Jump to content
hairulfadly

Lelaki Melayu Bermasalah ?

Recommended Posts

Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.

Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.

Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.

Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.

Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.

Diganggu

Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.

Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.

Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.

Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak?

Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak. Seorang ilmuwan pernah berkata; “Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini.â€

Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, “Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?†Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, “Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?â€

Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka.

Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial.

Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.

Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir. Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?

â€â€œ AKMAL FAIRUZ,

Victoria University of Wellington,

New Zealand.

Artikel ni aku terbaca kat forum :

http://www.utusan.com.my/utusan/content.as...mp;pg=fo_01.htm

Edited by hairulfadly

Share this post


Link to post
Share on other sites

adoi. aku rasa kes ni simple aje.. tapi diperbesarkan..

hermm.. macamana nie.. aku sebagai lelaki.. tercabar.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

pasal ko tak menarik perhatian mat saleh tu....maybe ko tak cantik....tak seksi....lagi pun apa kelas diorang nak mengorat orang melayu...

- susah la orang macam ni......dia tak suka kat sorang...semua orang dia tak suka

- meh datang kat opis aku kalu ko nak tengok sape yang lebih kuat buat gangguan seksual.....butang baju tu bukak sampai tiga biasa jer.....hari jumaat pulak.....dok menunjuk diorang punya love bite....yg dah kawin sama jer ngan bujang..

Edited by Arsene

Share this post


Link to post
Share on other sites

mungkin inggeris yg dia maksudkan tu dekat new zealand tpt dia belajar kot.

dia xpenah lg pergi ke tpt lain kot.

suruhla dia g US, tgk mcmana hidup bdk2 kat sana.

rasanya lebih kurang atau lebih teruk dr malaysia.

neway, pe yg dia ckp tu ada betulnya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

lagi teruk? semua member2 ako yang study kat sana kata best gile ade la.

Share this post


Link to post
Share on other sites

macam ada xkena je bila aku baca Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

mmg ayat tu ada betulnya tp macam berlagak , xtau la mgkin aku je yg rasa cmtu..huhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg la pompuan melayu pun bermasalah. tapi ada jugak yg dia ckp tu btul.

kalau pasal budak2 skolah tu, aku pun biasa kena. masa aku buat latihan mengajar, tak berani jln sorg2 dlm skolah pasal budak2 sekolah suke kacau2. skang ni pun sama... agaknya diorg tak tau aku ni lebih tua dr diorg dekat 10 tahun...

pasal lelaki luar negara, aku tak tau diorg camne. aku tak penah ke luar negara... ye la, aku ni lulusan dalam negara je... ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu.

Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.

Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.

belagak gile pompuan ni.

buat ape jalan seorang diri kol 2 pagi malam sabtu?

lain mcm je bunyi..

ko tu pompuan.

kat malaysia ada ke lelaki melayu paksa ko minum arak?

cube jawab.

p/s: mcm la dia ada kat forum ni. hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

pasal ko tak menarik perhatian mat saleh tu....maybe ko tak cantik....tak seksi....lagi pun apa kelas diorang nak mengorat orang melayu...

- susah la orang macam ni......dia tak suka kat sorang...semua orang dia tak suka

- meh datang kat opis aku kalu ko nak tengok sape yang lebih kuat buat gangguan seksual.....butang baju tu bukak sampai tiga biasa jer.....hari jumaat pulak.....dok menunjuk diorang punya love bite....yg dah kawin sama jer ngan bujang..

Bro..kuatkan imam ek. tegur diaorang lah kalau boleh,

(Perempuan = ikan ; Lelaki = kucing ; kalau saji terbuka..kucing Ngap, saji terbuka sikit; kucing cuba nk buka sepenuhnya & ngap; kalau tudung elok2, baru kucing xleh ngap, kecuali kucing yang lapar sangat)

* inilah yang cikgu saya cakap dulu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hurm...tp pada ako la kn...mmg budak2 zaman skang neh makin teruk,especelli mlayu,yg mrempit pon mayu,yg isap dadah pon mayu,yg buang anak pon mayu...tapi ako xtau la bangsa lain kat luar negara tuh.maklumler..xpenah gi obersi....

