Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

Haram Berpakaian Seperti Santa

Recommended Posts

[size="1"][b]harian metro 24 Disember 2010[/b][/size]

[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[b]Haram berpakaian serupai Santa Claus[/b]

[/font][quote][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]JOHOR BAHRU: Umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut menyambut perayaan Krismas hingga sanggup memakai pakaian atau perhiasan menyerupai Santa Claus kerana ia bertentangan dengan ajaran agama.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin berkata, umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas disambut masyarakat yang menganut Kristian.

"Kerana ingin bersama-sama meraikan perayaan itu menjelang 25 Disember, ada orang Islam yang memakai pakaian seperti Santa Claus bagi saya, hukumnya adalah haram.[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
"Tanpa disedari, perbuatan itu secara tidak langsung boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang umat Islam," katanya, semalam.

Beliau sendiri ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara itu dan meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus semata-mata kerana diarahkan majikan berbuat demikian.

Tahrir berkata, pihak atasan sesebuah organisasi seharusnya sedar dan maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

"Memang tidak dinafikan sesetengah individu yang bekerja di pusat membeli- belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan itu atas kehendak tugas.

"Majikan sebenarnya boleh mengarahkan pekerja bukan Islam berpakaian sedemikian sebaliknya memilih individu beragama Kristian untuk memakai pakaian itu," katanya.
[/font][/quote][font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"]
[/font]
[font="Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif"][url="http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HaramberpakaianserupaiSantaClaus/Article/index_html"]http://www.hmetro.co...icle/index_html[/url][/font]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau majikan yang paksa pakai topi santa klaus, adakah menjejaskan akidah? Adakah Allah murka kalau kita terpaksa melakukan kufur?

[quote]“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).[/quote]

Aku rasa tak.

Tapi kalau sengaja join orang2 kristian sambut Krismas, itu tak boleh sebab mengiktiraf agama lain.

BTW, apa kaitan Rosmah dengan topik ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Dakwat Hitam' timestamp='1293201052' post='1057597']
Kalau majikan yang paksa pakai topi santa klaus, adakah menjejaskan akidah? Adakah Allah murka kalau kita terpaksa melakukan kufur?



Aku rasa tak.

Tapi kalau sengaja join orang2 kristian sambut Krismas, itu tak boleh sebab mengiktiraf agama lain.

BTW, apa kaitan Rosmah dengan topik ni?
[/quote]
Kaitannya, gajah depan mata tak nampak. Kuman seberang laut ditunjuk2.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Dakwat Hitam' timestamp='1293201052' post='1057597']
Kalau majikan yang paksa pakai topi santa klaus, adakah menjejaskan akidah? Adakah Allah murka kalau kita terpaksa melakukan kufur?



Aku rasa tak.

Tapi kalau sengaja join orang2 kristian sambut Krismas, itu tak boleh sebab mengiktiraf agama lain.

BTW, apa kaitan Rosmah dengan topik ni?
[/quote]




sebab tu mufti tu keluarkan kenyataan
agak majikan2 beragama lain (terutama kristian) nie memahami pekerja yang beragama islam yang buat begitu tak boleh

semua tu terpulang kat niat kita gak.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
That is it. Niat.

Memakai pakaian mcm santa tak semestinya bermakna kita meraikan mitos krismas tu.
CONTOHnya kalau saya pegi masjid pakai baju santa, adekah jatuh hukum haram?
Sedangkan saya pakai ia dengan niat nak tutup aurat selepas balik dari main futsal.

Kenapa saye amik Rosmah Mansor sbg sindiran di atas?
Sebab kita dah biasa, kalau org Islam berpakaian yang haram, kita pandang mcm tak haram.
Tapi kalau kita tengok orang bukan Islam punya pakaian, terus kita katakan ianya haram.
[s]Satu lagi sebab dia tu penaung kpd satu festival fashion yg lebih teruk dari santa claus tapi TAK HARAM?[/s]
tak perlu bincang di sini.

Kalau Rosmah dengan saya yg berpakaian santa claus, sama2 mahu ke masjid,
siapa lebih layak masuk ke masjid? Orang yg tak menutup aurat ke atau orang yg pakai baju santa claus yg menutup aurat tu?

