Jump to content
skyzal

Hubungan Keluarga

Recommended Posts

salam semua, leh bg pendapat x pasal 1 pasangan ni, dia mtk pandangan dr sy...tp sy pon xtau nak jwb per...masalahnya ialah : 

 

                  dia sudah berkahwin selama 13 thn, namun pada bln ke3 perkahwinan dia sudah ditumbuk oleh suami dia....dan menjadi lebih teruk semasa dia hamil anak ke2....dimana sentiasa di pukul bila minta sesuatu....dan ianya berterusan hingga anak ke 4...dan skg dia da mula tawar hati untuk bersama suami ditambah selalu dibiar sendirian ......dia diabaikan...terdetik dihati dan dia mula menjalinkan hubungan dgn lelaki lain....dia pernah minta dilepaskan tp dia diugut dan dipukul.....dan kalo cerai dia xdpt hak penjaan anak....

skrg dia keliru..apa pandangan anda semua....dia berthn kerana anak tp da xsgp lg nak bertahan

 

Share this post


Link to post
Share on other sites

wanita tu tidak berani buat paper,sbb dia risau kwn2 suaminya menjadi pemerhati .....skg apa yg dia kata dia nak mtk fasakh....tp mcm belom masa lak...sbb ugutan suaminya dan gangguan dr pakcik suaminya yg selalu inginkan dia...



wanita tu tidak berani buat paper,sbb dia risau kwn2 suaminya menjadi pemerhati .....skg apa yg dia kata dia nak mtk fasakh....tp mcm belom masa lak...sbb ugutan suaminya dan gangguan dr pakcik suaminya yg selalu inginkan dia...

Share this post


Link to post
Share on other sites
terdetik dihati dan dia mula menjalinkan hubungan dgn lelaki lain........ wanita tu tidak berani buat paper,sbb dia risau kwn2 suaminya menjadi pemerhati yang nie tak best nie...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kau tolong report kat talian nur 15999 untuk kes penderaan wanita. Bukti lebam2 kena ada. Kalau gaji bawah 3k boleh dapat khidmat guaman awam percuma.

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa yg diceritakan,last dia dipukul pada 2 -3 bln lepas.....jadi kesan lebam tu mmg xdpt dibuktikan skg...apa yg lebih kesian anak ke3 dia pon selalu menjadi mangsa kemarahan suaminya..... kesian tp sy xdpt membantu selain  nasihat apa yg mampu.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

rezki anak-anak bukan di tangan suami, Allah yg tentukan.

kalau dah tak tahan, berpisah.

lapor pada mahkamah syariah, atau mana-mana badan wanita yang ada.

hak penjagaan anak, secara basic, ibu yang akan dapat, kecuali kalau si ibu tu teruk sangat, so si ayah boleh kemukakan bantahan untuk mengelakkan si ibu dapat hak penjagaan. kalau dia bukan orang jahat, tak senonoh, tak reti jaga anak, so dia berhak.

dan, kalau anak-anak yang telah mumayyiz, diberikan pilihan oleh mahkamah untuk memilih, pergi ke ayah atau ibu, barulah si ibu patut risau.

Share this post


Link to post
Share on other sites

terima kasih pada yg bg pendapat.....apa yg anda semua suarakan sy telah beritahu pada pmpn tu...namun dia yg tentukan apa keputusan yg dia nak buat....tp tah la...tgk dr situasi dia masih keliru...paper pon biar dia tentukan

Share this post


Link to post
Share on other sites

kena pukul dari anak nombor 2 sampai anak ke-4..?? aku pelik nih...

 

nak report ke pejabat syariah takut suami.. tapi jalinkan hubungan dengan lelaki lain tak takut kat Allah pulak... aku pelik jugak nih...

 

 

takut dengan hak penjagaan anak.... ko kan kenal ngan perempuan tuh cuba bagitau sini berapa umur anak-anak dia...

 

kalau anak-anak yang telah mumayyiz, diberikan pilihan oleh mahkamah untuk memilih, pergi ke ayah atau ibu pun... setelah dipilih oleh anak2 mahkamah jugak yang tentukan keputusan terakhir nya jika ibu tiada pekerjaan tetap dan tempat tinggal anak2 tetap akan ikut ayah yang ada pekerjaan tetap dan tempat tinggal yang selesa....

