Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

Siri Muhasabah/motivasi Diri

Recommended Posts

[center] [color="#008000"][size="5"][b]???Bilakah Doaku akan dimakbulkan ???
[/b][/size]
[/color][color="#ff00ff"]
[b][size="3"]Apbila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu[/size][/b][/color]
[quote]"Dan apabila hamb-hamba-KU bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir/dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-KU. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-KU dan hendaklah mereka beriman kepada-KU supaya mereka menjadi baik serta betul
(Al Baqarah:186)[/quote]
[color="#ff00ff"]


[b][size="3"]Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu[/size][/b][/color]
[quote]Menurut al-Khatabi: "jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hati atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala"

menurut hukama:"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnye ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyaki lebih banyak daripada apa yang dipinta atau diberikan ganjaran pada harai Kiamat"[/quote]



[size="3"][b]
[color="#ff00ff"]Apabila Dia tidak makbulkan doamu, Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu[/color][/b][/size]
[quote]"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu) sedangkan jamu tidak mengetahuinya
(Surah al-Baqarah:216)[/quote]




Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah
"Aku bersama sangkaan hamba-KU terhadap-KU, maka bersangka tentag-KU apa sahaja yang kamu ingini."
(Hadis Kudsi)



[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="4"][color="#0000ff"][b]Usah salahkan orang lain jika gagal
[/b][/color][/size]
SETIAP orang pasti mengalami pengalaman menghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan. Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, 'memang aku malas belajar', atau 'memang aku tidak berusaha dari awal lagi', atau 'aku malas berusaha'.

Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. [color="#ff0000"][b]Kelemahan sendiri jarang pula dilihat[/b][/color], apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu.

Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.

Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu 'Bangau Oh Bangau', meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya.

Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra'd ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.

Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal.

Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#8b0000"][b][u]BEBASKAN DIRI DENGAN SYARIAT[/u]
[/b][/color][/size][/center]

[size="3"]Bebaskan diri dengan syariat (baca betul-betul), bukan "dari syariat" . Menjadi hamba Allah dengan ertikata sebenar… itulah hakikat kemerdekaan diri kita. Dan untuk cuba menjelaskannya, mari kita ikuti tulisan ini…[/size] [size="3"][quote]Seorang isteri memberitahu dia terpaksa menipu suaminya setiap kali ingin balik kampung menziarahi orang tuanya. Menurutnya dia terpaksa berbuat demikian kerana suaminya tidak berapa suka dia menemui kedua ibu-bapanya. Jadi, tidak ada jalan lain baginya selain 'curi-curi' balik di belakang suami. Alasan yang sering diberikan, kerja banyak di pejabat atau sekali-sekala terpaksa 'out station'.[/quote][/size]

[size="3"]Cerita di atas saya dengar dari mulut seorang sahabat. Dan dia mendengar luahan isteri itu menerusi radio dari sebuah stesyen yang diminati ramai. Saya tanyakan padanya, bagaimana respon orang ramai yang mendengar? Beliau menjawab, "hampir semua menyokong. Malah memberi galakan untuk dia terus berbuat demikian."
Saya diam. Sekali imbas, memang patut siisteri berbuat demikian. Tetapi kemudiannya, saya terfikir…[b] logik kita tidak semestinya sama dengan syariat Allah. Seringkali apa yang kita fikirkan patut, tidak patut pada pandangan Allah.[/b][/size]

[size="3"]Apabila dirujuk kepada syariat,[b] apapun alasan dan hujahnya[/b], [b]dia tidak boleh berbuat demikian[/b]. Walaupun tegahan suami patut atau tidak patut, ada alasan atau semata-mata emosi, tetapi itu [b]bukan alasan untuk siisteri mengengkari suaminya[/b]. Isteri yang solehah akan mematuhi suaminya walaupun dengan kepatuhan itu dia terpaksa membelakangkan ibu-bapanya. Walaupun kepatuhan itu tidak menutup pintu perundingan, namun apabila suami membuat sesuatu keputusan maka isteri wajib mematuhinya. [/size]

[size="3"]Moral kisah di atas ialah dalam apa juga keadaan, seorang Islam tidak boleh memandai-mandai dalam membuat keputusan. Baik kita sebagai isteri, suami , pemimpin ataupun rakyat, wajib merujuk kepada syariat dalam setiap perlakuan, keputusan dan pertimbangan. Percayalah pada setiap sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya, hukum syariat yang lima – wajib (halal), haram, sunat, makruh dan harus sentiasa memantau kita.[/size]

[size="3"]Apakah sekecil-kecil perkara yang boleh dijadikan contoh? Katalah menguap. Itu satu contoh yang sangat kecil, Bagi sesetengah orang menguap hanyalah soal remeh. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Menguap itupun tertakluk pada lima hukum. Menguap boleh jadi wajib, boleh jadi haram, sunat, makruh atau harus. Bagaimana ya?[/size]

[size="3"]• Menguap jadi wajib sekiranya dengan tidak menguap boleh memudaratkan tuan punya badan. Katalah kita terlalu mengantuk… menguap adalah tindakan biologi seseorang yang mengantuk. Tetapi oleh kerana kita malu (di khalayak ramai atau di majlis-majlis tententu), kita menahan diri untuk menguap sehingga ke tahap yang boleh memudaratkan (jatuh pengsan atau sakit kepala). Maka ketika itu wajib kita menguap. Wajib ertinya, perlu menguap dan diberi pahala. Sekiranya tidak menguap jatuh dosa.[/size]

[size="3"]• Menguap jatuh haram sekiranya kita pura-pura menguap untuk menyakitkan hati orang lain. Katalah semasa mendengar satu ceramah, kita bosan dan benci pada penceramahnya. Lalu kita pura-pura menguap untuk 'memberitahu' penceramah kita benci atau bosan. Menguap ketika itu menjadi isyarat untuk 'menghalau' atau menyuruh sipencermah sakit hati dan berhenti. Pada waktu itu menguap jatuh haram. Dibuat berdosa, ditinggalkan berpahala.[/size]

[size="3"]• Menguap hukumnya sunat jika dilakukan mengikut sunnah Rasulullah, yakni dengan menutup mulut dan membaca taawwuz . Kerika itu berdoa kelihatan sopan dan tertib sekali. Bukan sahaja indah dipandang mata manusia, tetapi disukai oleh Allah. Dengan menguap seperti itu, hukumnya sunat. Sangat digalakkan dan diberi pahala.[/size]

[size="3"]• Menguap hukumnya harus dalam mana-mana posisi tubuh. Harus menguap dalam keadan berdiri, duduk atau berbaring. Tidak semestinya menguap mesti dalam keadaan duduk. Ertinya, boleh menguap dengan 'gaya bebas'. Harus hukumnya.[/size]

[size="3"]• Bila menguap jatuh makruh? Perbuatan makruh, walaupun tidak haram, tetapi ntidak disukai Allah dan hodoh pada pandangan manusia. Menguap jatuh makruh sekiranya dilakukan tanpa sopan misalnya membuka mulut lebar-lebar tanpa menutupnya. Hingga dengan itu kelihatan begitu buruk dan cela dipandang orang. Allah tidak suka cara menguap begitu. Kebencian Allah ke atas perkara-perkara makruh, walaupun tidak berdosa tetapi elok sangat ditinggalkan. Malah, jika ditinggalkan berpahala pula.[/size]

[size="3"]Ya, tujuan saya bukan untuk menjelaskan prinsip dan soal-soal kaedah menguap sebenarnya. Tetapi apa yang ingin saya paparkan, sekiranya dalam soal sekecil-kecil seperti menguap itupun ada lima hukum yang menyuluh, tegasnya da kemungkinan mendapat pahala dan dosa, redha atau murka Allah… apalagi dalam soal-soal yang lebih besar seperti soal makan-minum, berpakaian, mengatur famili, mengatur sistem kewangan dan ekonomi, pendidikan, budaya, hiburan hinggalah kepada urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.[/size]

[size="3"]Anehnya, ramai manusia termasuk orang Islam masakini seolah-olah ingin lepas bebas daripada syariat. Apa yang difikir, dipertimbangkan dan diputuskannya tidak langsung dikaitkan dengan syariat. Semuanya berasaskan logik akal dan dorongan emosi. Pada pendapat saya, pada hemat aku…. Begitulah yang kerap kita dengar. Bila diperingatkan hidup mesti berpandukan syariat, tidak kurang yang merasakan itu seolah-olah mengikat. Tidak merdeka. Ketinggalan zaman. Terlalu ideal. Begitu sesetengah pihak membuat tanggapan.[/size]

[size="3"]Bebas daripada syariat, bererti bebas dariapada Allah. Dan bebas daripada Allah bererti terikat dengan hawa nafsu. Hawa nafsu akan membawa kepada kemusnahan diri dan orang lain. Bebas tapi terbabas. Kembali kepada cerita isteri dan suami di awal tulisan ini… jika suami merujuk kepada syariat, dia tidak akan 'sekejam' itu. Bukankah syariat menetapkan ibu dan bapa mertua berkedudukan sama seperti ibu dan bapa kita kita sendiri? Seorang suami perlu mentaati, mengasihi bahkan menyayangi ibu dan bapa mertuanya dengan sepenuh hati. Berpandukan syariat sisuami tidak akan menjadi pemisah kasih-sayang anak (isterinya) dengan bapa dan ibunya (ibu dan bapa mertuanya).[/size]

[size="3"]Berpandukan syariat juga, seorang isteri tidak boleh 'mencuri-curi' menziarahi ibu-bapanya kerana membuat sesuatu tanpa izin suami (dalam konteks ini keluar rumah) adalah haram hukumnya. Walaupun hati sangat ingin, tetapi kawallah keinginan itu kerana Allah demi mematuhi suami. Ingatlah, ketika itu siisteri bukan mematuhi suami secara membuta tuli, tetapi hakikatnya mematuhi Allah. Ingatlah, kepatuhan kita kepada suami akan menjadikan kita isteri yang solehah, dan isteri yang solehah akan dapat menyelamatkan kedua ibu-bapanya kerana itu merupakan 'amal jariah' yang berterusan pahalanya untuk kedua ibu-bapa kita.[/size]

[size="3"]Pemikiran berasaskan Tauhid (Tauhidic Mindset) perlu ada pada setiap kita. Bila pemikiran Tauhid ini kukuh secara otomatik kita akan merujuk kepada syariat dalam apa jua kelakuan dan tindakan. Bila kita yakin Allah Maha Bijaksana, tergamakkah kita mendahului 'kebijaksanan' kita dengan membelakangkan kebijksanan-Nya? Bahkan kita akan sentiasa memastikan kebijaksaan kita yang kecil dan kerdil ini tunduk kepada kebijaksanaan-Nya yang tiada bandingan dan tandingan itu. Hati akan sentiasa terdetik, apa 'kata' Allah dalam setiap situasi dan kondisi yang sedang kita hadapi.[/size]

