Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

hukum merayakan sambutan/perayaan orang kafir ( Xmas, CNY & sebagainya

Recommended Posts

aku terjumpe satu garis panduan yang dikeluarkan oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
so, korang baca dan cross check balik dgn ape yg korang dah buat sama ada sedar/tak sedar..sengaja/tidak sengaja..

Spoiler:

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.

2. PENDAHULUAN

2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah

mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran “rumah terbuka nasional”, bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.

2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;

“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka”

2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;


i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;

i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)

ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)

2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.

3. TAKRIF

3.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

3.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

3.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).

3.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

3.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

3.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

3.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).

3.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).

3.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).

4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM

4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.


4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.


Contohnya:

i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menyolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.


4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.


4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.


5. PENUTUP

Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Blok D7, Parcel D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 4253

Share this post


Link to post
Share on other sites
uih .. banyak ni . kalau takut orng bukan islam terasa nak kata apa kat dorang time perayaan dorang ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
ryna168 wrote:Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM)="BUDAYA"


Apabila meneliti tentang budaya dan agama sebenarnya perlu perincian. Ini kerana, contohnya kita ambil yang terdekat, seperti bangsa Cina atau India merupakan satu bangsa yang boleh dikatakan berasimilasi sekian lama dengan kepercayaan yang telah mereka anuti, dan terdapat pengamalan yang sinonim dari sudut agama dan bangsa mereka, ini contoh je lah. Sebagai contoh, Deepavali. Umumnya kita tau perayaan ni disambut oleh masyarakat India beragama Hindu, jarang kita nampak India Muslim meraikan Deepavali melainkan untuk meraikan mungkin sedara-mara mereka yang beragama Hindu, tapi tu bukan persoalannya. Yang cuba disampaikan di sini adalah signifikan bagi kita yang mungkin takde kait-mengait langsung atau takde kepentingan langsung untuk meraikan sesuatu perayaan yang bukan biasanya kita raikan. Tambahan pula aku ambil contoh sini, Deepavali. Teliti balik asal-usul perayaan tersebut, di mana ia menandakan kemenangan maharaja Rama menewaskan pemerintah Ravana, yang mana Rama ni merupakan avatar (jelmaan tuhan) yang ke-7 bagi dewa Vishnu, manakala Ravana diceritakan sebagai pemerintah yang ganas dan kejam. Kisah ni bersumberkan epik Ramayana, satu epik purba yang sangat lama hingga boleh dikesan sekitar tahun ke-4 sebelum Masihi. Tu penerangan ringkas. Walaupun kalau dari segi fizikalnya tidak mempunyai sebarang maksud yang agak berkaitan dengan aspek rohaniah atau metafizik (kerana Rama dan Ravana merupakan manusia) tetapi jika diambil kira sumbernya yang mencampur-aduk faktor ketuhanan, perkara seperti ini menimbulkan persoalan. Contoh terdekat ler kalau nak diambil dalam masyarakat Melayu kita, contohnya kalau kita meraikan turunnya raja sekian-sekian dari kayangan seperti yang ada dalam banyak kitab Melayu purba dulu. Faktor yang perlu dipertimbangkan adalah sumber dan jugak signifikan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote="khairul anwar"]




hampeh wrote:@teri
hehe , ko pun jangan la amik hadiah kecuali kena paksa. kurang2 ko ada alasan . masuk appraisal(penilaian?) ,takkan dia paksa sambut sekali utk dpat penilaian baik kot.repot2.....tapi siapa la nak sangat kisah ::kopfschuettel::


hadiah boleh ambik, kang kecik ati diaorang, tapi wish2 jangan..
cukup la ucap terima kasih or ucap sesuatu yang lebih baik dari itu,
(macam semoga kamu mendapat hidayahNya) like that la,..


hem... good point there...

yup, kalu tak join apa2 aktiviti dr company akan dimasukkan dlm appraisal. sbb salah 1 objective yg aku kene meet ialah menyertai dn organize activity utk team. so gift exchange for Christmas is part of it too. Pls note dat if staff who didnt participate any activities wll be effecting their year end appraisal thus will effect their ranking.

