Jump to content
wangtenet

Kajian Tentang Pelaburan Internet Haram Di Sisi Islam

Recommended Posts

HAHAHAHA....

BESTNYA TGK GELAGAT KORANG NIH.

TERHIBUR HATI AKU.

MACAM BEBUDAK.

TERUSKANLAH CARI SALAH ORG YEK.

TERUSLANLAH BERKELAHI.

ASALKAN JGN ADA YG TERBUNOH SUDAHLAH.

MUEHEHEEHE..

Nie bukan ruangan nak cari salah orang... nie nak tegur dan nasihat jerk.. bukan ada paksaan pun ... mana ada berkelahi.. tu pemberian pendapat... beri salam dulu...

Takper.. tengok surat khabar hari nie (Ahad / 10.03.2007), fatwa tentang pelaburan internet akan dikeluarkan tak lama lagi.... nie kata² MUFTI yang pakar dan arif... kalau di kata halal, ikutlah.. lau kata haram tinggal lah.. tapi lau nak lawan jugak...emm no komen lah....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Orang Ilmuan dan beramal soleh hendaklah bersabar dalam berdakwah ,Orang2 berilmu ikut-ikutan fikirkan sebelum berkata2...Maka Untuk saya dan kawan2 semua yang merasakan jahil marilah kita banyak2 belajar mendalami ilmu agama serta mengamalkanya..Semoga bila berhujah nanti tidak tersalah kerana tanpa ilmu jika tersalah boleh mempesongkan Akidah,jangan kita pandai bercakap2 ...Rasa2nya yang tak berilmu macam saya ni TUTUP MULUT mulai sekarang,sama2 kita menunggu Fatwa daripada Mufti dan Persatuan Ulama Malaysia berkenaan hukum Fund dan berbagai Biz ini,Wassalam

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1320

Tambahan:-tak faham2 lagi meka dibawah ni

Edited by znnet05

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mengucap dgn ayat anda ni : jangan jadi tuhan arr nak tuduh tuh haram nih haram .

Sudah menjadi tgjwb orang yg berkelayakan dlm bidang beliau utk mengkaji, meneliti hukum. BUKAN BERMAKNA NAK JADI TUHAN. Zaman skrg tak ada NABI utk memberikan panduan kpd kita, jadi tgjwb orang2 yg mahir dan pakar dlm bidang tersebut wajiblah membuat kajian. Kalau MUFTI keluarkan fatwa bermakna dia TUHAN ke?

Buat masa ni yang mmg nampak kat INTERNET mmglah nampak SPT SEORANG SAJA (UZAR) tapi kat luar2 ni ramai dah ustaz2 lain aku jumpa cakap benda sama, tapi HARUS DIINGAT BUKAN SEMUA MLM HARAM!!! Yang ada ciri2 yg disebutkan itulah yg menjadikan sesuatu perniagaan itu HARAM.. tak kisahlah MLM ke skim piramid ke money games ke.

Yg dok dlm MAJLIS ULAMA tu kata HARUS tu MLM jenis mana? Apa ciri2nya? Yg Ustaz Zaharuddin (UZAR) cakap HARAM tu mcm mana pula ciri2nya? Sama ke? Mestilah lain kan.. Awak jgn kata yg UZAR sahaja keluarkan kenyataan yg sama, malah JAKIM juka turut keluarkan isu yg sama.

Rujuk: Kenyataan JAKIM (malah aku dah paste sblm ni pun dlm room ni..)

YANG HARUS: Ciri2 yg tak lari dari sistem perniagaan berdasarkan pandangan ISLAM. Sistem yg tak menindas ahli, yang mmg ada PRODUK dan mmg HARGA PRODUK tu tidaklah mahal sangat (berpatutan dgn harga sebenar). Maka mmg diharuskan kita masuk sbb boleh menjana ekonomi keluarga, malah ummat Islam sendiri dan negara kita. Pendek kata win-win situation utk pengguna dan syarikat sendiri. Dan juga berlandaskan Islam (tiada barang yg HARAM di sisi Islam..). Agak2 la kalau MLM jual arak, nak join ke? HARUS ke kita sbg ummat Islam masuk? (Jgn kata takde ye MLM jual arak, mmg ada.. aku pernah tgk katalog yg jual arak...)

YANG HARAM: Bukanlah SEMUA. Yg hanya ada ciri2 disebutkan itu sahaja. Jadi, pandai2lah buat pilihan. KAT SINI TAKDE ORANG PUN NAK JADI TUHAN DENGAN MENJATUHKAN HUKUM SESUKA HATI.

UZAR yg mahir dlm bidang tersebut boleh consider sebagai MEMANDAI dan SESUKA HATI jatuhkan HUKUM?

Sbb ada akal lah, maka semua orang buat keputusan sendiri. Tp kena lah ada AKAL YANG SIHAT DAN WARAS. Kalau berlandaskan AKAL BERNAFSUKAN DUIT, kemungkinan yang HARAM pun NAMPAK HALAL. Na'uzubillah...

Setuju dengan ayat anda bahawa ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI.

Dan setuju kita semua bukan maksum. Semua orang melakukan silap dan dosa dalam sedar atau tidak. Tetapi sbg seorang Islam, haruslah kita mengelakkan perkara yang HARAM dan ragu2 itu, supaya tidaklah lagi kita TOP UP dosa yg sedia ada.

Ampunkan segala salah silap saya. Cuma memberikan pandangan. Yg baik itu dr Allah dan yg lemah itu hanyalah dr saya sendiri.

Sekian. Wassalam.

Sepatutnya ko tuh yg byk2 istighfar....mgkin pd korang kitorang nih nak meng"halal" kan ape yg "haram"..tp kitorang Alhamdulillah dpt membantu sama lain ...kami dpt bantu org susah hidup senang dan bersyukur dgn ape yg diorang dpt ...ramai antara kami yg berjaya melakukan ape yg kami hajati selama ni ...ader yg dpt naik haji dan hantar ibu bapa naik haji ...ader yg dpt bgunkan masjid dan bantu membangunkan masyarakat ...ramai yg dpt jadi ibu bapa yg baik/bertanggungjawab terhadap anak2 diorang....semuanya berbalik kepada Allah ...bukan kepada korang ...korang maybe boleh judge berdasarkan HUKUM ..tp Allah yg Maha Mengetahui ....kalau andai ape yg kami lakukan nih HARAM ..tak mungkin kami dpt rasa nikmat hidup berkat camni ....yg peliknya korang sibuk tuduh tuh haram,ini haram ..ape yg korang buat?...gi masjid pun wallah hu a'alam penah sedekah ker tidak ...pastuh hari2 tak lepas buat dosa....pastuh nak berdebat kat sini cam korang turun dari "langit" ...