[size="3"]Seorang sahabat, pernah menghadiahkan saya sebuah buku 'Halal Dan Haram Dalam Islam' karangan Dr. Yusuf Qaradhawi – dan saya merasa buku yang sarat ayat Quran dan hadis itu sangat berguna sebagai teman rapat dalam kehidupan. Menurut ulama, iman itu bukan sekadar kepercayaan dan keyakinan, tetapi tindakan dan kepatuhan. Sungguhpun kekadang kita belum nampak 'hikmah' dan kebaikan di sebalik hukum syariat – dan ketika itu hati kita bertanya, kenapa begitu, tidak begini?[/size]

[size="3"]Yakinlah, bahawa saat itu sebenarnya akal kita 'tidak sampai' buat menjangkau kejituan dan kemurnian syariat. Bukan syariat itu tidak indah, tetapi akal dan hati kita yang rabun atau buta… seperti kelelawar yang tidak dapat melihat pada waktu siang. Bukan siang yang tidak cerah, tetapi mata kelawar yang tidak mampu menatapnya! Jadi setiap kali terasa begitu katakan pada diri, "ya allah, aku tidak nampak lagi di mana hikmah-Mu menetapkan demikian. Ilmuku yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmu-Mu yang Maha Luas. Tetapi aku tetap yakin… Engkau Maha Benar yang Allah. Syariat-Mu tetap benar, betul dan baik." Ingat selalu, terikat dengan syariat itulah kemerdekaan yang sebenarnya![/size]

[size="1"]Oleh ustaz Pahrol [/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="5"][color="#2e8b57"][b]!!BELAJARLAH DARI MUSIBAH!![/b][/color][/size][/center]
Musibah melanda lagi. Apa yang menimpa Gaza, harusnya dirasakan oleh kita jua. Jika tidak ada apa-apa terasa di jiwa, khuatir di dalam dada itu tidak ada rasa bersaudara. Dan tidak ada rasa bersaudara… petunjuk tidak ada iman.

Bukankah iman dan persaudaraan itu saling berkaitan? Hanya dengan iman, datanglah rasa persauadaraan yang hakikit. Yakni persaudaraan yang merentasi jarak, bangsa dan rupa. Islam itu adalah syahadah yang mengatasi pertalian darah.

Siapapun akan menangis, melihat Gaza menangis. Dari jauh kita himpunkan doa. Dari dekat, kita menyatakan sikap. Di celah dinihari, moga ramai yang tahajud dan solat untuk umat Islam di Palestin.

Giliran mereka diuji, mengingatkan kita bahawa hari kita juga pasti datang. Dimulai dengan penjajahan fikiran dan perasaan melalui hedonisme, sekularisme dan materialisme… akhirnya peluru api dan besi para tirani akan merobek batasan geografi dan watan kita. Ketika kita menangisi Gaza, tangisilah jua nasib umat kita di sini. Umat yang kian leka, lalai dan lupa… padahal rantai-rantai pemikiran sudah diikat di tengkok kita, dan jiwa kita sudah mula dikunci, hanya menanti masa sahaja iman dan Islam kita bakal disembelih!

Untuk sahabat-sahabatku di Gaza, ku rakamkan tulisan ini sebagai titisan prihatinku untuk nasib kalian (nasib kita jua). Hanya satu pesanku, untuk mu dan untuk ku… [b]BELAJARLAH DARI MUSIBAH![/b]

Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa melindungi kehidupan kita. Kalimah "[b]Bismillahir Rahman nir Rahim[/b]" – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk, hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, insya-Allah.

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa.

Justeru seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, "Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. Firman Allah s.w.t.:
[quote]"Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya."
(Surah al-Mulk: 3)[/quote]

Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai (musibah). Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itulah adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musibah?

Musibah ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda rasulullah SAW:
[quote]"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."[/quote]

Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Bila diuji dengan peperangan, baru terserlah tahap keberanian kita. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Oleh itu iman dan ujian saling berkaitan. Lebih tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yang diterimanya.

Apa¬bila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Firman Allah s.w.t.:
[quote]"Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?"
(Surah al-Ankabut: 2)[/quote]

Namun begitu, perlu diketahui bahawa Allah menguji orang Islam atas se¬bab-sebab yang berbeza yakni mengikut tahap hubungan mereka dengan ALLAH. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Ujian yang berlaku kepada manusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.

Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap"… [b]it's not what happens to you, but it's what you do about it.[/b]"
Bukan kerana apa yang berlaku kepada kita yang penting, tetapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah walaupun musibah yang menimpa mereka sama. Ya, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada musibah tetapi kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

sambung

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sekurang-kurangnya ada tiga jenis musibah (walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri orang yang menerimanya dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi musibah tersebut.

[size="3"][b]1. Kifarah.[/b][/size]

Yakni musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Maka musibah itu diturunkan sebagai "tebusan" untuk meng¬hapus¬kan dosa dan ketelanjuran itu. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.
Ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk "orang baik yang terbuat jahat". Dengan ujian itu, "orang baik" tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

Firman Allah s.w.t.:
[quote]"Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." (Surah al-Zukhruf, 43: 48)[/quote]

Firman Allah swt:
[quote]"Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." Al A'raf 168[/quote]

[size="3"][b]2. Bala.[/b][/size]

Yakni ujian ke atas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.

Ringkas¬nya, bala ialah bentuk ujian ke atas "orang jahat yang buat jahat". Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir'aun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum merasai pula seksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t.:
"Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat."
(Surah al-Tawbah, 9: 74)

Firman Allah lagi:
"maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu krikil dan ada antara mereka yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." Al Ankabut: 40

[size="3"][b]3. Ibtila'[/b][/size]

Yakni musibah ke atas orang baik ketika melakukan ke¬baikan. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila' hamba itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Dengan musibah, orang yang soleh ini akan mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainya.

Justeru jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Allah? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa) – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung musibah.

Ringkas¬nya, ibtila' ialah ujian ke atas "orang baik yang buat baik". Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solehin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila' ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran. Untuk mengambil ibrah dan hikmah daripada sikap mereka ini Allah s.w.t. telah mengingatkan kita menerusi firman-Nya:
[quote]"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"
(Surah al-Baqarah: 214)[/quote]

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu. Bila menerima musibah tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau mengadih, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya mereka akan berkata, "aku telah terpilih." Maksudnya, terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.

Untuk orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab.
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
[quote]"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang." (HR Muslim).
[/quote]
Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:
"Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala."
Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan.

Jika orang baik mendapat peningkatan darjat bila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah saw bersabada:
[quote]"Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya." (HR Bukhari dan Muslim.)[/quote]

Tanpa menuding jari kepada sesiapa maka kita harus bermuhasabah terhadap diri sendiri, ketika ditimpa musibah kita di golongan yang mana? Golongan yang diuji secara ibtila', kafarah atau bala? Paling tidak tidaknya, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:
[quote]"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu." Syura: 30[/quote]

Itulah antara hikmah terbesar di sebaliknya datangnya musibah. Yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh hamba Allah yang taat, tetapi juga hamba yang menderhakai-Nya. Maka daripada dimensi pemikiran inilah kita harus melihat apa di sebalik musibah demi musibah yang menimpa umat Islam kini.

Umat Islam telah dibunuh, dijajah, dirogol, ditimpa pelbagai bencana alam seperti tsunami, banjir besar dan lain-lain. Musibah ini dideritai oleh semua umat, tidak kira yang derhaka atau yang taat menepati apa yang telah ditegaskan Allah menerusi firman-Nya:
"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketauilah Allah amat keras seksaan-Nya." Al Anfal 25

Semua musibah itu hakikatnya untuk mengingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah – beriman dan menegakkan hukum-hakam-Nya dalam seluruh aspek kehidupan. Firman Allah:
"Dan sesungguhnya kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami seksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon kepada Allah dengan tunduk merendah diri." Al An'am 42.

Malangnya, sebahagian besar umat Islam masih berdegil. Justeru, tidak mustahil Allah akan terus "membersihkan" bumi Afghanistan, Iraq, Khasmir dan Palestin daripada terus dihuni oleh insan-insan derhaka melalui musibah sama ada yang berbentuk iblita', kafarah atau bala. Kematian, kehancuran dan penjajahan akan terus berlaku. Insya-Allah setelah dunia Islam "dibedah" dan orang-orang jahat yang umpama "barah" yang menanah itu dikeluarkan, maka barulah muncul generasi yang lebih bersih, kuat dan ber¬iman.

Dan hanya pada ketika itu dua golongan umat Islam – pertama mereka yang diuji secara ibtila' dan kedua, mereka yang kembali bertaubat bila diuji secara kafarah, akan mendapat bantuan Allah untuk menggerakkan satu kebangkitan baru Islam yang lebih kuat dan bertenaga.

Akhirnya, perlulah diketahui bahawa rahsia kejayaan para rasul dalam misi perjuangan mereka ialah kerana mereka sentiasa mendapat bantuan daripada Allah. Untuk itu mereka berusaha melalui dua dimensi. Pertama, dimensi lahiriah yakni dengan memerah tenaga, fikiran dan menyediakan kekuatan material dan fizikal. Kedua, dimensi rohaniah yakni dengan melakukan amalan taat dan meninggalkan maksiat. Hasilnya, mereka dapat mengalahkan musuh yang lebih ramai, kuat, dan kaya daripada mereka.

Firman Allah s.w.t.:

[quote]"Berapa banyakgolongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah."[/quote]

Musibah yang berlaku ke atas umat Islam di serata dunia sesungguhnya membawa hikmah yang besar apabila dilihat dengan mata hati. Pada zahirnya, negatif tetapi secara tersirat ia membawa seribu satu hikmah dan pengajaran. Dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, orang yang beriman akan mendapat kebaikan.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
[quote]"Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
[/quote]

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
[quote]"Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis.[/quote]

Ya, yang penting dalam musibah yang menimpa umat Islam kini ialah bagaimana kita bangun kembali setelah diuji. Kata bijak pandai: "[b]It is not how low you fall but how high you bounce back![/b]" Tegasnya, musibah-musibah yang datang bertubi-tubi ke atas umat Islam kini ialah untuk menyerlahkan siapakah di antara kita umat Islam sebenar dan siapa pula umat Islam yang menyamar?

Hanya umat Islam yang benar-benar berpegang dan mengamalkan kebenaran sahaja akan diberi kemenangan dalam menghadapi musuh-musuhnya. Musibah adalah kaedah Allah untuk menyerlahkan siapa yang benar itu. Mereka yang memohon keampunan lalu diberikan keampunan dan dibebaskan daripada kesempitan. Sabda Rasulullah saw:
[quote]"Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." HR Abu Daud
[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Selepas musibah biasanya adalah rahmat. kadang-kadang cepat, diberi 'didunia', kadang-kadang lambat, diberi 'diakhirat'.

Sejarah gaza tidak akan berhenti, kerana 'kota' itu merupakan tempat yang 'telah' ditakdirkan sesuatu.

Please jangan terkejut dengan 'impact' yang terus menerus dihidangkan melalui media.

[spoiler]Benda ini semua 'mind programming' [/spoiler]

Usaha atas iman dan amal.
Bantuan Dis (swt) akan tiba bila iman mencapai tahap tertentu.
Benda ini akan berlaku apabila amal yang betul dilakukan.