Edited by DragoN

Share this post


Link to post
Share on other sites

hurm...tp pada ako la kn...mmg budak2 zaman skang neh makin teruk,especelli mlayu,yg mrempit pon mayu,yg isap dadah pon mayu,yg buang anak pon mayu...tapi ako xtau la bangsa lain kat luar negara tuh.maklumler..xpenah gi obersi....

oi macha pon ade gak merempit la naik panther seluar besa bawah wahahahaa,cina kaya sket naik kete besa tp yg miskin join kongis gelap..

cuba kakak yang pandai lulusan luar negara tu pakai baju tudung (laboh) elok² ade ke orang/budak² nak kacau(klu kaco pon myb bg salam je :P itu klu akula)..kat luar negara drg tak kacau myb dorang ade perspective lain tentang orang cam kakak yang pandaini, xpon kakak yang pandai ni tak menarik perhatian / nafsu dorang(pandai la sangat kecoh je lulusan oversea buat keje tah reti ke tak format hard disk tgk haha)..

kalau xde angin masakan pokok bergoyang.(xkan xtau kate blaja oversea ^%&*)

Edited by rockuu

Share this post


Link to post
Share on other sites

tapi stakat budak2 dok tersuwit-suwit cam berok bila jupe awek tgh jalan tuh baser ler...itu menandakan korang tuh lawa,ppt korang kn bangga..heheheh

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rasa korang lihat teguran ni dari sudut yg positif. mmg ada betulnya apa yg dia kata tu, aku sendri pn pernah lihat masa aku blaja kat seberang laut dlu (seberang lau ke kl aja..hehehe)..sampai skrg aku trauma kalu nak jln sorg2 kt kl.

kat sabah pn aku pernah diganggu oleh lelaki2 hampeh. aku heran juga, aku yg gini punya hensem pn diganggu oleh lelaki2 hampeh. tp jn slh faham, dorang bkn siul2 kat aku atau ngorat aku...dorang pau duit yg aku ada...

apa2 pn, fikir2 la apa yg ditegur tu, ambil perhatian n kalu ada apa2 yg menyangkut dgn diri masing2 buatlah perubahan..buat refleksi diri..sekian tq

Share this post


Link to post
Share on other sites

Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.

Iye ke?

Kalau ikut pengalaman aku, jadi sebaliknya pulak~ :wacko:

Tak semua lelaki melayu macam tu.

Kesian kat lelaki-lelaki melayu yang betul-betul berakhlak dan belajar bersungguh-sungguh.

Disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Share this post


Link to post
Share on other sites

sorry to say... tapi masa aku study, mmg susah nak satu group ngan budak lelaki... kdg2 jumpa yg malas. kalau ada yg ok pun, buat keje ala kadar je, asal siap...

tp kdg2 malas nak satu group ngan lelaki pasal susah nak jumpa, nak discuss. kalau ngan pompuan, kat hostel pun bleh bincang...

tp ada gak budak lelaki yg best... rajin giler. tp tu la, lelaki2 yg dlm kategori lelaki baik...

Share this post


Link to post
Share on other sites

sorry to say... tapi masa aku study, mmg susah nak satu group ngan budak lelaki... kdg2 jumpa yg malas. kalau ada yg ok pun, buat keje ala kadar je, asal siap...

tp kdg2 malas nak satu group ngan lelaki pasal susah nak jumpa, nak discuss. kalau ngan pompuan, kat hostel pun bleh bincang...

tp ada gak budak lelaki yg best... rajin giler. tp tu la, lelaki2 yg dlm kategori lelaki baik...

hehehehe....

aku pun sori tu say la gak...

tk smua prmpuan tu rajin, ade tu same je...

kalo time aku dulu, aku pura2 je 1 group ngan die...

bile nk antar keje or tgasan, aku buang jer name die org....

hahahaha...

pdan muka, time tu la bru nk mrayu2...

-_-

p/s : rugi la cik wawa tk prnah 1 group ngan sye...

hehehe...

peace

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ehem, perempuan Melayu pulak? Tak de masalah? Perfect -.-"

be more open-minded man... :lol:

pasal ko tak menarik perhatian mat saleh tu....maybe ko tak cantik....tak seksi....lagi pun apa kelas diorang nak mengorat orang melayu...

