Jump to content
slaughters

Penjelasan Gambar Siswi Muslim Memegang Babi & Anjing

Recommended Posts

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi

Posted on Monday, August 27 @ 21:21:01 MYT by greenboc

Oleh Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan '³desensitization '´ yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. Dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan '¶ kumpulan iniakan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selamaseminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar '¶ gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis '³mughollazoh '´ iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis '³mughollazaoh '´ tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis '³mughollazoh '´ kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air '³musta '²mal '´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan '±geli '² atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit '±geli '² apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaiankerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini '³tidak berjangkit '´ maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak '³berjangkit '´ jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. B itu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis '³mughollazoh '´ pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?

Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya 'Â¥ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah '³jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda '´. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan '³Tidak, kerana saya seorang Islam '´. Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.

Wallahua '²lam

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo . co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin

DVM, UPM

Disemak oleh,

Prof. Dr. Rasedee Abdullah

Pensyarah

Fakulti Perubatan Veterinar

Universiti Putra Malaysia

Dari blog isuhangat

imej-imej dari blalang

sila2 sape nak bagi komen..

Share this post


Link to post
Share on other sites

sorry la, tu bukan pandangan aku, aku copy paste aje tu, tu kan pandangan lecuter diorang tu.. lecturer UPM..

and.. aku rasa tak perlu ngko quote sampai camtu skali..........

Share this post


Link to post
Share on other sites

pegang anjing atau babi tidak haram. yang haram ialah memakan dagingnya. lepas pegang kenala samak dgn air tanah dan 6x air bersih sebelum ibadat (solat). tapi kenapa kita nak kata menghina agama?

yang haram ialah bila pegang tangan awek. lebih2 pulak berpeluk & bercium. tapi kenapa masyarakat kita tak anggap salah? sebab dah terbiasa agaknya! awek2 zaman sekarang ni siap boleh tunjuk gambar berpegang tangan/berpeluk dgn pakwe pada mak ayah dengan rasa bangga pulak tuu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

pegang anjing atau babi tidak haram. yang haram ialah memakan dagingnya. lepas pegang kenala samak dgn air tanah dan 6x air bersih sebelum ibadat (solat). tapi kenapa kita nak kata menghina agama?

yang haram ialah bila pegang tangan awek. lebih2 pulak berpeluk & bercium. tapi kenapa masyarakat kita tak anggap salah? sebab dah terbiasa agaknya! awek2 zaman sekarang ni siap boleh tunjuk gambar berpegang tangan/berpeluk dgn pakwe pada mak ayah dengan rasa bangga pulak tuu...

yea aku pun bersependapat macam ko jugak. binatang itu serte air arak memang tak haram kalu hanye menyentuh saje. yg haram bile masuk dalam mulut je. tak adelah sampai menhine islam. :D

cume zaman sekarang ni dah tak nampak pun kesalahan dari segi menyentuh awek2 yg bukan muhrim. macam dah satu perkare biase. padahal mende tulah paling teruk dari menyentuh babi. tapi tak jadi isu pun. persepsi telah diubah apabila budaya asing masuk tanpe batasan. renungkanlah. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

pendapat aku sama macam kawan kita .. pegang tak haram.. so peganglah.. n samak after pegang.

rasanya banyak lagi menda haram yg sengaja kita wat tak nampak.. mungkin bila soal babi , terus terasa jijiknya ,

dah dididik camtu dari kecik. tapie kalo berpeluk cium , pegang kucup tangan.. waa, romantiknya...

kalo terdedah badan sana sini.. wa .. seksinya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pendapat aku sendiri, mule2 memang la aku marah, tapi pas baca penjelasan.. ade sket a rasa betulnya..

cuma, kita memang dari dulu cepat melatah.. nak buat camner.. sesuatu yang baru bagi kita...