Ringan je kan nak kata berpakaian mcm santa claus tu haram.
Kenapa mufti tak pernah kata berpakaian macam RM tu haram?
Sebab dia isteri PM?

Lagi satu saya nak quote:
[quote]"Kerana ingin bersama-sama meraikan perayaan itu menjelang 25 Disember, ada orang Islam yang memakai pakaian seperti Santa Claus [b]bagi saya[/b], hukumnya adalah haram.[/quote]Bagi saya = pandangan peribadi mufti tu je kan?
Boleh ke mufti mengklasifikasikan sesuatu tu sbg HARAM hanya berpegang kpd pendapat peribadi / "bagi saya"nya tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Biasa la tu kat sini, apa2 keburukan/maksiat/dosa berpunca dari isu lain kena banding dulu dengan rosmah mansor. popular la katakan :3: sampai jadi benchmark.

Share this post


Link to post
Share on other sites
mmg benchmark / batu pengukur sebab dia tu yg nak sgt jadi first lady kan.
apa2 benda pun mesti la rujuk kepada 1st thing 1st.

tapi ape yg aku banding dgn dia tu, kalau salah boleh bagitau kat mana salahnye?
or, kita patut exclude ape2 kesalahan yg org Islam dah amalkan, tidak dikira haram.
tp benda baru yg belum diamalkan, harus dicanang sbg haram terlebih dahulu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
RM tu - memang patut dia tegur

tapi , mungkin, mungkin dia ade tegur, tapi tegur secara email ka, sms ka, kita mungkin tak tau


so macam ustaz kazem kata, kita kena bersangka baik ngan mufti/ulamak, hormat mereka sebagai mana layaknya mereka dihormati

boleh luang masa tgk vids nie
[url="http://www.facebook.com/video/video.php?v=1729127870752"]http://www.facebook.com/video/video.php?v=1729127870752[/url]


dan ade hadis nabi
larangan berkenaan menyerupai sesuatu kaum/agama... mungkin panglima leh huraikan :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
mmg bersangka baik dgn ulama.
tapi ulama pun jangan berat sebelah.
side dia dia cover, side org dia tembak.
kalau nak tembak, tembak dua-dua.
tembak pula, tembak yg dekat dulu baru tembak yg jauh.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Nak selamat kita ikut je pandangan orang yang lebih berilmu, niat tu penting.. Rasanya santa claus ni pun macam budaya bukannya agama pasal vatican pun tak suka santa claus2 nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Jadi, betul ke haram berpakaikan seperti santa?
Sebab kalau bergantung kpd niat, boleh jadi harus, boleh jadi haram.
Dan kena pula tgk keselarian dgn kehendak agama.

Islam tetapkan, berpakaian hendaklah menutup aurat.
Kita tengok pakaian santa / suit santa, mmg seluar panjang bawah lutut, baju pun tutup pusat.
Takde tulis apa2, takde lambang apa2, takde logo2 agenda apa2, apa2 pun takda.

Kemudian lihat kepada niat.
Kalau niat nak pakai utk tutup aurat? Harus / Haram?
Kalau niat nak meraikan krismas? Harus / Haram?

Sekali lagi, haram ke berpakaian seperti santa?
Kalau bergantung kepada niat, mcm mana boleh dtg kesimpulan haram?

Entah lah.

Walaupun aku tak pernah sentuh pun suit santa tu dan tak teringin nak pakai pakaian mcm tu,
tapi aku hanya nak penjelasan kenapa ia terus2 dikatakan haram sdgkan yg menetapkan soal haram berpakaian tu niat diri sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TOYSЯUS' timestamp='1293203355' post='1057608']
mmg bersangka baik dgn ulama.
tapi ulama pun jangan berat sebelah.
side dia dia cover, side org dia tembak.
kalau nak tembak, tembak dua-dua.
tembak pula, tembak yg dekat dulu baru tembak yg jauh.
[/quote]

mungkin juga dia menggunakan kaedah "adab2 menegur pemimpin"

ade benda boleh keluarkan kenyataan dimedia (seperti 1st post tuk tuk kemaslahatan umum)

tapi kalo melibatkan pemimpin, kene gune kaedah "nasihat sembunyi2"


btw, banyak ulamak2 silam dan kontemporari ulas pasal nie.... so aku amek pendapat mereka sebagai rujukan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kat malaysia ni tak normal orang islam pakai macam ni disebabkan bukan budaya kita, baik elakkan dari pakai, untuk mengelakkan salah paham. Macam orang islam kat america, masa hari raya puasa kalau kat malaysia kasi duit raya, kat sana kasi hadiah macam krismas.