Amal akan betul apabila hati betul.
Hati betul apabila percakapan / perbualan / bicara seharian mengenai iman dan amal.

Saling memperingati sesama ikhwan. Tentang iman dan amal.
Mereka yang dapat 'melihat' sejarah 'kota' hanya mereka yang dibuka mata-hatinya.

Biasanya mereka yang betul percakapan / perbualan / bicara seharian mengenai iman dan amal.
Serta mereka yang sujud pada 1/3 malam yang terakhir secara berterusan.

Mereka lebih takut amal mereka tidak diterima.
Mereka sangat-sangat 'mengharap' amal mereka diterima.

Pesanan ku buat ummah yang lain.
Perbaiki amalan kalian, Dengan perbaiki hati kalian dengan perbaiki percakapan kalian.

Insan yang berseorangan lebih mudah dibaham oleh serigala.

Pada zaman awal, kurun yang 'terbaik' segalanya bermula dari masjid.
Kurun selepasnya dan selepasnya juga segalanya bermula dari masjid.

Pada ketika ini, 'sepatutnya' juga bermula dari masjid.
Siapa yang mengetahui gelombang/wave/electron/vibrate pasti mengakui ilham yang datang dari dalam masjid jauh lebih berkesan.

Cukuplah Dia (swt) sebagai Pemilik ku, dan cukuplah aku sebagai hamba Dia (swt).

Doakan keberkatan buat mereka yang berjuang...........
Nescaya kita menerima saham dari amal ini.
Tidak tertolak doa yang ikhlas, doa yang tertindas..

Salam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][b][color="#0000ff"]Malapetaka satu ujian Tuhan kepada manusia[/color][/b][/size][/center][size="4"][b]
[/b][/size]
AMAT jelas seperti yang sering diingatkan ulama bahawa setiap kejadian mempunyai hikmah dan pengajaran. Lazimnya, bencana alam sering dikaitkan dengan kesalahan manusia menguruskan alam sekitar, tetapi tidak ramai melihat dari sudut agama iaitu angkara manusia lalai terhadap perintah Allah SWT.

Bagaimanapun, hakikatnya, ancaman paling bahaya terhadap alam sekitar datangnya daripada tangan manusia sendiri, yang dipertanggungjawabkan sebagai pemegang amanah daripada Tuhan tetapi tidak melaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Manusia lupa bahawa mereka dianugerahkan amanah yang tidak sanggup dipikul makhluk Allah lain iaitu menjadi khalifah yang menjaga dan menguruskan bumi tetapi amanah itu mula dikhianati dan tanggungjawab menjaga serta menguruskan bumi dan isinya diganti dengan kebinasaan berterusan.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Pemulihan Akidah, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Mohd Kamil Mat Salleh berkata, fenomena alam seperti hujan ribut, panas terik, taufan, banjir kilat dan gempa bumi bukan sesuatu yang pelik kerana ia dijadikan Allah SWT dan semestinya mempunyai hikmah.

Namun, beliau berkata, apabila bencana itu berlaku secara tiba-tiba tanpa persediaan awal, ia menjadi igauan ngeri bagi mereka melaluinya. Ia juga sebagai ujian daripada Allah SWT terhadap hambanya untuk melihat keikhlasan mengharungi semua ujian.

"Pastinya, penyelidik, ahli kaji bumi dan kaji cuaca giat mencari punca serta penyelesaian kepada bencana itu dan sebagai seorang yang beriman dengan Allah SWT kita hendaklah percaya bahawa ia bukan hanya berpunca daripada perubahan cuaca, bumi atau faktor alam semata-mata malahan ia ketentuan Allah SWT.

"Allah SWT mampu menjadikan sesuatu walaupun di luar jangkauan fikiran manusia. Segala yang berlaku hendaklah dikaitkan dengan kekuasaan Allah SWT sebagai suatu ujian kepada hamba-Nya.

"Inilah yang dikatakan dengan ujian kehidupan manusia. Ujian kehidupan yang amat banyak sehingga manusia berasa sempit dadanya, tidak mampu ditanggung badannya dan akal fikiran. Hanya orang yang melaluinya dapat merasakan kepahitan dan kepayahan segala dugaan itu. Ini juga ketetapan Allah SWT yang mengkehendaki manusia kembali memikirkannya," katanya.

Beliau berkata, al-Quran ada menceritakan bagaimana hujan, panas, ribut, taufan yang dihantar kepada manusia. Setiap kejadian itu adalah rahmat bagi seluruh alam untuk pelbagai kegunaan kehidupan harian.

"Ini dinyatakan Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 22 bermaksud:

[quote]"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya), dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)".[/quote]

"Seperti diketahui ujian yang dilalui kaum terdulu sesetengahnya lebih dahsyat seperti kaum Ad (nabi Hud), kaum Thamud (nabi Salih), kaum Luth. Jelas disebutkan oleh al-Quran kerana tidak mahu menerima ajaran yang dibawa Nabi," katanya.

Beliau berkata, selagi bergelar manusia, mereka akan diuji dengan bermacam ujian, cuma berbeza hanyalah jenisnya. Jika dikenakan ujian haruslah bersyukur dan berusaha memperbaiki kelemahan diri sendiri.

"Sentiasalah bersabar dengan ujian yang melanda dan mengaitkan sesuatu yang berlaku dengan kekuasaan Allah SWT tidak hanya kerana faktor perubahan cuaca ataupun bumi saja tetapi kita mesti bertindak pantas menangani setiap musibah.

"Perlu diingatkan sekali lagi bahawa setiap yang berlaku itu untuk dijadikan pengajaran dan peringatan kepada manusia supaya tidak terleka mentadbir alam ini," katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="5"][color="#ff0000"][u] [url="http://hajimuhammadzakaria.blogspot.com/2010/05/bagaimana-menjadi-orang-yang-disukai.html"]BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG DISUKAI[/url][/u][/color][/size]
[/center]
Apakah anda tidak berasa cemburu ada orang yang sentiasa disukai kawan dan lawan? Sedangkan anda sentiasa dijauhi kawan, betapa lagi lawan. Tiada siapa yang ingin menalifon atau mengantar SMS kepada anda.

Di dalam majlis anda sentiasa menjadi "kera sumbang." Semua menjadi serba tak kena, Orang tidak mahu berkawan dengan anda. Amat susah anda hendak memulakan perbualan.

Bagaimana mahu menjadi orang yang sentiasa disukai?

[list][*]Cakap dengan ikhlas daripada apa yang hati kecil anda kata. Jangan berpura-pura.[*]Biarlah bersusah payah sedikit untuk kebahagiaan dan kemudahan kawan.[*]Jangan sakitkan hati orang lain.[*]Jangan mendedahkan kelemahan individu lain di khalayak ramai.[*]Jangan memalukan orang lain. Kalau anda menutup malu orang lain di dunia, nanti di akhirat Allah akan menutup malu anda.[*]Jangan menyusahkan orang lain.[*]Jangan suka meminjam wang dan barangan orang lain. Kalau terpaksa juga, pulangkan dengan segera.[*]Selalu beri hadiah kepada orang lain, walaupun yang kecil dan murah harganya.[*]Beri pujian kepada kawan yang layak dipuji. Jangan sekali-kali berpura-pura memuji kawan yang tidak layak dipuji.[*]Jangan mementingkan diri sendiri.[*]Balas hadiah yang diberi kawan dengan hadiah yang lebih baik atau lebih tinggi nilainya.[*]Selalu membelanja kawan, jangan cuma selalu memakan belanja kawan.[*]Bersedia untuk menerima tetamu di rumah. Beri kemudahan dan keselesaan yang terbaik untuk tetamu.[/list]
Bagaimana menolong orang lain?

[list][*]Pertolongan bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya juga masa, tenaga, pemikiran, simpati, empati dan semangat.[*]Pertolongan tidak kira masa. Bila-bila masa tenaga anda diperlukan.[*]Tolong keluarga terdekat terlebih dahulu.[*]Tolong jiran melakukan kerja yang ada kepentingan kedua-dua belah pihak.[*]Jangan mengharapkan upah apabila anda menolong kawan.[/list]

Bagaimana membuang sifat kedekut dan tamak?

Anda kena ingat bahawa rezeki yang Allah kurniakan kepada anda di atas dunia ini bukan milik anda seorang. Ada hak-hak orang lain di dalamnya.

Harta kita yang kita berikan kepada orang lain itulah sebenarnya harta yang kita simpan untuk dikumpulkan di akhirat nanti. Sedangkan harta yang kita gunakan untuk diri sendiri akan dihisab di akhirat nanti. Makanan yang kita makan dan pakaian yang kita pakai juga akan dihisab di akhirat nanti.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][u][b][size="5"][color="#ff0000"]Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah


[/color][/size][/b][/u][/center]
[center][img]http://www.eskom.co.za/nuclear_energy/fuel/atom.jpg[/img] [img]http://www.wpclipart.com/space/solar_system/solar_system_large.png[/img]


[/center]Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah [url="http://www.e-picworld.com/2007/07/name-of-allah-everywhere.html"]Nama-nama Allah[/url] pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.

Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil2 makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar2 makhluk seperti matahari dan bintang2 lain yang lebih besar seperti Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.

[quote]"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al Hadid : Ayat 1[/quote]

Konsep ATOM, di mana Elektron dikelilingi oleh Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet2 mengelilingi matahari dalam sistem suria kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.

Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.

Konsep ATOM, planet2 dan sistem suria tadi sama lah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji2 Allah , maka begitu juga lah Atom, planet2 dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji2 Allah.

[center][img]http://www.fathersez.com/wp-content/uploads/2008/09/kaabah-tawafpreview.jpg[/img]
[/center]
Kaabah letaknya bersetentangan / selari dengan masjid para malaikat di langit iaitu Baitul Ma'mur dan bersetentangan dengan Arasy Allah di langit ke tujuh. Maka umat Islam bukan mengelilingi Kaabah kerana menyembah Kaabah , tetapi penyatuan segala HATI menuju ALLAH. Mengadap ke arah Kaabah hanya lah mengadap kiblat, yang mana kiblat itu secara terus menuju kepada Allah S.w.t.

Walaubagaimana pun manusia sendiri tidak sedari betapa tubuh mereka sendiri sebenarnya BERTASBIH memuji Allah. Kerana apa? Kerana setiap makhluk termasuk manusia terdiri dari susunan ATOM. Gabungan dari ATOM2 lah yang membentuk pelbagai makhluk termasuk kita manusia. Bermakna ATOM2 pada tubuh kita sentiasa bergetaran , tetapi pada ukuran yang sangat halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar.

Proton dan neutron sentiasa mengelilingi ATOM, dan dengan ini lah disabitkan bahawa mereka itu tawaf sambil memuji2 Allah S.w.t.



Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara2 serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Itulah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji Allah, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya insyaAllah.

