Jump to content
wangtenet

Kajian Tentang Pelaburan Internet Haram Di Sisi Islam

Recommended Posts

sama-samalah kita hayati dan faham dengan penerangan..

KUALA LUMPUR,27 Feb (Hrkh) - Dengan pulangan yang berlipat ganda dan jaminan keuntungan ratusan ribu malah jutaan ringgit dalam tempoh singkat, pelbagai perniagaan yang berasaskan sistem Multi Level Marketing (MLM) di internet, semakin 'menggoda' umat Islam untuk melabur walaupun sebahagian besarnya dari sudut hukum agama jelas haram.

Penasihat Syariah Dalaman, Asian Finance Bank, Zaharuddin Abd Rahman berkata umat Islam perlu berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan sistem kewangan di internet yang menyamai skim cepat kaya atau skim piramid yang berisiko tinggi dan perlu merujuk kepada pakar kewangan Islam sebelum menceburinya.

"Apa jua pelaburan yang diceburi, mestilah merujuk kepada penasihat syariah syarikat tersebut supaya dengan cara ini diketahui secara jelas bahawa pelaburan tersebut sah di sisi agama ataupun tidak,"katanya lagi ketika ditemubual Harakahdaily di pejabatnya sebentar tadi.

"Dan sebahagian besarnya tidak wujud majlis penasihat syariah serta tidak jelas produk yang diusniagakan," katanya.

Beliau sebelum ini yang telah membuat beberapa kajian tentang pelaburan internet seperti EM-Pay, Swisscash, Willyfund dan E-Barrel telah menjelaskan secara terperinci kaedah tersebut dan hukumnya dimuatkan dalam keluaran Harakah lalu dan juga dalam laman webnya www.zaharuddin.net.

Kebanyakannya pelaburan di internet yang dikenal pasti secara umumnya menjurus kepada kaedah 'mencari' orang untuk menambah pendapatan dan tiada produk yang diniaga malah seandainya ada pun ianya bersifat haram kerana terdapat unsur judi dan gharar (tidak jelas) yang ditegah di dalam Islam, jelasnya.

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

"Ia jelas katanya bukanlah perniagaan yang diiktiraf oleh Shariah, malah ia adalah Riba," katanya.

Tanpa menjual sebarang produk malah sistem ini secara amnya melanggar 'nature of business' atau fitrah ekonomi yang akan mengakibatkan ramai yang tidak bekerja, malas dan berangan kaya semata-mata menantikan keuntungan yang dijanjikan.

"Inilah yang dinamakan 'money game' yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba.

"Bukan semua MLM tetapi jenis yang 'bermain dengan kepala' (komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat) jelas haram disisi agama," jelasnya terperinci dalam laman webnya.

Tambahnya lagi ia adalah perniagaan duit dan 'kepala' iaitu tajaan kepala dan setiap bagi mendapatkan satu 'kepala' atau 'lot' adalah perlulah membayar sejumlah wang.

"Walaupun sememangnya kelihatan amat menggiurkan tetapi malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi," katanya lagi

Selain itu, walaupun dengan alasan untuk menjana ekonomi pendapatan umat Islam sekalipun katanya namun perkara pokok halal haram sesuatu perkara jangan dikesampingkan sedangkan 'niat tidak menghalal cara' dan Islam tidak meletakkan material ataupun harta benda semata-mata kepada asas memulihkan ekonomi umatnya ini termasuk jugalah alasan untuk mengubah keadaan kewangan yang semakin terhimpit dan bebanan kos sara hidup yang tinggi yang menimpa umat Islam khususnya rakyat di negara ini.

Beliau turut kesal dan kecewa berikutan umat Islam terpengaruh dan terpedaya akibat daripada keyakinan untuk menceburi pelburan ini disebabkan diyakinkan oleh sesetngah individu yang bergelar 'ustaz' dan ahli dalam pengetahuan agama.

"Yang saya dahulukan ialah kepentingan umat Islam dan tanggungjawab saya sebagai umat Islam untuk menjelaskannya, sama ada ada yang bersetuju atau tidak itu terpulanglah," katanya yang turut menyatakan bahawa kapasiti beliau bukanlah sebagai seorang Mufti namun menyarankan para Mufti mengeluarkan fatwa berkaitan sistem ini.

