Jump to content
K.A.

Aurat

Recommended Posts

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]assalamualaikum sahabat2 puteranian yang dikasihi

sedih, itu la ungkapan yang dapat digambarkan keadaan umat islam sekarang khusus nya rakyat malaysia sendiri
dalam menjaga aurat mereka
so mari kita lihat artikel dibawah nie..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya. [/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam. [/size][/font]

[size="3"][font="trebuchet ms,geneva"]Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith : [i]"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.[/i][/font][/size]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :[/size][/font]

[center][font="trebuchet ms,geneva"][size="5"]لا تتبع النظرة النظرة , فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة[/size][/font] [/center]
[i][font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Ertinya : "Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)[/size][/font][/i]

[b][font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Artis & Lawak Hukum[/size][/font][/b]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti 'MashaAllah' dan 'InshaAllah' serta 'Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.[/size][/font]

[b][font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan 'peluk sana sini' dan 'dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni 'fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.[/size][/font][/b]

[b][font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan 'Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut 'Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya. [/size][/font][/b]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.[/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :- [/size][/font]

[center][b][font="trebuchet ms,geneva"][size="5"]ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب [/size][/font][/b][/center]
[i][font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)[/size][/font][/i]

[i][font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376) [/size][/font][/i]

[b][font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat Lebih Besar Dosa[/size][/font][/b]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]"Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah bercumbuan, apa pandangan ustaz, hampir 95 % darinya bertudung jenis tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?" tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.[/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..memang amat mendukacitakan. [/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Pemuda itu juga menulis seperti 'kepeningan' dan 'kebingungan' dengan persekitaran ini dengan katanya [/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]"Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.[/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.[/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya di ruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda profesional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya. [/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi. [/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita yang tidak bertudung yang melakukan maksiat. Hal ini boleh difahami dari ayat seperti :-[/size][/font]

[center][b][font="trebuchet ms,geneva"][size="5"]ينساء النبي لستنّ من يأت منكنّ بفاحشة مبينة يضاعف لها العذاب ضعفين[/size][/font][/b] [/center]
[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda" ( Al-Ahzab : 59 ) [/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan ) [/size][/font]

[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya. [/size][/font]

sumber
[url="http://www.zaharuddin.net"]http://www.zaharuddin.net[/url]

[img]http://www.zaharuddin.net/images/stories/caraaurat1.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="2"][font="trebuchet ms,geneva"][b]KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

[img]http://www.zaharuddin.net/images/stories/caraaurat2.jpg[/img]
[/b][/font][/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Alhamdulillah, topik ni sket sbyk buat aku rase sedar sket ttg kesilapan aku dlm berpakaian... InsyaAllah aku akan try improve sket2 spt yg dituntut oleh Islam..

[quote name='khairul anwar' date='23 February 2010 - 10:01 PM' timestamp='1266933689' post='1018535']
[font="trebuchet ms,geneva"][size="3"]
"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.[/size][/font]
[/quote]

btw, aku sedikit x bersetuju dgn artikel diatas nih...
mcm yg kita sume tau, dunia skang dah semakin menuju ke pengakhirannya...so pe'el mnusia pun kita bole nmpk yg pelik2 je...mmg obvious sgt..

pendapat yg mngatakan bhw hny wanita btudung labuh sje yg bole dipercayai utk pertahankn maruah bole dikira SALAH SAMA SEKALI...

bkn tujuan nk memalukn agama mahupun kaum sendiri,tp sepanjang idop aku, aku dah saksikan sendiri brp ramai wanita yg mungkin boleh dianggap solehah ni memalukan agama sendiri..

contoh terbaru yg kita bole tgk dlm Harian Metro (Rabu,13 Mac 2010)
(sorry out of topic sket)


[quote]
Kuala Lumpur : Dia seorang ustazah bertudung labuh dan berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.
Bagaimanapun, disebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap berkhalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, [b]mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.[/b]

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap. [/quote]

Bayangkan bagaimana seorang yang kuat berpegang kpd agama, bergelar ustazah tergamak berlaku curang kpd suaminya yang sdg menunaikan ibadah haji di Mekah.. Melakukan perbuatan terkutuk dgn seorang yg bergelar ustaz juga...
Apakah masih tdk cukup pertahanan2 yg dia ada smpi tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu????

