Jump to content
Falcon

Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan

Recommended Posts

[center][u][font="Arial"][b] [size="4"][color="#ff0000"]Miskin Tetapi Kaya[/color][/size][/b][/font]
[/u][/center][font="Arial"]
[quote]Dari Abu Hurairah r.a katanya:
[b]"Yang disebut orang miskin itu bukanlah peminta-peminta yang diberi orang satu atau dua buji kurma atau sesuap atau dua suap makanan. Tetapi sesungguhnya orang miskin itu ialah orang yang tahu menjaga diri (dari meminta-minta). Jika kamu mahu bacalah firman Allah SWT ".... mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak ..."[/b](al-Baqarah:273) [/quote]

(HR Muslim)


[b]Huraian[/b]

1. Setiap insan di dunia ini bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Dalam Islam seseorang itu tidak dianggap kaya hanya dengan memiliki harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar di samping ia mempunyai harta ialah bila memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia dari hartanya itu.

2. Orang yang miskin tetapi kaya maruah tidak bergantung harap dan belas kasihan daripada orang lain. Sekalipun tidak berharta ia tidak menunjukkan kelemahan dan kekurangannya itu dengan cara mendesak, meminta-minta sedekah daripada orang lain tetapi berusaha memperbaiki nasib dirinya dengan segala tenaga dan upaya, melakukan sebarang pekerjaan yang halal untuk mencari rezeki. Al-Quran ada menyebutkan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas maksudnya:"(Pemberian sedekah itu adalah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam) yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka; orang kaya-oleh orang yang mengetahui halnya kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta,. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah) apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya." (al-Baqarah:273)

3. Islam amat membenci kemiskinan kerana ia boleh membawa kepada kekufuran. Malah bagi sebuah negara yang kaya, maju dan membangun rakyatnya harus dididik untuk menabur kebajikan, sebagai tempat si kaya berbudi, si miskin dirai dan dibantu bukan tempat di mana kesenangan hanya berkisar pada si kaya manakala si miskin terus merana[/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#ff0000"][b][u]TIGA IKATAN SYAITAN[/u][/b][/color][/size]
[/center]
Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
[size="3"][quote]"[b]Syaitan mengikat tengkuk salah seorang kamu (setiap orang) ketika tidur pada waktu malam dengan tiga ikatan. Apabila orang yang tidur itu bangun dari tidurnya kemudian dia mengingati Allah SWT (membaca doa bangun tidur) maka terbukalah satu ikatan. Jika dia berwuduk, terbukalah satu ikatan lagi dan jika dia mengerjakan solat (fardu Subuh) terbukalah yang ketiga, sehingga dia menjadi sihat dan cergas. Kalau tidak melakukan yang tiga itu, dia merasakan rimas atau malas[/b]."[/quote][/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#ff0000"][u][b]Sabar Dalam Berdoa[/b]
[/u][/color][/size][/center]

[quote]Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:
[b][color="#ff00ff"]”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”[/color][/b] [/quote]

(HR Muslim)



[b]Keterangan

[/b]Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#ff0000"][u][size="4"][b]Mencegah Kezaliman/ Keganasan[/b]
[/size][/u][/color][/center]
[quote]
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::[b][i]" Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya."[/i][/b][/quote]

(HR at-Tabrani)


[b]Keterangan

[/b]i) Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim.

ii) Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh.

iii) Realiti masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup individualistik sehingga sanggup membiarkan penganiayaan dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sikap '[b]tidak mengambil endah[/b]' ini tidak wajar berlaku kerana selaku anggota sesebuah masyarakat setiap individu mestilah bersikap saling mengambil berat, sayang-menyayangi dan belas-kasihan di antara satu sama lain.

iv) Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][u][b][size="4"][color="#ff0000"]Iman yang Sempurna akan mencegah diri dari sebarang kejahatan/Maksiat

[/color][/size][/b][/u][/center][quote]
Dari Abu Hurairah r.a, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: [b]
Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.[/b][/quote]

