Jump to content
Falcon

Perkongsian Hadis dan Kata-Kata Hikmah - mengubat hati yang lalai dan

Recommended Posts

[color="#ff0000"][u][size="3"][b]PUASA YANG BERKAT BAGAIMANA?[/b][/size][/u][/color]


Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga." Riwayat Ibnu Majah

Huraian :
Pengajaran Hadis:
i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:
a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.

b.) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.

c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.

d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar


[spoiler]
[url="http://www.facebook.com/home.php?#%21/1Hari1Tazkirah"]http://www.facebook.com/home.php?#!/1Hari1Tazkirah[/url][/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
daripada Abu Hurairah r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)

(HRMuslim)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

(al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”

(al-Bukhari dan muslim) Edited by h!me

Share this post


Link to post
Share on other sites
:bismillah:

[quote]Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang melakukan solat malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR Bukhari)
[/quote]

[b]
Sekadar tambahan dan peringatan sempena bulan Ramadhan:[/b]

Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian.Rugi kerana tidak bersungguh-sungguh dalam merebut peluang melakukan amal ibadah khususnya pada penghujung Ramadhan iaitu 10 malam terakhir Ramadhan.Apa yang terjadi pada penghujung Ramadhan kita terlalu leka dengan pekara keduniaan,leka dengan persiapan hari raya sehingga tidak menghidupkan rumah2 Allah dengan amal ibadah.Apa yang berlaku sekarang pada penghujung Ramadhan masjid atau surau makin kosong pada malam2 sebelumya.Kalau kita lihat pada fasa pertama Ramadhan masjid masih penuh dengan umat2 islam menunaikan tarawikh.Pada fasa kedua Ramadhan pula hanya tinggal separuh saja makmum.Pada fasa yang ketiga Ramadhan boleh kira ada beberapa orang makmum sahaja di masjid.Kemana mereka?Masyarakat yang tinggal di bandar berasak-asak memenuhkan pasaraya atau bazar2 untuk membeli barang untuk persiapan hari raya seperti baju raya,langsir,kuih dan sebagainya.Di kampung pula mereka sibuk berjaga malam buat kuih raya,menganyam ketupat,bakar lemang sampai subuh.Sedangkan kita sangat dituntut melakukan amal ibadat seperti bertarawikh,bertadarus,qiyamullai beriktikaf dan sebagainya pada penghujung Ramadhan untuk mencari lalilatul Qadar.Inilah realti yang berlaku dalam masyarakat kita, sebaliknya pekara ini tidak berlaku di negara2 arab.Disana 10 malam terakhir Ramadhan makin penuhlah rumah2 Allah.Raya pun raya juga, Sambutlah dengan keriangan dan kegembiraan tetapi jangan lupa merebut peluang beribadah khususnya pada penghujung Ramadhan.Moga2 kita menjadi hamba yang lebih bertaqwa dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita telah lakukan dan menerima amalan kita sepanjang bulan ini.Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita? Wallahu'alam. Edited by Mr_Iz

Share this post


Link to post
Share on other sites
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan syawal,maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (HR MUSLIM)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Daripada Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAh. Iaitu lemah lembut dan tenang." - HR. Muslim

iluvislam.com

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color="#FF0000"][size="5"][b]Larangan Bersumpah Dengan Nama Selain Allah[/b][/size][/color]

[quote]
Diriwayatkan dari Saad bin Ubaidah r.a., ia berkata bahwa Ibnu Umar r.a. mendengar seorang laki-laki berkata dalam sumpahnya, yang artinya, "Demi Ka'bah!" Ibnu Umar berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah [b]kafir[/b] atau berbuat [b]syirik[/b].'" (Shahih, HR Abu Daud [3251] dan Tirmidzi [1535])
Masih dari Abdullah bin Umar r.a., ia berkata: "Rasulullah saw. Bersabda, 'Setiap sumpah yang diucapkan tidak dengan nama Allah, termasuk perbuatan syirik.'"