Kisah diatas menunjukkan yang tdk semestinya seseorang yang bertudung labuh itu boleh dipercayai sehingga ada yang sanggup mengatakan wanita yang berpakaian KURANG MENUTUP AURAT sebagai wanita 'murah' yang mudah diajak melakukan hubungan seks. Sangat2 keterlaluan sebenarnya tuduhan ini.

bukak hati, bukak minda, fikir2 kn...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ini la yang paling aku tak suke ngan media massa sekarang

suke memaparkan kes2 sebegini dan di war2 kan di muka depan akhbar

seperti yang kita ketahui, bahasa malaysia itu indah tetapi itu bukan la menjadi kan identiti seseorang itu turut indah
so adekah bahasa yang patut kita salahkan atau individu tersebut kalau perangai/akhlak dia teruk??

same jugak macam kes sebegini...

labuh mane sekali pun tudung tu, tapi dia tidak menterjemahkan dalam kehidupan dia, macam nie la jadi nye..

Allah ade cakap dalam Al-quran

"pelihara la aurat kamu"

bukan nye tutup la aurat kamu...

macam kita pelihara haiwan kesayangan kita, makan minum cukup tempat tido cantik, hari2 mandikan dia,
macam tu la jugak dengan aurat nie..

Share this post


Link to post
Share on other sites
khairul...

ada baca berita pasal zila bakarin hal tudung ni...

dia kata

[quote]Dalam satu laporan portal berita bertajuk ‘Zila Bakarin: Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul’, artis itu berkata: “Misalnya pakai tudung memang saya nak sangat tetapi biarlah saya ubah perkara yang lain dulu. Bagi saya bertudung ini bagus dan harap-harap Tuhan bukakan pintu hati ini”.

“Saya tak nak pakai tudung di luar tetapi hati kita benci dengan orang lain. Saya nak berbaik dengan semua orang dulu. Biarlah orang tak suka saya pun, itu perkara nombor 10,” kata Zila.[/quote]

apa pandangan ko...

aku belajar kat sekolah agama dulu ustaz pernah kata sedangkan yg tutup aurat pun tak berakhlak macam Are~Miey12 kata tu, ni sedangkan yg tak tutup aurat macam mana pulak...
tutup aurat perkara wajib, membuka aurat pun boleh dapat dosa di samping menggelapkan hati Edited by ExSmkak

Share this post


Link to post
Share on other sites
tp mmg skrg byk perempuan berpakaian cmtue even adk aku sendiri pun tak leh control sbb akak nye pun sama 2x5 naik berbuih mulut nasihat...huhu...pening2...aku tgk kebykan perempuan skrg ikut lebih pd fesyen dan lari dari tujuan sebnr menutup aurat...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ExSmkak' date='05 March 2010 - 11:15 AM' timestamp='1267758918' post='1020216']
khairul...

ada baca berita pasal zila bakarin hal tudung ni...

dia kata



apa pandangan ko...

aku belajar kat sekolah agama dulu ustaz pernah kata sedangkan yg tutup aurat pun tak berakhlak macam Are~Miey12 kata tu, ni sedangkan yg tak tutup aurat macam mana pulak...
tutup aurat perkara wajib, membuka aurat pun boleh dapat dosa di samping menggelapkan hati
[/quote]


nak tunggu hidayah tu datang baru pakai tudung?

ceh, cakap orang tak tidak waras akal nyer


tak nak pakai tudung tu dok la diam2... jangan sesekali mengata atau mencela orang yang pakai tudung

[quote name='mon678' date='07 March 2010 - 03:01 AM' timestamp='1267902079' post='1020422']
tp mmg skrg byk perempuan berpakaian cmtue even adk aku sendiri pun tak leh control sbb akak nye pun sama 2x5 naik berbuih mulut nasihat...huhu...pening2...aku tgk kebykan perempuan skrg ikut lebih pd fesyen dan lari dari tujuan sebnr menutup aurat...
[/quote]

takpe, nasihat kan jer,,..