"Kajian saya terhadap sistem ini,tidak tertumpu kepada benar atau tidak keuntungan yang dijanjikan, wujud muslihat atau sebaliknya tetapi tertumpu sama ada ia menepati kehendak syariah dan sah di sisi agama," katanya

"Dan jangan meletakkan 'ustaz' sebagai 'benchmark' atau 'standard' untuk menceburi bidang sedangkan yang perlu dititik beratkan ialah hukum agama," katanya biarpun ramai para Ustaz menceburinya termasuk skim tertentu yang mungkin sah dari segi undang-undang ataupun pernah dilancarkan oeh para menteri.

Disember tahun lalu, akhbar pernah melaporkan sekurang-kurangnya wujud 50 laman web internet tempatan yang dikesan menjanjikan rakyat negara ini mengikuti skim jutawan segera antaranya bermodal RM 2.00 dan mendapat pulangan RM 1 juta dalam tempoh seminggu ataupun sebulan.

Malah dalam akhbar yang sama, jurucakap Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) berkata laman web seperti ini memang banyak dikesan tetapi tidak ramai yang membuat laporan polis selepas terpedaya atau kerugian besar akibat pelaburan yang dibuat.

"Memang semua orang mahu menjadi jutawan tetapi perlulah mengikut cara yang betul dan bukannya berangan melabur beberapa ringit dan mengaaharap jutaaan ringgit sebagai pulangan," kata jurucakap tersebut. - mks.

Sumber Harakahdaily.net

Share this post


Link to post
Share on other sites

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع ÙÙŠ سوقنا إلا من قد تÙقه ÙÙŠ الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صÙقتين ÙÙŠ صÙقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rasa putera.com perlu bebas dari anasir2 yang dilarang keras oleh agama. jangan sampai terlambat.

moderator yang nak memerhatikan pun takde lagi nieh.

putera.com tempat dah jadi tempat untuk spamming golongan2 yang 'gile' duit. dengan bertopengkan ustaz2 yang ntah datang dari mana. Dengan beraninya mempersoalkan agama islam. Kejahilan yang akhirnya memakan diri sendiri.

So, ada ape2 pandangan tak ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rasa putera.com perlu bebas dari anasir2 yang dilarang keras oleh agama. jangan sampai terlambat.

moderator yang nak memerhatikan pun takde lagi nieh.

putera.com tempat dah jadi tempat untuk spamming golongan2 yang 'gile' duit. dengan bertopengkan ustaz2 yang ntah datang dari mana. Dengan beraninya mempersoalkan agama islam. Kejahilan yang akhirnya memakan diri sendiri.

So, ada ape2 pandangan tak ?

Diaorang tu mungkin ustaz jgak kot... cuma kita kena pahami,tak sume ustaz pakar dalam sume bidang..

Sedarlah wahai pecinta2 "duit Segera" @ "Kaya segera".... kembalilah ke pangkal jalan... jangan kerana duit yang tak seberapa tu kita sanggup tinggalkan amalan agama kita... ust Zaharuddin dah penat buat kajian untuk mengajak manusia dari tertipu dengan muamalah2 yang palsu nie.... Kalau tak ikut kata orang alim yang bijak dalam bidangnya... kita nak ikut sapa lagi? tak kan nak ikut "ustaz donald trump"... :huh:

"Biar lah sedikit asalkan berkat daripada banyak, tapi penuh dengan laknat"

Kerana kekayaan dan duit manusia boleh melupakan segala-galanya... Itulah hamba duit... :blush:

"Daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka neraka lah yang utama baginya"

Share this post


Link to post
Share on other sites

kaya cepat miskin pon cepat...tiada jalan untuk kaya kecuali berusaha...salah melabur sendiri yang rugi...ni sume dakyah amerika, bila duit kita byk kuar dari malaysia miskin le ngara kita..cuba pk dari segi long term...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kaya cepat miskin pon cepat...tiada jalan untuk kaya kecuali berusaha...salah melabur sendiri yang rugi...ni sume dakyah amerika, bila duit kita byk kuar dari malaysia miskin le ngara kita..cuba pk dari segi long term...

kita kat sini bukan nak berbalah atau memperjuangkan sesuatu..mana yang baik dijadikan teladan..buruk jadikan sempadan..

masing2 ada pemikiran dan hati.tepuk dada tanya iman..tak perlu gaduh2..