Share this post


Link to post
Share on other sites
@ TOYSЯUS
Walaupun niat baik..tapi kalo kaedah salah..tetap salah..Sesuatu amalan tidak boleh disandarkan kepada niat semata-mata..kalo nak sandarkan kepada niat..ramai la org jadi macam robin hood..merompak utk tolong org susah..niat dah baik..tapi amalan menyalahi syarak..tetap haram gak..so, sandaran pada niat tidak boleh dijadikan asas/alasan untuk bertindak..

niat kita mungkin nak menutup aurat..tapi persepsi masyarakat akan melihat ia sebagai menerima mitos santa claus tu..Islam ni lebih kepada pencegahan..apa2 hukum yg dibawa dalam islam adalah undang2 pencegahan..Allah kata jangan hampiri zina..maknenya duduk berdua2an haram..tgk benda2 menaikkan nafsu syahwat haram..dia dah tutup ruang2 yang boleh menjurus kepada zina..

sama dengan soal pakaian..kenapa perlu pkai baju santa sedangkan boleh pakai baju lain..pakai kain pelikat pun boleh sembahyang..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' timestamp='1293204499' post='1057613']
Kat malaysia ni tak normal orang islam pakai macam ni disebabkan bukan budaya kita, baik elakkan dari pakai, untuk mengelakkan salah paham. Macam orang islam kat america, masa hari raya puasa kalau kat malaysia kasi duit raya, kat sana kasi hadiah macam krismas.
[/quote]

itu pun ade ulamak ulas kan,
pasal duit raya mahupun hadiah...

:D
aku lupa mane link dia., tapi amat menarik,..

sebab orang biase fikir dari suduf negatif, tapi dari sudut positif amat jarang dibahaskan

kredit kat ustaz aku-tak-ingat-name-dia

[quote name='NeoLogy' timestamp='1293204701' post='1057614']
@ TOYSЯUS
Walaupun niat baik..tapi kalo kaedah salah..tetap salah..Sesuatu amalan tidak boleh disandarkan kepada niat semata-mata..kalo nak sandarkan kepada niat..ramai la org jadi macam robin hood..merompak utk tolong org susah..niat dah baik..tapi amalan menyalahi syarak..tetap haram gak..so, sandaran pada niat tidak boleh dijadikan asas/alasan untuk bertindak..

niat kita mungkin nak menutup aurat..tapi persepsi masyarakat akan melihat ia sebagai menerima mitos santa claus tu..Islam ni lebih kepada pencegahan..apa2 hukum yg dibawa dalam islam adalah undang2 pencegahan..Allah kata jangan hampiri zina..maknenya duduk berdua2an haram..tgk benda2 menaikkan nafsu syahwat haram..dia dah tutup ruang2 yang boleh menjurus kepada zina..

sama dengan soal pakaian..kenapa perlu pkai baju santa sedangkan boleh pakai baju lain..pakai kain pelikat pun boleh sembahyang..
[/quote]



bak kate "[b]niat tidak menghalal-kan cara[/b]" :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
@neo
ya memang merompak dgn niat membantu tu haram.
nama pun merompak. bertentangan secara nyata dan langsung dengan ajaran Islam.
so if what ever reason yg membawa kpd rompak samada baik atau tidak, mmg haram lah kan?
mengambil harta org tanpa persetujuan / izin.

tapi berpakaian? asal sesuatu adalah harus.
dan berpakaian menutup aurat adalah wajib.

cuba kita pakai baju warna merah.
orang Cina kata warna merah bawak ong. kita tak percaya pun warna merah tu bawa tuah.
jadi adekah kita haram pakai baju warna merah disebabkan kepercayaan org Cina, merah itu bawa tuah.