aku pun menasihati adik aku,
dan kawan2 aku...

biar la diorang naik bosan dengan aku nyer nasihat,..

moge2 kesedaran akan datang kat diri diorang

Share this post


Link to post
Share on other sites
dengan adanya topik nie,kekadang aku pon terkeliru jugak ..antara yang bertudung dan tak bertudung.pada tanggapan aku lah...niat tu yang utama jadi kena letak niat tu betul betul ikhlas...coba korang tengok kat laman web sosial dan youtube atau seumpamanya,dorang pon bertudung jugak tapi selamba jek wat maksiat,aku tengok pon dah naik geli gelaman ..dan aku jugak pernah terbaca kat buku diages islam HIDAYAH bahawa memaparkan sejarah mayat wanita yang tidak bertudung tersebut tidak hancur tubuhnya setelah dikebumikan sejak lama,dan banyak lagi yang aku baca dalam buku hidayah tersebut bagaimana berseri seri nya wajah mayat mereka dan juga lain lain tanda ...MEMANG,aku juga akui ada terdapat dalam al quran agar wanita mukminah menutupi aurat mereka bagi mengelakkan fitnah TAPI bagaimana sabda sabda baginda muhammad saw dengan KEPENTINGAN NIAT tersebut????...jadi siapa lah kita untuk menghukum tanpa dasar ilmu ilmu yang sahih dan muktabar ...ni komen aku,salah silap tolong betulkan k ..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]niat tu yang utama jadi kena letak niat tu betul betul ikhlas[/b]

maksud kau...kalau dah betul2 ikhlas baru nak bertudung ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='keypo' date='07 March 2010 - 10:28 PM' timestamp='1267972100' post='1020526']
dengan adanya topik nie,kekadang aku pon terkeliru jugak ..antara yang bertudung dan tak bertudung.pada tanggapan aku lah...niat tu yang utama jadi kena letak niat tu betul betul ikhlas...coba korang tengok kat laman web sosial dan youtube atau seumpamanya,dorang pon bertudung jugak tapi selamba jek wat maksiat,aku tengok pon dah naik geli gelaman ..dan aku jugak pernah terbaca kat buku diages islam HIDAYAH bahawa memaparkan sejarah mayat wanita yang tidak bertudung tersebut tidak hancur tubuhnya setelah dikebumikan sejak lama,dan banyak lagi yang aku baca dalam buku hidayah tersebut bagaimana berseri seri nya wajah mayat mereka dan juga lain lain tanda ...MEMANG,aku juga akui ada terdapat dalam al quran agar wanita mukminah menutupi aurat mereka bagi mengelakkan fitnah TAPI bagaimana sabda sabda baginda muhammad saw dengan KEPENTINGAN NIAT tersebut????...jadi siapa lah kita untuk menghukum tanpa dasar ilmu ilmu yang sahih dan muktabar ...ni komen aku,salah silap tolong betulkan k ..
[/quote]

bukan niat sahaja yang perlu di tekan kan,
tapi pengetahuan/ilmu tu perlu,

mengenai pakai tudung tapi buat maksiat,
perkara tu seperti aku cakapkan diatas,

mereka sekadar tutup tetapi tidak memelihara aurat itu sendiri..