[quote]"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." Surah Ar Ra'd : Ayat 28[/quote]

[quote]"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al Hasyr : Ayat 1
[/quote]

[quote]"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al Jumu'ah : Ayat 1[/quote]

[quote]"Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan." Surah An Nuur : Ayat 41
[/quote]

Sehinggakan guruh dan petir juga adalah memuji Allah;

[quote]"Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya." Surah Ar Ra'd : Ayat 13[/quote]

Dan banyak lagi ayat2 AlQuran yang menyebut tentang segala makhluk bertasbih memuji Allah. Maka adakah kamu masih tidak mahu bertasbih memuji Allah dan masih memuji makhluk2 lain? Bukti telah jelas diberikan sama ada secara rohani mahupun saintifik, adakah kamu masih ragu-ragu?

[quote]"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur." Surah As Sajdah : Ayat 15[/quote]

[b]Semoga kita kembali mentauhidkan Allah dengan sebenar2nya. Cintai Allah, cintai Rasul, cintai kedua orang tua, sayangi manusia dan segala makhluk[/b]. Peace, love and justice for all

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [b][size="5"][color="#2e8b57"][size="6"]?? KENAPE AKU ??[/size]

[/color][/size][/b][/center][color="#ff0000"][b] [/b][/color][center][size="4"][color="#ff0000"][b]? Kenape aku Sering di Uji ?[/b][/color][/size]
firman Allah,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?
Dan Sesungguhnya kami telah menguji orang-rang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar
dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah yang dusta."
(Surah al-Ankabut: 2-3)

[/center]
[center][size="4"][color="#8b0000"][b]? Kenape aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?[/b][/color][/size]
[/center][center]Firman Allah,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
(Surat al-Baqarah: 216)
[/center]
[b][size="3"][color="#ff0000"]
[/color][/size][/b][center][size="4"][b][color="#ff0000"]? Kenape aku diuji ujian seberat ini ?[/color][/b][/size]
Firman Allah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah:286)
[/center]

[center][size="4"][b][color="#8b0000"]? Bagaimanakah kuhadapi ujian ini ?[/color][/b][/size]
Firman Allah,
" Wahai orang yang beriman, Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan),
dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan),
dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)
(Surah Ali Imran: 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat;
dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah: 45)
[/center]

[center][size="4"][color="#ff0000"][b]? Apa yang aku boleh DAPAT dari semua ini ?[/b][/color][/size]
Firman Allah,
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberi (bayaran) SYURGA untuk mereka"
(Surah at-Taubah: 111) [/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][b][color="#8b0000"][u]Jadilah Kekasih yang Mendengar![/u][/color][/b][/size]


[/center]
Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.

Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya. Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: "Tugas cinta yang pertama ialah mendengar." Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.

Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang "memberi"… Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan. Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.

Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka "memperdengarkan" daripada mendengar cakap orang lain. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai: "Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya."

Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa? Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar.

Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri! Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri).

Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata. Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – " sami'". Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami'. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah "kekasih" setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu.

Allah bersedia mendengarnya bila-bila masa sahaja. Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak. Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami'. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya.

Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba. Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda "orang besar" yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya.

Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami' Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya. Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita.

Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu… Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan.

Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap ingin mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan. Pesanku untuk ku dan untuk mu… jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][b][size="5"][color="#9acd32"]....Harta Yang Bakal Kita Tinggalkan....
[/color][/size][/b][/center]
Apabila seseorang meninggal dunia, harta yang melimpah ruah tidak akan dibawa ke liang lahad. Harta yang ditinggalkan akan diurus dan dekendalikan oelh anak-anak sama ada secara baik dan betul atau sebaliknya. Jika bernasib baik, si anak akan memanfaatkan harta peninggalan arwah ayah dan ibunya untuk tujuan kebajikan tetapi alangkah malangnya jika si anak bersikap boros dan menghabiskan harta untuk tujuan mungkar.

Diriwayatkan, Abu Darda' seorang ahli perniagaan terkenal di zaman Rasulullah SAW tidak meninggalkan kehidupan duniawi, tetapi dia juga tidak melalaikan ibadat. Dia tidak lagi mengejar dunia, termasuk harta, kecuali sekadar mencukupi keperluan makan dan pakaian keluarga secara sederhana. Bagi Abu Darda', zikir kepada Allah adalah amalan paling utama dibandingkan yang lain.

Baginya, dunia hanya perkara kecil yang dibuktikan menerusi suratnya kepada seorang sahabat

[quote]"Tiada ertinya bagi orang yang bermegah dengan kehidupan duniawi. Harta itu beredar kepada orang lain sebelum kamu dan kepada orang lain sesudah kamu. Engkau tidak memiliki apa-apa kecuali apa yang engkau ada semasa hidup. Bagi orang yang mengumpulkan supaya dapat diwariskan kepada anakmu, sebenarnye engkau mengumpulkan harta itu untuk dua kemungkinan. Mungkin untuk anak soleh yang beramal dijalan Allah lalu berbahagia dengan pemberianmu atau anak derhaka yang beramal di jalan kemaksiatan. Maka sia-sia harta yang engkau kumpulkan, keranaa percayalah Allah akan memberi rezeki kepada mereka dan selamatkan dirimu."[/quote]

Begitu la pandangan Abu Darda' terhadap harta benda. Namun dia tidak meninggalkan kemewahan duniawi, cuma tidak mengambilnya kecuali sekadar mengisi perutnya. Dia juga tidak mahu puterinya bermegah-megah dengan harta dunia. Malah, ketika Yazid Ibn Muawiyah yang banyak harta dan kuasa melamar puterinya, Abu Darda' menolak kerana tidak ingin puterinya sibuk dengan urusan duniawi jika tinggal di istana Bani Umaiyah.

Bagaimanapun, ketika pemuda miskin datang meminang puterinya, tanpa ragu-ragu Abu Darda' menerimanya. Sikapnya diperhatikan Usman Ibn Affan yang memujuknya menjadi hakim di Syam dengan maksud mengalihkan perhatian masyarakat Islam disana yang mula tenggelam dalam kemewahan.

Setiba Abu Darda' mengundang penduduk Syam berkumpul di Masjid dan berucap
"Wahai penduduk Syam, engkau saudara seagama bagi kami. Tetangga dengan rumah kami dan menolong dari seranggan musuh. Namun aku lihat engkau suka mengumpul harta, membangun sesuatu yang tidak boleh tetap dan mengangankan sesuatu yang tidak mungkin tercapai. Orang sebelum engkau mengumpulkan harta yang bakal mereka tinggalkan, beranggan yang bukan-bukan dan menbangunkan rumah tinggi. Lalu yang mereka kumpulkan itu binasa. Angan-angan kosong belaka. Itulah Kaum Ad. Mereka memenuhi tempat antara Ad sampai Yaman dengan banyaknya harta dan anak. Adakah orang yang akan membeli peninggalan keluarga Ad seharga dua dirham dariku??"

Abu Darda' menghendaki kaum Muslimin memancarkan jiwa hidup sederhana dan zuhud supaya gemerlapnya dunia tidak menipu mereka lalu menyebabkna mereka mengabaikan ibadat kepada Allah. Itulah kisah Abu Darda' memiliki banyak harta yang dikembangkan dengan cara berdagang. Dia dipercayai penduduk Makkah yang membeli keperluan daripadanya selain menjual barang yang masih baik dan istimewa dengan harga yang menarik.

Ketika dia kaya, dia belum memeluk islam. Satu hari hati dan fikirannya terbuka untuk Islam lalu berjumpa Rasulullah SAW dan memeluk Islam. Abu Darda' kemudian mengetahui ada perdagangan tidak akan rugi iaitu [color="#0000ff"][b]perniagaan dengan modal iman,akidah dan jihad[/b][/color]. Abu Darda' memutuskan untuk menggunakan segenap fikiran, jiwa dan umurnya demi perniagaan pada jalan Allah.

wallAllahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [b][size="4"][color="#0000ff"][size="5"]Sombong punca binasa[/size]
[/color][/size][/b][/center]


SECARA umum, kita memahami dan mengetahui dalam kehidupan setiap umat Islam, sangat digalakkan berbuat baik, mengamalkan sifat rendah diri dan berbudi pekerti.

Sombong, angkuh dan bangga diri adalah sifat tidak baik yang wajar dihindari. Ini disebabkan sifat itu menyebabkan seseorang lupa daratan dan tidak mengamalkan apa yang disuruh serta masyarakat akan menjauhkan diri daripada orang yang sombong.
Sombong adalah sikap merasa tinggi diri, angkuh, bangga, bongkak dan riak serta memandang rendah terhadap orang lain. Sombong adalah keadaan emosi yang buruk dan tercela yang tidak harus dipamerkan. Seseorang yang memiliki sifat sombong di hati tidak akan disukai oleh orang di sekelilingnya serta masyarakatnya.


Justeru, lawan kepada sifat sombong adalah baik hati, rendah diri, beradab baik, beramah mesra, bersopan santun dan bersusila yang digalakkan dalam Islam. Pendidikan kepada sifat ini dapat mengelakkan sifat sombong dan angkuh dalam hati dan diri seseorang.


Sesungguhnya, Allah mencela sifat angkuh dan bangga diri. Firman Allah; "Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah Luqman: 18).


Takbur dan sombong adalah perasaan yang tumbuh daripada hati seseorang yang merasakan dirinya besar, gagah, kaya dan berkuasa. Sifat sombong dan bangga diri yang ada dalam hati seseorang boleh menghapuskan sifat baik lain seperti rendah diri dan tawaduk.


Semua perasaan itu timbul hasil didikan dan ajaran yang mementingkan kebendaan daripada akhirat. Hanya mereka yang lupa mengenai balasan akhirat akan sombong dan bangga diri. Sewajarnya sifat itu disingkirkan walaupun sebesar zarah, kerana membawa azab di akhirat.


Sifat itu sering terdapat dalam kehidupan seperti pemandu, pekerja, pengunjung pusat beli-belah, melalui perbuatan dan perlakuan. Sifat secara tidak sengaja mempengaruhi seseorang dalam kehidupan dan persekitarannya.


Sementara itu, Rasulullah bersabda: "Tidak masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada perasaan takbur (sombong) dan bangga diri." Seorang lelaki berkata, "Sesungguhnya seseorang sangat suka memakai baju dan kasut yang bagus." Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah indah dan mencintai keindahan. Kesombongan itu adalah hal yang mengingkari kebenaran dan meremehkan manusia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Syaihani dan Nawawi).


Sifat sombong dan angkuh lahir daripada emosi seseorang. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain. Sebenarnya segala kelebihan itu adalah anugerah Allah bagi menguji keimanan hamba-Nya.


Sewajarnya melalui kelebihan yang ada seperti kekayaan, pangkat seseorang beramal kembali untuk membantu masyarakat ke arah kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam yang lain.

Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri. Di riwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda; "Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak." (Riwayat Syaikhan dan Syaibani).


Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan, rasa hati dan cara mempamerkan pakaian juga menunjukkan riak dan sombong. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat." (Riwayat Syaikhan Nawawi).


Dua hadis itu menjelaskan Rasulullah menganjurkan kepada sahabatnya supaya dapat menguasai emosi keangkuhan, sombong dan bangga diri. Anjuran Rasulullah juga disertai dengan peringatan azab di akhirat kelak kepada mereka yang sombong. Hadis ini juga wajar menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita seluruh umat Islam.


