Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

hukum merayakan sambutan/perayaan orang kafir ( Xmas, CNY & sebagainya

Recommended Posts

salam kepada semua warga Putera.com yang dikasihi semua

seperti tajuk diatas,
kita sedia maklum sambutan Christmas baru saja berlalu,
dimana saja pasti ada jualan murah semperna sambutan Christmas nie

contoh kes
dan kita sedia maklum, santa claus agak sinonim dengan sambutan perayaan nie
rata2 company/syarikat/kedai buat sale sane sini,
untuk menambahkan daya tarikan tersebut, para pekerja mereka diberi topi berupa topi
santa

tetapi, apakah hukum nya pada umat islam yang memakai nyer??

------------------------------------------------------------------------------------

sebahagian ayat2 Al-Quran dan petikan Hadis


"Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)


"Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dlm golongan tersebut" - hadis.



Daripada Surah al-Kafirun (109) ayat 1-6, maksudnya: "Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. Dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. Dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami."


Daripada Surah Luqman (31), ayat 13 - sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."



sedikit penjelasan,

kita dilarang mencontohi/mengambil cara/sambutan perayaan orang kafir dalam hidup kita, walaupun ucapan (wish/greeting) selamat dan sebagainya

bertukar2 hadiah? pun termasuk dalam hal ini, hukum nye haram

kenape?

Adapun sebenarnya, merayakan perayaan kaum kuffar adalah sama saja seperti kita ini merestui/menyokong/meraikan perbuatan mereka yang kafir dan mensyirikkan Allah. Adalah meraikan & mengucapkan tahniah (wish) atas perayaan mereka, adalah termasuk ke dalam perbuatan menyekutukan Allah. Ini kerana, perayaan-perayaan yang dilakukan (dirayakan) oleh orang-orang kafir itu adalah bagi tujuan meraikan agama mereka dan bertitik tolak kepada persoalan aqidah. Sebagai contoh, perayaan krismas (oleh kaum nasara/kristian) yang mana mereka menganggap bahawa Isa (Jesus sebagai anak tuhan) dan perayaan krismas (hari natal) adalah sebagai suatu tarikh untuk mereka meraikan kelahiran Jesus christ sebagai anak tuhan. Apakah kita sebagai muslim (yang bersih aqidahnya dari semua itu) mahu meraikan sama?


Ibnul Qayyim berkata, “Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”, atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”.


bemberi tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahni’ah atas hari-hari raya mereka atau syi’ar-syi’ar mereka adalah haram hukumnya dan sangat dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran. (Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan, Kitab at-Tauhid, jil. 1 di bawah tajuk al-Wala’ wal Bara’)



--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan nya...

kita dilarang meniru cara mereka @ menyambut perayaan mereka dengan cara mereka,
secara tidak langsung akan jatuh kufur & shirik kepada ALLAH tanpa kita sedari

dan kalau kita ambil contoh hadis ini
"Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dlm golongan tersebut" - hadis.

amat jelas la, meniru sesuatu budaya/cara sesuatu kaum yang tak elok itu adalah salah (pemakaian,perundangan, gaya hidup dan sebagai nya)


Soalan lazim,
saya ade sedara, adik beradik bukan muslim, atau ibubapa saya atau saudara saya bukan muslim, adakah saya dilarang datang ke majlis sambutan seperti itu?

jawapan
sebagai umat islam, kita digalakkan untuk mengeratkan silaturrahim antara sesame manusia (saudara,jiran kawan2 dan sewaktu dengan nya)
tapi jauhkan diri dari upacara keagaaman mereka (dari turut serta)



Spoiler:


P/S: jika ade kesalahan, sila la tegur,
jika ade nak tambah2 sila2 kan jugak...
jika ade yang nak spam, sila la jangan buat

Share this post


Link to post
Share on other sites
ala haram ke.... opis aku evry year celeb krismas dengan exchange adiah.

pd aku bukan la nk sambut krismas sgt, aku nk adiah je hehehe....

pastu evry year company aku bg coklat or biskut sbg adiah... then how?

Share this post


Link to post
Share on other sites
teri-chan wrote:ala haram ke.... opis aku evry year celeb krismas dengan exchange adiah.

pd aku bukan la nk sambut krismas sgt, aku nk adiah je hehehe....

pastu evry year company aku bg coklat or biskut sbg adiah... then how?



jelas, ayat2 diatas tu bahawa walaupun bertukar2 hadiah,

adalah tidak boleh

seolah2 kita merelakan agama mereka (yang menyekutukan ALAAH)

-------------

tapi terima hadiah takpe,
jangan wish mereka,

adakah kita perlu bergembira menyambut perayaan mereka sedangkan perayaan mereka itu jelas menyekutukan Allah??

Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.

pandangan/pendapat ulama mazhab Hanafi pula lebih keras, sehingga ada yang berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya.

"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)"


Pendapat/pandangan Dr. Yusuf al-Qaradwi pulak,
Dr. Yusur al-Qaradhawi yang lebih ringan dalam masaalah ini, yang mana beliau berpendapat boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam. Beliau menyebut :
"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86) Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"

Share this post


Link to post
Share on other sites
jangan la kita menyambut perayaan selain islam (walaupun atas tiker toleransi @ 1maalaysia) mahupun perpaduan, jelas hukumnya syirik/haram

tapi memenuhi undangan/menziarah adalah digalakan tetapi jaga adab dan jauhi perkara2 yang boleh menyekutukan allah,

----------------------

oleh itu jelas la , kita pakai topi santa sekali pun boleh jatuh hukum syirik

pasal?
seolah2 kita merelakan agama mereka yang jelas menyekutukan Allah

Share this post


Link to post
Share on other sites
owh.. wish pun tak boleh ye?

aku br phm skang. so next year aku terima adiah tp tak wish diorg la eh? tak boleh tak tuka adiah... msuk appraisal huhuhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
kita kena tahu bezakan perayaan agama dan perayaan budaya..ada certain perayaan hanya merupakan perayaan budaya yang diraikan oleh sesuatu bangsa dan tidak melibatkan upacara keagamaan..maka harus la kita meraikannya..tapi kalo yang berkaitan dengan perayaan keagamaan seperti deepavali (menyalakan pelita dll),christmas(memberi hadiah dll) dan lain-lain..haram kita menyertainya..berdasarkan apa yg aku paham la..

kalo rasa was-was, better kita tidak melibatkan diri kerana itu lebih afdal..

Share this post


Link to post
Share on other sites
"bantai gi buat kongsiraya la..
deparaya la...mne bole kongsi2..."

ko salah faham ni , aku rasa lebih kepada kongsi tarikh perayaan yang sama/hampir2 bukannya kongsi macam ko paham tu(sambut sekali beramai2 macam satu perayaan). ::icon_lol::

kira nak ucap selamat pun tak boleh ke? pendapat ulama malaysia ke pasal benda ni macam mana ?

@teri
hehe , ko pun jangan la amik hadiah kecuali kena paksa. kurang2 ko ada alasan . masuk appraisal(penilaian?) ,takkan dia paksa sambut sekali utk dpat penilaian baik kot.repot2.....tapi siapa la nak sangat kisah ::kopfschuettel::

Share this post


Link to post
Share on other sites
"bantai gi buat kongsiraya la..
deparaya la...mne bole kongsi2..."

ko salah faham ni , aku rasa lebih kepada kongsi tarikh perayaan yang sama/hampir2 bukannya kongsi macam ko paham tu(sambut sekali beramai2 macam satu perayaan). ::icon_lol::

kira nak ucap selamat pun tak boleh ke? pendapat ulama malaysia ke pasal benda ni macam mana ?


tak silap aku TGNA ade cakap pasal hal nie dulu (tahun yang tepat tak ingt)
dia melarang keras menyambut kongsi raya (kalau tak silap aku la)



hampeh wrote:@teri
hehe , ko pun jangan la amik hadiah kecuali kena paksa. kurang2 ko ada alasan . masuk appraisal(penilaian?) ,takkan dia paksa sambut sekali utk dpat penilaian baik kot.repot2.....tapi siapa la nak sangat kisah ::kopfschuettel::


hadiah boleh ambik, kang kecik ati diaorang, tapi wish2 jangan..
cukup la ucap terima kasih or ucap sesuatu yang lebih baik dari itu,
(macam semoga kamu mendapat hidayahNya) like that la,..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ucapkan "Merry Christmas" kat diorg pun jangan...

jangan sesekali wish ucapan pada perayaan yang selain daripada perayaan dalam Islam.

Sebagai umat islam, Jangan sesekali pakai topi santa claus tu sebab menyerupai mereka.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ak x de ape sekadar mengucapkan tahniah kpd pembuka topik ni ...jelas sekali ramai umat Islam terlepas pandang hal2 begini...syabas PT...sekurang2 nya sesiapa yg baca forum ni dpt kesedaran n org yg menyampaikan pon dpt pahala...dgn dalil Al-Quran n Hadis2 soheh akn membuatkan ia perfect !