Share this post


Link to post
Share on other sites
niat, ilmu, dan iman..

itu yang penting..

yang pakai tudung, baju labuh tapi masih terlanjur juga? apatah lagi ustazah? biasalah manusia, ada nafsu... tapi mana lebih teruk dari yang mendedah sana sini, yang membuatkan orang lain pun dapat dosa, apatah lagi kepada lelaki yang ingin menjaga pandangan matanya.... memakai seksi, ketat sana sini menggalakkan zina, menaikkan nafsu sama ada kepada pemakai atau yang melihat.. sebab itu islam ada peraturan yang mengatakakan, "mencegah adalah ubat yang terbaik" bukan mencegah lebih baik dari mengubati.. sama? tapi tak serupa.. sebab itu dalam al-quran mengatakan "jangan kamu mendekati zina" ia tidak berkata buat zina, tapi jangan dekati zina, oleh itu segala perbuatan yang mendorong kepada berlakunya zina mestilah diberhentikan, dihalang dan dibanteras... ayat hudud lain ada juga mengatakan yang "penzina perempuan dan penzina lelaki"... maksudnya dalam hal zina, perempuan adalah segalanya permulaan. jika mereka pandai menjaga akhlak, sikap, pakaian, perhubungan dan sebagainya, maka tidak akan berlaku penzinaan. jika mereka tahu apakah batas-batas perhubungan antara lekaki dan perempuan, maka jika mereka dingorat, atau ditegur, mereka tak akan jawab, sebab itu kemualiaan seorang wanita terletak pada malunya mereka... jatuh bangunnya sesebuah bangsa atau lelaki, bergantung kepada perempuan...

perempuan ni semua anggotanya cantik menarik, jika ditonjol-tonjol, diperlihatkan kepada yang tiada hak, takde harga la, murah la harganya, tak bernilai.... islam datang untuk menaikkan taraf perempuan daripada dijadikan alat nafsu sek semata-mata. tetapi sekarang kita telah terpengaruh dengan pemikiran barat, kononnya kebebasan peribadi... setiap apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah dalam agama islam ada kebaikan untuk manusia secara keseluruhannya... kerana yang pasti, yang mencipta sesuatu pasti lebih mengetahui apa yang baik, dan apa yang buruk untuk ciptaannya... tapi kita tak nak ikut peraturan itu, nak ikut kepala otak sendiri yang bersandarkan nafsu dan akal semata-mata.

kembalilah kepada Islam, buatlah ajarannya, pasti merasa tenang sbb kita buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang dilarang... dan pasti ia memberikan kebaikan kepada masyrakat secara tidak langsung....

Share this post


Link to post
Share on other sites
[img]http://missfath.files.wordpress.com/2009/05/wanita-muslimah.jpg[/img]

sila clik juga di [url="http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/83751-muslimah-yang-malu/"]Muslimah yang Malu[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Are~Miey12' date='04 March 2010 - 01:52 PM' timestamp='1267681977' post='1020076']
pendapat yg mngatakan bhw hny wanita btudung labuh sje yg bole dipercayai utk pertahankn maruah bole dikira SALAH SAMA SEKALI...

bkn tujuan nk memalukn agama mahupun kaum sendiri,tp sepanjang idop aku, aku dah saksikan sendiri brp ramai wanita yg mungkin boleh dianggap solehah ni memalukan agama sendiri..

contoh terbaru yg kita bole tgk dlm Harian Metro (Rabu,13 Mac 2010)
(sorry out of topic sket)[/quote]
yang kata tu yang profesional tu...bukan ustaz zaharuddin kata gitu...

pakaian tidak mencerminkan identiti hati. yang tudung pendek pun boleh jadi hatinya lebih mulia dari Ustazah bertudung labuh.

tapi, yang penting adalah menutup aurat. selagi had paling rendah ini tak dipatuhi, apa jua perkara yang baik "tambahan" yang kita buat, kita tetap masuk neraka. syarat nak lulus exam, markah mestilah melepasi 40 (contoh), kalau tak lepas maka gagal. maka kita begitu juga, perintah Allah supaya menutup aurat wajib dipatuhi tak kiralah lelaki atau perempuan, itu had paling rendah, melakukan semua kewajipan dan meninggalkan semua yang dilarang. selepas itu hiasilah dengan nilai2 tambah yang lain...

think out of the box, but don't forget about the box...

Share this post


Link to post
Share on other sites
pada aku la... orang yang sengaja langgar perintah Allah ialah
orang yang lemah imannya. Tidak menjaga aurat dan tidak menutup aurat
juga termasuk orang yang lemah imannya.

