Jump to content
hairulfadly

Lelaki Melayu Bermasalah ?

Recommended Posts

ohh... aku ingt pempuan suke kalo kne kaco? paling kurangdie tau ade gak org berminat kt die? :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

pompuan yg menulis artikel ni bodo sb xtau menggunakan otak dan kepandaian yg ad...rugi sb membazirkan berpuluh tahun belaja dari sekolah rendah sampai menengah sampai g luar negera (yg kekonon sape pegi blaja luar negara dh dicop pandai) dan bila balik sini pandai ngadu itu ini...mmm buang duit mak bapak je..

baik masa kecik2 dulu xyh g skolah..sama je hasilnyer -_- sb smpai skang masih xtau cara2 menggunakan otak dgn btol -_-

Share this post


Link to post
Share on other sites

ofis aku plak amoi2 kat depan tu pakai tali spagehti ngan G tut dia tu pergh........dah la putih.....cute lak tu......sekali dia menonggeng :blush: OPS!!!! :lol:

hehe..edit edit... :lol:

ohh... aku ingt pempuan suke kalo kne kaco? paling kurangdie tau ade gak org berminat kt die? :P

sape la yg ske kena kco..hy sesetengah pmpn atau aku gelar pmpn gedik je yg ske...ish3...dpn mata ku...pmpn gedik, lelaki bajet best kco...makin gedik jadinya...aku tahan muntah je...naseb baek xmuntah dlm bas <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

hurm...adakah aku silap memahami apa yg pmpn tu tulis atau mmg aku je yg rasa pmpn tu berlagak? mgkin dia kena kejutan budaya kot....kalo kena ganggu dgn lelaki kat malaysia biasa la...agaknya kat sana dia xpenah kena tu yg bila kena...mcm2 andaian dibuat tttg lelaki malaysia...huhu...pastu btul gak...apa kejadahnya dia kuar kul 2pagi ...kat sana mmg xkena kcao...kat sini...kul 2pg aku pon xberani nak g umah jiran aku...huhu...

rasanya tak salah, popuan tu mmg belagak.. tak pun tgh marah sgt.. atau mmg dia rasa mcm bagus sgt maklumla balik oversea..

mungkin gak sbb dia baru balik tu yg suka2 dia buat perbadingan ngan tmpt yg dia baru tinggalkan kononnya best sgt la..

tapi apa yg dia utarakan tu ada benarnya.. akhlak remaja kita mmg dah lama meruncing.. tak kira lelaki atau perempuan..

apa yg budak2 sekolah tu buat boleh dikatogorikan kurang menghormati kaum hawa..

Edited by han77

Share this post


Link to post
Share on other sites

sorry to say... tapi masa aku study, mmg susah nak satu group ngan budak lelaki... kdg2 jumpa yg malas. kalau ada yg ok pun, buat keje ala kadar je, asal siap...

bini aku pun ada ckp pasal ni..selalu nye kalau lelaki group ngan pompuan selalunye pompuan je kerje lebih...yg lelaki tunjuk muka jer. bila ditanya...tergagap-gagap nak jawab....

tp ada juga yang betul2 buat kerja..cuma percentage kurang

kat cc aku ni pun nampak gak...yg pompuan buat kerje berjam-jam...bila nak siap baru nampak muka budak lelaki...pastu bila nak bayar print...tersengih-sengih si lelaki ni minta kurang harga...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lelaki melayu ni memang ade yg baik ngan ade yg buruk. Jd pandai2lah org pompuan pilih. Kakak thread starter nape x respon2? dah anti lelaki melayu ker???

Share this post


Link to post
Share on other sites

masa memula aku baca ni aku tenung2 nick ko, eh pondan ke

:lol:

mostly student2 yg perangai cam tu kurang didikan+kasih sayang parents

so masalah berpunca dari parents

Edited by MADReaLJL

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku bace pon paneh hati gak,

blier bace2 lek, minah tu mcm nak blagak je,,tau r unvct luar ngare,

baru 2 tahun duk ngare luar da lpe daratan,,sblom2 ni duk dlam ngare xde lak tulihbnda2 camni.

die pkir die unvct luar ngare die ade klebihan nak suarakan prasaan x puas hati die tuh.

seb bek la die xde kt cni..

stakat jalan dalam kampus je watpe,p la kt luar tgok camne culture drg.

tu pun kire ok la ade gak laki yg sudi pndang die..wolopon x scantik mne..

aku nak tgok ahh muke die camne..mcm lawa je.terlebeh "educated" lak tu..

leh aku wat bini.

aku arap esok ader la org hentam die balik lam paper tu..

nak tulih tu gne otak la pmpn ,,jgn ikut hati je..

buat maloo je la tulih unvct luar kalo bnda remeh(org bnyk da tau)camtu pon nak komplen..

