Jump to content
Datuk_Seri

Proton Sedan

Proton Sedan 2007, Pendapat anda??  

48 members have voted

  1. 1. Pendapat anda??

    • Bagus, berkenan jugak...
      20
    • Tak bagus, satu lagi projek malas Proton (Cut and Paste)
      21
    • Mintak maaf, saya lebih percaya jenama lain (dlm atau luar negara)....
      4
    • No komen...
      3


Recommended Posts

Assalamualaikum..

inilah gambar model terbaru Proton yang akan dilancarkan pertengahan Ogos 2007 ini.. Pendapat anda?

Assalamualaikum...

pic05844od8.gif

pic32702kd4.gif

pic11008ym7.gif

pic14989am7.gif

pic32609zg7.gif

Edited by Datuk_Seri

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebahagian daripada perubahan pada proton baru (sedan) jika dibandingkan dengan gen.2 :-

1) pintu - door lock mechanism telah di "improve"

2) oil sum - ketebalan ditambah & bentuk telah diubah agar tidak mudah retak

3) power window - glass guide & run channel telah di "improve"

4) strut depan - telah di tambah gasket antara strut & body

5) glove box - telah ada dlm proton baru

6) ruang kepala (belakang) - telah di tambah ketinggian sebanyak lebih 4 cm

7) alarm & central locking - battery upgraded & ubah alarm module

cool air cond - filter dah tukar design baru

9) bau dari luar - lokasi actuator telah diubah

10) boot belakang / trunk - telah ada kunci

Proton fix bug kat certain area..

Share this post


Link to post
Share on other sites

proton gen-2 sedan..

kalo dari dulu diorang buat sedan aku rase ok la kot........kalo skang nih no komen.......tunggu 200 bookers tu dah pakai tengok ape citer.kalo same je problemnyer..tak tak perlu kate ape2 leeee..............brape reger?

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tgk mcm Gen.2 ja. tgk kualiti la camana. tgk enjin, dalaman...kalu mcm Myvi Sxi, enjin DVVT, airbag, ABS, EBD, spoiler...kalu ada smua ni ok la. tp kalu mcm yg biasa ja tu, x best la. proton xnak kluarkan MPV ka? mcm avanza tu, tak pn innova...kalu gaya sedan, tak muat family aku..

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg pojek malas pun.. kalu model baru, model barulah.. ni model upgrade je. bini aku pki gen2, aku pki toyota camry.. kete bini aku yg baru beli 1 bulan dah mcm 1 setahun pki.. kete baru tu.. toyota camry aku yg bertahun pki pun lagi bagus performance dia.. bukan aku nk kutuk ke apa, tp itulah kenyataan.. kalu model baru, bebetul barulah.. design baru, interior baru.. ni tak, dpn ambik model ni, belakang ambik model ni..pastu cantum.. mcm tu kata model baru?? wake uplah... aku tau ramai designer proton yg bg idea bernas, tp ada 'orang' kat dlm tu takmo timer idea diorang ni... aku tau sbb adik sepupu aku keje kat proton kat Hicom tu... :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aduh la korang nie..

kalo korang baca nie..

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy 100% body dibuat di Malaysia .

Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton. Milik Malaysia .

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..

Inilah susah orang kita ni. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya.. Memang pada mulanya kita belajar selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri.

Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia. Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Contohnya Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu In fact. Kukuh. Saudara saudari Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA) Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju.

Ye la siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua bekas Proton, Head of Styling bekas Proton, Head of Planning bekas Proton, Head of Production bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them orang lain ambil cara senang je. Naza pulak.. Head of R&D .bekas Proton. Head of Production bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan Head dia pun bekas proton, Inokom head dia pun bekas proton. Itu kira head je bukan lagi kira engineer dan designer.

So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So orang Proton tak bagus? Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa.

Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau ?

Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara berapa banyak kaki tangan Proton 8000.

Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0 Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai. Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu.

Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D.

Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung. Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara

Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh

Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.

Korea cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea susah. Sebabnya

1. memang mereka patriotik.

2. Cuba pakai kereta import Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.

Jepun Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli.

Cuba kat Malaysia . Kutuk lagi ada. Saudara semua kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri.

The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju.

Proton baru 20 tahun.

Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini.