Orang yang lemah iman, mudah terdorong untuk membuat maksiat.

Salah satu cara memperkuatkan iman seseorang ialah dengan
meninggalkan semua perkara yang dilarang dan beramal dengan
semua perkara yang disuruh.

Tutuplah aurat dan jagalah aurat semoga Allah perkukuhkan iman kita.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Are~Miey12' date='04 March 2010 - 01:52 PM' timestamp='1267681977' post='1020076']


pendapat yg mngatakan bhw hny wanita btudung labuh sje yg bole dipercayai utk pertahankn maruah bole dikira SALAH SAMA SEKALI...
[/quote]

Bukan semua wanita bertudung labuh itu baik tapi itulah pakaian orang baik-baik...sekurang2nya soal tudung ini mereka sudah terlepas dari persoalan yg akan ditanya oleh Allah mengenai kesempurnaan menutup aurat...


[quote name='Are~Miey12' date='04 March 2010 - 01:52 PM' timestamp='1267681977' post='1020076']
tp sepanjang idop aku, aku dah saksikan sendiri brp ramai wanita yg mungkin boleh dianggap solehah ni memalukan agama sendiri..
[/quote]

Itu tanda mereka tu masih manusia bukan malaikat yang tidak terdedah kepada kesilapan...Benih yang baik sekalipun tidak dapat membesar dengan baik menjadi pokok yang dapat menghasilkan buah2an sekiranya ia tidak dijaga dengan rapi seperti disiram dengan air, dibuang segala rumput-rampai yang tumbuh sekelilingnya....enviroment sangat penting sebenarnya...manusia yg dah didik dengan ajaran Agama yang baik seperti memakai tudung labuh tetap berisiko melakukan perkara buruk pada zaman ini kerana serangan pemikiran terlalu hebat...Bayangkan Kita Tengah Mengecat Rumah seorang Diri Tiba-Tiba Ada 5 Orang Datang Conteng...Sampai bila pun Kerja mengecat rumah tak selesai..begitulah dengan menjaga anak di waktu ini...kita bagi anak didikan agama tiba2 beratus2 serangan datang menyerang pemikiran anak2...satu cabaran besar buat ibu bapa sekarang dalam mendidik anak-anak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Geekspro' date='15 April 2010 - 06:51 AM' timestamp='1271285498' post='1025730']

Itu tanda mereka tu masih manusia bukan malaikat yang tidak terdedah kepada kesilapan...Benih yang baik sekalipun tidak dapat membesar dengan baik menjadi pokok yang dapat menghasilkan buah2an sekiranya ia tidak dijaga dengan rapi seperti disiram dengan air, dibuang segala rumput-rampai yang tumbuh sekelilingnya....enviroment sangat penting sebenarnya...manusia yg dah didik dengan ajaran Agama yang baik seperti memakai tudung labuh tetap berisiko melakukan perkara buruk pada zaman ini kerana serangan pemikiran terlalu hebat...Bayangkan Kita Tengah Mengecat Rumah seorang Diri Tiba-Tiba Ada 5 Orang Datang Conteng...Sampai bila pun Kerja mengecat rumah tak selesai..begitulah dengan menjaga anak di waktu ini...kita bagi anak didikan agama tiba2 beratus2 serangan datang menyerang pemikiran anak2...satu cabaran besar buat ibu bapa sekarang dalam mendidik anak-anak...
[/quote]


yap

kita diserang dengan pelbagai sudut/penjuru
secara kasar mahupun halus

cube korang tgk disekitar kita

rancangan TV dan radio
surat khabar dan majalah2
internet

semua tu membantu mempercepatkan lagi kerosakan masyarakat...

kita pun seolah2 rase benda tu remeh temeh pasal hari2 nampak benda yang same disajikan depan kita


contoh: iklan printer tapi ape kene mengena perempuan seksi dengan printer? kita pun syok tengok