Share this post


Link to post
Share on other sites

byk gak yg aku xstuju...aku rase gal ni terkena budaya sane kot...

baru duk 2thn kat obersea n komen mcm2 different kat mesia...

psl boy xleh harap..aku xstuju...

aku n geng2 aku relax jer team ngan gal..assgment setel jerk..[biase ar,dak graphic,gal slalu dtg mtk ajar..huhu!keje jln]

tp ade btol gak boy mayu skrg ni xelok..xdinafikan..aku pon leh tgk mcm mane realiti hdp skrg ni..

tp xnafikan gak gal mayu tu elok..ade gak xelok..so,xda bezanyer...die bawu dtg mesia bape ari,trus komen mcm2 anta paper...

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak kutuk pon agak2 arr...

pesal plak main name "lelaki melayu" apasal x gune "sebilangan lelaki melayu"..

nih sure pg overc x kene kacau sebab muke cam papan..

lepas tuh mai balik malaysia kene kacau sebab lelaki malaysia nih baik hati.. so, kesian punya pasal faham2 lar... (x pon kebetulan jer)

keluar mlm pukul 2 pg xkene kacau tengok tempat lar... mungkin dier lalu area bersih..

cube lalu area club ke, atau area "sampah" heher... lepastuh tau la..

aku rase trauma seumor hidup hehe...

p/s aku rase minah nih cam lebeh kurang sorang user putera la/// yg bermule name ngan huruf C heher..

Edited by PinguSpy

Share this post


Link to post
Share on other sites

dan apakah sifat2 seorg lelaki cuba ko gtau aku... :lol:

:lol: tak tahu ke atau saje2 nak bermanje dengan aku ni. :lol: kan itu dah lumrah semula jadi seorang lelaki. lelaki ni suke memikat orang perempuan, suke tengok perempuan cantik dan macam2 lagi.

bagi aku si pemula topik yang kutuk lelaki melayu ni sebab die dah lupe daratan kerane die menganggapkan lelaki melayu ni tak se 'power' orang2 mat saleh kat sane tu. :lol: yelah orang dah lame duk kat negare orang lain kate kan. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak kutuk pon agak2 arr...

pesal plak main name "lelaki melayu" apasal x gune "sebilangan lelaki melayu"..

nih sure pg overc x kene kacau sebab muke cam papan..

lepas tuh mai balik malaysia kene kacau sebab lelaki malaysia nih baik hati.. so, kesian punya pasal faham2 lar... (x pon kebetulan jer)

keluar mlm pukul 2 pg xkene kacau tengok tempat lar... mungkin dier lalu area bersih..

cube lalu area club ke, atau area "sampah" heher... lepastuh tau la..

aku rase trauma seumor hidup hehe...

p/s aku rase minah nih cam lebeh kurang sorang user putera la/// yg bermule name ngan huruf C heher..

"sebilangan lelaki melayu"..

Yup..ako stuju..patut dia tulis camni...bukan la sume pon yg rosak...

Share this post


Link to post
Share on other sites

eh, thread starter ni bukan pompuan tu

dia laki la, dia suro korang bagi pandangan je

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jangan hukum lelaki Melayu

SURAT 1

SAYA amat tertarik dengan komentar saudari Akmal Fairuz dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 2007.

Sebagai individu yang pernah belajar di United Kingdom selama empat tahun, saya bersetuju dengan pendapat beliau yang menyatakan lelaki barat jauh lebih bermoral daripada kebanyakan lelaki Melayu di Malaysia.

Mereka lebih mudah memberikan tempat duduk mereka kepada wanita atau kanak-kanak semasa menaiki kenderaan awam.

Mereka juga bersedia membuka pintu jikalau kita mendukung anak atau waktu tangan kita sarat membawa barang-barang.

Namun saya terkilan dengan kata-kata Akmal Fairuz di akhir tulisan beliau.

Beliau mengatakan, “Mereka ini (lelaki Melayu) perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.â€

Atas dasar apakah Akmal Fairuz membuat kenyataan bahawa wanita dahulu bodoh? Pada pengamatan saya, walaupun ibu bapa atau nenek moyang kita dahulu tidak belajar hingga ke universiti apatah lagi keluar negara, tetapi kebanyakan mereka pandai mendidik anak-anak.

Kerana didikan wanita-wanita dahulu maka kita mempunyai pemimpin yang berkaliber, pentadbir dan pengurus yang berwawasan, anak-anak muda yang mencipta pelbagai kejayaan di persada dunia.