tidak haram kan?
sebab kita pakai baju merah bukan dengan niat kita percaya merah itu bawa tuah.
kita pakai ia sebagai pakaian, keperluan.
nak kata baju warna lain banyak juga yg boleh dipilih, kenapa pilih merah?
jawapannya berbalik kepada kehendak, dan niat juga.

sama la kita pakai baju seperti santa claus.
org kristian je yg pecaya santa claus. kita tak percaya pun pada santa claus.
jadi adekah kita haram pakai baju seperti santa claus disebabkan org kristian pecayakan santa claus?

same je kan jawapan mcm kat atas.
pakai kain pelikat pun boleh solat. tapi apa juga salah pakai mcm santa utk solat? (salah, sbb santa tu kepercayaan org kristian sbg . . .).
pakai baju kuning pun boleh solat. tapi apa juga salah pakai baju merah utk solat? (salah, sbb merah tu kepercayaan org Cina sbg . . .).
. . .

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' timestamp='1293204499' post='1057613']
Kat malaysia ni tak normal orang islam pakai macam ni disebabkan bukan budaya kita, baik elakkan dari pakai, untuk mengelakkan salah paham. Macam....
[/quote]

Well said. Kalu takde sebarang tujuan baik tok sah pakai lah.


[quote name='TOYSЯUS' timestamp='1293202976' post='1057606']
tapi ape yg aku banding dgn dia tu, kalau salah boleh bagitau kat mana salahnye?
..
[/quote]
takde. saje je. :lol: hahaha. Edited by Dakwat Hitam

Share this post


Link to post
Share on other sites
hadoila.. kalau camni aku pun nak buat hukum.
haram cuti krismas, sebab kalau korang cuti maksudnya korang sambut krismas, ikut budaya Kristian. so, esok jangan cuti!

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tak sempat baca habis semua yang di atas, nak cepat ni...sekadar tun topic dan beberapa di atas...

masalah pakaian yang "menyerupai" ni ada satu (atau lebih?) hadis yang melarang secara khusus dalam pakaian ugama. pakaian menyerupai lawan jantina pun ada tapi llebih umum kepada perbuatan menyerupai tidak khusus kepada pakaian. dan pasal menyerupai agama lain ada hadis lain dan ayat al-Quran lain yang menegah menyerupai scara umum...sehinggakan puasa hari asyura (10 muharram) pun nabi mintak kalau boleh sahabat2 buat hari ke sembilan jugak (tasu'a) supaya membezakan puasa yahudi hanya pada 10 sahaja.

ada seorang sahabat nabi yang merupakan paderi nasrani kalau tak silap, atau namanya Abdullah bin salam ulamak yahudi di madinah, setelah memeluk Islam dia membuang tali pinggang yang dipakainya kerana tali pinggang itu pakaian ugama tersebut. dengan kata lain, kalau pakai tali pinggang tu secara berniat atau tidak, semua orang akan kat dia adalah penganut ugama terbabit. seumpama pmakaian salib di badan. tapi kenapa tali pinggang ja? baju dan lain2?

membawa erti, sebarang pakaian yang khusus kepada agama terbabit maka haram kepada ummat Islam. pakaian khusus. jika ada seumpama pakaian mereka sahaja? contohnya kopiah ummat Islam dengan penutup kepala paderi kristian. bezanya saiz maka jangan pakai yang saiz mereka punya. baju melayu, kolarnya nampak macam kolar baju paderi, tu takde masalah sebab pakaian begitu yang semua telah maklum sini pun pakai, sana pun pakai. lagipun penciptaan kolar baju melayu tu bukan bertujuan menyerupai baju paderi...

berkenaan baju santa : kena tanyakan pihak yang tahu, adakah itu baju yang menunjukkan keagamaan mereka? rasanya ya dan sebab itu mufti tegaskan supaya tidak boleh pakai.

