Jump to content
Sign in to follow this  
Jedi

Ustaz Asri (Rabbani) meninggal dunia.

Recommended Posts

Innalillah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.



http://www.kujie2.com/isu-semasa/asri-rabbani-meninggal-dunia.html

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

al-fatihah..

takziah utk keluarga beliau dan rakan2...



pergi tak kembali..semoga usaha beliau diberkati..aminn

Share this post


Link to post
Share on other sites
jasa arwah menaikkan musik nasyid terus dikenang..

Al-Fatihah untuk arwah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku baru jer dapat email nih...dah ada siap kat forum...takziah pada keluarga arwah...

baru jer tgk citer konsert nasyid kat melodi ritu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tak sangka sungguh. Selama ni aku tengok arwah sihat je.
Rupanya dalam senyum ada dukanya.

Takziah kepada keluarga arwah.

Trivia: Satu masa dulu Raihan juga kehilangan seorang ahli kumpulannya, Azhari Ahmad, juga disebabkan serangan jantung.

Share this post


Link to post
Share on other sites
innalillah waa innailaaihirojiun....

al-fatihah....


P/S- anak soleh - lagu yang akan aku nangis kalo dengar

Share this post


Link to post
Share on other sites
laa....


Innalillah...


semoga rohnya dicucuri rahmat... ::icon_sad::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Masa Ramadhan, radio selalu putar suara dia.

'Alhamdulillah...alhamdulillah...Ramadhan kini tiba lagi...'

Lepas ni, takde lagi dah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Innalillah wa inna Ilaihi Rajioun.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

p/s. Syahdunye bile teringat die bertakbir raya. ::icon_neutral::

Share this post


Link to post
Share on other sites
al-fatihah dan takziah diucapkan..
sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara, yang nyata dan kekal hanya di akhirat sana..

semoga roh nya dicucuri rahmat..

amin~

Share this post


Link to post
Share on other sites
Innalillah..

Al-Fatihah untuk beliau.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Takziah untuk keluarga beliau

Share this post


Link to post
Share on other sites
innalillah...
terkenang segala tutur katanya lemah lembut...keindahan nyanyiannya yang menusuk kalbu memuji tuhan...
terigau-igau suarannya ketika melafazkan takbir raya...sesungguhnya beliau adalah idola yang tiada gantinya...
beliau sentiasa ikhlas dalam perjuangan untuk meluaskan syiar islam dalam lagu2 nasyid...
cekal ketika pernah disalah ertikan perjuangan menegakkan lagu2 dakwah mengikut muzik moden.
menginsafkan ketika suara beliau mengalunkan azan di kaca2 televisyen...
paling hiba sahabatnya berkata sebelum beliau meninggal,beliau mencari Al Quran...
Inilah permata yang paling tulen dan suci yang telah "Pergi Tak Kembali"

Al-Fatihah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ya lah, aku pun tengok MHI tadi..
Sedih dengar sahabat arwah pun masih tersedu-sedu masa panggilan telefon tu.
Sempat arwah minta al-Quran beberapa ketika sebelum Izrail datang memanggil.
Pastu sebelum arwah jatuh sempat menyebut "Allah".

p/s: Tabahnya isteri arwah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Itu bahagian dia...
macam mana pulak dengan bahagian kita nanti..?? ::icon_cry::

Sentiasalah berzikir kepada Allah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Al-Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn bersama org2 beriman..
aritu sempat gk aku tgk dia walaupn dr jauh.. bln 7 aritu kot.. dia dtg umah jiran pakcik aku kt kemaman sbb masa tu dia ada buat show kt sane..
nmpk ok je sehat.. x sangka lak..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...