Org yg kuarkan fatwa aku tak heran ..tp heran tgk org2 bodoh cam korang yg pandai2 ikut kata haram ..sejak bila plak islam nih agama ikut-ikutan?...pelik kan?..ramai zaman nih yg tak faham agama main sedap mulut jer ckp cam dier yg kura kan fatwa tuh ....bc buku/buat rujukan tak smpai 3 jam dah sibuk nak post kat forum yg itu haram/ini haram ...ape yg korang kaji?...setakat baca buku jer ker?...takpun bc keratan suratkhabar?...cam aku ckp td aku tak heran dgn keterangan ustaz tuh...yg aku heran dgn korang yg berlagak cam pandai kat dlm nih ...itu jer...kalau yer pun post korang dah beribu2 jgn arr berlagak cam korang the best dlm dunia ni..post korang yg beribu2 tuh cuma kat sinih jer....jgn igt org2 yg baru join nih bodoh2 belaka ....hari2 punkorang buat dosa ..jgn berlagak nak suh org "jgn topap dosa"..abis yg kornag tuh hari2 buat dosa tak pulak nampak....LIHAT DIRI DULU SEBELUM BERLAGAK JADIK USTAZ KAT DLM NI

Edited by Million_Makers

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sepatutnya ko tuh yg byk2 istighfar....mgkin pd korang kitorang nih nak meng"halal" kan ape yg "haram"..tp kitorang Alhamdulillah dpt membantu sama lain ...kami dpt bantu org susah hidup senang dan bersyukur dgn ape yg diorang dpt ...ramai antara kami yg berjaya melakukan ape yg kami hajati selama ni ...ader yg dpt naik haji dan hantar ibu bapa naik haji ...ader yg dpt bgunkan masjid dan bantu membangunkan masyarakat ...ramai yg dpt jadi ibu bapa yg baik/bertanggungjawab terhadap anak2 diorang....semuanya berbalik kepada Allah ...bukan kepada korang ...korang maybe boleh judge berdasarkan HUKUM ..tp Allah yg Maha Mengetahui ....kalau andai ape yg kami lakukan nih HARAM ..tak mungkin kami dpt rasa nikmat hidup berkat camni ....yg peliknya korang sibuk tuduh tuh haram,ini haram ..ape yg korang buat?...gi masjid pun wallah hu a'alam penah sedekah ker tidak ...pastuh hari2 tak lepas buat dosa....pastuh nak berdebat kat sini cam korang turun dari "langit" ...

Org yg kuarkan fatwa aku tak heran ..tp heran tgk org2 bodoh cam korang yg pandai2 ikut kata haram ..sejak bila plak islam nih agama ikut-ikutan?...pelik kan?..ramai zaman nih yg tak faham agama main sedap mulut jer ckp cam dier yg kura kan fatwa tuh ....bc buku/buat rujukan tak smpai 3 jam dah sibuk nak post kat forum yg itu haram/ini haram ...ape yg korang kaji?...setakat baca buku jer ker?...takpun bc keratan suratkhabar?...cam aku ckp td aku tak heran dgn keterangan ustaz tuh...yg aku heran dgn korang yg berlagak cam pandai kat dlm nih ...itu jer...kalau yer pun post korang dah beribu2 jgn arr berlagak cam korang the best dlm dunia ni..post korang yg beribu2 tuh cuma kat sinih jer....jgn igt org2 yg baru join nih bodoh2 belaka ....hari2 punkorang buat dosa ..jgn berlagak nak suh org "jgn topap dosa"..abis yg kornag tuh hari2 buat dosa tak pulak nampak....LIHAT DIRI DULU SEBELUM BERLAGAK JADIK USTAZ KAT DLM NI

Hujah daripada seorang yg emosinya tinggi. Tidak berfakta. Langsung tak boleh pakai.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mmg pun nampak penuh emosi. ikut dialah Darkstar... Aku dah bgtau bukan smua HARAM dan bukan semua HALAL. Ada ciri2 dia je. Habis tuh dia nak menjawab ikut emosi. Aku nak tergelak pun ada... hahahahaha..

Janganlah kita plak yg jadi golongan yg sesat lagi menyesatkan...

Na'uzubillah...

Yang HARAM hari ni mungkin tak dibalas lagi HARI ni..

Mungkin esok, lusa, tulat.. atau di akhirat...

Yang BERKAT itu haraplah BERKAT SAMPAI AKHIRAT.

Jgn terlalu riak takbur duk bangga dpt tu dpt ni pastuh dok label org BODOH.

Kalau BODOH tapi ada keinginan utk BELAJAR, lagi bagus dari BODOH TAPI SOMBONG, tak nak blajar2 dah.

Perlu ke aku bgtau jumlah aku sedekah kat masjid berapa? AHAHAHA.. tak masuk akal, buat ape nak menunjuk. Biarlah rahsia aku dgn ALLAH. Sedekah tidak semestinya kat masjid aje. Kalau takat pergi masjid UTK SEDEKAH saje tp TAK SOLAT pun buat ape.. Kan kan kan.. selingan aje ni takde maksud provoke sesiapa pun.

Aku tunggu fatwa MUFTI yg bakal kluar ni nak ckp ape... Harap nanti diorang listkan skali lagi dengan jelas dan terang biar smua dpt bezakan yg mana HARAM dan mana HALAL.

Edited by ayueayang

Share this post


Link to post
Share on other sites

Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak

Berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang

Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir

Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala

Hihi

Commercial break jap

rilex

jgn gado2

:P

Share this post


Link to post
Share on other sites

sama-samalah kita hayati dan faham dengan penerangan..

Sumber Harakahdaily.net

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya

Bacalah dulu Em-Pay tu apa dan Pulangan bila....mana ada dalam masa 2 minggu em-pay memberi pulangan RM 32,000 itu x benar.Em-Pay ada 15 Level sekurangnya 15 Bulan pulangan anggaran pulangan yang diberikan...