Terdapat peringatan dan ancaman dalam beberapa hadis bagi orang yang menolak kebenaran kerana kesombongannya. Oleh itu, bagi sesiapa yang merasa lebih tinggi daripada orang lain dan memandang rendah terhadap mereka, dia selayaknya masuk neraka. Begitulah peringatan dan ancaman yang diingatkan kepada mereka yang sombong.

Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib, daripada ayahnya, dan daripada datuknya, Rasulullah bersabda: "Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan." (Riwayat Imam Tirmizi dan Syaibani).


Begitulah dijelaskan dan diingatkan kepada orang-orang yang sombong akan balasan Tuhan pada hari kiamat. Ingatlah, azab di neraka jahanam lebih pedih dan menyeksa kepada diri orang-orang yang sombong. Oleh itu, ubahlah sifat sombong kepada sifat kemanusiaan yang lebih baik seperti insaf, sedar diri dan tawaduk.


Allah menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan kamu perlu merendah diri kepada orang-orang beriman, walaupun mereka daripada golongan fakir miskin." (surah al-Hijr:88).


Merendah diri dapat mengelakkan sifat sombong yang terbit daripada hati yang angkuh, tinggi diri, berasa bangga terhadap diri sendiri dan memandang rendah kepada orang lain yang dirasakan tidak setaraf.


Sifat sombong dipamerkan melalui pertuturan, perlakuan dan perbuatan yang jelas menampakkan kesombongan atau tinggi diri. Adi bin Hanim melaporkan, Rasulullah pernah bersabda: "Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Sesungguhnya, melalui pendidikan iaitu didiklah hati dan jiwa dengan cahaya keimanan kepada Allah dengan rasa tawaduk dan rendah diri. Sifat itu mampu menangkis sifat sombong yang tumbuh di hati setiap insan. Hanya melalui keinsafan dan kesedaran hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri.

[size="1"]
oleh [b]Dr Aminudin [/b]dalam hmetro jumaat 9/7/10
[/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#8b0000"][b][size="5"]Amalan rasuah bawa kepada syirik[/size][/b][/color]


[left]APA guna dipanggil moden sekiranya cara hidup, pemikiran, akhlak dan sifat mulia kemanusiaan kita makin terhakis?

Kemudahan sepatutnya menyenangkan penyebaran kebaikan, keluhuran dan kesusilaan, barulah hidup mengalami kemajuan.

Bagaimana hendak mencapai kemajuan dalam masa sama mengetepikan akhlak murni terus berciciran?

Eloklah kita menilai kembali erti kemodenan yang sedang kita impikan.
Kemodenan hakiki adalah kebebasan akal menerawang mengenali Tuhan pencipta, hidup tertakluk kepada peraturan yang sarat dengan nilai mulia sejagat, sesuai di semua tempat, hidup berpandukan peraturan yang tahan diuji sepanjang zaman.

Bukan saja bertahan lama, tetapi berjaya menyisihkan cara hidup buatan manusia yang terbatas laksana buah bermusim, sekejap ada dan sekejap tidak ada, kadang-kadang putik kadang-kadang berulat.

Adakah moden sekiranya pemikiran masih terbelenggu dengan sial terhadap sesuatu yang langsung tidak punya kuasa? Bukan sekadar terbelenggu, tetapi sudah percaya dan menjadi rujukan serta penentuan dalam membuat keputusan.
Bayangkan remaja percaya kepada nombor 13 membawa sial dan majal. Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah yang bersabda, maksudnya: "Tiada sial dan majal dalam Islam."

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, maksudnya: "Tiada kesialan pada sesuatu burung."

Malah, mempercayai sial dan majal membawa kepada syirik sebaliknya Allah menggantikan dengan konsep tawakal.

Patut atau tidak seseorang remaja bersiap untuk ke tempat temuduga tiba-tiba sampai ke tempat itu, didapatinya bilik temuduga itu bernombor 13, lalu tidak jadi masuk menghadapi temuduga dan terus pulang kerana berpendapat nombor itu membawa sial.

Berkahwin pada bulan Safar, katanya membawa sial adalah bercanggah dengan prinsip agama. Begitu juga sesetengah daripada kita tidak jadi hendak membeli rumah semata-mata kerana dianggap sial.

Dalam suasana payah hendak mendapat kerja dan pasangan, ada yang beranggapan dengan memakai gelang dia akan memberi 'semangat.'

Tidak kurang juga yang percaya kepada kuasa bunga dengan nama 'mandi bunga.'
Bunga untuk hiasan dan kecantikan bukannya ada kuasa luar biasa. Begitu juga dengan kebolehan doktor. Islam tidak pernah menolak kemajuan yang berasaskan kajian dan penemuan moden. Perubatan moden diharuskan. Pun begitu kuasa penyembuh hanyalah pada tangan Allah.
Doktor hanya merawat dan berikhtiar, tetapi yang menyembuh hanyalah Allah. Kita boleh memilih doktor mana yang serasi untuk merawat kita, tetapi bukan dia yang menyembuh. Jika betul ikhtiar dan ubat bertepatan dengan kehendak Allah akan sembuhlah apabila sampai masanya.

Menjadi kesalahan besar sekiranya seorang gadis atau wanita sanggup berbuat apa sahaja, terpaksa menyerah maruah dan diri demi menagih cinta dari kekasihnya. Fikirnya jika tidak ikut kehendak si dia nanti tidak dicintai pula dan ada risiko ditinggalkan.

Yang menentukan jodoh bukannya manusia. Manusia hanya merancang kerana yang menentukan adalah Allah. Kekolotan minda akidah remaja inilah menyebabkan berlakunya persundalan yang akhirnya mereka sendiri yang merana.

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan amalan memberi rasuah membawa kepada syirik. Ia berdosa besar yang membawa kepada syirik kerana anggapan pemberi rasuah 'jika aku tidak beri, maka pasti tidak dapat.'

Ini yang merosakkan iman. Mereka menganggap pemberi rezeki sudah beralih daripada Allah kepada manusia. Bagi melariskan kedai perniagaan, ada yang menggunakan pelaris termasuk ayat seribu dinar. Peniaga mungkin terlupa bagaimana nabi menjalankan perniagaan, untung besar tetapi tidak guna pelaris.

Begitu juga sahabat nabi, Abd Rahman bin Auf buat untung besar tanpa menggantung apa-apa ayat. Sebenarnya rahsia kejayaan mereka adalah ilmu, kemahiran dan tawakal kepada Allah

[/left] [/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [color="#f4a460"][b][size="4"]Siapa penghuni syurga?[/size]
[/b][/color][/center]
[quote]
[center][b]"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan." (Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)[/b][/center]
[/quote]

Syurga dan neraka termasuk dalam perkara ghaib dan '[i]sam'iyat' [/i]yang wajib kita beriman kepadanya. Allah SWT menukilkan ratusan kali perihal syurga dan neraka, agar manusia merasa terpanggil untuk membuat amal sebagai bekal ke sana. Amal baik bekal ke syurga, meninggalkan amal buruk pula sebagai modal dijauhkan daripada neraka.

Pada musim Israk dan Mikraj ini, maka kita kembali diseru agar menghayati kronologi perjalanan Nabi Muhammad SAW ke langit hingga melepasi Sidratul Muntaha. Nabi SAW ditemani Jibril a.s, sahabat langit yang setia. Mereka melewati pelbagai jenis tempat dan bertemu pelbagai jenis manusia. Kemuncaknya, Nabi SAW dianugerahi Allah SWT hadiah berupa solat. Solat itulah waktunya kita berbisik-bisik dan berbual-bual dengan Allah SWT secara penuh 'privasi'– itu pun andai kita memahami maksud apa yang kita sebut dan baca di dalamnya.

Namun, penulisan ini tidak berniat untuk mengupas perihal solat. Insya-Allah, pada lain kesempatan kita akan mengupasnya. Sesungguhnya, ada sesuatu yang lain, yang tidak kurang menarik untuk kita perhatikan lewat peristiwa Mikraj Nabi SAW ke langit. Itulah saat nabi dibawa oleh Jibril a.s menziarahi syurga dan neraka. Maka, apa yang nabi perhatikan di sana?

Daripada Ibnu Abbas dan 'Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan." (Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)

Sesuatu yang perlu dikaji, kenapakah di dalam syurga ramai kaum fakir dan miskin? Di mana orang kaya? Menurut ilmu lughah atau Bahasa Arab, dalam konteks yang sama kita diberitahu perkara sebaliknya iaitu disebut mafhum mukhalafah (makna di sebaliknya), iaitu tidak ramai orang kaya di syurga. Aduhai, di mana orang kaya? Apa pula kelebihannya si fakir dan miskin sehingga mereka pula yang meramaikan syurga?

Inilah senario yang kena kita perhalusi bersama. Adakah Islam begitu memuliakan orang-orang fakir dan miskin sehingga di dunia ini kita wajar memilih untuk menjadi orang miskin dan hidup dalam papa kedana? Pada masa yang sama, adakah kita diberitahu bahawa kita hendaklah menjauhi kekayaan dan menolak kebendaan?

Jika demikian keadaannya, bukankah Islam juga menyeru kepada kita agar mencari kebendaan dan nikmat duniawi? Bukankah Islam amat menegah kehidupan yang meninggalkan keduniaan ala pertapaan (yang kononnya hidup menjamah bertih beras empat purnama lamanya)?

Bukankah Allah SWT sendiri menegaskan: "Kemudian setelah selesai (kamu) mendirikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing); dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah…," (al-Jumu'ah:10)

Terdapat banyak lagi ayat al-Quran mahu pun saranan daripada sunnah Rasulullah SAW, agar umat Islam hidup dalam kekayaan. "Tdak dianggap baik orang yang meninggalkan dunianya kerana akhirat, dan tidak juga orang yang meninggalkan akhiratnya kerana dunianya.Sehinggalah mereka memperolehi kedua-duanya sekali," jelas nabi melalui riwayat Ibnu 'Asakir. Jadi, adakah berlaku suatu kontradiksi di sini?

Hakikatnya, tiada pertentangan sama sekali. Jika kita merenung kepada mafhum hadis di atas, bahawa ramainya orang miskin di syurga, maka ada sesuatu yang patut kita pelajari daripadanya. Iaitu, jika orang kaya mahukan syurga, maka mereka mestilah berhati-hati dalam mengendalikan harta kekayaannya. Misalnya, wajib dilunasi zakat hartanya, diringi pula sedekah kepada sesama manusia. Baharulah harta itu tidak menjadi bebanan di akhirat sana.

Dalam konteks yang lain, orang-orang miskin memang patut dianugerahi Allah SWT kelebihan di akhirat, kerana sejak di dunia lagi mereka sudah begitu banyak bersabar menahan ujian kesusahan. Mereka selalu kelaparan kala orang kaya kekenyangan, mereka hidup serba kepayahan kala orang kaya dalam dakapan kesenangan dan mereka banyak berkorban kala si kaya menikmati pelbagai kelebihan. Kita ambil contoh dalam majlis kenduri sahaja sudah memadai, siapakah dianggap VIP,si miskin atau si kaya?

