Jump to content

Mr Ijan

Members
  • Content Count

    1601
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

0 Normal

About Mr Ijan

  • Rank
    Ahli Rajin

Contact Methods

  • Website URL
    http://
  • ICQ
    0

Profile Information

  • Gender
    Male
  • Location
    Depan Ko
  • Interests
    Updating IT knowledge
  1. Mr Ijan

    Snr Margin Drop

    Salam, memandangkan ada banyak pakar dalam topik ni, aku ada soalan mengenai SNR Margin ni. Ok, senario dia camni .. Package : 1 mbps. 1) Bulan lepas aku telefon 100 untuk adukan mengenai : a ) SNR Margin drop antara 0-7 dan kerap kali berlaku. b ) Speed yang agak tak best bagi aku .. 810 kbps (dengan harapan kalau godek2 cable ke, DSLAM ke, takpun port ke, mungkin boleh naik 950 kbps) . Sebelum ni, masa guna package 512 kbps, aku dapat 512 full speed. So, peningkatan hanya (810 - 510) = 300 kbps sahaja .. 2) Setelah 2 hari, technician upkan speed kepada 2 mbps . So, average dapat 1600 mbps. Ok, aku gembira sebab speed dah laju dan proses download aku akan best. Yup, torrent (VPN) dan download dari RS, MegaUpload, Microsoft, dan sbagainya lebih laju dari biasa dan maksimum boleh cecah 1600. Lagipun banyak lagi user lain yang berjaya ditambah speed lepas diorang buat aduan sebelum ni, so mungkin kes ni normal bila dapat lebih dari sepatutnya. 3) Tetapi, SNR margin drop lagi macam dulu. Turun ke 0-7 balik semula. 4) Aku telefon technician tu dan dia salahkan cable copper. Katanya, kawasan aku gunakan copper wire dan tak boleh terima speed lebih dari 1 mbps. Dalam website TMNET, jalan tempat tinggal aku boleh mendaftar sehingga 4 mbps. Detail lagi, jalan dengan nombor sekali boleh daftar package tu. Kalau paling teruk pun, 2 mbps sepatutnya. Anyway, aku diam, mungkin ada betulnya. So, katanya lagi untuk menyedapkan hati, dia dah tukarkan port aku kepada antara yang terbaik walaupun aku tetap demand pasal SNR margin yang memang dah berlaku masa 1 mbps lagi. So, aku teruskan proses mendownload aku. 5) Lepas sebulan, setelah masalah yang sama berlaku setiap hari, hari Rabu minggu ni aku telefon 100 yang aku tak berpuas hati dengan SNR Margin. Technician telefon pada hari Khamis dan katanya dia dah reducekan speed dan takkan ada problem lagi katanya dan terus tutup report. Dan beliau salahkan copper wire dan speed yang aku dapat 1.6 mbps. Memandangkan masa dia telefon tu, SNR Margin mencecah 26, so aku kata ok. Malang sekali lepas 2 jam, SNR Margin down balik hingga 3-7 kbps. 6) Semalam, aku telefon balik 100, dan mintak diorang buka balik report. a ) Operator yang pertama - detect SNR 6 - resert port dan SNR naik ke 26 - cadangkan kat aku supaya pantau dan report balik kalau berlaku lagi, katanya lagi, dia remark bukti SNR 6 tu dalam sistem - lepas 2 minit aku tutup telefon, dari 26 turun balik 7 . Aku telefon lagi .. b ) Operator yang kedua - detect SNR 7 - dia open report lepas aku cakap yang aku baru lepas telefon . 7) Hari ni, technician tu down kan balik speed aku kepada normal 1 mbps. Ok, aku tak boleh cakap apa la kan, benda orang kasi free tapi tak reti nak jaga, tapi masalah aku ni dah bermula dari masa 1 mbps lagi, bila pula nak baiki ni? Kalau jadi lagi, nak salahkan copper wire lagi? Awal tahun ni, boleh je SNR margin aku kekal antara 20-24 .. walaupun aku dah berkali2 demand pasal SNR Margin ni, tak pernah pulak diorang ni ambil kira dan faham yang benda ni dah jadi masa 1 mbps lagi .. bukannya masa dapat 1.6 kbps tu .. Sila berikan cadangan dan komen anda .. yeah, karangan yang agak panjang .. Note : SNR margin yang rendah menyebabkan kadang-kadang modem restart balik, so mengganggu masa download dan kena restart balik .. untuk surf internet pun macam lambat sket ..
  2. Assalamualaikum, berikut adalah soalan kepada permasalahan yang sedang berlaku kepada warga Politeknik setelah sekian lama, soalan ini telah ditujukan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi melalui ruangan warkah untuk PM sebulan yang lepas : Berikut pula adalah jawapan dari unit yang dipanggil BPKP(Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar) yang baru diterima pada hari Jumaat yang lepas .. cukup simple dan cukup menarik untuk tatapan .. Persoalan yang telah dikemukakan tidak dijawab dengan tepat dan keluar daripada skop perbincangan. Begitu mudah sekali jawapan mereka yang digelar sebagai penjawat awam yang telah diberikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia dari segi pendidikan dan kebajikan pelajar . Sama ada mereka tidak memahami soalan ataupun sengaja mengelak untuk menjawab keseluruhan soalan. Apakah ini jawapan yang biasa digunakan apabila berhadapan dengan ibu bapa dan juga pelajar-pelajar Politeknik ini yang telah dinafikan hak ke IPTA? Berapa lamakah perkara ini telah berlaku dan berapa ramaikah graduan Politeknik yang telah digagalkan untuk ke IPTA hanya semata-mata mereka bergelar warga Politeknik? Apa gunanya apabila mendapat keputusan cemerlang tetapi dihadkan kemasukan ke universiti-universiti teknikal? Sekiranya benar universiti yang bukan asalnya daripada bidang teknikal adalah benar-benar untuk yang terbaik dan cemerlang, mengapa pula terdapat para pelajar dari jurusan lain yang hanya mendapat CGPA 2.9 ke bawah di sana? Sekiranya benar pelajar politeknik perlu melalui sesi persaingan dengan pelajar STPM dan Matrikulasi, mengapa pula pelajar Politeknik yang mendapat CGPA 3.3 ke atas tidak mendapat tempat manakala pelajar STPM/Matrikulasi yang mendapat bawah CGPA 3.0 diberikan tempat malah dalam pemilihan pertama? Aku tidak menghadapi masalah dengan pelajar STPM/Matrikulasi tetapi sepatutnya pemilihan dilakukan secara adil dan berdasarkan merit. Bukan sahaja pelajar Politeknik yang tertindas, malah peluang bagi pelajar-pelajar diploma swasta dari kolej yang diberikan akreditasi LAN dinafikan juga hak mereka malah adalah lebih teruk dan terus tertutup. Di mana meritokrasi yang diperkenalkan suatu ketika dulu yang dikatakan adil dan saksama dan lebih baik dari sistem kuota orang Melayu? Benarkah ia adalah adil dan bukankah atas kerana ia adalah kerjasama politik di mana Matrikulasi dipelopori orang Melayu dan STPM dikuasai orang bukan Melayu? Maka tidak ada lagi rungutan yang sering didengar kerana ia adalah dapat menyeimbangkan komposisi kaum di universiti. Tetapi sekiranya benar perlunya persaingan yang adil, apakah CGPA 3.5 pelajar Politeknik tidak layak untuk disamakan dengan pelajar STPM/Matrikulasi yang hanya mendapat di bawah CGPA 2.8? Mengapa pelajar jurusan tersebut tetap diutamakan? Malah pelajar politeknik ini hanya layak ditimbangkan untuk pengambilan kedua. Apakah rasional di sebalik perkara ini? Setujukah anda dengan tindakan ini? Bolehkah anda menerima sistem yang digunapakai pada masa kini? Anda tidak berpuas hati? Mempunyai cadangan lain? Untuk itu, adalah diharapkan kepada mana-mana warga Politeknik dan juga rakyat Malaysia yang prihatin dengan permasalahan ini sama-sama membantu aku untuk menyediakan satu jawapan balas yang lebih baik, bermakna, dan formal untuk dihantar kepada pihak Kementerian tersebut dalam masa 1-2 minggu ini kalau boleh.. Sekian, terima kasih P/s: Aku memerlukan e-mail mana-mana pertubuhan parti politik, NGO, pertubuhan pelajar, media, atau mana-mana individu yang aktif di dalam pendidikan untuk dihantar salinan jawapan dan meminta mereka untuk menilai permasalahan ini . Kepada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Seluruh Malaysia, diharap anda sedia maklum mengenai perkara ini, dan diharap mula bertindak membantah ketidakadilan ini. Sebarang pertanyaan dan aduan, sila kemukakan kepada [email protected] . Kerjasama anda adalah amat dialu-alukan. "Berani kerana benar, perjuangkan hak anda"
  3. Mr Ijan