Saham internet kajilah dulu latar belakang syarikay takkan hasil perlombongan minyak atau bijih tu haram setahu aku contoh arak atau kilang arak tu haramlah dan lain yang dilarangkan dlm Islam atau syarikat perjudian.

MONEY WORK FOR MONEY....

Share this post


Link to post
Share on other sites

.

Aku tunggu fatwa MUFTI yg bakal kluar ni nak ckp ape... Harap nanti diorang listkan skali lagi dengan jelas dan terang biar smua dpt bezakan yg mana HARAM dan mana HALAL.

Jangan lupa fatwa pun dah keluar...merokok haram dalam Islam tapi aku masih sedih lagi ramai yang masih tak berhenti merokok.

Share this post


Link to post
Share on other sites

astarghfirullahhalazim.......

Melabur kat indah water lagi best.

Hari-hari aku melabur kat indah water. Sungguh nikmat..... :lol:

Tak eloklah bergaduh...org dah bagi nasihat tu...klau tak nak ikut terlepaslah tanggungjawab kita pasal dah jalankan tugas.

Apa-apapun sila rujuk Al-Quran dan hadis sebagai panduan utama. Di dalam itu semuanya sudah lengkap walaupun kita melalui zaman moden. Pasal yg asasnya ada dalam kitab itu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak eloklah bergaduh...org dah bagi nasihat tu...klau tak nak ikut terlepaslah tanggungjawab kita pasal dah jalankan tugas.

Tak gaduh pun powerabu, masing-masing ada pendapat masing-masing. Yang penting kat sini kita bukan nak tengok sapa kalah sapa menang, yang buat keputusan bukannya kita, tapi orang yang membaca yg akan menilai sendiri. Mereka ni la yang akan buat keputusan samada nak join ke tak. Terpulang pada mereka. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita utk nasihat. Nak dengar, dengarlah. Taknak dengar itu terpulang. Sesapa saja boleh arque. Tapi pastikan argue berdasarkan hujah. Sebab apa, sebab bila sekali org tak percaya dengan kita, sampai-bila bila dah org takkan percaya dah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

yg aku heran dgn korang yg berlagak cam pandai kat dlm nih ...itu jer...kalau yer pun post korang dah beribu2 jgn arr berlagak cam korang the best dlm dunia ni..post korang yg beribu2 tuh cuma kat sinih jer....jgn igt org2 yg baru join nih bodoh2 belaka ....hari2 punkorang buat dosa ..jgn berlagak nak suh org "jgn topap dosa"..abis yg kornag tuh hari2 buat dosa tak pulak nampak....LIHAT DIRI DULU SEBELUM BERLAGAK JADIK USTAZ KAT DLM NI

setuju tu...

kalau nak di kaji segala nya dalam malaysia haramlah semuanya yek termasuk

income tax,epf haram,bank haram,pnb dan ...

maka kita balek lah ke zaman batuu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Harap NAMA JE MILLION MAKERS, tapi hati tak tenteram. hahah. :P

heheh ..bila ckp ko berlagak jd TUHAN ko taknak terima ..smpai hati tenteram tak tenteram pun ko boleh jatuhkan hukum ek?..petghhh ganas arr korang ...teruskan la berlagak cam TUHAN kat sini ..korang yg rasa akibat bukan aku ..huuhuhu ..ckp bodoh taknak terima ..tp memang bodoh pun ...hahahaha..org sibuk maju kan hidup korang sibuk nak jadi TUHAN ...tp ape yg korang sumbangkan selama ni pun?...taik jer lebihh...org cam korang nih arr yg berlambak kat kedai2 kopi bercerita itu ini ngalahkan perdana menteri ..ngalah kan mufti ...hahaha ..bab buang masa,bab berdebat,bab jatuhkan hukum ..mmg korang pandai ..tp bila tnya takder jwpan yg korang boleh bg melainkan tuidng jari kat org lain ...haa ustaz mana pnya fatwa plak ko nak kuarkan pasnih?...buang masa arr layan korang ..hahahah

dan kepada yg ckp hati aku tak tenteram tuh ..Alhamdulillah Allah Masih buat kan Aku Hidup Dalam Ketenangan...dan capai impian aku bersama2 dgn groups aku ...Alhamdulillah dpt jugak beramal dan menghidupkan amalan aku ...mmg akutak nafikan aku mmg terlampau hangin dgn kenyataan korang ..tp pd aku arr kan ..kalau salah org lain yg ko tgk ...takde gunanya ..tgk salah diri sendri dulu ..dah berkali dah aku terang kan takder yg perasan..tetap nak salah kan org lain plak?...kalau korang puas dgn kehidupan/kesusahan korang jgn jadikan org lain terpedaya dgn dakyah kosong korang yg bertopengkan agama tuh k....korang mmg manusia yg takkan pernah berusaha nak bangukan hidp korang ...korang cuma tau nak free jer..kalau boleh semua free dan ader depan mater korang ..barulah korang ckp tak haram ..itu jer...buang masa aku jer ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

bila masa plak aku NAK KATA kau bodoh.. isk isk ke situ plak. X paham aku..

<-- Jawapan yg anda nak ni ada kat petikan di bawah. Dah keluar dlm HARAKAH (Bukan cosmo/hmetro ye).

KUALA LUMPUR,27 Feb (Hrkh) - Dengan pulangan yang berlipat ganda dan jaminan keuntungan ratusan ribu malah jutaan ringgit dalam tempoh singkat, pelbagai perniagaan yang berasaskan sistem Multi Level Marketing (MLM) di internet, semakin 'menggoda' umat Islam untuk melabur walaupun sebahagian besarnya dari sudut hukum agama jelas haram.

Penasihat Syariah Dalaman, Asian Finance Bank, Zaharuddin Abd Rahman (gambar) berkata umat Islam perlu berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan sistem kewangan di internet yang menyamai skim cepat kaya atau skim piramid yang berisiko tinggi dan perlu merujuk kepada pakar kewangan Islam sebelum menceburinya.

"Apa jua pelaburan yang diceburi, mestilah merujuk kepada penasihat syariah syarikat tersebut supaya dengan cara ini diketahui secara jelas bahawa pelaburan tersebut sah di sisi agama ataupun tidak,"katanya lagi ketika ditemubual Harakahdaily di pejabatnya sebentar tadi.

"Dan sebahagian besarnya tidak wujud majlis penasihat syariah serta tidak jelas produk yang diusniagakan," katanya.

