Jump to content
Sign in to follow this  
Gunso

Pasukan F1 1malaysia... patut ker tak patut...

Recommended Posts

seperti mana yg ko org ketahui beberapa hari lepas tup2 gov kita telah umum pasukan F1 sendirik... dan juga semua org tahu kos utk menyelengara sebuah pasukan F1 bukannya murah... dgn keadaan kita sekarang nih patut ker kita wujudkan team F1 nih... atau gunakan duit tuh ketempat lain yg lebih baik... nih nak bayar deposit enjin jer dah 10 juta pound (RM57.62 juta) dan akan ditingkatkan lagi 30 juta pound (RM172.86 juta)... sedangkan pasukan gergasi mcm BMW tuh pon jual team dia org... tambahan lagi kontroversi yg berlaku dlm F1 nih... dan juga salah satu alasannya penubuhan pasukan F1 nih adalah untuk menyokong industri automotif tempatan... adakah lepas nih org luar negara akan ramai2 beli kereta proton...

jadik apa pendapat warga putera pasal team F1 malaysia nih...

eden mmg tak setuju... kalau guna duit tuh buat research utk proton improvekan kualiti dia org lagi bagus...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ermm aku pn x stuju.. sbb x nampak mana benefitnya kt negara.. kos F1 bkn murah.. FIA pn dh nk try mcm2 cara nk kurangkn kos.. Honda,BMW company besar2 pn kuar..
aku pn tkejut dgr..

p/s:gunso,mcm slipknot je..haha

Share this post


Link to post
Share on other sites
-Baik buat team racing moto , ramai leh masuk (calon sesuai banyak,kos team racing moto rasanya takda la tinggi sangat,boleh buat macam liga racing lak)...

-Baik bangunkan sukan bola sepak pakai duit tu , ramai leh join dalam satu team tu , tak termasuk di belakang team (doktor,pakar tu pakar ni , dll),team f1 berapa sangat la driver leh masuk? (support personnel lebih kurang cam bola sepak(?))

-Baik support team rally, malaysia banyak ladang kelapa sawit,getah buat latihan. ::icon_lol::

-Duit tu baik upgrade infrastruktur kawasan pedalaman dan bandar2.

Lagipun sukan f1 ni boleh kata sukan elit yang kebanyakkan rakyat biasa tak dapat nak join,orang kaya2@ada "orang dalam" team f1 baru leh join. 300 juta setahun anggaran ? ::affraid::

Kalau mintak sponsor swasta takpa , ni kalau dia pau duit telekom ke tnb ke glc lain ke , dorang(syarikat2 tu) nak upgrade ke bayar gaji ke maintenance ke tak cukup lak untung, customer kena bayar lagi mahal.

Dalam banyak2 sukan bermotor kenapa nak f1 yang mahal gila tuh ? ::icon_rolleyes::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Gunso wrote:
eden mmg tak setuju... kalau guna duit tuh buat research utk proton improvekan kualiti dia org lagi bagus...

Patut!! sebabnya bila dah buat research dan improvekan kualiti, maka injin itu hendaklah diuji.Cara pengujian yang paling baik adalah mesti dipertandingkan.Jika buat ujian tanpa pertandingan tak nampak cabaran, kelemahan atau kekuatan injin itu.
Corak pemanduan semasa bersaing dengan pemanduan tidak bersaing amat berbeza.Semasa memandu ada persaingan, kita kan dapat melihat kelemahan dan kekuatan.
Bila setiap kelemahan dapat diperbaiki, prestasi sesebuah injin akan sentiasa maju ke depan sehinggakan ada pulak syarikat2 yang berminat membeli dan menggunakan Injin berprestasi tinggi dipasang pada Injin kapalterbang kerana ketahanan boleh beroperasi 24 jam tanpa henti kerana kurang masalah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
pada aku... dr pandangan sukan bermotor, aku rasa ptt mesia ni rasa mcm mana best tak best join F1 ni. n pada pandangan mata aku, mostly mesia join sume separuh jln n tak menjadi apa. cth mcm pelumba f1 yg sorg tu. nama je gah. hasilnya? bila berlumba ngn big shot, nama pun tak nmpk.


so i think let our beloved PM taste his own medicine. nk sgt join? join la... kat sini pun ramai lg calon2 dan engineer blakang umah utk engine performance and good street racer.

just wait n see what happen next.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rasa patut merujuk kepada koboi_tua terima kasih kerana sama pemikiran mcm aku...

kurang patut sebab lebih elok taja pasukan bola ternama atau tak berapa ternama sgt,atau bg duit untuk hantar pemain2 muda berguru dieropah atau setidak2nya di asia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Buat masa sekarang aku pk tak patut,hanya sekadar penaja pun dah ok,promosi minyak Petronas(pelincir,primax n ect).
Untuk buat team F1 pada aku xpayah,xberbaloi.Perlu pelaburan yg besar,Teknologi Lotus yg kita ada pun tak digunakan sepenuhnya,inikan pula nk masuk ke F1,APA motif dan objektif?untuk maju dlm sektor automotif?pd aku xjuga bebraloi,duit yg ada nh boleh kita invest pd yg lain utk suntik lagi modal dan ekonomi negara.
Mantapkan lagi Proton lagi bagus,cari rakan niaga yang baik dan bersesuaian.mintak kerjasama DMC pun aku rasa dh cukup,sebab bersesuaian dgn core business Proton.
Aku xsetuju!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau join F1 sebab nak dapatkan teknologi, dah lama dah Petronas join F1 dan dah banyak dapat teknologi
Kalau join F1 sebab nak test enjin, or just nak test enjin ready made iaitu enjin Cosworth??