so sume org tag along ngn benda2 ni. company aku company omputeh, bos aku omputeh. so dia memandang berat atas perkara ini.

biasanya aku takde niat nk celeb, aku bertukar hadiah sbb aku pasang niat utk menghargai team members.

harap segala perbuatan aku sebelum ni diampuni tuhan... amin...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote="teri-chan"][quote="khairul anwar"]





hem... good point there...

yup, kalu tak join apa2 aktiviti dr company akan dimasukkan dlm appraisal. sbb salah 1 objective yg aku kene meet ialah menyertai dn organize activity utk team. so gift exchange for Christmas is part of it too. Pls note dat if staff who didnt participate any activities wll be effecting their year end appraisal thus will effect their ranking.

so sume org tag along ngn benda2 ni. company aku company omputeh, bos aku omputeh. so dia memandang berat atas perkara ini.

biasanya aku takde niat nk celeb, aku bertukar hadiah sbb aku pasang niat utk menghargai team members.

harap segala perbuatan aku sebelum ni diampuni tuhan... amin...
jangan risau lah teri,lagipun ko menghormati kaum lain diMalaysia,sedangkan para nabi amat menghormati adab2 kaum lain dalam menyebarkan Islam secara lembut...

Share this post


Link to post
Share on other sites
very interesting topic...

saya ini bukanlah mau buat pandai tapi cuba lah u all tau dulu asal usul christmas dulu jangan hanya suka mengaitkan agama dengan budaya orang lain hanya kita ini beragama Islam. masyarakat Melayu khususnya cukup sensitive bila ada yang boleh disamakan dengan christianity.

fyi, yang saya tau, hanya 1 denomination ie, "7th day adventist" yang anggap christmas ini sebagai bidaah dimana tiada bukti yang mengatakan 25 dec adalah hari kelahiran Jesus Christ. mereka ini juga menganggap sesiapa saja yang mengucapkan "merry christmas" adalah berdosa besar & santa claus hanyalah 1 rekaan. saya mengakui saya tidak pernah missed mengucapkan merry christmas kepada saudara saya semua kerana saya hormati mereka. saya tak mau nanti dituduh sebagai tidak tau "adab" hanya kerana saya sudah menjadi muslimah. cuma dalam hati saya berkata, "tak ada bukti christ dilahirkan hari ini", christmas hanyalah rekaan & hanya 1 budaya & hari untuk memberi sesuatu dalam 1 tahun tidak lebih dari itu.

saya bukan mau cakap boleh or tak boleh ucapkan "merry christmas" cuma cuba faham dulu then baru cakap. ulama sendiri pun ada yang membuat andaian sendiri, kalau tidak tidak adalah bermacam-macam guru.

saya pernah mendengar syarahan Ustaz Asri dimana dia mengatakan, Rasullullah juga pernah memakai jubah "rumiah" yang sama dengan catholic priest pakai.. so adakah Rasullullah juga menyamai dengan agama Catholic?

sorry kalau terpaksa memberri contoh dalam agama Islam sendiri dimana terdapat juga bidaah, ashura, kenduri arwah..etc..etc. semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, wallahuallam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pertama Sekali, Apa Khabar ChloeAgnew? Lama tak nampak? Mari kita bertengkar...hhehe


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Menyambut perayaan orang lain adalah dibolehkan selagi kita tidak mengikut adab keagamaan perayaan berkenaan. Sebagai contoh, cukup menyambut sekadar menghormati rakan-rakan kita yang beragama lain tanpa perlu mengikut adab dan resam kegamaan mereka.

Tetapi, pengecualian adalah tertakluk untuk perayaan agama Kristian dan Yahudi, dimana umat Islam dilarang oleh Rasulullah SAW untuk menyambut atau meraikan perayaan berkenaan kerana persamaan corak keagamaan dengan Islam dan dikhuatiri umat Islam akan terpesong akidah.

