]Bersikap sabar.[/i]
[*][i]Banyak bersyukur kepada Allah SWT.[/i]
[*][i]Lemah lembut dalam tindak tanduknya. [/i]
[/list]
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 199.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ada x cara nk bg diri kita supaya x tngglkan solat?

Share this post


Link to post
Share on other sites
semangat yg kuat, dan kawan yg mengingatkan.

sambil2 tu, pasang lah reminder azan kat rumah (jam waktu solat) atau kat PC/lappy.
contohnya software ini : [url="http://www.salaattime.com/"]salaat-time[/url] (free ware)

kalau pakai software tu, jangan lupa set kawasan dan reminder. kang pakai waktu mekah nak solat pulak :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...