K.A. 312 Report post Posted May 11, 2010 [img]http://farm3.static.flickr.com/2581/3673462917_4d7c149eaf.jpg[/img] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 11, 2010 [b][u][size="4"][color="#ff0000"]AZAB INGKAR ZAKAT[/color][/size][/u][/b] [font="Verdana"][size="1"][font="Verdana"][size="2"] Rasulullah bersabda : "Barang siapa diberi oleh Allah kekayaan tetapi tidak menunaikan zakatnya, maka pada hari kiamat nanti kekayaan itu akan dirupakan ular jantan yang botak kepalanya (disebabkan banyak bisanya) yang mempunyai dua titik hitam di atas matanya, dan ular itu akan membelit orang tersebut kemudian ular itu membelit orang tersebut kemudian ular itu memegang kedua tulang pipinya sambil berkata : Akulah kekayaanmu dan akulah harta bendamu" [/size][/font][/size][/font]hadis lain:- 1 [font="Verdana"][size="2"]Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Setiap pemilik emas atau perak yang tidak mengeluarkan zakat akan dipakaikan dengan kepingan-kepingan api pada Hari Kiamat, lalu dia dibakar di bahagian rusuk, dahi dan belakangnya dengan kepingan tersebut dalam Neraka Jahanam. Setiap kali kepingan itu menjadi sejuk, ia akan dipanaskan kembali. Setiap hari menyamai lima puluh ribu tahun ukuran sekarang. Keadaan ini berterusan sehingalah umat manusia diputuskan ke manakah akan ditempatkan, samada ke Syurga atau ke Neraka.[/size][/font] bersambung Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 12, 2010 [size="2"]2. [/size][font="Verdana"][size="2"] Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan lembu dan kambing? Rasulullah s.a.w bersabda: Demikianlah juga pemilik lembu dan kambing yang enggan menunaikan zakatnya. Pada Hari Kiamat pemilik lembu dan kambing tersebut akan dibiarkan di padang terbuka bersama lembu dan kambingnya sebanyak jumlah yang dimilikinya dan tidak berkurangan walaupun seekor lembu dan kambingnya tersebut. Lembu-lembu dan kambing-kambing itu tidak ada yang bertanduk bengkok, tidak ada yang tidak bertanduk atau tidak ada yang bertanduk pecah. Semua lembu-lembu dan kambing tersebut menanduk orang itu iaitu pemiliknya yang enggan membayar zakatnya tadi dengan tanduknya dan memijak-mijak dengan tapak kakinya. Apabila lembu atau kambing yang pertama selesai dari menyiksanya, maka datang pula yang lain kepadanya. Keadaan ini terus-menerus terjadi dalam satu hari yang ukurannya sama dengan lima puluh ribu tahun, sehinggalah diselesaikan urusan umat manusia. Lalu dibentangkan jalan kepada umat manusia ke manakah mereka akan ditempatkan, samada ke Syurga atau ke Neraka. 3.[/size][/font][font="Verdana"][size="2"]Ditanyakan lagi: Wahai Rasulullah! Kuda itu ada tiga jenis: Sebagai beban bagi seseorang, sebagai pendinding bagi seseorang dan juga sebagai ganjaran bagi seseorang. Adapun kuda yang menjadi beban bagi seseorang pemiliknya iaitu kuda yang diikat untuk tujuan pameran, bermegah-megah dan memusuhi pendokong Islam. Kuda itu merupakan beban iaitu dosa bagi pemiliknya. Kuda yang menjadi pendinding bagi seseorang pula ialah kuda yang diikat oleh pemiliknya untuk keperluan perjuangan di jalan Allah, kemudian pemilik itu tidak melupakan hak Allah yang terdapat pada punggung dan leher kuda tersebut. Kuda itu merupakan pendinding iaitu penghalang pemiliknya dari api Neraka. Sedangkan kuda yang menjadi ganjaran bagi pemiliknya ialah kuda yang diikat iaitu dipelihara untuk perjuangan di jalan Allah, untuk pendokong Islam, pada tanah yang subur atau taman. Apapun yang dimakan oleh kuda itu dari tanah subur atau taman tersebut, pasti dicatat untuk pemiliknya kebaikan iaitu ganjaran sebanyak yang telah dimakan olah kuda itu dan dicatatkan juga kebaikan untuk pemiliknya sebanyak kotoran dan air kencingnya. Bila tali kekang terputus dan kuda itu meliar iaitu memberontak, ia lari sekali atau dua kali, maka Allah juga akan mencatatkan untuk pemiliknya kebaikan sebanyak langkah-langkah dan kotoran-kotorannya. Jika pemilik kuda itu membawa kudanya pada sebatang sungai, kemudian kuda itu minum dari air sungai tersebut, padahal sebenarnya dia tidak berniat memberi minum kudanya itu, maka Allah mencatatkan untuknya kebaikan sebanyak yang telah diminum oleh kudanya. 4.[/size][/font][font="Verdana"][size="2"]Baginda ditanya lagi: Wahai Rasulullah! Bagaimana pula dengan kaldai? Rasulullah s.a.w bersabda: Mengenai kaldai, tidak ada sesuatu pun iaitu Wahyu diturunkan kepadaku, kecuali ayat al-Fazzah al-Jami'ah: Yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan kebaikan sekalipun seberat zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sekalipun seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya juga[/size][/font] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 14, 2010 [font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][size="3"][color="#ff0000"][u][b]SEDEKAH YANG DITOLAK [/b][/u][/color][/size] [quote] Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”[/quote] -HR Muslim- (JAKIM) [/size][/font] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 14, 2010 [size="3"][color="#ff0000"][u][b]ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API[/b][/u][/color][/size] [quote]Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. -H.R. Tirmizi- Keterangan Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan. [/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 