Menyebut bab Bidaah, terlalu banyak untuk diperkataan. Didalam kajian dan pendapat ulama, terdapat Bidaah yang diboleh kan dan Bidaah yang diharamkan. Sebagai contoh, menyambut hari lahirnya Nabi Muhammad SAW adalah bidaah yang dibenarkan kerana pada pendapat Ulama, ianya bertujuan untuk menyedarkan dan memberikan maklumat kepada generasi muda tentang riwayat dan sejarah kehidupan Baginda.

Bidaah yang diharamkan adalah seperti Mandi Tolak Bala pada bulan Islam Safar. Sebab tidak ada sebab manusia boleh menolak bala sebab kalau janji Allah SWT sampai, bala tetap akan diterima oleh manusia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hukum tetap hukum....
Jangan kita mempersoalkan sesuatu yg berkaitan ngan hukum agama berdasarkan pandangan peribadi kita.. Soal bidaah n seangkatan dgnnya itu merupakan salah 1 ajaran yang bertentangan dgn agama n sememangnya salah bagi umat islam untuk mengamalkannya.

Dalam hidup ni, kita kena sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah setiap apa yg kita lakukan. Sebab tu kita dituntut supaya sentiasa menuntut ilmu.. Menuntut ilmu tu bukan hanya sekadar kita membaca artikel2 yg ada di internet. Kena menghadiri majlis ilmu agama dan bertanya kepada yang pakar dalam bab agama. Kita bimbang, akibat terlalu ambil mudah, akhirnya akidah kita pun terpesong. Jadi, kesimpulannya.. Hukum bagi kita sebagai umat islam utk mengucapkan ucapan seperti yg tertera pada tajuk topik kita ni sememangnya adalah haram kerna ianya berkaitan dgn keagamaan (Pada sambutan ni, mereka menyanyikan lagu2 keagamaan mereka).

Share this post


Link to post
Share on other sites
ryna168 wrote:Hukum tetap hukum....
Jangan kita mempersoalkan sesuatu yg berkaitan ngan hukum agama berdasarkan pandangan peribadi kita.. Soal bidaah n seangkatan dgnnya itu merupakan salah 1 ajaran yang bertentangan dgn agama n sememangnya salah bagi umat islam untuk mengamalkannya.

Dalam hidup ni, kita kena sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah setiap apa yg kita lakukan. Sebab tu kita dituntut supaya sentiasa menuntut ilmu.. Menuntut ilmu tu bukan hanya sekadar kita membaca artikel2 yg ada di internet. Kena menghadiri majlis ilmu agama dan bertanya kepada yang pakar dalam bab agama. Kita bimbang, akibat terlalu ambil mudah, akhirnya akidah kita pun terpesong. Jadi, kesimpulannya.. Hukum bagi kita sebagai umat islam utk mengucapkan ucapan seperti yg tertera pada tajuk topik kita ni sememangnya adalah haram kerna ianya berkaitan dgn keagamaan (Pada sambutan ni, mereka menyanyikan lagu2 keagamaan mereka).


Adakah saudari sudah membaca post saya diatas?

Share this post


Link to post
Share on other sites
post rina bukan dituju kepada saudara ahmades.. Post tersebut bagi sesiapa yg tak faham kenapa kita tak boleh mengucapkan ucapan tersebut kepada mereka yang berkaitan. Kenapa nak mempersoalkan apa yang jelas haram kan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebelum kita berbuat sesuatu lebih baik ntuk kita memahami, yang penting niat kita, sekiranya niat kita salah, maka semuanya salah. Aku ambil contoh perayaan christmas. apa sebenarnya tujuan mereka menyambut perayaan tersebut? beberapa fakta yang aku baca, xmas di adakan bertujuan merayakan kelahiran YESUS, iaitu Nabi Isa A.S, kita semua sedia maklum yang Nabi Isa A.S adalah salah seorang nabi Allah dan bukannya tuhan seperti yang digambarkan oleh kristian. Sekiranya anda benar2 seorang ilmuan, anda akan tahu beberapa fakta mengenai kristian, aku sendiri penah baca bible, sekadar untuk mendalami pemahaman orang2 kristian, seperti mana mereka juga menkaji dan membaca Al-Quran. Pada dasarnya, orang-orang kristian percaya bahawa tuhan yang sebenar2nya adalah Allah swt. Mereka percaya akan Yesus kerana (kononnya) pengorbanan Yesus adalah bertujuan untuk mengampunkan dosa2 orang kristian. Walhal bukan itu sebenarnya yang terjadi.