Share this post


Link to post
Share on other sites

saye cume nak beri pendapat, sebelum nak sempurnakan iman orang atau mempengaruhi iman orng, check diri kite dulu, kite ni bersih dari segala duit haram ke. smua ade pendapat masing2, dan smua ada kubur masing2...x salah nak nasihat orng, tapi tgnk dan nasihat diri kite dulu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum,Berkenaan masalah haram dan halal ini menjadi kewajiban umat islam menasihat saudaranya,so jika nasihat kita dah diberikan maka terlepaslah tanggungjawab...warga putra yang masuk bermacam2 FUND ni rasa2 dah tahu halal dan haram ditambah lagi nasihat dari saudara2...Maka rasa terima kasih atas nasihat2 yang diberikan...Di dunia ini Wang dan perempuan adalah suatu kelalaian,maka berhati2 dalam kehidupan harian...kadang2 jika kita bangkit isu RIBA...?adakah bank tidak terlibat dengan riba..contohnya tempat bekerja Penasihat Syariah Dalaman dari Asian Finance Bank ( Zaharuddin Abd Rahman),gaji beliau dari bank tersebut,adakah Bank ini bebas dari unsur RIBA?Mohon kemaafan jika ada tersalah bahasa @tutur kata,terima kasih...Wsalam

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak perlu kaitkan dengan soal halal haram pun, kalau betul-betul kita kaji sistem tu, kita dah boleh tahu samada sistem tu sistem yang akhirnya akan menganiaya semua orang.

Jauhilah skim cepat kaya dan pelaburan-pelaburan yang akan merosakkan kita.

p/s: tahniah kepada rezolles (moderator e-duit yang baru). Agar dapat mengemudi channel e-duit ni dengan penuh rasa tanggungjawab dan bijaksana.

Kepada kaki-kaki e-duit, nasihat saya kalau betul-betul nak berjaya dalam perniagaan internet, contohilah rezolles.net :)

wassalam

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum..

RIBA?...ada sesiapa rasa rugi bila join abfund?..(mcm pinjam duit dgn along atau pinjam bank?)..ada sesiapa rasa sykt abfund rugi pasal bagi fix return dkt pelabur2 dan pelabur2 rasa x puashati?..ada sesiapa rasa duit pelaburannya dilabur dkt sykt perjudian,pelacuran,arak dll?ada sesiapa rasa abfund atau pelabur atau pihak2 lain salah satu drpnya terinaya dgn pelaburan dan pulangan yg dijanjikan?..ada sesiapa rasa dukacita x dapat untung dan rasa ditipu?ada sesiapa rasa tertipu sebab abfund sepatutnya bagi lebih lagi % sehari?..anda tidak rela dgn apa yg anda dapat?anda x akan anggap sedikit kerugian dr % setiap hari sbg service charge kpd abfund?

tepuk dada tanya selera! jika salah satu jwapannya ya..anda seharusnya meninggalkan abbfund dgn segera!

fahamilah erti riba'..jgn menuduh sembarangan sesama islam.sebagai manusia biasa,jangan tunjuk alim dan membuat hukum hanya dgn mengkaji 3-4 jam...dan jgn juga tunjuk alim hanya dgn paste kenyataan dari org lain..

sesungguhnya mencari salah org itu mmg mudah...mudah juga untuk kita menghukumkan haram walau sesuap nasi yg masuk kedalam mulut kita setiap hari..

fikir2kan lah..

salam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

.....setau aku dlm tempoh sekurang2nya 15 bulan atau 15 level

(jgn la lebih-lebih pulak...dah baca n kaji habis ke websitenya tu?)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

.....setau aku dlm tempoh sekurang2nya 15 bulan atau 15 level

(jgn la lebih-lebih pulak...dah baca n kaji habis ke websitenya tu?)

elo kawan.. kalau lerning tu buat cara baru learning. jangan nak tunjuk telor plak kat sini

Share this post


Link to post
Share on other sites

elo kawan.. kalau lerning tu buat cara baru learning. jangan nak tunjuk telor plak kat sini

kalau ustaz zaharuddin tu sendiri bekerja dengan bank, apakah maknanya tu? pada aku, boleh dikatakan keseluruhan bank di dunia ni mengamalkan riba'... tak percaya? kalau ada akaun maybank,public, bcb dan lain2, setiap hujung tahun kita akan dapat penyata kewangan yang dipos setiap hujung tahun dan setengah tahun..kat situ kita akan dapat RM3-4...itu duit apa pulak? terang2 dia tulis dividen.. adakah kita semua selidik dari mana dividen tu datang?

