Jump to content
PerWaris

Ingin Mencari Sesiapa Yang Berminat Dengan Perniagaan Amanah Saham (un

Recommended Posts

salam,

Untuk sesiapa yang berminat, boleh lah hadirkan diri.

Programme: BUMIPUTERA BUSINESS OPPPORTUNITY PREVIEW (Public Mutual)

venue : Hotel Vistana, PNG.

Time : 7.30pm-9.30pm

Share this post


Link to post
Share on other sites

en.amirul...sy mcm berminat nak masuk unit trust ni....dekat jb ade buat x...kalau ade plz email me at [email protected]

bagi ngan dia punye detail2 nak jadik agen skali ae...timakaseh...

ok sy dah reply

sy desperately perlukan agen di JB becoz sy punya downline yg fulltime dah pindah ke terengganu..now, i kena handle potential client di sana sendiri

kalau u berminat, i fully welcomed you. lets joint me.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kesan Kenaikan Harga minyak adalah bersifat global

Inflasi menggigit nilai matawang kita

RM 250000 EPF akaun 1 akan bersamaan RM 25000 pada 10-20 tahun akan dtg..

Unit Trust Investment boleh membantu anda menambahkan nilai matawang anda dlm jgkamasa 3-5 tahun shj.

pikey2 kan la :rolleyes:

KLCIChart.png

Tinjauan Pasaran: Aliran urus niaga menurun berikutan harga minyak naik

Oleh Kaladher Govindan

SAHAM Bursa Malaysia minggu lalu melanjutkan aliran menurun di sebalik pembetulan mendadak di pasaran utama Asia berikutan peningkatan harga minyak kepada rekod tertinggi baru.

Ia juga dipengaruhi kerugian dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) bagi empat minggu berturut-turut, tetapi dikurangkan pantulan indeks utama stok perladangan utama.

Untuk minggu baru berakhir, KLCI susut 19.22 mata atau 1.5 peratus kepada 1,229.35 manakala purata jumlah dagangan harian purata menyusut kepada 436.9 juta saham, berbanding 515.4 juta saham minggu sebelumnya.

Minggu lalu, kerajaan berusaha memberi kelegaan kepada rakyat dengan mengumumkan tidak akan berlaku kenaikan harga minyak tahun ini selepas peningkatan mendadak bulan ini.

Sekiranya harga minyak mentah terus meningkat, ia tidak memberi kesan baik kepada negara apabila kadar subsidi yang lebih tinggi akan memberi kesan terhadap kuasa berbelanja bagi projek pembangunan dan meningkatkan bajet defisit negara.

Situasi itu akan menjadi semakin teruk sekiranya harga minyak mentah kekal dalam aliran meningkat dan kesukarannya untuk menurun, memungkinkan negara berdepan satu lagi peningkatan harga tahun depan.

Kebimbangan ini tidak terhad di negara ini saja apabila Menteri Kewangan daripada Kumpulan Negara Maju membuat kesimpulan dengan mengenal pasti peningkatan harga makanan dan minyak dapat menggantikan kekangan kredit yang menjadi ancaman terbesar terhadap ekonomi dunia.

Tekanan inflasi adalah kebimbangan utama bank pusat di seluruh dunia ketika ini dan tindak balasnya adalah berbentuk mengukuhkan monetari yang menyaksikan kadar faedah menuju ke arah menaik di skala global, termasuk Malaysia menjelang akhir tahun.

Bank pusat menyifatkan tekanan inflasi semasa dipacu isu berstruktur yang berkaitan dengan keadaan bekalan dan bukan permintaan.

Kini, pasaran melihat kepada pembuat dasar Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menangani situasi itu dan menaikkan kadar faedah. Jangkaan peningkatan kadar faedah dan pengukuhan dolar AS akan memberi kesan negatif kepada pasaran sedang membangun, termasuk Malaysia apabila dana akan disalurkan kembali ke AS.

Daripada segi tinjauan teknikal, pembetulan mendadak tiga peratus dalam saham AS Jumaat lalu berikutan rekod kenaikan harga minyak mentah dan data pengangguran melebihi jangkaan yang menyumbang kepada inflasi, kebimbangan kemelesetan ekonomi dan tekanan pasaran tempatan Isnin lalu, menghapuskan pantulan kuat pada Jumaat sebelumnya.