Justeru, itulah senarionya di dunia ini. Si kaya hidup mereka sering diulit kemewahan; si miskin digayuti kesengsaraan. Maka tidak peliklah mereka diberikan ganjaran berupa syurga oleh Allah SWT, sebagai imbalan terhadap kesabaran mereka di dunia ini. Dengan syarat mereka menjadi si fakir yang taat dan si miskin yang ahli ibadat. Jika mereka taat, sabar dan kuat imannya, percayalah, mereka akan memasuki syurga Allah SWT 500 tahun lebih awal* berbanding dengan orang-orang kaya di dunia ini yang pasti sahaja banyak hisabnya di akhirat sana. Wallahua'lam.

* (Mafhum hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a).

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#8b0000"][b][size="5"]"MANUSIA.. WARGA AKHIRAT" [/size][/b][/color]
[/center]

Manusia tinggal di dunia hanya untuk waktu yang singkat. Di sini, mereka akan diuji, dilatih, kemudian meninggalkan dunia menuju kehidupan akhirat di mana mereka akan tinggal selamanya. Harta benda serta kesenangan di dunia sebenarnya memiliki banyak kekurangan dan kelemahan kerana harta benda dan kesenangan tersebut ditujukan hanya agar manusia mengingati hari akhirat. Akan tetapi, orang yang ingkar tidak akan mampu memahami kenyataan ini sehingga mereka berperilaku seakan-akan segala sesuatu di dunia ini hanya miliknya. Hal ini memperdaya mereka kerana semua kesenangan di dunia ini bersifat sementara dan tidak sempurna, tidak mampu memuaskan manusia yang diciptakan untuk keindahan kesempurnaan abadi, iaitu Allah. Allah menjelaskan betapa dunia merupakan tempat sementara yang penuh dengan kekurangan,

[i]"Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanaman yang mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (al-Hadiid: 20)[/i]

Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, orang-orang musyrik hidup hanya untuk beberapa tujuan, seperti kekayaan, anak-anak, dan berbangga-bangga di antara mereka. Dalam ayat lain, dijelaskan tentang hal-hal yang melalaikan di dunia,

[i]"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). Katakanlah, 'Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurnia) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya."(Ali Imran: 14-15)[/i]

Sebenarnya, kehidupan di dunia tidak sempurna dan tidak berharga dibandingkan kehidupan abadi di akhirat. Dunia merupakan tempat yang sempit, lalai dan kotor. Manusia menganggap usia 60-70 tahun di dunia sangat panjang dan memuaskan. Akan tetapi, bila tiba-tiba kematian datang dan semua pasti terkubur di liang lahad. Sebenarnya, ketika kematian mendekat, baru disedari betapa singkatnya waktu di dunia. Pada hari dibangkitkan, Allah akan bertanya kepada manusia.

[i]"Allah bertanya, 'Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?' Mereka menjawab, 'Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.' Allah berfirman, 'Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.' Maka apakah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ( al-Mu'minuun: 112-115)[/i]

Mengabaikan Allah dan tidak mengutamakan kehidupan akhirat, sepanjang hidup mengejar keseronokan dunia, bererti hukuman abadi di dalam api neraka. Orang-orang yang berada di jalan ini digambarkan Al-Quran sebagai "orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat" .
[i]
"Sesungguhnya, orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan." (Yunus: 7-8) [/i]

Bagi mereka yang lupa bahwa dunia merupakan tempat sementara dan mereka yang tidak memperhatikan ayat-ayat Allah, tetapi merasa puas dengan permainan dunia dan kesenangan hidup, menganggap memiliki diri mereka sendiri, serta mentuhankan diri sendiri, Allah akan memberikan hukuman yang berat. Al-Quran menggambarkan keadaan orang yang demikian,

[i]
"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya." (an-Naazi'aat: 37-39)
[/i]
Sedarlah kita, kehidupan di akhirat adalah yang kekal abadi. Usah hanyut pada arus duniawi, segalanya hanya persinggahan. Dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.
[i]Lihatlah bunga, seindah-indahnya, suatu hari akan layu, mengering dan mati.
Lihatlah matahari, seangkuh-angkuhnya, sepanas-panasnya...saat waktunya tiba, dia juga akan pulang ke tempatnya, begitu juga dengan apa yang kita miliki, bahkan kita sendiri, saatnya tiba, ...kita juga sama dengan bunga atau matahari.
Siap atau tidak suatu hari semua akan berakhir.
Tidak akan ada lagi matahari menyapa, bulan tak akan memancarkan cahaya, jam pun akan berhenti berdetik, begitupun hari akan diam .
Semua hal yang telah kita kumpulkan, apakah harta, kekuasaan akan pergi, hilang ataupun berpindah tangan.
Jangan mencintai, segala sesuatu atau seseorang secara berlebihan, kerana suatu hari sesuatu pasti akan pergi, berakhir atau berlalu.
Kerana cinta kita akan harta, seseorang, sesuatu ...tak boleh melebihi cinta kita kepada Allah SWT.
INGATLAH...Yang akan dinilai dalam kehidupan ini adalah :
~ Bukan berapa banyak yang kita perolehi tapi berapa banyak yang kita berikan,
~ Bukan berapa banyak yang kita pelajari tapi berapa banyak yang telah kita beri atau ajarkan,
~ Bukan berapa ramai orang yang kita kenal, tapi berapa banyak orang merasa kehilangan saat kita tiada.[/i]
[spoiler]
[i] [/i]

Disediakan Oleh:


Shazwani binti Sharuddin
Bahagian Dakwah,
Unit Penerangan dan Penerbitan[/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b][size="4"][color="#8b0000"][center]Musibah ujian penghapus dosa [/center] [/color][/size][/b]

LUMRAH kehidupan manusia memang tidak dapat lari daripada menerima [b][size="3"]ujian [/size][/b]

Setiap ujian yang Allah timpakan kepada manusia mempunyai pelbagai hikmahnya. Allah menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. [color="#0000ff"][b] Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa."[/b][/color]

Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri. Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.
Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberi peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.

Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala. Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan.

Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan. Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat.

Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya. Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas.

Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian.


Ujian ada dua jenis.

[b]Pertama[/b] namanya bala dan yang

[b]kedua[/b] ibtila. Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk 'ujian' manakala bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk 'hukuman'. Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar.

Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian gempa bumi itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan. Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang 'ghaib' yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan. Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan.


Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat penyayang. Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan.

Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah. Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi.


[i]oleh ustaz Zawawi [/i]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [color="#008000"][font="Book Antiqua"][size="4"][b]Remaja terjebak berpakaian halal, haram[/b][/size][/font][u][b] [/b][/u][/color][/center]

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.


Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#8b0000"][b][url="http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&%20view=article&id=24315:tazkirah-akhlak-perbuatan-baik-auto-%20pilot&catid=109:remajawanita&Itemid=151"]Tazkirah: Akhlak, perbuatan baik 'auto-pilot'[/url][/b][u][b]

[img]http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/autopilot.jpg[/img]
[/b][/u][/color][/size][/center]

Akhlak berasal daripada bahasa Arab `Khuluq' yang membawa kaitan dengan pekerti, tingkah laku dan perangai.

Dalam Islam, akhlak berkait rapat dengan nilai yang dihubungkan dengan ajaran Al-Quran dan sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Selagi sesuatu perbuatan itu tidak bercanggah dengan kedua-dua sumber hukum tertinggi itu, maka ianya termasuk dalam perbincangan akhlak.

Imam Al-Ghazali mendifinisikan akhlak sebagai 'satu tindakan atau perbuatan yang terbit daripada diri secara berterusan, dan perbuatan itu lahir dengan mudah tanpa memerlukan kepada proses berfikir'.

Manakala Sheikh Dr. Fathi Yakan dalam sebuah buku karangannya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Islam, meletakkan 'akhlak yang mulia itu adalah objektif paling utama Islam' sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W melalui sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Perjalanan hidup seorang muslim belum sampai ke matlamat jika gagal menjadi seorang yang berakhlak.

Biarpun dia berakidah dengan akidah Islam, beribadah dengan Ibadah Islam namun ianya masih belum sempurna tanpa satu lagi aspek iaitu akhlak Islam itu sendiri.

Untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali dalam pendifinisian beliau tentang akhlak, mari kita melihat kepada dua situasi berikut. [b]

Situasi pertama:[/b]

[i]Ahmad ditakdirkan terserempak dengan seorang peminta sedekah ketika berjalan menuju ke stesen komuter lantas terdetik dihatinya untuk memberikan wang kepada peminta sedekah itu.

Dia kemudiannya menyedari yang dia hanya memiliki sekeping RM10 dan memerlukan separuh dari jumlah itu untuk tambang pulang ke rumah.

Setelah berfikir tentang jumlah yang wajar disumbangkan, akhirnya dia menghulurkan wang RM10 tersebut kepada peminta sedekah dan meminta dikembalikan semula RM5 kepadanya.[/i]

[b]Situasi kedua: [/b]

[i]Azman seorang pramugara kepada sebuah syarikat penerbangan.

Mengikut profesyen dan etika kerja syarikat, Azman dikehendaki mengukir senyuman kepada setiap penumpang di dalam penerbangan bersamanya.

Sikap Azman itu bagaimanapun berbeza bila pulang ke rumah.

Senyuman sama jarang-jarang diberikan kepada anak dan isterinya.[/i]


Setiap manusia mempunya banyak sebab untuk berbuat kebaikan.

Namun perlu difahami bahawa tidak semua di antara kebaikan yang dilakukan itu boleh dikategorikan sebagai akhlak, mengapa?

Mari kita fahami dari kedua-dua situasi yang dikemukakan di atas tadi.

Pada situasi pertama, secara amnya Ahmad telah melakukan kebaikan kerana memberikan sumbangan kepada seorang insan yang memerlukan bantuan iaitu peminta sedekah tersebut.

Namun jika diteliti dengan lebih cermat, perlakuan baik Ahmad itu belum dapat dikategorikan sebagai berakhlak kerana Ahmad masih menggunakan proses pemikiran untuk menentukan jumlah yang mahu diberikan kepada peminta sedekah tersebut.

Sedangkan dalam pengertian akhlak itu menyebut 'perbuatan itu lahir dengan mudah tanpa memerlukan kepada proses berfikir'.

Pada situasi kedua pula, tindakan senyum Azman sewaktu menjalankan tugas itu merupakan satu perbuatan yang baik, apatah lagi ianya sesuatu perbuatan yang dituntut oleh Islam malah dikira sebagai sedekah.

Namun melihat kepada sikap berbeza Azman di tempat kerja dan di rumah, maka senyumannya ketika melayan penumpang belum boleh dikategorikan sebagai berakhlak.

Ia kerana perbuatan senyum Azman itu dilakukan atas dasar etika kerja dan bukan terbit dari diri sendiri tanpa memerlukan proses berfikir.

Secara kesimpulannya, akhlak adalah perbuatan baik (tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Sunah), yang dilakukan tanpa syarat.

Atau dengan kata lain, perbuatan baik yang [b]'auto-pilot'[/b].