Berbalik semula berkenaan perayaan, tidak salah sekiranya kita merayakan kelahiran Nabi Isa A.S, akan tetapi konsepnya perlulah berbeza dengan amalan orang kristian dengan mengamalkan konsep dan ajaran islam sebaiknya. bukankah kita juga menyambut hari keputeraan rasulullah dengan amalan-amalan dan rohani keislaman?

Wallahuaklam, untuk lebih lanjut, rajin-rajinnya membaca fakta2, jangan sempitkan minda anda, kuatkan iman teruskan beramal. Tentang kristian aku tak banyak nak komen, kalau nak hujah, sampai 300 pages pun takkan abis aku kupas. Pendek kan cerita, kewujudan agama kristian adalah atas dasar keliru dan salah faham terhadap ahli-ahli kitab kristian yang memutar belitkan fakta yang sebenar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
so maknanya bole la kita menyambut n mengucapkan selamat kpd org2 kafir yg merayakan Perayaan Keagamaan mereka (Christmas, Deepavali n Thaipusam) aslkn niat kita tuh betol (just nk menggembirakan hati mereka)..

Excuse me, dah jelas lg nyata umat Islam tak bole mengucapkan SELAMAT kpd kaum2 kafir..aku tak phm mcmne ko leh ckp kita bole sambut perayaan mereka tu..wallahualam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
MISS U.A aku harap ko boleh baca dengan baik, so Sila baca dengan baik. Ko Faham betul-betul. Ceit, tentang perayaan pun ko nak kecoh, tu yang bersepah MAKSIAT, MINUM ARAK plus MELAYU ISLAM lagi ko taknak plak pertikaikan. PEGANG TANGAN BALAK HAYUN dengan BANGGA tak plak korang anggap HARAM. Tolong jawab boleh?

Sila bace elok2. aku tak kate ko PERGI GEREJA sambut KRISMAST ataupun PAKAI BAJU SANTA, Islam itu indah, aku refer pada KRISMAS, ade aku cakap deepavali & thaipusam? Ko cari tgk sejarah sambutan christmas. Then ko bace balik ape yang aku tulis kat atas tu. BOLEH SAMBUT TAPI DENGAN KONSEP YANG BERBEZA. ADA FAHAM?

Ni tolong faham ayat ni elok2. Jangan sekadar refer satu dua ayat. Jangan ROSAKKAN KEINDAHAN yang ada dalam islam!

------------------------------------------

ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم :
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”
-------------------------------------------------------------------

Berdasarkan kenyataan ini, yang hanya dibenarkan adalah ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Maka kita tidak menghadiri rumah terbuka mereka, kerana itu termasuk sebahagian daripada merayakan perayaan mereka.

Maaf kalau aku kasar, tapi aku cukup pantang kalau ada orang bercakap kosong tanpa fakta. dan satu lagi, jangan jadikan Islam sebagai isu mewujudkan jurang antara agama, macamana nak sebarkan dakwah, sedangkan hal sekecil ini dipandang dari satu sudut yang negative? Rajin-rajin membace ye. Hope jelas, kalau tak faham bace beribu kali sampai faham!.

Adapun sebenarnya, merayakan perayaan kaum kuffar adalah sama saja seperti kita ini merestui/menyokong/meraikan perbuatan mereka yang kafir dan mensyirikkan Allah. Adalah meraikan & mengucapkan tahniah (wish) atas perayaan mereka, adalah termasuk ke dalam perbuatan menyekutukan Allah. Ini kerana, perayaan-perayaan yang dilakukan (dirayakan) oleh orang-orang kafir itu adalah bagi tujuan meraikan agama mereka dan bertitik tolak kepada persoalan aqidah. Sebagai contoh, perayaan krismas (oleh kaum nasara/kristian) yang mana mereka menganggap bahawa Isa (Jesus sebagai anak tuhan) dan perayaan krismas (hari natal) adalah sebagai suatu tarikh untuk mereka meraikan kelahiran Jesus christ sebagai anak tuhan. Apakah kita sebagai muslim (yang bersih aqidahnya dari semua itu) mahu meraikan sama?


