Jump to content
Falcon

Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan

Recommended Posts

Assalamualaikum semua...

Dengan izin dan rahmat Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha Penyayang kepada kita semua... aku dapat idea untuk buat thread ni.


Tujuan thread ni adalah untuk kita sama-sama x kira la sapa pun, tua ke.. muda ke.. lelaki ke.. perempuan ke.. miskin ke.. kaya ke.. untuk sama-sama berkongsi apa-apa hadis atau kata-kata hikmah yang kita dengar atau baca.. mungkin dari Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri.. atau dari pakar-pakar motivasi ke.. sesiapa yang mengeluarkan kata-kata hikmah tersebut (kalau hadis tentu sekali datangnya dari Baginda S.A.W).

Sekadar untuk dijadikan peringatan dan pengubat kepada hati kita yang sepanjang masa lalai dan merana ni...



Aku mulakan dulu... kalau share pasal hadith.. aku mungkin sekali akan masukkan gak hadis-hadis dha'if (pada aku selagi x bertentangan dengan syara' maka aku akan share jer).

Harap forummers lain pon boleh join sama-sama kita meriahkan thread ni.

Kalau ada nak komen paper pon sila-sila lah... ::icon_biggrin::





Kata-Kata Hikmah
================


Dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam bukunya 'Wasiat & Nasihat Kerohanian'.. telah disampaikan:

"Janganlah kamu takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki."

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Majlis 40 - Keimanan Hanya Tumbuh Di Dalam Hati Yang Lembut (disampaikan di Madrasah al-Ma'murah, hari Ahad, 14 Rejab 545H)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku pernah baca satu buku himpunan kisah2 para sahabat.
Tebal buku dia...2 inci kot.

Best.
Boleh jadikan panduan hidup.
Antaranya, Nabi SAW tegur sahabat yang pakai baju warna merah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ada satu lagi buku bagus gak kalau nak story2 camtuh... tajuk dia 'Bingkisan Mutiara'. X ingat karya siapa... tapi ada nama Imam Suyuthi disitu. Keluaran Pustaka Nasional from Singapore.


Masyuk buku dia...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Menjauhi Tujuh Dosa Besar

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim



Huraian
1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.
3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.
Spoiler:
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Share this post


Link to post
Share on other sites
ada ulamak mengatakan:

betapa indahnya Iman jika dihiasi dengan Ilmu
betapa indahnya Ilmu jika dihiasi dengan Beramal
Betapa Indahnya Amalan jika dihiasi dengan (الرفق) lemah lembut, hati-2 dan tak gelojoh
tidaklah dapat dibuat perkaitan antara sesuatu dengan sesuatu sepertimana (الحلم) berlemah lembut dikaitkan dengan Ilmu

-----

maksudnya, iman dan akidah Islam itu sudah indah dan cantik, tetapi jika disandarkan dengan hujjah2 ilmu (belajar lebih mendalam dengan dalil2 akidah) maka itu lebih cantik

Ilmu itu sudah cantik dan bagus tetapi jika diamalkan maka lebih elok lagi. menunjukkan belajar ilmu tak wajib beramal, maka belajarlah banyak2, jangan khuatir tidak mampu amalkan ilmu yang kita pelajari, yang penting adalah masukkan ilmu sebanyak mungkin ke dalam hati.

beramal dan berurusan sesama makhluk Allah, akan lebih cantik dan indah apabila berlemah lembut dan tidak gelojoh. kalau kat mesir nih, orang arab ni memang dah diketahui suka buat kalut (tergesa2). suruh kita ke sesuatu tempat segera jugak, takleh tangguh walau sesaat, padahal kalau pergi esok atau minggu depan pun boleh.

ilmu dan berlemah lembut tidak dapat dipisahkan. semakin berilmu maka semakin menunduk dan tawadhuk merendah diri. jadilah seperti Rasulullah SAW yang suka berlemah lembut, dan hanya marah apabila Hak Allah dikurangkan, Baginda SAW tidak marah jika Hak Baginda dizalimi atau dikurangkan seperti kisah seorang arab badawi yang merentap kain selendang Nabi SAW sehingga berbekas di leher baginda kesan rentapan tersebut, namun Baginda SAW senyum sahaja.