Beliau sebelum ini yang telah membuat beberapa kajian tentang pelaburan internet seperti EM-Pay, Swisscash, Willyfund dan E-Barrel telah menjelaskan secara terperinci kaedah tersebut dan hukumnya dimuatkan dalam keluaran Harakah lalu dan juga dalam laman webnya www.zaharuddin. net serta detikdaily.net.

Kebanyakannya pelaburan di internet yang dikenal pasti secara umumnya menjurus kepada kaedah 'mencari' orang untuk menambah pendapatan dan tiada produk yang diniaga malah seandainya ada pun ianya bersifat haram kerana terdapat unsur judi dan gharar (tidak jelas) yang ditegah di dalam Islam, jelasnya.

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

"Ia jelas katanya bukanlah perniagaan yang diiktiraf oleh Shariah, malah ia adalah Riba," katanya.

Tanpa menjual sebarang produk malah sistem ini secara amnya melanggar 'nature of business' atau fitrah ekonomi yang akan mengakibatkan ramai yang tidak bekerja, malas dan berangan kaya semata-mata menantikan keuntungan yang dijanjikan.

"Inilah yang dinamakan 'money game' yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba.

"Bukan semua MLM tetapi jenis yang 'bermain dengan kepala' (komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat) jelas haram disisi agama," jelasnya terperinci dalam laman webnya.

Tambahnya lagi ia adalah perniagaan duit dan 'kepala' iaitu tajaan kepala dan setiap bagi mendapatkan satu 'kepala' atau 'lot' adalah perlulah membayar sejumlah wang.

"Walaupun sememangnya kelihatan amat menggiurkan tetapi malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi," katanya lagi.

Selain itu, walaupun dengan alasan untuk menjana ekonomi pendapatan umat Islam sekalipun katanya namun perkara pokok halal haram sesuatu perkara jangan dikesampingkan sedangkan 'niat tidak menghalal cara' dan Islam tidak meletakkan material ataupun harta benda semata-mata kepada asas memulihkan ekonomi umatnya ini termasuk jugalah alasan untuk mengubah keadaan kewangan yang semakin terhimpit dan bebanan kos sara hidup yang tinggi yang menimpa umat Islam khususnya rakyat di negara ini.

Beliau turut kesal dan kecewa berikutan umat Islam terpengaruh dan terpedaya akibat daripada keyakinan untuk menceburi pelburan ini disebabkan diyakinkan oleh sesetngah individu yang bergelar 'ustaz' dan ahli dalam pengetahuan agama.

"Yang saya dahulukan ialah kepentingan umat Islam dan tanggungjawab saya sebagai umat Islam untuk menjelaskannya, sama ada ada yang bersetuju atau tidak itu terpulanglah," katanya yang turut menyatakan bahawa kapasiti beliau bukanlah sebagai seorang Mufti namun menyarankan para Mufti mengeluarkan fatwa berkaitan sistem ini. (Baca ni ASRUL)

"Kajian saya terhadap sistem ini,tidak tertumpu kepada benar atau tidak keuntungan yang dijanjikan, wujud muslihat atau sebaliknya tetapi tertumpu sama ada ia menepati kehendak syariah dan sah di sisi agama," katanya

"Dan jangan meletakkan 'ustaz' sebagai 'benchmark' atau 'standard' untuk menceburi bidang sedangkan yang perlu dititik beratkan ialah hukum agama," katanya biarpun ramai para Ustaz menceburinya termasuk skim tertentu yang mungkin sah dari segi undang-undang ataupun pernah dilancarkan oeh para menteri.

Disember tahun lalu, akhbar pernah melaporkan sekurang-kurangnya wujud 50 laman web internet tempatan yang dikesan menjanjikan rakyat negara ini mengikuti skim jutawan segera antaranya bermodal RM 2.00 dan mendapat pulangan RM 1 juta dalam tempoh seminggu ataupun sebulan.

Malah dalam akhbar yang sama, jurucakap Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) berkata laman web seperti ini memang banyak dikesan tetapi tidak ramai yang membuat laporan polis selepas terpedaya atau kerugian besar akibat pelaburan yang dibuat.

"Memang semua orang mahu menjadi jutawan tetapi perlulah mengikut cara yang betul dan bukannya berangan melabur beberapa ringit dan mengaaharap jutaaan ringgit sebagai pulangan," kata jurucakap tersebut. -

apa kata kamu hadiahkan saja duit kamu kat aku dan mereka2 ni semua...dapat gak pahala..

:rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

kawan rasa ustaz tu ada strategi la. kita tak tahu cuma dia je tahu.

firasat (ni bukan telek- sila tunggu & lihat sampai bila) kawan la laman web dia nanti akan terus semakin ramai pengunjung. bila da ramai pengunjung, ada la nanti dia nak kenalkan produk dia. sampai bila dia nak makan gaji kat bank tu kan...

katakan 1% je daripada 100,000 pengunjung, beli produk dia katakan dia jual RM20. woiii dah berapa tu! itu baru 1 produk, kalau ada 5 atau 10 produk? kalau belian tu berulang setiap bulan macam mana?mak.. ai dia aje yang untung. umat islam lain tolong untung kan dia je nanti.

jadi, kalau ustaz tu dah untung, bantu lah pulak kepada pelanggan tetapnya yg berjaya kenalkan kepada rakan-rakan mereka, bagi lah upah. katakan dapat 10 orang, setiap sorang ustaz bagi lah RM2. jadi sama-sama untung....

lepas tu kat bawah sekali laman web ustaz tu, tulislah " sumbangan ikhlas anda adalah amat dialu-alukan untuk menaik taraf laman web saya".

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bila agaknya cerdik pandai Islam nak keluarkan pelaburan HYIP yang bercirikan Islam?

Bila dah ada nanti tentu kite semua tak yah lagi labur kat HYIP yang dikatakan haram.Soo.. Orang Islam kena buat kajian macam mana nak lawan dia orang.

Aku pun kalau ada nak jugak join..

Aku rasa kalau nak lawan cakap dlm forum ni tak guna jugak.

Kemiskinan boleh membawa kekafiran..

...........................

Share this post


Link to post
Share on other sites

buang masa aku jer ...

Wahai million makers, kalau rasa-rasa buang masa, aku cadangkan pada kau supaya cari hosting dan domain, setup forum sendiri pastu promote lah gila-gila apa jua yang nak dipromosikan.