 

bagitau dia jika kena pukul lagi.. dengan kesan2 lebam pergi ke klinik amik surat doktor pengesahan dan amik gambar sebagai bukti.. takyah laa penat2 nak minta2 cerai ngan orang macam nih... guna cara berkhemah.. kena pukul ok.. take picture gi klinik minta doktor wat surat sah kan kesan lebam tuh sama ada kena pukul ke kena hentak ke atau macam mana...  kemudian sila ke balai polis... ini kena ada nekad... 

Share this post


Link to post
Share on other sites

anak sulung 12thn anak ke4  1thn setgh......sy kenal pmpn ni....kira jiran la jg...kwn2 kwsn umah....dia takut laki tu sbb apa xtau la...nak citer pon xreti...sy hanya tau sikit2 jer...paper pon bg dia la selesaikan masalah ni jnj sy da nasihat dia....harap dia setuju dgn pendapat yg diberi.....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dalam sesuatu perkahwinan suami isteri ada hak masing2. Kalau macam kes di atas si isteri ada hak untuk membuat aduan kepada pejabat agama/kadi sebab si suami masa akad nikah dah buat perjanjian dan ikrar di depan kadi dan saksi.. Pengenai masa depan si isteri dan anak-anak dari segi duit peprbelanjaan dan sebagainya bukan di tangan si suami ianya dari Allah s.w.t.. dan menjadi tanggung jawab si suami memberi nafkah terutama kepada anak-anak walaupun tiada lagi ikatan perkahwinan... Memang kita tak sepatutnya masuk campur urusan rumah tangga... tetapi kalau dah bertindak ganas ...tak salah kita campur tangan atas dasar keselamatan si perempuan... ada kes lebih kurang macam ni... keluarga si perempuan tak mahu masuk campur...dengan alasan tak mahu campur tangan urusan rumah tangga ...sanggup tengok keluarga sendiri diiniaya dan terseksa mental dan fizikal...bodoh! Dalam kes lain ada ahli keluarga si perempuan campur tangan dengan me "warning" si suami.. kalau buat lagi kekerasan abang-abang si perempuan tu akan kasi kekerasan yang lebih lagi pada si suami tu... Kepada perempuan yang bergelar isteri jika suami kamu menyiksa kamu dengan cara dan alasan yang tijak sepatutnya jangan takut bagi tahu keluarga kamu dan keluarga si suami dan buat lapuran pada pihak yang berwajib..itu hak kamu.. ingat rezeki dan keselamatan adalah Allah yang menentu kan

Share this post


Link to post
Share on other sites

terima kasih kerana ada yg masih memberi pendapat....tasek16 apa yg anda katakan mmg btl..sy sebagai kawan hanya dpt memberi nasihat,nak dgr atau x dia tentukan...tp masalah perempuan ni mmg bg sy sudah berat...sy xpasti adakah benar apa yg dikhabarkan pd kami kwn2nya ataupon dia tipu.....namun bila diperhatikan ada benarnya masalah dlm hubungan dia suami isteri....apa yg sy amat kesian pdnya ialah keluarganya tidak mempercayai anak sendiri kerana sisuaminya bila dpn mak mertua pijak semut xmati...bila keluar beli brg dpn mak mertua mtk duit byk mn pon terus hulur tanpa tya paper.....jd apa yg berlaku pd perempuan itu tidak mendpt perhatian dr mak ayahnya kerana dimata mereka menantunya baik xkan bt apa yg buruk pd anaknya.....tp lain pula dirumah perempuan tu...beberapa mgu lepas ketika kami ramai2 berjmp dikwsn rumah sisuami tanpa segan silu bertekak dpn jiran hanya soal duit rm 20...bygkan tiap hari suami bg belanja pd isteri dan anak hanya rm 20,dan xboleh habiskan,mesti kene jimat....kalo habis mmg dpt maki la.....jd sy kesian tgk apa yg bt dia masih bertahan...nak kata syg dia da mula pudar syg nya pd sisuami...atas sbb ugutan sisuami dia jd mcm tu.....sy dan kwn2 yg lain dpt menasihat dan tgk dr jauh saja.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...