Allahu A'lam...

petikan dari Syarah bagi kitab Ihya' Ulumuddin

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dunia dan akhirat ibarat dua wanita yang di madu, apabila engkau senang pada salah satu antaranya maka akan marahlah yang lain. ( Saidina Ali r.a)

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalammualaikum...

saya nak tambah sikit...hee^_^ mengenai pemakain sutera...ramai yang sangsi mengenai pemakaian dan pengecualian sutera kan...



[font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]"Dari Anas r.a nabi s.a.w memberi kelonggaran kepada Abdur Rahman bin Auf dan Zubair untuk memakai baju sutera kerana keduanya terkena penyakit gatal (kudis).” [/size][/font]


ini bermakna...


[font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="#000000"]Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti selain melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk. Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral. Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mestilah menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Pakaian lelaki contohnya mestilah berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan. " (Bukhari dan Muslim). Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Abu Daud dan al-Hakim). Pakaian lelaki juga tidak boleh diperbuat daripada sutera kecuali mereka yang mempunyai sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)[/color][/size][/font]


allahualam...:rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites
15 Maksiat yang menurunkan bala

Dari Ali Bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda: "Apabila umat ku telah membuat limabelas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu (kroni).
2. Apabila Amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik baik dengan kawanya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
[b]10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.[/b]
11. Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai(oleh kaum lelaki).
[b]13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.[/b]
15. Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
Hadis Riwayat Tirmizi

Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai keperingkat akhir.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ztecon' date='21 February 2010 - 06:36 PM' timestamp='1266748591' post='1018181']
assalammualaikum...

mcm dah ada ja tanda2 tu skrg kat dunia nie.... :huh:
[/quote]
wsalam wbt
bukan kat dunie je, tp da jelas kat malaysia nie pun da berlaku

tapi tu la, Allah bagi mase kat kita

kalau zaman2 sebelum nabi SAW , onthespot bala tu turun...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dari Abu Sa'id al-Khudrie r.a., dari Nabi Muhammad S.A.W., baginda bersabda:

" Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku memohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain IA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat kepadaNYA) makan di ampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walaupun sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia."

[Riwayat Imam at-Tirmizi]

Pengajaran Hadis:

1. Nabi s.a.w sangat kasihkan umat. Kerana itu baginda tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan yang berguna kepada mereka demi kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.

2. Nabi s.a.w menjelaskan dalam hadis ini bagaimana sifat tidur orang yang beriman. PEnuh dengan adab dan akhlak yang mulia, baik ketika sebelum tidur, semasa dan selepas bangun darinya. Tidak seperti tidur yang bagi orang yang ingkar dan lalai kepada ALLAH yang mana tidur mereka seperti binatang ternakan.

3. Sebagai hamba yang banyak dosa dan kesalahan kepada ALLAH dan sesama manusia, islam menganjurkan umatnya supaya banyak beristigfar dan bertaubat pada setiap masa dn ketika. Antaranya hendaklah kit beristigfar danbertaubat sebelum kita memulakan tidur.

4. Tidur itu adalah saudara kematian. Boleh jadi tidur itu tidur yang terakhir. MUdah-mudahan amalan istigfar taubat yang berterusan itu (termasuk sebelm tidur) menjadi asbab (penyebab) ALLAH belas kasihan dan sudi mengampunkan segala dosa kita. :

5. Rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T. itu amat luas sekali. Tidak bertepi, Sebanyak mana pun dosa kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan keampunanNYA. Orang berputus asa itu adalah sifat orang kafir kepda ALLAH S.W.T. Mohonlah keampunan kepada ALLAH Yang Maha Pengampun. Dambalah kemaafan ALLAH Yang Maha Menerima taubat hamba-hambaNYA

6. Selagi nyawa belum sampai ke ghalgharah kita, sebelum mentari menjelma dari arah barat, maka pintu taubat masih terbuka luas di depan kita. Maka,jangan sia-siakan peluang keemasan ini. Usah ditangguhkan-tangguhkan taubat dan istigfar itu sehingga ia nya tidak brmakna lagi