Jepun sudah 80 tahun,

Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta.

Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..? Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan. Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka kenapa kita tidak boleh.

Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.

Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.

India nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan.

Cuba masuk kat Korea Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang.

Kita apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya. Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German. Bukan tak boleh buat. Boleh tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia .

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional

Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton.. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen proton.

Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear swith to auto. Nak main ciluk-ciluk switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?

ps: dipetik dari luahan engineer proton

apa plak pendapat korang ?

Edited by slaughters

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cintailah Barangan Buatan Malaysia

Sokonglah kereta Nasional. Biarlah apa orang nak kata.

Kereta proton takde kualiti ke, tak sama macam kereta import ke.

Janji rakyat Malaysia yang guna. :rolleyes:

Tapi setiap tahun proton mengorak langkah.

Cuba korang bandingkan rekabentuk proton Saga (tahun 1985) dengan Gen 2 sekarang.

Jauh giler beza. Kira ada peningkatan la tahun demi tahun.

Janganlah banding kereta tempatan dengan kereta negara luar contoh Jepun dan barat.

Mereka dah establish lama dah.

Kalau kita tak sokong barang kita sendiri. Sape lagi ?

Nak suruh pekerja Indonesia dan pekerja asing datang beli kereta ni.

Huhu.. lawak betul la.

Dah persepsi orang Malaysia ni, kalau cakap tentang kereta keluaran Proton.

Kurang kualiti la.. itu la, ini la.. bla.. bla.. bla...

Kutuk je lebih. Bukan dia nak bantu.

Bagilah pandangan dan cadangan bernas, barulah boleh maju.

Ingat jalan mesti ke depan, bukan ke belakang.

-- Iklan tu guna kereta ape yek ? --

Ubahlah persepsi anda terhadap kereta tempatan ni.

Dah 50 tahun merdeka.

Tak tahu nak kata apa lagi.

Berusaha untuk terus maju.

Itulah pandangan dan pendapat aku.

Sekian.

Share this post


Link to post
Share on other sites

patriotik? barangan buatan malaysia? sudahlahhh... BUKTIKAN pada aku slaughters, hairulfadly, datuksri, ahli putera, ENGINEER PROTON tuu bahkan sume rakyat Malaysia, BUKTIKAN pada aku yg korang suma gunakan 100% barangan buatan malaysia?? buktikan?? sudahla.... toksahlah nk cakap pasal patriotik ke apa sume.. kalu bebetul proton nak maju, beranikan diri nak terima kritikan, tomahan dan NYALAKKAN dari orang sendiri.. kalu ngomel je tak tentu pasal, takyah buat kereta.. buat basikal ke lagi bagus.. rakyat nakkan pembaharuan, bukan sokongan yg childfish!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

patriotik? barangan buatan malaysia? sudahlahhh... BUKTIKAN pada aku slaughters, hairulfadly, datuksri, ahli putera, ENGINEER PROTON tuu bahkan sume rakyat Malaysia, BUKTIKAN pada aku yg korang suma gunakan 100% barangan buatan malaysia?? buktikan?? sudahla.... toksahlah nk cakap pasal patriotik ke apa sume.. kalu bebetul proton nak maju, beranikan diri nak terima kritikan, tomahan dan NYALAKKAN dari orang sendiri.. kalu ngomel je tak tentu pasal, takyah buat kereta.. buat basikal ke lagi bagus.. rakyat nakkan pembaharuan, bukan sokongan yg childfish!!

cakap besar mamat nieh.. lupa daratan..

bodoh betul.

otak singkat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sekurang-kurangnya kita mencari formula bagaimana nak jadikan 99.99% kepada 100%.

Siapa 'orang dalam' yang tak mahu dengar idea bernas daripada designer Proton tu En Zaki ?

Cerita sikit.

Kami nak dengar jugak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

lantak la die tu.. lagi takleh terima teguran dari proton. ( entah2 same je keras kepala dengan pihak atasan proton tu )

kalo pandai sangat, berbicarala cara betul...

BODOH !

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

aiseh... en zaki.. relaks2 arr.. thread ni nak membincangkan pasal model baru tu.. kalu en zaki tak suka, klik je poll untuk kontra punya... jgn gaduh2..