(HR Muslim - No 86)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][u][b][size="4"][color="#ff0000"]MUsafir Dunia
[/color][/size][/b][/u][/center]

[quote]Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu bersabda:
"Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang penggembara atau perantau di jalan"[/quote]

(HR al-Bukhari)


Keterangan

Memutuskan pergantungan diri terhadap dunia melainkan pada perkara yang diperlukan untuk tujuan bermusafir dan tiba ke destinasi yang dituju.
Destinasi bagi kehidupan ini ialah kubur.
Sesungguhnya mati sekalipun masih jauh sebenarnye ia adalah dekat.
(Syarah Sunan Ibn Majah)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#ff0000"][b][u][size="4"]Nafsu tidak akan KENYANG/CUKUP
[/size][/u][/b][/color][/center]
[quote]Daripada Anas r.a., Nabi S.A.W bersabda:
"Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta/emas, tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenugu perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat."[/quote]

(HR Bukhari dan Muslim)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#ff0000"][b][u]CIRI-CIRI HAMBA DUNIA[/u][/b][/color][/size]
[/center]
[quote]Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda,
"Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan)
Sekiranya diberikan kepadanya ia meredai, sekiranya tidak diberikikan ia tidak meredai"
[/quote]


(HR al-Bukhari)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#ff0000"][b][u]Menghargai Segala Nikmat Allah[/u][/b][/color][/size]
[/center]
[quote]Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda,
"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agak kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah"[/quote]

(HR Muslim)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#ff0000"][b][u]Kejahatan Terhapus dengan Kebaikan[/u][/b][/color][/size]
[/center]
[quote]Daripada Abu Dzar r.a., Nabi S.A.W bersabda.
"Takutilah Allah dimana sahaja kamu berada; ikutilah kejahatan dengan kebaikan, kerana kebaikan menghapuskan kejahatan; dan berakhlak lah bersama manusia dengan akhlak yang baik/mulia"[/quote]


(HR al-Tirmizi dan al-Hakim)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][u][b][size="4"][color="#ff0000"]DOSA mengganggu Jiwa[/color][/size]
[/b][/u]

[left][quote]Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a.,: Aku bertanya kepada Nabi S.A.W tentang kebaikan dan dosa, lalu baginda menjawab:
"Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya"[/quote]


(HR Muslim)
[/left] [/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#ff0000"][u][size="4"][b]Usah Pentingkan Diri Sendiri[/b]
[/size][/u][/color][/center]

[quote]Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW:
“ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” [/quote]


(HR Muslim)


[u][b]Keterangan[/b][/u]
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.


Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#ff0000"][u][b]Rumahku syurgaku[/b][/u][/color][/size]
[/center]
[quote]Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:[i]
[/i]”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.” [i][/quote][/i][i]
[/i]

(HR al-Bukhari)



[u][b]Keterangan[/b][/u]
1. Rumahku syurgaku adalah rumahtangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.

2. Ada beberapa tempat, yang jika dilakukan ibadah di dalamnya, akan mendapat pahala dan keutamaan yang lebih besar berbanding dilakukan di tempat lain seperti solat di Masjidil Haram, setara dengan seratus ribu solat di tempat lain. Solat di Masjid Nabawi, setara dengan seribu solat di tempat lain dan solat di Masjid al-Aqsa, setara dengan lima ratus kali solat di tempat lain. Solat yang paling utama dilakukan di masjid itu adalah solat wajib. Sementara untuk solat sunat yang paling utama adalah jika dilakukan di rumah.

3. Waktu di rumah seharusnya diisi dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan pahala kerana perhatian terhadap pembangunan rumah dan isi rumah merupakan perkara yang paling penting untuk membangun masyarakat muslim. Hal ini kerana sebuah masyarakat akan terbina daripada gabunagn isi rumah. Jika unsur dasarnya baik, maka akan kuatlah sesebuah masyarakat itu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#ff0000"][u][b]Anak Perempuan[/b][/u][/color][/size]
[/center][color="#000000"]

[quote]Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:
[size="2"]"Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." [/size][/quote]


(HR al-Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Keterangan

1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.