(Shahih, HR Hakim [1/18] dan Silsilah al-Ahadatis ash-Shahihah [2042])

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a., bahwasanya Rasulullah saw. bertemu dengan Umar bin Khaththab r.a. yang sedang berjalan bersama rombongan, beliau mendengarnya bersumpah atas nama ayahnya. Rasulullah saw. Bersabda, "Ketahuilah, sesungguhnya Allah melarang kalian bersumpah dengan nama bapak-bapak kalian. Barang siapa bersumpah, hendaklah ia bersumpah dengan [b]nama Allah[/b] atau sebaiknya ia [b]diam[/b]." (HR Bukhari [6646] dan Muslim [1646])

Umar berkata: "Demi Allah sejak aku mendengar sabda Rasulullah itu, aku tidak pernah bersumpah dengan selain nama Allah, baik menyebutkannya langsung ataupun menukil ucapan orang."

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, "Bahwa Rasulullah saw. Bersabda, 'Janganlah kalian bersumpah dengan [b]nama bapak atau ibu kalian[/b] dan jangan pula bersumpah dengan nama selain Allah! Serta janganlah kalian bersumpah kecuali dengan nama Allah! Dan janganlah bersumpah dengan nama Allah kecuali kalian harus [b]jujur[/b] (di dalamnya)'!" (Shahih, HR Abu Daud [3248] dan Ibnu Hibban [4357])
[/quote]

Sumpah palsu atas nama Allah SWT adalah maksiat.
Sumpah jujur/palsu atas nama selain Allah SWT adalah syirik.

Bersumpah walaupun jujur atas nama selain Allah dosanya lebih besar dan bahkan lebih teruk dari orang yang bersumpah kerana Allah walaupun sumpah itu palsu.
Jangan sekali-kali bersumpah atas nama orang lain kecuali atas nama Allah kerana bersumpah dengan nama selain Allah boleh jatuh syirik.sekian. Edited by Mr_Iz

Share this post


Link to post
Share on other sites
sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='27 October 2010 - 04:03 PM' timestamp='1288166588' post='1051520']
sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)
[/quote]
Betul² buat ku rasa takut. :(

Rasulullah S.A.W Penghulu Segala Manusia:
Daripada Abu Hurairah., Nabi S.A.W bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari kiamat." (Riwayat Al-Bukhari dan Mulim)

Keterangan: Nabi S.A.W mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah S.W.T. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda S.A.W. (Tuhfah Al-Ahwazi)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#8B0000"][b]Ukuran Iman Yang Sempurna[/b][/color][/size][/center]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
[quote]“Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”[/quote]
[right]Riwayat Bukhari dan Muslim[/right]

[b]Huraian:[/b]

Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama menandakan ketidaksempurnaan iman di jiwanya.

Kebahagiaan hidup adalah bergantung pada pertalian keturunan yang baik, keselamatan akal dan fikiran serta harta benda kerana keturunan yang terpelihara akan menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat, akal yang sihat membolehkan seseorang itu membezakan antara yang baik dan buruk, hak dan batil serta keselamatan harta benda itu pula membolehkan segala perancangan dilakukan dengan lancar dan sempurna.

Oleh itu Islam melarang keras daripada melakukan perbuatan zina yang boleh mencemarkan keturunan manusia, minum arak atau menagih dadah yang boleh merosakkan akal fikiran serta perbuatan mencuri yang menyebabkan kesusahan orang lain dan sebagainya.

Sesungguhnya kekuatan iman itu dinilai pada sejauh mana seseorang itu dapat membendung hasutan nafsunya serta menjauhi bisikan-bisikan jahat yang menggodanya.

Oleh itu amat penting bagi setiap mukmin sentiasa menjaga pergaulannya agar tidak terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat yang berlaku di sekitarnya.

[spoiler]http://hadis.feryco.com/ukuran-iman-yang-sempurna[/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][b][size="4"][color="#8B0000"]Jangan Kamu Marah![/color][/size][/b][/center]

[quote]Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: ”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”
(al-Bukhari)
[/quote]
[b]Huraian:[/b]

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.

Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji.

Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.

Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain.

Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...