Kenapa sampai mengecam wanita dahulu sebagai bodoh hanya kerana marahkan lelaki-lelaki yang tidak menghormati wanita?

Wanita dahulu lebih terjaga adabnya dan terpelihara maruahnya. Mereka tahu menjaga batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Bersifat pemalu dan bersopan-santun. Adakah sikap sebegini yang menyebabkan mereka ini dikatakan bodoh?

Hari ini kita dapat lihat betapa ramai wanita yang cemerlang dari segi akademiknya tapi runtuh moral dan peribadi mereka.

Wanita-wanita yang hebat dalam bidang akademik ini belum tentu pandai dan bijak mendidik anak-anak mereka.

Apa yang penting sebenarnya ialah kita semua tahu tanggungjawab kita sebagai seorang Islam, sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang perempuan. Tegur-menegur itu penting tapi jangan sampai menghina sesiapa sebagai bodoh.

– DR. FAUZIAH MOHD. NOOR,

Kuala Lumpur.

SURAT 2

SEBAGAI seorang yang pernah tinggal di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan England kesemuanya lebih 22 tahun (bukan dengan kedutaan Malaysia), saya kira saya layak mengulas tulisan Akmal Fairuz ini.

Pertama, inilah sindrom anak-anak muda kita yang dihantar belajar ke negara-negara berbahasa Inggeris.

Tidak sampai pun empat tahun di sana mereka pulang dengan pemikiran semua yang terdapat di negara berkenaan baik belaka.

Walhal pemikiran-pemikiran ini kadang-kadang sempit dan tidak objektif.

Sebagai seorang terpelajar Akmal seharusnya mengemukakan pertanyaan kenapa setengah-setengah muda-mudi Melayu berkelakuan demikian, sebab tiap fenomena buruk mesti ada sebab musababnya.

Adakah ini kerana agama sudah diabaikan. Atau adakah ia disebabkan persekitaran yang kita wujudkan sendiri di mana hiburan adalah segala-galanya.

Atau adakah ia disebabkan masalah sosio-ekonomi di mana bangsa Melayu sendiri merasa seperti mereka merempat di tanah airnya sendiri.

Akmal pergi belajar di New Zealand, sebuah negara di mana bilangan kambing-birinya jauh melebihi penduduknya dan nilai-nilai dan cara-cara hidup adalah lebih baik dari England sendiri.

Waktu saya di New Zealand 30 tahun lalu, hari Ahad memang hari agama. Kedai-kedai ditutup, semua orang bangun pagi dan pergi ke gereja. Bandar-bandar sunyi senyap.

Tetapi sekarang Auckland, Wellington atau Christchurch sudah pun dicemari dengan gaya hidup 7-eleven dan sudah tidak tahu tidur lagi.

Semasa di Melbourne 30 tahun lalu, saya sudah pun berdepan depan dengan anak-anak muda dalam kereta menunjukkan punggong kepada saya di satu hentian bas dan waktu melihat kawan-kawan main billiard saya dilontarkan dengan panggilan perkauman.

Di Amerika dan England pun orang-orang bukan kulit putih (termasuk warga negara itu sendiri) sentiasa berdepan dengan kata-kata dan perbuatan yang terang-terang menyatakan mereka tidak dikehendaki.

Soalnya ia bergantung kepada di kawasan mana kita berada. Kalau Akmal di London atau Birmingham dia bukan akan diganggu oleh anak-anak muda kulit putih tetapi anak-anak muda keturunan India, Bangladesh, Pakistan, Arab atau Filipina.

Tetapi kalau di Scotland, Ireland atau Wales maka Akmal akan berdepan dengan muda-mudi kulit putih yang kurang ajar dan tidak menghormati wanita.

Di California atau New York, Akmal akan berdepan dengan pelbagai bangsa, kulit hitam, Korean, Hispanic dan lain-lain bergantung kepada kawasan.

– SAAD HASHIM,

Ampang, Selangor.

SURAT 3

SAYA merupakan penuntut tahun ketiga University of Auckland, New Zealand dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan.

Pada hemat saya, pendapat yang saudari Akmal Fairuz utarakan amat keterlaluan dan tidak melambangkan sikap keseluruhan pelajar lelaki Melayu sama ada di tanah air mahupun di luar negara.

Meletakkan tuduhan yang begitu serius dengan hanya berdasarkan pengalaman-pengalaman yang saudari alami, ternyata menampakkan saudari berhujah dengan emosional dan bukannya secara rasional.

Cuba saudari fikirkan, adakah dengan penghujahan seperti itu dapat menginsafkan kaum Adam yang saudari gelar sebagai bodoh?