Bagi aliran Indeks Pergerakan Aliran (DMI) untuk 14 hari, penunjuk aliran mengukuh dengan perluasan - DI dan +DI, peningkatan ADX yang menghampiri tanda untuk mengesahkan aliran menurun.

Kesimpulannya, pergerakan berterusan ketika ini pada penunjuk teknikal untuk KLCI, mengukuh dengan diskaun dua digit pada pasaran hadapan bagi bulan ini.

Pelabur boleh menjangka lebih banyak tekanan ke bawah bagi pasaran saham tempatan untuk minggu akan datang.

Percubaan pengukuhan semula seterusnya pada 1,214 mata, mewakili 61.8 peratus Fibonacci Retracement (FR) pada 5 Jun lalu, dijangka sama minggu ini.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bro,.. aku semalam baru dapat surat dari Amanah Raya Berhad... statement untuk taxable income untuk PIDF Public Bank unit trust nie. So, nak tanya sikit lah... statement tunjukkan yang financial year ended April 2008, so dia declare untuk tahun 2008 lah yek...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bro,.. aku semalam baru dapat surat dari Amanah Raya Berhad... statement untuk taxable income untuk PIDF Public Bank unit trust nie. So, nak tanya sikit lah... statement tunjukkan yang financial year ended April 2008, so dia declare untuk tahun 2008 lah yek...

next year, kena masukkan statement tue dlm dalam EA form. :blush:

Edited by cottage

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tinjauan Pasaran: Pelabur runcit dijangka ambil peluang jual pegangan

PASARAN saham dijangka diniagakan dalam jajaran sempit antara 1,225 hingga 1,238 hari ini susulan sikap berhati-hati pelaburan berikutan ketiadaan petunjuk baru.

Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputra (Pribumi), Zainal Ariffin Osman, berkata pasaran tempatan akan terus dipengaruhi pergerakan bursa saham utama global, khususnya Wall Street.

“Dalam ketiadaan petunjuk baru, pasaran tempatan akan menjejaki aliran turun-naik Wall Street.

“Sebahagian besar pelabur khususnya pelabur runcit akan mengambil peluang untuk menjual pegangan mereka pada setiap kenaikan pasaran,†katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, kebimbangan utama pelabur global kini adalah kemungkinan Amerika Syarikat (AS) akan menaikkan kadar faedah bagi membendung inflasi.

“Kebimbangan mengenai peningkatan tinggi kadar inflasi dan kesannya ke atas pertumbuhan ekonomi adalah punca utama menjejaskan sentimen pelabur.

“Pelabur global kini menjangka AS akan menaikkan kadar bagi menyerap kesan inflasi ekoran harga minyak mentah yang kekal tinggi, sekali gus memberi kesan negatif kepada pasaran dalam jangka pendek,†katanya.

jangka pendek sahaja..bukan jangka panjang :blush:

Semalam harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah ekoran tekanan jualan pada saham wajaran tinggi terpilih.

Saham syarikat berkaitan kewangan utama menjadi peneraju saham rugi selepas pelabur mengurangkan pegangan mereka disebabkan kebimbangan kenaikan inflasi dalam negara akan membawa kepada pertumbuhan pinjaman yang perlahan serta pinjaman tidak berbayar yang lebih tinggi.

bond fund will be affected :o

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 10.30 mata atau 0.83 peratus untuk ditutup pada 1,227.76 selepas dibuka 0.19 mata lebih rendah pada 1,237.87.

Saham rugi mengatasi saham untung pada 401 berbanding 227 manakala 237 kaunter tidak berubah, 543 tidak didagangkan dan 29 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 312.579 juta saham bernilai RM700.760 juta berbanding 387.319 juta saham bernilai RM867.207 kelmarin

Owwh.. camtu ek. Thanks.

Bro, Nanti aku ajar ko camna nak fill in dlm EA form next year k.

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam ,

bro etiqa, nak tumpang sekaki kat sini, :unsure:

masih terbuka kepada sesiapa yg mahu membina kerjaya(part time @ full time)

dan membuat pelaburan bersama public mutual

untuk maklumat lanjut

Click here!