Ini aku kasi ko anggaran kos hosting utk setahun:

Space = RM100 setahun

Domain = RM35 setahun

Jumlah = RM135 setahun #

Aku rasa orang macam kau (millionaire) mampu kot utk dapatkan pakej semurah ni. Kalau tak mampu, nak mintak suruh aku tolong sponsorkan pun boleh. :D

p/s; oh, terima kasih kpd moderator kerana nolong pin-upkan topik ni. Nampak cantek dah ruangan e-duit ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam n pagi sume.

Hebat perbincangan dalam tajuk ni.. cuma alangkah baik jika ia berjalan dalam suasana ukhuwah dan adab islamiyyah. dan menjadi perbincangan yg bermotifkan mencari kebenaran, bukan mencari kemenangan!!!

Rasanya yg send/post mssg n tlibat dlm pbincangan ni mostly beragama ISLAM. Adakah ISLAM menganjurkan perbalahan dalam mencari kebenaran?? Tidak kan!

Kita tak terfikir ke, jikalau ada forumer beragama lain melihat apa yg dibincangkan dlm ni? Sesama ISLAM/MUSLIM "bercakaran". Mana maruah agama dan diri??

Sesungguhnya ISLAM menganjurkan perdebatan, tp hendaklah diikuti oleh 'mereka2' yg ahli/berilmu dalam topik perbincangan tersebut.

Buangkan sifat ego dlm diri n bhati2 sebelum menaip sebb kebanyakan dari kita (tmasuk saya) kdg2 menaip dgn menggunakan "hati sebelum kepala".

Rasanya, kita semua pernah belajar basic agama bahawasanya Niat tidak sesekali akan menghalalkan cara, walau sebaik mane niat kita itu, tapi jikalau caranya bertentangan dgn AGAMA/SYARIAH, maka akan jadi haram juga akhirnya. Yg hangat dibincangkan skrg ialah "Sumber Rezeki" tsebut melalui cara ape, bukannya dibelanjakan kearah mane??

Jgnlah kita "merojakkan" hukum ALLAH SWT sesuka hati demi kepentingan diri, dtakuti kita akan syirik/sesat tanpa kita sedari!! Kaji dan bertanya dulu pada org yg lebih tahu n mendalam ilmunya sebelum meluahkan apa yg terbuku didlm hati n akal fikiran. Kdg kala dlm diri kita kerap tjadi peperangan diantara kebaikan melawan kejahatan, kdgkala kebaikan menang dan kdgkala kejahatan yg menang. Semua manusia akan merasainya cuma kdgkala ianya tidak dpt diluahkan dlm bentuk pengucapan ataupun kita yg tidak mahu ambil peduli kerana atas sebab2 tertentu yg hanya diri empunya yg tahu. Tepuk dada, tp jgn tanya pada selera, kerana selera kebiasaannya menjurus ke arah nafsu, tp tanyalah pd iman. Rasanya, mana2 forumer yg tidak puas hati pd kenyataan2 yg dikeluarkan/dipaparkan, eloklah kita semua berbincang secara matang. paling tidak pun kita boleh mbuat rujukan pd org2 yg "ahli" di jbtn/bhg agama (seeloknya yg 'ahli' dlm bhg pelaburan/perbankan ISLAM). Tak perlu kita disini yg sememangnya tiada kelayakan/tidak cukup mendalam ilmu2 tsebut, bercakaran sesama sendiri. Kita bukan hidup dizaman jahiliyah lg. Kita ada pegangan pd Al-Quran dan hadis. So, kita tanya pd org yg SEPATUTNYA jikalau kenyataan dr Ustaz Zaharuddin & JAKIM tidak mencukupi utk membuatkan diri kita tenang dan puas hati dgn masalah ini. Cukup2lah kita "bercakaran" sesama sendiri. Malu kita sebagai muslim jikalau org2 beragama lain tengok dan mengata itu dan ini pd kita nnt.

Sekian (Melayu mudah lupa - Ye ke mudah lupa???)

Share this post


Link to post
Share on other sites

macamana ni eek ...ustaz ni pun makan gaji kerja kat bank ???????????????

Nampak sangat kau tak baca dari awal thread ni lagi bahawa ustaz tersebut bekerja dia Asian Finance Bank, sebuah bank bercirikan Islamic Banking.

Harap maklum. Sila baca dan faham betul2 sblm membuat apa2 ulasan.

sebagai orang islam kita kena faham islam sesuai sepanjang zaman .dulu takde internet jadi cara dia lain .sekarang dunia makin maju .....jangan lah jadi orang islam yang mundur tak berdaya saing ....aku lihat ramai orang islam yang susah dan miskin...

Mmg boleh berniaga menerusi internet. Sapa kata tak boleh. Malah mengikut trend semasa. Cuma sebagai seorang yg beragama Islam, perlulah ikut garisan yg telah ditetapkan Syariah dan Agama. Kalau ada sistem menggunakan internet yg berlandaskan syariat Islam, mmg sangat bagus dah.

apa kata kamu hadiahkan saja duit kamu kat aku dan mereka2 ni semua...dapat gak pahala..

:rolleyes:

Nih mintak sedekah kat sini ke ape? Hahahah..

TQ mr znnet05 di atas link yg diberikan. Dpt menambah pengetahuan saya. Kagum dgn sikap znnet05 yg terus belajar dan cari sumber utk lebih memahami. Sekurang-kurangnya dptlah juga berkongsi apa yg anda dah jumpa masa google tu.. Keep on belajar ttg agama (pesanan utk diri saya sendiri..) biarlah orang kata kita bodoh, tp kita tetap berusaha utk belajar lagi.. dari terus jadi orang yg bodoh lg sombong...

Edited by ayueayang

Share this post


Link to post
Share on other sites

Seelok-eloknya kajian menyeluruh perlulah dibincangkan oleh para ulama dan bijak pandai dalam bidang2 yang berkenaan. Kajian oleh hanya seorang ustaz kadang kala tidak terlepas daripada kesilapan walaupun berpengetahuan tinggi dalam bidang agama dan kewangan. Selepas itu bolehlah difatwakan hukum sesebuah program sama ada HARAM dan sebagainya.