Kita boleh meraikan, tapi dengan konsep yang berbeza, ada perbezaan kah antara hari keputeraan Rasulullah dan Nabi Isa A.S? Kedua-dua nya adalah nabi kita, gunakanlah OTAK anda untuk meraikannya, dengan membaca al-quran, dan sebagainya seperti mana kita menyambut maulud nabi. Akan tetapi ada segelintir yang hanya berteraskan minda, turut SERTA MINUM ARAK dan MENYAMBUT sebagaimana orang-orang kristian menyambutnya.

Ibnul Qayyim berkata, “Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”, atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”.


Aku setuju dengan kata Ibnul Qayyim, memang ucapan seperti di atas ni terjerumus dalam orang-orang bodoh, aku rase ramai leh nampak beza antara ayat di atas dengan "Selamat hari natal", kita hanya mengembirakan mereka seperti mana mereka mengembirakan kita sewaktu sambutan hari raya, bace elok2, "Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya" BERHATI-HATI, bukan bermaksud TAK BOLEH.

bemberi tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahni’ah atas hari-hari raya mereka atau syi’ar-syi’ar mereka adalah haram hukumnya dan sangat dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran. (Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan, Kitab at-Tauhid, jil. 1 di bawah tajuk al-Wala’ wal Bara’)


sekali lagi BACA DENGAN BAIK, "memberi tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka"

ADA FAHAM? aku cakap elok-elok susah orang nak paham bawak masuk dalam OTAK, ni aku dah hurai panjang lebar, kalau tak faham gak, just go on what you believe, aku percaya islam adalah agama yang Indah dan Cantik, hanya orang-orang yang "pandai" bercakap tanpa memahami dan mengkaji Islam sedalamnya membuatkan Islam jadi yang sebaliknya. Wallahuaklam.

Harap-harap lepas ni ko bleh faham. Wassalam.

pst : oh ya, ko tak rase ke gambar2 kat signature ko tu pun dah boleh tambah dosa ko? haram kan mendedahkan aurat? ke memang saje nak tambah dosa kering? ::icon_wink:: renung-renungkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam,

Tak perlu sebut selamat hari natal/depaavali/gong xi fatt chai dan sebagainya... sebut sahaja "Selamat" atau "Selamat Tahun Baru" bagi membalas ucapan mereka.

Share this post


Link to post
Share on other sites
well said wira4ace.

ryna168 & Miss UA, kalau sesuatu itu tak boleh surely ada sebab & sebab ini juga saya menjadi muslimah, bukankah Islam menggalakkan seseorang itu berilmu kerana tanpa ilmu senang ditipu. "IQRA". apa yang jelas sudah dijelaskan oleh wira4ace.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Perkara yang jelas & nyata xboleh dilakukan...nak berhujah panjang lebar pun, ianya takkan merubah perkara tu jadi boleh. Yup, Islam itu indah...sbb itu jgn bergantung pada fakta semata-mata.. Islam kerna didalami melalui Al-Quran. untuk lebih jelas lagi hukum mengucapkan Mer.. Chr.. / selamat H.. Nat.. tu, pergilah mana2 website agama seperti Jakim n utarakan soalan ni.. Rina pasti jawapannya tetap sama..Hukumnya Haram melainkan kita tukar ucapan tu ngan ucapan lain seperti selamat bergembira, selamat bercuti n sebagainya yg tiada berkaitan ngan istilah agama. Untuk lebih kesahihan, selalulah mendengar ceramah2 agama yang dianjurkan ditempat2 anda n utarakan perkara ni. Itu lebih baik bagi kita kerna mendalami n memahami kandungan Al-Quran itu mmg dituntut.