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam ,

bro etiqa, nak tumpang sekaki kat sini, :unsure:

masih terbuka kepada sesiapa yg mahu membina kerjaya(part time @ full time)

dan membuat pelaburan bersama public mutual

untuk maklumat lanjut

Click here!

ko punya blog is interesting bro..but dalam peraturan syarikat, salah bro create any blog without company & SC approval..

sorg downline aku dulu receive warning letter..nasib baik tak terminate.

anyway, goodluck bro. :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kemelut politik semasa tidak pengaruhi bursa

PENJELASAN: Nor Mohamed (tengah), Yusli (kanan) dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

KEADAAN politik semasa susulan kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee bahawa partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak akan memberikan kesan yang ketara kepada pasaran saham, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau menegaskan, asas ekonomi Malaysia yang kekal mantap dengan prospek pendapatan syarikat senaraian awam yang kukuh akan membantu merangsang urus niaga di Bursa Malaysia.

Isu membabitkan SAPP itu juga, katanya, adalah kecil dan tidak akan merubah sebarang dasar serta corak pemerintahan negara.

"Selain memiliki ekonomi yang kukuh di sebalik keadaan tidak menentu dalam ekonomi global, Malaysia juga memiliki syarikat dengan prospek pendapatan yang baik dan mampu menyediakan rangsangan berterusan kepada pasaran ekuiti tempatan.

"Tidak ada isu ketidaktentuan politik dalaman negara walaupun SAPP tidak sokong. Mereka hanya satu kumpulan terlalu kecil untuk mewujudkan masalah kepada (pentadbiran) kerajaan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Pasaran Modal Islam 2008 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada penurunan pasaran tempatan sejak kelmarin dijangka berterusan berikutan tanggapan sebahagian pelabur bahawa tindakan SAPP itu akan mewujudkan ketidakstabilan politik tempatan.

Pada penutup urus niaga kelmarin, penanda aras utama Bursa Malaysia, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) jatuh 15.17 mata kepada 1,212.59 mata.

KLCI meneruskan arah aliran penyusutan itu semalam apabila menyusut 16.20 mata berikutan jualan berterusan oleh pelabur berikutan kebimbangan keadaan politik dalaman serta kelemahan pasaran utama khususnya di Amerika Syarikat.

"Saya tidak nampak banyak masalah atau cabaran dihadapi Bursa Malaysia berdasarkan ekonomi kita dan prestasi syarikat senaraian awam.

"Penyusutan pasaran saham tempatan ketika ini adalah lebih dipengaruhi oleh pergerakan pasaran global kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada pasaran kewangan antarabangsa. Justeru, ia juga tidak terkecuali dari menerima kesan negatif dari perkembangan di seluruh dunia.

"Saya yakin kelebihan kedudukan ekonomi negara yang dicapai sejak 50 tahun lalu akan terus memberi kelebihan sebagai sebuah sistem ekonomi yang fleksibel untuk menghadapi sebarang cabaran," katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata kegiatan jualan di pasaran kelmarin dan semalam adalah reaksi spontan pelabur berikutan timbul isu di luar jangkaan.

"Keadaan itu normal kerana pelabur memberikan reaksi spontan dengan menjual secara mendadak, sementara menunggu berita dan petunjuk baru sebelum membuat keputusan pelaburan.

"Saya berharap pelabur memberikan tumpuan kepada kedudukan asas kewangan syarikat senaraian awam dan ekonomi negara dan bukannya berita spekulatif," katanya

p/s: Market drop is common..It is not forever

Share this post


Link to post
Share on other sites

5 RULES INVESTING IN UNIT TRUST

RULE 1 : STAY INVESTING 3 - 5 YEARS

RULE 2 : APPLY DOLAR COST AVERAGING

RULE 3 : APPLY VALUE COST AVERAGING

RULE 4 : ASSET BAL ANCING / LOCK UP PROFITS

RULE 5 : MUST FOLLOW RULE 1 TILL RULE 4

Share this post


Link to post
Share on other sites

rule no 6 : must remember all this rule.

wah semangat nampak..tahniah bro sbb cgpa 4.0 dlm exam fmutm lepas

dlm masa seminggu, agent code ko akan kuar..pastu ko dah bole sell..

ingat bro, konsisten..bulan2 minimum RM 10K

Share this post


Link to post
Share on other sites

Morningstar awards

PUBLIC Mutual Bhd picked up four out of the six awards given by Morningstar Inc, a US-based fund rating service, to the local fund industry.