Sudah pasti, tidak! Saudari harus melihat situasi semasa dengan skop yang lebih luas. Bukan sahaja pemuda Melayu, pemudi pun dua kali lima teruknya. Merokok, seks bebas, berpakaian menjolok mata, isu lesbian, pengkid, bohsia dan sebagainya antara isu yang melibatkan beliawanis masa kini.

Saya pasti pengalaman saudari selama dua tahun di New Zealand boleh membantu saudari melihat permasalahan ini dari perspektif yang lebih luas.

Sebagai contoh, tidakkah pernah saudari mendengar kisah pelajar-pelajar perempuan bertudung dikacau oleh lelaki-lelaki Inggeris?

Dicemuh dengan panggilan yang menjijikkan, diludah, serta dibaling dengan telur dan botol arak ataupun diekori lelaki Inggeris untuk dijadikan ‘rakan sekatil’. Ini adalah di antara seribu satu pengalaman pahit yang mungkin tidak dapat saya lupakan.

Bahkan, saban hari media tempatan seperti New Zealand Herald kerap membicarakan isu pemuda New Zealand yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial; lumba haram, memandu secara mabuk, seks bebas, sumbang mahram, kes buli, gangsterisme dan sebagainya.

Bahkan masalah keciciran di kalangan pemuda New Zealand di sekolah. Di New Zealand budaya berparti lebih-lebih lagi pada Jumaat malam, sudah sebati dengan kehidupan sosial mereka.

Mereka hidup tanpa haluan dan tujuan yang jelas. Adakah ini contoh perlakuan pemuda-pemuda New Zealand yang saudari banggakan?

Biarpun masalah yang hampir serupa turut melanda segelintir lelaki-lelaki Melayu, saudari tidak boleh meletakkan tuduhan serius sedemikian rupa kepada majoriti lelaki Melayu Muslim, yang rata-rata masih bertanggungjawab serta mempunyai misi dan visi dalam hidup mereka.

Membebankan pemuda Melayu dengan pelbagai cemuhan dan tuduhan yang bias, bukanlah suatu tindakan yang bijak. Sewajarnya jika mereka dianggap bermasalah, kita wajar mengkaji penyelesaian yang sesuai untuk menangani permasalahan ini.

Terima kasih kepada saudari kerana membangkitkan isu ini. Cuma lain kali, tajamkan minda sebelum ingin menajamkan pena.

Lelaki Melayu yang boleh diharap, tidak bodoh, dan tidak bermasalah,

– PELAJAR,

University of Auckland,

New Zealand.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/content.as...mp;pg=fo_01.htm

mesti pompuan tu menyirap baca surat² ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rase mcti "kanak2" dari NZ tu tkedu..x ley ckp pe dah,lepas bce surat2 tu.

petu report n nangis2 kt mak die...baru die tau bkn die sorang je plajar luar ngare.

sgelintir pmpn(bkn sume) ske tulih bnda2 yg ikut hati die...emosional.

aku harap bnda ni jdik pngajaran la kat bdak tu n org2 laen..

bpikir dlu sblom mlontar hujah2..

sesungguhnye Allah tdak suke org yg mlakukan sesuatu bnda tanpe mmikirkan trlebeh dahulu..wallahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites

mungkin lepas dia baca surat tu,dia tulis surat baru pulak yang bertajuk,Orang Malaysia Emosional. :lol:

memang betul apa yang tulis dalam surat2 tu,cik tersebut menulis dengan emosional dan mengikut perasaan.sebenarnya sebilangan perempuan yang pernah belajar di luar negara atau dalam negara ataupun jugak yang tidak belajar biasa diganggu lelaki jenis itu,tapi tak pernah sampai tulis surat2.kalau rasa bengang sangat dengan orang yang kacau tu,pergila lapor kat polis sebab ada akta tertentu untuk gangguan seksual tu.

lepas ni,dia mesti kahwin dengan lelaki bukan melayu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo minah ni jnis keras hati..n x makan saman,

konfem die balas balik...

konfem la die kawen ngan laki luar,,

"ape klas laki kt mesia ni..

pmpn mne nk laki yg bodo cam laki melayu..." -->pndangn bdak NZ tu...hehee

Share this post


Link to post
Share on other sites

p/s aku rase minah nih cam lebeh kurang sorang user putera la/// yg bermule name ngan huruf C heher..

adakan minah yg dimaksudkan tu namanya di tengah2 ada "-" dan di akhirnya huruf U?

sesapa yg terasa dgn teguran akak NZ tu tobat la cepat2..hehe..

Edited by gaman80

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...