Kenapalah nak melenting bila berbicara soal hukum2.. Yang betul kita kongsi bersama.. bukannya nak mencari pergaduhan kerna jawapan yg dicari itu cuma 1.

Share this post


Link to post
Share on other sites
siapa pula yang melenting? saya pergi perkim they all cakap tak salah kalau "niat" hanya untuk wish. samalah yang macam wira4ace cakap. perkim juga menggalakkan kami pergi ziarah ibu-bapa & makan, minumlah sekali selagi halal & tidak mengikut upacara keagamaan mereka.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Yang aku hairan ler kan, ramai betul orang berhimpun berkerumun di lokasi-lokasi tertentu pada malam Chrismas Eve, minum-minum, joget-joget, sembur-sembur buih, walhal aku berani jamin ramai antara diorang tu bukannya penganut Kristian pun, habis balik rumah pi sembah Tua Pek Kong atau Guan Yu jugak. ::icon_rolleyes:: Hairan, hairan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
apa mau hairan, kalau ditanya nama semua nama english & mostly self-appointed ::icon_smile:: thaipusam pun mereka juga yang banyak. kalau Islam pun agama yang liberal surely akan banyak juga lah mereka ini semua dalam mosque. mereka ini semua mau happiness saja. halloween pun sama juga macam sudah menjadi perayaan mereka pula... saya selalu tergelak juga.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ChloeAgnew3 wrote:siapa pula yang melenting? saya pergi perkim they all cakap tak salah kalau "niat" hanya untuk wish. samalah yang macam wira4ace cakap. perkim juga menggalakkan kami pergi ziarah ibu-bapa & makan, minumlah sekali selagi halal & tidak mengikut upacara keagamaan mereka.


chloe...
rina tak cakap pun salah kunjung mengunjung...
rina pun dari family muamalaf..family sebelah ibu rina chinese..adik beradik ibu rina pun mmg chinese. Kami pun dibesarkan dalam family yg bercampur. walaupun dah convert, takkanlah kita nak buang family. Cuma cam yg chloe bgtau seperti kat atas tu..Selagi kita tak buat perkara yg menyalahi agama dan tidak mengikut upacara keagamaan mereka..Takda larangan untuk sama2 meraikan...cuma ucapan tu kena tukarlah..watlah ucapan selamat bergembira pun tak salah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ni panduan untuk kita yg Muamalaf ni Chloe.. ->ahli kitab yg baru masuk Islam dan keluarga masih beragama Kristien
Title:May I Celebrate Christmas With My Christian Mother?

Question
Dear brothers and sisters, as-salamu `alaykum. I am currently reverting to Islam. My mother is Catholic, my father Muslim, but does not practice. I have always celebrated Christmas even though I've never been Christian. I've read some advice that warns Muslims not to partake in other holidays, but if I don't, my mother will be very hurt. I am torn. Is it wrong to celebrate the birth of Jesus? We believe in him too, and exchanging gifts for the benefit of my mother and Christian friends does not mean that I adhere to a belief in the Trinity. Please respond; your advice would be greatly appreciated. Jazakum Allah khayran.

Date
24/Dec/2006
Name of Mufti
Ahmad Kutty

Topic
Customs & Traditions, Ties of kinship, Children & Parenthood, Da`wah to Non- & New Muslims

Answer
Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear sister in Islam, we are greatly impressed by your question, for it's related to the affairs of the new Muslims. We seize the chance to earnestly implore Allah from the depths of our hearts to lead all perplexed men and women to the light of Islam, the true religion of Allah. We welcome all our new Muslim brothers and sisters to the fold of Islam. Islam encourages the Muslim to have kind and compassionate relationship with his parents and all his relatives whether they are Muslims or non-Muslims. As a Muslim, you are encouraged to show all forms of kindness and mercy towards your non-Muslim mother. Let her see the true teachings of Islam as practiced by you and be a good ambassador of your religion.