[i][b]Sumber:[/b] Kuliah kitab 'Apa Ertianya Saya Menganut Islam' disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Jamil [/i]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [b][size="5"][color="#008000"]Rahmat berkat[/color][/size][/b]

[/center]
MANUSIA berusaha siang malam malam mencari rezeki termasuk ada yang menggadai nyawa, tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan?

Mengapa rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Isteri cantik, suami tampan, tetapi rumah tangga masih bertaburan!

Begitu juga, ilmu yang luas melaut mengapa tidak mampu mengangkat darjat, malah menghina diri?

Bahkan mereka bermati-matian mencari kebahagiaan dan ketenteraman, sedangkan apa yang diperoleh ialah masalah dan masalah. Apa sebabnya?

Antara sebabnya ialah apa yang mereka memiliki itu tidak berkat. Rasulullah s.a.w mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat.

Malah, supaya dapat kaya, kekayaan yang berkat, sahabat yang ada ilmu berdoa ilmu berkat.

Berkat ialah pelbagai guna, bermanfaat di dunia dan akhirat. Kita tidak hanya boleh berbangga dengan apa yang kita miliki, tetapi yang patut dibanggakan ialah keberkatan menerima nikmat.

jadi, bukannya kita patut takut tidak memiliki sesuatu, tetapi harus takut sesuatu yang dimiliki tidak berkat.

Berkat maknanya ialah subur, dengan kebaikan, permo honannya diterima dan kebahagiaan. Jadi, keberkatan mem bawa ke syurga sebaliknya, tanpa berkat kita dibawa ke neraka.

Doa yang kita pinta ketika makan berbunyi: "Wahai Tu hanku berkatilah apa yang Engkau berikan pada kami ini dan selamatkanlah daripada api neraka."

Maknanya makanan yang tidak berkat walaupun sesuap boleh bawa ke neraka. Apa lagi kalau harta bertimbun, apa lagi ilmu melaut. Begitu juga dengan deretan gelaran.

Menurut sejarah, Umar Abdul Aziz ketika menjalankan tugas pada malam hari di Baitulmal tiba-tiba anaknya mengetuk pintu.

Apabila dilihat anaknya yang ingin bertanya mengenai urusan rumah tangga, beliau terus memadamkan lampu.

Si anak bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu."

Jawab Umar: "Kerana minyak lampu ini milik negara. Ia tidak layak untuk urusan peribadi."

Inilah contoh keberkatan dalam erti kata yang sebenar. Keberkatan meliputi soal wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Wajib, mesti buat dan jika buat dapat pahala besar tetapi jika tidak buat dosa besar. Perkara yang harus diberikan pilihan, yang makruh patut dijauhi manakala yang haram mesti dijauhi.

Kunci kebahagiaan ialah sederhana di samping pengurusan yang pintar dan segala aktiviti mesti sesuai dengan syariat Allah s.w.t.

Contoh kecil yang dianggap remeh manusia hari ini ialah waktu solat. Mencari harta jangan sampai melupakan solat, mencari harta jangan sampai lupa kepada halal haram.

Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.

Pelajar sebagai contoh, apalah ertinya berjaga malam, bersengkang mata, belajar dan mengulangkaji, tetapi esoknya tidak mengerjakan solat Subuh.

Ilmu yang tidak berkat ialah ilmu yang ada di akal, ilmu dalam bentuk maklumat dan pengetahuan, tidak menjadi nur dan petunjuk.

Apabila ilmu tidak berkat, ia hanya boleh berhujah, tetapi tidak boleh merubah mereka.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [color="#00bfff"][b][size="4"][color="#2f4f4f"][size="5"]Silaturahim makin dilupakan

[/size][img]http://www.familiazam.com/blog/images/berjabat_tangan_familiazam.jpg[/img]
[/color][/size][/b][/color][/center]

SILATURAHIM adalah[b] sunnah[/b] yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini. Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu, seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.

[b]Ada banyak kes hari ini menunjukkan silaturahim bukan suatu ikatan yang diutamakan. Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak atau isteri membunuh suami yang curang.[/b]

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk[b] membentuk masyarakat Islam yang berkualiti[/b]. Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 1, yang bermaksud: "Dan takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu."

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah sw.t. Ibu bapa juga orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.


Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang amat besar daripada Allah s.w.t sebagai orang yang perlu dihormati kerana [b]bersusah payah menjaga kita sejak dalam kandungan sehingga meningkat dewasa[/b].

Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa. Begitu juga bila berbicara mengenai [b]jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara. [/b]

Pada zaman nabi, ada kisah yang berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya dan dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: [b]"Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?[/b]" Ibnu Umar menjawab: [b]"Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya."
[/b]
Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita. Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara.

Allah s.w.t memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga dekat ataupun jauh. Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah An-Nisaa', ayat 36 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan [b]jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh[/b], dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya."

Sabda baginda yang bermaksud: [b]"Tidak akan masuk syurga seorang yang jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatannya[/b]." (Riwayat Muslim)."

Silaturahim yang dipupuk dalam diri sendiri membawa kepada ikatan kekeluargaan, seterusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat yang mempunyai banyak kebaikan di dunia dan akhirat.

Pernah diriwayatkan mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah yang dibenci syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya. Selain itu, ia termasuk rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur selain suka memaafkan orang lain dan rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin.

Rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturahim berpanjangan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Jangan Bersedih Apabila Maut Datang Dengan Tiba-tiba : dengarkan kisah ini sebagai pedoman[/b]
petikan : [b][u]La Tahzan[/b][/u]

Ibrahim Bin al-Jarrah berkata : Ketika Abu Yusuf (murid kanan Imam Abu Hanifah an-Nu’man) sakit, aku datang menziarahinya, namun aku mendapatinya sedang pengsan. Ketika sedar, dia bertanya “Apa pendapatmu tentang persoalan……”

“Apakah dalam keadaan seperti ini?!” (yakni engkau masih bincangkan hal ilmu?) aku menyampuk memotong kata-katanya

“Tidak mengapa kita mempelajarinya, semoga dengannya ada orang terselamat” ujarnya pula mematikan hujahku.

“Wahai Ibrahim, mana yang paling baik saat melempar jamrah, dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan?” beliau menyambung kata-katanya tadi

“dengan menaiki kenderaan” jawabku

“engkau salah!” tegurnya spontan

“dengan berjalan kaki” terus aku betulkan kesilapan jawapan pertama tadi

“salah juga!” jawabnya terus

“lalu yang mana satu lebih baik?” aku pula yang bertanyakan soalan yang sama

“bagi yang berdiri lebih dekat maka lebih baik melempar sambil berjalan kaki. Namun bagi yang berdiri jauh dari jamrah maka adalah lebih baik melempar dengan menaiki kenderaan” terangnya dengan jelas jawapan yang sepatutnya.

Lalu, setelah beberapa perbincangan ilmu dengannya aku berganjak dari sisinya. Belum sampai aku mencapai pintu rumahnya, aku mendengar teriakan hembusan nafasnya yang terakhir. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepadanya.

Salah seorang penulis di zaman moden ini mengatakan
“beginilah keadaan mereka dahulu!!! Kematian telah berada di atas kepala mereka dengan segala kesulitannya. Sakaratul Maut telah membuat hembusan nafas tersengal-sengal dan dada terasa sesak. Berkali-kali mereka pengsan tidak sedarkan diri. Namun ketika tersedar mereka masih sempat bertanyakan dan bincangkan beberapa hal yang berkaitan dengan ilmu atau permasalahan sunat untuk dipelajari atau untuk diajarkan kepada orang lain, padahal beliau pada saat itu sudah sangat-sangat mendekati ajalnya”.

[quote][center]في موقف نسي الحليم سداده ### ويطيش فيه النابه البيطار
Di saat itu sang penyantun terlupakan madahnya
Dan seorang yang cerdik kehilangan akalnya[/center][/quote]

Ya Allah, betapa [b]bernilainya ilmu[/b] bagi mereka!!! Alangkah [b]sibuknya fikiran dan akal mereka dengan ilmu[/b]!! Bahkan saat menjelang kematian pun mereka [b]tidak ingat kepada isteri atau anak[/b] yang dekat dan berharga di sisinya. [b]Yang mereka ingat hanyalah ilmu[/b].

Semoga Allah memberikan rahmatNYA kepada mereka dan kita semua. Oleh sebab itu memang seharusnyalah mereka menjadi ikutan dan panduan dalam bidang ilmu dan ugama.
[img]http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs458.ash2/73112_1437435097475_1280934782_30971767_4392844_n.jpg[/img] Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
waaa, panglima, menarik mini library kamu tu...
semua bahasa arab ke? nak pinjam seketul dua kitab rumi boleh?? :D


==================================================================================================================================



[size="5"][/size][center][size="5"][b] [color="#ff0000"]Syaitan [color="#008000"]sukar gugat mereka beriman[/color][/color][/b][/size] [/center]


HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh yang sering kita lupa ialah [b]syaitan[/b].

Syaitan adalah musuh yang agak 'pelik' kerana mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.

Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi memerangkap kita.

Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi.

Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian di atas muka bumi ini, seorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan

Ini kerana selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan di dalam al-Quran sebagai perkara penting untuk diingati.

Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Mereka diciptakan Allah dan berada di bawah kuasa Allah sepenuhnya. Syaitan juga hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah.

Mereka ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Mereka hanya boleh bertindak dengan izin Allah.

Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkannya.

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (Surah S�d ayat 85).

Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, mereka hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan
sebenarnya.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." (Surah al-Hijr ayat 39-40)

Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya.

Kita diberitahu di dalam al-Quran mengenai mereka yang boleh disesatkan syaitan: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl ayat 99-100)
Ingatlah, syaitan mahu kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Mereka mengarahkan kita melakukan kejahatan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu.

Syaitan cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan tentang bahaya ini di dalam al-Quran seperti berikut: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah ayat 168-169)

Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya mereka boleh membuatkan manusia lupa hari kiamat.

Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan
kepada Allah.

Syaitan menjanjikan (menakut-nakut) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah ayat 268)

Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini "...dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia." (Surah an-Nas ayat 4-5).

Sebagaimana diterangkan oleh ayat itu, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka.

"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka bagus apa yang selalu mereka
kerjakan." (Surah al-An'am ayat 43)

Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun sebenarnya mereka terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Quran.

Dengan membelakangi Allah, mereka lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#8b0000"][u][size="5"]
[b][color="#2e8b57"]Tak Lurus Di Jalan Yang Lurus[/color][/b]
[/size][/u][/color][/center]
Ahli Jemaah masjid telah menunggu hampir setengah jam. Penceramah yang dijemput masih belum tiba. Anak-anak di ruang masjid telah mula membuat bising. Suasana yang sedia panas meresahkan lagi orang-orang tua yang terus menunggu dengan setia. Menunggu lama untuk mendengar ceramah agama akan mendapat pahala, begitulah agaknya pujuk hati mereka. "Ustaz ini memang begitu. Selalu lewat," bisik seorang ahli kariah di sebelah saya.

"Minggu dulu pun macam ni," balas orang di sebelahnya.

"Tak mengapa. Ceramahnya semangat. Sedap didengar," pintas seorang lagi. Saya hanya mendengar, walaupun dalam hati sudah berkira-kira untuk meninggalkan majlis. Ia telah memakan masa yang diperuntukkan. Masih banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan menunggu giliran.