Sejarah pengguna enjin Cosworth
Red Bull Racing tukar ke enjin Ferrari pada 2006, dan tukar ke enjin Renault sejak 2007
Scuderia Toro Rosso tukar ke enjin Ferrari sejak 2007
Williams F1 tukar ke enjin Toyota sejak 2007
Force India, Brawn GP start guna enjin Mercedes tahun ni

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
alhamdulillah, tengok jumlah vote,ramai yang faham situasi kita skang. bagi saya, PM nk bt camtu mgkn sbb nak tarik lbh ramai pelancong ke msia. bagusla, duit asing masuk msia. yang tak bagusnya, sukan ni hanya utk golongan elit sj. ramai lg rakyat yang papa kedana. terutama org melayu. anak 2 3 masih dok umah sewa lg. patut ka? patutnya, negara kita dah kaya kena bantu rakyat yang memerlukan.
tp kalu tgk kat tv, banyak nya swasta yg cuba mberi sokongan.baguih.teruskan..

selamat hari raya kpd semua..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku rasa memang patut... sebab F1 nie ler satu2nya perlumbaan berteknology tinggi yang paling class di dunia. Biasa ler, nama Malaysia pun akan naik sebab nama pasukan tu kan 1Malaysia.. hehehe. Satu lagi, bukan ker ada penaja untuk pasukan ini dari syarikat swasta Malaysia macam AirAsia tu... may be tu salah satu marketing strategy selain acquire technology dan experience tahap international.

Share this post


Link to post
Share on other sites
banyak duit habis dalam nak membangunkan F1.tamabh2 lagi dengan baru nak start.Test enjin pon mkn masa.bukan setahun dua punya kerja.Membazir, btl2 membazir.Banyak lagi research bleh buat.contoh pertanian ke pe ke.Rakyat pon senang.bukan rakyat nak mkn enjin kereta.Lagi pun kalu untuk naikkan market proton.adakah standard kereta proton yang di export keluart sama kat dalam malaysia?

Yang spec tinggi die org export.Yang cikai2 rakyat pakai.harga pon mahal nak mampos.xleh ke wat research biar proses pembuatan jadi murah cam kereta import honda toyota.tolak cukai berapa jek harga.kualiti mantop.semua la,interior.ketahanan.bukan enjin jek.pikir2kan la wahai rakyat malaysia

Share this post


Link to post
Share on other sites
Naikkan nama Malaysia dengan guna team F1 yang struggle to qualify/cuma jadi backmarker?

Syarikat mana yang dapat manfaat dari team 1Malaysia F1 ni? Proton? Better think again

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

Spoiler:
pic by f1fanatic.co.uk:



pendapat aku,

patut, kalu nak letak nama malaysia kat big event..tapi tak patut, kalu byk membazir..hehe..

aku pendapat mcm korang jugak la..baik laburkan utk sukan bolasepak..kasik training, fasiliti yg bagus2..sebab tahap kecorotan tu agak mengkagumkan..hehe

selain bantuan utk badminton, squasy, takraw, etc..maksudnya byk laburkan utk benda yg 'pasti' sikit...kehkeh

abih tu wrc malaysia + peter solberg tu apa crita? jadi ke tidak? blom start lagi nak buat benda lain pulak dah..hadoi

*eman, tu bukan slipknot la..tu kroenen..

Share this post


Link to post
Share on other sites
namun jika syarikat2 swasta yang mengeluarkan belanja kita takde hak nak kaitkan kerajaan...mungkin mereka hanya memberi sedikit bantuan,selebihnya syarikat2 yang mengeluarkan perbelanjaan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tak setuju. sebab perabih duit banyak sangat tang F1 ni. Lepas tu letak nama team 1 malaysia. bukankan perinsip 1 malaysia rakyat didahulukan, pencampaian diutamakan. Rakyat tak dapat apa2 pun tang F1 tu pun. Tengok klip2 jelah. Mana untungnya untuk rakyat kalau ade F1 team ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau untuk pembangunan sukan lain macam bolasepak.. pasti dah ada budget tersendiri, so takyah ler nak tambh2 dah. Lagipun, facility dan sebagainya dah cukup baik untuk sukan berkenaan kat Malaysia nie. Yang penting mentaliti pemain tu perlu lah tahap profesional. Jika negara lain kat Africa tu yang sedikit kemudahan dah boleh jadi pemain pro, Malaysia yang banyak facility dan peluang nie tak naik2 pun. Lagipun sukan tu dah bertapak di sini sejak sebelum merdeka lagi.... dah berapa ratus juta dibelanja untuk pembangunan sukan berkenaan tapi sampai sekarang hasil tak nampak2 jugak.