Responding to the question, Sheikh Ahmad Kutty, a senior lecturer and Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, states:Islam is all for treating our parents, relatives and friends compassionately. As a Muslimah, it is your duty to be most gentle and kind to them, especially your parents. Allah says, (Keep their company with kindness in this world, and follow the path of him who turns to Me. Then unto Me will you return, and I shall tell you what you did.) (Luqman 31: 15)

Keeping good company of one's parents includes accepting their invitations, eating with them all foods that are permissible for us to consume, which excludes pork, intoxicants, and that which has been immolated to idols.You are allowed to participate in the festivities of Christmas or holiday seasons on condition that you abstain from specific religious rituals associated with them, if any. As Muslims we revere Jesus (peace and blessings be upon him) as one of the mighty messengers of Allah; we would have certainly celebrated the same, if only it had been a tradition established by Jesus and his authentic disciples. We certainly know that was not the case. It is all too
well known that celebration of Christmas was introduced into Christianity in the manner of the pagan cultic rituals prevailing in the lands that the Christians conquered and as such, it is not something to be cherished as an authentic Christian festival.

Muslims refuse to deify not only Prophet Jesus (peace and blessings be upon him) but anyone else for that matter including Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him). We believe in all prophets, and consider them all as preaching the same essential message: Do not worship any other gods but Allah.It would certainly be a good idea for you to broach this topic with your parents in one of their gentler moments.Lastly, continue to pray to Allah to open the hearts of your parents to the truth, for He alone guides (people) to Truth. Ameen.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku sokong pendapat wira4ace,apa yang dikatakan terang dan jelas,berserta hujah2 yang menyakinkan,Islam itu indah,jika kita menyempitkannya bagaimana kita nak menunjukkan keindahan serta menyebarkan kebaikan agama islam itu sendiri?
ramai diantara kita yang memetik hadis atau hujah sedangkan mereka tidak mendalami apa maksud hadis itu sendiri,semata2 untuk menguatkan lagi dakwaan mereka itu benar dan berasas = matlamat menghalalkan cara. yang mana aku rasa tidak patut...

P.S kepada rakan2 berbincang dgn tertib,jangan memperlekehkan sahabat walaupun pendapatnya salah atau berlainan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ryna168 wrote:Takda larangan untuk sama2 meraikan...cuma ucapan tu kena tukarlah..watlah ucapan selamat bergembira pun tak salah.
rina,sebelum ini anda dgn keras mengatakan walaupun memberi ucapan adalah salah...hmm nampaknya ayat anda memakan diri...namun saya tak salahkan anda...setiap kita lakukan kesilapan namun kita mesti jelas dan tegas dalam setiap perbuatan kita...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Rina xckp salah kita sama2 meraikan bro azloy.
cuma xleh cakap direct Mer.... Chr... tu jer.tukar ucapan tu ngan ucapan2 lain boleh. cuba tgk post2 rina sblm2 ni. rina xckp salah pun. Maybe ada yg salah faham ngan kata2 rina.

Kenapa lak nak kata ayat rina memakan diri.
Xfaham ngan ayat tu.. Apapun, kita berbicara secara baik & mmg kwn pun dlm ni. rina xnak melatah. Kalau ikutkan nak bicarakan soal hukum hakam, mmg semua org bagi pelbagai pendapat. kengkadang berdasarkan pendapat peribadi. Apa yg rina kongsi adalah apa yg rina tahu. segala kekurangan adalah dr diri rina. InsyaAllah.. kita sama2 belajar. Lepas ni, rina xnak komen panjang lebar lagi ttg isu ni. Xnak menyentuh sensitiviti sapa2 pun sbb bukan semua orang dapat menerima pandangan org lain dgn hati terbuka.

Share this post


Link to post
Share on other sites
komen rina dipelukan tak kesah la panjang or pendek

"sampaikan la walaupun dengan satu ayat" hadis nabi

insyallah
adelah yang paham tue
tak arinie,lusa, tak lusa , tulat, next month next year or next alam kot baru nak paham ::icon_razz:: ::icon_razz::


next month is valentine day,
ade sesiapa nak contribute/bukak thread pasal nie?
supaya umat islam/reader dalam putera nie tak terjebak ngan perkara2 yang boleh merosakkan iman..
(aku kurang info pasal nie)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...