Public Mutual picked up the awards for its Public Ittikal Fund and Malaysian Equity Public Growth Fund under the Equity cateogry.

Its Public Bond Fund and PB Balanced Fund also won in the fixed income and balanced category.

The other winners are MAAKL’s Progress Fund under the Malaysia Small Cap Equity and CIMB’s Islamic Balanced Fund.

Despite a full blown credit crunch, a banking crisis in the US and a plunging dollar, the rating service says the global equity markets last year managed to extend their bull run into its fifth year.

Overall, equity funds posted stronger returns than fixed income portfolios, says Morningstar Research Pte Ltd.

The release says returns in fixed income portfolios managed to pick up steadily over the course of 2007 as investors turned to safe haven assets during the sub-prime turmoil.

Insurance funds and closed-end funds were excluded. Other categories excluded are the money market, guaranteed fund, capital protected, absolute return and those with target dates.

The awards will be an annual event. However, the release says Morningstar does not wish to be in the position of giving awards to funds that have posted a strong one-year return, but have otherwise not delivered good results for investors.

“We also recognise that investors often use awards as a ‘buy’ signal, and we do not wish to steer them to offerings that may not be good long-term investments.

“This combination will ensure that the awards are given to funds which have earned strong one-year results, and have also shown they have the ability to earn strong long-term returns without undue risk,†the release says.

The release says it has selected those funds or fund groups that have added the most value.

They also evaluate each fund’s risk-adjusted returns over a longer period as well as the stability of the management team and the consistency of investment strategy.

Therefore, although the awards methodology emphasises the one-year period, funds must also have delivered strong three-and five-year risk adjusted returns in order to obtain an award.

Only funds with five-year performance history that are available for sale in Malaysia will be eligible to receive an award.

Consequently, only six categories were selected in 2007 as they met this basic requirement.

To generate more interest in the local unit trust market, Morningstar Asia, also launched its Malaysian website that covers the entire local unit trust market.

The free service, which initially represents more than 435 funds, is available to investors at http://my.morningstar.com.

Morningstar Asia is part of Morningstar Inc, which has operations in 18 countries.

The company offers Internet, software, and print-based products for individual investors, professional financial advisors, and institutional clients.

Morningstar also offers information on stocks, mutual funds, variable annuities, closed-end funds, exchange-traded funds, hedge funds, separate accounts, and college savings plans with data on more than 260,000 investment offerings worldwide.

Its Malaysian website contents includes a set of tools, such as fund screener, fund selector and fund quicktake report, which help investors to locate and determine suitability of investments.

It also features proprietary statistics, such as Morningstar rating and style box, and unbiased fund analyses.

A team of fund analysts and web experts will populate the site with market reviews, research reports, and timely data that will give investors a wealth of information about funds to help them make better investment decisions.

Jin Tian, chief executive officer of Morningstar Asia said, “The launch of our Morningstar Malaysia website is the first step in our effort to bring quality investment education and information to a country that is experiencing significant growth in unit trust investing.

Our site will be an excellent resource for investors, offering them investment education and information on unit trusts from the most trusted source in the US for more than 20 years.â€

Morningstar opened its Asia headquarters operations in Hong Kong in April 2000.

The company employs approximately 500 people in Asia.

p/s; this is y aku hnya promote local-equity-islamic funds

Edited by Etiqa

Share this post


Link to post
Share on other sites

good article ttg Inflasi vs Ekonomi Negara Kita :blush:

Inflasi, kadar faedah bukan cabaran utama - Nor Mohamed

KUALA LUMPUR 24 Jun - Kerajaan tidak melihat inflasi dan kadar faedah sebagai cabaran utama kepada negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata: ''Saya tidak melihat inflasi dan kadar faedah sebagai satu cabaran utama kepada negara,

''Peningkatan inflasi kali ini adalah disebabkan kenaikan kos dan bukannya peningkatan permintaan,'' kata beliau.

Nor Mohamed berkata demikian selepas melancarkan Dana Islam Safeena dan menyaksikan majlis memeterai kerjasama antara AmanahRaya Investment Bank Ltd. Labuan, Asian Finance Bank Bhd. dan Safeena (L) Ltd. di sini hari ini.

Beliau juga berkata, kenaikan kadar inflasi di negara ini yang dijangka mencecah antara 4.5 hingga lima peratus pada tahun ini, tidak akan membawa kepada perubahan dalam kadar faedah.