4. Kata orang 'menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang'. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.[/color]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [b][size="4"][color="#ff0000"][u]Erti Ketaatan[/u][/color][/size][/b][size="4"][color="#ff0000"]

[/color][/size][/center] [quote]Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan."[/quote]

[left] (HR Al-Bukhari dan Muslim)

[/left]
Keterangan

1. Ketaatan adalah terhad kepada perkara kebaikan sahaja.

2. Tidak wajib patuh kepada kepimpinan (suami, ketua, dll ) sekiranya disuruh melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama tetapi sekiranya suruhan itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam maka ia wajib dituruti (taati).

3. Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur daripada sejauhmanakah seseorang itu dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][img]http://i42.photobucket.com/albums/e341/nia_ardhilla/emeralda81.jpg[/img]
[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
[b][i]"Orang yang beriman yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik diantara kamu ialah orang yang paling baik ahlaknya terhadap isterinya"[/i][/b].

(H.R. Tarmizi)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][u][b][size="4"][color="#ff0000"]DOA TIDUR DAN BANGUN TIDUR
[/color][/size][/b][/u][/center][b][u][size="4"] [/size][/u]
Sebelum Tidur Membaca Doa :[/b]

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَ أَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

[b]ertinya :[/b]
[i]Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati[/i]

[b]Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :[/b]

اَلْحَمْد ُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَ ا بَعْدَمَا أَمَاتَنَ ا وَإِلَيْه ِ النُّشُور ُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur

[b]ertinya :[/b]
[i]Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit[/i]

[b][i]Keterangan :[/i][/b]

Doa ini berdasarkan hadits nabi yang diambil dari Riadust Shalihin (oleh Imam Nawawi) :

عَنْ حُذَيْفَة َ وَأَبِىذَ رٍّ رَضِىَالل ّهُعَنْهُ مَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَ ى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَ أَمُوتُ ، وَإِذَااس ْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْد ُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَ ا بَعْدَمَا أَمَاتَنَ ا وَإِلَيْه ِ النُّشُور ُ . رَوَاهُ الْبُخَار ِىُّ

[b]ertinya :[/b]
[i]Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : [b]bismikallahumma ahya wa amutu[/b] (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; [b]alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur[/b] (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit).[/i] (Bukhari)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][u][color="#ff0000"][b][size="4"]Roh Meninggalkan Jasad
[/size][/b][/color][/u][/center][size="2"][b]
[/b]
[quote]Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:"Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?" Jawab mereka, "Ya kami melihatnya, ya Rasulullah." Sabda baginda lagi:"Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi."
[/quote]

(HR Muslim)

[b]Huraian[/b]
Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan [b]"husnul khatimah"[/b] atau [b]"su'ul khatimah"[/b], sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah.

Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:
[quote]"Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga." [/quote]
(HR al-Bukhari).

Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ( [b]"Husnul Khatimah"[/b] ) atau tanda-tanda buruk ([b] "su'ul khatimah" [/b]) dalam mengakhiri ajal seseorang. Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini[/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][u][b][size="4"][color="#ff0000"]Jangan Sombong
[/color][/size][/b][/u][/center]
[quote]Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Allah S.W.T berfirman: 'Kemulian ialah serban-Ku dan kesombongan ialah sarung-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dalam Kedua-dua sifat itu, nescaya Aku akan melemparkannya ke dalam neraka"[/quote]

(HR Abu Daud : 4092)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="2"][center] [b][size="4"][color="#ff0000"]Perbuatan/Akhlak yang Baik[/color][/size][/b] [/center]

Daripada Abu Hurairah RA berkata: [b][i]
[/i][/b][quote][b]"Orang yang beriman yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik diantara kamu ialah orang yan[i]g paling baik ahlaknya terhadap isterinya"[/i][/b]. [/quote]