Share this post


Link to post
Share on other sites
sesiapa ade info lengkap pasal Christmas nie post kat sini..

mungkin pembaca luar sane berminat untuk mengetahui ape tu Christmas, sejarah Christmas nie

maklumat aku kurang lengkap, sebahagianye dalam BI, nk translate tak reti

Share this post


Link to post
Share on other sites
Jwpn utk persoalan -> "APA HUKUMNYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI NATAL KEPADA ORG KRISTIAN"

Ada dua situasi seperti berikut:
(1) semua ahli keluarganya Islam,
(2) ahli kitab yg baru masuk Islam dan keluarga masih beragama Kristien

YANG PERTAMA (1) Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) kepada orang-orang Kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita? Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya?Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?

Jawapan:
Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma). Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata, Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap Hari-Hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid'ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang Kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meridhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM
bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meridhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

Ertinya: "Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.:" [Az-Zumar:7]

Ertinya : "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu." [Al-Ma`idah :3]

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga keranana ia adalah hari besar yang tidak diridhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu `alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.

Artinya : "Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi". [Ali Imran:85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna `ikut serta' bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu `alaihi Wa Sallam,

Ertinya : "Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka". [Hadits Riwayat Abu Daud]

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:
Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

[Disalin dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al- Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, No.403]

YANG KEDUA (2)
Hind - Canada

Title:May I Celebrate Christmas With My Christian Mother?

Question
Dear brothers and sisters, as-salamu `alaykum. I am currently reverting to Islam. My mother is Catholic, my father Muslim, but does not practice. I have always celebrated Christmas even though I've never been Christian. I've read some advice that warns Muslims not to partake in other holidays, but if I don't, my mother will be very hurt. I am torn. Is it wrong to celebrate the birth of Jesus? We believe in him too, and exchanging gifts for the benefit of my mother and Christian friends does not mean that I adhere to a belief in the Trinity. Please respond; your advice would be greatly appreciated. Jazakum Allah khayran.

Date
24/Dec/2006
Name of Mufti
Ahmad Kutty

Topic
Customs & Traditions, Ties of kinship, Children & Parenthood, Da`wah to Non- & New Muslims

Answer
Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear sister in Islam, we are greatly impressed by your question, for it's related to the affairs of the new Muslims. We seize the chance to earnestly implore Allah from the depths of our hearts to lead all perplexed men and women to the light of Islam, the true religion of Allah. We welcome all our new Muslim brothers and sisters to the fold of Islam. Islam encourages the Muslim to have kind and compassionate relationship with his parents and all his relatives whether they are Muslims or non-Muslims. As a Muslim, you are encouraged to show all forms of kindness and mercy towards your non-Muslim mother. Let her see the true teachings of Islam as practiced by you and be a good ambassador of your religion.

Responding to the question, Sheikh Ahmad Kutty, a senior lecturer and Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, states:Islam is all for treating our parents, relatives and friends compassionately. As a Muslimah, it is your duty to be most gentle and kind to them, especially your parents. Allah says, (Keep their company with kindness in this world, and follow the path of him who turns to Me. Then unto Me will you return, and I shall tell you what you did.) (Luqman 31: 15)

Keeping good company of one's parents includes accepting their invitations, eating with them all foods that are permissible for us to consume, which excludes pork, intoxicants, and that which has been immolated to idols.You are allowed to participate in the festivities of Christmas or holiday seasons on condition that you abstain from specific religious rituals associated with them, if any. As Muslims we revere Jesus (peace and blessings be upon him) as one of the mighty messengers of Allah; we would have certainly celebrated the same, if only it had been a tradition established by Jesus and his authentic disciples. We certainly know that was not the case. It is all too
well known that celebration of Christmas was introduced into Christianity in the manner of the pagan cultic rituals prevailing in the lands that the Christians conquered and as such, it is not something to be cherished as an authentic Christian festival.

Muslims refuse to deify not only Prophet Jesus (peace and blessings be upon him) but anyone else for that matter including Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him). We believe in all prophets, and consider them all as preaching the same essential message: Do not worship any other gods but Allah.It would certainly be a good idea for you to broach this topic with your parents in one of their gentler moments.Lastly, continue to pray to Allah to open the hearts of your parents to the truth, for He alone guides (people) to Truth. Ameen.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kita boleh tukarkan Wish tu dengan mendoakan hubungan kita dgn mereka utuh,semakin akrab dan dijauhkan persengketaan...rasanya itu lebih baik...