Apa salahnya invest untuk sukan yang lain (kalau ada duit lebih dan strategy)... Biasanya kalau kita lihat belanja ratus2 juta nie dianggap membazir... tapi adakah kita lihat benefit pada jangka masa panjang... misalnya melahirkan engineer2 Malaysia yang pakar.... Sebagai contoh, jika dulu2 orang kata membangunkan Putrajaya tu membazir, tapi tengok sekarang banyak gunanya. Begitu jugak litar Sepang (SIC), pembangunan sukan tidak akan terhenti setakat sukan2 tradisional sahaja. Mungkin akan datang, sukan2 extreme boleh dikenalpasti untuk diterokai oleh rakyat Malaysia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
nie feng wrote:aku tak setuju. sebab perabih duit banyak sangat tang F1 ni. Lepas tu letak nama team 1 malaysia. bukankan perinsip 1 malaysia rakyat didahulukan, pencampaian diutamakan. Rakyat tak dapat apa2 pun tang F1 tu pun. Tengok klip2 jelah. Mana untungnya untuk rakyat kalau ade F1 team ni?

rakyat tak nampak lagi,hasil kutipan tiket dan duit yang masuk dalam malaysia tu la buat belanja naikkan jalan,dan byk lagi kemudahan yang kita nampak tapi buat2 tak nampak.
ini aku bagi contoh :
dulu ada suara2 kata sepang membazir,setahun sekali dua diaorg buat tournament,namun rakyat tak tau yang setiap hari ada sykt asing,yang buat tempahan untuk test jenama produk dari kenderaan sampai la untuk menguji minyak pelincir,tayar dan lain2 lagi,dalam setahun tu mmg selalu litar tu penuh dgn booking.nah sape kata membazir?proton dan petronas pun selalu uji kat sana,bayangkan kalau takde litar,satu hal nak kena bayar pada org lain untuk uji produk2 kita kat tempat lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku minat F1.

Tapi masa kurang sesuai la.
Duit kena banyak.
Ferrari tu pun 500 juta budget dia.

Kita?
Ada ke 500 juta?
Bantu rakyat Malaysia lagi bagus.
Ramai yang hidup susah.

Kalau budget kurang dari 500 juta, payah la nak menang apa2.
Kalau kurang (300 juta) sekalipun...ish...bazir la.
Rakyat Malaysia masih ramai yang hidup susah.

Satu lagi propaganda politik.

p.s: Warna kereta F1 tu pun lawak. Berwarna warni. 1Malaysia la konon.
'Rakyat didahulukan', apa kena mengena F1 dengan rakyat?
Politik lagi...(nada Labu; 'Mintak derma lagi...')

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau dibiayai Sepenuhnya tak ada masalah,perlu telus kerajaan istiharkan,bukan nk membangkan sembrono.Hatta Toyota pun tarik diri,kita nk masuk,byk -ve dari +ve.

Alasan yang digunakan adalah untuk tarik pelangcong,tiada guna kerajaan berbelanja mewah untuk berprestij,rakyat kat pinggir ni duduk makan siput babi,pahtu masuk bersamamu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
^
Tu yang aku pelik tu , takkan la takda siapa yang nampak timing nak buat projek besar2 (yang kebanyakkan rakyat biasa takkan merasa) tak sesuai sekarang..Time buat putrajaya/sepang tu dulu time parti yang memerintah lebih kuat dari sekarang + ada duit ,orang nak bising pun tak berapa jadi.

Nak buat boleh je tapi rakyat biasa yang bukannya selalu pandang ke depan(8-20tahun) pasal sentiasa kena pandang cara nak menyara keluarga untuk tidur ada bumbung, nasik ada lauk setiap hari pasti akan nampak projek ni sebagai membazir . Sepatutnya bila populariti parti yang memerintah dah berkurang kena ambil hati rakyat biasa@majoriti pengundi. Tapi kalau dah cuba korek kubur sendiri rasanya pihak sebelah satu lagi tu seronok la kot dengan perkembangan ni ::icon_pirat::

Kalau kata team f1 ni pelaburan jangka masa panjang baik bangunkan infrastruktur untuk membangunkan rakyat (sekolah,universiti,jalan,pengangkutan awam) lagi banyak kebaikan jangka masa panjang

Share this post


Link to post
Share on other sites
bagi aku tak patut.kalau nak improvekan sektor automotif pon tak masuk f1 pon takpe.Kalau melihat kepada ekonomi semasa duit yang dilaburkan tu boleh dijana untuk benda lain.Pembangunan kemudahan awam atau projek yang bermanfaat kepada rakyat. Malah nak tengok F1 sendiri aku masih lagi tak mampu.tiket mahal gile

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku pn x setuju gak...
membazir semata2..nk maintenance keta F1 jer dah beratus juta...::affraid::
baik laburkn duit 2 kat sukan yg lebih byk mendatang kn manfaat mcm badminton, skuasy, boling ngan lumba basikal yg kita sendiri sedia maklum sukan2 nie yg telah meletakkan nama Malaysia kat mata dunia...bola sepak ::icon_scratch::

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...