Allahu a'lam...
(keyboard keras, jenus tekan...maaf jika banyak kesalahan ejaaan di atas)

Share this post


Link to post
Share on other sites
yes..totally agree with panglima khalid..

pakaian santa claus adalah satu pakaian khusus yang melambangkan identiti masyarakat kristian..sape2 je..kalo nampak org pkai pakaian santa claus..the 1st thing come in their mind is..he/she is christian..tu sebenarnya yang nak cube dielakkan..macam panglima khalid terangkan hadis di atas..memakai sesuatu yang menyerupai sesuatu agama lain adalah haram..lagipun ianya hanya dipakai pada hari2 tertentu sahaja (hari natal)..pakaian itu bukan pakaian harian manusia..berbeza dengan tali leher yang pernah juga menjadi pertikaian suatu ketika dulu..tali leher dipakai oleh kebanyakkan manusia di dunia ni sepanjang masa..dan ia tidak menjadi identiti sesuatu agama..maka pemakaian tali leher menjadi harus..btol tak panglima khalid?

Share this post


Link to post
Share on other sites
rosmah mansor, atau mana-mana wanita muslim tetap juga wajib menutup aurat. haram membuka aurat dan bertambah dosanya apabila dilihat orang yang ajnabi.

rasanya rosmah mansor bukan topik ini kan?




kaedah paksa : mengancam nyawa. itu baru paksa.
selagi boleh elak, elaklah. cari pengganti. kalau semua pekerja adalah muslim, bos ja kristian, suruh dia sambut sorang2 lah. kalau ramai kristian, suruh diorang lah yang buat sebab diorang ramai.

as long as kita tak sambut! wishing? seeloknya jangan mulakan. diorang wish kita balas balik je. atau kita wish sesuatu yang umum seperti "selamat hari raya" atau "have a nice day"
rujukan : http://drmaza.com/home/?p=1277




niat baik sekalipun tapi kalau perbuatannya salah tak boleh. macam robinhood mencuri untuk bantu orang miskin.

so, dalam Islam, perbuatan yang baik (1) yang tidak menyalahi syariat (2) dan diniatkan kerana Allah (3) itu yang diganjari pahala ibadah. kadang2 ada perkara yang nampak baik dari sudut adat tapi bercanggah dengan hukum syarak, maka tetap haram dan niat itu tak berguna langsung. contohnya minum arak di tempat dan cuaca sejuk boleh memanaskan badan tetapi bertentangan dengan hukum syarak.




memang sepatutnya ulamak tidak berat sebelah. pihak sana secara terang jelas dan nyata sedangkan mereka juga pemimpin negara sekalipun di pihak pembangkang. mereka tetap ahli parlimen yang menggerakkan negara ni. jika tak boleh berlaku adil maka jangan zolim. itu sahaja. tak boleh nak tegaskan suara kepada dua-dua pihak maka jangan tegas hanya kepada satu pihak.




yup. pakaian adalah isu budaya. tetapi sekalipun budaya, bab pakaian khusus ugama lain adalah perlu diberikan perhatian. budaya di malaysia pakai kain sarong, kat arab depa kata kami pakai skirt, macam pompuan. lain budaya maka lain pandangan. so kalau pakaian santa adalah pakaian budaya, takde masalah kita nak pakai. tapi pakaian santa adalah untuk meraikan satu hari tertentu, untuk perayaan agama. saya bukan orang berautoriti untuk meletakkan hukum tetapi berpandukan apa yang dinyatakan mufti, ianya haram, maka menunjukkan beliau menerima pakaian itu sebagai pakaian ugama.




hadiah, hadis nabi kata mafhumnya : saling memberi hadiah maka menyebabkan saling berkasih sayang. hari raya pun boleh bagi hadiah, tak hari raya pun boleh bagi hadiah.




sebut pasal merah. itu hanya kepercayaan adat cina. tetapi ada hadis mengatakan bahawa nabi SAW paling hensem dalam pakaian warna merah (rujuk syamail muhammadiah). tapi dalam hadis lain ada tegahan nabi berpakaian warna merah. ada riwayat lain kata warna kuning atau warna za'faran. ulamak gabungkan hadis ni, membawa maksud kuning kemerah-merahan dan merah kekuning-kuningan seperti sami budha. dan kalau tak silap dalam hadis tegahan tu pun menyebutkan sebabnya adalah kerana warna tersebut adalah warna pakaian rahib ugama lain. Allahu a'lam, tak berapa ingat. macam kebetulan kan?