Share this post


Link to post
Share on other sites

haik wujub lagi mende pasal student veterinar pegang haiwan yang haram tu....

mende nie kalau dah nama student dan kerja cam tu.... kira kewajipan ler tu... pegang tu pegang gak tak salah

janji bersihkan diri semula... l... budak umur 6 thn pun tahu kat kelas fardhu ain... isk iskk...........

so sapa yang tak tahu.. amik amik la tahu... senang nak bagitau anak bini pasal mende nie....

*

aku sampai sekarang fobia ngan dog nie... pantang tengok nak lari.. pastu mula la dog tu kejar.. huhuhu....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Haha...ye ke topik ni dah bukak. Member aku student Vet kat UPM cakap dia pernah pegang babi, siap cakap ada amali kena masukkan tangan hingga pangkal siku ke dlm lubang punggung babi. Ayat dia cakap sebijik cam apa yg ko post di atas tu slaughters, patutla..rupa2nya ayat lecturer UPM punya template.. haha... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa masalahnya pegang babi atau anjing? Nak pegang, pegang la, pastu pepandai la samak. Penjelasan kat atas tu pun dah cukup clear. Kalau aku, aku tak nak pegang babi sebab geli, kena pulak bau dia pergh, menusuk kalbu. Tak pegang anjing sebab takut kena gigit. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

pegang anjing atau babi tidak haram. yang haram ialah memakan dagingnya. lepas pegang kenala samak dgn air tanah dan 6x air bersih sebelum ibadat (solat). tapi kenapa kita nak kata menghina agama?

yang haram ialah bila pegang tangan awek. lebih2 pulak berpeluk & bercium. tapi kenapa masyarakat kita tak anggap salah? sebab dah terbiasa agaknya! awek2 zaman sekarang ni siap boleh tunjuk gambar berpegang tangan/berpeluk dgn pakwe pada mak ayah dengan rasa bangga pulak tuu...

Aku juga setuju ngan pendapat ko.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

pegang anjing atau babi tidak haram. yang haram ialah memakan dagingnya. lepas pegang kenala samak dgn air tanah dan 6x air bersih sebelum ibadat (solat). tapi kenapa kita nak kata menghina agama?

yang haram ialah bila pegang tangan awek. lebih2 pulak berpeluk & bercium. tapi kenapa masyarakat kita tak anggap salah? sebab dah terbiasa agaknya! awek2 zaman sekarang ni siap boleh tunjuk gambar berpegang tangan/berpeluk dgn pakwe pada mak ayah dengan rasa bangga pulak tuu...

benda nie saje disensasikan.....mungkin mereka yg menyebarkannya..salah faham..

dia igt pompuan tu bela anjing n babi kot....padahal utk tujuan pembelajaran....

psl pegang tangan awek...mmg dh terang lagi bersuluh skrg...mereka ambik ringan pada perkara nie...

padahal hukumnyaHARAM.....tp mender2 camni tak disensasikannya plak? kenapa?

sbb mereka ambik ringan bab2 camni...tepuk dada tanya iman..NO OFFEND

Share this post


Link to post
Share on other sites

hek eleh..tu pon kecoh...pegang mmg la boleh....makan je yg xleh...lepas pegang samak la....apa daa~

Share this post


Link to post
Share on other sites

Haha...ye ke topik ni dah bukak. Member aku student Vet kat UPM cakap dia pernah pegang babi, siap cakap ada amali kena masukkan tangan hingga pangkal siku ke dlm lubang punggung babi. Ayat dia cakap sebijik cam apa yg ko post di atas tu slaughters, patutla..rupa2nya ayat lecturer UPM punya template.. haha... :lol:

ko biar btol... kalo lembu dia wat macam tu untuk detect pregnancy aku tau la.. babi dia tak wat mcam tu la..fakta salah tu..hehe.. aku pun rasa org kita ni fobia sgt pasal babi dan anjing ni..malah cepat wat conclusion tanpa bertanya. org tu amik gambar tanpa kebenaran dan menyebarkan "maklumat" yg selewang plak. bole kategorikan sebagai fitnah tak? apa hukumnya? kalo dia ada access kpd gambar tu maknanya dia bole tanya terlebih dahulu. saje..pandangan sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Erk, aku ada soalan, kenapa perlu selamatkan babi kalu sakit? Bukan ke akhir zaman nanti, babi akan dihapuskan (tah mane aku baca) ..