(HR Tarmizi)[/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][font="Arial"][u][size="4"][color="#ff0000"][b]Menderma Untuk Diri Sendiri[/b][/color][/size][/u]
[/font][/center][font="Arial"]
Dari Abu Dzar katanya:
[b][i] [/i][/b][quote][b]"Aku berkata kepada rasulullah s.a.w :"Pekerjaan manakah yang paling utama?" Jawab Rasulullah s.a.w:"Beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah." Aku bertanya lagi:"Membebaskan sahaya manakah yang paling utama?" Jawab baginda:"yang paling dikasihi oleh tuannya dan yang termahal harganya." Aku bertanya pula:" Jika saya tidak melakukan itu semua?" Jawab baginda:"Membimbing pembuat sesuatu sedangkan orang itu tidak berkeahlian." Berkata Abu Dzar:"Ya Rasulullah s.a.w, terangkanlah kepada saya bagaimana jika saya tidak kuasa melakukan sesuatu pekerjaan? Jawab baginda:"Jangan membuat bencana terhadap orang lain, kerana hal itu sebagai dermamu kepada dirimu sendiri." [/b][/quote]
[b]
[/b](HR Muslim)


Semua orang mempunyai hak untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan. Jika semua hak-hak ini dihormati, maka dunia akan selamat dan seluruh penghuninya akan berbahagia, sekalipun tingkat kebahagiaan itu berbeza-beza. Bagi insan yang beriman dan beramal soleh mereka akan sentiasa mencari-cari jalan yang boleh mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T kerana dengan cara itu mereka akan merasa tenang dan bahagia.
Bahkan pembalasan syurga adalah idaman setiap manusia yang benar-benar menyedari akan hakikat kehidupan di dunia ini. Namun begitu tidak semua manusia berupaya melakukan pengorbanan apatah lagi jika ia memerlukan keikhlasan dari hati yang benar-benar suci dan murni tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Tetapi itulah yang paling bernilai di sisi Allah S.W.T. Oleh itu demi mengatasi kesulitan dalam menyempurnakan tanggungjawab selaku seorang muslim agar kehidupan terus menjadi aman dan bahagia, kita janganlah melakukan pekerjaan yang boleh mengganggu kesejahteraan orang lain dan perbanyakkanlah melakukan kebajikan kerana inilah yang sebenar-benarnya ajaran agama kita yang menyuruh supaya menghormati semua orang, tidak mengganggu setiap hak orang lain sama ada hak peribadi, hak bermasyarakat hinggalah sampai kepada hak bernegara. Apabila semua ini dilaksanakan dengan sebaiknya bukan sahaja seseorang individu itu disenangi malah imej agama juga akan bersih daripada sebarang fitnah yang mencacatkan. [/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center]‎[size="4"][color="#ff0000"][b]3 AMALAN AGAR MUDAH DIHISAB DI AKHIRAT & MEMBAWA KE SYURGA[/b]

[/color][/size][/center]
Nabi saw bersabda:"Barangsiapa ada pdnya 3 perkara,nescaya Allah menghisabnya dengan hisab yg mudah & mmasukknnya ke dalam syurga dengan rahmatNya.
1. memberi pertolongan kepada org yang tak mahu menolongmu.
2. myambung silaturrahim dengan orang yg memutuskan silaturrahim denganmu.
3. memaafkan org yg mnzalimimu.


(HR Tabrani).

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][img]http://www.jais.gov.my/templates/tangerinedream/images/hadith19072010.png[/img]
[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Sabda Nabi saw : "Kamu tidak akan memasuki syurga hinggalah kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman hinggalah kamu berkasih sayang sesama kamu, mahukah kamu jika aku ajarkan kepada kamu satu perkara yang jika kamu lakukan akan menjadikan kamu berkasih sayang sesama kamu, jawab para sahabat : Ya wahai Nabi ! Baginda bersabda : Hendaklah kalian saling mengucapkan salam sesama kamu! [/quote]

( Riwayat Ahmad no 1412, al-Tirmizi no 2510, al-Baihaqi no 20854 )


kredit to Ustaz Zahazan FB :) ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...