kalau diselidik secara tak langsung ialah dividen2 yang diperolehi tu sedikit sebanyak datang daripada wang2 mereka yang diisytihar muflis, cagaran tanah, kereta dan rumah yang telah dilelong etc...bagi yang main ASB dan Unit Trust pula, adakah mereka tahu di mana ASB / Unit Trust melabur wang mereka? tentu di pasaran wang asing bukan? yang mana ASB/ Unit Trust telah melantik badan2 tertentu untuk menguruskan urusniaga saham tersebut..sebab itulah bila hujung tahun,kita akan dapat lebih kurang 10-12% dividen...kerana sebahagian besarnya telah dikaut dan dibayar upah pengurusan (management fee) pada badan2 yang dipertanggungjawabkan tu...

ini berbeza dengan Program2 yang dikenali sebagai perniagaan internet yang dikatakan haram oleh Ustaz Zaharuddin tu...apa yang terjadi sekarang ialah para2 pelabur melabur terus di dalam pasaran saham dengan cuma menggunakan satu badan atau pihak sahaja, tidak melibatkan birokrasi dan campurtangan banyak pihak..sebab itulah dividen yang diberikan ialah secara terus kepada para pelabur...maksudnya tidak melalui orang tengah...

aku rasa mungkin Ustaz Zaharuddin dan yang sependapat dengannya tidak akan menyimpan wang mereka di dalam bank,sebab terang2 bank juga mengamalkan riba'..tapi kalau Ustaz Zaharuddin sendiri bekerja dengan bank, apakah maknanya tu? kalau PErbankan Islam mungkin jugaklaa boleh dimaafkan..tapi ini Asian Finance Bank...Wallahualam

memang mudah meletakkan kesalahan di bahu orang lain..tapi kesalahan diri sendiri kena juga pelihara dan betulkan semula..

Edited by bengang2003

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau ustaz zaharuddin tu sendiri bekerja dengan bank, apakah maknanya tu? pada aku, boleh dikatakan keseluruhan bank di dunia ni mengamalkan riba'... tak percaya? kalau ada akaun maybank,public, bcb dan lain2, setiap hujung tahun kita akan dapat penyata kewangan yang dipos setiap hujung tahun dan setengah tahun..kat situ kita akan dapat RM3-4...itu duit apa pulak? terang2 dia tulis dividen.. adakah kita semua selidik dari mana dividen tu datang?

kalau diselidik secara tak langsung ialah dividen2 yang diperolehi tu sedikit sebanyak datang daripada wang2 mereka yang diisytihar muflis, cagaran tanah, kereta dan rumah yang telah dilelong etc...bagi yang main ASB dan Unit Trust pula, adakah mereka tahu di mana ASB / Unit Trust melabur wang mereka? tentu di pasaran wang asing bukan? yang mana ASB/ Unit Trust telah melantik badan2 tertentu untuk menguruskan urusniaga saham tersebut..sebab itulah bila hujung tahun,kita akan dapat lebih kurang 10-12% dividen...kerana sebahagian besarnya telah dikaut dan dibayar upah pengurusan (management fee) pada badan2 yang dipertanggungjawabkan tu...

ini berbeza dengan Program2 yang dikenali sebagai perniagaan internet yang dikatakan haram oleh Ustaz Zaharuddin tu...apa yang terjadi sekarang ialah para2 pelabur melabur terus di dalam pasaran saham dengan cuma menggunakan satu badan atau pihak sahaja, tidak melibatkan birokrasi dan campurtangan banyak pihak..sebab itulah dividen yang diberikan ialah secara terus kepada para pelabur...maksudnya tidak melalui orang tengah...

aku rasa mungkin Ustaz Zaharuddin dan yang sependapat dengannya tidak akan menyimpan wang mereka di dalam bank,sebab terang2 bank juga mengamalkan riba'..tapi kalau Ustaz Zaharuddin sendiri bekerja dengan bank, apakah maknanya tu? kalau PErbankan Islam mungkin jugaklaa boleh dimaafkan..tapi ini Asian Finance Bank...Wallahualam

memang mudah meletakkan kesalahan di bahu orang lain..tapi kesalahan diri sendiri kena juga pelihara dan betulkan semula..

Kawan... jaga sikit fakta tu "Asian Finance Bank" adalah islamic banking, sisters company dia adalah Qatar Islamic bank. Jangan main bubuh je cmtu.

Boleh timbulkan fitnah.