dan dalam masa yang sama, hadis menegah kita sama seperti ugama lain secara umum. dan ulamak kata, pasal warna kuning-merah ni, ianya hanya makruh, memandangkan nabi SAW sendri pernah pakai warna merah, dan ada sahabat nabi yang pakai warna tersebut tapi nabi tak suruh salin pakaian tapi wajah nabi macam tak suka, lepas dah bersurai baru nabi sebut kat sahabat2 yang senior, mafhumnya "jikalah kamu suruh dia tukar pakaian". ada yang nabi suruh salin pakaian terus.




cuti krismas, tak krismas pun pekerja nak je cuti kan? hahaha




[quote name='NeoLogy' timestamp='1293235698' post='1057635']
yes..totally agree with panglima khalid..

pakaian santa claus adalah satu pakaian khusus yang melambangkan identiti masyarakat kristian..sape2 je..kalo nampak org pkai pakaian santa claus..the 1st thing come in their mind is..he/she is christian..tu sebenarnya yang nak cube dielakkan..macam panglima khalid terangkan hadis di atas..memakai sesuatu yang menyerupai sesuatu agama lain adalah haram..lagipun ianya hanya dipakai pada hari2 tertentu sahaja (hari natal)..pakaian itu bukan pakaian harian manusia..berbeza dengan tali leher yang pernah juga menjadi pertikaian suatu ketika dulu..tali leher dipakai oleh kebanyakkan manusia di dunia ni sepanjang masa..dan ia tidak menjadi identiti sesuatu agama..maka pemakaian tali leher menjadi harus..btol tak panglima khalid?
[/quote]
yup, pasal ianya pakaian khusus. pakaian adat takde masalah. dan hukum umum bagi masalah pakaian adalah adat, dan ianya adalah harus.

Share this post


Link to post
Share on other sites
OK u got the point.

Jika pakaian santa tu adalah pakaian [b]keagamaan[/b], I agree ia adalah [b]haram[/b].
Sama haram berpakaian keagamaan seperti menyerupai pakaian rahib, pakaian sami dan sbgnya.

Jika pakaian santa tu adalah pakaian [b]budaya [/b]perayaan, bermakna ia adalah [b]harus[/b]. betul?
Pakaian budaya perayaan, bagi budaya mereka seperti pakai baju santa.
Budaya Melayu sambut raya puasa, pakai baju kebaya.
Budaya Cina sambut CNY pakai cheongsam (cthnya).

Jadi, jika ianya pakaian budaya, ia hanya keharusan.
Santa Claus itu sendiri adalah mitos dalam budaya rakyat, sebagaimana Melayu mempercayai mitos Hang Tuah.
Bezanya, Santa Claus tu sebagai pemberi hadiah, manakala Hang Tuah tu pahlawan.
Pakaian Santa Claus, Pakaian Hang Tuah. Dua2nya pakaian budaya, bukan mcm pakaian Sami; pakaian khusus their so-called "orang agama".


In term of mengelakkan diri utk pakai baju santa, so that org tak tersangka kita ni penyambut krismas, masih tak boleh mengatakan ianya haram la kan.
Just seboleh2nya saja elakkan. Sebab kalau kwn2 dah memang tahu kita ni Muslim, then kita pakai baju santa, mereka tetap tahu kita ni Muslim.

Dan cth satu lagi situasi.
Kita sorg2 kat opis. Cuaca tengah hujan dan kita sejuk sgt, dah tutup aircond pun sejuk sgt. Kebetulan boss ada beli baju santa dan tinggalkan kat opis.
Boleh la kita pakai baju santa tu sbg keperluan supaya kurang sejuk. Tak haram kan...
But if yang dia tinggalkan tu pakaian sami, jadi haram lah kan? Sebab ia adalah pakaian agama mereka.

Yang menjadikannya haram ialah jika kita memakai baju santa tu kerana kita nak sama2 meraikan sambutan Krismas.
Saja2 pergi ke iCity (contoh) semata2 nak [b]sambut Krismas[/b] sambil berpakaian santa ni. I agree ia adalah [b]haram[/b].
In fact, kalo pakai baju Melayu tapi pegi sambut Krismas tetaplah haram.
So, pakaian tak haram, perbuatan yang haram.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...