P.S aku terserempak makcik pakai baju kurung,bertudung pastu pakai topi santa claus(kat alamanda)...pelik betul...makcik tu tak perasan ke?aku tak rasa malu,aku tak rasa nak kutuk,tapi aku kesian kat makcik tu,cuba juga nak menyelami apa punca yang menjadikan ianya begitu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Arinc wrote:ia adalah pengaruh persekitaran & sedikit kejahilan makcik tu tentang hukum hakam...
cara aku tgk makcik tu dia mcm chinese muka dia,pastu mcm mental pun ada gaya jalannye yang laju semacam,ke atau anaknye pakaikan pastu dia boleh tak perasan nak cabut sebab dia pakau tudung huhuhu...pastu dia jalan laju sebab org sume pandang semacam kat dia,mesti dia ingat org tak puas hati dgn dia hohoho...

Share this post


Link to post
Share on other sites
org skang byk yg dah jahil....tak tau hukum halal haram..
dia ingat bila dia pakai topi santa tuh juz sekadar suka2 tp xtau akibat dr perbuatan dia tu.

sepatutnya kita yg nmpk nih elok pegi tegur dia ckp yg dia buat tu tak betul, bukan sekadar kesian dalam hati.

apapun pd aku, psl perayaan nih kita kena teliti betul2 sblm kita nk menyokong perayaan dorg.
contohnya, depavali n christmas, wesak...mmg dah sah2 dilarang dalam Islam utk kita turut menyambut sbb tu adalah perayaan keagamaan..

tapi Thn Baru Cina lak, mmg takde mslh sbb perayaan tu hnyalah kebudayaan bukan agama. so bg mualaf2 yg nk merayakan perayaan nih bersama2 keluarga yg bukan Islam dibolehkan aslkn tdk melakukn perkara2 yg dilarang dlm Islam spt minum arak n makan daging khnizir.

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebenarnye aku masih kurang faham la...
abis selama ni dok kite wish2 kat kawan2 yg sambut deepavali, raya cina n lain2 tu tak boleh la eh?tp mcm rumah terbuka tu macam mane?kalau kite g umah kwn2 bangsa cine time dia raya tu mmg tak boleh ke?aku ingat..selagi kite tak buat ape yg diaorg buat contohnyer besama-sama ngn diorag menyanyi (krismes) buat gaya (thn baru cina) nyala kan pelita time deepavali maksudnyer cara keagamaan ok jer...huhuhuhu...mcm mane ni? ::icon_cry:: ::icon_question:: ::icon_neutral::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau kita wish perayaan diorang tu.. maknanya kita iktiraf agama diorang tu betul malah menyokong pula.. sebaik-baiknya kita diam sahaja. Kerana diam itu adalah lebih baik.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tidak kira perayaan apa sekalipun yang berkait dengan agama selain dari Islam, haram kita memberi pengucapan dan meraikannya. Walaubagaimanapun sekiranya kita memberi pengucapan dan meraikannya dengan niat membesarkan dan mengagung-agungkann ya dalam erti kata lain meraikan syiar-syiar kekufuran, maka jatuhlah kita kepada syirik yang menjejaskan iktiqad. Nauzubillah himin zalik. Tidak mengapa pula sekiranya kita memberi ucapan dan meraikan perayaan orang kafir yang berkait dengan budaya dan tidak berkaitan dengan agama.

Haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM)="BUDAYA" . Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM)="BUDAYA" , tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH)="KEAGAMAAN" . Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH. Cara terbaik, apalah salahnya..tukarkan ucapan tu kepada "selamat bercuti & selamat bergembira bersama keluarga"

Kalau masih kurang faham, eloklah selalu menghadiri majlis ilmu, Mendengar ceramah2 agama. InsyaAllah, ilmu agama kita pun makin berkembang. Disamping kita berkongsi ilmu disini, jangan lupa perkara yang paling penting bagi kita ialah menuntut ilmu dengan berguru. Carilah guru agama yang boleh mengajar kita ilmu yang bermanfaat.
Dengan berguru kita akan mendapat berkat. Dengan berguru ibadah kita akan selamat. Dengan berguru segala kemusykilan tidak lagi terpahat. Dengan berguru bahagia di dunia dan di akhirat. Dengan berguru mengikut tauladan Nabi Muhammad. Dengan berguru pahala dicatat oleh Malaikat. Dengan berguru syaitan akan lari tak cukup kederat. Dengan berguru nafsu tertunduk lemahlah shahwat. W/hulam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...