Malaysia mencatatkan kenaikan kadar inflasi tertinggi sebanyak 3.8 peratus dalam tempoh 22 bulan selepas kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel pada 4 Jun lalu.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pula baru-baru ini menjangkakan kenaikan harga bahan api itu akan meningkatkan inflasi pada kadar purata 4.2 peratus tahun ini.

Menurut Zeti, BNM tidak akan mengenakan dasar monetari sekiranya kadar inflasi menyusut pada pertengahan kedua dan tiada lagi penyelarasan harga minyak.

Pada sidang akhbar itu, Nor Mohamed turut mengulangi jaminan kerajaan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan lagi sehingga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada langkah menaikkan kadar faedah adalah pendekatan terbaik dalam menangani peningkatan inflasi.

''Persoalan itu perlu ditanya kepada BNM,'' tambah beliau.

Nor Mohamed berkata: ''Kita percaya BNM akan memantau perkembangan kadar faedah semasa bagi memastikan ia tidak memberi kesan kepada inflasi.''

Pada sidang akhbar itu, beliau berkata, kerajaan masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada tahun ini.

''Malaysia tidak mempunyai masalah untuk mencapai pertumbuhan yang disasarkan dan keyakinan ini di sokong pertumbuhan tujuh peratus yang dicatat pada suku pertama tahun ini.

''Bagaimanapun, kami menjangkakan pertengahan kedua nanti (ekonomi) akan sedikit terjejas tetapi secara keseluruhannya kita masih mampu mencapai pertumbuhan yang diunjurkan,'' kata beliau.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Baru dapat Annual Report 2008 untuk PIDF... dapat lebih kurang RM50 jer untuk distribution units...huhuhuhu.... dia automatik reinvest ke dalam akaun yang sama yek... camner pengiraan dia, boleh tunjuk sket..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Baru dapat Annual Report 2008 untuk PIDF... dapat lebih kurang RM50 jer untuk distribution units...huhuhuhu.... dia automatik reinvest ke dalam akaun yang sama yek... camner pengiraan dia, boleh tunjuk sket..

Ok bro.

Pada 30/4/2008..PM declare dividend 2.0sen seunit utk PIDF.... Akaun PIDF ko ada 2357.80 units.. so Ko dapat 2357.80 units x 2.0 sen/ unit = RM 50.16 (ini yg ko dpt)

KOnsep investment..bila kompeni declare x sen seunit, harga stock pun akan turn x sen..jd

Pada 2/5/2008 (1/5/2008 tak kerja) , Harga NAV PIDF is RM 0.3268-0.002 = RM 0.3068

Oleh kerana ko choose Distribution Reinvestment, maka RM 50.16 yg ko dpt tue akan di tukar ke units, bersamaan RM 50.16/0.3068 = 163.49 units

This 163.49 units (dpd distribution reinvestment) akan + 2357.80 units jadi total baru ko = 2701.29 units.

SO, Nilai bersih pelaburan terbaru ko (selepas distribution reinvestment = 2701.29 units x RM 0.3068 = RM 828.75

in comparison...

utk Nilai bersih pelaburan (sebelum distribution reinvestment) pada declaration date, 30/4/2008

RM 0.3287 x 2357.80 units = RM 775.00

Edited by Etiqa

Share this post


Link to post
Share on other sites

nk tanye skit..

ayah sy ade srh jd part time unit trust ni(public bank)..

same la eh dgn yg ni?

sy x bc post2 sblm ni..byk sgt..

Share this post


Link to post
Share on other sites

nk tanye skit..

ayah sy ade srh jd part time unit trust ni(public bank)..

same la eh dgn yg ni?

sy x bc post2 sblm ni..byk sgt..

yup. Public Mutual adalah wholly owned by Public Bank. kalau u serius nak join, sms me. i'll contact u. :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Baru dapat Annual Report 2008 untuk PIDF... dapat lebih kurang RM50 jer untuk distribution units...huhuhuhu.... dia automatik reinvest ke dalam akaun yang sama yek... camner pengiraan dia, boleh tunjuk sket..

Bro Lanog

tadi aku jumpa member kita utk top up epf. hang camna.. meh la meh la.. pikey long term beb :lol:

let me know ur status k. :blush:

Edited by Etiqa

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...