Ini samalah juga kesnya dengan lain-lain perkara. Kita hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang pakar dalam hal2 yang berkaitan agar maklumat dan kefahaman yang mendalam dapat diteliti sebelum menjatuhkan sesuatu hukum. Dan paling utama ialah ia perlu berlandaskan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan terpenting umat Islam. Menjatuhkan hukum dengan tergesa-gesa (sama ada mengikut emosi, ilmu atau pengalaman) merupakan beban yang amat berat untuk dipikul oleh seorang individu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau bank systemnya tetap sama ...saya sendiri pinjam loan peribadi dengan bank islam saya tahu lah .saya buat pinjaman sebanyak rm40000 .....selepas hampir 2tahun apabila saya mendapat peluang VSS dari syarikat tempat saya bekerja saya ingin langsaikan hutang saya tahu berapa saya kena bayar rm38950 .saya telah bayar rm530x hampir 22bulan .tidak ke ini menindas ..dimana roh Islamnya ..sepatutnya ia lebih meringankan beban saya .saya buat loan rumah dengan bank lain secara conventional apabila buat refinance saya dapat rebat yang besar untuk menutup pinjaman bank yang awal .ini meringankan beban saya ..kenapa Bank Islam tidak boleh buat begitu

Jawapan (SUMBER)

Benarkah Perbankan Islam Lebih Mahal & Zalim ?

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Melalui tulisan ini, saya akan cuba menjawab beberapa persaoalan yang seringkali kedengaran di kalangan masyarakat Islam khususnya, bagaimanapun, sedikit malang kerana kerap kali isu yang dijaja ini tidak disandari oleh fakta yang jelas, spesifik dan mantap.

Silap Faham Masyarakat

Masih segar di ingatan saya, salah seorang pemuda yang kelihatan kuat pegangan Islamnya mendekati saya lalu bertanya dengan soalan yang amat kerap saya mendengarnya

" Mengapa bank Islam lebih mahal dari yang Riba ? ". Tatkala saya bertanya apakah yang menyebabkan ia membuat kesimpulan demikian.

Lalu dengan tegas si pemuda ini menjawab : "Sebagai contoh" katanya dengan yakin, "Ibu saya mengatakan pembiayaan perumahan bank Islam jauh lebih tinggi dari Perbankan Konvensional, bagaimana tu ustaz ?" katanya sambil membulatkan matanya ke arah saya.

Saya bertanya kembali, " bagaimana cara ibu saudara mengira sehingga dapat jumlah itu? " kata saya, "adakah saudara tahu berapa kadar keuntungan yang dikenakan oleh Bank Islam dan berapa pula, yang dikenakan oleh Konvensional?" Tanya saya lagi.

Pemuda itu menjawab : "bank Islam ini mengenakan kadar 7.60 % setahun untuk tahun ke tiga ke tiga puluh", manakala bank konvensional hanya mengenakan 6.75 % , tambahan pula, bank islam kena bayar RM 1050 sebulan, bank konvensional hanya RM 850 sahaja " katanya membawa contoh dengan amat yakin.

Teknik Yang Tidak Disedari

Inilah antara bentuk kekeliruan yang menjalar di kalangan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan perbankan Islam di ketika ini. Mereka tidak dapat memahami cara kiraan yang betul menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, Perbankan Islam hanya mengenakan 7.60 % (tahun 3-30 sebagai contoh), ini bermakna kadar ini tidak akan bergerak hinggalah 30 tahun itu, bukankah bank Islam menanggung risiko yang besar ?. Bank Konvensional tidak menawarkan bayaran bulana sedemikian kekal sehingga 30 tahun, ia akan disemak dari masa ke semasa.

Manakala jika dilihat kepada pinjaman perumahan oleh produk konvensional, hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun pertama, tetapi bagi tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar peratusan BLR ( Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas yang tidak tetap serta dicampur dengan 0.25 % (sebagai contoh). Bagaimana jika % BLR melambung tinggi seperti 10 % sebagaimana yang berlaku ketika krisis ekonomi?, bukankah tatkala itu, kadar interest yang perlu di bayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam pengamalan bank Islam kerana di awal kontrak lagi telah menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam bermurah hati untuk memberikan rebate (ibra') atau diskaun jika pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal ‘early settlement'. Perlu dingat bahawa BLR telah naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini dari 6 % sehingga 6.75 %. Ia juga boleh melonjak lagi bergantung kepada keadaan ekonomi.

Ini bermakna, kenyataan yang menyebut perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi untuk dibayar oleh pelanggan adalah kenyataan yang kurang tepat dan amat boleh dipertikai. Malah jika dilihat kepada kadar pembiayaan yang dikenakan oleh Perbankan Islam untuk produk-produk pembiayaan perniagaan juga membuktikan kadar adalah setara dengan yang di tawarkan oleh Bank Konvensional malah lebih murah dalam banyak keadaan. Hal ini sukar untuk didedahkan kerana sesuatu kadar pembiayaan itu bergantung kepada dua hal terpenting :-

a ) Kadar Pengurusan Minima ( Cost of Fund ) sesebuah Bank islam itu.

b ) Prestasi dan kekuatan sesebuah organisasi yang memohon pembiayaan.

c ) Potensi and risiko perniagaan yang ingin diceburi.

Semua yang disebut di atas akan mempengaruhi kadar yang dikenakan kepada pemohon.

Zalim ?

Saya sedar, bahawa walaupun saya telah menerangkan hujjah di atas, akan terdapat orang ramai yang mula menyebut :

" jadi mengapa hanya setanding dengan konvensional?, kami ingin kamu menjadi lebih murah".

"Bukankah bank Islam ni patutnya 'maqasid' (tujuannya) adalah untuk membantu umat Islam, lalu kenapa mahal ?" Tanya seorang pelajar Sarjana (MA) kepada saya di sebuah IPTA.

Ketika itu, saya memberikan ceramah khas berkenaan produk perbankan Islam di sana, turut hadir adalah Ketua Jabatan Fakulti Shariahnya. Lalu saya terus melihat kepada Prof ini lalu saya bertanya pula :

"Prof. jika saya nak buat PhD di sini dalam bidang Fiqh Islam & Perbankan Islam, berapa yurannya?"

" Lebih kurang RM 13,000" katanya

"Mengapa begitu tinggi Prof, kenapa tidak yurannya hanya RM 2000 sahaja?" tanya saya menguji.

"Mana boleh, macam mana nak bayar gaji pensyarah kalau begitu" tegas Prof tersebut.