14, 2010 Beramal Dan Berjemaah [size="4"][color="#ff0000"][u][b]Mesti Mengamalkan Islam Walaupun Dalam Keadaan Terasing[/b][/u][/color][/size] [quote]Daripada Abu Hurairah r.a.., Nabi S.A.W. bersabda, "Islam bermula dalam keadaan terasing, ia akan kembali asing seperti permulaanya. Mak, berbahagialah untuk orang yang terasing" (HR Muslim) Keterangan Mereka mengecapi kebahagian kerana mendapat ganjaran atas kesabaran menghadapo kesusahan ketika berada dalam kedaan terasing[/quote] [size="1"] (sumber: 300 Hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad dan Ahmad Hasan) [/size] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 14, 2010 Beramal Dan Berjemaah [color="#ff0000"][size="4"][u][b]Keredaan Hakiki[/b][/u][/size][/color] [quote] Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi S.A.W. berkata kepadanya:, "Wahai Said!, Siapa yang meredai Allah Sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad sebagai nabi; maka wajiblah baginya Syurga" ( HR Muslim) Keterangan Menurut Qadhi' 'Ilyad: Hal yang demikian adalah kerana sesiapa yang meredai sesuatu perkara maka urusannya menjadi mudah. Begitu juga orang beriman tatkala iman menguasai hati maka mudahlah ia melakukan ketaatan dan merasai kelazatannya. [right]Syarah Shahi Muslim[/right][/quote] [size="1"](sumber: 300 Hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad dan Ahmad Hasan) [/size] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 16, 2010 Keistimewaan Nabi S.A.W [size="4"][color="#ff0000"][u][b]Rasulullah S.A.W. Penghulu Manusia[/b][/u][/color][/size] [quote]Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W., bersabda., "Akulah penghulu manusia pada hari kiamat" (HR al-Bukhari dan Muslim) Keterangan Nabi S.A.W. mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah S.W.T. Ia merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda S.A.W [right](Tuhfah al-Ahwazi)[/right][/quote][right] [/right] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 16, 2010 Keistimewaan Nabi S.A.W [color="#ff0000"][u][b][size="4"]Rasulullah S.A.W. Sebagai Rahmat [/size][/b][/u][quote][u][b] [/b][/u][size="2"][color="#000000"]daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda., "sesungguhnya aku diutuskan sebagai Rahmat (HR Muslim)[/color][/size][/quote][size="2"][color="#000000"][/color][/size][b] [/b][/color] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 16, 2010 Keistimewaan Nabi S.A.W [size="4"][color="#ff0000"][u][b]Pendiduk Insan Berakhlak Mulia (sebagai Contoh, Idola, Ikutan)[/b][/u][/color][/size] [quote]Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik" (HR Ahmad)[/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 16, 2010 Keistimewaan Nabi S.A.W [size="4"][color="#ff0000"][u][b]Kelebihan Selawat[/b][/u][/color][/size] [quote] Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda., " Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali" (HR Muslim) Keterangan "Allah berselawat": Rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah S.W.T. [right](Syarah Shahih Muslim)[/right][/quote][right] [/right] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 16, 2010 [u][b][size="4"][color="#ff0000"]Orang Bakhil yang Sebenar[/color][/size][/b][/u] [quote]Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi S.A.W. bersabda., "Orang yang bakhil ilah orang yang mendengar namaku disebut, tetapi tidak berselawat ke atasku" (HR al-Tirmizi) Keterangan -Orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri daripada selawat Allah S.W.T untuknya jika ia berselawat sekali - Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama baginda. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat [right](tuhfah al Ahwazi)[/right][/quote][right] [/right] Quote Share this post Link to post Share on other sites
h!me 27 Report post Posted May 17, 2010 Nasihat Adalah Tunjang Islam (Hadis- 7) daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi S.A.W telah bersabda; "Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: untuk siapa? Baginda bersabda: untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para pemimpin bagi kaum muslimin dan untuk umat Islam keseluruhannya." (H.R Muslim) Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 17, 2010 [size="4"][color="#ff0000"][u][b]Mendirikan Masjid kerana Allah[/b][/u][/color][/size] [quote] Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi S.A.W bersabda., "Sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga' (HR Musilm)[/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 17, 2010 [size="4"][color="#ff0000"][u][b]Tempat yang Disukai dan Dibenci[/b][/u][/color][/size] [quote] Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi S.A.W. bersabda., "Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar" (HR Muslim)[/quote] ade perawi merawikan "sebaik2 tempat adalah masjid. Seburuk2 tempat adalah pasar" wallahhualam.. [b]pasar[/b] - leh kita tafsirkan shopping complex dan sewaktu dengannya Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 17, 2010 [size="4"][color="#ff0000"][b][u]Waktu terbaik untuk Berdoa[/u][/b][/color][/size] [quote]Daripada Anas bin Malik, Nabi S.A.W. bersabda., "Doa tidak ditolak di antara waktu azan dan iqamat) (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)[/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 17, 2010 [size="4"][color="#ff0000"][b][u]Manusia Terbaik[/u][/b][/color][/size] [quote] Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi S.A.W. bersabda., "orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang belajar Al-Quran dan mengajarnya" (HR al-Bukhari)[/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