Al-Rahman ni Rahim
itu la sifat Allah,
yang Maha pemurah lagi Maha penyayang terhadap hamba dia

semoga dosa kita di ampun kan oleh Nya

Share this post


Link to post
Share on other sites
[font="Verdana,Arial,Helvetica,sans-serif"][size="3"][color="#000099"][b][b][size="2"][color="#0033ff"][size="3"][color="#ff0000"][u]HALAL DAN HARAM [/u][/color][/size]


Hadis [/color][/size][/b][color="#000099"][b][size="2"][color="#0033ff"]Nukman bin Basyir r.a [/color][/size][/b][/color][b][color="#000000"][size="2"][color="#0033ff"]katanya:[/color]
[/size][/color][/b][/b][color="#000000"][size="2"]Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil [color="#000099"]Nukman [/color]memegang kedua belah telinganya: [b]Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, [/b]seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati


[/size][/color][b][b] [/b][/b][/color][/size][/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
hadis berkenaan dengan [b]IBUBAPA[/b]



1. bnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "[b]Berbakti kepada kedua ibu bapa[/b]." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah."

2[color="#000000"].[/color][color="#000000"][i]Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa

3.[/i][/color][size="3"][font="trebuchet ms,geneva"][i]"[size="2"]Seorang berbangsa Arab datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: "Wahai Rasulullah apakah dia dosa besar?" Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Mensyirikkan Allah." Dia (orang Arab itu) berkata lagi: "Kemudian apa?", Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: [b]"Kemudian menderhaka kedua ibu bapa[/b] ..."[/size][/i][size="2"] (Hadits riwayat Al-Bukhari)

4.[/size][/font][/size][size="2"][font="trebuchet ms,geneva"][i]"Tiga golongan yang tidak dipandang oleh Allah 'Azza wa Jalla pada hari kiamat: [b]orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya[/b], perempuan yang menyerupai seperti lelaki dan orang yang dayus..."[/i] (Hadits riwayat An-Nasa'ie, Al-Bazzar, al-Hakim)


huraian:
jelas disini, Nabi SAW kita amat menitik beratkan umatnya supaya menghormati ibubapa kita, yang hidup mahu pun sudah tiada (dengan mendoakan mereka setiap waktu)

bertepatan denga sepotong ayat Al-Quran
[/font][/size][font="Century Gothic"][size="2"]Firman Allah s.w.t. bermaksud:[b] [font="Arial"][color="#000000"]Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima [/color][/font][/b][/size][/font][font="Century Gothic"][size="2"][color="#000000"][b][font="Arial"]balasan)[/font].[/b][/color][/size][/font][font="Century Gothic"][size="2"]( Luqman: 14)[/size][/font]


tapi hari nie, setelah kita besar dan mampu mencari pendapatan sendiri, ibubapa kita pinggirkan,.. bila datangnya satu musibah/masalah, mereka juga la yang kita cari2,. yang lagi hina, mase mahu kahwin, ibubapa dicari selepas perkahwinan, ibubapa diabaikan...
insyaallah, jika kita semua menjaga mentaati dan menjaga adab dan sopan kita (mengikut syarak) dengan ibubapa, insyallah, didunia lagi Allah SWT akan balas

mesti kita pernah dengak kisah dimana seorang anak yang berjaya dan berkerjaya serta pendapat besar tetapi hidupnya tidak penah tenang/aman
berbanding dengan seorang anak yang bekerja hanya la sebagai seorang petani tapi hidup nya sentiasa diberkati dan aman hasil berkat mentaati kedua ibubapanya..

mari la kita bermuhasabah diri sementara diberi peluang..
[quote]
ya Allah al-Khalid al Rahman al Rahim tidak la kerana aku mentaati kedua ibubapaku melainkan mencari keredhaanMu [/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)