Satu lagi, pada yang suka katakan x salah pegang babi dan anjing, korang selalu pegang ke x? Kan mudah je .. bleh gosok-gosok, tido sesame .. garu-garu sket binatang tu .. lepas tu, samak je .. x susah kan?

"Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis '³mughollazoh '´ iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis '³mughollazaoh '´ tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis '³mughollazoh '´ kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air '³musta '²mal '´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya."

Pada orang Islam yang bela anjing kat rumah .. salah ke x? Dalil dah ada kat atas nih, dari pangkat Doktor tu .. lepas nih, bleh la bela babi ngan anjing kat rumah cam sesetengah orang Islam kat Malaysia nih .. :)

P/s: Tanya je ..

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

keluarga aku pernah bela anjing dulu, zaman 70an..2 eko, tapi xletak dekat umah..ada jarak yang telah ditetapkan oleh agama untuk bela anjing (jarak tempat anjing ngan rumah)..

anjing boleh dibuat binatang pemburuan oleh orang Islam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tengok gambar tu takda gaya tengah buat amalipun...

gaya tengah bermesra adalah...macam pegang kucing jer...

JM:disebuah kampung...seorang budak tengah berjalan2, tiba2 dia ternampak seekor babi..lantas dia mengejar babi itu dan memeluknya...bapaknya marah...dia pun jawab ...nanti saya cucilah..apa susahnyer...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Erk, aku ada soalan, kenapa perlu selamatkan babi kalu sakit? Bukan ke akhir zaman nanti, babi akan dihapuskan (tah mane aku baca) ..

Satu lagi, pada yang suka katakan x salah pegang babi dan anjing, korang selalu pegang ke x? Kan mudah je .. bleh gosok-gosok, tido sesame .. garu-garu sket binatang tu .. lepas tu, samak je .. x susah kan?

knape slamatkan babi kalo sakit? mereka bukan nak slamatkan babi la.. biasanya babi yg sakit akan diasingkan dan dibunuh. kos rawatan mahal sgt. abih tu knape sibuk sgt? sbb kawalan penyakit.. sesetengah penyakit zoonotik bermaksud ia boleh transmit dari binatang to human. bygkan kalo takde org islam yg pantau benda ni, nescya berleluasa la benda ni, itu la guna mereka blaja benda2 ni supaya kita yang lain tak perlu bimbang.

Binatang tu tak salah pegang..kalo kita amik ayam plak sbgai contoh..ko bawak gi tido ke? haha.. tak payah bimbang pasal selsema burung pun. soalan satu lagi, kalo ko nampak anjing terlekat kat pagar rumah ko nk tolong lepaskan ke tak? amik air panas je ke jirus? takkan la.. mungkin akan datang situasi tu in the future.. tak sape tahu.

Edited by genome

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tengok gambar tu takda gaya tengah buat amalipun...

gaya tengah bermesra adalah...macam pegang kucing jer...

JM:disebuah kampung...seorang budak tengah berjalan2, tiba2 dia ternampak seekor babi..lantas dia mengejar babi itu dan memeluknya...bapaknya marah...dia pun jawab ...nanti saya cucilah..apa susahnyer...

whuahaha.. aku pun ada tgk gambar budak engineer wat praktikal macam duk minum kopi kat kedai je.. macam manusia gak la, datang hospital terus dia inject ke? mana ada. hewan tu tak tau bercakap, kalo kita blaja animal behaviour, approach paling senang bila nak rawat hewan biar kita mesra dgn binatang tu, dah biasa baru dia bagi dekat bole pegang2. salah satu concept humane restraint of animal.

bagus btol budak tu.. kecik2 dah tau concept najis dan penyuciannya. tak sia2 hantar pegi skolah. siap bagitau ayah tu, sejuk perut mak dia mengandungkan dia. ayah dia mesti malu ni..