Demikianlah dapat saya simpulkan hal di Perbankan Islam juga, harga yang ditawarkan adalah menurut kemampuan dan keperluan pasaran. Perlu difahami bahawa Islam menjaga hak penjual dan pembeli secara adil. Bukan hanya hak pembeli sahaja yang perlu dijaga.

Adalah dikira kezaliman pada kita sebenarnya, jika kita 'mengutuk' sebuah kedai nasi lemak seorang islam kerana menjual nasi lemak dengan harga RM2.00, dalam keadaan kedai bukan Islam menjual pada harag yang sama atau lebih murah sedikit. Padahal, si Muslim menjual dengan kadar harga yang ia mampu tawarkan, dan ia juga halal.

Kunci Untuk Faham

Bagi meneruskan jawapan persoalan ini, adalah terlebih baik jika pembaca dapat menghayati fakta berikut terlebih dahulu :-

a ) Bank-bank Islam adalah merupakan syarikat-syarikat berlesen dan berdaftar yang juga mensasarkan keuntungan agar organisasi dapat mara lebih maju lagi ke hadapan. Bagi mencapai sasaran itu, perbankan Islam menawarkan khidmat kewangan menurut Islam melalui produk-produknya yang diiktiraf Shariah. Ia bukannya badan kebajikan yang menawarkan perkhidmatan secara percuma.

b ) Bank-bank Islam juga mempunyai pelabur-pelabur yang mengharapkan pulangan yang baik hasil pelaburannya, dan ia bukannya wang subsidi yang diberi secara percuma.

c ) Bank-bank Islam juga mempunyai para kakitangan yang perlu di bayar gaji selaras dengan nilai pasaran. Keuntungan adalah amat penting bagi menjamin kakitangan yang berkualiti dapat di kekalkan bagi meneruskan "bank's efficiency" dan "its competitiveness".

d ) Bank-bank Islam juga perlu membayar seluruh kos operasi bangunannya dan peralatan-peralatannya. Justeru jika khidmat yang di tawarkan adalah percuma dan amat murah, bagaimana mungkin sebuah bank Islam mampu terus berkembang.

Selepas memahami empat fakta di atas, cuba fahami fakta berikut pula :-

a ) Jika anda mengatakan bahawa, perbankan Islam sepatutnya sentiasa lebih murah berbanding konvensional kerana ia perlu membantu orang ramai terutamanya orang Islam. Anda perlu menyedari bahawa, kebajikan dan kepentingan bank juga perlu dijaga agar mampu terus menerus membantu segenap lapisan masyarakat. Nabi SAW tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang tidak terdesak. Ia adalah kerana Nabi SAW tidak mahu menghadkan hak peniaga bagi mendapat keuntungan, justeru, selagi mana ruang keuntungan masih berada di paras pasaran, ia adalah dibenarkan. (Mahanij Ijtihad Fi Istinbad bi rakyi, Dr Fathi Ad-Durayni, ketika menghuraikan isu tas'ir iaitu penetapan harga oleh kerajaan)

b ) Jika anda mengatakan, perbankan Islam sepatutnya membantu orang-orang yang susah dan bukan semakin menyukarkan mereka. Maka anda perlu memahami bahawa jika sesebuah bank islam itu memperolehi keuntungan, ia akan mengeluarkan zakat bagi asnaf (kumpulan) yang layak menurut Shariah. Malah selain itu, Bank-bank Islam juga mempunyai peruntukan sumbangan kebajikan "charity" yang diberikan menurut keadaan. Bukankah itu juga membantu individu yang susah dan memerlukan.

Ini jelas, kerana orang yang benar-benar susah tidak akan mampu langsung untuk mendekati Bank dan mengajukan permohonan. Maka sesiapa yang diluluskan permohonannya oleh Bank-Bank Islam sebenarnya adalah orang yang agak senang. Justeru, bukankah amat baik apabila zakat yang dikeluarkan oleh Bank disalurkan kepada orang yang benar-benar susah berbanding yang sederhana susah. Kita perlu mengetahui bahawa jumlah peruntukan zakat yang sediakan oleh Bank-Bank Islam dan jendela "windows" perbankan Islam bagi tahun kewangan 2005 sebagai contoh adalah seperti berikut : RHB ISLAMIC Bank : RM 920 ribu, HSBC Amanah : RM 49 ribu, Maybank "Islamic windows": 1.172 juta ; Public Bank "Islamic windows": 55 ribu ; Hong Leong Islamic : RM 45 ribu Rujukan : Laporan setiap Bank Berkenaan bagi Tahun Kewangan 2005). Bukankah ini benar-benar membantu orang yang susah sebagaimana yang diinginkan?.

c ) Keuntungan baik yang diperolehi oleh Bank-Bank islam juga akan membolehkan Bank ini meluaskan lagi jangkauan operasinya, selain memantapkan lagi keuntungan akan datangnya. Ia adalah amat baik kerana bakal menghasilkan lebih banyak peluang kerjaya baru bagi individu Muslim di Perbankan Konvensional yang ingin berhijrah ke perbankan Islam, ia juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan buat rakyat sekaligus membantu mereka. Malangnya, ramai yang suka menyempitkan pemikiran mereka dengan hanya melihat kepada kadar-kadar pembiayaan sahaja.

d ) Tidakkah anda sedar bahawa, apabila bank mendapat kentungan yang baik, maka ia juga akan menghasilkan kadar pulangan yang tinggi bagi penyimpan-penyimpan di akaun Islam sebagai contoh Akaun Mudharabah, sudah tentu penyimpan ini akan mendapat pulangan yang lebih besar. Demikian juga penyimpan yang menyimpan di dalam akaun simpanan jenis wadiah. Mereka juga berpeluang mendapat pulangan ‘hibah' yang lebih menarik. Ia juga satu lagi bentuk bantuan tetapi tidak disedari oleh orang yang merungut ini.

Jika hujjah ini masih lagi tidak mencukupi, saya sertakan lagi hujjah lain bagi memahamkan rakyat Malaysia terhadap perbankan Islam :-

1) Nilai sesuatu yang halal adalah tidak ternilai.

Seorang usahawan Malaysia pernah memberitahu saya pengalamannya di London, bahawa harga ayam yang disembelih jauh lebih mahal dari ayam yang tidak di sembelih. Bagaimanapun, umat Islam tetap terpaksa membeli ayam yang mahal tadi demi memastikan makanannya halal walaupun ia lebih mahal.