Keterangan
Umat Islam akan mengikuti jejak langkah atau "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hingga dalam urusan yang kecil dan yang remeh sekalipun. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Pada zaman sekarang, kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini. Banyak orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "cara hidup" Yahudi dan Nashrani, baik disedari ataupun tidak. Banyak orang Islam yang telah terperangkap dalam tipu muslihat Yahudi dan Nashrani dan ada pula yang sekaligus menjadi alat untuk kepentingan mereka. Ya Allah ! Selamatkan kami dari mereka.

komen: Amat sedih jika kita fikirkan. kadangkala kena pada batang hidung sendiri. Cara hidup oramg kafir sedikit sebanyak telah meresap dalam masyarakat. Dari segi pergaulan, pakaian, muzik, sukan, dan pendidikan pun kita kita nak ikut. [b]Kita bagi macam2 alasan untuk menghalalkan apa yang kita buat[/b]. Sedangkan kita tau memang tak elok. Tipu diri sendiri. Barat buat amarican idol, kita ikut bodoh bulat-bulat malaysian idol, barat buat filem kereta, kita bukan saja buat filem kereta, dengan bohsia pun kita buat. Alasan nak timbulkan kesedaran adalah alasan paling bodoh dan alasan ini jelas diterima. Kita juga ke arah pergaulan bebas walaupun masih terkawal. Barat tonjolkan 'couple' sebelum kahwin adalah sangat perlu. kita ikut hinggakan orang yang tak ber'couple' kelihatan asing..Maka beruntunglah orang yang asing..Ya Allah..kuatkanlah kami...


[quote]kesian, umat islam malaysia diserang oleh umat islam malaysia itu sendiri..[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: [i]"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,[/i][b][size="4"] lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,[/size][/b][i] dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.[/i]"

Riwayat at-Tirmidzi

[b]Huraian : [/b]

1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya.
2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.
3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah.
4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain.
5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan.
6. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.

[spoiler]kredit to abu atiyah (halaqah)[/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ketahuilah!!! Di dalam ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah badan dan apabila rosak daging itu, rosaklah badan, demi sesungguhnya itulah dia hati (jiwa) demikianlah sabda junjungan kita.

Disinilah bagi ahli ilmu jiwa mewajibkan menuntut ilmu jiwa kerana buruk dan baik jiwa itu wajib bagi agama Islam mengawasinya kerana buruk atau baik hati itu tidak dapat dipelihara melainkan dengan ilmu pengetahuan jiwa dengan alasan sabda junjungan kita tadi, cukuplah bagi ahli falsafah mendorong dan bersungguh-sungguh mengerjakannya kerana asas agama Islam itu berdiri ialah pada jiwa juga.

Kenyataan hadith ini adalah benar-benar kenyataan ilmu jiwa yang menerangkan bahawa seseorang itu selamat dan rosak badan meskipun di dunia atau akhirat adalah daripada baik atau buruknya hati, hatilah yang menimbulkan laku rasa badan dalam erti kata badan dengan anggotanya melaksanakan sesuatu yang baik atau sesuatu yang buruk adalah menurut kehendak hati (jiwa). Hati atau jiwa adalah sumber timbulnya perbuatan, dan pekerjaan yang ditimbulnya itu dikatakan baik dan berpahala kalau sasaran hati ditujukan kepada tempat sasaran yang baik dan begitulah disebaliknya. Islam adalah agama yang memandang berat ke dalam hati, daripada hati dibuat keputusan apakah amalan yang dikehendaki oleh hati itu betul-betul ikhlas dan bersih daripada kekotoran

Islam tidak rela memberi balasan baik kepada seseorang yang rajin beramal diatas dasar hati yang kotor yang didalamnya dicampur adukkan dengan sifat-sifat riak, ‘ujub, takabur, sum’ah supaya dipuji dan disanjung dan dijulang ke langit, pendek kata supaya amalan itu sempurna ialah dengan meninggalkan sesuatu selain daripada Allah, junjungan kita telah berpesan dengan sabdanya yg bermaksud: Bahawasanya Allah S.W.T tidak sekali-kali ia menerima dan meredhai akan sesuatu pekerjaan itu sama ada yang berhubung dengan Allah atau berhubung dengan masyarakat dan negara yang dilakukan dengan tidak timbul dari hati yang bersih (ikhlas) dan hendaklah tiap-tiap amalan itu dipersembahkan kepada Allah semata-mata dan dengan lain-lain perkataan kalau sesuatu pekerjaan itu diperbuat kerana menurut hawa nafsu yang kotor atau dilakukan sesuatu itu tidak mengikut landasan-landasan yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentu sahaja pekerjaan-pekerjaan itu tidak diredhai Allah dan diakui Rasul.