Fenomena Islam di bumi malaysia nie
aku lihat, banyak sangat penjual2 kain suke menjual kain yang nipis2/jarang
aku tengok ramai wanita yang rase mereka sudah cukup syarat menutup aurat tapi tudung AMAT SINGKAT dan menampakkan lengan dan bentuk tubuh...


sedih nye aku, tapi aku tak mampu wat ape2
melainkan membenci maksiat itu dalam hati

Share this post


Link to post
Share on other sites
tu la orang suruh tegakkan hukum islam
di bawah negara Islam yang tulen.

jum kita ubah politik tanah air kita ke arah itu dalam PRU-13 nanti.

kalau negara dibangunkan dan dipimpin oleh mereka yang lebih cenderung
kepada sekular, sampai bila pun masalah nie takkan selesai, melainkan
mereka sungguh2 melaksanakan semua yang terkandung dalam al-Quran & sunnah Nabi.

Sapa yang tak percaya, angkat tangan!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='15 April 2010 - 09:57 AM' timestamp='1271296661' post='1025754']
tu la orang suruh tegakkan hukum islam
di bawah negara Islam yang tulen.

jum kita ubah politik tanah air kita ke arah itu dalam PRU-13 nanti.

kalau negara dibangunkan dan dipimpin oleh mereka yang lebih cenderung
kepada sekular, [size="4"]sampai bila pun masalah nie takkan selesai,[/size] melainkan
mereka sungguh2 melaksanakan semua yang terkandung dalam al-Quran & sunnah Nabi.

Sapa yang tak percaya, angkat tangan!
[/quote]

yap betul

dan

masalah lain lak yang bertambah

kes buah bayi, buang mak bapak, buang anak, buang duit :P

dan macam2 lagi bala, kemarau, H1N1, Denggi..

semua tu Dia turunkan tuk kita muhasabahkan diri/negara

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='15 April 2010 - 09:57 AM' timestamp='1271296661' post='1025754']jum kita ubah politik tanah air kita ke arah itu dalam PRU-13 nanti.[/quote]
kene warning nanti kang off topic bawak ke politik..hehe...
[quote name='OngBok' date='15 April 2010 - 09:57 AM' timestamp='1271296661' post='1025754']kalau negara dibangunkan dan dipimpin oleh mereka yang lebih cenderung
kepada sekular, sampai bila pun masalah nie takkan selesai, melainkan
mereka sungguh2 melaksanakan semua yang terkandung dalam al-Quran & sunnah Nabi.[/quote]
macam banyak ayat2 quran yg sebut pasal "Qaryah"...

salah satu contoh ayat 96 surah al-A'raf(surah ke-7). bila kita semua beriman dan bertaqwa Allah buka pintu rezki dan nikmat dari langit serta bumi. tetapi jika sebaliknya Allah akan balas apa yang kita perbuatkan.

bukannya menafikan wujudnya orang kafir dalam wilayah Islam..boleh je mereka tinggal dalam negara kita tapi hukum yang perlu tertegak adalah hukum Islam

back to the topic, suasana yang baik akan menatijahkan yang baik insyaAllah. maka yang menutup aurat pun semakin ramai dan kita doakan supaya semua sekali akan menutup aurat.