Hampir 40 minit kemudian baru penceramah datang, lengkap dengan jubah dan serbannya. Dalam ceramah yang berdegar-degar itu dia memperkatakan tentang pentingnya mengikut sunah Rasulullah. Saya mendengar sambil mencatat. Cuba menenangkan hati walaupun hati masih tertanya-tanya mengapa sunnah Rasulullah s.a.w dalam menepati janjinya dan menjaga masa tidak disentuh sekali.

Terbayang urutan sejarah bagaimana rasulullah s.a.w sentiasa datang awal ke Masjidil Haram sehingga baginda dilantik menjadi hakim untuk meletakkan 'Hajarul Aswad' yang gugur dari tempatnya dalam peristiwa banjir yang melanda kota Mekah. Begitu juga dengan insiden bagaimana Rasulullah menunggu hampir 3 kali seorang yang berjanji bertemu dengannya tetapi tidak datang. Rasulullah sangat menepati masa dan alangkah baiknya jika sunah menepati masa ini dilaksanakan oleh ustaz yang memakai serban dan jubah itu. Nampak lebih sempurna dan indah.

Saya benar-benar skeptis dengan lambang-lambang agama yang kosong makna. Elok juga sunah yang hendak diamalkan disusun mengikut prioriti amal ([i]'aulawiyat'[/i]). Ini kerana ada orang yang sangat menitik-beratkan soal kurang utama dengan meninggalkan soal yang lebih utama.

Bukan sahaja di tempat kita tetapi nun di Mekah sekalipun betapa ramai yang bertolak-tolakan (kekadang sehingga ke peringkat berkelahi) sewaktu ingin melaksanakan ibadat sunat mencium Hajarul aswad. Sedangkan persaudaraan itu lebih wajib dipertahankan berbanding amalan sunat (mencium Hajarul Aswad).

Ya, saya tidak nafikan sudah dalam berpakaian. Serban dan jubah, memang pakaian sunah. Namun kekadang orang hanya mempertahankan bentuk pakaian, tetapi tidak sunah kebersihannya. Akhirnya, masyarakat yang tidak faham mengutuk jubah dan serban yang disinonimkan dengan bau hapak dan kotor. Begitu juga sunah janggut dan misai, ada yang benar-benar iltizam membelanya tetapi kurang terurus. Tidak dirapikan apalagi disisir dengan sebaik-baiknya.

Saya pernah bertemu dengan seorang yang sangat cerewet dengan persoalan tajwid. Sering dia mufaraqah dalam solat berjemaah kerana dakwanya Imam tidak betul bacaan fatehahnya.

"[i]Dad[/i]nya kurang tebal," komennya satu ketika.

"[i]Ro[/i]nya tidak sempurna," ulasannya pada satu ketika yang lain.

Begitulah, ada sahaja yang tidak kena dalam bacaan tajwid orang lain. Dia begitu teliti hampir-hampir ke arah cerewet. Namun, sayang seribu kali sayang… anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Anak-anak perempuannya selamba sahaja keluar rumah dengan pakaian yang terdedah, tidak pula mendapat teguran daripadanya. Dia begitu teliti tentang hukum bacaan, tetapi tidak teliti pula dalam hukum amalan.

Di satu ketika saya pernah bertemu dengan seorang yang dianggap intelektual Islam – pakar dalam istilah, bahasa dan nahu sekali gus pakar epistemologi. Pantang tersalah istilah atau huraian, dia akan menerangkannya secara terperinci. Kagum saya melihat kepintaran dan komitmennya. Tetapi saya sedikit kecewa kerana satu ketika saya dapati dia begitu longgar dalam memilih makanan yang halal.

Sewaktu heboh orang membincangkan soal logo halal dan makanan yang haram, beliau sebaliknya selamba makan di restoran-restoran yang meragukan.

"Tuan, kita patut berhati-hati." Pernah saya mengingatkan.

"Jangan terlalu teliti. Tak merasa kita nanti."

Saya benar-benar terkejut. Mana ketelitiannya tentang bahasa serta istilah yang ingin dipertuturkan sewaktu memilih makanan yang hendak dimasukkan ke dalam perut? Padahal Rasulullah saw seorang yang sangat fasih balaghahnya tetapi baginda juga sangat teliti dalam memilih makanan. Pernah baginda melarang cucunya memakan kurma yang disedekahkan kerana keluarga tidak boleh makan makanan sedekah. Bahkan Sayidina Abu Bakar pernah memuntahkan kembali susu yang diperoleh daripada sumber yang diragukan.

Saya masih ingat apa yang terjadi dalam majlis sambutan Maulid Nabi beberapa tahun yang lalu. Semua penceramah menekankan betapa pentingnya mengikut sunah Rasulullah dalam seluruh aspek kehidupan. Saya melihat sendiri betapa semangatnya peserta yang mendengarnya. Mengangguk-angguk, menangis dan ketawa dengan alunan kata dan intonasi suara penceramah yang terkenal.

Namun sayang sebalik sahaja selesai majlis Maulid itu sampah-sampah dan bekas minuman air serta botol-botol plastik berserakan. Hati saya jadi tertanya-tanya, di manakah sunnah Rasulullah saw yang sangat menjaga kebersihan itu kita letakkan? Ke mana perginya semangat yang meluap-luap ketika melaungkan selawat tadi?

Mengapa tidak semangat itu diterjemahkan ke dalam bentuk realiti yakni dengan membuang sampah dan sisa minuman serta makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Bukan kebersihan itu pernah ditegaskan oleh Rasulullah saw sebagai sebahagian daripada keimanan?

Pernah juga saya bertemu dengan seorang usahawan yang begitu mengagumi Rasulullah saw dalam bidang keusahawanan. Segala yang tersurat dan tersirat tentang sifat keusahawanan Rasulullah saw dibongkarnya.

"Bagindalah aspirasi dan inspirasi saya dalam bidang perniagaan."

"Bila saya memberi motivasi kepada anak-anak remaja dan pelajar-pelajar yang berminat dalam perniagaan tidak lain, hanya Rasulullah s.a.w sahaja yang saya tonjolkan sebagai rol model."

Saya begitu mengaguminya sehinggalah semasa bermusafir bersamanya saya lihat dia begitu culas dengan solat. "Kita perlu berhenti untuk solat jamak qasar," pinta saya.

"Tak boleh qada sahaja ke?" balasnya.

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Lupa agaknya dia tentang sunah Rasulullah yang begitu '[i]punctual'[/i] dalam menjaga waktu solat. Agaknya dia terlalu asyik meneliti sunah Rasulullah saw dalam bidang ekonomi terlupa persoalan asas dan teras dalam Islam yakni solat.

Bukan sahaja lewat solat, tetapi tidak solat. Ya, sunah dalam perniagaan memang diikutnya, tetapi bagaimana sunah dalam menjaga solat? Ini mengingatkan saya kepada kecenderungan masyarakat yang melihat Islam pada nilai ekonomi (muamalat) dan aspek nikah kahwin (munakahat) sahaja tetapi lupa pada soal ibadat dan jinayat (perundangan).

Sahabat saya pernah bercerita tentang seorang kenalannya yang kuat berzikir, lemah lembut tutur katanya.

"Dia betul-betul lemah-lembut dan kuat berzikir."

"Baguslah kalau begitu. Apa masalahnya?'

"Masalahnya, apabila dia memandu. Lajunya macam pelesit. Menggeletar aku dibuatnya. Dia berkata orang yang ingat Allah, tidak takut mati!"

Saya tersenyum. Memandu melebihi had laju sepakat para ulama mengatakan bahawa itu satu dosa. Jadi, itu bukan sunah. Berani mati di jalan yang lurus (di lebuh raya) amat beza dengan berani mati 'di jalan' yang lurus (mati syahid, mati dalam iman dan ibadah kepada Allah). Sunah berzikir dan bertutur dengan lemah-lembut memang baik, tetapi jangan abaikan keselamatan nyawa sendiri dan orang lain ketika memandu kereta.

Ada pula lelaki hidung belang yang beria-ia hendak berpoligami kononnya untuk mengikuti sunah nabi, tetapi isteri masing-masing membuka tembelang perangai mereka yang tidak solat, tidak mendidik anak-anak, kasar, pemarah dan culas dalam memberi nafkah serta mendidik anak-anak.

Semua kisah di atas saya paparkan sebagai peringatan bersama tentang betapa lemahnya kita dalam mengikut sunah Rasululllah saw. Kita cenderung melihat di sudut-sudut tertentu yang kita sendiri punya kepentingan. Al Hasil, sering kali kita dapati dorongan memakan makanan sunah lebih hebat diuar-uarkan berbanding dengan mengajak melaksanakan sunah-sunah yang lebih besar dan afdal.

"Ayah, jika minum susu kambing kita boleh jadi baik. Ini minuman sunah."

"Tapi jangan hanya ikut sunah minum susu kambing sahaja, ikut sunah yang lebih utama daripada itu, " balas saya.

"Apa dia?"

"Bangun solat Subuh, tinggalkan perkara yang sia-sia."

"Makan kismis ini yang didoakan ini bagus ayah. Fikiran kita jadi tajam. Ini juga makanan sunah."

"Ya. Tetapi berusaha menelaah pelajaran dan memberi tumpuan ketika belajar adalah lebih sunah."

Anak saya terdiam. Sikapnya memilih yang senang-senang dan enak-enak sahaja daripada as sunah saya perbetulkan. Memang untuk beramal, kita boleh pilih yang mudah-mudah dan senang-senang dahulu tetapi kita mesti tahu dan berusaha untuk mengamalkan yang lebih utama. Mana yang 'sesuai' dengan selera dan kecenderungan kita, itu yang diutamakan. Manakala yang perlukan kita bersusah payah serta mujahadah kita pinggirkan… seolah-olah itu bukan sunah.

Minum susu kambing misalnya memang sunah, ya itu ada kesannya dalam pembentukan peribadi kita,namun tentulah meninggalkan mengumpat dan memfitnah, bermujahadah melawan nafsu, membaca Al Quran dan mendirikan solat lebih utama dalam usaha kita untuk memperbaiki diri. Ya, tidak ada salahnya menguar-uarkanlah makanan sunah yang boleh membentuk hati dan peribadi, tetapi jangan terlupa aspek-aspek lain yang jauh lebih penting seperti menjaga pergaulan, mengamalkan cara hidup bersandarkan syariat dan lain-lain.

Jadi, persoalannya betapa ramai orang yang mendakwa dan merasakan dia telah mengikut sunah padahal apa yang sebenarnya diikutinya hanyalah hawa nafsu sendiri? Inilah gara-gara tidak tulus mengikut jalan yang lurus!

[spoiler][url="http://genta-rasa.com/2010/11/07/tak-lurus-di-jalan-yang-lurus/"]http://genta-rasa.co...lan-yang-lurus/[/url][/spoiler]

====================================================================================================================================

sebuah penulisan yang baik dari ustaz Pahrol

so, agak2 korang, ape pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah di atas nie?? :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...