Banyak perbuatan yang kelihatan baik, banyak perkataan yang nadanya sedap, dan banyak pula senyuman yang zahirnya manis, tetapi sayang sekali semuanya tidak keluar dari hati yang bersih. Kadang-kadang di dalam perbuatan, perkataan, dan senyuman yang manis itu ada pula berisi racun yang boleh membunuh. Oleh sebab itu Allah terlebih dahulu memberi peringatan supaya berhati-hati dengan firman-Nya yg bermaksud: Dan janganlah kamu ikut orang-orang yang hatinya lalai daripada mengingati kami (Allah) (18. Al Kahfi: 28)

Firman Allah lagi yg bermaksud: Yakni kalimah azab bagi orang-orang yang keras hati mereka itu daripada mengingati Allah (beramal dengan apa yang diperintah oleh Allah dan menjauhi akan larangan-laranganNya) bermula mereka itulah di dalam sesat yang amat nyata
(39. Az Zumar: 22)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bismillahhirohmannirohim

lama tak update thread nie
--------------------------------------
[size="3"][b]Warisan Yang Menguntungkan[/b][/size]

Daripada Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda;
[i]Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna[/i]

riwayat Abu Daub, al-Tarmizi,Ibn Majah dan Ibn Hibban


[b][size="3"]Ganjaran Menyampaikan Ilmu[/size][/b]

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
[i]Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia[/i]

riwayat al-Tarmizi

(300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)

[spoiler]untung nye sape yang pandai pasal PC kemudian dia mengajar orang atau menolong orang menyelesaikan masalah user tersebut (dengan syarat niat kerana Allah)[/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sabda Rasulullah S.A.W :

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan. Edited by h!me

Share this post


Link to post
Share on other sites
alamak, ingat nk tido
tak dapat la

takpe
tulis hadis dulu tuk kita semua kongsi bersama



HADIS QUDSI
[b][size="3"][color="#ff0000"][u]Catatan Kebaikan dan Keburukan[/u][/color][/size]
[/b]
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W yang bermaksud

ALLAH berfirman, Jika hamba-ku berniat melalakukan keburukan, jangan kalian (para malaikat) catat kesalahanya hingga ia melakukannya
Jika ia telah melakukakanya, tulislah dengan semisalnya.
Jika ia meninggalkanya kerana Ku, tulisla untuknya satu kebaikan
Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan
Jika telah melalakukannya, tulislah untuknya (ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda

(Riwayat al-Bukhari -6126- dan Muslim -131-)
solusi n017


[b]
Ancaman Menyembunyikan Ilmu[/b]

Daripada Abu Hurairah r.a
Nabi S.A.W bersabda:
Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui, kemudian ia menyembunyikannya
ia akan kekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat
[b]
"Dikekang dengan kekangan daripada api neraka"[/b]
Mulut orang itu dikekang sebagai balasan setimpal atas perbuatannya
Ini kerana, ia telah mengekang mulutnya sendiri dengan berdiam, sedangkan ia perlu memperkatakan sesuatu pada ketika itu


(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Share this post


Link to post
Share on other sites
dari Abu Hurairah r.a..
Rasulullah S.A.W bersabda,

"Barangsiapa yg melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan
dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah S.W.T akan melepaskan dirinya
dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yg meringankan penderitaan seorang yang susah,
nescaya Allah S.W.T akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.."

Share this post


Link to post
Share on other sites
[url="http://sufawi.blogspot.com/2010/04/25-pesanan-luqmanul-hakim.html"][b][size="4"]25 pesanan Luqmanul Hakim[/size][/b][/url]


01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
dari Abu Hurairah r.a, katanya : "Telah bersabda Rasulullah S.A.W "

"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jgnlah kamu tipu menipu,
benci membenci, musuh memusuhi, berjual beli atas jual beli
setengah yg laen dan jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yg
bersaudara."