h!me 27 Report post Posted May 18, 2010 Sifat Malu dan Kelebihannya (Hadis- 20) Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu." (H.R. Al-Bukhari) Quote Share this post Link to post Share on other sites
ikin79_v2 1 Report post Posted May 18, 2010 (edited) [b][size="5"][color="#FF0000"]Kelebihan Berzikir[/color][/size] [/b] ( Hadith Qudsi ) Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasulallah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t. berfirman: "Sesungguhnya aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba ku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Jika dia mengingati Aku dalam hatinya, maka Aku mengingati dia di dalam hati Aku, dan jika dia mengingati aku dalam jamaah maka aku mengingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). " "Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekat aku sehasta, maka aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang kepada ku berjalan, maka aku dekati dia dengan berlari." Edited May 18, 2010 by ikin79_v2 Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 18, 2010 [size="4"][color="#ff0000"][u][b]Ujian Penghapus Dosa[/b][/u][/color][/size] [quote] Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda., "Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya" (HR al-Bukhari dan Muslim)[/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 18, 2010 [size="4"][color="#ff0000"][b][u]Mendapat Syahid[/u][/b][/color][/size] [quote] Daripada Said bin Zaid r.a., Nabi S.A.W. bersabda., "Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid" (HR al-Tirmizi dan al-Nasa'i)[/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 19, 2010 [size="4"][color="#ff0000"][u][b]Ganjaran Berniat Syahid[/b][/u][/color][/size] [quote]Daripada Sahl bin Hunaif r.a., Nabi S.A.W. bersabda., " Siapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang benar, nescaya Allah akan menyampaikannya kepada kedudukan para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya" (HR Muslim)[/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 19, 2010 [size="4"][color="#ff0000"][b][u]Perbezaan Orang yang Berzikir dan Tidak Berzikir[/u][/b][/color][/size] [quote]Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi S.A.W bersabda., "Perumpamaan orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati" (HR al-Bukhari)[/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 19, 2010 [size="4"][color="#ff0000"][b][u]Sesuatu yang memalukan bagi Allah[/u][/b][/color][/size] [quote]Daripada Salman al-Farisi r.a., Nabi S.A.W. bersabda., "Sesungguhnya Allah amat malu dan Maha Mulia. Adalah suatu yang memalukan bagi Allah, apabila seseorang insan mengangkat dua tangannya, lalu Allah menolaknya kosong dan rugi" (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)[/quote] mari kita berdoa banyak2, insyAllah, Dia akan dengar dan membalasnya Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 20, 2010 [color="#000000"][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Categori : AKIDAH Akhlak [/size][/font][/color][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="#000000"][b][u][size="4"][color="#ff0000"]Pantang Menyerah Sebelum Ajal [/color][/size][/u][/b][/color][/size][/font] [color="#000000"][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Hadith :[/size][/font][/color] [font="Verdana"] [/font] [font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="#000000"] [quote]Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda:"Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa:"Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku." [/quote] (HR al-Bukhari) [b][u] [/u][/b][/color][/size][/font][b][u][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"] [/font][font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"] [/font][/u][/b] [font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="#000000"] [font="Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b][u][color="#2e8b57"]Huraian[/color][/u][/b] Sebagaimana maklum Islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa jua perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT. Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauhmanakah keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah. Orang-orang yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah dalam dugaan ini dan sebaliknya pula bagi orang yang kurang imannya di mana hal yang demikian boleh memungkinkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya. Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya di mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar. Bukankan setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pahlawan Melayu'Pantang menyerah sebelum ajal!'[/size][/font][/color][/size][/font] Quote Share this post Link to post Share on other sites