- susah la orang macam ni......dia tak suka kat sorang...semua orang dia tak suka

- meh datang kat opis aku kalu ko nak tengok sape yang lebih kuat buat gangguan seksual.....butang baju tu bukak sampai tiga biasa jer.....hari jumaat pulak.....dok menunjuk diorang punya love bite....yg dah kawin sama jer ngan bujang..

censored...haizzz

adoi. aku rasa kes ni simple aje.. tapi diperbesarkan..

hermm.. macamana nie.. aku sebagai lelaki.. tercabar.. :lol:

haizz..teguran kakak tuh ade betulnya juga..

tapi, xsemua lelaki melayu macam tuh..

tapi mmg ramai pun jenis macam tuh... :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites
orang perempuan ape kurang masalahnye macam ko sangkakan kat lelaki. pengalaman aku mase berkursus dan ade tugasan yang kene buat dalam kumpulan bercampur lelaki perempuan. ade satu perempuan ni yang dah berkahwin tapi bile bergaul dengan kite orang dalam kumpulan tu, fuhh mengalahkan yang bujang. nasib baik aku kuat iman. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmm..

semua yg ditulis tu mayb kebetulan..

biasala..

salah org mesti kita nampak..

tp slh kita ni sh skit la..

lumrah hidup..

ada yg baik. ada yg jahat..

itu baru nama kehidupan..

so klu nak dipertikaikan bab ni sma jer..

klu perempuan xder mcm tu ker??

hmm.. pkir2 kanlah..

tambah2 dgn gaya hidup sekarang ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites

heh...overgeneralization di situ.

wanita tersebut baru saja menyebabkan dirinya tergolong dalam golongan "wanita professional"yang tidak di ingini oleh lelaki. ada betul dia cakap, tapi kasar lain macam dan dia anggap semua lelaki tu sama. ada pengalaman yang lagi pahit dari kene siul kot.

study kat oversea dua tahun je baru tu. orang lain berpuluh tahun, pastu balik xde tekankan isu ni sangat. kalau ada, diorang ni punye approach lebih intelektual dari yang ni, emotional.

ahaha...pompuan ni...spesis FCV kot ni...female chauvinist pig. biasa dgr MCV je.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hurm...adakah aku silap memahami apa yg pmpn tu tulis atau mmg aku je yg rasa pmpn tu berlagak? mgkin dia kena kejutan budaya kot....kalo kena ganggu dgn lelaki kat malaysia biasa la...agaknya kat sana dia xpenah kena tu yg bila kena...mcm2 andaian dibuat tttg lelaki malaysia...huhu...pastu btul gak...apa kejadahnya dia kuar kul 2pagi ...kat sana mmg xkena kcao...kat sini...kul 2pg aku pon xberani nak g umah jiran aku...huhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
normalah tu kalu kelakuan lelaki memikat orang perempuan macam tu. kalu lelaki tu tunduk membatukan diri bile orang perempuan lalu depan die tentu ade masalah lah orang lelaki tu. awak kate macam tu sebab awak masih belum masak lagi dengan sifat2 seorang 'lelaki'. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

normalah tu kalu kelakuan lelaki memikat orang perempuan macam tu. kalu lelaki tu tunduk membatukan diri bile orang perempuan lalu depan die tentu ade masalah lah orang lelaki tu. awak kate macam tu sebab awak masih belum masak lagi dengan sifat2 seorang 'lelaki'. :D

dan apakah sifat2 seorg lelaki cuba ko gtau aku... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku kalu ko nak tengok sape yang lebih kuat buat gangguan seksual.....butang baju tu bukak sampai tiga biasa jer.....hari jumaat pulak.....dok menunjuk diorang punya love bite....yg dah kawin sama jer ngan bujang..

ofis aku plak amoi2 kat depan tu pakai tali spagehti ngan G tut dia tu pergh........dah la putih.....cute lak tu......sekali dia menonggeng :blush: OPS!!!! :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...