"Seorang Muslim adalah bersaudara, tidak boleh menganiaya, tidak
boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak
boleh menghinanya.. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi S.A.W
menunjukkan dadanya 3 kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu
jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang
Muslim yg laen diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya."

Share this post


Link to post
Share on other sites
HADIS QUDSI


[color="#ff0000"][b][u][size="4"]PAGAR SYURGA DAN NERAKA[/size][/u][/b][/color]

Daripada Abu Hurairah r.a,
Rasulullah s.a.w. bersabd,
Ketika Allah telah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibril:
Pergila, lalu lihatlah syurga itu
Malaikat pun pergi dan melihat kepadanya, kemudian ia datang dan berkata:
"Wahai tuhanku, demi kePerkasaan-MU, tidak lah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya


Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan
Dan Allah berfirman
Wahai Jibril, pergila dan lihatlah kepadanya
Ia pun pergi dan melihat kepadanya,
kemudian ia datang dan berkata "Wahai Tuhanku,demi kePerkasaanMu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang memasukinya"



Nabi melanjutkan;
'ketika Allah menciptakan neraka,
Dia berfirman:
'pergi dan lihatlah kepadanya
Ia (Jibril) pun pergi lalu melihatnya
kemudian datang seraya berkata: "wahai Tuhanku, demi kePerkasaanMu, tidaklah seorang yang mendengarnya lalu ingin memasukinya

Lalu neraka di kelilingi dengan kesengan dan Allah berfirman:
"Wahai malaikat, pergilah lalu lihatlah kepadanya
Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata:
"Wahai Tuhanku, demi kePerkasaanMu, sungguh aku khuatir, tiada seorang pun tersisa melainkan memasukinya"


(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Ahmad)
rujukan - solusi isu 18

Share this post


Link to post
Share on other sites
[font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][size="4"][color="#ff0000"][b][u]Amalan Baik Yang Kekal Menemani Mayat
[/u][/b][/color][/size]
[/size][/font] [b][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="red"]Hadith :[/color][/size][/font][/b] [font="Verdana"] [/font] [font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"] Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, " Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya". [/size][/font][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"] [/font][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"] [/font] [font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b] Riwayat al-Bukhari dan muslim[/b][/size][/font]
[left][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"] [/size][/font] [/left]
[font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"] [/size][/font] [font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="#0b0fb5"] [b] [color="red"][b]Huraian[/b][/color]
1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya
2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya.walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah , juga akan bermanfaat kepada si mati.

[/b][/color][/size][/font]



sumber: jakim (iluvislam)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="4"][color="#ff0000"][b][u][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"]Tiga Golongan Yang Dilaknat[/font][/u][/b][/color][/size]

[b][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="red"]Hadith :
[/color][/size][/font][/b] [font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Dari Abu Hurairah r.a. katanya, "Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong."
[/size][/font][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b](Muslim)[/b][/size][/font]
[left][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"] [/font] [/left]
[font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"] [/font] [font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="#0b0fb5"] [b] [color="red"][b]Huraian[/b][/color]
Setiap perbuatan berdosa adalah dikira sebagai maksiat kepada Allah SWT. Orang yang tidak pernah bertaubat daripada dosa yang pernah dilakukannya akan ditimpa laknat daripada Allah dan di akhirat kelak akan mendapat hukumannya. Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadith di atas melambangkan tentang besarnya kesalahan dan dosa yang dilakukan memandangkan perkara-perkara tersebut sewajarnya tidak berlaku pada orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan benar-benar menyedari hakikat diri mereka. Hanya orang yang keras hati dan mati jiwanya sahaja tidak takut akan kemurkaan Allah SWT dan tanpa mempedulikan kebenaran kewujudan hari pembalasan, mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut hasutan hawa nafsu sekalipun ia jelas perbuatan terkutuk dan terlarang dan sekalipun manusia sekeliling amat membenci dan mengutuknya.

[/b][/color][/size][/font]sumber: jakim (iluvislam)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...