Edited by genome

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cuba lihat video ni :)

Hadis Sahih Muslim Jilid 1 No. 127.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya khinzir/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberianâ€

Edited by DarkWan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum WBT.....

ekekekke...panjang yea dr. tuh nak menjawab isu babi nih....tapi bagi aku, dier tak menjawab pun isu babi nih....isu nyer bukan tak boleh peluk babi ker, nak masuk tangan dalam buntut babi ker, nak lepas anjing tersepit ker...bla bla bla...bagi aku isu skang nih tentang sikap pelajar tuh yg boleh menyebabkan timbulnyer fitnah ke atas beliau sendiri....

yg aku baca dengar lah...kata gambar2 ni ader ader kat frensterlah....orang lain yg letaklah...orang sabotajlah...bla bla bla...aku sendiri pon tak tau maner betui..tapi kalo ikut penjelasan doktor tuh...pelajar tuh berkongsi gambar2 tersebut dengan sendiri nyer (betulkan aku kalu aku silap)...sekadar berkongsi pengalaman dgn orang ramai kononnyer.....

Mmg tak dipersoalkan , anjing babi tuh makhluk Allah, berdosa kalu kita menganiayainya walaupon binatang itu najis...tapi kalu dah binatang tuh najis, kenalah tahu cara dan adab bila kita nak berhadapan dengannyer....kalu dah dalam amali tuh mmg TERPAKSA pegang babi tuh takpa berlapik....bagi aku takpelah...go on....lepas tuh samaklah...

tapi kalu nak bergambar cam gaya nak bermesra ngan kucing jer...ekekkekek..ini yg masalah nyer...masuk plak dalam internet...sebab kita sumer pon tahu permahaman manusia nih sumer bukannyer same...nih yg timbulnyer fitnah nih....

katalah nak bergambar untuk diri sendiri pon...camana gambar nih boleh terlepas...sepatutnyer jadi tanggungjawab pelajar tuh kasi lock...solex berbetul untuk diri sendiri jer....nanti dah ader anak cucu boleh lah tunjuk....'cucu... babi nih ngan nenek..mana lagi cun?'..ekekekeke...tapi kalu sendiri yg tempek masuk internet...sendiri cari fitnah ler.....

bagi aku masa tengok gambar tuh...takder apa2 pon....kalu mmg diaorang betul2 ngah belajar ngan amali lah.....cuma bila bergaya gaya dengan babi tuh yg aku terkata sendirian tuh.....kalo nak bergambor pon lapik ler babi tuh dulu...kang apa plak kata orang kita nih...nanti kuar lah macam2 citer nih nanti....

so...kesimpulannya bagi aku...pelajar tuh 'kurang sopan' bila bergaya gaya shooting ngan babi tuh....tersebar plak masuk internet....famous giler babi tuh....babi punyer babi...wakakaka... :lol:

p/s: Mmg menurut dr. tersebut...'Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya'. Mungkin ader sebab yg munasabah dimana kita terpaksa berhadapan dengan anjing babi tanpa berlapik....tetapi tidak semesti kita meringan ringankan perkara tersebut kerana kedua duannya najis berat. Mengapa kita rasa kotor bila nak pegang ta*k wlaupun tu najis pertengahan tapi boleh bergaya dengan babi walaupon tuh najis berat? Takut bila kita ambil ringan....nanti ia akan jadi ringannn...ringannn....ringannn...ringannnn............. boleh pikir sendiri apa yg terjadi.

-justmy10sen-

Share this post


Link to post
Share on other sites

babi beranak ikut ponggong ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

babi beranak ikut ponggong ke?

takde la...dia kluar ikut vulva..masukkan tangan dlm punggung tu nak check dia punya uterus samada positive mengandung atau tidak, itu yang org wat dlm lembu la. babi tak wat macam tu..haha.. aku dah check ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...