Rujukan : http://www.globalpro.com.my/20Oct05-Qatar-...inance-Bank.htm

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kawan... jaga sikit fakta tu "Asian Finance Bank" adalah islamic banking, sisters company dia adalah Qatar Islamic bank. Jangan main bubuh je cmtu.

Boleh timbulkan fitnah.

Rujukan : http://www.globalpro.com.my/20Oct05-Qatar-...inance-Bank.htm

Jauhi fitnah....Apapun kita bersetuju penubuhan bank ini kat Malaysia.Jangan pula ia bekerjasama dengan bank tempatan !!!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

"tiada perniagaan tanpa kerugian dan dalam perniagaan mane ade untung tetap , kalau untung tetap dianggap bukan perniagaan dan haram" << petikan dari bpk saudara saya mase org promosi MLM kat die :lol: jgn marah2 nanti cepat tue

Edited by Joe*labi*89

Share this post


Link to post
Share on other sites

kekadang aku paste balik kenyataan dr ust ni kat org2 yg emel aku skim MLM cam em-pay ke ape2 je, diorang hentam balik aku... siap kena perli2 lg. and dengan yakinnya ckp diorang punya sistem HALAL la..

pastu ckp artikel ust ni mengelirukan ummat Islam plak. Keliru ke korang rasa? Dah nyata terang2 kat situ apa yg menyebabkan haram.

Bleh plak mamat tuh suh kuarkan fatwa kasitau haram baru dia percaya. setau aku mmg ada fatwa yg ust tu quotekan (tp bkn dr malaysia.. x silap negara2 arab yg menfatwakan haram..)

sama gak la ngan thread em-pay dlm room e-duit ni.. ahaha.. x pasal2 aku kena warning kat situh sbb nyibuk duk paste benda sama.. ahaha.. marah aje diorang ek.. dah tahu haram tp...??? wallahu'alam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ape2 je la ustaz zaharuddin tu,

nak percaya x larang,

x percaya pun x larang jugak,

ikut kehendak masing2

asalkan tiada paksaan

paksaan adalah dilarang dlm islam

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa2pun terima kasih kerana nasihat menasihati..insyaallah akan datang petunjuk jika benar perniagaan yang dijalankan ini haram..wallahualam

bro.... kalau boleh lain kali tulis perkataan InsyaAllah tu bebetolol skit yer... just nak nasihat jer.. kalau tulis nama kalam Allah kene prihatin skit... walaupun nampak remeh tapi sendiri mau ingat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Uhh thread nie dah jatuh kebawah... <_< kena naik kan nie...

Akhir zaman nie orang ambik mudah jerk soal halal haram... kerana duit macam-macam orang pertahankan, yang tak betul pun jadi betul ... untuk teman-teman yang memperjuangkan tentang kebenaran haramnya benda-benda nie teruskanlah.. jangan gentar dengan tulisan orang -orang yang menentang kebenaran nie.....yang penting tugas kita mengingatkan mereka semua... terima ker tak tu urusan Allah... yang penting sampaikan...

Kita tak perlulah berhujah panjang lebar kat sini... kalau mereka-mereka yang terlibat tu betul-betul nak tau.. bacalah artikel ust.Zaharuddin tu lebih dari sekali... :rolleyes:

Ust.Zaharuddin tu memang manusia biasa macam kita, dan beliau juga bukanlah maksum seperti nabi, tapi beliau mempunyai kepakaran dalam mu'amalah Islam.. bagi yang cetek ilmu mu'amalah Islam janganlah bangga dengan kejahilan yang tinggi tu... Beliau berpesan dan menegur berdasarkan kajian ilmunya bukan ikut nafsu semata-mata dan beliau tidak pernah memaksa... tapi kita yang tak boleh terima pendapat dia berdasarkan apa? hanya berdasarkan nafsu dan perasaan sahaja...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jangan ler ada yg bengang dengan kenyataan ustaz tu. Dia dah jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang muslim, dan sekarang menjadi tanggungjawab kita pulak untuk memikulnya. Jauhi yang haram dan cari yg halal. Itu je... Tak berat manapun..

Bump utk hari ini :-)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jangan ler ada yg bengang dengan kenyataan ustaz tu. Dia dah jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang muslim, dan sekarang menjadi tanggungjawab kita pulak untuk memikulnya. Jauhi yang haram dan cari yg halal. Itu je... Tak berat manapun..

Bump utk hari ini :-)

Terima Kasih..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...