Demikian analogi yang ingin saya utarakan; jikalau benar sekalipun tuduhan yang mengatakan produk Bank Islam lebih mahal ; perlu diingat ia telah dipastikan halal di sisi Shariah menerusi pengesahan Majlis Penasihat Shariah masing-masing berbanding produk-produk yang tidak di ‘sah' kan Shariah.

Satu fenomena yang agak ganjil berlaku hari ini apabila wujud di kalangan orang Islam yang amat mengambil berat agar tidak memakan makan yang dicampur dengan ayam tidak sembelih dan sebagainya, tetapi sering melupakan bahaya dosa keterlibatannya dengan Riba, sedangkan dosa Riba adalah jauh lebih berat dari memakan ayam bangkai atau khinzir.

2) Kos tambahan untuk khidmat professional pengesahan Shariah.

Jika dilihat dari perspektif perniagaan dan logik pula. Perlu kita sedari bahawa proses pengesahan Shariah amat diperlukan di dalam semua produk, aktiviti pelaburan dan pembiayaan oleh Bank Islam. Justeru, keadaan ini boleh di anggap sebagai satu proses penambah piawanan professional yang pastinya memerlukan kos masa, tenaga dan kepakaran tambahan. Keadaan ini sekali lagi menyebabkan semua produk yang di tawarkan Bank Islam adalah unik, istimewa dan melalui proses Shariah Screening. Sesuatu yang lebih unik dan berkualti sudah tentu mempunyai nilai pasaran yang sedikit berbeza.

3) Bank-bank Islam adalah pemain-pemain kecil yang sedang meningkat naik.

Ini ternyata dari statistik yang dikeluarkan oleh Laporan bank Negara Malaysia Tahun 2005 yang menyebut bahawa aset semua Bank-bank Islam dan Jendela Perbankan Islam di Malaysia sebanyak RM 111.8 Billion dan ia hanya merupakan 11.6 % dari kesleuruhan aset bank di Malaysia. Ini bermakna, bank konvensional masih menguasai industri perbankan dengan cukup jauh sekali. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana prestasi perbankan Islam mencatatkan pertumbuhan sebanyak 17.7 % berbading tahun 2004.

Maka, sebagai pemain-pemain kecil yang sedang naik, kadangkala harga yang di tawarkannya mungkin lebih tinggi sedikit berbanding pemain-pemain besar. Ia bolehlah dianggap seperti harga barangan yang ditawarkan di Kedai Runcit di bandingkan dengan harga di hypermarket. Sebagai penguat hujah ini, seseorang perlu memahami bahawa sebuah bank konvensional yang mempunyai aset besar sekitar RM 150 billion (sebagai contoh), jika ia menghadapi hutang tidak berbayar (non performing loan) dari peminjamnya berjumlah RM 150 juta, kedudukan Bank itu masih tidak tergugat. Bagaimanapun, sekiranya sesebuah bank Islam dengan asetnya berjumlah RM 8 billion, mempunyai jumlah nilai hutang tidak berbayar yang sama, sudah tentu ia akan amat memberikan kesan yang besar kepada jangka hayat bank Islam itu.

Kesimpulannya, Bank-Bank Islam serta kaunter/ jendela "windows" Islam hari ini perlu diberi lebih sokongan oleh semua rakyat demi memampukan ia mencapai tahap yang di gariskan kerajaan (iaitu 20 % aset perbankan Islam berbanding konvensional), malah mengatasinya. Jika hari ini kita sanggup berkorban sedikit demi memajukan bank-bank Islam, nescaya sudah pasti generasi akan datang mampu melihat dan menikmati kadar yang sangat hebat serta halal dari institusi kewangan Islam dan produk-produk Islam

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

kamu mungkin belum berkahwin atau masih belajar ....

Saya sudah berkahwin dan nak dpt anak pun. Belajar sudah habis dan sudah bekerja.

Islam tu hebat tetapi orang yang menjalankan amanahnya skrg banyak yang menyimpang .lihat penyelewengan duit zakat ,tabung haji dan kerugian yang dialami Bank Islam setahun dua yang lepas .lihat pembedahan kembar siam ...orang kita tak membantu pada awalnya sehingga orang luar negara menaja barulah kita nak tekebil2

setuju pd sesetengah perkara yg disebutkan..

come on lah bangun lah kita untuk ekonomi dan kebaikan umat kita .isu2 besar buang bayi ,mat rempit ,pelacuran ,ahlong dan pesta jomheboh pun tak boleh kekang ....ini orang yang ingin berubah kearah kebaikan yang kau tak habis2 pertikaikan

setuju utk pembagunan ekonomi utk kebaikan islam. tp wajib berlandaskan syariat Islam, itu maksud saya. Yg bersumberkan HARAM tetaplah haram walaupun niat baik nak sara keluarga atau bersedekah sekalipun. Matlamat/niat tidak menghalakan cara. Saya tidak mempertikaikan benda yang baik utk ummat ISLAM tetapi haruslah berlandaskan pada garis syariat yg betul :) Ada ke nampak ayat2 saya yang menghalang? Cuma saya menyeru kepada sumber yang HALAL sbb kita ni ummat ISLAM..

Edited by ayueayang

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ramai kat sini tahu sebenarnya HARAM & HALAL... tp masalah skrg MEROKOK tu membahayakan kesihatan diri sendiri... serta mengganggu kehidupan org seperti aku yg amat alahan pd bau ROKOK yg MENJAHANAMKAN itu...

Aku nak tanye laa kat ustaz2 kat sini....

MEROKOK TU HARAM X?

Aku bukan ape... aku ni mmg x bole bau rokok arrr.... so seblom terangkan ISU HALAL HARAM yg lain, tolong terangkan dulu ROKOK tu HALAL KE HARAM. Macih!

AMARAN : jangan tulis dengan tulisan yang terlalu besar.!!!

Edited by Rezolles_Net

Share this post


Link to post
Share on other sites

adakah masa kamu menjawab soalan saya kamu gunakan masa kamu di tempat kerja atau kamu seperti saya dirumah dengan masa saya sendiri....gunakan laptop sendiri atau hak syarikat ...?

saya pekerja freelance dgn masa saya sendiri terima kasih :)

laptop saya dan eletrik saya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...