biasanya bila disebut tak tutup aurat kita akan terbayang perempuan yg tak bertudung, atau perempuan yang tak sempurna tutup aurat, sedangkan ramai jugak lelaki yang tak tutup aurat..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pada saya isu aurat ini sampai hari qiamat tidak habis dibincangkan . Kesimpulan saya mudah sahaja jadilah hamba Allah yang bersyukur...
Allah telah mengurniakan aqal,iman serta hafsu . Jika kita inginkan menjadi hamba Allah yang derhaka maka itu abaikan segala perintahnya jika ingin menjadi hamba Allah yang taat ikutilah perintahnya . Ingatlah bahawa hidup ini kita akan tempuhi 2 kali sekali di bumi yang sementara dan sekali lagi diakhirat yang kekal dan kematian kita hanya sekali . renungilah kita hamba Allah yang amat dhaif,naif,kerdil,hina,fakir . Siapa kita ada kehendak melawanNya. Hari ini kita alam kubur,semalam kita dialam bumi,esok kita alam akhirat. Tidak perlu nak huraikan,pertikaikan hal aurat sebab ia telah termaktub didalam Al-Quran serta Al-Hadith apa lagi ikut sahaja.Susah sangat ke yang buat kita susah kerana ikutkan kata syaitan dan akal yang berpandukan nafsu . Mari kita berakal kerana Allah kerana ini akan memandu kita ke arah iman yang tertinggi. Islam itu mudah tetapi umatnya yang merumitkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Memang tak habis, selagi ada orang yang ingkar dengan perintah Tuhan
dan tak takut akan siksaan Tuhan. Entah beriman entah tidak. Kata saja
beriman tapi rukun iman, syarat sah iman, yang membatalkan iman tau ke idak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[spoiler]nasihat tuk aku khususnya dan semua am nya..[/spoiler][quote name='ikin79_v2' date='16 April 2010 - 02:41 AM' timestamp='1271356874' post='1025869']
Pada saya isu aurat ini sampai hari qiamat tidak habis dibincangkan . Kesimpulan saya mudah sahaja jadilah hamba Allah yang bersyukur...
Allah telah mengurniakan aqal,iman serta hafsu . Jika kita inginkan menjadi hamba Allah yang derhaka maka itu abaikan segala perintahnya jika ingin menjadi hamba Allah yang taat ikutilah perintahnya . Ingatlah bahawa hidup ini kita akan tempuhi 2 kali sekali di bumi yang sementara dan sekali lagi diakhirat yang kekal dan kematian kita hanya sekali . renungilah kita hamba Allah yang amat dhaif,naif,kerdil,hina,fakir . Siapa kita ada kehendak melawanNya. Hari ini kita alam kubur,semalam kita dialam bumi,esok kita alam akhirat. Tidak perlu nak huraikan,pertikaikan hal aurat sebab ia telah termaktub didalam Al-Quran serta Al-Hadith apa lagi ikut sahaja.Susah sangat ke yang buat kita susah kerana ikutkan kata syaitan dan akal yang berpandukan nafsu . Mari kita berakal kerana Allah kerana ini akan memandu kita ke arah iman yang tertinggi. Islam itu mudah tetapi umatnya yang merumitkan.
[/quote]

dakwah pun sampai kiamat tak kan abis

islam tu nasihat menasihat
so ape yang tak kene (macam hal Aurat nie) kita kene nasihat
nasihat ade cara dia..

(tapi iman aku agak lemah, hanya mampu membenci dalam hati je :(:()
[size="3"]Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya


so ? senang ke lelaki nie nak masuk syurga?
cukup ke ngan jaga solat dan puasa?
aku cukup pun gerun pikir kan nye


Aurat wanita agak sukar dijaga berbanding lelaki..
tapi wahai kaum lelaki, tundukkan la pandangan kamu dari melihat nya..

[spoiler]nasihat tuk aku khususnya dan semua am nya..[/spoiler]

[/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
bagus juga ini topic for discussion. saya tau menutup aurat bagi perempuan bukan dalam Islam saja tapi juga dalam agama lain. sebelum memeluk Islam saya tidak dibenarkan memakai sebarang pakaian yang tidak menutup kaki & juga nampak my body shape. pernah tengok cara nuns berpakaian? mereka menutup aurat juga kan? ok back to Islamic point of view. saya pernah bertanya berulang kali soalan ini pada hati & otak saya kenapa ajaran agama saya dulu sama seperti muslim? dimana menutup kepala wajib bagi perempuan tapi yang buat hanya orang islam. banyak lagi perkara yang buat saya berfikir actually. agama dulu ajar macam ini tapi mostly orang islam yang buat.

suka juga saya tengok perempuan arab pakai tak tau apa itu tapi macam jubah hitam tutup 1 badan. tapi saya tak suka warna hitam :) kalau putih ok ler. tapi saya susah mau cakap kalau orang itu bertutup semua tapi perangai buruk, pasal ini ada dosa & pahala bukan semua orang sama juga.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...