    Daging Landak

    Salam semua, Apakah landak boleh dimakan? Bukan ape, tetiba je abang aku ni balik ngan daging landak suh masak makan sahur pagi nanti .. jadi apekah pendapat tuan2/puan2/cik2? Terima kasih
  4. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga politeknik kat sini saya sebagai bekas warga politeknik ingin membantu bekas rakan-rakan yang telah tamat kursus dan telah menyambung ke IPTA/IPTS yang menghadapi masalah : 1) Perpindahan Kredit di IPTA/IPTS. Tidak diiktiraf meskipun ada 80% persamaan modul. 2) Subjek semasa kursus sijil tidak diiktiraf untuk perpindahan kredit dan hanya semasa di kursus diploma(Integrasi) sahaja diiktiraf. Apa yang anda perlu buat ialah : 1) Sertakan *nama anda, kursus yang disertai dan institusi pengajian tinggi yang disertai. 2) Nama modul, kod modul yang tidak dapat dipindahkan dan nama serta kod modul yang telah diambil di politeknik. Sila sertakan nama politeknik anda juga. 3) Siapa yang telah anda rujuk permasalahan ini? Sila nyatakan permasalahan anda ini secara ringkas. 4) Alamat e-mail untuk dihubungi. * Maklumat anda adalah rahsia. Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi perlulah memberikan bukti-bukti yang sahih agar mudah untuk saya menyerahkan maklumat ini kepada pihak berkenaan. Ini adalah aduan secara tidak rasmi. Saya telah mendapat maklumbalas positif dari pengurusan Politeknik di mana mereka bersedia untuk membantu para pelajar politeknik untuk menyelesaikan permasalahan ini. Untuk itu, sila hantarkan maklumat/maklumbalas anda ini ke e-mail : [email protected] Sekian, terima kasih P/s: Pelajar politeknik dipinggirkan, tidak diiktiraf .. salah siapa?
×
×
  • Create New...