Assalamualaikum...

p/s: kalu parah sangat, aku closed je lah thread ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

aduh la korang nie..

apa plak pendapat korang ?

abis tu, nak tunggu 40 tahun, 80 tahun n 100 tahun macam dorang jg ka? dulu2 memang la susah nak membangunkan industri ni, teknologi pun, teknologi dulu2.

sekarang ni, kita bukan lg hidup dgn teknologi dulu. memang bukan senang nak maju, bukan ambil masa yg singkat. kalu aku tak silap, dulu toyota pun guna cara 'meniru' utk cipta produk sendri.

dulu masa nak ambik kreta, aku ada 3 pilihan, 1st proton, 2nd perodua n 3rd toyota. kat proton aku tertarik dengan Gen.2 n waja. w.pun aku ada dgr yg kurang baik ttg kreta proton tp aku nak jg. aku dah p tgk kreta kat wakil jualan di KK, dah masuk dlm kreta..tp malangnya pekerja kat wakil jualan tu tak frendly langsung...

aku harap proton dapat jadi lebih maju

Share this post


Link to post
Share on other sites

mcam klon GEN2...:(

versi perodua sedan ok x..ala2 subaru...tp proton aku prefer wira SE

Share this post


Link to post
Share on other sites

pendapat aku lak;

body-perdana

depan-gen2

belakang-gen2 tp kalo tgk dr tepi cam vios lak

~bagus tp x berkenan :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku dah serik pakai kerete proton walaupun nak keluar model baru. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak payahlah korang nak kutuk.

Ini memang pun kereta Gen2 yg telah disedankan. So.. ini memang kereta gen2.

Bagi aku ok apa...... dan sesuailah untuk peminat kereta sedan. Macam juga kereta iswara dengan iswara aerobeck. Iswara Aerobeck tu cuma kereta iswara yg di kontotkan bonetnya. Dan sama juga Wira dan Wira Aerobeck.

Jadi... takde salahnya ngan Gen2 Sedan. Cantik....!!!

Aku dah tau Proton nak buat Gen2 sedan dah lama dah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

cantik siot...

klu dari jenama lain pasti korang berebut nak beli....hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

abis tu, nak tunggu 40 tahun, 80 tahun n 100 tahun macam dorang jg ka? dulu2 memang la susah nak membangunkan industri ni, teknologi pun, teknologi dulu2.

Ape kejadah ?

Ngko lahir2 terus boleh bawak kete ke ?

Ni mesti kes tak baca abis nie. Baca yang aku bold kan aje tu..

Then tau nak memekak aje.

sekarang ni, kita bukan lg hidup dgn teknologi dulu. memang bukan senang nak maju, bukan ambil masa yg singkat. kalu aku tak silap, dulu toyota pun guna cara 'meniru' utk cipta produk sendri.

ape ko cakap nie ?

dulu masa nak ambik kreta, aku ada 3 pilihan, 1st proton, 2nd perodua n 3rd toyota. kat proton aku tertarik dengan Gen.2 n waja. w.pun aku ada dgr yg kurang baik ttg kreta proton tp aku nak jg. aku dah p tgk kreta kat wakil jualan di KK, dah masuk dlm kreta..tp malangnya pekerja kat wakil jualan tu tak frendly langsung...

aku harap proton dapat jadi lebih maju

Apelak kaitan dengan wakil jualan ? takkan kerana wakil jualan buat perangai, ngko nak kata PROTON tu BODOH ?

At least MALAYSIA ade "CUBE" hasilkan sesuatu, dari tak buat ape2..

Tau la ngko tergolong dari golongan yang ada kuasa membeli yang tinggi.. Tapi fikirla diri sendiri tu sape sebelum layak nak kritik PROTON ?

Buruk2 PROTON dari mata korang pun, diorang dah cuba jadi yang terbaik.. diorang tu bawa nama Malaysia.

Kalaupun Pihak pengurusan atasan PROTON bermasalah, adakah kesemua orang2 dalam PROTON tu bermasalah ?

Engineer dalam PROTON tu lagi bodoh pada kita ke ? Diorang pun ade perasaan gak. Same aje. At least diorang dah buat sesuatu, untuk naikkan nama negara.. dari duduk kat tepi menyindir tak tentu pasal.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...